Selasa, 3 Julai 2012

Allah dihati :)


Catatan & penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah.

Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin

Aku tersesat di sebuah hutan belantara.
Aku adalah satu-satunya mangsa kapal terbang yang terhempas yang terselamat & masih hidup. 

Apabila aku menyedari bahawa hanya aku seorang yang terselamat & berada seorang diri di hutan yang tebal & terpencil itu, aku berdoa kepada Allah tanpa rasa jemu & ragu pada setiap hari, setiap saat, setiap detik & setiap ketika agar ada yang menyelamatkan pada suatu hari nanti. 

Di samping itu, aku tidak putus-putus meninjau sekitar hutan yang tidak berpenghujung itu dengan harapan ada insan yang lalu & dapat menyelamatkan. Namun, segala harapanku hanya tinggal harapan. 

Akhirnya aku membina sebuah pondok kecil di tepi sungai sebagai tempat berteduh daripada sebarang ancaman binatang buas yang berbahaya & berlindung daripada dinginnya bayu di malam hari. 

Suatu hari, aku meredah di tengah-tengah hutan untuk mecari sesuap makanan. Sebaik pulang, aku mendapati pondokku hangus terbakar dijilat api yang marak. Tiada apa yang tinggal kecuali abu hitam & asap berkepul-kepul naik ke langit. 

Aku terduduk merenung nasib. Merenung nasib yang malang, aku mula mempersoalkan takdir malang yang menimpa diriku. 

“Kenapalah nasib aku begitu malang sekali? Kenapalah Allah uji aku sampai ke tahap ini? Kenapa aku? Kenapa bukan mereka yang lain? Kenapa mesti aku sahaja yang masih hidup? Kenapa tidak sahaja nyawa aku ditarik sebagaimana sahabat-sahabat seperjuangan aku yang lain? Kenapa aku? Kenapa akuuuuuuu?!”

Petang itu, sedang aku berehat di bawah sepohon pokok meranti merenung langit nan biru, aku ternampak kelibat sebuah helikopter. Sehabis daya aku terjerit-jerit sambil melambai-lambai dengan harapan mereka yang berada di dalam helikopter nampak akan kehadiranku di dalam hutan itu. Jelaslah kapal itu memang sedang berusaha untuk mencari tempat yang sesuai untuk mendarat.

Akhirnya aku diselamatkan & dibawa naik ke kapal & diberi makanan minuman. Namun aku masih berasa hairan bagaimana kapten kapal tahu aku berada di pulau itu.
Aku bertanya kepada kapten itu: 
“Macam mana tuan tahu ada orang tersadai di pulau itu?” 

Kapten kapal itu lalu menjawab: 
“Kami ternampak asap dari pulau ini. Sebab itu kami menukar haluan ke sini kerana mungkin ada seseorang yang memerlukan bantuan.”




Kita silap. Selalu mempunyai sangkaan bahawa, jika tersepit dalam sesuatu keadaan, hanya manusia yang bisa menolong. Terlalu bergantung kepada manusia. Manusia yang lemah yang sama dengan kita. Manusia yang akan mati suatu hari nanti. Kenapa tidak bergantung pada Dia yang kekal & tidak akan pernah mati? Pada Dia yang menciptakan kita? Pada Dia yang tidak pernah putus-putus memerhatikan kita agar tidak jauh terpesong dari jalan-Nya? Pada Dia yang tidak pernah langsung walau sekali mengkhianati kita?
Ya Ilahi, jauhilah kami dari kecintaan dunia sehingga membawa kepada butanya mata hati. Nau'uzzbillah..
Amiin Ya Rabbal Alamiin

Mata hati kita kurang sharp. Rabun agaknya sebab kita manusia biasa yang kerap terlupa & perlu selalu diingatkan. Berdoalah agar kita dikurniakan Allah akan insan-insan soleh & solehah yang akan selalu mengingatkan kita hanya kepada-Nya tempat kita bergantung & bukannya kepada manusia. Insan-insan yang mencintai kita hanya kerana Allah & bukan kerana duniawi..


"Aku kesempitan duit. Hutang keliling pinggang. Dalam keadaan ni, 'pinjam Along' adalah jalan terakhir aku.."


"Terima kasihlah, odah! Kalau kau takde tadi, mati aku. Aku dah tak tau nak buat apa tadi.."


Tolonglah saya, doktor. Saya merayu. Selamatkan suami, saya. Saya mampu bayar berapa pun kosnya. Hanya doktor yang mampu menyelamatkan suami saya. Bantu suami saya, doktor.."

*jangan sesekali mempersoalkan apa yang telah Allah tetapkan untuk kita. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita sebagai hamba yang dicintai-Nya. Boleh jadi sesuatu yang kita pandang sebagai musibah hari ini merupakan sesuatu yang memberi keuntungan di kemudian hari.
"Diwajibkan bagi kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu & boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah, 2: 216)

"Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah Dialah Yang Mahakaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji."
(Fatir, 35: 15)

Secara logiknya
Pencipta atas segala sesuatu lebih mengenali dari mereka yang lain akan ciptaan yang diciptanya sendiri
Baik kelebihannya & kekurangannya
Hatta tiap kekuatannya & kelemahannya
Siap ada guideline nak betulkan kalau ciptaannya tu rosak
Siap ada petua macam mana nak jage elok-elok & baik-baik
Siap ada pantang larang supaya kualiti ciptaannya tu tak terjejas
Senang cerita
Mudah nak mai habaq
Serba serbi si pencipta ni tahu mengenai hasil ciptaannya

Waktu sekola rendah dulu
Selalu jumpe nama;
Alexander Graham Bell si pencipta Telefon
Thomas Edison si pencetus Elektrik

Tanya je si Alexander ni kenapa kalau tyme nak call je
kene jerit-jerit sebab tak dengar suara si pemanggil tu
Dengan izin Allah
Confirm die tahu causes nyee

Tanye je si Thomas ni pasal Elektrik
kenapa kat rumah lampu kat ruang tamu
kejap wane pink
kejap wane jingee
kejap wane hitam pulak
Dengan izin Allah
Confirm dia tahu apa puncenyee

Tapi kene ingat
Allah Yang Maha Kuasa
yang menciptakan si Alexander & si Thomas ni
Semua idea tu
datangnya dari Allah
takde satu bende pun kat dunia ni yang bole kita bawa & jinjing dengan bongkaknye untuk tayang kat seantero dunia
Semuanya milik Allah
Allah lebih mengetahui tiap
kekurangan, kekuatan, kelebihan & kelemahan kita
We're nothing without Him!

Allah turunkan guideline untuk kita jika kita memerlukan sesuatu untuk dirujuk
Al-Quran

Allah hadiahkan kita wireless melepasi langit secara percuma tanpa sebarang cukai tambahan untuk kita menghubungi-Nya pada setiap saat tak kira malam, petang atau siang
Du'a

Allah temankan kita pada setiap saat tak kira tyme kita sedang sedih atau gembira tanpa berkelip walau sekali dengan mengurniakan kita insan-insan yang mencintai kita hanya kerana Dia
Rasulullah s.a.w, Keluarga , Guru-guru & Sahabat-sahabat

Allah selalu tegur kita kalau kita ada tersilap & tersalah dalam kehidupan seharian agar kita belajar dari kesilapan & tidak mengulangi supaya tak teruih hanyut dalam kesesatan & kegelapan
Tarbiyyah & Ujian

Tak terasa diri kita dicintai ke?

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada-Mu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah-Ku) & beriman kepada-Ku, agar mereka beroleh kebenaran."
(A-Baqarah, 2: 186)


"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku & janganlah kamu ingkar kepada-Ku."
(Al-Baqarah, 2: 152)


.The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
Jangan tunggu lagi sebab kiamat sudah dekat!

13 UAI


1.KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2.KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3.KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4.KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5.KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6.SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7.KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8.KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9.KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI MERUDUM
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Isnin, 2 Julai 2012

Kenderaan Awam


Ramai rakyat negara ini  keliru tentang peranan pengangkutan awam termasuk para pemimpin politik baik daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang. Industri pengangkutan awam bukanlah  sektor yang harus dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Industri ini selain menjana ekonomi negara, ianya juga cerminan kepada status maju mundurnya sesebuah negara itu. Pengangkutan awam bukan sekadar menyediakan kaedah atau prasarananya akan tetapi ianya perlu kepada suatu sistem yang efisen, murah, selesa dan bersepadu.

Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak turun ke stadium Bukit Jalil pada 24 Julai lalu semata-mata mahu melakukan penyerahan baucher bernilai sebanyak RM520.00 kepada pemandu teksi, ramai melihatnya sebagai usaha untuk memenangi hati pemandu teksi dalam menghadapi pilihanraya ke-13.  Itulah persepsi umum dalam senario hangat menghadapi pilihanraya.

Himpunan pemandu teksi di Bukit Jalil adalah ekoran daripada pertemuan antara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemandu teksi Lembah Kelang beberapa bulan  sebelumnya. Dalam pertemuan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjanjikan akan mengeluarkan banyak lagi permit teksi kepada individu (bukan syarikat), sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.

Saranan beliau mendapat sokongan daripada Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden Pas seperti kenyataan beliau, “Pemandu teksi perlukan permit, bukan tayar,” sebagai respons kepada program Datuk Najib di Bukit Jalil.

Jelas sekali kedua-dua pihak kurang arif atau mengerti peranan sebenar pengangkutan awam dalam sesebuah negara, apa lagi peri pentingnya dalam  sebuah negara maju.  Pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh pengusaha pengangkutan dalam negara ini tanpa tindakan positif  pihak berwajib mungkin tidak sampai ke pengetahuan kedua-dua pemimpin ini.

Pemberian baucer untuk pembelian tayar adalah bantuan jangka pendek. Apa lagi kalau diberi ‘one-off’ sahaja. Ianya tidak membantu dalam jangka panjang, jauh sekali menyelesaikan permasalahan yang berpanjangan. Akan tetapi memberi perlindungan insuran kepada pemandu teksi adalah sesuatu yang wajar dan harus dihargai.

Namun demikian, bantuan ini tidak menjurus ke arah penyelesaian permasalahan pengangkutan awam yang semakin kalut sekarang ini, apa lagi mahu mewujudkan sebuah sistem pengangkutan awam yang bersepadu.

Insuran

Harus diingat  pemandu teksi yang tidak dilindungi insuran adalah terdiri daripada pemilik permit persendirian. Manakala kebanyakan  syarikat-syarikat teksi memberi perlindungan insuran percuma kepada pemandu/penyewa mereka, kecuali Socso atau  KWSP. Malah ada yang memberi tayar percuma berasaskan kepada ketepatan bayaran sewa dan prestasi pemanduan yang baik dan amanah.

Sesebuah negara bukan sahaja harus mementingkan kebajikan rakyatnya termasuk pemandu teksi, tetapi yang paling utama ialah urus tadbir yang cekap, amanah dan proaktif. Dalam konteks  pengangkutan awam, sesebuah negara harus mempunyai sistem pengangkutan awam yang  efisen, cekap dan murah.

Bayangkan negara kita yang akan meraikan hari kemerdekaan yang ke-55 tahun Ogos ini, masih belum mewujudkan sebuah dasar pengangkutan negara sebagai asas  membina sistem pengangkutan awam yang diyakini rakyat. Kalau negara ada dasar wanita, dasar sosial, dasar automobil negara dsb, kenapa tidak diwujudkan sebuah dasar pengangkutan sebagai pemacu kepada perkembangan  industri ini?

Desakan untuk mewujudkan dasar pengangkutan telah disuarakan oleh persatuan-persatuan bas, teksi dan lori semenjak 20 tahun lalu. Namun desakan atau saranan itu tidak mendapat tindak balas yang positif daripada kerajaan. Walaupun Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diwujudkan sebagai usaha untuk memantau perkhidmatan industri ini, namun kewujudan SPAD tidak membawa perubahan yang diharap seperti dijangkakan.

SPAD tidak membawa apa-apa perubahan. Pengusaha masih terpaksa berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan dalam industri ini. Tidak kurang 13 agensi kerajaan terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam industri ini. Harapan pengusaha supaya sebuah agensi saja bertanggungjawab dalam pengendalian industri pengangkutan tidak menjadi kenyataan.

Sebailknya SPAD hanya menggantikan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dengan fungsi dan cara urus tadbirnya masih kekal, tanpa perubahan.  Birokrasi yang menyusahkan, kelemahan serta kepincangan urus tadbirnya masih seperti LPKP dulu. SPAD kelihatan seperti  mengganti  baju LPKP sahaja, tidak lebih daripada itu.

Tidak ada komitmen serta iltizam yang bersungguh-sungguh  daripada SPAD untuk mewujudkan sebuah dasar pengangkutan awam sebagai panduan kepada para pemain industri ini dan pihak kerajaan.

Walaupun SPAD berjanji akan mengeluarkan sebuah Pelan Induk (Master Plan) pada September 2011, namun sehingga hari ini Pelan Induk itu masih belum di umumkan. Tidak pasti sama ada Pelan Induk itu sudah siap atau masih lagi dalam perancangan untuk merangkanya.

Tanpa dasar pengangkutan yang sempurna maka berlakulah pelbagai karenah dan masalah dan ianya  terus berpanjangan tanpa penyelesaian. Sehingga ke hari ini permasalahan ini semakin menimbun dan menjadi kalut  menyebabkan terbantutnya pewujudan sistem pengangkutan awam yang cekap, sempurna, murah, selesa dan efisen. Tidak pernah wujud di negara kita suatu sistem pengangkutan awam pun, yang ada ialah kecelaruan perkhidmatan pengangkutan awam yang haru biru.

Perkhidmatan bas berhenti-henti, bas ekspres, teksi bandar, kereta sewa dan yang seumpamanya semakin hari semakin menurun prestasi mereka. Beberapa buah syarikat bas berhenti-henti telahpun memberhentikan dan menutup perniagaan mereka.

Di Melaka kesemua syarikat bas berhenti-henti telah menyerahkan perkhidmatan mereka kepada kerajaan negeri Melaka. Namun perkhidmatan di bawah kendalian kerajaan Melaka (Panorama) juga semakin teruk, tidak menunjukkan peningkatan perkhidmatan seperti diharapkan.
Kegagalan

Di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang Rapid menjalankan perkhidmatan ini, akan tetapi mutu perkhidmatannya masih jauh daripada memuaskan. Malah Rapid dan Panorama di Melaka mengalami kerugian yang bukan sedikit hasil pengendalian perkhidmatan ini.

Tanpa dasar pengangkutan yang jelas maka berlakulah lambakan permit di pasaran mengikut kehendak dan kemahuan  menteri yang berkuasa. Pengeluaran permit selalunya dilakukan mengikut kepentingan politik menteri berkenaan bukan kerana keperluan iaitu mengikut konsep ‘supply and demand.’ Tidak ada kajian atau penyelidikan secara menyeluruh dilakukan sebelum permit dikeluarkan.

LPKP tidak pernah mewujudkan bahagian R & D, (Research & Development) sebagai badan yang membuat kajian dan penyelidikan tentang keperluan dan pembangunan pengangkutan awam. Begitu juga SPAD tidak mewujudkan R & D ini dalam organasasinya.

Pengeluaran dan pemberian permit pengangkutan awam bukan seperti mengeluarkan permit kepada peniaga pasar malam dan penjual burger. Setiap pengeluaran permit pengangkutan awam mesti ada justifikasinya berdasarkan keperluan mengikut nisbah penduduk.

Faktor lain ialah pertindihan laluan, pemilikan kenderaan persendirian, dasar majlis tempatan terhadap pengangkutan awam dan persendirian dan yang berkaitan dengannya. Pengeluaran permit tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa kajian; bukan berdasarkan  kuasa menteri semata-mata.

Sekarang ini terdapat sebanyak 30,000 buah teksi telah dilesenkan di Lembah Kelang. Jumlah ini jika dinisbahkan dengan penduduk di Lembah Kelang yang seramai lebih kurang 1.5 juta orang ada kewajarannya. Akan tetapi apabila diambil kira faktor lain seperti milikan kereta persendirian yang puratanya sebuah rumah memiliki 3 buah kenderaan, maka angka ini amat berlebihan daripada keperluan dan permintaan. Justeru kerana itu amat sukar bagi pemandu teksi mencari nafkah dalam keadaan teksi yang berlebihan daripada penumpang.

Teksi bersusun

Ini terbukti dengan fenomena teksi bersusun-susun menanti penumpang, tidak lagi penumpang menunggu teksi seperti 20 tahun dulu. Maka timbullah pelbagai karenah pemandu teksi yang mahu mendapat pendapatan lebih dengan memilih penumpang dan mengenakan tambang berlebihan.

Sebelum LPKP ditutup, sekitar 10,000 permit teksi lagi telah dikeluarkan kepada individu. Daripada jumlah ini bukan semua permit itu dilesenkan kerana masalah pemegang permit individu yang tidak ada modal, tidak mendapat pinjaman bank kerana disenarai hitam dan ada yang mengambil jalan mudah memajakkan permit itu kepada pihak lain.

Tidak kurang pula yang datang kepada syarikat-syarikat teksi minta pertolongan mengeluarkan teksi-teksi berkenaan dan kemudian memajaknya semula. Ramai pula di antara mereka ini yang tidak melunasi pinjaman/sewaan mereka kepada syarikat teksi, walaupun setelah dibantu.

Amat dikesali sekali ‘sweeping statement’ oleh PM Najib mengatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan konsep pajakan yang mengikut beliau adalah suatu ‘penghambaan moden.’ Kenyataan ini tidak tepat sekiranya kita lihat bukti yang dipaparkan di atas. Perlu diingat syarikat teksi memerlukan modal yang besar untuk dilabur dalam industri ini selain bertanggungjawab kepada pinjaman dengan institusi kewangan.

Sekiranya dilihat dari aspek penyewaan, kemungkinan sewanya amat tinggi dan berlipat ganda. Namun dalam industri ini segala kos kemungkinan seperti ‘thehidden cost’ perlu ada dalam perkiraan penyewaan kerana kebarangkalian penyewa tidak membayar sewa, membaraikan komponen teksi dan menjualkannya kepada pihak ketiga, kemalangan ‘total lost’, ‘pemandu membuat angkara seperti menggunakan teksi itu menjual dadah atau mengangkut pendatang tanpa izin, maka kerugian ini seharusnya diambil kira.

Kerajaan perlu ada suatu dasar yang jelas berkaitan pemberian permit pengangkutan awam termasuk teksi. Pada suatu ketika dulu LPKP menggunakan kadar 60% untuk syarikat teksi dan 40% diperuntukkan untuk individu.

Nisbah ini kemudian bertukar menjadi sebaliknya apabila pihak pembangkang menjanjikan pemberian permit kepada individu. Kelihatan ketetapannya tidak konsisten, tetapi menjadi pragmatik apabila berhadapan dengan isu dan kepentingan politik. Bukan berdasarkan kajian.

Dalam konteks perkhidmatan bas berhenti-henti dan ekspres kerajaan juga mesti mempunyai dasar yang jelas. Adakah kerajaan mahu terlibat secara langsung dalam bidang pengangkutan awam atau membiarkan sahaja pihak swasta mengendalikannya. Nampaknya apa yang berlaku sekarang ialah kerajaan mahu melibatkan diri secara langsung dalam industri ini seperti mewujudkan Rapid KL, Rapid Penang, Panorama di Melaka dan juga agensi-agensi kerajaan seperti MARA yang menjadi salah satu pemain besar.

Rapid KL diwujudkan setelah konsep konsortium diperkenalkan yang diketuai oleh dua konglomerat iaitu Parkmay dan Intrakota gagal dalam menjayakan konsep ini. Kedua-dua syarikat itu menanggung kerugian besar tidak sampai pun lima tahun beroperasi.

Sebab utama kegagalan dua syarikat ini ialah kos pengendalian (maintenancecost) amat tinggi dan semakin meningkat hari demi hari. Harga alatganti, minyak pelicir, tayar, bateri dan sebagainya tidak dikawal oleh kerajaan.

Manakala tambang bas dan teksi di bawah kawalan pihak kerajaan. Pengusaha tidak dibenarkan menaikkan tambang  walau sesenpun meskipun harga barangan alatganti melonjak naik. Tidak ada keseimbangan dalam kenaikan ini. Setiap kali kenaikan harga alatganti, maka akan berlaku penghakisan keuntungan sehingga mengalami kerugian pula.

Selain daripada itu pada masa yang sama LPKP mengeluarkan lagi banyak permit bas berhenti-henti di Lembah Kelang. Maka konsep ‘payung’ atau konsortium ini menemui kegagalan kerana sikap penguasa sendiri.

Terbukti bukan sahaja Parkmay dan Intrakota tutup kedai kerana kerugian, malah syarikat-syarikat bas lain seperti Muar Motor Bas, Eng Hiap, beberapa syarikat bas di sebelah utara, Sarawak dan Sabah sudah gulung tikar.

Salah satu sebab utama  ialah lambakan permit dalam industri ini tanpa kawalan. Pengusaha sedia ada terpaksa bersaing dengan pengusaha baru dan bertindih laluan. Maka terjadilah pesaingan yang tidak sihat seperti berebut penumpang, berlumba-lumba dan melanggar peraturan.

Pesaingan yang tidak sihat ini menjejaskan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, maka berlakukan ketepatan masa dan jarak masa yang tidak menentu. Formula pengangkutan awam yang efisen ialah, “punctually + frequency = efffeciency. Effeciency melahirkan relaibility iaitu keyakinan atau kepercayaan.

Tanpa perkhidmatan yang efisen  maka kepercayaan orang ramai akan luntur dan menyebabkan mereka mencari kaedah pengangkutan lain seperti membeli motosikal dan kereta. Ini akan menyebabakan kekurangan penumpang menggunakan pengangkutan awam.


Apa yang didambakan oleh pengusaha pengangkutan di negara ini ialah kawalan harga alatganti, minyak pelicir, tayar dan bateri dilaksanakan. Kawalan harga itu hanya dikhusukan untuk pengusaha pengangkutan awam sahaja. Atau kerajaan memberikan subsidi kepada harga alatganti ini atau kos se kilometer (cost per kilometer) seperti yang pernah dicadangkan oleh Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia.


Walaupun SPAD telah memberi bantuan kepada pengusaha bas berhenti-henti dalam skim terbarunya, namun bantuan itu tidak menyeluruh dan banyak birokrasinya. Ini juga merupakan bantuan jangka pendek kerana SPAD tidak mengemukakan perancangan menyeluruh penyelesaian permasalahan ini. Bantuan seperti ini, atau menaikkan tambang bukan penyelesaian sekiranya harga alatganti terus melonjak naik tanpa kawalan.

Suatu tindakan yang berkesan harus diambil sebelum banyak lagi syarikat bas gulung tikar. Bayangkan Nadi Corp, sebuah syarikat bas yang terbesar di negara ini yang memiliki lebih 1000 buah bas ekspres dan berhenti-henti pun sudah tidak boleh bertahan lebih lama lagi.

Kebarangkalian kebenaran dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ada syarikat-syarikat teksi mendapat permit teksi berdasarkan kroni, kemungkinan ada asasnya. Namun yang lebih parah lagi ialah syarikat-syarikat teksi bukan bumiputera memiliki lebih 1000 buah permit teksi  kerana ada ‘cable.’

Ada pengusaha bukan bumiputera yang sebelumnya tidak memiliki permit telah memperolehi 500 permit selepas berurusan di ‘pintu belakang.’ Banyak lagi syarikat teksi  memperolehi tambahan permit teksi antara 100-500 pada suatu ketika dulu.

Pemberian permit ini dikeluarkan tanpa apa-apa pun kajian dilakukan oleh pihak berkuasa. Akibatnya banyak teksi yang tersadai tanpa sesiapa menyewanya. Untuk mendapat penyewa pada masa ini amat payah sekali. Apalagi dengan lambakan permit kepada individu akan memburukkan lagi keadaan.

Rakyat perlukan suatu sistem pengangkutan awam yang bersepadu, murah, selesa dan efesien. Untuk ini sesiapa saja yang memegang tampuk kerajaan mesti berlitizam merangka dengan segera suatu sistem pengangkutan awam yang berkesan, bersepadu, selesa dan murah.

Pengangkutan awam bukan hanya melibatkan LRT atau MRT, malah ianya merangkumi pelbagai kaedah seperti beca, teksi, kereta sewa, bas ekspres dan berhenti-henti termasuk bas kilang dan sekolah. Semua kaedah pengangkutan ini perlu dikaji, disusun dan dirombak bagi menenutukan peranan masing-masing dalam industri ini. Pastikan sistemnya bersepadu iaitu berinteraksi di antara satu dengan lain bagi memudahkan penumpang.

Sistem ini akan mudah dilaksanakan sekiranya pihak penguasa mempunyai dasar pengangkutan awam yang jelas dan praktikal. Sekurang-kurangnya satu Pelan Induk dikemukakan sebagai projek jangka pendek.

Sistem pengangkutan awam menjadi faktor utama dan menjadi kayu ukur untuk mencapai kriteria sebagai negara maju. Justeru itu lambakan permit dan pemberian tayar bukan  penyelesaian, malah ianya menimbulkan lebih banyak kerumitan dan permasalahan. Oleh itu kenyataan dan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib tidak lebih daripada lemparan umpan untuk memancing undi. Rakyat perlukan pemimpin yang lebih praktikal, bukan bermain dengan retorik politik semata-mata.
--------------------------------------------------------------------
Penulis merupakan Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia, Presiden Persatuan Bas Negeri Melaka dan Pengusaha Syarikat Teksi.

Kulihat Hijau


http://greenboc.blogspot.com,01 Jul 2012


Sudah hampir 5 tahun slogan PAS Untuk Semua (PAS For All) dilancarkan dan kehadiran slogan yang dikira agak keramat ini, bukan sahaja telah berjaya menenggelamkan usaha pihak UMNO BN menakut-nakut kaum bukan Islam terhadap PAS, malah sambutan bukan Islam terhadap PAS semakin hari semakin nyata.

Hukum kebenaran & keadilan menetapkan yang dengki dan khianat akan kembali kepada yang berdengki dan yang mengkhianat itu sendiri. Lagi dihentam lagi difitnah PAS ini oleh UMNO BN, lagi ramai yang menyokong PAS. Dan lebih ramai menjauhkan diri dari UMNO BN.

Satu kejayaan besar daripada Lajnah Perpaduan Nasional PAS (yang diketuai oleh YB Dr Mujahid Yusof Rawa) yang telah mengilhamkan gagasan PAS For All sejak ia dilancarkan pada tahun 2007.

Kini masyarakat bukan Islam tidak segan silu memegang, menayangkan malah ada yang membalut badan mereka dengan bendera PAS!

Gambar-gambar di bawah bukti nyata PAS kini sudah diterima oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini.


















Geng kiter


http://omakkau.blogspot.com,01 Jul 2012

BUKTI BERGAMBAR... ANAK-ANAK MUDA TOLAK PAS DAN DAKAP PERJUANGAN UMNO????...



Jelas sekali anak-anak muda tolak PAS dan dakap perjuangan UMNO/BN

Himpunan Hijau Peringkat Negeri Terengganu langsung tidak mendapat sambutan dikalangan anak-anak muda tempatan.

Himpunan itu gagal untuk memikat dan menambat hati dan jiwa anak-anak muda.

Program tersebut ternyata gagal.. lengang, hambar dan sunyi sepi kena boikot.

Mereka cukup yakin dengan apa yang diperkatakan oleh para pemimpin UMNO Terengganu yang PAS pembawa ajaran sesat.

Ini bukan cerita kosong.. Kalau tak caya sila lihat gambar-gambar yang dirakam semasa Program Xpresi Anak Muda Terengganu.


OOPPPSS...ADMIN DAH TERSALAH LOAD GAMBAR....INGATKAN GAMBAR-GAMBAR INI PROGRAM ANAK MUDA BERSAMA UMNO..

MAAF KERANA KHILAF.


ANAK-ANAK MUDA GENG KITA

Subhanallah


Aurora Borealis (North Pole)

Most Alien and Weird Places on Earth

Spain Rio Tinto

Most Alien and Weird Places on Earth

The Richat Structure, near Ouadane, Mauritania

Most Alien and Weird Places on Earth

Rotorua, New Zealand

Most Alien and Weird Places on Earth

Fly Geyser, Reno

Most Alien and Weird Places on Earth

Spotted Lake, Osoyoos, British Columbia

Most Alien and Weird Places on Earth

Kauai, Hawaii

Most Alien and Weird Places on Earth

Mount Roraima (Venezuela, Brazil and Guyana)

Most Alien and Weird Places on Earth

Green Zone


http://omakkau.blogspot.com,02 Jul 2012

RAKYAT MOHON SUPAYA PAS HENTIKAN PROGRAM HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA DENGAN SEGERA, SEBAB INI MEMBERI ALASAN KUKUH KEPADA DATUK SERI NAJIB RAZAK MELENGAHKAN PEMBUBARAN PARLIMEN.



Rakyat mohon supaya PAS berhentikan dengan segera Program Himpunan Hijau ke Putrajaya...Program ini sebagai beri alasan kukuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk melengahkan pembubaran parlimen.

Terbaru, Himpunan Hijau Peringkat Negeri Pahang di Dataran PAS Kerdau sudah cukup membuat UMNO semput tahap kronik..

Kesianilah rakyat...lagi Himpunan Hijau ke Putrajaya ini diteruskan, makin rakyat terseksa hidup lebih lama..
 

Mohon supaya pimpinan atasan PAS dengarlah akan keluhan dan rintihan rakyat bawahan...HENTIKAN SEGERA HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA.


SEMOGA PERMINTAAN INI MENDAPAT PERHATIAN YANG SEWAJARNYA.