Selasa, 3 April 2012

bankrupt

HUTANG negara kini adalah pada paras 53 peratus KDNK. Apakah maknanya ini? Dan apakah seperti ini sihat atau tidak untuk ekonomi sesebuah negara.Bagi yang masih tidak begitu memahami maksud KDNK (singakatan piawaian bagi ‘Keluaran Dalam Kasar Negara’), ia bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barangan dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu (lazimnya dalam tahun kalendar).


Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barangan dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang.



Maka dari segi hutang negara ini, analogi atau pengibaratan paling mudah dalam skala lebih kecil ialah: jika anda adalah sebuah kerajaan dan pendapatan anda katakan RM1,000 sebulan maka jumlah hutang anda ialah RM530.


Itu sebenarnya tidak menjadi masalah besar. Lagipun sebagai seorang rakyat biasa Malaysia, kita sudah lali hidup dalam nisbah pendapatan kepada hutang yang jauh lebih besar. Malah jika dikira hutang membeli rumah (pada kadar tinggi disebabkan kegagalan  kerajaan mengawal mekanisme harga atau peregulasian lemah), hutang kereta (kerana struktur cukai menyebabkan harga kereta persendirian antara tertinggi di dunia), hutang kad kredit (kerana gaji yang tak pernah cukup untuk kehidupan seharian) dan hutang peribadi (kerana dalam keadaan terdesak kita tidak ada pilihan), maka hutang kita jauh melebihi keluaran dalam kasar kita.


Malangnya, kerajaan BN tidak melihat ini sebagai satu masalah kronik kepada rakyat. Sebaliknya beban hutang ini ditokok pula dengan penarikan semula pelbagai subsidi, pengenalan pelbagai cukai konsumer baru sebagai tambahan cukai yang sedia ada dan telah dinaikkan berulang kali, harga barangan utama pengguna yang terus naik dan bak kata orang ungkapan Inggeris, "last but not least", nilai ringgit yang susut lebih cepat berbanding mata wang utama dunia.


Malah kerajaan BN tidak pernah merasa susah hati tentang prestasi ekonomi negara sekalipun. Kepada minda pemimpin BN hatta Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sekalipun, wang tunai tidak ada masalah dan boleh turun dari langit pada bila-bila masa. Setiap Menteri Kewangan bermula daripada Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah Perdana Menteri Malaysia dan mereka seakan-akan mahu menunjukkan tidak ada lagi negara yang kaya di seantero dunia ini melainkan Persekutuan Malaysia di bawah pemerintahan kerajaan BN.


Hujung minggu lalu dunia kita menyaksikan Perlumbaan Lumba Kereta Formula 1 Petronas di Litar Sepang dengan tiga buah pasukan di taja oleh Malaysia (sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana negara di dunia ini, walaupun bagi negara yang paling gila sukan ini).


Petronas, menerusi kerajaan BN, merasakan lebih baik, lebih bermanfaat, dan lebih dilihat sebagai melangsaikan tanggungjawab sosial terhadap rakyat Malaysia menganjurkan siri perlumbaan tersebut di negara ini dan sekali gus menaja sebuah pasukan Formula 1 daripada membayar royalti bagi membantu rakyat dan negeri Kelantan. Proton Holdings Berhad yang semakin terkenal dengan kerugian RM3.4 bilion pula merasakan tidak mengapa menaja sebuah pasukan lagi. Begitu juga pemilik bersama baru MAS yang juga mempunyai pasukan lumbanya dalam siri kejohanan sukan tersebut musim ini.


Itu hanya satu contoh. Banyak lagi contoh lain di mana kerajaan berlagak kaya. Contoh terbaru ialah pelupusan hutang RM589 juta usahawan Tajuddin Ramli kepada Pengurusan Danaharta Sdn Bhd.


Sebelum ini ialah pemberian BR1M yang dikatakan menelan wang pembayar cukai sebanyak hampir RM100 juta. Sudah tentu jumlah ini belum lagi termasuk peruntukan payun terjun dan pemberian khas Pengerusi BN (atas kapasiti Perdana Menteri) meluluskan projek itu dan ini kepada pelbagai pihak dalam setiap lawatan prapilihan raya umum beliau.


Justeru, tidak hairanlah apabila seorang ahli Parlimen BN dari negeri Perak dengan megah dan angkuh bangkit dalam Dewan Rakyat lalu menyanggah mengapa rakyat Malaysia harus bimbang dengan nisbah hutang negara kepada KDNK pada kadar yang akan kini. Dan seorang Timbalan Menteri pula mengeluarkan kenyataan berhubung perihal hutang negara ini dalam nada seolah-olah, “dont worry, it is just a debt...”


Tentu sekalilah mereka tidak perlu bimbang apa-apa kerana akhirnya bukan mereka yang terpaksa membayar hutang ini melainkan rakyatlah yang akan dibebankan dengan pelbagai cukai, penarikan subsidi dan macammacam lagi.


Seorang felo terkemuka di Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, Mohd Arif Abdul Kareem tidak lama dulu mengatakan pendapatan negara adalah terlalu perlahan bagi memadankan dengan kelajuan kerajaan meminjam wang. Menurutnya memang benar saiz hutang negara berbanding KDNK bukanlah sesuatu yang bermasalah, tetapi masalahnya kelembapan pertumbuhan ekonomi dalam tahun-tahun terakhir inilah yang dibimbangkan.


Penjelasan Mohd Arif tentulah ada asasnya. Nisbah hutang negara kepada KDNK melonjak daripada 41.4% pada 2008 kepada 53.1% pada 2010 sementara hutang kerajaan meningkat daripada 14.6% pada 2008 kepada 18.3% pada 2009 yang mana terlalu jauh mengatasi pertubuhan ekonomi.


“Jika tidak ada sesuatu dilakukan untuk menterbalikkan trend dalam perbelanjaan dan penghasilan kerajaan,ekstrapolasi menunjukkan hutang negara akan meletup kepada 100% dari KDNK pada tahun 2019 kelak,” kata Mohd Arif.


Melihatkan cara urus-tadbir ekonomi dan kewangan kerajaan BN yang begitu berlagak, terutama sejak awal 1980-an, apa yang dikatakan oleh felo tersebut tidak mustahil akan berlaku. Malaysia di bawah BN adalah sebuah negara yang serba boleh – justeru Malaysia Boleh.


Nampaknya sekira Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya sekalipun selepas PRU13, kita sama-sama sudah boleh menggunakan peribahasa Melayu moden - harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan tulang dan BN mati meninggalkan hutang

Ada ka patut...? ada akai x mau pakai!


"Apabila tersiar berita tentang dua orang yang terkorban akibat terkena renjatan elektrik awal pagi semalam, dengan pantas beberapa Blog Pro UMNO membuat kesimpulan bahawa kedua-dua mereka adalah penyokong PAS.


Dengan tersiarnya tuduhan yang lebih merupakan satu fitnah itu berbagai komen dapat dibaca di Blog-Blog Pro UMNO itu..


  Berikut pula adalah print screen komen-komen yang terdapat dalam Blog yang menyambung fitnah itu..



 Yakin sungguh mereka bahawa dua lelaki yang terkorban itu adalah Ahli PAS..

Malangnya tohmahan atau fitnah mereka yang memburukkan Ahli atau Penyokong PAS tersebut dinafikan oleh Bloger Pro UMNO sendiri yang melawat keluarga Alahyarham.. lihat Print Screen di bawah pula..


Dan ini disokong pula dengan FB Awang Adek yang turut hadir ketika jenazah salah seorang mangsa iaitu Mohd. Daishan Ibrahim dikebumikan..
Sila lihat di SINI
"
 

Exora bold


"Aduan Rakyat 2 April 2012 - Saya membeli sebuah Proton Exora Bold Premium yang menggunakan enjin turbo dan gearbox CVT pada awal Mac 2012. 2 minggu digunakan, gearbox mula rosak. Apabila gear reverse dimasukan, enjin akan mati. Setelah mencuba banyak kali, barulah saya dapat menggunakan gear reverse.

Itupun enjin begegar seolah-olah nak mati. Saya menghubungi pusat servis di Johor Jaya memaklumkan masalah yang dihadapi dan pihak pusat sevis meminta saya untuk menghantar kereta untuk diperiksa. 



Pemeriksaan pertama pihak pusat servis cuma mengetatkan kabel bateri dan meminta saya untuk pulang dan mencuba kereta telebih dahulu. Tak sampai setengah jam saya ambil kereta dari pusat servis, masalaah sama tetap berulang.


Saya kemudian merujuk terus kereta saya ke Pusat Servis 3S di Plentong. Pemeriksaan kedua, ECU kereta saya direset semula dan saya diminta untuk membawa pulang kereta sepertimana selepas pemeriksaan yang pertama. Tidak sampai 2 jam, masalah sama berulang.


Saya terpaksa menunggu selama 3 hari untuk menghantar kereta berikutan hari Sabtu hanya dikhaskan untuk servis sahaja. Pada hari Isnin saya menghantar kereta saya ke pusat servis dan kereta saya terpaksa ditinggalkan selama 2 hari untuk diperiksa.


Keputusannya memang menyakitkan hati saya. Mengikut kata petugas yang incharge problem kereta saya tu, laporan dah dihantar ke headquarters bekenaan masalah yg dihadapi dan saya diminta tunggu sehingga jawapan diberikan semula oleh HQ. 


Saya dah dapat bayangkan maksudnya itu tetapi atas dasar percaya, saya ia kan saja dan masih lagi menunggu, mengikut kata petugas tu lebih kurang seminggu lebih untuk saya dapatkan jawapan.
 
Sekarang dah masuk 4 hari saya tunggu, tinggal lagi beberapa hari untuk saya dihubungi oleh petugas tesebut (janjinya nak telefon dan maklumkan saya).

Apa yang saya nak highlightkan di sini ialah, kenapa begitu teruk produk Proton ni? Takkanlah baru 2 minggu pakai dah rosak? Bunga tayar kereta pun tak sempat haus lagi enjin dan gearbox dah meragam? Adakah Proton main tangkap muat je barang-barang yang digunakan?

By: faizal 

IC habeh dah....

Di sini saya ingin memberitahu kepada seluruh Malaysia bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebenarnya telah kehabisan stok kad mentah MyKad di seluruh Malaysia menyebabkan kelewatan dalam penyiapan MyKad di seluruh Malaysia dan pihak pengurusan tak berani nak bagitau Malaysia tentang ini. Kerana ini juga akan menunjukkan betapa tidak cekapnya pihak pengurusan JPN sekarang.

Saya sebagai staf JPN amat tidak berpuas hati dengan ketidakcekapan pengurusan atasan kami yang mengambil sikap sambil lewa, tidak endah dan ambil tidak peduli akan kami staf-staf bawahan di kaunter yang dimaki hamun, dicelaka dan disumpah seranah oleh orang awam yang marah akan kad pengenalan tidak siap.

Siapa tahan kena maki tentang piagam bodoh kad pengenalan siap yang ditetap oleh pihak pengurusan. Tetapi apabila tidak dapat dipenuhi, kami staf-staf bawah yang terpaksa menanggung tahinya.

Siapalah kami ini? Siapa yang faham akan perasaan kami? Di mana kami hendak mengadu? Setiap hari dimaki hamun, kerja balik lewat hingga pagi untuk bantu pelanggan kami menyiapkan kad pengenalan mereka?
Untuk pengetahuan anda, bahagian cetakan kad kami setiap hari balik sehingga subuh dan ada yang tidak balik langsung untuk cetak kad pengenalan pemohon tetapi masih juga tidak mampu untuk disiapkan.

Jika hendak dikata aduan aduan kami tidak disampaikan kepada pihak atasan, mereka memang telah maklum, sedar dan tau akan keadaan ini.
2 minggu lepas kami dimaklumkan oleh orang atasan bahawa kad pengenalan yang tidak siap ini hanya akan siap selepas bulan Julai 2012 dan kami sebagai staf kaunter hendaklah memaklumkan orang awam akan hal ini.

Maknanya kami kena menahan sumpah seranah orang awam ini sehingga Julai?
Di ibu pejabat negeri semua telah kehabisan stok kad mentah membuatkan kami tidak dapat mencetak kad pengenalan kepada semua pelanggan-pelanggan kami.

Yang tidak adilnya pulak, di Putrajaya ada pulak stok kad? Apa ni? Dalam JPN pun ada double standard seperti ini ke?

Saya juga harap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Audit Negara masuk bagi menyiasat JPN ini. Saya percaya mesti ada yang tidak kena.
Bagaimana stok kad boleh habis macam tu je? Takkan sebagai orang atasan tak boleh nak jangka yang Malaysia ni ada berapa orang penduduk?
Saya harap pihak media dapat hebahkan semua ini kepada seluruh Malaysia. 

Biarlah semua orang orang atasan ini malu.

Isnin, 2 April 2012

Pemuda akhir zaman

al-bahanj

"Seorang pemuda yang kebetulan dapat hadir ke majlis seorang ilmuan Islam di Morocco telah meluahkan perasaan kepada ulama tersebut serta hadirin.  Tajuk yang disentuh dalam majlis tersebut ialah bagaimana para pemuda dapat bergerak memberikan sumbangan dalam keadaan masyarakat yang kini jauh dari ajaran Islam yang sebenar.  Luahan pemuda ini benar-benar menyentuh hati saya dan saya rasa mungkin kalian juga.  Ia sangat signifikan untuk dakwah.

Rakaman video:  [KLIK] 
 
Berikut saya terjemahkan luahan beliau:
 
“Saya mengaku bahawa saya telah banyak melakukan dosa!”

“Sekarang saya berada di sini.  Dan saya suka jika tuan dapat melakukan beberapa doa.”

“Saya telah melakukan dosa-dosa yang tuan tidak akan berani untuk fikir mengenainya.”

“Saya adalah seorang pemuda dari Boujdour.  Saya adalah anak kalian semua.  Saya telah pun meninggalkan dosa-dosa itu.”

“Sampai bila para pendakwah hendak berselindung di sebalik tabir??!”

“Sampai bila kita mahu hidup dalam keadaan tidak dilindungi dari godaan-godaan, yang mana itu semua akan menimbul keinginan kita semua?!”

“Saya pernah duduk di dalam kelas yang mana di dalamnya terdapat gadis yang secara terbuka menayangkan sebahagian besar bahagian tubuhnya.”

“Apabila saya keluar (dari kelas itu) pula, saya cuma dapat melihat perkara-perkara yang membuatkan syaitan senang untuk mempermainkan saya.”

“Tiada dosa yang saya tidak pernah lakukan.”

“Saya tidak katakan tiada orang yang membimbing saya.  Saya tidak salahkan para pendakwah.,,”

“Saya salahkan diri saya!  Saya salahkan diri saya!  Saya salahkan diri saya sendiri!”

“Sekarang saya melihat tuan-tuan semua di sini.  Apa yang perlu saya buat?  Apa yang saya boleh buat?”

“Saya ke sini secara kebetulan sahaja.  Seorang rakan sekerja saya memberitahu saya bahawa pada hari ini akan ada seorang ulama di sini.”

“(Sebenarnya) saya berasa berat hendak meluahkan dengan kata-kata yang betul.”

“Rakan sekerja saya itu telah menunjukkan beberapa filem dari ulama tersebut di dalam internet.  Saya tak pernah melihatnya sebelum ini…”

“Sebabnya bukan saya tidak tahu menggunakan internet.”

“Masalahnya ialah pada setiap laman web kita akan melihat banyak (wanita-wanita) yang bertelanjangan.”

“Tidak ada tempat yang boleh saya lihat/baca walau satu ayat al-Quran.”

“Bagaimana tuan mahukan saya hidup dalam keadaan terbimbing dalam keadaan dunia ini penuh dengan perkara-perkara tidak bermoral?!”

“Semuanya menjurus kepada yang haram!!!  Tiada pun yang dapat membimbing kita kepada perkara yang baik!”

“Semalam, saya baru sahaja mulai solat dan umur saya sekarang sudah pun 25 tahun!!!”

“Saya dah tak tahan dengan keadaan ini!”

“Dan saya bukanlah hanya seorang sahaja begini.  Ini adalah situasi saya yang saya ceritakan pada tuan…”

“(Dan) inilah adalah situasi ribuan lagi pemuda-pemuda di Morocco!!”

“Tuan bercakap tentang dosanya seorang pendakwah jika pendakwah itu mendiamkan diri dan tidak berdakwah kepada orang lain!”

“Apa pula akan jadi pada saya??  Apa yang akan saya bawa bersama saya pada Hari Akhirat nanti??”

“Apakah destinasi terakhir saya wahai tuan-tuan sekalian??!” 
 
Menginsafkan! 
 
ALLAHU AKBAR!  Nastaghfirullah!  Semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa pemuda ini dan menetapkan beliau di atas jalanNYA.  Buat kita semua juga, amin…

Betapa ramai di luar sana yang masih lagi terkapai-kapai dengan kemanisan dunia yang penuh kepalsuan.  Kebanyakan mereka bukan sengaja mahu berada di dalam situasi begitu.  Ada yang dibesarkan dalam persekitaran yang kurang baik, ketiadaan orang yang datang mengajak kepada kebaikan, godaan media dan rakan-rakan serta macam-macam lagi faktor.

Mereka mahukan kebaikan sebagaimana kita dan orang lain yang sedang mengecap kebaikan agama.  Mereka mahu!  Jauh di dalam lubuk hati mereka, mereka mahu.  Itulah fitrah manusia.

Walaupun video ini memaparkan luahan dan rayuan seorang pemuda kepada orang alim, namun kita yang bukan alim ini juga harus sedar dan turut ambil peranan untuk sama-sama membantu orang-orang di luar sana yang masih sibuk dengan keenakan dunia dan terlalu asyik sehingga lupakan agama.

Video ini telah mengetuk diri saya.  Saya harap ia mengetuk kalian juga.

Kerja kita banyak!  Mereka bukan sengaja mahu terus hidup dalam kesesatan.  Jumpailah mereka dan dakwahilah mereka!

Sebarlah kebaikan.  Perbanyakkanlah kebaikan.  Semoga kebaikan-kebaikan yang kita sebarkan bisa menyentuh hati-hati insan di luar sana mudah-mudahan.  Semoga ALLAH pelihara kita semua dengan hidayah dan taufiqNYA, amin…

PJK

SAYA pensyarah Kolej Matrikulasi di selatan tanah air yang bertugas sejak ia ditubuhkan. Untuk pengetahuan semua, syarat kemasukan menjadi pensyarah kokurikulum di Kolej Matrikulasi mesti berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan atau Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK).
Sesuatu yang menghairankan saya, bagaimana terdapat pensyarah baru bukan opsyen Sains Sukan atau PJK boleh di tempatkan di Unit Kokurikulum Kolej Matrikulasi?  Malah, terdapat juga pensyarah baru berkenaan tidak tahu langsung hal berkaitan sukan. 

Saya pelik bagaimana pensyarah baru mahu mengajar sedangkan mereka tidak tahu langsung hal sukan.



Saya berpeluang berbual dengan mereka, macam mana berminat memasuki matrikulasi?


Alangkah terkejut saya apabila diberitahu mereka masuk ke Kolej Matrikulasi disebabkan pelawaan orang tertentu di Bahagian Matrikulasi di Kementerian Pelajaran Malaysia hanya untuk memenuhkan kuota perjawatan DG 48 yang terdapat di kolej matrikulasi.

Persoalannya sekarang, kenapa perkara ini berlaku? Saya harap pihak berkenaan menjelaskan terutama pihak Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran berkaitan hal ini.

PENCINTA KMNS



sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/e-melanda_Pensyarahkokurikulumtiadapendidikansukan/Article/index_html

umah kubur ku

Oleh Mohamed Maliki Mohamed Rapiee


“RUMAHKU, syurgaku”. Itulah dua perkataan awal yang tercetus di fikiran penulis apabila mengungkap persoalan perumahan di negara ini. Setiap orang akan mengimpikan sebuah rumah mampu menjadi tempat perlindungan yang selamat, selesa dan lestari.

Malah, dalam banyak keadaan, rumah adalah ukuran kepada tahap sosioekonomi pemiliknya. Bagi sesebuah negara, ekologi perumahan juga boleh dijadikan ukuran tahap sosioekonomi dan pembangunan yang dilalui. 
Susun atur kawasan perumahan, jenis rumah dimiliki dan pilihan penggunaan bahan binaan juga sudah cukup jelas untuk kita membuat kesimpulan mengenai tahap sosioekonomi di sesuatu lokasi. Karakter sesuatu masyarakat mengikut ruang dan lokasi boleh dibaca dengan jelas melalui reka letak kawasan perumahannya.

Di Malaysia kita masih boleh menarik nafas lega kerana fenomena orang tinggal di bawah jejambat LRT atau di kaki lima bangunan masih dianggap kes terpencil dan di bawah kawalan. Jika ada pun pihak berkuasa tempatan seperti DBKL atau agensi penguat kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih mampu menangani masalah tersebut dengan baik.

Ia jelas berbeza dengan keadaan yang berlaku di negara tetangga Asean kita seperti Indonesia atau Filipina yang terperangkap dengan isu rakyat tidak berumah dan merempat di tepi jalan.

Masalah kian parah apabila jumlah rakyat kian bertambah dan terus sambung-menyambung untuk beberapa generasi. Fenomena sebegini adalah gambaran biasa yang terpaksa dilihat di kebanyakan negara yang membuktikan wujudnya pembangunan tidak seimbang menjadikan sesetengah masyarakat sebagai mangsa keadaan.

Rakyat yang tidak mampu memiliki rumah adalah kelompok masyarakat terkebawah.

Ruban Selvayanagam menulis dalam ruangan jurnal ‘Habitation for The Planet’ pada Januari lalu menyatakan analisis menyeluruh terhadap piramid perumahan menunjukkan bahawa tahap perumahan memuaskan adalah di luar kemampuan sebahagian besar majoriti rakyat di sesuatu negara. Lama-kelamaan ia akan mewujudkan jurang besar dalam kalangan rakyat.

Isu perumahan adalah isu lama membayangi permasalahan pembangunan seluruh dunia. Kelompok rakyat yang tidak mampu memiliki rumah juga adalah golongan rakyat yang terpaksa menelan kepahitan atas pelbagai tekanan hidup lain.

Ia ada kaitan langsung dengan isu pendapatan yang rendah, ketidakupayaan terhadap pengetahuan, hak dan undang-undang serta masalah perancangan keluarga.

Bagi sesebuah pentadbiran kerajaan (pusat dan negeri) pula, masalah perumahan rakyat adalah ukuran kepada kewibawaan serta keupayaan sesebuah pentadbiran menjalankan pembangunan yang mapan kepada rakyat.

Penulis melihat kini bibit-bibit masalah perumahan rakyat kian membesar di Malaysia. Aspek perumahan di negara kita bukan sekadar berkait rapat dengan hal keperluan tempat berlindung daripada hujan dan panas, namun yang lebih utama ialah menjadikan susun atur perumahan kita sebagai ruang sosial yang positif kepada rakyat untuk menyemai perasaan hidup bersama sebagai rakyat Malaysia.

Soal kaya miskin orang kita ada kaitan dengan rujukan kaum. Lebih jelas lagi ialah persoalan golongan Bumiputera yang rata-ratanya lemah pegangan ekonomi berbanding kaum Cina yang relatif lebih kuat dengan kuasa ekonominya. Bagi kaum India, juga perlu diberikan perhatian kerana generasi baru yang bertukar daripada latar belakang kelompok pekerja ladang kian berpindah ke bandar tetapi masih memiliki tahap ekonomi sederhana.

Sedangkan pemaju perumahan di negara ini menjalankan kerja dengan sikap kapitalis yang tulen. Mereka benar-benar berkiblatkan keuntungan. Pemaju sanggup berebut membayar harga tinggi bagi menguasai lokasi tanah yang strategik dan membina perumahan mewah.

Rumah mewah ini dijual kepada sesiapa saja yang mampu membelinya tanpa mengambil kira aspek keadilan sosial rakyat. Kerana itulah Rehda atau Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia pernah mencadangkan agar peraturan mewujudkan kuota Bumiputera bagi perumahan mewah ditiadakan memandangkan banyak perumahan jenis mewah tidak terjual kepada golongan sasaran.

Ini adalah contoh tindakan pemaju perumahan yang sengaja menutup mata dan tidak memahami struktur sosial masyarakat Malaysia. Mengapa pemaju lebih berminat membina perumahan mewah sedangkan keperluan sebenar masyarakat kita adalah rumah jenis sederhana dan rendah?

Jangan jadikan dorongan pasaran sebagai alasan. Sebenarnya pemaju mencipta realiti palsu ini dengan menyasarkan pembeli yang hanya memiliki wang tetapi bukan pengguna yang sebenar.

Pembinaan perumahan mewah hanya akan menarik pembeli luar negara yang menikmati nilai tukaran wang yang tinggi dan menunggu masa nilai tersebut naik di pasaran dan menjualkan semula.

Akhirnya rumah mewah sekadar menjadi bahan tukaran jual beli golongan kaya. Kos bahan mentah juga meningkat kerana permintaan tinggi untuk pembinaan.

Kesannya harga rumah sederhana rendah juga meningkat. Mangsa sebenar adalah golongan sederhana rendah yang tak terkejar dengan harga rumah yang tidak munasabah.

Penulis sendiri hanya mampu menyewa sebuah rumah teres dua tingkat lima bilik sebanyak RM1,100 sebulan di Gelugor Pulau Pinang (rumah asal, tiada perabot dan tiada naik taraf). Hasrat hati untuk membeli rumah tersebut yang kini nilainya mencecah hampir RM700,000 masih belum terlaksana kerana tuan rumah keberatan.

Mungkin beliau ingin tunggu sehingga harganya mencecah RM1 juta menjelang 2020! Sedangkan rumah jenis yang sama di kampung halaman penulis di Batu Pahat, Johor tidaklah sampai RM300,000.