Sabtu, 2 Julai 2011

oprah

saya baru saja menonton dan terpesona dengan salah satu episod talk show paling popular di dunia, iaitu The Oprah Winfrey Show.

Dalam episod yang ditayangkan itu, fokus bual bicara adalah tentang diskriminasi terhadap umat Islam. Ceritanya tentang seorang lelaki dari AS yang benci terhadap Islam diajak tinggal bersama sebuah keluarga Muslim selama sebulan dan disuruh ‘menyamar’ sebagai seorang Muslim, lengkap dengan janggut dan pakaian yang dipakai oleh orang-orang Arab. Salah satu misinya adalah untuk mengetahui kehidupan seorang Muslim yang sebenarnya dan merasakan sendiri bagaimana menjadi seorang Muslim yang sering menerima diskriminasi oleh kebanyakan warga AS.

Pendek kata, dia dapat memahami dan mengalami sendiri bagaimana pahitnya menjadi seorang Muslim yang dicurigai hanya kerana memeliki janggut dan memakai pakaian islam yang sopan, padahal semua tuduhan itu sama sekali tanpa bukti. Dia telah berjalan jalan di kota dengan penampilan seperti itu, dan kebanyakan respon yang diberikan orang sekitar terhadapnya sangat menyakitkan. 

Bahkan sebagian besar warga AS yang diajaknya berbincang secara bersemuka menolak untuk tidak mendiskriminasikan umat Islam kerana mereka yakin dan percaya bahawa semua Muslim adalah pengganas. 

Di sudut lain, 30 hari yang dihabiskannya bersama sebuah keluarga Muslim benar-benar menunjukkan sebaliknya dari apa yang dia jangkakan selama ini. Dia merasakan bahawa keluarga itu sangat bahagia, walaupun banyak yang tidak difahami, namun dia mengakui bahawa banyak masalah dapat diselesaikan dengan ajaran Islam. 

Salah satu kisah yang paling menarik adalah ketika lelaki itu duduk berdua duaan dengan isteri tuan rumah di sebuah ruangan rumah. 

Kemudian tuan rumah datang dan mengatakan bahawa dalam Islam tidak dibenarkan berduaan duaan di tempat yang tidak mempunyai orang. Ini kerana pihak ketiga akan muncul iaitu Syaitan yang akan menggoda manusia melakukan maksiat.

Perkara ini di fikirkan oleh lelaki bukan islam tersebut dan berfikir ini adalah prinsip yang benar-benar gila. Tetapi di hadapan Oprah dan semua penonton di studio ketika itu, akhirnya dia mengakui bahawa prinsip hubungan diantara berlainan jantina dalam Islam seperti yang dialaminya benar-benar dapat menyelesaikan banyak masalah yang terjadi dalam pergaulan sosial di AS yang serba bebas. 

kredit: zharifjen

Pencabulan, perzinaan, sex songsang, sehinggakan penyebaran HIV / AIDS pun dapat dicegah dengan jalan Islam, lebih efektif daripada cara apa pun dan tidak memerlukan kos.

Pengakuan ini membuatkan saya terkejut mendengar pengakuannya. Saya tidak menyangka seorang bukan islam dengan begitu beraninya mengakui kebenaran Islam di hadapan jutaan penonton melalui televisyen. 

Walaupun saya mengakui keberanian Oprah dalam mengangkat cerita cerita yang kontroversi, saya tetap terkejut melihat bagaimana dia berani mengenengahkan cerita ini di sebalik arus media yang berterusan menghentam umat Islam yang dikatakan pengganas

Anda boleh melihat sendiri betapa buruknya Islam di pendangan mata kebanyakan orang. Oprah telah membuka jalan bagi syiar Islam, iaitu dengan membuktikan bahawa keteladanan akan menghancurkan semua kesimpulan dan tanggapan yang salah. 

Kalau mereka tidak mahu percaya pada kata-kata, maka buktikanlah dengan perbuatan. Buktikanlah bahawa umat Islam bukan pengganas. Kita harus membuktikan bahwa kita adalah sebenar-benarnya umat terbaik (khairu ummah) yang mampu memberikan penyelesaian bagi setiap masalah. Kita harus menjadi umat yang menyenangkan, bukan menjadi beban kepada dunia. 

Dan kita memang mampu memberikan penyelesaian yang paling bagus, asalkan kita terus berpegang pada Al-Qur’an dan Al-Hadits. Tidak ada petunjuk yang lebih jernih daripada keduanya. Sesungguhnya kebenaran adalah kebenaran. Tidak peduli ras mana pun, bangsa apa pun, atau bagaimana pun keadaannya, kebenaran akan selalu diterima sebagai kebenaran. Kalau mereka menolak, mungkin kerana mereka belum melihat buktinya. 

Tugas kita sekarang adalah memberi pembuktian.

wassalaamu’alaikum wr. wb.

rahsia solat

"SOLAT adalah satu perintah yang diwajibkan ke atas orang Islam setiap hari. Umat Islam dituntut melakukan ibadat itu menurut sebagaimana diperintahkan Rasulullah s.a.w, dari takbir, bacaan, perbuatan hingga ke akhir salamnya dengan penuh takwa.

Orang yang mendirikan solat adalah orang yang beriman. Orang yang beriman mesti mendirikan solat. "Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan solat." (Ibrahim:31)

Dalam al-Quran, dilaporkan ada lebih 25 tempat ayat "aqama" yang merujuk kepada makna perintah mendirikan solat dan lebih 70 kali perkataan "as-solah" atau solat diulang dan disebut dalam al-Quran.

Antaranya, firman yang bermaksud: "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.

"Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." (an-Nisa':103)

Setiap individu Muslim dan Muslimah mesti mengerjakan solat. Malah, bagi ketua keluarga seharusnya memerintahkan ahli keluarganya melakukan solat. Ibu bapa pula wajib mengajar dan membimbing anak melakukan ibadat itu, seawal usia tujuh tahun.

Ibadat solat adalah suatu perintah daripada Tuhan kepada hamba-Nya. Banyak kelebihan, keberkatan dan rahsia yang terkandung di dalam solat, malah mengiringi mereka yang mengerjakannya.

1. Solat akan menjadikan seseorang sentiasa mengingati Allah dan menghampiri diri dengan-Nya, sekali gus menjadikan kehidupan seseorang itu sentiasa berhubungan dengan Tuhannya.

"Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku." (Toha:14)

2. Solat adalah tanda kesyukuran. Muslim atau Muslimah yang mengerjakan solat adalah mereka yang tahu bersyukur sebenarnya. Mereka bersyukur atas segala nikmat dan rahmat tidak terhingga yang Allah kurniakan dengan melakukan ibadat kepada-Nya.

3. Ibadat solat menghapuskan dosa. Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan solat lima kali sehari dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana satu hadis bermaksud:

"Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)

4. Solat juga dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Ibadat solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukunnya boleh mencegah si pelakunya dari melakukan maksiat dan kemungkaran.

"Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (al-Ankabut:45)

5. Solat dapat memberi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan hidup. Kita boleh lihat kehidupan orang yang memelihara solat dan orang yang tidak mengerjakan solat, jauh berbeza bukan!

"Sesungguhnya berbahagia/berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (al-Mukminun: 1-2)

6. Solat dapat mententeramkan jiwa. Orang yang melakukan solat secara sempurna dan penuh khusyuk, jiwanya aman damai, malah dapat mengawal segala tekanan sekali gus menjadikan kehidupannya lebih ceria.

Seorang yang taat mengerjakan solat sepanjang hidup, lagi mengerti betapa besar kepentingan solat itu kepadanya serta memahami kelebihan dan rahsia bacaannya, sudah tentu akan tenang jiwanya.

"Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) loba mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka." (al-Ma'arij:19-23)

Rasulullah s.a.w ketika berhadapan masalah akan memperbanyakkan solat kerana solat bagi baginda adalah amalan penyejuk hati.

Kelebihan ini sekurang-kurangnya akan menyuntik diri kita umat Islam untuk lebih tekun mengerjakan solat, malah mereka yang selama ini tidak mengenali ibadat itu tertarik untuk turut sama melakukannya.

wanita berpurdah itu...

Suatu kisah…Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.
Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.
Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. “Adakah ini khayalanku sahaja?” bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.
“Siapakah wanita itu?”
Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.
“Adakah wanita itu orang gila?”
Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.
Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.
Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. “Kuncikan pintu itu,” kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, “dan bawakan kuncinya. ” Aku akur.
“Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu,” kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. “Buang-lah,” ujar wanita itu sambil ketawa, “tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?” Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.
“Waktu maghrib sudah hampir selesai,” kata wanita itu bernada sedikit menyindir . “Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?” Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai peSuatu kisah…Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.
Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.
Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. “Adakah ini khayalanku sahaja?” bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.
“Siapakah wanita itu?”
Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.
“Adakah wanita itu orang gila?”
Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.
Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.
Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. “Kuncikan pintu itu,” kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, “dan bawakan kuncinya. ” Aku akur.
“Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu,” kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. “Buang-lah,” ujar wanita itu sambil ketawa, “tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?” Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.
“Waktu maghrib sudah hampir selesai,” kata wanita itu bernada sedikit menyindir . “Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?” Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.
“Tiba masanya untuk melihat aku,” kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. ” Pandang aku sungguh-sungguh,” kata wanita itu lagi.
“Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari.” Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.rigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.
“Tiba masanya untuk melihat aku,” kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. ” Pandang aku sungguh-sungguh,” kata wanita itu lagi.
“Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari.” Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.

adab berbicara Dalam Islam

Hendaklah bercakap dengan nada yang jelas tanpa rasa keraguan dan tidak bercakap dengan nada yang samar-samar.

Jika seseorang sedang makan, maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau yang tidak disukainya.

Jangan bercakap mengenai hal orang lain, mencaci dan membuat fitnah (walaupun bercakap tentang perkara buruk yang benar-benar sah dilakukannya, ianya termasuk di dalam kategori mengumpat).

Jangan memanggil seseorang dengan panggilan nama yang tidak menyenangkannya atau yang boleh memalukannya.

Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenai perkara tersebut.Hendaklah bercakap secara berdepan dengan bertentangan mata atau tidak bercakap di belakang untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.

Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu topik atau topik tersebut belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan topik baru atau memintas perbincangan tersebut.

Jangan meniru gaya percakapan orang-orang jahil tentang agama.

Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucaplah sesuatu yang menggembirakannya.

Jangan memanggil orang yang lebih tua daripada kita dengan panggilan nama sebaik-baiknya panggillah dengan nama yang memuliakan mereka. 

“Jika engkau berada di rumah orang, hendaklah jaga matamu, jika engkau berada di antara orang ramai hendaklah jaga LIDAHMU dan jika engkau berada di dalam sesuatu majlis, hendaklah jaga perangaimu.” 

Jumaat, 1 Julai 2011

Hukum Demokrasi menurut I S L A M

Umat Islam di seluruh dunia sedang menyaksikan kebangkitan dan sudah mula menuntut kembali kekuasaan yang telah dirampas dari mereka oleh para penguasa zalim di Timur Tengah. Dari satu negara ke negara yang lain, kita telah mula melihat tembok ketakutan terhadap rejim zalim yang sekian lama berkuasa, menyeksa, memenjara dan menghalang aspirasi politik umat Islam, sudah mula dihancurkan. Beberapa orang penguasa telah jatuh dan yang lain sedang hidup di ambang kejatuhan atau ketakutan. Maka, di dalam usaha untuk mempertahankan sisa-sisa kekuasaan yang ada, seluruh kekuatan polis dan tentera dikerahkan oleh para penguasa zalim ini untuk membantai rakyat yang melakukan protes terhadapnya. Kini, senario yang hampir sama sudah boleh disaksikan di Malaysia.
Gabungan Pilihan raya Bersih Dan Adil (Bersih) sejak lebih sebulan lalu telah melancarkan usaha untuk menggerakkan rakyat Malaysia untuk mengadakan protes besar-besaran kepada kerajaan bagi menuntut pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan nanti agar berjalan dengan bersih dan adil. Bertemakan ‘Bersih 2.0’, usaha kumpulan yang diketuai oleh Datuk Ambiga Sreenevasan itu menuntut lapan perkara yang kesemuanya berkaitan pilihan raya dan bercadang menyerahkan memorandum tuntutan tersebut kepada Yang Dipertuan Agung semasa demonstrasi besar-besaran yang dirancang pada 9 Julai ini. 

Demonstrasi ini nampaknya mendapat sambutan hangat dari parti-parti pembangkang dan beberapa NGO sehingga benar-benar membuatkan kerajaan UMNO-BN gelisah tidak menentu dan pihak polis pula menjadi ‘semakin ganas’. Belum pun perhimpunan Bersih 2.0 diadakan, sudah lebih seribu laporan polis dikatakan telah dibuat. Ambiga pula dilaporkan telah menerima ugutan bunuh manakala Pemuda UMNO dan kawan baik UMNO, Perkasa, telah pun mengadakan demonstrasi lebih awal untuk membantah Bersih 2.0. Namun sebagaimana kita sedia maklum, apa jua demonstrasi yang dibuat oleh UMNO, Perkasa dan kumpulan mana sekalipun yang merupakan penyokong kerajaan, semuanya selamat dari gangguan polis, malah kehadiran polis di tempat yang berkenaan adalah untuk menjaga dan melancarkan lagi perhimpunan. Pemuda UMNO dan Perkasa telah pun mengeluarkan kenyataan dan berikrar bahawa mereka akan mengerahkan penyokong-penyokong mereka bagi menghalang perhimpunan pada 9 Julai nanti walaupun akan berlaku pertembungan dan kekecohan. 

Dalam masa yang sama, sudah berpuluh penyokong Bersih ditangkap oleh pihak polis di dalam kempen-kempen awal yang mereka jalankan dan dikaitkan dengan usaha menghidupkan semula fahaman komunis dan sebagainya. Premis-premis mereka diserbu dan digeledah serta polis telah bertindak melampau dengan menangkap tanpa sebab, sehinggakan sesiapa sahaja yang memakai baju Bersih ditangkap. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah pun mengisytiharkan ‘keharaman’ kemeja-T Bersih dan menegaskan bahawa polis akan mengambil tindakan ke atas orang ramai yang memakai baju tersebut kerana ia jelas ada hubung kait dengan perhimpunan haram tersebut [UM29/06/11].

Di antara isu utama yang timbul dalam perhimpunan Bersih 2.0 ini adalah isu ‘perhimpunan haram’. Pihak polis bersungguh-sungguh memberi amaran dan menekankan bahawa perhimpunan nanti adalah perhimpunan haram kerana tidak ada permit, yang sepatutnya dimohon di bawah Akta Polis 1967. Manakala di pihak penganjur dan penyokong Bersih pula, mereka berhujah berdasarkan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan hak rakyat untuk berhimpun. Sekali lagi kita melihat bahawa kedua-dua pihak, walaupun majoritinya terdiri dari umat Islam, telah merujuk kepada undang-undang taghut untuk ‘mengesahkan’ atau ‘menghalalkan’  tindakan masing-masing. Sungguh menyedihkan apabila ulama dan gerakan Islam sekalipun tetap menyandarkan ‘kehalalan’ atau ‘keharaman’ perhimpunan ini berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, bukannya berdasarkan Al-Quran dan Sunnah yang sewajibnya menjadi nas untuk mengukur sesuatu perbuatan sama ada halal atau haram! 

Hukum Demonstrasi

Secara amnya, kami telah pun menjelaskan hukum demonstrasi menurut Islam di dalam Sautun Nahdhah siri ke-71 (tahun 2006). Namun demikian, kami masih tetap berusaha untuk mengingatkan para  pembaca sebagai saudara sesama Muslim dan menambah sedikit lagi perbincangan mengenainya. Adalah amat penting untuk kita fahami bahawa memuhasabah penguasa adalah satu kewajiban di dalam Islam, dan tanggungjawab ini terletak di bahu setiap Muslim tidak kira lelaki atau wanita serta di mana sekalipun mereka berada. Allah SWT telah mewajibkan kepada pemerintah untuk memerintah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah dan umat Islam pula diwajibkan mentaati ulil amri (pemerintah) selama mana mereka masih berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah. Namun apabila mereka telah menyimpang dari keduanya, maka sabda Nabi SAW, 

“Tidak ada ketaatan kepada makhluk di dalam (perkara) memaksiati Allah” [HR Ahmad]. 

Inilah yang difahami oleh para sahabat dan ini ditunjukkan kepada kita dengan ucapan Abu Bakar As-Siddiq ketika beliau memegang jawatan Khalifah, katanya,

“Bantulah aku sekiranya aku berada di jalan yang benar dan betulkanlah aku jika aku menyimpang....taatilah aku selama mana aku mentaati Allah dan RasulNya. Apabila aku mengengkari Allah dan RasulNya, maka engkari dan nasihatilah aku”.

Dari banyak nas dan teladan daripada Al-Quran, As-Sunnah serta Khulafa’ Rasyidun, kita dapat fahami bahawa apabila seseorang penguasa itu tidak berhukum dengan Al-Quran dan Sunnah, sebalikya berhukum dengan hukum taghut seperti dalam sistem demokrasi sekarang, maka dia tidak lagi perlu ditaati sebaliknya wajib diluruskan (dimuhasabah). Muhasabah kepada pemerintah boleh (malah wajib) dilakukan di dalam pelbagai bentuk yang dibenarkan oleh syarak dan tidak terbatas hanya kepada satu bentuk tertentu sahaja. Ia boleh dilakukan baik secara individu atau berkumpulan, secara lisan mahupun penulisan, baik di media cetak, media elektronik dan sebagainya. Demonstrasi adalah salah satu dari bentuk muhasabah yang dibenarkan dengan syarat tidak melakukan kerosakan di dalamnya. Dalil-dalil secara amnya membolehkan anggota masyarakat untuk berkumpul dan menyuarakan pendapat selama mana pendapat tersebut adalah diperbolehkan di dalam Islam. 

Protes dan demonstrasi adalah merupakan salah satu cara untuk menyuarakan pendapat. Namun perlu difahami bahawa hukumnya adalah bergantung kepada sebab dan tujuan demonstrasi atau protes tersebut dilakukan. Oleh itu segala fakta tersebut mestilah dianalisakan sebelum sesuatu uslub (cara) untuk menyuarakan pendapat tersebut boleh dikategorikan sebagai halal atau haram. Contohnya, sekiranya umat Islam keluar berdemonstrasi untuk menjadikan riba sebagai suatu yang halal, maka demonstrasi atau protes tersebut adalah haram sebab tujuannya adalah untuk melaksanakan suatu yang haram. Begitu juga jika anggota masyarakat keluar berdemonstrasi untuk menghalalkan arak, judi atau berdemonstrasi untuk melaksanakan atau mempertahankan undang-undang taghut atau Perlembagaan taghut, maka kesemua bentuk demonstrasi ini adalah haram. Tetapi sekiranya masyarakat keluar untuk memuhasabah pemerintah yang zalim atau untuk menyuruh mereka menerapkan undang-undang Islam, maka demonstrasi seperti ini adalah diperbolehkan. Ia ‘halal’ untuk dilakukan, bukan kerana Perlembagaan membenarkan atau kerana mendapat permit polis, tetapi kerana nas (dalil) membenarkannya!

Satu lagi dalil umum yang membenarkan ‘tunjuk perasaan’ adalah perintah amar ma’ruf nahi munkar yang diwajibkan ke atas umat Islam. Sabda Rasulullah SAW,

“Jihad yang paling afdhal adalah menyuarakan yang haq di hadapan pemerintah yang zalim” [HR an-Nasa’i]

Hadis ini yang memerintahkan untuk melakukan aktiviti politik tanpa merincikan cara untuk menyuarakan kebenaran (hak) terhadap kezaliman pemerintah, menunjukkan bahawa segala cara yang tidak dibuktikan haram oleh syarak, maka ia diperbolehkan. Jadi, sama ada melalui surat, menyebarkan risalah, menerbitkan buku, menulis artikel di dalam media atau menegur secara terus kepada pemerintah adalah kesemuanya cara yang dibolehkan untuk mencapai tujuan tersebut. Hadis riwayat Bukhari yang berbunyi 

“Sampaikan dariku walaupun satu ayat”

juga membawa maksud untuk menyampaikan kebenaran Islam kepada orang lain tanpa dirincikan kepada cara-cara tertentu. Oleh itu hadis-hadis ini sesungguhnya membolehkan kita untuk menyampaikan kebenaran (Islam) baik melalui cara perseorangan atau berkumpulan, baik di tempat khusus mahupun umum, baik di dalam kelas pengajian atau melalui internet dan sebagainya. Apa sahaja tindakan yang membawa kepada tujuan tersebut adalah diperbolehkan, selagi tiada dalil yang menunjukkan keharaman cara-cara tertentu yang diambil.

Di dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda, 
“Penghulu para syuhada adalah Hamzah dan seorang yang berdiri di hadapan pemerintah yang zalim, menasihatinya lalu dia dibunuh oleh pemerintah tersebut” [HR al-Hakim]

Fakta bahawa ‘penguasa diperbetulkan di hadapan umum dan di tempat umum’ adalah merupakan sebab yang paling utama untuk orang yang memperbetulkan pemerintah tersebut, dibunuh (oleh pemimpin yang zalim), sesuai dengan ungkapan hadis di atas. Di zaman Saidina Umar Al-Khattab menjawat jawatan Khalifah, beliau berpidato, 

“Sesiapa di antara kalian yang melihat pada diriku suatu penyelewengan, maka hendaklah kalian meluruskannya”. Mendengar hal ini, seorang Arab badwi dengan lantang menjerit,“Demi Allah wahai Umar! Jika kami dapati kamu melakukan penyelewengan, maka kami akan meluruskan kamu dengan pedang kami yang tajam!”

Apakah tindakan Umar tatkala mendengar kenyataan sekeras ini? Khalifah yang hebat ini menerima jawapan itu dengan pujian dan penuh rasa gembira, beliau menjawab, 

“Alhamdulillah, pujian bagi Allah yang menjadikan dari kalangan umat Muhammad mereka yang sanggup meluruskan Umar dengan pedangnya”.

Demikianlah seorang pemimpin yang adil dan baik, yang menerima secara terbuka nasihat dari rakyatnya, bukan sebagaimana seorang pemimpin yang zalim, yang menangkap dan membunuh rakyat yang menasihatinya! 

Syeikh Abdul Aziz Al-Badri di dalam kitabnya ‘menterjemahkan’ kata-kata Umar seperti berikut: 

“Tidak terlaksana maksud ‘meluruskan’ dalam perkara yang membabitkan pemerintahan melainkan dengan cara mengkritik. Islam mewajibkan ke atas setiap pemerintah yang menguasai urusan kaum Muslimin agar mendengar dan berlapang dada terhadap sesiapa sahaja yang mengkritiknya, sebagaimana ia diperintahkan agar tunduk kepada kritikan ini selagi mana ia bertepatan dengan perundangan dan hukum-hukum Islam. Sekaligus Islam melarang sebarang bentuk seksaan yang boleh menyakiti dan ancaman terhadap mereka yang mengkritik dan membangkangnya, sekalipun menerima kritikan yang pedas ataupun dengan kata-kata yang keras dan tajam” [Abdul Aziz al-Badri, Al-Islam Baina al-Ulama’ Wa al-Hukkam]. 

Pasa satu ketika yang lain, Saidina Umar juga pernah ditegur di khalayak ramai di dalam satu majlis dengan dikatakan kepada beliau, 

“Bertaqwalah engkau kepada Allah wahai Umar!’. Salah seorang yang hadir dalam majlis itu mencelah, ‘Berani engkau berkata demikian terhadap Amirul Mukminin!. Namun Saidina Umar menjawab dengan mutiara kata yang indah, ‘Tiada kebaikan bagi kamu (rakyat) jika kamu tidak menyatakannya dan tiada kebaikan bagi kami (pemerintah) jika kami tidak mendengarnya” [Manaqib Amir al-Muminiin, Ibnu Jawzi].

Terdapat banyak sekali nas yang membenarkan perhimpunan (muhasabah) dilakukan di tempat umum. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas yang mengatakan, 

“Apabila ayat berikut diturunkan, ‘Dan berikan peringatan (wahai Muhammad) kepada kaummu dan ahli keluargamu” [TMQ asy-Syu’ara (26):214], Rasulullah SAW berdiri di atas bukit Safa dan memberikan peringatan, “Wahai Bani Fahr! Wahai Bani ‘Adi!”. Ramai orang telah berkumpul termasuk Abu Lahab, lalu Rasulullah (SAW) bersabda, “Apa pandangan kamu sekiranya aku memberitahumu bahawa terdapat pasukan berkuda di sebelah lembah ini yang datang untuk menyerang kamu, adakah kamu mempercayaiku?’ Mereka menjawab, ‘Ya, kami tidak pernah melihat engkau berdusta’. Baginda lalu bersabda, ‘Aku adalah pemberi peringatan kepada kamu tentang azab yang besar’. Abu Lahab kemudian berkata, ‘Binasalah kamu! Apakah kamu mengumpulkan kami semata-mata untuk mendengar ucapan ini?”

Dalam redaksi Imam Muslim yang meriwayatkannya dari Abu Hurairah, 

“Apabila ayat tersebut diturunkan, Rasulullah SAW telah memanggil kaum Quraisy dan mereka berkumpul lalu diberikan peringatan. Kemudian baginda SAW merujuk kepada kaum tertentu dan berkata, ‘Wahai Quraish, selamatkan diri kamu daripada api neraka; wahai kaum Bani Ka’ab, selamatkan diri kamu daripada api neraka; wahai Fatimah anak kepada Muhammad, selamatkanlah diri kamu daripada api neraka, sebab aku tidak berkuasa untuk menolong kamu daripada azab Allah kecuali yang mana aku memelihara hubungan denganmu”.

Apa yang jelas di sini adalah, apabila Rasulullah SAW menerima perintah untuk berdakwah kepada kaumnya, baginda telah pergi ke Bukit Safa sambil memanggil kaum Quraisy untuk mendengar peringatannya. Peristiwa ini menunjukkan kepada kita bahawa diperbolehkan untuk menyampaikan kebenaran di khalayak ramai dan di tempat umum. Perbuatan Rasulullah ini menjadi dalil kepada kita bahawa berhimpun di tempat umum adalah dibolehkan. Namun apa yang mesti perhatikan di sini adalah, ‘perkara’ yang wajib disampaikan itu hendaklah perkara yang sejajar dengan tuntutan Islam, bukannya sejajar dengan undang-undang kufur. Dengan kata lain, perkara yang ingin diperkatakan itu adalah perkara yang bertepatan dengan Al-Quran dan Sunnah, bukannya perkara yang bertepatan dengan Perlembagaan taghut atau undang-undang taghut atau ke arah untuk melaksanakan atau mengekalkan sistem taghut.

Sesungguhnya di zaman Rasulullah SAW telah pun berlaku satu bentuk ‘demonstrasi’ yang dilakukan oleh para sahabat. Mujahid, yang melaporkan dari Ibnu Abbas, mengatakan bahawa, ketika Umar al-Khattab ditanya kenapakah dirinya mendapat gelaran al-Faruq (yang dapat memisahkan antara kebenaran dengan kebatilan), Umar berkata, 

“Sejak aku memeluk Islam, adakah kita berada di jalan yang benar, di sini dan di Akhirat?’ Rasulullah SAW menjawab, ‘Sememangnya engkau adalah dalam keadaan demikian! Aku bersumpah dengan nama Allah yang nyawaku di dalam genggamanNya, engkau adalah di atas jalan yang benar di dunia ini dan di Akhirat’. Aku bertanya kepada Rasulullah, “Jika demikian, kenapakah kita melakukan aktiviti yang tersembunyi, tidak di khalayak ramai? Aku bersumpah dengan nama Allah yang mengutusmu dengan kebenaran, kita akan meninggalkan aktiviti sembunyi dan kita akan melakukan dakwah terang-terangan di hadapan masyarakat umum’. Kami kemudian berarak dalam dua kumpulan, Hamzah mengetuai yang satu lagi. Kami bergerak ke masjid di siang harinya. Apabila kaum musyrik melihat kami berkumpulan, muka mereka menjadi resah gelisah, dan mereka berasa susah dan berdukacita. Sejak peristiwa tersebut, Rasulullah SAW memberikan gelaran al-Faruq kepadaku” [Rahiq al-Makhtum].

Oleh yang demikian, demonstrasi dan protes terhadap penguasa yang bertujuan agar mereka menerapkan Islam, meluruskan kezaliman mereka atau membongkarkan pengkhianatan mereka terhadap Islam atau persekongkolan mereka dengan kuffar, adalah diperbolehkan berdasarkan nas-nas yang umum dan juga khusus. Kebolehan tersebut adalah dengan syarat bahawa tidak ada hukum-hukum syarak lainnya dilanggar semasa melakukan demonstrasi seperti pemusnahan harta benda awam, slogan jahiliyyah atau pencampuran bebas lelaki dan wanita dan seumpamanya.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin saudara seIslam sekalian! Sukalah kami mengingatkan kalian bahawa walaupun demonstrasi aman (masirah) dibenarkan dalam Islam, namun lihatlah kepada perkara atau ‘tuntutan’ di dalam demonstrasi yang ingin kalian lakukan. Sekiranya tuntutan yang kalian ingin suarakan adalah bertepatan dengan Islam dan sesuai dengan kehendak Allah, maka silalah berbuat demikian, semoga Allah bersama kalian dan semoga Allah memakbulkan tuntutan kalian. Namun, jika apa yang kalian ingin suarakan di dalam demonstrasi adalah suatu yang bertentangan dengan Islam dan perintah Allah, maka jauhilah diri-diri kalian dari murka Allah dan nasihatilah saudara-saudara kalian yang lain agar tidak melakukan hal yang sama. Fikirkanlah dengan berlapang dada dan hati yang jernih serta  penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah, adakah tuntutan untuk ‘membersihkan’ pilihan raya di bawah sistem demokrasi kufur ciptaan manusia ini, merupakan cara yang bertepatan dengan syarak di dalam usaha kita untuk merubah sistem taghut ini, kepada sistem Islam ciptaan Allah Azza Wa Jalla?

Proton Savvy

proton savvy Pengeluaran Proton Savvy Dihentikan?Isu terbaru berkenaan syarikat automotif pertama milik negara, PROTON ketika ini ialah berkenaan laporan daripada media yang menyebut tentang model kompakProton Savvy yang akan dihentikan pengeluarannya. Antara faktor utama kenapa keputusan tersebut diambil ialah disebabkan kualiti Savvy yang teruk dan menjejaskan imej syarikat.
Pengarah Urusan Proton, Dato’ Seri Syed Zainal (DSZ) dilaporkan mengeluarkan kenyataan seperti itu kepada media seperti mana laporan di dalam akhbar Oriental Daily News, anda boleh baca dan translatenya di sini. Agak mengelirukan berita yang dilaporkan oleh akhbar berbahasa cina tersebut kerana hasil carian kami di dalam Google gagal menemui berita yang sama dilaporkan oleh akhbar lain.
Jika benar Proton Savvy dihentikan pengeluarannya, kami tidak berapa bersetuju dengan khabar tersebut.Ada banyak kritikan yang telah dilemparkan kepada Proton Savvy, sejak dari ia mula diperkenalkan,baik dari segi rekabentuk dan juga ketahanan,mahupun pengurusan enjinnya yang dikatakan tidak mesra pengguna.Ini adalah pandangan peribadi kami semata-mata.
Tentang kritikan terhadap rekabentuknya, sebenarnya ia berbentuk subjektif.Tak semua orang akan suka dengan rekabentuk Savvy,dan juga bukan semua yang tak menyukainya.Ada yang minat dan ada yang tidak.Walaubagaimanapun, kami mengakui, kebanyakan rekabentuk bagi kereta Proton, sememangnya tidak berapa menarik.Namun itu bukan halangan kepada orang yang mampu untuk memberikan nilai kreatif dan estetika mereka terhadap kereta yang mereka miliki.
SavvyR3 01 Pengeluaran Proton Savvy Dihentikan?Dipasangkan dengan bodykit R3, ianya akan tampak lebih menarik dan sporty.Begitu juga dengan enjin Renault 1.2 yang berada di dalam “engine-bay” Savvy.Rata-ratanya, ramai daripada kita akan menganggap bahawa setiap kereta proton yang menggunakan enjin Renault, pasti akan berdepan dengan masalah alat-ganti yang mahal serta sukar mendapatkannya.
Itu kami setuju, namun kenapa masalah begitu terhasil?Ianya adalah daripada akibat Proton sendiri.Tidak ramai pengedar alat ganti di Malaysia yang membawa masuk alat ganti bagi enjin ini,jadi memang tugas Proton adalah untuk membawa masuk alat ganti kenderaan Savvy.Kalau jual kereta sahaja,tapi tidak banyak sediakan alat ganti pun tak guna.
Kereta sekarang bukan macam kereta zaman dulu.Kereta zaman dulu dibuat untuk ketahanan.Ada yang dah berusia sehingga 40 tahun pun, masih lagi boleh bergerak dengan lancar dan megah dijalanraya.Enjin renault ini, seperti yang anda tahu, merupakan enjin yang sangat bagus sebenarnya.
Dan untuk pengetahuan,enjin yang dipakai oleh Team Rally Proton S2000 merupakan ubahsuai daripada enjin 1.8 liter yang ada di dalam enjin Proton Waja Premium.Untuk menidakkan bahawa enjin Savvy ini tidak bagus dan sebagainya, kami kurang bersetuju.Ianya memang bagus,cuma kekurangan alat ganti menyebabkan harga barang Savvy ini melambung tinggi.
Suka atau tidak saya perlu menyebut, imej PROTON dikalangan sesetengah minda rakyat Malaysia ketika ini kurang memuaskan, malah ada yang langsung tidak percaya terhadap produk keluaran PROTON. Kualiti antara faktor utama kenapa rakyat Malaysia beralih kepada kereta keluaran syarikat lain walaupun PROTON menawarkan antara segmen terbaik dalam kelas sedan dan MPV seperti Saga FL, Persona, Inspira dan Exora.
Kami tidak pasti pula sama ada DSZ mengeluarkan kenyataan mengarut seperti itu, yang dipetik berdasarkan laporan media tersebut. DSZ seperti yang kita tahu seorang yang bersemangat untuk memajukan PROTON dan pastinya beliau tidak akan mengambil risiko untuk mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab seperti itu.
Jika benar bagai dikata, kenyataan seperti itu hanya mengesahkan lagi pandangan umum rakyat Malaysia bahawa kereta keluaran PROTON sememangnya tidak berkualiti. Saya berharap sangat media tersalah memetik kenyataan tersebut dan PROTON perlu mengeluarkan siaran akhbar (press release) rasmi bagi menafikannya. Adakah ini satu lagi komplot bagi menjatuhkan imej PROTON?
Dua isu utama di sini ialah berkenaan kenyataan DSZ tentang kualiti Savvy yang dikatakan teruk sehingga terpaksa dihentikan pengeluarannya dan isu kedua ialah kualiti komponen/part kenderaan PROTON yang tidak diperiksa (QC) dengan teliti disebabkan PROTON tidak mempunyai masa disebabkan terlalu sibuk mengeluarkan kereta baru setiap 98 saat.
Adakah anda percaya kenyataan media tersebut? Benarkah DSZ sendiri mengakui kualitiProton Savvy sangat teruk dan menjejaskan imej syarikat? Juga adakah benar DSZ mengatakan kualiti komponen/part setiap produk PROTON tidak diperiksa dengan teliti disebabkan mereka tidak mempunyai masa? PROTON sedang menghadapi masalah besar nampaknya.

Mayat Tabligh :)

"Usaha ugama adalah usaha yang hak... tiada keraguan pada nya lagi. Banyak benar pertanda yang telah ditunjukan olih Allah, semuga ia akan menjadi iktabar pada kita semua.

Karguzari (laporan) ini seperti yang diceritakan oleh Hj.Musa. Jenazah da'ie Allah ini adalah salah satu daripada jenazah-jenazah yang telah dipindahkan setelah mendapat kebenaran daripada tuan mufti atas permintaan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam usaha pembinaan landasan keretapi laju Utara-Kuala Lumpur. (Gambar hiasan).

Hj.Musa menceritakan;

?Jika kita membaca Alquran dan Hadis-hadis nabi saw, kita akan berjumpa tentang berita-berita atau targhib tentang kemuliaan orang-orang beriman yang berjihad di jalan Allah swt dengan diri dan harta mereka yang mana mereka terbunuh atau syahid di Jalan Allah swt. Mereka ini dijanjikan syurga yang penuh kenikmatan oleh Allah swt, di Padang Mahsyar nanti mereka akan bangun di depan Allah swt dalam keadaan sebagaimana mereka syahid di dunia, ada yang terpotong telinga, hidung, tangan, kaki dan ada yang luka terburai keluar perutnya dan pelbagai keadaan. Mereka ini akan bangun di depan Allah dalam keadaan luka mereka baharu sahaja berlaku, darah masih segar merah lagi. Ada juga yang kita dengar ada orang menggali tanah untuk membangunkan kawasan, yang mana mereka tidak tahu dibawahnya ada kubur Sahabat nabi saw yang mati syahid terbunuh, bila sahaja mereka lihat mayat tersebut yang mana darah merah masih segar keluar walaupun sudah lebih seribu tahun berlalu, Allahuakbar.

Inilah kisah yang ingin aku paparkan untuk renungan kita bersama. Nama orang dan tempat berlaku sengaja aku rahsiakan, tetapi ini adalah kisah benar yang berlaku pada bulan Jun, 2010 yang lepas.

Sekarang pihak Keretapi tanah Melayu sedang membina landasan keretapi laju dari Utara ke Kuala Lumpur yang dijangka siap pada tahun 2012 nanti, yang mana apabila ia beroperasi kelak, masa yang diambil untuk perjalanan sehala dari Alor setar ke Kuala Lumpur hanya 3 jam sahaja. Dalam membina landasan keretapi baru ini banyaklah tanah, rumah, kedai kepunyaan rakyat diambil dan dibayar pampasan yang berpatutan oleh kerajaan yang dipeesetujui bersama. Sistem landasan keretapi mana-mana negara pun agak pelik kerana apabila landasan yang dibina ini melalui sungai atau tasik, maka akan dibinakan jambatan, bila ia merentas banjaran atau gunung ia tidak akan melencong tetapi sebaliknya akan mengorek bukit atau gunung menjadi terowong. Pendek kata, apa sahaja yang ia jumpa dihadapannya, ia tidak akan melencong sebaliknya benda dihadapan itulah yang kena berubah. (macam orang dakwah juga, apa sahaja halangan datang.. jangan elak diri tapi terus maju macam k/api). Perkara yang sama juga berlaku apabila landasan baru ini merentasi satu kawasan surau dan tanah perkuburan. Kubur ini akan dipindahkan ke tempat yang baru. Untuk mengubah kubur ini mesti mendapat persetujuan Tuan Mufti dan dibawah pengawasan pihak Polis. Tarikh pemindahan kubur ini telah ditetapkan. Mufti mengarahkan untuk setiap kubur hanya seorang atau dua orang waris sahaja dibenarkan untuk mengangkat atau melihat jenazah yang akan dipindahkan. Seluruh kawasan di kelilingi dengan pembatas dan dikawal oleh anggota polis. Hanya orang berkenaan sahaja dibenarkan memasuki kawasan tanah perkuburan tersebut. Penggalian disaksikan oleh Tuan mufti dan beberapa pegawai agama lain serta Pegawai Polis.

Tersebut kisah seorang wanita yang mana kubur suaminya juga termasuk senarai yang dipindahkan. Suaminya meninggal dunia 3 tahun lepas akibat sakit barah hati. Dia tidak mempunyai waris yang terdekat dan dia telah memohon kepada mufti supaya warisnya diganti dengan sahabat baik suaminya, tetapi tidak dibenarkan oleh mufti. Wanita ini merayu lagi katanya sahabat suaminya ini memang baik dengan allahyarham semasa dia sihat atau sakit dan bila meninggal dunia, dialah juga yang mengurus jenazah suaminya. Mendengar rayuan ini, mufti membenarkannya. Kedua-dua mereka, allahyarham dan sahabatnya merupakan kawan baik aku juga.

Beginilah ceritanya, setelah kubur dikorek, alangkah terkejutnya sahabat aku ini bila melihat kain kafan yang menutup allahyarham masih elok, tidak reput walaupun sudah 3 tahun berlalu. Bila tiba masa untuk mengangkat jenazahnya, tuan mufti mengarahkan supaya sehelai kain baru dibalut lagi dan melarang supaya jangan dibuka wajahnya (ikut syariat). Setelah siap dibalut dan bila sahaja sahabat aku dan beberapa orang lagi mengangkat jenazahnya, alangkah terkejutnya dia, dipegangnya tangan, masih lagi rasa tangan tidak reput, dipegangnya punggung, masih rasa ketulan punggung dan tidak reput. Badannya juga masih badan biasa, sama saperti jenazah yang baru dikebumikan semalam sahaja. Sahabat aku masa itu merasa bagai nak jatuh kerana terkejut. Wanita ini apabila melihat keadaan suaminya yang sedemikian terus menangis dan menangis sehingga jatuh terduduk. Selepas selesai kerja pemindahan, tuan mufti bertanya kepada sahabat aku, siapakah arwah tersebut dan tambahnya lagi ini adalah tanda dia adalah ahli syurga. Dahulu semasa pengkebumian jenazahnya pun semua orang yang hadir mengatakan kuburnya mengeluarkan wangian yang harum. Selepas peristiwa ini, sahabatku berkata selama 2 hari dia tidak dapat tidur malam kerana teringat peristiwa tersebut.

Berbalik kepada kisah wanita ini, sahabat aku bertanya mengapa ia menangis, katanya: “Kakak menangis sebab menyesal dan rasa berdosa sebab dahulu semasa arwah masih hidup dan sihat, kakak selalu marah dan menghalang dia daripada keluar ikut dakwah tabligh, tapi dia keluar juga walaupun kakak marah.”

Allahyarham dahulu semasa hayatnya bekerja dalam satu jabatan kerajaan. Allahyarham di jabatan atau pejabatnya memanglah seorang yang dikenali di semua peringkat, dari ketua atasan sehinggalah pencuci lantai pejabat semua mengenalinya. Dia peramah, suka ketawa dan senyum dan menyapa kepada semua orang. Tetapi masa itu allahyarham masih tidak menumpukan kepada amal-amal agama. Sikapnya mula berubah apabila dia telah mula mengikuti dakwah tabligh 3 hari yang pertama kali. Dia telah mula mendekati dirinya pada Allah dan bertaubat nasuha. Semua perangai lamanya telah dibuang terus dalam hidupnya. Kehidupannya kini mula tenang dan dia telah belajar dan beramal dengan penuh tekun setiap perintah Allah swt mengikut sunnah nabi saw. Dia yakin, inilah satu usaha kenabian yang dapat merubah kehidupan seseorang kepada satu kehidupan beragama yang diredhai oleh Allah swt. Kemudian dia mengambil cuti tanpa gaji dan ikut keluar lagi 40 hari walau pun dalam keadaan isterinya marah dan tidak berapa suka dia keluar khuruj berdakwah. Selepas beberapa tahun berikutnya, dipohon pula cuti tanpa gaji selama 4 bulan dan diluluskan cutinya untuk keluar 4 bulan di India, Pakistan dan Bangladesh.

Setelah pulang dari khuruj 4 bulan, allahyarham telah menerima surat pemberhentian kerja oleh jabatannya dengan alasan yang tidak munasabah. Tetapi allahyarham redha dan pasrah dengan takdir Ilahi, dia tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang untuk membela diri. Allahyarham mencari rezeki, memelihara anak dan isterinya dengan memulakan perniagaan kecil-kecilan, berniaga air minuman dan jual kueh muih ditepi taman rumahnya. Usaha dakwah tidak ditinggalkanya, terus aktif membuat usaha di kampungnya setiap hari bersama sahabat baiknya tadi. Keadaan ini berlalu sehingga beberapa tahun, sehinggalah satu masa ketika allahyarham dan sahabat aku ini sedang minum teh tarik disebuah warung, ia disapa oleh seorang lelaki Cina. “Hai awak sudah jadi ustaz kah sekarang?” Dengan penuh kegembiraaan, allahyarham menyambut lelaki cina ini yang merupakan kawan baiknya dahulu. Mereka saling bertanya khabar dan setelah memberitahu hal yang sebenar bagaimana dia telah dipecat, kawan Cina berkata dia akan mengambil kes ini dan akan membawa ke mahkamah tanpa mengambil apa-apa bayaran upah kepada allahyarham. Kawannya ini dahulu bekerja sepejabat dengannya, tetapi sudah berhenti dan menjadi peguam. Masa itu jugalah kawan cina ini menghulurkan kepadanya duit sebanyak RM2000. Diringkaskan cerita, kesnya yang dibawa ke mahkamah telah dimenangi oleh allahyarham.Beliau telah mendapat bayaran balik beratus ribu ringgit oleh kerajaan dan kerja/ jawatannya pula disambungkan semula. Dengan wang tersebut, allahyarham telah mendaftar untuk mengerjakan fardhu haji bersama isterinya. Selang beberapa lama, Tabung Haji telah mengeluarkan surat yang mereka berdua akan berangkat ke Mekah pada tahun itu juga.

Kita merancang, Allah juga yang menentukan semuanya dan ketetapan Allah pasti akan berlaku sebagaimana kehendakNya. Sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah, allayarham telah diserang penyakit barah hati dan meninggal dunia. Semoga Allah mencucuri rahmatnya kepada allahyarham dan meletakkan dia bersama para syuhada dan solihin, amiin.

Kita yang hidup ini, masih belum tahu nasib kita bagaimana. Adakah akhir kalam kita dalam keadaan husnul khotimah? Oleh itu, marilah kita terus berusaha untuk memperbaiki diri dan menguatkan iman dan amal kita mengikut perintah Allah swt dengan cara ditunjuki oleh Nabi saw. ?