Isnin, 5 September 2011

Bendera Malaysia Punca Jurugambar BERNAMA DiTembak?



Mogadishu - Kerajaan Somalia hari ini mengeluarkan laporan lengkap mengenai kematian jurugambar warga Malaysia yang diserang hendap. Antara yang berada dalam laporan tersebut ialah kekeliruan kumpulan2 pejuang membezakan bendera Malaysia dengan Amerika Syarikat.


 


"Kumpulan2 pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia) sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti Amerika Syarikat.

Tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia kerana misi ini adalah misi publisiti politik negara mereka." Jelas jurucakap kerajaan Somalia.
 
 
 
Ulasan Tok
 
Memang wajar bendera kebangsaan di tukar. Ianya sangat membahayakan petugas negara di luar negara.

Ahli Sejarah mesti J A W A B ...!!

54 Soalan untuk renungan anak-anak muda pasca merdeka sempena 54 tahun "merdeka…"
1. Benarkah UMNO tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan.  Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang?

2. Sebelum Merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka UMNO pula, walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah.  Apakah mereka bimbang mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar?

Benarkah ramai tentera British telah menjadi korban gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) yang terdiri dari seluruh bangsa rakyat Malaya yang bergabung tenaga bersama PKM?

4. Bilakah semboyan MERDEKA bermula dan siapakah pemulanya ?

5. Benarkah ramai perajurit TPRM juga telah terkorban menentang tentera penjajah Inggeris sejak darurat 1948 hinggalah merdeka.  Apakah maksud pernyataan ini ?

6. Kalau merdeka tanpa pertumpahan darah kenapa begitu ramai nama-nama askar Inggeris yang yang mati direkodkan di tugu negara kita.  Kenapa mereka mati?  Mempertahankan siapa - tanah jajahan atau rakyat Malaya?

7. Benarkah Darurat 1948 adalah perang terhadap rakyat yang berjuang bersemboyankan merdeka.  Mereka ditangkap, dipenjara dan dibunuh yang terlepas menyusup ke hutan bergerila membentuk TPRM.

8. Akta darurat 1948 adalah demi keselamatan negara atau keselamatan imperialis Inggeris di Malaya?

9. Benarkah Darurat 1948 ini diisytiharkan sesudah kuasa penjajah Inggeris melihat PKMM, AWAS, API, PKM, BATAS, Kesatuan Buruh dan lain-lain telah berjaya mengumpulkan berjuta rakyat Malaya di bawah PUTERA-AMCJA untuk mengusulkan negara merdeka berpelembagaan.

10. Benarkah Darurat 1948 diistiharkan bagi mengekang tekanan dan suara merdeka di bawah PUTERA-AMCJA pelbagai kaum rakyat Malaya ketika itu.

11. Benarkah HARTAL yang dilancarkan pada 1948 adalah antara penyebab kuasa imperialis Inggeris melancarkan akta darurat 1948…. dan kenapa?

12. Siapakah yang sebenarnya dalam keadaan darurat - imperialis Inggeris atau rakyat kerana kebangkitan seluruh rakyat ketika itu… ?

13. Benarkah akta ini adalah muslihat untuk British tidak mengisytiharkan perang sedangkan ia suatu perang terhadap rakyat yang berjuang menuntut Merdeka dengan membawa masuk 400,000 tentera dari tanah-tanah jajahannya ke Malaya?

14. Kerana akta ini ramai pemimpin PKMM, AWAS, API serta lain-lain parti yang berjuang untuk menuntut merdeka telah bersama PKM dan berjuang dengan senjata menentang Inggeris dan kenapa?

15. Jika mereka tidak memilih hutan dan gerila apakah pilihan yang ada untuk mereka kerana seluruh parti-parti progresif telah diharamkan.  Apakah mereka perlu memilih rumah pasung Inggeris (balai polis), penjara atau tali gantung (UMNO sahaja yang tidak diharamkan ketika itu kerana ia ditaja oleh British).

16. Kenapa perang dalam negeri terus berlangsung selepas merdeka.  Bukankah ini antara syarat yang dikenakan Inggeris untuk merundingkan kemerdekaan?  Apakah signifikan syarat ini?  Tidakkah untuk memberi masa kepada British bagi mengelak "premature withdrawal", dan apakah signifikannya terhadap soal perniagaan senjata jangka panjang ke Malaya oleh British serta kepentingan mempertahankan harta mereka (kolonial) yang masih ada?

17. Benarkah Inggeris memberi kemerdekaan kepada Malaya kerana mereka hormat orang Melayu yang mereka pernah tulis sebagai bangsa yang tinggal di atas pokok (1786) atau kerana mereka sudah tidak dapat tahan terhadap ribuan serangan bertubi-tubi dari gerila PKM yang menyebabkan beribu-ribu askarnya cedera dan terkorban.

18. Setujukah kalau kita katakan bahawa kita hanya ada sebelah buku sejarah iaitu versi UMNO sedangkan Inggeris mempunyai buku sejarah tentang negara kita yang lebih lengkap yang tersimpan di London.

19. Bolehkah wira-wira Melayu silam seperti Tok Janggut, Datok Bahaman, Mat Kilau, Dato Sagor, Dato Maharajalela dan yang lainnya yang dituduh oleh British sebagai pengganas itu adalah sebahagian dari pejuang kemerdekaan.

20. Benarkah pada tahun 1948 UMNO hanya sebuah parti (gerombolan) kecil minoriti seperti PERKASA hari ini ?

21. Kenapa semboyan UMNO adalah hidup Melayu dan bukan Merdeka, adakah ini kerana mereka pada awalnya memperlekehkan gerakan untuk merdeka atau takut atau ingin mengambil hati Inggeris?

22. Kenapa rundingan Baling 1955 gagal.  Tidakkah Tunku di bawah tekanan David Marshall yang merancang untuk menggagalkan rundingan ini?  (Said Zahari (17 tahun pernah merengkok dalam penjara) Ketua Pengarang Utusan Melayu ketika itu - adalah penulis cerita ini masih hidup serta boleh diwawancara).

23. Kenapa Rundingan Baling II yang dijanjikan oleh Tunku tidak menyusul bagi menamatkan perang dalam negeri.  Apakah kesannya, jika berdamai bukankah tiada tentera kita yang terpijak periuk api dan menjadi korban perang yang sia-sia.

24. Ramai pemimpin-pemimpin Melayu termasuk Ulama' telah ditangkap dan dipenjara kerana mereka tidak sealiran dengan UMNO.  Mereka telah dicap sebagai pengganas kemudian ditangkap - kenapa?

25. Di manakah pemimpin Melayu yang progresif seperti Dr. Burhanudin al-Helmi, Mustapha Hussein serta Pak Sako, Ahmad Buestamam, Ustaz Abu Bakar al-Bakir dan lain-lainnya telah menghabiskan usia mereka kalau bukan dalam penjara sedangkan mereka adalah nasionalis?

26. Jika PKM adalah anti Agama dan Tuhan, bagaimana ulama' seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan ramai pemimpin progresif Melayu boleh berjuang dalam satu pasukan yang sama menentang Inggeris.

27. Kenapa di setiap daerah (province) di China terdapat masjid malah jumlah orang Islam di China lebih dua kali ganda dari penduduk Islam di Malaysia?  Begitu juga penganut agama lain bebas mengamal agama mereka.

28. Kenapa orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan fikiran lapuk terhadap komunis yang dituduh tidak percaya kepada Tuhan serta anti agama sedangkan UMNO menjunjung sistem ekonomi riba sedang Allah menganjurkan perang terhadap riba dan memberi ancaman dengan api neraka (al-Baqarah: 279 dan 275).

29. Kenapa ulama-ulama upahan UMNO lebih gemar menyerang sosialisme yang anti riba daripada menyerang capitalism yang mendukung sistem ekonomi riba?

30. Kenapa dalam setiap ulang tahun perayaan kemerdekaan UMNO tidak menonjolkan pejuang-pejuang lain yang sepanjang abad bergerila menentang kuasa penjajah Inggeris seperti Tok Janggut, Datok Bahaman, Mat Kilau Datok Maharajalela, Datok Sagor serta yang sebelumnya.  Adakah hanya Tunku sahaja yang berjasa kerana dia dipilih oleh Inggeris menjadi wakil untuk berunding?

31. Kenapa UMNO sangat benci dan memusuhi pemimpin progresif Melayu hingga sanggup melebelkan mereka sebagai komunis agar mereka dijauhi oleh masyarakat dan tidak mengganggu takhta kuasa yang sedang berada di tangan UMNO.

32. Siapakah yang menggerakan gerakan menentang MalayanUnion 1948 sedangkan pada waktu itu UMNO hanya gerombolan dan sangat kecil jumlahnya.

33. Benarkah PUTERA-AMCJA telah menggerakan seluruh rakyat Malaya keluar menentang MalayanUnion pada 1948.  Kenapa tidak nampak satu pun bendera UMNO ketika itu sedangkan terdapat ribuan kibaran bendera yang lain.

34. Pernahkah UMNO menjelaskan tentang makna merah dan putih benderanya dan dari mana mereka telah menciplaknya ?

35. Betulkah MCA itu berasal daripada Parti Kuomintang (bukan PKM) yang pernah mengganas selama 14 hari ketika Jepun tewas pada tahun 1945 ?

36. Kenapa rakyat Malaysia disuruh mendewakan Tunku Abdul Rahman sahaja dan tidak boleh menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain yang telah menyumbangkan bakti menghalau Inggeris keluar dari negara ini?

37. Kenapakah UMNO terus memusuhi PKM walaupun mereka sudah berdamai pada tahun 1989.  Adakah ini suatu cara untuk mereka terus menipu rakyat.

38. Adakah mana-mana rekod jenayah yang pernah dilakukan oleh ratusan bekas-bekas perajurit PKM yang dapat kita jadikan bukti bahawa mereka adalah spesis pengganas selepas 22 tahun mereka bersama rakyat.

39. Kenapa UMNO perlu gelabah apabila kisah sebenar Bukit Kepong didedahkan.  Jika versi UMNO benar kenapa perlu gelabah kerana kebenaran tetap kebal.

40. Kenapa tidak diadakan perdebatan, forum secara terbuka mengenai perkara ini ?

41. Kenapa orang yang berbeza pandangan tentang sesuatu kisah boleh dituduh pengganas hanya kerana dia tidak bersetuju dengan kerajaan.

42. Jika kisah ini tidak betul kenapa ianya tidak dibetulkan sahaja melalui pembentangan fakta-fakta dan bukti yang sahih ?

43. Adakah rakyat semakin kelihatan cenderung untuk tidak mempercayai sejarah yang ditulis oleh UMNO - apakah dosa UMNO hingga ia semakin dibenci.

44. Adakah ini tanda awal bahawa kuasa dan sejarah sedang mengalami perubahan?

45. Kenapa UMNO masih memaksa rakyat melihat sejarah dari perspektif penjajah - tidakkah ini suatu kecurangan yang besar terhadap rakyat?

46. Adakah rakyat akan menolak kenyataan bahawa Tunku itu adalah salah seorang perunding untuk kemerdekaan di samping itu terdapat juga ramai lagi tokoh dan pejuang yang lain yang juga berjasa?
47. Adakah salah kalau kita menerima orang lain juga berjuang dan mereka juga perlu diberi sanjungan kerana jasanya sama ada besar atau kecil.

48. Peristiwa Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 (sebelum Merdeka) yang menggariskan pertentangan di antara anak tempatan dengan penjajah - kenapakah UMNO terus-terusan mahu membela penjajah?  Adakah kita masih belum merdeka?

49. Kepada anak muda Malaysia sesekali pergilah melawat tugu negara dan fikirkan fakta-fakta yang terpahat di situ kemudian cuba fikirkan dari siapa kita merdeka.  Dari Inggeris atau PKM ?

50. Tidakkah sejarah negara bangsa kita begitu comot, kotor dan curang, hingga amat sedikit daripada rakyat Malaysia (termasuk professor, guru sejarah dan pelajar serta pemimpin dan ahli-ahli UMNO) yang benar-benar faham dan dapat menceritakan rentetan sebenar perjuangan menentang penjajah dan mencapai kemerdekaan?

51. Tidakkah ia bagai seorang gadis yang telah disolek sesuka hati hingga tiada yang dapat mengenalinya dari kalangan anak muda Malaysia hari ini.?

52. Abdullah CD pernah bertemu Jins Samsudin mengenai fakta filem Bukit Kepong yang jauh terpesong namun beliau telah mengelak diri untuk janji temu kedua yang telah dipersetujui untuk membetulkan fakta ini.  Kenapa Jins mengelak kalau bukan kerana Jins sebenarnya berniat memesongkan sejarah kerana ini adalah projek untuk menipu rakyat oleh UMNO?

53. Benarkah kita sudah Merdeka sedang kita boleh saja masuk penjara hanya kerana kita memakai baju kuning sesudah dituduh komunis atau subversive oleh pemerintah.

54. Jika sejarah kita umpama seorang gadis, apakah harus dia disolek sesuka hati hanya untuk mempertahankan kuasa yang diperolehi hasil dari perjuangan orang lain?

Noramfaizul

sumber: http://www.hmetro.com.my

Tanpa wang



SCHWERMER berjaya membuktikan bahawa tanpa wang dia juga mampu menjalani kehidupan seperti orang lain.


HEIDEMARIE SCHWERMER, 69, tidak pernah terfikir bahawa dia dapat pergi begitu jauh tanpa wang. Sesuatu yang dimulakan sebagai eksperimen selama 12 bulan kini telah menjadi satu gaya hidup unik 15 tahun selepas itu.
Dengan sedikit solekan, baju panas kapas berwarna merah jambu muda dan seutas rantai mutiara palsu, pesara yang kelihatan anggun itu memberitahu dia tidak dapat mengingat kali terakhir dia menggunakan wang.
Sejak tahun 1996, dia hidup dengan satu skim unik iaitu menggunakan sistem barter iaitu bertukar-tukar barang. Namun kehidupan yang dijalaninya tetap sempurna.
Apa yang pasti, Schwermer bukan seorang petapa keagamaan atau sebahagian komuniti tersebut, sebaliknya dia ialah warga urban yang hidup dalam jantung masyarakat yang materialistik. Pada masa yang sama, dia mengakui dirinya tiada apa-apa rancangan untuk menggunakan wang dalam menjalani kehidupannya.
"Mengabaikan wang memberi saya kehidupan yang lebih berkualiti, kekayaan dalaman dan kebebasan," katanya.
Pendatang asing

BUKU pertama Schwermer, The Star-Money Experiment dan DVD Living Without Money dokumentari yang mengisahkan kehidupan wanita tersebut tanpa wang.


Lahir pada zaman Perang Dunia Kedua di timur Rusia, Schwermer kanak-kanak yang menjadi salah seorang pendatang asing yang disingkirkan oleh kuasa-kuasa Rusia. Keluarganya yang papa kedana tiba di Jerman bersama ribuan pelarian yang lain.
"Saya tidak melihat diri saya seorang yang kurang atau tidak bernilai apabila tidak mempunyai apa-apa harta atau wang," katanya.
Pada lewat 1960, dia menghabiskan masa selama setahun di Chile dan mengakui dirinya berhadapan dengan kemiskinan yang melampau di sana.
Kembali ke Jerman, dia menjalani kehidupan bersama dua anaknya, berpisah dengan suami dan berpindah ke bandar raya Dortmund pada tahun 1982. Di bandar tersebut dia menjalankan bisnes psikoterapi.
"Saya mahu memahami apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam fikiran manusia. Tetapi itu tidak mencukupi, saya mahu lakukan lebih banyak untuk dunia ini," terang wanita itu lagi.
Idea tersebut muncul pada tahun 1994 untuk memulakan satu rangkaian tukar-menukar dalam kalangan mereka yang kekurangan tunai. Satu usaha yang menakjubkan kerana idea tersebut disambut baik dalam kalangan pesara dan pelajar.

PRIHATIN. Edelmut Voskamp (kanan) menyerahkan kentang merah dan kacang hijau segar yang ditanam di rumahnya kepada Schwermer.


Schwermer memulakan sistem pertukaran tersebut antara barang dengan barang bukan wang. Dalam usaha itu, dia dapat menjaga hampir kesemua keperluan materialnya tanpa perlu melakukan apa-apa yang sukar.
Pada tahun 1996, dia mengambil satu lagi keputusan. Dia berhenti kerja dan keluar dari rumah sewa, memberikan semua barangan yang dimilikinya kepada orang, menutup akaun bank, membatalkan insurans kesihatan dan hidup tanpa wang selama setahun tanpa wang.
Mereka yang dekat dengan wanita itu hanya berteka-teki dengan keputusan yang diambil oleh Schwermer. "Anak perempuan saya sangat risau. Rakan-rakan saya hampir menangis. Tetapi, sekarang mereka bersama saya, mengikut saya."
Menulis buku

SCHWERWER memotong rumput di halaman rumah yang didiaminya di Wilhelmshaven, utara Jerman.


"Saya memperoleh banyak wang melalui buku itu," dia memberitahu. "Saya memberikan semua duit itu kepada orang yang lalu lalang dan memberi wang kertas bertanda lima," katanya merujuk kepada mata wang Jerman pada masa itu.
Dia telah muncul di kaca televisyen, mengadakan seminar-seminar berskala sederhana dan pernah menjadi subjek dalam filem dokumentari.
Hari ini, Schwermer menyunting buku ketiganya di sebuah rumah di bandar raya pinggir laut utara Jerman, di Wilhelmshaven untuk sementara waktu. Sebagai balasan, dia membuang sampah dan membersihkan halaman rumput.
Schwermer memberi dirinya pencen sebanyak 700 euronya (RM2, 996) setiap bulan untuk diberikan kepada kenalan yang memerlukannya. Pada masa yang sama, dia menolak untuk memikirkan tentang usia emas atau mendapatkan nasihat doktor berkenaan kesihatannya.
Dia menemui sebuah kedai makan kesihatan di Dortmund yang memberi barang terbuang kepadanya. Di Wilhelmshaven, seorang rakan kadangkala membantu memberi sayur-sayuran dari tamannya kepada Schwermer. Jika perlu, dia sekali-sekala mencari bantuan dari dapur di sekitar.
"Sudah tentu saya agak bimbang apabila tiada apa-apa dalam peti sejuk," katanya. "Pada awalnya saya sangat takut dan bimbang sepanjang masa tetapi apa yang saya suka mengenainya tentang gaya hidup semasa ialah saya tidak perlu tahu apa yang akan berlaku esok."
Schwermer berkata, dia tidak mencari pengikut tetapi membantu orang lain memantulkan satu cara hidup dan hubungan mereka dengan yang lain.
Dalam masa dua bulan, dia akan mengeluarkan beg pakaian kecilnya yang akan menyimpan kesemua milik duniawinya menuju ke satu destinasi yang tidak diketahui. - AFP
sumber: http://www.kosmo.com.my

Said bin Umair

Oleh: mat_sempoi

"Disini ingin ana kongsikan satu kisah yang menyayat hati ana, disampaikan dalam satu tazkirah Ramadhan oleh seorang ustaz beberapa minggu lalu, mengisahkan seorang gabenor kota Hams, Syiria yang dilantik oleh Khalifah Umar bin al-Khatab r.a. yang bernama Said bin Umair.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, datanglah utusan penduduk kota Hams kepada Khalifah Umar yang terkenal adil dan menyayangi rakyatnya untuk menyampaikan senarai mereka yang layak untuk menerima bantuan dari harta Baitulmal.

Apabila senarai tersebut diserahkan kepada Khalifah Umar, maka terperanjatlah Umar kerana didalam senarai tersebut adanya nama Said bin Umair. Beliau berada pada tangga ke-7 (tak salah ana) yang paling layak menerima bantuan. Untuk kepastian, ditanyanya, siapakah Said bin Umair ini.

Utusan itu menjawab, "Gabenor kami".

Dengan kehairanan Umar membalas, "Gabenor kamu itu fakir?"

Utusan itu menjawab, "Ya benar. Demi Allah! Sudah berhari-hari dapur rumahnya tidak berasap. Tidak ada makanan untuk dimasak".

Mendengar berita itu, Khalifah Umar menangis, Kemudian memasukkan seribu dinar ke dalam bungkusan dan berkata, "Berikan ini kepadanya untuk kehidupannya''.

Utusan itu kembali ke kotanya. Lalu diserahkan bingkusan itu kepada Gabenornya.
Seketika itu, dia melafazkan, "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un..inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.."


Bayangkanlah, itu yang diucapkan oleh beliau, seolah-olah beliau ditimpa masalah besar. Bayangkan lah saudara-saudari apabila menerima wang yang banyak. Tentu saudara-saudari pasti menyebut, "Alhamdulillah."

Isterinya terdengar kata-kata bernada sedih itu lalu bertanya, "Ada apakah? Apakah yang terjadi? Apakah hal yang terjadi ke atas amirul Mukminin?"

Said berkata, "Lebih dari itu. Sekarang aku di datangi keduniaan yang hendak merosakkan akhiratku".

Isterinya menjawab, "Lenyapkan saja dunia itu." (Isteri Said bi Umair tidak tahu sama sekali tentang seribu dinar itu).
Said berkata, "Isteriku, sudikah kau akan membantuku melenyapkannya?"

Isterinya menjawab, "Ya."

Tanpa menunggu masa yang lama, mereka mengagihkan seribu dinar tadi kepada fakir miskin yang berada di dalam kota Hams.

Nak jadi cerita, pada tahun berikutnya, seperti biasa, apabila Khalifah Umar menerima senarai tersebut lagi sekali, Said bin Umair telah berada pada tangga PERTAMA mereka yang layak menerima bantuan Baitulmal.
Masya'allah.

Lagi sekali Khalifah Umar menghantar bantuan, tetapi pada kali ini telah diterima oleh isterinya, apabila dikhabarkan akan pemberian tersebut, seperti sebelumnya, beliau mengucap "inna lillah hi wa in nalillah hirajiun...." dan tidak mahu menerima wang tersebut. Tetapi setelah dinasihati dan dipujuk oleh isterinya untuk mengambil sebahagian kecil bagi kegunaan harian dan dapur (kerana keadaan mereka dah TERLALU TERUK), maka diambil sebahagian kecilnya dan yang selebihnya diagih-agihkan kepada fakir miskin.

Beberapa bulan kemudian, Khalifah Umar telah melawat kota Hams untuk mengetahui keadaan rakyatnya. Dia menemui penduduknya dan bertanyakan apa yang dilakukan gabenor mereka, Said bin Umair. Para penduduk menyampaikan rasa terima kasih dan memuji kebaikan Said bin Umair.

Namun, ada juga yang mengadukan tiga hal yang tidak mereka sukai tentang gabenornya. 
Bayangkanlah, seorang gabenor yang sebegini baik, masih ada juga yang cemburu dan masih mahu mengkhianatinya.

Oleh itu, khlaifah Umar telah memanggil Said supaya berdiri di hadapan rakyatnya untuk di adili.
Umar berharap, gabenor yang telah dilantiknya ini adalah pilihannya yang tepat, dan tidak mengecewakannya. Dipanggil juga ketiga-tiga pengadu tersebut untuk menyatakan aduan mereka. Lalu Umar berkata kepada mereka, "Apakah yang kamu tidak puas hati akan gabenor kamu? Katakanlah!".

Umar juga berkata berkata kepada Said (lebih kurang), "Wahai Said bi Umair, jawab lah setiap aduan mereka ini, saya mahu dengar dan saya berharap anda tidak mengecewakan aku".

Pengadu pertama menjawab, "Dia sering lewat keluar dari rumah untuk menemui rakyatnya. Biasanya dia akan menemui kami ketika hari sudah tengahari."

Amirul Mukminin Umar memandang Said bin Umair dan memintanya menjawab keluhan rakyatnya. Said pun berkata, "Demi Allah! Sesungguhnya aku tidak suka membuka masalah ini. Tetapi diatas permintaan Khalifah, maka akan aku jawab. Keluargaku tidak mempunyai pembantu. Aku membantu mereka membuat adunan roti. Lalu aku menunggunya sehingga masak dan menyiapkan sarapan. Setelah itu aku berwuduk, dan keluar bekerja menemui rakyat". 
Masya'allah, bayangkanlah. Gabenor melakukan segala kerja rumah dan tiada pembantu. Memasak, dll.

Umar kemudian berkata, "Apalagi yang kamu tidak puashati terhadapnya?"

Maka pengadu kedua menjawab, "Pada waktu malam dia tidak mahu membuka pintu rumahnya untuk sesiapa pun".

Said menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya aku tidak suka menjelaskan hal ini juga. Aku telah membahagikan waktuku. Waktu siang untuk orang ramai (rakyat) dan waktu malam sepenuhnya untuk beribadat kepada Allah Azza Wa Jalla".

Hebat-hebat.... duniya dan akhirat....

Umar kembali berkata, "Apakah lagi yang kamu tidak berpuashati dengan tindakannya?"

Maka pengadu ketiga menjawab, "Setiap bulan dia memiliki satu hari yang tidak boleh diganggu oleh sesiapa pun."

Umar berkata, "Apakah jawapanmu tentang hal itu, Said?"

Said menjawab, "Aku tiada pembantu yang mencuci pakaianku. Dan aku juga tidak memiliki pakaian kecuali yang aku pakai ini. Pada hari itu, aku mencuci pakaianku dan aku tunggu sehingga kering. Sehingga itu aku tidak dapat menemui mereka. Aku menemui mereka setelah pakaianku kering dan kebiasaanya ketika hari telah petang."

Masya'allah... betapa zuhud dan fakirnya Said dan Umair ini.


Seketika itu Umar berkata, "Segala puji bagi Allah yang tidak mengecewakan sangkaan baikku padamu."

Hebat sungguh....

Tidak salah ana, dalam tazkirah tersebut ada menyebut aduan ke-empat. Pengadu keempat berkata, ada masanya, ketika Said bin Umair menyampaikan tazkirah, tiba-tiba beliau menjerit dan terus pengsan. Dahsyat sungguh dakwaan ini.

Maka diceritakan oleh Said mengapa. (lebih kurang), "Sesungguhnya dahulunya beliau merupakan salah seorang kufur yang jahat. Pada suatu masa dahulu, mereka telah menangkap utusan rasullullah dan meyeksa beliau dengan teruk, memaksa utusan tersebut menyekutukan Allah dan menghina Rasullullah s.a.w. Tetapi walaupun diseksa dengan hebat, utusan tersebut berdegil dan akhirnya meninggal dunia. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau bersumpah dengan nama Allah, semua mereka yang ada dalam majlis menyeksa beliau akan dilaknati Allah dengan seteruk-teruknya. Apabila beliau menyampaikan tazkirah, kadang-kadang teringatlah beliau akan kisah itu dan beliau berasa amat INSAF dan nampak seperti ajalnya amatlah hampir dan beliau amat menyesali dan berharap agar sumpah itu tidak menjadi kenyataan. Sebab itu lah beliau menjerit KETAKUTAN dan KEINSAFAN apabila terkenang peristiwa tersebut, sehinggalah beliau pengsan".

Masya'allah, betapa hebat para sahabat rasullullah. Mereka semua bekerja dengan baik, semuanya untuk ibadah dan beribadat seperti ajal mereka terlalu hampir.

Masih adakah para pemimpin di duniya ini seperti para sahabat rasullullah? Semuanya kini mementingkan HARTA, DARJAT dan KUASA. Selagi belum tercapai semuanya ini di duniya, selagi itu tidak berpuas hati dan tidak mahu menyerah diri.

Benarlah kata Said bin Umair, harta kekayaan itu mendekati kita kepada FITNAH dan menjauhkan kita dari AMAL IBADAT. "Inna lillah hi wa inna lillah hirajiun".

Sepenggal sebagai ADUN atau AHLI Parlimen, sudah memadai kepada para pemimpin kita untuk mengumpul HARTA kekayaan, darjat dan PANGKAT (sekurang-kurangnya bergelar Dato). Tempoh tersebut digunakan dengan efisyen. Masya'allah.

Tahukah anda, ZAMAN KEGEMILANGAN KERAJAAN ISLAM adalah semasa ZAMAN di mana NEGARA-NEGARA ISLAM memiliki para pemimpin seperti Said bin Umair. Ada yang sememangnya sudah KAYA, di laburkan segala harta mereka kejalan ALLAH.

Dan tahukah ANDA, ZAMAN KEJATUHAN KERAJAAN ISLAM adalah semasa ZAMAN dimana NEGARA-NEGARA Islam tidak lagi memiliki pemimpin seperti Para sahabat rasulullah dan Said bin Umair ini. Pemimpin semakin MEWAH, mempunyai MAHLIGAI BESAR, para gundik-gundik dan orang-orang suruhan yang ramai.

Adakah itu yang kita mahu? Percayalah janji ALLAH dan jangan tertipu dengan DUNIYAWI.

Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui. Ikuti dah ajaran dan peringatan Al-Quran dan Rasullullah. Sesungguhnya HUKUM ALLAH adalah sebenar-benarnya dan HUKUM MANUSIA karangan MANUSIA seperti Lord Reid adalah sementara sahaja

Barbarossa

Saya percaya dan saya yakin, apabila disebut Barbarossa, ramai dalam kalangan kita akan terbayangkan watak seorang lanun memakai penutup sebelah matanya seperti yang terdapat dalam filem Pirates of The Carribean. Namun, tahukah kita sebenarnya "Barbarossa" adalah sebuah nama yang amat signifikan dalam dunia peradaban Islam dahulu kala. Barbarossa bererti janggut merah. Hanya terdapat tiga orang tokoh besar dunia yang berjanggut merah,  iaitu Maharaja Frederick daripada Rom (1123-1190) dan  dua orang adik-beradik, Aruj dan Khairuddin atau disebut dengan Hayreddin, kedua-duanya dari Turki.Admiral Jeneral Hayreddin Barbarossa Pasha

Islam pernah mengangkat ketamadunan ke peringkat yang tertinggi di bumi Andalusia, kebudayaan, falsafah (sains) dan teknologi (terutama infrastruktur dan arkitekstur) lahir di wilayah semenanjung Iberia (Sepanyol) tersebut. Thariq bin Ziyad yang telah membawa misi Islam ke bumi tersebut juga telah diabadikan namanya menjadi nama gunung di semenanjung tersebut, iaitu Jabal Thariq yang disebut oleh orang barat sebagai Gibraltar (kini berada di bawah kuasa Inggeris). Sebuah gunung berhampiran dengan selat yang menghubungkan lautan Atlantik dengan Laut Tengah. Ketika era kegemilangan Islam, bangsa barat (Eropah) tercengang dengan kemajuan Andalusia, Cordoba, Granada dan Sevilla setelah dipimpin Dinasti Bani Umayyah pada tahun 756M. Umat ​​Islam, Kristian dan Yahudi hidup aman penuh rukun selama dua abad lebih di saat itu.


Sebermulanya era Perang Salib, Eropah telah melancarkan misi Reconquista iaitu misi penaklukan kembali wilayah-wilayah Eropah. Satu persatu bandar-bandar yang mempunyaiperadaban tinggi mulai jatuh, Lisboa, Merida, Cordoba, Valencia, Murcia, Sevilla dan kemuncaknya dengan kejatuhan Granada pada tahun 1492M. Bangsa Moor di wilayah Andalusia, terpaksa melarikan diri ke Afrika utara kerana misi Reconquista diteruskan dengan misi pembantaian umat Islam iaitu dengan pembersihan kaum muslim, sebahagiandipaksa murtad dan sebahagian lagi bersembunyi di pergunungan.

Raja Ferdinand II Aragon
Misi ini memuncak ketika raja Ferdinand II dari Aragon berkahwin dengan ratu Isabella dari Castille, dan selanjutnya dikenali sebagai Ferdinand V of Castille. Ferdinand merupakan seorang penganut Kristian Katolik yang fanatik. Umat ​​Islam dan Yahudi dibantai dengan kejam pada era pemerintahannya. Masjid Cordoba yang bertiangkan 1000 buah kini menjadi gereja, begitu pula Istana Alhambra hanya tinggal kenangan. Reconquista diteruskan ke arah Afrika utara dan ke arah timur yang mana tujuan utamanya adalah tanah suci Jerusalem di wilayah Palestin. Berita kejatuhan Andalusia ini sampai kepada Turki yang ketika itu dipimpin oleh Sulaiman I The Magnificient yang telah berjaya menakluk Byzantium.

Pada zaman inilah, terdapat dua orang adik beradik, yang menjadi pelaut biasa  berlayar di wilayah perairan Yunani dan Turki yang bernama Aruj dan Hayreddin. Suatu hari kapal mereka telah diserang kapal tentera St. John of Jerusalem atau biasa disebut sebagai Knight of Rhodes, kejadian ini telah membuatkan adik bongsunya terbunuh. Sejak daripadasaat itu, Aruj dan Hayreddin melakukan aktiviti pelanunan dan rompakan kepada semua kapal-kapal tentera Kristian. Aktiviti ini sangat menggemparkan dan sangat ditakuti tentera Kristian, dikenali sebagai lanun Barbarossa Brothers kerana kedua-duanya berjanggut merah. Makna negatif Barbarossa dipropagandakan hingga sekarang oleh barat, contohnya perompak pada komik Asterix dan watak Captain Barbarossa dalam filem Pirates of the Carribean yang selalu sial.  
      
Watak Captain Barbarossa dalam
Pirates of the Carribean
Misi dendam Barbarossa Brothers akhirnya berubah menjadi misi perjuangan Islam setelah mendengar jatuhnya Andalusia. Puluhan ribu bangsa Moor (bahkan yang menghuni di pergunungan) berjaya mereka selamatkan ke negeri-negeri Afrika Utara seperti Maghribi, Tunisia dan Algeria, selain itu Algeria dijadikan pangkalan pertahanan lautnya.

Penguasa Algeria tidak seramah sultan di Tunisia, Sultan Salim di Toumy malah pernahmengusir Barbarossa ketika sedang bertempur dengan pasukan Kristian Sepanyol. Arujmengambil keputusan kekal di Algeria dan akhirnya memimpin bandar pelabuhan tersebut atas nama kesultanan Turki. Pada tahun 1518, Sepanyol berjaya menghasut Amir bandar Tlemcen (Tilmisan) untuk menentang Aruj, beliau menyerahkan Algeria kepada adiknya Hayreddin dan beliau berangkat ke Tlemcen yang ternyata di sana beliau dan tenteranya terpaksa berperang dengan saudara sendiri yang sesama Islam, pasukannya tewas dan namun Aruj sempat meloloskan diri, namun banyak pasukannya tertangkap. Namun, oleh kerana hubungannya dengan anak buahnya yang lebih daripada sekadar kepentingan peribadi, Aruj kembali bertempur dan gugur.

Kapal Galilon milik Barbarossa Brothers
Gugurnya Aruj menjadikan pimpinan armada laut Algeria Barbarossa berpindah ke Hayreddin. Sepanyol menyangka era Barbarossa telah berakhir di Laut Tengah. Lalu, Sepanyol menghantar 20 000 tenteranya ke Algeria, pertempuran hebat telah berlaku, namun Hayreddin berjaya mengalahkan tentera laut tersebut. Beliau sedar terlalu banyak ancaman dari negeri di sekelilingnya selain ancaman utama Sepanyol, hingga akhirnyaHayreddin meminta melalui Algeria supaya Amir Tunisia dan Tlemcen dialihkan kekuasaannya atas nama daulah Uthmaniah Turki, mereka pun bersetuju, hingga pada tahun 1519 Turki mengangkat Hayreddin sebagai beylerbey atau wakil Turki di Algeria dan memimpin pasukan Janissari, pasukan khas tentera elit Turki. Selama Hayreddinmempimpinnya, penyelamatan bangsa Moor di Andalusia semakin banyak dilakukan, 7 kali pelayaran dengan 36 kapal direkodkan.

Kehebatan kapal perang Turki
pimpinan Hayreddin Barbarossa
Kristian Eropah mula merasa tergugat dengan kegemilangan Sulaiman I dari Turki, yang telah menguasai daratan dengan pasukan Janissarinya dan menguasai Laut Tengah dengan keberadaan Hayreddin Barbarossa, sang adik dari Aruj. Pada tahun 1529, di Pulau Penon disaat azan berkumandang, tentera Sepanyol telah menembak meriam ke menara masjid, maka terjadilah peperangan hebat dan setelah 20 hari peperangan, pulau tersebut dikuasai Hayreddin. Di daratan pula, Sulaiman I cuba untuk merealisasikan impiannya untukmenakluk Vienna, Austria, sebanyak dua kali serangan dilancarkan namun kedua-duanya gagal. Pasukan Turki yang kembali pulang sempat meninggalkan beberapa karung kopi serta menukar peraturan Pope Rom yang sebelumnya mengharamkan minuman yang diminum kaum muslim itu. Kemudian mereka menyebutnya sebagai cappuccino.

Hayreddin Barbarossa sedang mengadap
Sultan Sulaiman 1 sambil membawa hadiah
Pada tahun yang sama Andrea Doria di Genoa berjaya membaik pulih Republik Genoa dantelah bersekutu dengan Charles V Sepanyol dan meneruskan misi reconquista denganberperang dengan Sulaiman I dan Barbarossa yang menguasai perairan Laut Tengah. Kaum Eropah menyebut Barbarossa sebagai lanun laut, walaupun tidak ada bendera hitam dan tengkorak yang menjadi simbol, bahkan bendera yang diusung adalah berwarna hijau terdapat kaligrafi doa “Nashrun minalLaah wa fathun qariib wa basysyiril mu'miniin”, ya Muhammad, empat nama khulafa ur rasyidin, pedang zulfikar dan bintang segi enam Yahudi. Ketika ini, bintang segi tiga itu masih belum digunakan oleh kaum Yahudi malah ianya adalah simbol perjuangan. Hanya kini, kaum yahudi dan Israel telah menggunakan simbol itu bagi pakatan zionis mereka dan telah menyebabkan umat Islam fobia dengan simbol ini.

Bendera kapal perang angkatan laut
Hayreddin Barbarossa
Charles V telah berusaha dengan bergabung dengan Knights of Rhodes di Pulau Malta, namun masih lagi gagal membendung penguasaan Barbarossa ke  atas Laut Tengah. Turki yang kagum dengan prestasi Barbarossa, telah mengangkat beliau menjadi Panglima Laut (Kapudan Pasha) daulah Uthmaniah dan mengetuai angkatan Laut Turki Uthmaniah.

Pada tahun 1535, gabungan bersekutu Charles V dan Andrea Doria yang telahpun mengubah nama kepada Knight of Malta telah menyerang dan merebut Tunisia dengan 25000 lebih pasukannya dalam 500 kapal. Pertempuran tersebut amat dahsyat dan Tunisiatelah jatuh ke tangan Sepanyol. Barbarossa walaupun kalah pada tahun-tahun berikutnyatelah berjaya menguasai kepulauan Beleares dan merampas kapal-kapal Portugis dan Sepanyol di selat Gibraltar.

Pada tahun 1538, pakatan sekutu Itali Sepanyol telah berperang di Preveza, tempatnyaadalah di teluk Actium, tempat pertempuran Octavian melawan Antonius dan Cleopatra dahulu kala. Preveza merupakan pelabuhan penting di Laut Tengah ketika ini. Andrea memimpin 40 kapalnya dan Barbarossa dengan 20 kapal, namun dengan kepintaranBarbarossa dalam mengatur strategi dan pengetahuannya yang mendalam ke atas bentuk muka bumi dan geografi tempat pertempuran, pada waktu pagi sebelum pertempuran bermula, armada Barbarossa telahpun bersiap siaga di mulut teluk Preveza dari tiga arah dan telah mengebom armada Andrea sehingga armada Andrea berundur dari pertempuran. Barbarossa tidak ingin berperang di laut lepas kerana kapal-kapal armada laut Sepanyol mempunyai manuver yang lebih canggih.

Serangan ke atas Algeria oleh sekutu Charles V dan Andrea Doria berlanjutan sehinggatiga tahun kemudian dengan 200 kapal di luar perairan Algeria kerana kebimbangan diserang Barbarossa dari belakang. Rakyat Algeria di bawah  pimpinan Hasan Agha telahbertempur bermati-matian mempertahankan negerinya. Semangat jihad mereka membara untuk mempertahankan kedaulatan wilayah Islam daripada jatuh ke tangan kuffar dibantu pula dengan keberadaan ulama’-ulama’ di sana yang menjadi pemangkin semangat kepada mereka. Charles V yang memperlekehkan dan mengambil mudah pertahanan dan strategipeperangan Algeria yang ampuh, telah menyebabkan armadanya huru-hara selain daripada telah dihentam dengan ribut laut yang dahsyat ketika peperangan tersebut. Andrea Doria dan Charles V berjaya selamat, dan kembali ke negerinya dengan kekalahan yang amatpahit.
Hayreddin Barbarossa mengalahkan Pakatan Bersekutu Charles V
pimpinan Andrea Doria di Pertempuran Preveza (1538)
Ketika Perancis berperang dengan Sepanyol, Perancis telah bersekutu dengan TurkiUthmaniah, Barbarossa pun berangkat ke Marseilles untuk merebut Nice dengan memimpin 30 000 orang tentera Turki Uthmaniah. Sekepulangan dari Nice, Barbarossa kemudiannyaberangkat ke Genoa untuk membebaskan pembantu kepercayaannya, Turgut Reis. Beliau telah membawa 210 buah kapal ke sana dan mengancam akan menyerang Genoa melainkan Turgut Reis yang telahpun dijadikan hamba serta dipenjara dibebaskan serta merta. Ugutan ini telah membimbangkan Panglima Genoa, Andrea Doria yang mula membebaskan tawanan itu dengan pertukaran hanya 3500 ducat emas. Setelah itu, banyak lagi misi-misi penaklukan dan perluasan wilayah Islam telah diperintahkan oleh Sultan Sulaiman 1 The Magnificient kepada Panglima Jeneral Angkatan Laut Turki Uthmaniah ini, Hayreddin Barbarossa Pasha.

Panglima Hayreddin Barbarossa Pasha mula bersara di Constantinople pada tahun 1545, meninggalkan anaknya Hasan Pasha sebagai waris penggantinya di Algeria. Beliau kemudiannya menyerahkan memoir catatan beliau kepada Muradi Sinan Reis. Ianya terdiri daripada lima jilid yang bertulisankan tangan yang dikenali sebagai“Gazavati Hayreddin Pasa" (Penaklukan Hayreddin Pasha). Hari ini, ianya dipamerkan dengan megah di Istana Topkapi dan Perpustakaan Universiti Istanbul. Hayreddin Barbarossa Pasha  meninggal dunia pada 1546 di istana tepi laut di kejiranan Büyükdere, Constantinople, di tepi barat laut wilayah Bosphorus.  

Beliau dimakamkan di makam yang tinggi berhampiran dengan pelabuhan feri daerah Besiktas di sebelah barat Istanbul  yang dibina pada 1541 oleh arkitek terkenal Mimar Sinan, tapak yang mana armadanya digunakan untuk berhimpun. Memorial telah dibina pada tahun 1944, di sebelah makam beliau.

Makam Hayreddin Barbarossa di Besiktas
Kita melihat betapa umat Islam dahulu kala diangkat ke martabat yang tertinggi di muka bumi oleh Allah dek kerana mempunyai pemimpin yang baik serta berkaliber, amanah dengan perjuangan menegakkan syiar Islam ke serata dunia seperti Panglima Hayreddin Barbarossa Pasha. Kita melihat betapa walaupun Barbarossa Brothers yang hanya dikenali sebagai pelayar lautan berbangsa Turki yang biasa pada mulanya, seterusnya digelar lanun di samudera pula, sanggup berkorban segalanya demi kemaslahatan umat Islam walaupun yang berlainan bangsa dengan mereka iaitu bangsa Moor. 

Inilah ikatan ukhuwah Islamiah yang terdapat pada umat Islam terdahulu yang merentasi sempadan negara, bangsa dan budaya, hanyalah didasari atas kalimah tauhid yang satu. Maka di sinilah, perjuangan mereka yang terdahulu perlu diteladani dan corak kepimpinan mereka perlu dicontohi serta dipraktikkan oleh umat Islam khususnya di Malaysia. Pastikan pemimpin yang dipilih itu adalah yang terbaik serta amanah dalam mentadbir urus negara, maka dengan ini barulah umat Islam akan digeruni musuh dan disenangi kawan. Takbir !!!

~SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLFiTrI, MaaF zAhIr BaTiN~;)

Q&A Islam


SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM…
Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.
1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.
2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.
3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa).. Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata “siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.
4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.
5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.
6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’ Kenapa?
‘Kami’ kan lambang ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’ ?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, ‘aku’ kata jamaknya ‘kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’ . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’.
7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?
8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?
Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa.. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.
9) Sami Budha menjawab ” Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar”
Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?
10) Sami Budha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”
Kita jawab lagi “habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus”
11) Sami Budha berkata lagi “makan binatang akan dapat banyak penyakit”
Kita jawab “Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.
12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.
13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah… Bukan sembah Kaabah!
14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul2 juga?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.