Monday, 5 September 2016

Interview tips

Minggu nie dipelawa jadi panel untuk interview fresh grad (or experience kerja kurang dari setahun), in "business case" & "case studies" mode untuk satu kompeni MNC. Dari 200 CVs, di shortlist ke 80, HR interview, shortlist jadi 30, then nak ambik 8 orang.

Pemerhatian :

1. Dari 30 calon akhir, calon yang agak menyerlah dari yang dari uni Malaysia adalah MMU dan UTP. Kena kaji kenapa calon dari sini nampak beza, mungkin system diorang lain skit banding uni lain.

2. Bila ada break sessions dan lunch break, calon grad dari uni Malaysia either makan sendiri, or makan dlm kelompok kecil. Tak ambik peluang untuk communicate dgn orang lain, padahal komoeni tuh sengaja letak org org muda yg mingle around pakai baju kompeni tuh kalau nak tanya ke apa. Tak ramai ambik peluang tanya pasal kerja.

3. Ada yang tak dress appropriately. Fukushima Rudy, camna nie ? Ada sorang tuh pakai ketat yg amat mcm nak gi clubbing. Mungkin lepas session terus gi kot. Mmg tak sesuai. Part mie overseas grad lebih "astute"

4. Bila present, ramai yang guna "you all..." dan "you guys....". Baik grad overseas ke malaysia ke sama jer semua. Aku tanya satu soalan "so what are you proposing, option a, b, or c ?" Jawabnya "We all think it should be option B but if you guys think its option C, then we all okay". Adoi. Masalah generasi mungkin.

5. Kemahiran komunikasi - ini masalah besar. Ada satu candidate bile ditanya ada apa apa nak tanya sebelum habis session, dia tanya "What you say about me", rupanya nak cakap "Do you have any feedback on my case study presentation?". Actually yg banyak problem communication ialah yg engineering grad yg fokus on accuracy and solutions dan bukan the thought process and cara nak communicate results.

6. Ada yang 4 flat result exam nya, bila suruh presemt, out terus. Tangan menggigil, mula berpeluh. Dia kata present depan lecturer dia okay pasal dia jumpa orang tuh hari hari, present depan orang lain dia tak berapa boleh. Pulak dah. (Part nie kan, bagus kalau budak present Final Year project panggil org luar utk jadi panel, at least ada la experience tu). Kalau yang boleh present....diorang bercakap and bukan "story telling". Most of the time message tak sampai.

7. Email kat CV. Aku tak boleh kalau ada perkataan "cute", "sado", "princess" kat email tuh. Mintak kerja pakai emel princess_cute91@xxx.com ? Please ..nie nak keje nie...bukan zaman IRC (diorang tak tau apa MIRC pun agaknya).

8. Ada yang dah kerja hampir setahun tapi dah kerja 4 company (mcm mcm alasan, semua salah kompeni)

9. Ability to handle difficult questions - bila di tanya soalan susah, overseas grad lebih menyerlah. Local grad akan cakap "Tak tau" overseas akan cakap "dia tak berapa sure and akan get back with a response". Jawapan sama jer tapi cara tuh lain skit.

10. Nie kompeni MNC, maknanya less hierachical. While it is okay to address orang as "Encik" utk org Malaysia, ada 2,3 orang panggil aku Sir. Alex Ferguson lain la dia dapat title. Even co assesor (American) pun tanya aku apsal budak panggil dia sir.

Selepas menghabiskan masa hujung minggu dengan anak anak ikan nie, 2 kesimpulan utama yang aku boleh bagi.

1. Aku memang tak boleh jadi lecturer. Rasa nak naik angin jer. Haha

2. Aku respek dengan kawan kawan aku yang jadi lecturer yang berdepan bebudak generasi sekarang. Bukan kerja senang.

Notakaki : Actually, if my time and schedule permits, I wouldn't mind spending time to talk to the undergrads on interview tips and business expectations.

No comments:

Post a Comment