Isnin, 30 April 2012

Read with mind


Lelaki ini sedang menerajang motosikal polis

Lelaki ini juga yang menangkap peserta BERSIH

Sedikit demi sedikit bukti penyamaran polis terdedah. Sesiapa yang mengenali polis ini, sila dedahkan namanya, akaun facebooknya (jika ada) dan berkhidmat di IPD mana.

Dan yang paling penting, bantuan diperlukan untuk mendedahkan gambar lelaki tidak siuman yang menaiki bumbung kereta polis dan menghentaknya. Jika Datuk Zaharin dari UMNO Bandar Tun Razak maklumkanhampir 2 ribu polis yang menyamar menjadi peserta Bersih untuk menimbulkan huru hara dan provokasi, maka tidak pelik kalau lelaki tidak siuman yang menaiki kereta polis dan menghentaknya juga seorang polis!

Akbar-akhbar seperti mana dijangka, mengatakan perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara akan berakhir dengan keganasan. Akhbar akan menyalahkan tindakan peserta perhimpunan itu yang bertindak ganas dan biadab bukan sahaja dengan merempuh sekatan polis malahan turut menyerang serta memukul sehingga menyebabkan 11 anggota pasukan keselamatan cedera.

Ini berita ditokok tambah 

Tapi apa sebenarnya

PJJ


SAYA ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca mengenai masalah dihadapi pasangan akibat perkahwinan jarak jauh. Saya dan suami berkahwin pada awal 2009. Saya pekerja swasta di Seri Iskandar, Perak, manakala suami pula anggota polis yang bertugas di Cheras.

Selepas berkahwin, suami membuat permohonan untuk bertukar ke Perak. Selepas menanti sekian lama, tiada sebarang jawapan diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai permohonan itu. Pada awal tahun ini, suami sekali lagi membuat permohonan dan hingga kini, hampir lima bulan berlalu, masih tiada sebarang jawapan.

Saya berasa amat sedih kerana tidak dapat menikmati kehidupan berumah tangga seperti pasangan lain.

Sebaik saja berkahwin, saya ditinggalkan suami keseorangan dan kemudian ditinggal berdua dengan anak. Kini kami ada dua cahaya mata. Kami terpaksa berkorban dengan masing-masing menjaga seorang anak dengan yang sulung berusia dua tahun dua bulan dijaga suami di Cheras, manakala saya membesarkan anak kedua berusia lima bulan.

Cuba anda bayangkan, bagaimana perasaan ibu apabila terpaksa berjauhan dengan anak yang dibesarkan sejak kecil? Rindu teramat rasanya. Tambah pula, apabila suami tidak dapat pulang berikutan terpaksa bertugas pada hujung minggu.

Masalah ini bukan saja membabitkan hubungan suami isteri dan hubungan dengan anak, malah banyak perkara termasuk dari segi kewangan yang banyak dihabiskan untuk perjalanan setiap kali pulang ke Perak. Kami bukanlah orang senang dan tambahan pula suami menghidap gastrik.

Hidup kami tak ubah macam pasangan yang sudah bercerai kerana terpaksa membuat haluan masing-masing dan ini sedikit sebanyak menjejaskan kualiti kerja kami yang seterusnya memberi kesan pada emosi anak-anak kelak.

Kami sering bertengkar apabila isu mengenai permohonan perpindahan ini dibangkitkan. Saya melalui pengalaman dua kali bersalin tanpa suami di sisi. Saya gagahkan diri pergi sendiri ke hospital dan alhamdulillah, saya dan anak selamat.

Tolonglah, semua ini amat menyeksa jiwa saya. Saat yang tidak saya lupakan apabila anak sulung menghidap demam panas sehingga kejang. Saya bagaikan mahu gila dan panik kerana tidak tahu berbuat apa-apa tanpa suami di saat itu. Nasib baik, ada jiran yang membantu.

Persoalannya, sampai bila saya harus menunggu? Adakah tiga tahun lagi atau sehingga saya tidak mampu mempertahankan rumah tangga yang dibina ini dengan membawa haluan masing-masing? Atau bila saya sudah tidak ada di muka bumi ini, baru surat kelulusan ‘Tahniah! Suami Anda Berjaya Berpindah Ke Perak’ baru sampai kepada saya.

Saya memohon jasa pihak PDRM supaya pertimbangkan nasib saya dan pasangan yang lain agar kami dapat menikmati kehidupan aman damai macam pasangan yang lain.

Saya tidak tahu lagi bagaimana usaha yang perlu saya buat untuk membolehkan suami dipindahkan ke Perak bagi memberi peluang kepada kami untuk hidup seperti pasangan normal lain.

SHAHIRA Seri Iskandar, Perak

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kisah 2


SAYA ingin berkongsi pengalaman yang hampir sama dengan Shahira dari Seri Iskandar, Perak, yang disiarkan dalam ruangan ini minggu lalu.
Saya juga seorang isteri kepada anggota polis yang kini bertugas di utara tanah air sedangkan saya dan anak-anak menetap di Selangor.
Permohonan pertukaran suami saya dibuat beberapa tahun lalu, tetapi masih tiada jawapan.

Bukan kata akan dipertimbangkan, satu laporan atau maklum balas pun tiada daripada pihak atasan mahupun pengurusan.


Kami juga menghadapi masalah dari segi kewangan berikutan jarak yang jauh menyebabkan banyak perbelanjaan dikeluarkan untuk suami menjenguk kami di kampung.

Di samping itu, saya juga berdepan masalah ibu bapa yang uzur yang perlu perhatian.

Permohonan pertukaran ini bukannya dibuat untuk suka-suka, sebaliknya atas masalah yang membelenggu keluarga kami.

Saya berasa amat sedih dan terkilan kerana suami berjauhan dengan anak-anak dan orang tua yang semakin uzur.

Hendak berulang dua minggu sekali atau sebulan sekali juga amat membebankan.

Pertengkaran dan pergaduhan sudah menjadi lumrah dalam rumah tangga kami apabila saya mengutarakan permohonan mengenai pertukaran tempat kerja kepada suami.

Hal ini menyebabkan jiwa saya tertekan dan kesabaran kian terhakis.

Sampai bila saya dan anak-anak harus menunggu?

Hidup kami juga tidak ubah seperti pasangan yang bercerai, buat haluan masing-masing.

Kualiti kerja saya juga semakin merosot kerana semuanya diuruskan sendiri.

Jika permohonan pertukaran suami saya dibenarkan, ia bukannya menjadi masalah besar kerana dia masih boleh berkhidmat untuk negara.

Saya memohon jasa baik baik Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya dapat mempertimbangkan permohonan pertukaran suami saya ke Selangor.

Saya bukannya meminta terus ditukarkan ke halaman kampung, tetapi sekurang-kurangnya ke negeri yang dipohon.

Kami juga mahu hidup bahagia seperti pasangan normal yang lain.

DARWIESYAH
Sabak Bernam, Selangor

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kisah 3


SAYA membaca kisah Shahira yang menyatakan bahawa beliau terseksa kerana kahwin jarak jauh dan kecewa kerana permohonan pertukaran suaminya tidak dipertimbangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sebagai seorang insan yang bertanggungjawab dan melalui situasi yang agak sama dengan Shahira, saya tampil untuk berkongsi pengalaman sendiri.
Saya seorang kakitangan kerajaan dan seorang isteri kepada seorang anggota polis yang bertugas sebagai jurufoto jenayah di Kedah.

Walaupun kami tinggal bersama, kami seolah-olah pasangan suami isteri jarak jauh.


Antara sebab yang saya katakan kami sebagai suami isteri jarak jauh adalah kerana kerja suami saya tidak tentu masa berikutan hari cuti pun suami saya akan dipanggil untuk menjalankan tugas.

Suami bukanlah orang yang tidak bertanggungjawab, tetapi atas desakan kerja, suami saya terpaksa abaikan isteri dan anak.

Berikutan masalah kerjanya yang tidak tentu masa dan kami sering ditinggalkan, pergaduhan sering kali terjadi kerana ketidakpuasan hati kerana bebanan tugas terlampau berat.

Saya akui bahawa sebagai penjawat awam, kami perlu bagi komitmen selaras dengan kenaikan gaji yang diterima baru-baru ini.

Tetapi bebanan tugas yang diterima suami tidak setimpal kerana alasan yang digunakan adalah kekurangan kakitangan di pejabat.

Sedangkan, dalam masa sama, kakitangan lain bersenang lenang di rumah bersama anak isteri, tetapi saya sendiri jarang bertemu dengan suami kerana bebanan tugas.

Tolonglah PDRM, jagalah kebajikan kami. Saya ingin merasakan bahagia bersama suami seperti orang lain.

NADIA
Kedah



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kisah 4


SAYA terpanggil untuk turut memberi pendapat dan luahan rasa mengenai kahwin jarak jauh seperti Nadia dan Syahira yang disiarkan dalam ruangan ini minggu lalu.
Saya juga isteri kepada anggota polis dan suami sekarang berkhidmat di Sabah.
Saya mengakui pergaduhan kerap terjadi apabila mengutarakan hal pertukarannya ke Semenanjung.

Saya masih boleh bersabar dan enggan mendesaknya.


Apabila mendesak inilah yang menjadi punca pertelingkahan kami.

Saya tidak mengharapkan dia dapat ditukarkan ke daerah yang sama dengan saya, tetapi amat bersyukur jika dia dipindahkan ke Semenanjung dan saya boleh berusaha supaya berada dekat kami sekeluarga.

Saya amat berharap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), meletakkan rasa belas ihsan kerana terlalu sukar untuk membuat pertukaran sedangkan suami sudah membuat permohonan beberapa kali.

Bagaimana dia mahu melaksanakan tanggungjawab terhadap isteri dan anak serta ibu bapa jika berada terlalu jauh daripada keluarga?

Banyak kos yang terpaksa kami belanjakan memandangkan jarak yang begitu jauh untuk balik dan menziarahi keluarga.

Bayangkan pula jika keadaan terdesak atau masalah kesihatan yang dihadapi bapa suami yang mendesaknya membeli tiket serta-merta.

Saya bekerja di sektor swasta dan jika ada cawangan di Sabah, sudah tentu saya yang akan minta ditukarkan.

Namun, jika berhenti kerja dan mengikutnya, bagaimana dengan persekolahan anak dan kesihatan ibu bapa yang tidak mengizinkan?

Ia bukan perkara suka-suka kerana suami sudah berkhidmat di Sabah selama lapan tahun dan masih tidak dapat membuat pertukaran.


SHAIDA
Senawang,
Seremban



Ahad, 29 April 2012

tikus kucin

lanh14.blogspot.com

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Renungan  "Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (Hadis laporan Muslim)

GAMBARAN ini sesekali berlaku - di pejabat bos mendera pekerja, apabila balik rumah si pekerja melepaskan geram kepada isteri, si isteri pula memarahi anak, si anak pula menendang kucing dan kucing pula membalas dendam dengan 'mempermain-mainkan' tikus.


Mungkin pembaca pernah menyaksikan adegan kucing menggigit dan 'menampar-menampar' tikus; nampak sangat ia bukan hendak makan sangat tikus itu tetapi hanya untuk 'bermain-main'. Kucing pun tahu 'keseronokan' melihat mangsanya 'terkapai-kapai', berusaha untuk menyelamatkan nyawanya. Jika kucing pun tahu mendera mangsanya, apatah lagi dapat dikatakan terhadap sesetengah manusia yang 'berperangai macam binatang'. 

Demikian adat permainan dunia, yang kuat menindas yang lemah, yang lemah menindas yang lebih lemah dan yang lebih lemah menindas yang terlalu lemah. Adalah lumrah orang berkuasa menindas orang tidak berkuasa dan orang kaya menindas orang miskin. 

Dalam rumahtangga, ada ibu bapa yang mendera si anak, sehingga ada kes menyebabkan kematian si anak. Anak yang tidak mengerti apa-apa, dicucuh dengan puntung rokok, disimbah air panas dan aneka penderaan lain. Ada pula suami mendera isteri dan yang lebih takjub, ada isteri mendera suami. 
Di peringkat antarabangsa pula, negara kaya menindas negara miskin. Tidak menghairankan jika ada negara berkuasa 'membuli' negara lemah. Dan bukanlah sesuatu yang luar biasa jika negara berkuasa dan kaya berpadu tenaga untuk terus berkuasa.

Ketika ini negara kaya dunia berpadu tenaga dalam Kumpulan Lapan (G-8) manakala negara miskin gagal bersatu kerana kebanyakannya 'gemar mengampu' negara berkuasa dan kaya kerana berpendapat itulah satu-satu jalan kesinambungannya (survival). 

Demikianlah manusia dan tamadunnya berpaksi kepada hukum rimba. Jika pemimpin dunia termasuk dari negara kita, mengutuk kezaliman yang berlaku di luar negara, sewajarlah mereka menoleh ke belakang, melihat apa pula yang telah mereka lakukan terhadap orang lemah yang berada dalam tangan (kekuasaan) mereka. 

Jika pemimpin negara mencemuh kezaliman belahan lain dunia seperti di Myanmar (Burma), Iraq dan Afghanistan, mereka mesti bersedia pula untuk mengutuk diri kerana melakukan kezaliman di negara sendiri. 
Pendedahan mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk anak isteri mereka tidak lama dulu, adalah bukti penderaan yang dilakukan ke atas insan-insan lemah. 

Tetapi sesuatu yang pasti mengenai kehidupan ini ialah ia ibarat roda. Ada kalanya satu bahagian roda itu berada di atas dan pada ketika yang lain pula, ia berada di bawah. 

Seorang manusia itu tidak sentiasa akan kuat dan berkuasa. Yang muda akan tua, yang berkuasa akan lemah - semuanya menuju kemusnahan. Yang kuat dan berkuasa tadi akan menerima pembalasan masing-masing.
Orang yang mendera anaknya ketika si anak masih kecil, akan didera pula pada masa tuanya. Mungkin yang mendera itu si anaknya sendiri.

Pemimpin yang melakukan kezaliman lambat-laun akan menerima pembalasannya. Ramai pemimpin ternama dan berkuasa dunia mati dalam keadaan penuh penghinaan. Pada zaman purba, nama-nama seperti Firaun, Hamman dan Qarun dicatatkan dalam al-Quran. 

Pada zaman moden ini, ramai pemimpin gah, mengakhiri kehidupan penuh penghinaan. Antaranya diktator Ferdinand Marcos, Idi Amin dan Shah Reza Pahlavi. 

Tetapi insan dizalimi mati penuh penghormatan. Nama mereka terus subur, seolah-olah masih hidup di kalangan insan. Antara yang mencatat sejarah sedemikian ialah Syed Qutb, Hassan al-Banna, Hamka dan Maududdi. 
Ada peribahasa berbunyi, apa yang ditanam itulah yang akan dituai. Jika kezaliman yang ditanam, kezalimanlah yang akan diterimanya, jika kasih sayang ditanam, kasih sayanglah yang akan dituai. 

Sehubungan itu, diingatkan pada diri sendiri dan pembaca sekalian supaya muhasabah diri. Usahlah asyik menuduh orang lain zalim, sedangkan kita menzalimi diri sendiri - selepas mati tidak mungkin kita dihidupkan semula untuk menebus dosa kezaliman kita.

foto describe all

















Ya Allah Peliharalah orang yang beriman!

Statement saudara Zaharin, Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak mengesahkan lagi polis terlibat menyamar kumpulan BERSIH dengan tujuan membuat provokasi dan hura-hara juga kacau bilau di Himpunan AMAN Duduk dan Bantah KL 428.. Membodohkan orang, dalam tak sedar membodohkan diri sendiri di khalayak.. Macam la BERSIH tak tahu yang mula merempuh pagar di Dataran tu geng2 diorg..


http://www.facebook.com/zaharin.m.yasin?sk=wall


Lihat pula gambar-gambar dibawah yang boleh merungkaikan siapa yang sebenarnya yang mencetuskan huru-hara pada Bersih 428 tersebut.. 



Lihat juga video SB yang membuat provokasi kantoi....




Sungguh sayang apabila pihak polis mengetahui dan berbangga dengan sejarah penubuhannya oleh penjajah kafir tetapi tidak mengetahui bahawa struktur kepolisan sesungguhnya telah pun wujud dalam Islam sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Malah struktur polis wajib didirikan atas dasar Islam, bukannya sebagai kesinambungan dari struktur warisan penjajah!!!

http://laksamanabukitbintang.blogspot.com

Tak nak masuk NERAKA!!!

Tok Janggut
Himpunan Bersih 3 sudah pun selesai dengan jayanya. Dianggarkan lebih 200,000 orang yang menyertainya. Namun, himpunan yang pada mulanya aman dan akan bersurai dengan aman juga di ganggu oleh polis suruhan UMNO dengan tembakan gas pemedih mata, simbahan air asis, tangkapan yang disertai dengan sepakterajang dengan cara ganas seolah-olah yang melakukanya bukan dari kalangan manusia yang berbangsa Melayu dan menganut agama Islam tetapi lebih dahsyat dari haiwan dan mempunyai persamaan dengan tindakan puak zionis laknatullah.

Apa perlunya polis bertindak seperti itu? Sudah hilangkah rasa kemanusiaan, belas kasihan, rasa kasih, rasa simpati dan rasa sayang terhadap rakyat yang datang dengan aman, tanpa senjata, tanpa provokasi tetapi dengan tujuan untuk meminta Pilihanraya Bersih, ingin menyelamatkan negara dari dikuasai oleh rakyat asing yang akan mengundi. Mereka datang membawa isteri dan anak-anak kerana mereka tiada niat jahat apatahlagi untuk mencetuskan huruhara. 

Mereka datang dengan rasa gembira dapat berkumpul dengan rakyat se negara tetapi dari negeri lain, daerah berasingan dan dapat berkenalan dan sama-sama meluahkan perasaan dan berbincang dalam keadaan mesra. Tetapi mereka telah dilayan dengan ganas dan zalim dari sebuah isntitusi penguatkuasa yang diharapkan dapat menjaga keselamatan rakyat tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Mereka tunjuk kuasa dan dengan dengan penuh kesombongan menyerang rakyat tanpa ada rasa bersalah dan ebrdosa semata-mata kerana diarahkan oleh penguasa yang zalim dan ganas.

Sepatutnya polis tidak diperlukan datang ke perhimpunan itu. Unit kawalan yang ditubuhkan oleh Bersih 3 sudah lebih dari cukup untuk mengawal keadaan lalulintas dan keselamatan perserta bersih 3 itu. Oleh kerana tunduk dengan arahan penguasa zalim, maka berkumpulah semua unit polis di situ dengan tujuan untuk melakukan keganasan, mencetuskan huruhara sehinggakan berlaku penculikan seorang kanak-kanak di jalan Kiara kerana polis sibuk dengan himpunan bersih 3 demi untuk menyelamatkan air muka dan kuasa penguasa yang zalim. Polis sepatutnya tidak perlu datang dan turut campur dalam himpunan ini. Ini bukan himpunan anjuran UMNO yang penuh dengan keganasan, samseng dan gangster.

Bagaimana agaknya jika tindakan ganas polis ini dilakukan terhadap NGO yang Pro UMNO seperti Perkasa, Tibai, Pekida dan yang lain-lain itu? Yang pastinya, selain ramai polis yang mati dan paling ramai yang duduk di wad ICU. Tetapi ini tidak berlaku di himpunan anjuran pihak pembangkang atau NGO yang anti UMNO/kerajaan. 

Walaupun dibelasah, diterajang, dipijak, dipukul, ditembak gas dan air asid, mereka hanya lari menyelamatkan diri. Cuba bayangkan juga dengan jumlah puluhan atau ratusan ribu peserta Bersih 1,2 dan 3 ini membalas atau menyerang semula polis yang tidak sampai pun 5,000 atau 10,000 orang pun jumlahnya itu, apa yang akan terjadi agaknya di pihak polis? Tetapi ini tidak berlaku kerana mereka juga kesihan melihat polis-polis yang di lembukan oleh UMNO itu. 

Tetapi polis tidak berfikiran sebegitu. Kalau peserta bersih bertindak balas seperti apa yang dilakukan terhadap mereka, mampukah polis mempertahankan diri mereka sendiri? Takat mana peluru yang mereka ada? Bagaimana anak-anak isteri yang menunggu di rumah? Sedangkan ketua-ketua mereka, penguasa, pemimpin negara yang mengarahkan mereka bertindak ganas itu duduk enak di sofa di rumah makan dan minum gembira bersama keluarga mereka manakala anak-anak mereka ke hulu ke hilir dengan kereta mewah dan memiliki wang yang banyak dan berulang alik melancung ke luar negara. Apa yang polis dapat? Caci maki, hinaan, celaan kutukan dan yang paling besar sekali dosa kezaliman yang mereka lakukan itu akan dijawab depan Allah kelak. Anak-anak mereka di sekolah, di universiti menjadi sindiran kawan-kawan sehingga menjadi tertekan perasaanya. Isteri malu berdepan dengan emak, ayah dan keluarga di kampung kerana perbuatan suaminya yang diluar batasan seorang manusia yang berikan akal dan iman oleh Allah.

Punca utamanya berlakunya himpunan samada bersih 1, 2 atau 3 adalah UMNO dan SPR. Mereka ini bertanggunjawab ke atas apa yang berlaku ini. Kezaliman dan penipuan mereka adalah punca mengapa rakyat bangkit demi untuk menyelamatkan negara tercinta ini dari tergadai ke tangan rakyat asing oleh UMNO kelak.

Apa pun yang pastinya, apabila kerajaan/pemimpin/penguasa sesebuah negara itu zalim, maka semua agensi dibawahnya akan turut menjadi zalim. Apabila kerajaan/pemimpin/penguasanya mengamalkan rasuah, menipu, menindas dan merompak harta negara maka semua agensi di bawahnya akan mekalukan perkara yang sama juga. Ia bermula dari atas, maka yang di bawah akan mengikutnya sama. Itulah sebabnya Islam mensyaratkan untuk memilih dan melantik pemimpin mesti dari kalangan yang beriman dan bertaqwa, maka semua pihak dibawahnya termasuk rakyat akan menjadi golongan taqwa juga. 

Taqwa tidak akan wujud dikalangan penguatkuasa undang-undang dalam negara dan di kalangan rakyat sekiranya UMNO masih berkuasa dan menjadi penguasanya. Yang pastinya sifat kebinatangan dan keiblisan yang akan berterusan bermaharajalela dalam negara. Sudah berpuluh tahun rupanya kita diperintah oleh sebuah kerajaan yang menang pilihanraya dengan cara menipu dan tidak peliklah jika kerja mereka pun hanya sentiasa untuk menipu rakyat. Kerajaan penipu, SPR pun penipu dan mahkamah pun penipu. Akhirnya rakyat percaya dengan perkara yang "tipu" dan menolak perkara yang "benar". Itu sebabnya setiap hari rakyat ditipu oleh TV dan akhbar yang pro UMNO, tetapi tetap mengatakan itulah yang benar. Bos penipu ialah syaitan dan iblis. Maka ramailah kini menjadi pengikut kedua makhluk yang dilaknat itu. Fikirkanlah. 

Sabtu, 28 April 2012

Akhirat yang utama

Oleh: setisab

"Thomas Sowell, warga kulit hitam Amerika dalam bukunya, "Preferential Policies: An International Perspective" (1990), telah menjalankan kajian di negara India, Nigeria, Sri Lanka, Amerika Syarikat dan Malaysia berkaitan dengan hak minoriti dan diskriminasi. Beliau berkata orang Cina di Malaysia sungguh bernasib baik jika dibandingkan dengan orang Cina di negara lain.

Sebagai kaum yang bukan majoriti, Cina Malaysia masih dapat diterima oleh kaum majoriti Melayu. Sebabnya pendirian tegas orang Cina di dalam soal pendidikan dan ekonomi di samping sikap orang Melayu yang mudah bersimpati.

Dalam senyap-senyap sebenarnya orang Cina berkehendakan persamaan hak dan keistimewaan di negara ini. Mereka mahu pemberian lesen, kuota perniagaan dan agihan saham mestilah sama rata tanpa mengira kaum. (
Kenyataan penuh di sini)

Apabila membaca buku karya Lynn Pan berjuduk "Son of the Yellow Emperor : The Story of the Overseas Chinese" (1990), beliau menceritakan tentang sejarah berjuta rakyat China yang sanggup meninggalkan negara China dengan penuh harapan untuk mencari impian penghidupan baru yang lebih baik di luar negara mereka. Malangnya impian indah menjadi mimpi ngeri dan sengsara yang sitanggung bukannya disebabkan oleh penduduk asal negara yang mereka berhijrah, tetapi disebabkan penjajah Barat yang menjajah di negara tersebut seperti orang Sepanyol di Filipina, orang Belanda di Pulau Jawa, orang British di Malaya dan orang Amerika di California.

Apabila melihat masih ada lagi rusuhan kaum yang berlaku di dunia kini termasuk di negara maju, orang Cina di Malaysia sepatutnya bersyukur menjadi warganegara Malaysia. Perlu juga diakui bahawa negara ini adalah yang terbaik untuk diduduki dan kerajaan telah berjaya mentadbir dengan cekap dan berhemah.

Sebelum Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1971, tanggapan usahawan Cina terhadap orang Melayu adalah negatif dalam membicarakan tentang perniagaan. Mereka kerap menganggap "Melayu tidak pandai berniaga", Melayu hanya tahu belanja tanpa fikir untung", dan "Melayu malas bekerja".

Pada peringkat awal DEB, usahawan Cina sudah mula membuka sedikit ruang perniagaan kepada orang Melayu. Tetapi kehadiran orang Melayu lebih kepada tidak boleh dipercayai, dan usahawan Cina mula mengatakan usahawan Melayu "sudah lebih", "Melayu kedekut", dan "mereka suka rasuah". Mereka mula iri hati apabila penyertaan Bumiputera lebih terarah dengan bantuan kerajaan. Mereka beranggapan usahawan Melayu tidak boleh berjaya dengan sendirinya tanpa bantuan usahawan Cina.

Cuba kita bayangkan jika DEB tidak diperkenalkan?. Apakah mungkin orang Cina dapat selesa seperti sekarang?. Walaupun ramai yang menentang DEB selama 20 tahun itu, tetapi ia sebenarnya meningkatkan penguasaan orang Cina dalam perniagaan di dalam suasana aman. Jika tidak kerana kebijaksanaan pemimpin kerajaan dan cendikiawan ekonomi orang Melayu yang merancang DEB, nescaya marak 13 Mei masih berlanjutan dan mungkin mengakibatkan orang Cina tawar hati untuk berniaga kerana huru hara.

(Rujuk tulisan Kerajaan RakyatAnwar Ibrahim Bohong) Jika anda berada di dalam sebuah syarikat perniagaan Cina, perkara wang suapan atau memberi rasuah adalah perkara biasa sebenarnya. Untuk merealisasikan suatu transaksi perniagaan, usahawan Cina kerap memberi wang suapan kepada seseorang. Penerima suapan tidak mengira agama, bangsa, pangkat dan darjat. Ini bermakna pada mereka sesiapa sahaja yang berkaitan dengan perniagaan mereka, wang suapan atau "duit kopi" adalah suatu kemestian. Adakah ini budaya mereka dan siapakah pengajar rasuah sebenarnya terutama dalam perniagaan?.

Tanpa toleransi dan muhibah dari orang Melayu, tidak mungkin orang Cina dapat bekerja kuat untuk mengembangkan perusahaan dan perniagaan dengan cukup baik dan menempa kejayaan dalam perniagaan mengatasi orang Melayu.

Orang Cina juga berharap soal politik negara antara Melayu dan Cina sepatutnya sama rata dan tiada keistimewaan hak. Ada segelintir yang tertekan dan kecewa dan berhijrah ke luar negara kononnya ingin mencari kebebasan dan persamaan hak. Malangnya mereka juga ditindas dengan lebih teruk terutamanya yang berhijrah ke Australia dan Canada. Di dalam negara pula mereka terpaksa berdiam diri kerana mereka lebih mementingkan faktor wang dan perniagaan. Atas alasan mereka inilah Malaysia stabil perpaduan kaumnya.

Jika kita melihat orang Melayu menjadi pemandu kepada seorang jutawan Cina, itu perkara biasa. Tetapi jika kita melihat orang Cina menjadi pemandu kepada orang Melayu, itu sangat luar biasa. Bagi orang Cina ini amat mustahil boleh terjadi kerana mereka telah ada pegangan di dalam diri mereka yang sudah disemai sejak kecil bahawa orang Melayu tidak layak menjadi "tuan" mereka. Itu sebabnya pekerjaan di sektor awam, polis dan tentera amat kurang sekali orang Cina bekerja. Tetapi di negara pemerintahnya kaum mereka, seperti Singapura, tidak timbul pula masalah bekerja di sektor awam, malah pekerjaan di sektor awam Singapura paling mendapat sambutan apabila ada kekosongan.

Colin Abraham, bekas Profesor Bersekutu Sosiologi, Universiti Sains Malaysia, dalm satu kertas kerjanya bertajuk " Immigrant Chinese Society ", berkata, orang Cina di Malaysia sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan keistimewaan dan dan keutamaan kepada Bumiputera dalam pelbagai sektor ekonomi negara kerana hasilnya orang Cina juga mendapat peluang perniagaan walaupun terdapat dakwaan projek di Ali Baba kan oleh orang Melayu. Ini kerana budaya perniagaan Cina tidak memikirkan sangat siapakah yang mendapat peluang, asalkan mereka juga mendapat peluang dari orang Melayu dan yang penting untung.

Dalam senyap-senyap sebenarnya orang Cina berkehendakan persamaan hak dan keistimewaan di negara ini. Mereka mahu pemberian lesen, kuota perniagaan dan agihan saham mestilah sama rata tanpa mengira kaum.

Budaya Cina lebih bersikap terbuka apabila ditimbulkan isu politik dan ekonomi. Orang Cina akan bersifat defensif dan merasakan lebih baik jangan diberi peluang dan ruang walaupun seinci kepada orang Melayu, jika tidak Melayu akan mengambilnya semua. Itulah sebab isu sekolah aliran Cina begitu dipertahankan dan mereka bersatu menangani isu ini. Merasakan kedudukan mereka tergugat, mereka lebih mengukuhkan bangsa mereka melalui faktor budaya.

Thomas Sowell, warga kulit hitam Amerika dalam bukunya, "Preferential Policies: An International Perspective" (1990), telah menjalankan kajian di negara India, Nigeria, Sri Lanka, Amerika Syarikat dan Malaysia berkaitan dengan hak minoriti dan diskriminasi. Beliau berkata orang Cina di Malaysia sungguh bernasib baik jika dibandingkan dengan orang Cina di negara lain. Sebagai kaum yang bukan majoriti, Cina Malaysia masih dapat diterima oleh kaum majoriti Melayu. Sebabnya pendirian tegas orang Cina di dalam soal pendidikan dan ekonomi di samping sikap orang Melayu yang mudah bersimpati.

Orang Cina pun ada juga dilema kaumnya. Mereka mengakui hakikat Melayu memang ada kelebihan dan keistimewaan sebagai Bumiputera dan mereka juga patuh kepada perlembagaan negara. Akan tetapi mereka menganggapkan sektor ekonomi adalah seperti gelanggang terbuka. Jika terlampau ramai sangat yang mengganggu permainan di gelanggang tersebut, akan mengakibatkan pemain-pemain tawar hati yang akan mengakibatkan gelanggang itu tinggal kosong.

Mereka juga takut politik orang Melayu bersatu di bawah satu parti sahaja. Ini akan mengakibatkan tekanan kepada orang Cina yang akan mengecilkan suara mereka di dalam kerajaan. Jika UMNO, PAS dan Keadilan bersatu, mereka cukup takut sekali. Penyelamat dilema mereka (bangsa Cina) ini sebenarnya adalah UMNO, parti orang Melayu yang terbesar.

Satu kajian oleh United State Institute of Peace bertajuk "Minorities at Risk : A Global View of Ethnopolitical Conflicts (1993), telah dijalankan terhadap 200 orang ahli politik di seluruh dunia berkaitan diskriminasi golongan minoriti dalam sektor ekonomi. Penilaian dibuat dengan skala empat mata. Satu mata menunjukkan paling teruk diskriminasi dan empat mata menunjukkan tiada diskriminasi dan perpaduan tinggi.

Kajian tersebut menunjukkan orang Cina Malaysia mendapat 4 mata dan Melayu Singapuramendapat 2 mata. Penjelasan untuk orang Cina Malaysia ialah polisi kerajaan yang cemerlang disamping agihan dan peluang ekonomi yang seimbang yang boleh dinikmati oleh semua kaum. Manakala Melayu Singapura pula, tiada amalan perpaduan dan sosial antara kaum dan juga tiada polisi kerajaan untuk membantu golongan minoriti terutamanya peluang ekonomi.

Fikirkanlah keistimewaan Cina dibawah negara majoriti Melayu dan bandingkanlah dengan apa yang terjadi kepada Melayu yang menjadi minoriti di negara majoriti Cina.

Ye Lin-Sheng dalam bukunya " Cultural Crossing", (East West Publising Australia - 2003), memberi pendapat orang Cina Malaysia sememangnya ada dilema. Apabila mereka berada di luar negara, mereka akan mengaku bahawa mereka orang Malaysia dan sebagai orang Cina menjadi petunjuk kedua. Tetapi di dalam negeri, mereka mengutamakan dan lebih-lebih mengaku mereka orang Cina dan sebagai orang Malaysia menjadi petunjuk kedua.

Kata-kata seperti "Melayu Tolong Melayu", "Melayu Perlu Contoh Kaum Cina", dan "Melayu Sukar Tolong Melayu" sebenarnya telah menonjolkan lagi kelemahan orang Melayu jika hendak dibandingkan dengan orang Cina. Kadang-kadang dalam perniagaan perlu diketepikan seketika sopan santun dan faktor simpati. Kita kena garang dan "berhati kering" jika kita tidak mahu orang tolong kita.

Malukah atau suatu kesalahan besarkah jika kita dengan tegas berkata Melayu juga pandai berniaga tanpa pertolongan sesiapa dan sebab itulah kaum Cina dalam dilema jika orang Melayu tidak membantu mereka. Hebat tak orang Melayu?."