Sabtu, 4 Februari 2012

Khilafah

nfo panjang lebar mengenai POLITIK MALAYSIA yang mesti diketahui dan difikir-fikirkan.

Bismillah.

Apa yang terjadi di TANAH MELAYU terkesan di seluruh Nusantara

Kami bawakan anda konspirasi ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU

UMNO = United Malays National Organisation

PAS = Parti Islam SeMalaysia

PKR = Parti Keadilan Rakyat



((( Jadilah pencatur, bukan yang dicaturkan )))



Dalam pesanan ringkas ini,

saya ingin membawa semua pembaca supaya berfikir sejenak,

dan mengambil tindakan sesuai dengan logik akal.

Dalam dunia yang dipenuhi segala propaganda,

kita mesti bijak menapis segala maklumat yang ada,

bukannya menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung.

Gunakan akal anda.

Bertindak dengan bijak.





Saya menujukan pesanan ini khusus kepada orang Islam di Malaysia atau Muslim Malaysia,

khasnya orang Melayu kerana mereka adalah tunjang kepada majoriti umat Islam di Malaysia.

Saya mulakan dengan realiti politik di Malaysia.

Kebanyakan dari kita tahu bahawa kita mengamalkan demokrasi.

Demokrasi secara mudah ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Demokrasi menghendaki pemilihan oleh orang ramai,

maka untuk tujuan propaganda,

muncullah parti-parti politik.

Sekumpulan orang yang berkerjasama untuk meraih undi lebih berkesan

dari hanya satu individu bekerja untuk meminta simpati orang ramai.

Sistem ini menyebabkan timbulnya satu petua penting untuk menjadi juara demokrasi;

siapa meraih undi paling banyak,

dialah juara.

Maka untuk maksud ini,

muncullah hukum Machiavelli-matlamat menghalalkan cara.

Penganut-penganut demokrasi dihalalkan menggunakan apa jua cara

untuk mencapai undi paling maksimum.





Anda boleh memakihamun,

menjatuhkan maruah lawan,

mengeluarkan video lucah atau lompat parti.

Anda boleh merasuah pengundi,

menabur janji palsu atau menipu undi pos.

Anda juga boleh mencetak beribu-ribu kad pengenalan palsu,

memberi kerakyatan kepada warga asing

atau membenarkan pengundi mengundi dua kali atau berkali-kali.

Anda boleh membuat persempadanan semula,

merasuah suruhanjaya pilihanraya atau sekatan media.

Banyak cara sebenarnya anda boleh lakukan untuk meraih undi.

Ingat peraturan terpenting demokrasi ialah UNDI.

UNDI ialah Tuhan demokrasi.

Dari rakyat kepada rakyat.

Tidak kisah dengan cara apa sekalipun anda mendapatkan undi

tetapi anda mesti memiliki undi secukupnya untuk menang.





Dalam sistem demokrasi,

dari 9 orang bodoh dan seorang yang bijak,

sistem akan mengangkat salah seorang dari orang-orang bodoh itu.

Orang yang bijak itu hanya memiliki kebarangkalian 0.00000009% untuk menang.

Maksudnya orang bijak itu mustahil untuk menang sehinggalah kesemua orang bodoh tadi mati.





Jadi,

adakah kini kita menjadi pencatur atau kita sendiri dicaturkan?





Dalam sistem Islam,

secara ringkasnya,

kita mempunyai satu majlis pemilihan yang dinamakan Syura.

Syura ini terdiri dari kalangan bijak pandai,

alim ulama,

mereka yang terpilih hasil sokongan orang ramai.

Syura bukanlah kerajaan,

tetapi mereka bertanggungjawab untuk memilih kerajaan.

Jadi nampak di sini,

bahawa kebarangkalian untuk mendapat kerajaan yang bodoh amat tipis.

Orang bijak yang memilih kerajaan,

bukan majoriti.

Ini adalah sistem Islam.

Ini adalah sistem yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Ketika nabi wafat,

para sahabat nabi yang terpilih berbincang untuk memilih pengganti nabi

bagi memikul tanggungjawab memimpin umat Islam.

Para sahabat tidak mengadakan pilihanraya.

Mereka tidak menubuhkan parti.

Mereka tidak terjerit-jerit di jalanan.

Para sahabat nabi tidak kenal apa itu demonstrasi atau tunjuk perasaan.

Mereka tidak hantar memorandum ke pada raja Mekah.

Mereka hantar doa hanya kepada Allah Azza Wa Jalla.

Mereka bermesyuarat dan melaksanakan solat istikharah.

Bukan buang masa terpekik terlolong di jalanan.





Adakah kita menjadi pencatur atau kita dicaturkan?





Dalam situasi di negara kita,

kita maklum bahawa sistem politik yang diamalkan ialah

demokrasi BUKAN SISTEM ISLAM.

Ini hasil penjajahan pemikaran orientalis di seluruh dunia.

Bukan sahaja kita yang terkena,

malah Thailand sebagai contoh juga mengamalkan demokrasi

walaupun majoritinya Buddha.

Ini boleh dipertimbangkan kerana

Gautama Buddha tidak pernah mengajarkan sistem politik kepada murid-muridnya.

Namun Islam telah mengajarkan bagaimana untuk menguruskan pemerintahan.

Bagaimana untuk mentadbir sebuah negara.

Sistem Syariah di Malaysia berjaya mendaulat bab munakahah,

iaitu hal ehwal kekeluargaan Islam.

Sistem ekonomi Malaysia semakin maju mendaulatkan bab muamalat,

urusan sesama manusia dalam konteks ini,hal ehwal kewangan Islam.

Sistem ekonomi Islam baru popular sejak pertengahan 90-an setelah orang ramai nampak keberkesanannya,

dan ia adalah pilihan (option) yang terbaik bagi mereka

yang ingin lari dari sistem kapitalis yang bertuhankan kadar faedah,bunga atau penindasan ekonomi.

Bila orang hendak kahwin,

mereka mahukan syariat.

Bila mahu berurusan dalam jual beli atau kewangan,

mereka mahukan syariat.

Namun bila mahu mentadbir negara,

mereka buang syariat.

Adakah hukum AlQuran boleh diambil dan dibuang sesuka hati?

Di dunia,

anda boleh terlepas bebas,

namun di akhirat anda tidak boleh lari.

Cukuplah dengan kenyataan bahawa anda dan saya akan mati suatu hari nanti.

Adakah saya dan anda boleh lari dari kematian?

Tunku Abdul Rahman,

Tun Abdul Razak

dan Tun Hussein Onn telah dipanggil pulang oleh Ilahi dan mereka akan ditanya,

mengapa tidak jalankan hukum-Nya ketika memegang kuasa nombor satu di Malaysia?

Mereka pasti ditanya sebab hukum-Nya tertulis jelas dalam AlQuran.

Adalah Allah s.w.t menurunkan hukum Hudud hanya untuk dipermainkan?

Adakah hukum Hudud boleh dijual dengan harga 'Negara Kebajikan'?

Apa itu 'Negara Kebajikan'?

Rasulullah s.a.w pernah atau tidak bercakap tentang Negara Kebajikan?

Mengapa begitu bodoh sekali sehingga menggadaikan hukum-Nya di telapak kaki musuh-musuh Islam?





Ingat,

jika anda berusaha sepanjang hidup anda untuk menegakkan hukum-Nya

namun masih tidak berjaya,

anda memiliki alasan di hadapan Allah di akhirat nanti.

Namun apabila anda buang hukum-Nya

dan menggantikan dengan 'Negara Kebajikan' atau seangkatan dengannya,

apakah lagi alasan anda di hadapan Allah?
Anda layak diletakkan di kelompok para Sekular dan Komunis yang anda kecam
dan makihamun semasa di dunia.

Jadi,
adakah kita menjadi pencatur atau kita dicaturkan?

Mari kita lihat apa yang ada di atas papan catur.
Kita ada UMNO,PAS dan PKR yang dipimpin oleh Melayu Islam.
Kita ada DAP sebagai paksi politik yang dipimpin oleh non-muslim.
Selebihnya ialah NGO.
NGO ialah badan bukan kerajaan seperti Sister In Islam,Suaram,Perkasa dan lain-lain.
Dalam sesetengah keadaan,
NGO ini adalah sebenarnya parti dalam parti.
Mereka mampu mencatur politik sesebuah parti.
Dalam isu terkini,
seperti isu Bersih 2.0,
kita sebagai orang Islam,
khasnya orang Melayu kena berfikir matang dan waras.
Pertamanya,
siasat latarbelakang SIAPA YANG MENGGERAKKAN IA.
Siapa penganjurnya,
siapa pendukungnya?
Jika anda tahu siapa di belakangnya,
anda kaji,
apakah pandangan sosio-politiknya,\
fikrahnya atau halatujunya.
Jika anda tahu siapa penggeraknya,
tanya diri adakah aku perlu menyokongnya?



Perempuan keturunan INDIA 
yang telah diWARGENEGARAkan menjadi rakyat Tanah MELAYU
(hari ini dengan lantang membuat sesuatu 
yang anda sendiri tak selesa untuk melihatnya)
Baca apakah motif mereka mengadakan perhimpunan tersebut.

Tanya diri,
adakah menjadi keperluan untuk aku sertai mereka?
Orang Melayu kena bijak,
kerana mereka adalah target yang akan dimangsai cukup-cukup dalam Bersih 2.0 nanti.
Bagaimana?
Anda kena baca tentang PAS yang berjanji akan menggerakkan kira-kira 300,000 orang
untuk menyertai perhimpunan itu.
Siapa mereka?
Orang Melayu-Islam.
Adakah kita mendengar tentang janji DAP atau Hindraf
untuk menggerakkan dengan jumlah yang sama untuk Bersih 2.0?
Adakah anda terbaca,
DAP akan menggerakkan 300000 orang Cina untuk menyertai Bersih 2.0?
TIDAK.
Tidak ada janji seperti itu.
Maka yang akan terpekik terlolong adalah Melayu-Islam.
Yang buat kerja adalah Melayu Islam.
Yang memerhati adalah musuh-musuh Melayu-Islam.
Yang buang masa di tengah panas adalah kita,
yang tolong tengok adalah mereka.
Kemudian kita tengok di manakan mereka akan BERKUMPUL.

Mereka akan berkumpul di SOGO,
Masjid Kampung Baru dan sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Saudara-saudaraku,
ini tempat lepak orang Melayu.
Lihat,
masjid Kampung Baru ada dalam senarai.
Mengapa mahu berkumpul di masjid,
tidak di gereja atau tokong?
Penganjurnya ialah non-muslim yang memusuhi Islam.
Mengapa gunakan masjid?
INI ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN MELAYU-MELAYU BODOH BAGI TUJUAN DIPERGUNAKAN.
Mengapa berkumpul di SOGO,
bukan di Low Yatt atau Bukit Bintang?
Sebab SOGO dan sekitarnya tempat biasa orang Melayu membeli belah dan 'hang out'.
Sekali lagi...
ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN MELAYU-MELAYU BODOH BAGI TUJUAN DIPERGUNAKAN.
Mengapa di kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
bukan di depan Berjaya Times Square?
Why?
Why my brothers?
Jadi,
adakah kita menjadi pencatur atau kita dicaturkan? 


Cukup.
Cukup kita dipergunakan.
Jangan ulangi lagi kesilapan yang lalu.
Bersih 2.0 didokong oleh non-muslim yang memusuhi kamu orang
Melayu dan agama Islam.
Hamba rakyatnya ialah ahli-ahli PAS dan orang-orang Melayu PKR.
Untuk tidak nampak dipergunakan,
beberapa orang Cina dan India (non-muslim) akan turun
untuk beri semangat kepada Melayu-Melayu bodoh ini untuk terpekik terlolong di jalanraya.
Majoriti akan mengambil sikap tunggu dan lihat.
Provokasi dijalankan,
hasilnya Pemuda UMNO dan Perkasa bangkit untuk menentang.
Namun pendekatan Perkasa bodoh dan tidak matang.
Mereka mengambil pendekatan kasar dan tidak berhikmah.
Mereka menjadi rasis secara tidak bijak dan terang-terangan.
Hasilnya ia tidak disenangi oleh Pemuda UMNO.
Mereka berselisih pendapat.
Ketika Pemuda UMNO dan Perkasa bercakaran,
musuh-musuh Melayu dan Islam terus menjalankan provokasi dan propaganda.
Silap haribulan,
yang bertempur di jalanan nanti adalah Melayu PAS dan PKR,Melayu UMNO dan Melayu Perkasa.
Non-Muslim akan bertepuk tangan 
dan menonton hiburan percuma ini sambil bergelak ketawa di hadapan tv.


Pas menjadi bingung hanya kerana dibuai mimpi demokrasi.
Tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan adalah salah satu instrumen demokrasi
sebagai satu cara kempen menentang yang dibenarkan.
Pas telah menjadi hamba demokrasi dan terpaksa mengikut tarian demokrasi.
Masuk pilihanraya,
dia masuk pilihanraya.
Berkempen,
oklah...
dia pun berkempen.
Raih undi,
dia pun raih undi.
Bila kalah,
maka demokrasi pun suruh PAS tunjuk perasaan.
Pas pun tunjuk perasaan.
Pas mencapai satu tahap di mana matlamat perjuangannya ialah MENJATUHKAN UMNO.
Tidak kira walaupun matlamat menegakkan Negara Islam dibuang jauh-jauh
dengan menggantikannya dengan konsep Negara Kebajikan.
Rasulullah s.a.w tidak pula menjalankan Negara Kebajikan
untuk mengambil hati Yahudi Bani Quraizah,Qainuqa atau Majusi dan Nasrani di kota Madinah.
Mengapa untuk mengambil hati DAP dan sekularis PKR,
maka hukum Allah boleh diketepikan?


Siapa yang masuk tong najis,
maka dia akan terpalit najisnya.
Pas terpaksa menanggung segala kebodohan ini
sebab dia bermain dalam demokrasi.
Lihat PKR,
dia tidak pandai hidup dalam tong najis,
maka dialah yang paling hina dilemaskan dalam air tahi.
Yang pandai bermain tahi setakat ini adalah UMNO dan DAP.
Menariknya DAP memijak kepala PKR dan PAS untuk 'bernafas' di dalam tong najis.
Sekarang UMNO yang memiliki tong najis
dan dia berhak mengawal tong najis supaya najis-najis tetap hidup segar bugar dalam tong.
Penjajah mengajar UMNO
supaya jangan bersihkan tong najis.
Jadi dia selesa memeluk tong najis.


Saya berpesan kepada saudara-saudara sayasupaya fikirkan tentang ini.
Kali ini kita buat seperti kaum Cina buat setiap kali ada isu,iaitu TUNGGU DAN LIHAT.
Jangan turun ke perhimpunan.
Biar Ambiga dan kuncu-kuncunya terpekik terlolong dalam panas.
Ingat,
biar mereka yang buat kerja,
bukan kita.
Kita terlalu mulia untuk terpekik terlolong macam anjing di jalanan.
Jangan biarkan Ambiga selesa di pejabat memantau kita yang terpekik terlolong,
paksa dia turun dan paksa dia terpekik terlolong.
Kita diam dan saksikan sahaja dia menjerit.
Ahli PAS,
buat macam ini.
Tolong.
Anda kena bijak.
Ini bukan pasal UMNO yang anda benci sampai ke mati,
INI DEMI ISLAM YANG TERCINTA.



Kita kena membezakan perjuangan menentang UMNO
dengan perjuangan menentang musuh-musuh Islam.
UMNO adalah saudara kita yang diberi dadah oleh musuh Islam.
Kita kasi cantas dahulu musuh Islam.
Kemudian kita rawat UMNO,
ajak mereka ke masjid,
solat berjemaah.
Beritahu mereka kebesaran Allah s.w.t.
Keluarkan dari hati mereka kebesaran makhluk.
Masukkan kebesaran Allah ke dalam hati mereka.
Beritahu mereka keindahan Islam.
Hikmah melaksanakan perintah Allah.


Cintakan Allah,cintakan nabi.


Ingat,
caranya mesti tepat dan betul,
untuk menang di atas papan catur.
Tidak perlu saya beritahu adakah pesanan saya ini diizinkan untuk disebar atau tidak.
Adakah perlu turun ke perhimpunan atau tidak.
Jadilah pencatur,
bukan yang dicaturkan

sayang

Aswad : Hai awak.. maaf sebab lambat.. 

Wida : Janji pukul berapa? Sekarang pukul berapa? 

Aswad : Alaaa.. Relaks la.. Lambat sikit je pun.. 

Wida : Sikit apa? 30 minit saya tunggu awak tau.. 

Aswad : Awak… Kadang-kadang kita sengaja melewatkan waktu solat. Sedangkan dulu kita dah pernah berjanji untuk ikut suruhan Dia.. kan? Tapi mulianya Allah masih lagi sayang kita… 

Wida : Hhhmm.. Nak jadi ustaz la pulak.. 

Aswad : Awak.. Kenapa pakai baju macam ni? 

Wida: Khas untuk awak tengok la.. Baru beli kelmarin.. 

Aswad : Eh.. Kalau saya yang pakai baju fit, mungkin la ada rasionalnya sebab badan saya tough.. Hehe.. Tapi saya tak nak la pakai ketat-ketat.. Sesak nafas.. 

Wida : Saya pakai macam ni pun untuk awak ja..Saya masih pakai tudung tau.. 

Aswad : Awak.. Tutup aurat bukan semata-mata pakai tudung. Baju mesti longgar supaya tak nampak bentuk badan. Stokin kena pakai. Aurat tu mahkota wanita, khas untuk suami. Jangan lah nak tunjuk kat saya. Sebab saya belum sah jadi
suami awak. 

Wida : Hmmm.. Yelaa… 

Aswad : Saya ingat nak bawa adik saya tadi.. Dapat dia teman kita sambil jumpa bakal kak ipar dia ni.. 

Wida : Alaaa.. Nak dating pun awak masih nak bawa orang lain join kita? Kacau daun la nanti.. 

Aswad : Awak.. Tak manis kita berdua je.. Sedangkan orang tengok kita dah rasa tak sedap. Apatah lagi Allah yang Maha Melihat tu tengok
kita.. Awak tak segan ke? 

Wida : Ermmm…. 

Aswad : Family awak tak marah ke keluar jumpa saya ni? 

Wida : Diorang kan dah lama tau kita bersama. Takkan nak marah kot..

Aswad : Takkan tegur sikit pun tak? Yela.. Kita asyik dating je. 

Wida : Kalau awak dah bosan dengan saya, cakap je! Tak perlu guna alasan family saya ok! 

Aswad : Saya bukannya bagi alasan. Kita dah lama couple tapi nikahnya tak. Semakin lama semakin tak selesa saya dibuatnya. Kalau setiap langkah kita ke masjid untuk menunaikan solat diberi pahala.. Agak-agaknya setiap langkah kita untuk berjumpa berduaan kat taman ni diberi apa ye? 

Wida : Err.. Cukup! Awak ni kenapa? Dah banyak berubah saya tengok. Dah tak sayang saya ke? Ke dah ada perempuan lain? Jawablah! 

Aswad : Memang saya dah banyak berubah… Saya sering lalai ingat pada Allah.. Allah beri macam-
macam nikmat pada saya tapi saya buat tak kisah je semua tu. Dulu kalau awak tak balas mesej saya
sebab merajuk dengan saya, saya dah gelabah.. Tapi bila saya dapat rasa yang saya jauh dari Allah, saya buat biasa je… Allah masih lagi sayangkan saya… Allah beri nikmat kasih & sayang dari awak. Saya bersyukur dapat kenal awak tapi malangnya awak tak menjaga saya sebaiknya. Awak tak sepatutnya mulakan semua ni dulu.. Saya nak
kembali kepada fitrah sebab ingin berubah. Saya memang ada perempuan lain. Dah lama saya
ada perempuan lain tapi saya baru perasan kehadiran perempuan yang amat saya sayangi tu. Saya amat sayangkan mereka. 

Wida : Mereka? Sampai hati awak! Dasar playboy! 

Aswad : Saya memang ada perempuan lain. Ibu saya yang lahirkan saya. Sejak dalam perut lagi, dia amat sayang pada saya. Dia jaga saya dengan sebaiknya. Tapi bila saya dah besar, saya tak jaga
dia pun. Saya sanggup melawan cakap dia semata-mata nak ikut kawan & nak jumpa awak. Ibu selalu pesan macam-macam tapi saya tak dengar pun. Saya dengar cakap awak je. Bila awak merajuk dengan saya, saya pujuk beriya-iya. Tapi bila ibu terasa hati dengan saya, saya cakap “entah pape la ibu ni”. Kalau dengan adik & kakak, lagi teruk saya layan.. Kejamnya saya.. Saya sayangkan awak, tapi..

Wida : Tak payah nak tipu! ( Wida terus memotong apa yang ingin dikatakan oleh amir pada dirinya…) 

Aswad : Saya sayang awak… Disebabkan saya sayang awak, saya nak lepaskan awak. Saya tak nak awak terus hanyut dengan saya. Kita buatlah haluan masing-masing. Kenal diri kita. Kenal Allah. Ingatlah walau apa yang kita buat, Allah tak pernah lupa kita. Sentiasa kita dapat nikmatNya. Saya nak korbankan semua ni kerana Allah sebelum Allah betul-betul tak hiraukan kita & terus
biar kita hanyut dengan duniawi… 

Wida : Awak!! Kenapa sekarang??? (Air mata Wida mula menitis di pipinya..) 

Aswad : Kerana Hidayah dari Allah tak datang selalu. Hanya datang pada orang yang dipilihNya. Saya tak nak nanti Allah tarik balik hidayahNya ini. 

Wida : Saya sayang sangat kat awak.. (Wida mula mengesat air matanya…) 

Aswad : Allah lebih sayangkan awak dan amat sayang pada kita… 

Wida : Awak… Tak kesian kat saya ke?

Aswad : Saya lebih kesian pada awak jika awak diseksa di akhirat nanti kerana saya. Saya tak mampu nak tolong awak lagi pada waktu itu.. Saya minta maaf teramat sangat.. Saya terpaksa lepaskan awak kerana Allah… Biarpun sekarang awak tak redha dengan perpisahan ni, tapi InsyaAllah berkat keredhaan Allah dengan usaha kita yang sakit keranaNya, awak akan faham juga nanti. Terima kasih untuk segalanya.. Jaga diri awak sebaiknya untuk Allah..Assalamualaikmum… 

Aswad melangkah pergi dengan sepenuh kekuatan dipendam dalam diri agar tidak menoleh ke belakang untuk melihat Wida yang pastinya sedang terseksa dengan perpisahan ini. Air mata jantan Aswad akhirnya jatuh jua kerana kesungguhannya melepaskan sesuatu yang disayangi kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT...

p/s :: SAYA SAYANG AWAK… DISEBABKAN SAYANG AWAK, SAYA LEPASKAN AWAK KERNA DIA..

Jumaat, 3 Februari 2012

Jika...

ika anda tidak mampu membuat orang tersenyum, jangan membuat orang menangis.

Jika anda tidak mampu memberi manfaat kepada orang lain, jangan menghancurkan orang lain.

Jika anda tidak mampu memberi apa apa, jangan terlalu banyak meminta.

Jika anda tidak mampu menjerit kerana rasa tertekan, lebih baik diam dari berkata kata.

Jika anda tidak mampu tersenyum kepada orang lain, tersenyumlah pada diri sendiri di hadapan cermin.

" Jadilah orang yang MEMBERI tanpa mengingatnya kembali dan orang yang MENERIMA tetapi tidak melupakannya sama sekali."

KADANG KADANG dalam hidup ini :

Orang yang EGO mahu anda melihat betapa hebatnya mereka tetapi orang yang PENGASIH mahu melihat betapa perlunya rendah hati untuk anda.

Orang yang PEMARAH mahu anda melihat betapa benarnya mereka tetapi orang yang PENYABAR ingin melihat betapa perlunya ketenangan untuk anda.

Orang yang SAKIT mahu anda melihat betapa deritanya mereka tetapi orang yang SIHAT mahu melihat betapa perlunya kesabaran untuk anda.

Orang yang KAYA mahu melihat betapa bahagianya mereka tetapi orang miskin mahu melihat betapa perlunya sifat pemurah untuk anda.

Orang yang BERSEDIH mahu anda melihat betapa kecewanya mereka tetapi orang yang sedang BERGEMBIRA mahu melihat betapa perlunya ketabahan untuk anda.

Orang yang normal mahu anda melihat betapa sempurnanya hidup mereka tetapi orang yang KURANG UPAYA mahu melihat betapa perlunya anda bersyukur kepada DIA.

BERSYUKUR kerana kita masih bernafas hingga hari ini, tidak kira dalam apa jua situasi kerana setiap yang DIA beri pasti punya erti walau sukar dimengerti kerana hidup ini bukan hanya untuk berpesta dalam kegembiraan tetapi berpencak silat dengan ujian dan dugaan kehidupan. Hanya keteguhan iman mampu menjadi perisai yang teguh untuk menepis setiap serangan serangan dugaan yang datang dari pelbagai penjuru

doktor mulia

KISAH DOKTOR YANG DIANGGAP DURJANA

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..

"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"

doktor tersebut tersenyum dan berkata :

" sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi & berkata :

" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."

"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..

pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..

"alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"kenapa doktor 2 sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah selepas melihat jururawat..

jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya..dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."

::Never judge anyone..... because U never know how their life is & what they're going through :

Khamis, 2 Februari 2012

Q&A UPS II PDT kimi-'A'!


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ

forecast kimi-'A'! PDT utk esok khamis 2.2.12 9-10 am

Q1) PV=nRT cari Mr, mass dan density, partial pressure dalton's Law, compare ideal gas dan real gas

Q2) compare surface tension, compare amorphous dan crystalline solid. contoh sekali

Q3) ICE table kira Qc, Qp, Kc, Kp Kp=Kc(RT)n

Q4) Le Chatelier. predict direction. how to increase product

defination
1) boyle's law
2) Charles' Law
3) partial pressure dalton's Law
4) Boiling point
5) Le Chatelier

gud Luck sumer! buktikan kimi-'A'! itu M U D A H...! Insya Allah A


Jawapan UPS II PDT kimi-‘A’!

A1) a) V increase 10% = 28L     V2 = 280 + 28 = 308L

     P1V1 = P2V2    P2 = 2.28 atm
        T1            T2

b) i  Vapor pressure ------ refer notes
    ii  Hexane    reason : lower BP and weak IMF

c) P = nRT / V
       = 9.42 atm

A2) a) refer notes
       b) mol CO = 0.166
            PV = nRT
              Vco = 3.72L

           Density gas P = m/v
                                   = 2.9 gL-1

     c) i  refer notes
         ii  amorphous solid : glass
             molecular crystal : sulphur

A3) a) refer notes
       b) i   Qc = [product] / [reactant]
                      = 17.58
                 Qc > Kc   equilibrium shift left

          ii    Kp = Kc (RT)∆n
                      = 1.87 X 103

mol
    2SO2(g)     +     O2 (g)                 2SO3 (g)          
Initial
        2                      1                             0
Change
       -2x                  -x                           +2x
Equilibrium
     2-2x                 1-x                            2x
A4)     





Mol O2  dissociated = 0.61            Mol O2 at eqlb   =  0.39      Total mol = 2.39
Mol SO2  at eqlb =  0.78               Mol SO3  at eqlb =  1.22

% SOat eqlb = 1.22 / 2.39 x 100% = 51.05%

b) i   shift left      PCl3 decrease
    ii   shift left     PCl3 decrease

Pesanan : Sila wat pembetulan...!!! hantar kepada pensyarah tutor masing2 pada RABU 8 Feb 2012

silalah bertawakkal kepada Allah... redha dan sabar... selalulah berani bertanya soalan kimi-'A'! kepada pensyarah dan berfikir..>!! Insya Allah kimi-'A'! itu M U D A H-----------------> A!

Rabu, 1 Februari 2012

Said bin Amir

Kezuhudan Said bin Amir al Jumahi membuatkan Umar menangis
Said bin Amir al Jumahi, termasuk seorang pemuda di antara ribuan orang yang pergi ke Tan'im, di luar kota Makkah. Mereka berduyun-duyun ke sana, dikerahkan oleh para pemimpin Quraisy untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman mati terhadap Khubaib bin Adi, iaitu seorang sahabat Nabi yang mereka hukum tanpa sebab.

Dengan semangat muda yang menyala-nyala, Said maju menembusi orang ramai yang berpusu-pusu. Akhirnya dia sampai ke depan, sejajar dengan tempat duduk orang-orang penting, seperti Abu Sufyan bin Harb, Shafwan bin Umayyah dan lain-lain.

Kaum kafir Quraisy sengaja mempertontonkan tawanan mereka dibelenggu. Sementara para wanita, kanak-kanak dan pemuda, mengiring Khubaib ke lapangan maut. Mereka ingin membalas dendam terhadap Nabi Muhammad s.a.w, serta melampiaskan sakit hati di atas kekalahan mereka dalam perang Badar.

Ketika tawanan yang mereka iringi sampai ke tiang salib yang telah disediakan, Said mendongakkan kepala melihat kepada Khubaib bin Adi. Said mendengar suara Khubaib berkata dengan mantap, "Jika kamu bolehkan, saya ingin solat dua rakaat sebelum kamu bunuh saya ..."

Kemudian Said melihat Khubaib menghadap ke kiblat (Kaabah). Dia solat dua rakaat. Alangkah bagus dan sempurnanya solatnya itu. Sesudah solat, Khubaib menghadap kepada para pemimpin Quraisy seraya berkata, "Demi Allah! Seandainya kamu tidak akan menuduhku melama-lamakan solat untuk melengahkan waktu kerana takut mati, nescaya saya akan solat lagi. "Mendengar ucapan Khubaib tersebut, Said melihat para pemimpin Quraisy naik darah, bagaikan hendak mencincang-cincang tubuh Khubaib hidup-hidup.

Kata mereka, "Sukakah engkau si Muhammad menggantikan engkau, kemudian engkau kami bebaskan?"

"Saya tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak saya, sementara Muhammad tertusuk duri," jawab Khubaib mantap.

"Bunuh dia! Bunuh dia!" Teriak orang ramai. Said melihat Khubaib telah dipakukan ke tiang salib. Dia mengarahkan pandangannya ke langit sambil berdoa, "Ya Allah! Hitunglah jumlah mereka! Hancurkan mereka semua. Jangan disisakan seorang jua pun! "

Tidak lama kemudian Khubaib menghembuskan nafasnya yang terakhir di tiang salib. Sekujur tubuhnya penuh dengan luka-luka kerana tebasan pedang dan tikaman tombak yang tak terbilang jumlahnya.

Kaum Kafir Quraisy kembali ke Makkah biasa-biasa saja. Seolah-olah mereka telah melupakan peristiwa maut yang meragut nyawa Khubaib dengan sadis. Tetapi Said bin Amir al Jumahi yang baru meningkat remaja tidak dapat melupakan Khubaib walau 'sedetik pun'. Sehingga dia bermimpi melihat Khubaib menjelma di hadapannya. Dia seakan-akan melihat Khubaib menjelma di hadapannya. Dia seakan-akan melihat Khubaib solat dua rakaat dengan khusyu 'dan tenang di bawah tiang salib. Seperti terdengar olehnya rintihan suara Khubaib mendoakan kaum kafir Quraisy. Kerana itu Said ketakutan kalau-kalau Allah S.W.T akan mengabulkan doa Khubaib, sehingga petir dan halilintar menyambar kaum Quraisy.

Keberanian dan ketabahan Khubaib menghadapi maut mengajarkan Said beberapa perkara yang belum pernah diketahuinya selama ini.

Pertama, hidup yang sesungguhnya adalah hidup beraqidah, beriman, kemudian berjuang mempertahankan aqidah itu sampai mati.

Kedua, iman yang telah tertancap di dalam hati seseorang dapat menimbulkan hal-hal yang ajaib dan luar biasa.

Ketiga, orang yang paling dicintai Khubaib ialah sahabatnya, iaitu seorang Nabi yang dikukuhkan dari langit.

Sejak itu Allah S.W.T membuka hati Said bin Amir untuk menganut agama Islam. Kemudian dia berpidato di hadapan khalayak ramai, menyatakan: "alangkah bodohnya orang Quraisy menyembah berhala". Kerana itu dia tidak mahu terlibat dalam kebodohan itu. Lalu dibuangnya berhala-berhala yang dipujanya selama ini. Kemudian diumumkannya, mulai saat itu dia masuk Islam.

Tidak lama sesudah itu, Said menyusul kaum Muslimin hijrah ke Madinah. Di sana dia sentiasa mendampingi Nabi s.a.w. Dia ikut berperang bersama baginda, mula-mula dalam peperangan Khaibar. Kemudian dia selalu turut berperang dalam setiap peperangan berikutnya.

Setelah Nabi s.a.w kembali ke rahmatullah, Said tetap menjadi pembela setia Khalifah Abu Bakar dan Umar r.a. Dia menjadi teladan satu-satunya bagi orang-orang yang beriman yang membeli kehidupan akhirat dengan kehidupan dunia. Dia lebih mengutamakan keredhaan Allah dan pahala daripada-Nya di atas segala keinginan hawa nafsu dan kehendak jasad.

Kedua-dua khalifah Rasulullah, Abu Bakar dan Umar bin Khattab, mengerti bahawa ucapan-ucapan Said sangat berkesan dan taqwanya sangat tinggi. Kerana itu keduanya tidak keberatan mendengar dan melaksanakan nasihat-nasihat Said.

Pada suatu hari di awal pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab, Said datang kepadanya memberi nasihat. Kata Said, "Ya Umar! Takutlah kepada Allah dalam memerintah manusia. Jangan takut kepada manusia dalam menjalankan agama Allah! Jangan berkata berbeza dengan perbuatan. Kerana sebaik-baik perkataan ialah yang dibuktikan dengan perbuatan. Hai Umar! Tujukanlah seluruh perhatian anda kepada urusan kaum Muslimin, baik yang jauh mahupun yang dekat. Berikan kepada mereka apa yang anda dan keluarga sukai. Jauhkan dari mereka apa-apa yang anda dan keluarga tidak sukai. Arahkan semua kurniaan Allah kepada yang baik. Jangan hiraukan cacian orang-orang yang suka mencaci. "

"Siapakah yang sanggup melaksanakan semua itu, hai Said?" Tanya Khalifah Umar. "Tentu orang seperti anda! Bukankah anda telah dipercayai Allah memerintah umat Muhammad ini? Bukankah antara anda dengan Allah tidak ada lagi suatu penghalang?" Jawab Said meyakinkan.

Pada suatu ketika Khalifah Umar r.a memanggil Said untuk diserahkan suatu jabatan dalam pemerintahan. "Hai Said! Engkau kami angkat menjadi Gabenor di Himsh!" Kata Khalifah Umar.

"Wahai Umar! Saya mohon kepada Allah semoga anda tidak mendorong saya condong kepada dunia," kata Said.

"Celaka engkau!" Balas Umar marah. "Engkau pikulkan beban kerajaan ini di bahuku, tetapi kemudian engkau menghindar dan membiarkanku sibuk sendiri."

"Demi Allah! Saya tidak akan membiarkan anda," jawab Said.

Kemudian Khalifah Umar melantik Said menjadi gabenor di Himsh. Sesudah pelantikan, Khalifah Umar bertanya kepada Said, "Berapa gaji yang Engkau inginkan?"

"Apa yang perlu saya lakukan dengan gaji itu, ya Amirul Mukminin?" Jawab Said bertanya. "Bukankah pendapatan saya dari Baitul Mal sudah cukup?"

Tidak berapa lama selepas Said memerintah di Himsh, sebuah delegasi datang menghadap Khalifah Umar di Madinah. Delegasi itu terdiri dari penduduk Himsh yang ditugasi Khalifah mengamat-amati jalannya pemerintahan di Himsh.

Dalam pertemuan dengan delegasi tersebut, Khalifah Umar meminta senarai fakir miskin Himsh untuk diberikan bantuan. Delegasi mengemukakan senarai yang diminta khalifah. Di dalam senarai tersebut terdapat nama-nama si fulan, dan nama Said bin Amir al Jumahi.

Ketika Khalifah meneliti senarai tersebut, beliau mencari nama Said bin Amir al Jumahi. Lalu beliau bertanya, "Siapa Said bin Amir yang kamu cantumkan ini?"

"Gabenor kami!" Jawab mereka. "Betulkah Gabenor kalian miskin?" Jawab Khalifah hairan.

"Sungguh, ya Amirul Mukminin! Demi Allah! Seringkali di rumahnya tidak kelihatan tanda-tanda api menyala (tidak memasak)," jawab mereka meyakinkan.

Mendengar perkataan itu, Khalifah Umar menangis, sehingga air mata beliau meleleh membasahi janggutnya. Kemudian beliau mengambil sebuah kantung berisi wang seribu dinar.

"Kembalilah kamu ke Himsh. Sampaikan salamku kepada Gabenor Said bin Amir, dan wang ini saya kirimkan untuk beliau, bagi meringankan kesulitan-kesulitan rumahtangganya," kata Umar sedih.

Setibanya di Himsh, delegasi itu segera menghadap Gabenor Said, menyampaikan salam dan wang kiriman Khalifah untuk beliau. Setelah Gabenor Said melihat kantung berisi wang dinar, kantung itu dijauhkannya dari sisinya seraya berucap, "inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" (kita milik Allah dan pasti kembali kepada Allah).

Mendengar ucapannya itu, seolah-olah suatu mara bahaya sedang menimpanya. Kerana itu isterinya segera menghampiri seraya bertanya, "Apa yang terjadi, hai Said? Meninggalkah Amirul Mukminin?"

"Bahkan lebih besar dari itu!" Jawab Said sedih. "Apakah tentera kaum Muslimin kalah berperang?" Tanya isterinya lagi. "Jauh lebih besar dari itu!" Jawab Said tetap sedih. "Apa pulalah gerangan yang lebih dari itu?" Tanya isterinya tak sabar. "Dunia telah datang untuk merosakkan akhiratku. Bencana telah menyusup ke rumah tangga kita," jawab Said mantap.

"Bebaskan dirimu daripadanya!" Kata isteri Said memberi semangat, tanpa mengetahui perihal adanya kantung wang yang dihantar Khalifah Umar untuk peribadi suaminya.

"Mahukah engkau menolongku berbuat demikian?" Tanya Said.

"Tentu!" Jawab isterinya bersemangat. Maka Said memuatkan kantung wang itu, lalu disuruh isterinya membahagi-bahagikan kepada fakir miskin ... (Sumber: Kepahlawanan Dalam Generasi Sahabat Karangan DR. Abdurrahman Raf'at Basya / Nuim Hidayat)

makcik ku yang panik....





KUALA LUMPUR – Mungkin kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, seorang wanita kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai ‘Superbike’ dan menghentam empat buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri di sini.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang, pemandu wanita dalam lingkungan usia 50-an itu telah menggerakkan kereta Wira gear automatik miliknya berulang kali ke depan dan ke belakang sebanyak enam kali hingga melanggar semua kenderaan terbabit.

Seorang saksi kejadian, Mohd Nooraimee Othman, 23, berkata, wanita itu pada mulanya mengundurkan keretanya untuk keluar dari kawasan tempat letak kereta di hadapan kedai motosikal berkuasa besar berkenaan dan secara tidak sengaja melanggar Volvo milik adik kepada pemilik kedai ‘Superbike’ berkenaan.


“Mungkin makcik tu panik sangat.. lepas dia langgar volvo kat belakang..dia reverse dan ke depan dan belakang lebih kurang lima kali..kali yang kedua dia reverse (mengundur) itu dia hentam pulak dua buah Myvi yang terletak kat tempat letak kerata kat belakang dia.

“Kali ke enam dia maju ke depan dan terus rempuh masuk dalam kedai..masa melompat masuk kedai tu dia sempat langgar sebuah motosikal Honda VFR 1000..pelanggan punya tu,” katanya bercerita mengenai kejadian yang mencemaskannya itu.

Menurut Mohd Noraimee yang merupakan pekerja kedai Superbike tersebut, wanita itu turut melanggar tiga buah motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki GSX 1000cc, Honda CBR 1000cc dan BMW 1400cc yang berada di dalam kedai berkenaan.

Seorang lagi saksi, Sarah Zamzuri, 30, pekerja RHB Bank yang terletak bersebelahan kedai superbike itu berkata, dia terkejut dengan bunyi dentuman kuat membuatkannya berlari keluar dari pejabat untuk melihat punca bunyi berkenaan.

Sarah berkata, dia bingung sebentar apabila melihatkan kereta yang dipandu oleh wanita terbabit berulang kali bergerak ke depan dan ke belakang dengan laju.

Melihat kejadian itu, Sarah berkata, dia terus berlari mengalihkan kereta Avanza miliknya sebelum sempat dilanggar oleh wanita berkenaan.

“Saya panik tengok mak cik tu laju aje reverse dan pecut ke depan, saya terus lari ke kereta saya untuk alihkan kenderaan saya. Memang Tuhan sahaja yang tahu macam mana saya menggigil berlari ke kereta.

“Waktu saya alihkan kereta saya, wanita itu masih lagi menggerakkan keretanya dengan laju,”terang Sarah.

Adik kepada pemilik kedai Superbike yang enggan dikenali itu mendakwa, abangnya mungkin terpaksa menanggung kerugian mencecah setengah juta ringgit akibat insiden tersebut.

Sementara itu, ketika mendapatkan kenyataan dari suami wanita tersebut, lelaki itu hanya banyak berdiam dan turut terkejut dengan kejadian yang berlaku.

Lelaki berkenaan tidak percaya kemalangan yang berlaku itu berpunca daripada isterinya yang ditinggalkan sekejap sewaktu dia keluar untuk membeli barangan.

Orang ramai yang turut berada di tempat kejadian sempat menjerit ke arah wanita berkenaan supaya menghentikan enjin keretanya supaya dia tidak terus menggerakkan kenderaannya.

Wanita berkenaan juga kelihatan masih bingung