Sabtu, 2 April 2011

April Ngok

Sebenarnya April Fool adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakanApril Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.

Walaupun ia tidak sehebat perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. PerayaanApril Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.



Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.

Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’ untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.



Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah. Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.



Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam

Jumaat, 1 April 2011

Aurat WAJIB ditutup..!

 Allah swt dan Rasul-Nya telah mengarahkan SEMUA wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat ...err (-__-)" xkisah la dia....
ikhlas ke tak ikhlas ke...(>__<)
suka ke tak suka ke...(>__<)"
terpaksa atau dipaksa ke...(>__<)"
disuruh atau terbit dr hati ke...(>__<)"
...hipokrit ke tak hipokrit ke...(>__<)"

ia....TETAP WAJIB...? ? ? (-__-)"...hmm...wajib...~~~
(xde dah pkataan lain yang sewaktu dgnnya....)
Ok...wajib tu cmne ye....?
wajib ni ----> kena jugak buat...huhu~~~ sebab xbuat...nanti dosa...hmm...~~

sama macam solat...bayar zakat...puasa Ramadhan...@ larangan yang lain...hmm~

“xpe...Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung” (^__^) ?
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang...jadi tungguuu...."
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia...yeah~!!? ?”

bukan...bukan masalahnya tunggu seru...?
bukan...bukan masalahnya nak tunggu tua baru buat...?
bukan...bukan sebab dah botak bru pakai...?
bukan...bukan sebab ada mslh keguguran rambut bru pakai...?~

bukan sayang ? ? ?

(^__^) tahu x...
betapa indahnya wanita yang menutup aurat...
mcm2 perumpamaan org slu cakap...mcm
---> permata dicelahan kaca la...even tnggelam dalam beribu2 berjuta2 lemon kaca...tetap yang permata lebih menonjol kilauannya...
---> lolipop yang xdibuka bekasnya la...kalau dibuka...dan dibiarkan...mesti dihurung lalat...(eh...laki mcm lalat ke? eh tak...tak...analogi je..hehe)~~~ dihurung lalat sbb kemanisan yang ada pd lolipop tu...pastu lama2...hilanglah kemanisan tu...huhu...
---> mcm mahkota la...emas la (bukan gigi emas)...berlian la...ape2 je...

cuba bayangkan...ye...
bayangkan la ** (^_^)
saya paksa suruh bayangkan ni...

kalau anda ada semua benda berharga ni...
suke ke nak tayang2 dekat orang...?
erm...
--->best2...nak org tau kita ade barang berharga...oh ok~!! fine...

jwpn lain?...erm
---> mesti la xnak..nti org curi...

Lagi2??....

- ade setengah rasa nak tnjuk…tapi xsemua la kot…sikit2 dah la…oh…gitu? BULEH PULOP….

Xpe2…yang penting mcm mana korang jaga barang berharga tu…yang emas2 berlian…segala barang mahal2 tu…kat mane? Ce cite…ce cite..ce cite…

xkan nak bako je…( eh…tetibe kena rasuk cite mak limah pulak…back to topic pliz~!!)

erm…xkan nak simpan dalam almari?
xkan nak simpan bawah bantal…??
xkan nak simpan bawah katil…??
xkan nak simpan atas atap rumah…alaa…kitorg dh tau…( nanti leh curi…)~~
mesti la dekat tempat yang susah nak jumpa…
susah nak lihat…
susah nak Nampak…
Segalanyaaaa….susah~~ kan..kan…
Cthnya tanam dalam tanah…ala2 harta karun tu ke kan…mesti nye..*tpengaruh ngn cite filem*

ok…begitulah ibaratnya…? ? ?
benda ni boleh belajar slow2…susah2 lama2 jadi la senang….(^^,)~!!
Dan yang dah bertutup aurat…
saya nasihatkan…janganlah sombong sangat dgn yang xtutup aurat…
Buat berlagak ke…hina diorg ke…
Same2 la nasihat…bukannya susah…duk maki-maki diorang…ape habuk pun xdapat…dosa lagi ade lah…

(-___-)” mak cakap…jom muhasabah diri…? ? **peace…with lots of L.O.V.E**

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

Bangkitlah...!!!

Pasca keputusan SPM keluar, terdapat segelintir remaja yang mencari saya di alam maya. Meminta nasihat bagaimana hendak mengawal perasaan kecewa mereka. Mereka telah mendapat keputusan yang orang ramai pandang sebagai tidak cemerlang. Ada pula sebahagian daripada mereka, keputusannya cemerlang, tetapi dia tidak berpuas hati kerana tidak mendapat straight A’s.

Kecewa teramat-amat. Seakan-akan dunia telah tertutup, dan menjadi sempit buat mereka. Malah, ada yang sampai bertanya, “Mengapa Allah buat begini kepada saya?” Bertenang adik-adik, bertenang.

Pada pendapat saya, SPM bukan pengakhir kehidupan. Ya, bukan pengakhiran. Tetapi SPM hanyalah salah satu ‘checkpoint’ dalam kehidupan. Kita perlu memandang sedemikian. Barulah hati itu akan tenang dengan keputusan yang diberikan oleh Tuhan.

SPM – ruang muhasabah
Pandang semula ke belakang. Benarkah sudah studi dengan bersungguh-sungguh? Atau sebenarnya kita masih bermain-main dan agak sambil lewa? Pandang semula ke belakang. Apakah kita ini benar-benar menjaga hati guru yang mengajar kita? Atau kita pernah mengecewakannya, tidak beradab dengannya dan sebagainya?

Pandang semula ke belakang. Apakah kita ini telah berusaha menjaga hati sahabat-sahabat kita, dan orang lain? Atau kita pernah melukakan mereka, menganiayai mereka, berkata buruk kepada mereka, dan sebagainya? Pandang semula ke belakang. Bagaimanakah hubungan kita terhadap ibu bapa kita, adik beradik kita, saudara mara kita? Mungkin pernah kita buat sesuatu yang buruk buat mereka?

Pandang semula ke belakang. Bagaimanakah hubungan kita dengan Allah SWT dan agamaNya? Apakah kita melaksanakan perintahNya? Adakah kita meninggalkan laranganNya? Atau kita tidak peduli dengan itu semua? Ya. Pandang semua ini. Pandang.

Kemungkinan, keputusan yang buruk, yang mengecewakan, yang tidak mencapai sasaran kita itu, kita perolehi kerana sikap kita yang lalu, yang belum kita usaha untuk diampunkan.
Bukan salah Allah SWT sebenarnya. Salah kita.

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” Surah Asy-Syuura ayat 30.

SPM tidak lebih hanyalah teguran Allah SWT buat kita. Tidakkah kita memerhatikan?

SPM – hentakan yang kuat.

Manusia ini, biasanya payah untuk beringat. Maka, biasanya Allah SWT akan memberikan beberapa ‘hentakan yang kuat’ dalam kehidupan agar kita terjaga dari lena. Ada orang dengan kematian kedua ibu bapanya, ada orang dengan kehilangan hartanya, ada orang dengan terjadinya bala benca dan sebagainya, yang mana semua itu mengaitkan dengan kehilangan sesuatu yang ‘besar’ dalam kehidupannya.

Untuk remaja, antara yang besar adalah SPMnya. Peperiksaannya.
Allah SWT memberikan hentakan ini, untuk kita tersedar kala usia masih muda, tenaga masih ada. Untuk bergerak menjadi mukmin yang lebih baik, lebih soleh. Tidakkah kita memerhatikan?

SPM – Bukan pengakhiran kehidupan

Jangan kecewa. Jangan salahkan Tuhan. Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tinggal, sesiapa yang tidak memandang hikmahNya, dia akan rugi selama-lama.

Ada orang, kecewa dengan keputusan SPM, terus malas belajar. Dia rugi.
Ada orang, kecewa dengan keputusan SPM, kelar tangan, bunuh diri. Dia rugi.

Itu orang yang tidak mahu memandang hikmah Allah SWT.
Tetapi bagi mereka yang memandang hikmah Allah SWT, maka teguran daripada keputusan yang tak berapa elok ini, akan dilihat dan diambil secara positif. Dia ubah dirinya, menjadi lebih berdisiplin. Dia tingkatkan dirinya, agar menjadi lebih soleh. Dia perbaiki dirinya, agar menjadi yang lebih kuat hubungannya dengan Allah SWT. Terus bertranformasi menjadi seorang manusia yang baru.

Lantas, kehidupannya selepas SPM itu, akan diharungi dengan kekuatan dan semangat yang baru.
SPM bukan pengakhiran kehidupan. Ada 1001 lagi jalan untuk berjaya, tanpa menggunakan SPM. Tinggal, SPM adalah pemudah cara. Namun, tidak berjaya di dalamnya, bukan bermakna kita tidak akan berjaya di dalam kehidupan kita. Apatah lagi apabila kita sudah menjalani transformasi diri, insyaAllah kehidupan SPM itu akan menjadi lebih bermakna lagi, dan mudah dihadapi.

Ada orang yang tidak cemerlang SPM, berubah, lantas di dalam kepalanya muncul idea bisnes persendirian. Berjaya. Dia tidak rugi dalam kehidupannya. Ada orang yang tidak mencapai sasarannya di dalam SPM, tidak dapat mengambil kos idaman, berubah, lantas di dalam kos yang terpaksa diambilnya, dia lakukan yang terbaik. Berjaya. Dia tidak rugi dalam kehidupannya.

Ada orang yang gagal dalam SPM, tidak dapat menyambung pengajian, berubah, dengan yakin tanpa segan, mengambil semula SPMnya. Berjaya. Dia tidak rugi dalam kehidupannya. Mereka ini, adalah manusia-manusia yang memahami, bahawa kehidupan itu lebih besar daripada sebuah SPM.
Tidakkah anda memerhatikan?

Penutup: Jangan kecewa. Allah bukan tidak sayang kita. Bahkan, sayang.

Jangan tanam dalam diri, kalau dapat keputusan yang mengecewakan, itu tandanya Allah tidak sayang dengan kita. Tidak. Bahkan, keputusan yang mengecewakan itulah tandanya Allah masih sayang kepada kita.

Kita yang banyak dosa, tidak dibiarkan cemerlang begitu sahaja, agar kita mampu memperbaiki diri kita. Kalau tidak diberikan ‘hentakan yang kuat’ ini, mungkin jadilah kita hambaNya yang ingkar sentiasa, tanpa punya peluang tersedar dari alpa. Tidakkah kita memerhatikan?

Dan mungkin juga, kita ini tak banyak dosa, tetapi keputusan tetap mengecewakan. Itulah dia ujian. Ujian adalah untuk peningkatan, tapisan. Allah ingin kita meningkat satu level lagi dalam hubungan kita dengan Dia.

Bukankah itu satu perkara yang amat menyenangkan? Tidakkah kita memerhatikan?
Maka jangan kecewa.
Pandang secara rasional.
Kehidupan belum berakhir.
Kita pandang semula. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita

Jepun mengaku kalah


SEBUAH bangunan di loji Fukushima Daiichi dikelilingi palang-palang besi yang rosak dalam gempa bumi pada 11 Mac lalu.


TOKYO - Jepun akhirnya mengaku kalah dalam usaha mengekang pencemaran radiasi di empat reaktor nuklear loji Fukushima Daiichi yang rosak dan akan menutup kesemua reaktor berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa pegawai berkata, dalam sedikit masa lagi, semua bekalan kuasa ke reaktor-reaktor itu akan ditutup, manakala usaha untuk menyejukkan batang-batang bahan api nuklear akan dihentikan.
Langkah terakhir, melibatkan proses mencurahkan bertan-tan konkrit untuk menimbus reaktor-reaktor itu. Sekali gus memastikan tiada radiasi yang bocor keluar.

Perkembangan itu berlaku selepas agensi keselamatan nuklear Jepun mendedahkan bahawa bacaan radiasi di dalam laut sekitar loji Fukushima Daiichi melonjak sebanyak 4,385 kali ganda berbanding takat yang dibenarkan.

Pengumuman dramatik tentang penutupan semua empat reaktor itu dibuat pada Selasa lalu oleh Pengerusi Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO), Tsunehisa Katsumata yang mengendalikan loji nuklear tersebut. .
Loji Fukushima Daiichi terletak sekitar 240 kilometer dari ibu negara Jepun, Tokyo.

Katsumata berkata, beliau berasa kasihan kepada orang ramai yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka atau terpaksa tinggal di dalam rumah disebabkan oleh krisis nuklear berkenaan. "Saya memohon maaf kerana kesusahan dan ketakutan yang berlaku akibat kebocoran radiasi ini," kata Katsumata.

"Kami telah gagal untuk menyejukkan reaktor-reaktor terbabit. Tetapi kami melakukan usaha paling maksimum untuk menstabilkan keempat-empat reaktor itu," tambahnya. Krisis nuklear bermula selepas sistem penyejukan reaktor-reaktor nuklear di loji Fukushima Daiichi rosak akibat gegaran kuat gempa bumi berukuran 9 pada skala Richter yang melanda pada 11 Mac lalu, disusuli oleh tsunami.

Tidak lama kemudian, beberapa letupan dan kebakaran menyebabkan kebocoran radiasi berlaku di loji tersebut. Setakat kelmarin, tahap radiasi di dalam laut sekitar loji Fukushima Daiichi ialah 3,355 kali ganda daripada bacaan normal. Dalam perkembangan berkaitan, seorang jurutera nuklear Amerika Syarikat (AS), Michael Friedlander memberitahu stesen televisyen CNN bahawa dia bimbang kesan pencemaran air laut yang berlaku.

"Plankton menyerap radiasi, ikan memakan plankton, ikan besar pula memakan banyak ikan kecil. Justeru, kandungan radiasi akan berlaku dalam rantaian makanan," katanya.
Aktiviti menangkap ikan kini dilarang dalam lingkungan sekitar 20 kilometer dari loji Fukushima Daiichi. - Agensi

sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0401&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Melayu....

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut Selalu p...ecah di mulut,
Biar mati adat Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, Keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani, semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu Malah mua´alaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan Suami pulang lapar tak makan Kera di hutan disusu-susukan Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

(Usman Awang)

Kimi-'A'! Organik PSPM II


Good Luck 2 all my beloved students PDT sem IV KMS-hehdi kohot I sesi 2011/2012....

Buktikan yang kimi-'A'! itu sangat M U D A H....!!!!! Insya Allah..A.!!!










Gambar2 konvo shakir


Isteri

kelas Akir

Muhammad Shakir Zufayri b Mohamad Shehdi

Akir