Ahad, 3 Mac 2013

baling batu




Semua benda sekarang memang tak boleh lari dengan isu politik.... Semua nak dikaitkan... Kekadang aku nie sebagai rakyat biasa...Pening dan terkedu bila dengar geng-geng politik nie duk tuduh menuduh berdasarkan isu-isu semasa... Semua duk tuduh ikut sedap mulut dan jari-jemari... Yang sana duk tuduh belah sini...yang sini pun tuduh sana... yang sinun duk tepuk-tepuk tangan jadi lalang... Siapakah si sinun? (Fikir-fikirkan)

Yang paling kuat duk tuduh menuduh nie....orang melayu.. Mintak maaf cakap.. memang itu realitinye... Duk bukak aib si sipulan...yang itu pun carik lubang si sipulan belah sana.... semuanya berusaha dengan gigih dan tekun mencari lubang-lubang yang ada supaya boleh dieksploitasikan dalam agenda tuduh menuduh depa nie... Apa salahnya kalau usaha gigih dan tekun tu disalurkan kepada usaha nak membantu golongan yang memerlukan.... Takde dana... guna la duit gaji yang memang tak habis tu... Berpuluh-puluh ribu sebulan... takkan tak boleh bagi dua tiga ratus kan....Bayar zakat pun jadilah...

Aku dah naik muak dan boring bila baca status-status FB orang yang gila politik nie.... Aku pun kekadang naik bingung dengan golongan ekstremis politik nie.... Status maki hamun dan tuduh menuduh tanpa usul periksa... Kenapa perlu sokong jugak walaupun tindakan segolongan ahli politik tu sekadar membaling batu ke dalam air... Dia baling batu... pastu dia tengok je air tu berkocak...membentuk ripple-ripple sehingga ke benteng.... Dia baling sekali je... Pastu korang la yang dungu duk berbalah sesama sendiri... Kata dah jadi bijak pandai... tapi bab politik...jadi pak turut sampai mati...haih..

Nampak sangat kita-kita nie yang sangat belum matang... Bukannya ahli politik... Kita nie yang belum matang.... Disebabkan kita yang tak matang nie... Dipergunakan sesuka hati... Macam domino effect... Sekali dia jentik... domino tu akan jatuh dengan sendiri nyer sampai ke hujung... Domino-domino itu adalah kita-kita nie la..... Betapa rendah harga diri kita nie kalau jadi pencacai politik....

Tak boleh ke kita berfikir sejenak.... Keluar je sesuatu isu....sila fikir dulu sebelum nak share dan mengeluarkan fatwa-fatwa dan status-status korang yang kononnya kudus dan suci tu.... Dalam sesuatu isu...pasti akan ada yang benar.. akan ada yang cuba mengeksploitasikan keadaan... pasti ada yang cuba mengambil kesempatan sebagai pihak ketiga... Yang melopong nya sapa? Kita-kita nie la....sebab dah la bergaduh tak tahu cerita hujung pangkal... Duk pertahankan benda yang kita pun tak tahu setakat mana kebenaran fakta yang kita dengar tu... Sampai nak maki hamun ikut sedap mulut (Boleh dosa free-free, kalau benda tu fitnah, lagi banyak dosanya).... Pastu kalau menang berbahas isu pun... Aku yakin akan jadi macam pepatah lama itu je..."Menang Sorak, Kampung Tergadai"

Tolongla.....kita-kita nie dah ramai yang belajar tinggi-tinggi...ramai yang lepasan universiti dah... Dah ramai yang bijak dan pandai dah kat Malaysia nie... Semuanya ada akal... Cuma satu je kurang... iman dan amal... Tu yang jadi gini... Cakap sodap le guna hadis la...guna ayat quran la... Tapi pengertian tak ke mana... Bila kena provok dengan yang satu lagi....keluar maki hamun..carut mencarut... Ada ke ayat Quran menghalalkan mencarut dan memaki sesuka hati??? Ada ke dalam Islam menyuruh kita menuduh sesuka hati tanpa fakta yang disahkan benar??? Ada ke dalam Quran dan hadis yang cakap boleh menyebarkan sesuatu berita walaupun berita itu tidak tahu benar atau tidak?? Ada tak????

Aku nak bagi satu lagi soalan.... Ada tak dalam Quran menyatakan yang sesuatu parti di Malaysia itu selalu benar dan tidak pernah buat salah??? Ada tak dalam Quran dan hadis menyatakan seseorang ahli politik itu sempurna dan tidak pernah buat salah dalam tindak-tanduk dan tutur katanya????? Ada tak??? Aku bertanya sebagai seorang orang Islam yang ikhlas kepada semua yang membaca entri nie...ada ke tak cik abang oi?? So..... KENAPA PERLU MEMPERTAHANKAN SESUATU SEKADAR MELIHAT BENDERA PARTI??? SILA TENGOK ISU DAN FAKTA... SILA TENGOK ASAS-ASAS KEBENARAN ISU ITU.... BUKAN TENGOK PARTI MANA YANG KELUARKAN USUL.... Aku yakin....akan ada lopong sana-sini...tak kira la mana-mana parti sekalipun...

Macam mana nak tahu benar ke tak? Sekadar tengok berita kat TV?? Tak..... banyak benda dah dipusing-pusingkan mengikut acuan depa... Baca surat khabar? Ermmm....sama kes macam TV jugak... So... macam mana? Semua benda dah kene pusing nie!! Kalau betul korang nak tahu kebenarannya.... Korang kenelah berusaha... usaha mencari maklumat kebenaran itu secara sendiri-sendiri.... Sebab banyak info dan fakta dalam TV dan akhbar dah dipesongkan mengikut acuan yang depa nak kita faham dan dengar.... 

Malas nak cari sendiri maklumat tu?? So tak payah nak gatal-gatal nak berbahas sampai ke maki hamun dan bertepuk meja.... Sebab tiada siapa yang tahu kebenarannya...hanya ahli politik itu sahaja yang tahu benar atau tidak isu yang ditimbulkan... Jangan kita turut sama terjebak dalam arus penipuan dan pengeksploitasian depa.... Sebab tujuan kebanyakan dari depa nie sama je... PANGKAT, NAMA DAN HARTA... Ada nama kita kat matlamat depa? He he...sorry to say la kan... Faham tak? Korang berjuanglah demi Tuhan yang Satu...bukan demi individu-individu...

Apa salahnya kalau korang duk semeja... sambil pekena air teh tarik ikat tepi dan nasi lemak telur mata... sambil berbincang isu tanpa meninggikan suara... pihak sini apa kata dia.. pihak sana apa kata dia... pihak sinun apa kata dia... pihak luar pulak apa kata dia... Last-last korang akan dapat rasa... yang cerita dan isu yang korang cuba pertahankan tu.... Ada banyak versinya...ada banyak lakon layarnya... Sekadar berkongsikan cerita.. dan ambil ia sebagai peringatan dan tauladan untuk semua yang duk semeja tu... Lepas habis berborak.. bersalam-salaman dan balik ke rumah masing-masing... Didiklah keluarga supaya tak jadi macam isu yang dibahaskan... Salah ke macam tu??

Dunia politik hanya orang yang berada di dalam dunia itu sahaja yang tahu apa sebenarnya agenda yang cuba dibuat... Kita sebagai penyokong kat bawah-bawah nie... Sepatutnya jangan taksub sangat... Macam aku pernah sebut dalam entri-entri sebelum ni... Nak pilih calon undi... korang tengok individu tu sendiri... Adakah dia nak bawak kebaikan...atau sekadar cakap tak serupa bikin... adakah dia nak bawak Islam...atau memang anti-islam... tengok perilakunya...tengok anak bininya.. tengok perangainya... Tak payah nak pikir isu-isu diluar dari kepompong individu itu.. Tengok orang itu...tengok calon itu... 

Adakah dia nie nak kutip sampah kat kaki sendiri pun susah...sampai orang sebelah yang kena tunduk tolong ambilkan... Adakah dia nie tak tutup aurat...tapi duk canang pasal agama... adakah si calon tu selalu cakap menipu... adakah si calon tu suka marah-marah walaupun perkara kecil... adakah si calon tu suka menabur janji dekat dengan pilihanraya sahaja...lepas dah menang selalu tidur je dalam dewan.... Itu semua korang mampu perhatikan... Tengok dan kaji... yang mana membawa kebaikan di kawasan korang sendiri... Aku rasa itu lagi penting....

So...kengkawan... maaf kalau ada salah susun bahasa... aku cuma menyampaikan apa yang aku fikirkan pasal isu politik negara nie... Nampak ketidakmatangan dan kecacatan kita sebagai pengundi... Kita yang memilih pemimpin....cacat si pemimpin sebab kita yang cacat...kita yang undi dia... So...kalau tak suka...undi la orang lain.. Asalkan kita semua berfikir dan matang membuat keputusan demi agama, bangsa dan negara....Aku rasa... kita akan memilih seorang calon secara sepakat dan muafakat...yang akan membawa negara ke jalan yang lebih maju ke depan... Semuanya bergantung pada kita..... Jadilah rakyat yang matang, bijak dan bersopan santun...

P/S: Kalau nak share, dipersilakan.... Kredit kan aje kepada aku - Bro Wacana...:)

dirimu ajaib!


1. Mata bayi tidak menghasilkan air mata sehinggalah berusia sekitar 6 hingga 8 minggu.

2. Kecepatan batuk adalah 96.5 kilometer sejam…

3. Sel yang paling kecil dalam badan manusia adalah sperma manakala sel yang paling besar adalah ovum.

4. 3 perkara yang sering keluar dalam mimpi seorang wanita yang sedang mengandung 3 bulan pertama : katak, cacing dan tumbuhan dalam pasu

5. Secara purata, jangka hayat rambut adalah sekitar 3 ke 7 tahun. Setiap hari, kita kehilangan 60 hingga 100 helai rambut… Tapi jangan risau, tak menyebabkan nampak kulit kepala pun…huhu

6. Gigi manusia tumbuh 6 bulan sebelum lahir. Walaupun begitu, tak semestinya kita boleh lihat bayi lahir-lahir dah ada gigi.

7. Pundi kencing ketika penuh, berukuran hampir sama dengan saiz softball..

8. Gigi manusia mempunyai panjang 55 milimeter..

9. Apabila menjangkau usia 60 tahun, 60% lelaki dan 40% wanita akan berdengkur semasa tidur… huhu

10. Terdapat 2.5 trillion sel darah merah didalam badan anda sekarang !!

11. Apabila kita menyentuh sesuatu, kita menghantar message ke otak kita pada kelajuan 124 batu per jam…

12. Organisma hidup yang terdapat pada tubuh seorang manusia adalah lebih banyak daripada jumlah manusia yang ada atas muka bumi sekarang… Wowww…

13. Kapilari darah adalah tersangat kecil sehinggakan 10 kapilari barulah bersamaan dengan sehelai rambut… Bayangkan…

14. Bayi sudah mula bermimpi ketika masih di dalam perut ibu lagi…

15. Bakteria di dalam mulut anda lebih banyak daripada populasi manusia di US dan Kanada jika digabungkan…

16. Gigi manusia hampir keras seperti batu…

17. Jika manusia menjerit selama 8 tahun 7 bulan 6 hari, tenaga bunyi yang dihasilkan cukup untuk memanaskan secawan kopi…

18. Jika mengelipkan mata, kita sedang menggerakkan 200 otot..

19. Panjang tapak kaki adalah sama dengan panjang dari pergelangan tangan ke pelipat siku…

20. Terdapat 137 juta sel peka cahaya pada retina mata…

21. Tulang paha adalah tulang terpanjang dalam badan kita dan ia adalah 1/4 daripada tinggi kita…huhu

22. Otak kanan mengawal bahagian kiri badan, manakala otak kiri mengawal bahagian kanan badan…

23. Jantung kita berdenyut kira-kira 100 000 kali setiap hari…

24. Setiap 2 minggu, perut manusia akan menghasilkan lapisan mukus yang baru, kalau tak, perut kita sendiri akan dihakis oleh asid yang terdapat didalamnya…

25.  Telinga manusia boleh mengesan ratusan ribu jenis bunyi yang berbeza…Wow…

26. 80% daripada diri kita adalah air…

27. Setiap jam, mata kita mampu memproses 36 000 bit informasi…

28. Berat kulit manusia dewasa secara purata adalah kira-kira 4-5 KG.

29. Luas permukaan paru-paru manusia adalah sama dengan luas permukaan gelanggang tenis…
Besar tuuu…huhu

30. Ketika mata kita berkedip, kita sebenarnya memejamkan mata selama 0.3 saat…

Betapa hebatnya penciptaan manusia… Subhanallah…

Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan?
(Surah Az-Zariyat : ayat 20-21)

isteri curang



 SAYA sering membaca kisah-kisah yang dipaparkan dalam ruangan ini yang banyak mengisahkan kecurangan suami sahaja. Biasanya kaum wanitalah yang sering mengadu tentang keburukan kelakuan, tabiat dan perbuatan sumbang suami masing-masing.

Namun saya tak salahkan mereka kerana mereka yang merasakan penderitaannya tentulah sakit hati dan ingin meluahkan perasaan masing-masing. Mereka tahu cerita mereka menjadi rahsia, dan apa yang tersemat di hati mereka cuma penulis sahaja yang tahu.

Tetapi kali ini saya ingin mencurahkan perasaan saya. Kalau selalunya wanita berasa tertipu dengan suami masing-masing, perasaan saya lebih sakit lagi apabila dikhianati isteri sendiri. Demikian cerita Zain ketika penulis menghubungi beliau setelah membalas e-melnya kerana ingin bertanya lebih lanjut lagi.

Memang terkejut tetapi bukan mustahil boleh berlaku kerana dunia ini pentas dan kita semua adalah pelakonnya.

Apa perasaan puan bila baca cerita saya, terkejut tak? Tentu terkejutkan! Saya rasa bukan saya seorang sahaja suami yang berperasaan demikian. Ada lagi mungkin tidak ramai kaum lelaki yang mempunyai pengalaman pahit seperti yang saya lalui, tetapi mereka suka mendiamkan diri. Dulu saya pun menyimpan perasaan yang sama, tetapi semakin lama kita simpan semakin perit, pedih dan menjadi racun berbisa.

Jadi hari ini saya luahkan kepada puan, pertimbangkanlah. Memang benar zaman ini macam-macam perkara yang kita tak sangka boleh berlaku. Demikian pengalaman pahit yang saya lalui.

Saya bekerja tetap tahun 70-an, oleh kerana saya daripada keluarga susah, ramai adik-beradik, maka saya amat sayangkan kerja. Saya bekerja tak tentu masa kerana terlalu gembira dengan tugas, sesuatu yang saya idam-idamkan
selama ini.

Walaupun saya mendapat tawaran ke U tetapi saya tolak, sebab keluarga miskin, jadi saya berkorban supaya saya boleh bekerja dapat duit, bantu ayah sekolahkan adik-adik. Saya bersyukur semua adik-beradik saya berjaya dalam pelajaran, lulusan U dan semuanya memegang jawatan yang baik juga.

Biarpun saya tidak lulus U tetapi kerana dedikasi dan ketekunan bekerja, saya naik pangkat dan menjawat jawatan yang baik. Ini balasan Allah daripada pengorbanan besar yang saya lakukan demi pelajaran adik-adik saya.

Kerana terlalu sayangkan kerja, saya terlupa usia semakin meningkat dan tak kahwin. Hidup saya cuma rumah dan tempat kerja saja. Sebelum pukul 8 saya dah mula bekerja dan balik pukul 6 petang ada kalanya lewat malam. Dan bila kerja banyak ada kalanya sampai pagi. Hari Ahad dan Sabtu sama saja. Ada satu ketika rutin ini berterusan hingga 114 hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum, hingga risau ibu di kampung.

Saya hanya lulus MCE, tetapi nasib menyebelahi saya. Jawatan kerajaan yang dipegang adalah idaman ramai. Pendapatannya lumayan bagi seorang bujang umur 20-an, dapat kereta baru, dan dihormati ramai, tentu glamor juga di mata gadis-gadis.

Tetapi kerana taksub dengan kerja, saya lupa dunia, hiburan dan hidup berkeluarga. Akhirnya ketua jabatan, seorang pengarah merancang konspirasi menjodohkan saya kerana tidak mahu melihat hidup saya habis di pejabat.

Awal tahun 70-an usia dah dekat 30 tahun masih bujang. Di pejabat, saya digelar the most eligible bachelor. Konspirasi mereka menjadi, mereka memaksa saya berkahwin dengan seorang gadis yang boleh dikatakan cantik juga.

Anak ulama daripada keluarga agak tersohor dan dikenali secara peribadi oleh ketua jabatan saya. Hampir setahun berkenalan, akhirnya saya mendirikan rumah tangga dengan Hamizan.

Belum dua tahun berkahwin, Hamizan melahirkan anak, disusuli seorang lagi tiga tahun kemudian dan ketiga, lima tahun kemudian. Dalam pada itu saya dinaikkan pangkat, melayakkan saya menduduki banglo kuarters kerajaan di KL. Saya juga dianugerahkan bintang kebesaran Persekutuan, semua dalam tempoh kurang 13 tahun saya bertugas.

Hamizan bekerja di sebuah badan berkanun. Dia gemar bersukan apa jenis pun dan aktif berpersatuan. Rajin menyertai kegiatan kesenian dan kebudayaan, seperti menari dan berdrama. Kebolehannya ini membawanya ke seluruh negara dan ASEAN dalam misi mengeratkan silaturahim antara badan-badan yang sama antara negara tersebut.

Kerana aktif berpersatuan, dia sering pulang lewat selepas pukul 8 malam dan kadangkala sehingga pukul 10 malam. Saya tidak merasa syak-wasangka kerana kami diketahui ramai sebagai pasangan ideal. Tetap bergurau senda, berpegang tangan semasa berjalan dan tidak kurang menunjukkan affection pada bila-bila masa. Kami saling sayang-menyayangi.

Suatu hari lebih kurang sedekad lalu, seorang hamba Allah menelefon saya dan bertanya mengapa saya biarkan isteri diusung orang merata tempat. Saya jadi bingung kerana selama ini Hamizan tidak menunjukkan sebarang tanda dia curang selain pulang lewat. Sungguhpun saya sangsi cerita pemanggil itu, namun hati saya mula curiga. Saya bawa bertenang, dan tidak terburu-buru menyergah Hamizan. Saya cuba siasat sendiri.

Suatu hari saya pulang pukul 3 pagi, dengan kehendak Allah jua saya ternampak bukti pertama sebuah diari di sebelah Hamizan, ketika itu dia tertidur. Hampir pitam saya bila membelek diari itu. Rupa-rupanya dia keluar masuk hotel dengan teman-teman lelakinya, termasuk orang berpangkat tertinggi di jabatannya, juga berpangkat rendah.

Bila diajukan dengan bukti Hamizan tidak dapat mengelak daripada mengakuinya. Dia menceritakan segala-galanya, termasuk kecurangannya. Mahu saya cekik dia ketika itu. Tapi ingatkan anak-anak dan maruah keluarga, saya mengucap berkali-kali. Ketika itu anak-anak sedang membesar dan pencapaian pelajaran mereka amat menggalakkan. Mengenangkan masa depan mereka, saya tidak bertindak. Kalau dulu saya berkorban untuk adik-beradik, kali ini saya berkorban untuk anak-anak, maruah mereka dan keluarga saya.

Walaupun marah, namun saya beri amaran keras bahawa sekiranya perbuatan ini berulang lagi padahnya amat berat. Dia menangis meminta ampun.

Malangnya pisang berbuah banyak kali. Hamizan mengulangi kegiatannya meskipun tidak lagi pulang lewat. Kali ini saya menemui bukti setelah menerobos masuk ke e-melnya. Kali ini temannya seorang jurutera sebuah syarikat telekomunikasi dan seorang jeneral yang pernah dikenali semasa remaja. Saya tak mahu marah lagi, kerana inilah sifat buruknya yang sebenar. Mulai hari itu antara kami sudah tidak ada apa-apa.

Namun untuk meyakinkannya saya hubungi teman-temannya itu, dan berjaya mendapatkan pengakuan bertulis mereka, ada juga secara lisan. Saya beritahu mereka perbuatan mereka akan ada balasannya, tiada statute of limitation, bermakna balasannya mungkin serta-merta, lepas lima tahun atau 20 tahun, bila-bila saja. Allah maha besar.

Apa yang menghairankan saya, Hamizan bukan anak orang sembarangan, dia anak ulama, pandai mengaji al-Quran kalau berlagu ala qari terkenal Ismail Hashim, baca Yasin setiap malam Jumaat dari dulu sampai sekarang, sembahyang, puasa, termasuk yang sunat, tak pernah tinggal, bertudung, pakaian sopan. Malah kalau berzanji merdu suaranya. Setelah difikirkan baru saya sedar, apa yang dilakukan adalah untuk mengaburi mata saya daripada melihat maksiat dan kecurangan yang dilakukan di luar.

Walaupun saya begitu marah tetapi memukul tidak sekali-kali. Saya bawa bertenang kerana memikirkan anak-anak kami ketika itu sedang membesar. Tetapi sedihnya peristiwa pahit dalam kehidupan saya, belum berakhir. Satu hari anak kedua saya Nuraine yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di IPTA pulang bercuti. Sampai di rumah dia terus memeluk saya dengan tangisan. Katanya, dia bukan anak saya. Darah kami berlainan.

Saya terkejut besar. Bila saya tanya mana dia tahu, katanya ketika menderma darah dia dapati jenis darahnya tidak ada persamaan dengan darah saya. Saya langsung tidak terfikir kecurangan Hamizan sampai ke tahap ini.

Hamizan ketika ditanya menafikan, namun ujian darah membuktikan bahawa Nuraine adik-beradik dengan anak-anak saya yang lain, satu emak tetapi lain ayah. Hamizan tetap berdegil tidak mengakui kesahihan ujian tersebut, meskipun saya dapat agak siapa sebenarnya ayah Nuraine.

Malah pernah rakan-rakan sepejabat Hamizan ada mengatakan wajah Nuraine sama seperti salah seorang pegawai tinggi di pejabatnya. Tetapi Hamizan menafikan. Bukan sekali dua wajah Nuraine menjadi pertanyaan ramai, banyak kali.

Hamizan kini masih sebumbung dengan saya, tetapi saya tidak pernah menyentuhnya sejak hampir 10 tahun lalu. Anak-anak tidak menghormatinya lagi. Mereka enggan bertegur sapa, tidak bercakap sopan, kalau bercakap pun dengan kasar, membuatkan Hamizan menangis.

Anak-anak tahu perbuatan keji emak mereka dan tahu pengorbanan saya demi menjaga hati, maruah dan pembelajaran mereka. Anak sulung saya kini star-performer di jabatannya. Nuraine mewakili syarikatnya bertugas di Eropah sementara anak ketiga akan tamat pengajian tidak lama lagi. Inilah pengorbanan saya. Biar hati lebur asal anak-anak bahagia.

Yang penting saya tidak mahu korbankan masa depan mereka dengan sikap saya yang tidak sabar dan mengikutkan rasa saya.

Nuraine hampir setiap hari menelefon saya bertanya khabar. Anak-anak lebih sayangkan saya dan lebih suka berbincang dan berbual dengan saya daripada emak mereka. Inilah sebabnya saya masih tidak menceraikan Hamizan.

Saya tetap tidak mengampunkan Hamizan. Biar dia nazak dan meminta maaf atau saya sedang nazak dan dia sujud menangis meminta ampun, saya tetap tidak akan memaafkannya. Saya tahu Allah Maha Pengampun, Nabi Muhammad juga mengampunkan umatnya. Namun, saya bukan Allah dan saya juga bukan Nabi Muhammad. Saya seorang biasa dan tidak akan melakukan sesuatu untuk menyamai Allah atau Nabi.

Ada saya terbaca bahawa ibadah seseorang isteri tidak diterima Allah sekiranya dia melakukan dosa besar terhadap suaminya dan tidak mendapat pengampunan daripadanya. Jika benar, saya tidak akan mengampunkan apa juga dosa Hamizan. Sungguh saya tidak menyangka kebahagiaan, kesenangan, kesetiaan dan kepercayaan yang saya curahkan kepada dia disia-siakan.

Kalaulah membunuh bukan satu kesalahan dan tidak membawa aib kepada keluarga, sudah lama saya cincang-cincang Hamizan untuk menjadi jamuan anjing-anjing liar di tepi jalan dengan daging busuknya, demikian cerita Zain.

Nampaknya Zain telah melakukan pengorbanan besar bukan sahaja untuk adik-beradiknya, anak-anaknya malah menjaga nama baik dan maruah mentuanya. Namun saya tertanya-tanya apakah Zain sudah bertanya kehendak Hamizan untuk masa depannya? Mungkin dia ingin menjadi burung yang terbang bebas? Kepada pembaca, dapatkah anda pertimbangkan jika mempunyai isteri yang curang seperti ini?

Sabtu, 2 Mac 2013

Pencerahan


Menjawab Isu Pencerobohan dan Mengapa Tidak Tentera?

Persoalan Kenapa polis tak tentera?

1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna

1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).

Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)

Komen : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sbgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula.

- Huraian dari Kiub Fakta {https://www.facebook.com/kiub.fakta}

Jangan lawan guru! masuk neraka!


tudiah.. hahaha! meh sini cikgu payedd nak bgtau.. kpd mak bapak yg x brapa nak layak jd mak bapak tu. sila baca dan paham..

wahai mak bapak.. tidaklah menjadi kegemaran guru utk memarah, membebel, merotan dan memukul anak2 anda.. kami x suka.. kami sndr banyak keje nak buat selain dari nak marah anak anda yg ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. mungkin mewarisi sifat anda.. tapi mahu atau tidak kami sbg guru perlu untuk memastikan mereka belajar dan melaksanakan tugas. wahai ibu dan bapa.. adakah kamu patuh pd suruhan agama dan tuhan kamu? 


kenapa kamu patuh? kerana kamu adalah insan.. kerana kamu adalah hamba.. dan kenapa pelajar perlu utk patuh dan laksanakan tugas sbg pelajar? kerana mereka adalah pelajar dan mereka perlu utk belajar. saya juga patuh pd tuhan dan agama saya.. saya juga patuh dan arahan pengetua. sedang saya yg cikgu pun boleh dengar cakap.. apa kuasa dan kehebatan anak anda sampaikan tidak boleh ditegur walau sedikit. apakah kuasa undang2 skrg membuatkan bapak dan ibu buta? 

wahao bapak dan ibu.. kami para2 guru tidaklah kejam. tidaklah jahat dan tidaklah gila.. malah, kami rasa, lebih ramai guru2 yg mnjd gila.. mendapat kencing manis, sakit jantung, darah tinggi semata2 menghadap muka anak2 anda setiap hari yg kurang ajar dan melawan guru. tapi, masih... kesalahan diletakkan di tangan guru. katanya guru tidak pandai mengajar.. wahai bapak dan ibu... kalau dah anak anda mnjd tuhan di sekolah, membuat undang2 sndr. boleh tidur dan x boleh kena marah bila x nak belajar, apa kuasa yg kami ada utk jadikan anak anda sbg manusia??



kami bukan tuhan yg boleh berikan hidayah.. kami bukan nabi yg bersifat maksum dan pemaaf setiap masa. kami hanya guru biasa yg mungkin tidak didengari suara.



wahai bapak dan ibu.. bila anak anda mendapat keputusan yg cemerlang.. anda akan cakap.. "sbb anak saya pandai"
bila anak anda mndpt keputusan yg corot.. jawapan anda.
"cikgu tu x pandai mengajar"



wahai bapak dan ibu.. kalau dah mcm ni la gayanya.. anak anda akan menjd bodoh.. dan terus mnjd bangang abadi.. walaupun guru yg mengajar anak anda itu.. adalah guru dari syurga. 



sekian.. terima kasih. 



yg benar.. guru pedalaman sarawak yg disayangi pelajar.
mohammad farid hanafi~
ok bai*

tour gopenhagen 2/3

bday girl Nur Izzah Umairah bte Mohamad Shehdi

Selamat Pengantin Baru utk adik Husna & suami. Fihifzillah hingga ke syurga

makan


setelah 6 tahun tak pie

shak jadi momok....?

posing gaya bebas

yang kiri tu adik teman 

runtuhan

beranda

dah xtau nak amik gambar apa

3 beradik

3 beradik juga

juga 3 beradik
2 beradik

bukti teman sampai KMPk


umah tradisi orang rawa gopen

Jumaat, 1 Mac 2013

C=O & O=C-H game


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ

سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر

أشهد أن لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ
و أشهد أن مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَ أَتُوبُ إِلَيْهِ

cara aktiviti dijalankan
1) Solat s u b u h berjemaah untuk keberkatan dari Allah pemilik ilmu kimi-'A'!. Teman hanya asbab mike faham. pastu cari mind map saiz paling besar. gantung di dinding makmal atau bilik tutor atau kuliah
2) Bahagikan pelajar anda kepada 2 kumpulan dan lantik seorang ketua untuk setiap kumpulan. berikan nama kumpulan yang sesuai. contoh nilon
3) Arahkan pelajar untuk jawab setiap soalan selama 2 minit. lantik time keeper.
4) Pensyarah terus boleh menyemak jawapan pelajar di papan putih
5) setelah selesai pensyarah menerangkan setiap jawapan pelajar yang salah dan membuat sedikit penutup sebagai rumusan dan kesimpulan

untuk aktiviti yang lain... boleh jemput game yang sama antara kelas..

p/s- enjoy chem... u hepi studi... bile studi u faham.. In Shaa Allah... bila faham... boleh wat tutor kimi-'A'! pastu apa laga... skor la PSPM IV dapat A! kimi-'A'! amin :)


kumpulan A (Hemiacetal) diketuai oleh Hisyam (yang pakai songkok)
kumpulan B (Iodoform) diketuai oleh saudari Liyana (duduk kanan sekali)


fokus... dengar apa teman kabo... ingkar arahan speaker makmal... perintah arahan keluar  makmal... hihii

pelajar ke hadapan dan menulis jawapan hasil perbincangan dalam kumpulan

sebab open game... boleh rujuk segala atuk nenek nota... buku rujukan dsb... takpe
makcik klener dan pak gad & pembantu makmal xkesah

masa situasi ni dirakam... suasana sangat gawat dan genting... kenapa? mung jawab la sendiri... hihii

jujur pada dirimu sendiri. Jangan berpakat... dosa. Sila buat sendiri... klu ingkar... hukuman nya kena panah petir..
kebaboooommmmm..... ada berani?

Peranan Pensyarah sangat penting dalam membantu pelajar mendapatkan jawapan yang betul... soalan teman : yang
mana satu pensyarah?

Peranan ketua kumpulan juga lagi penting dalam proses mendapatkan jawapan...
klu ketua sendiri pun tak faham soalan? anak buah dalam kumpulan lagilah...
tak faham kuasa 18.

Tulis jawapan tu bro.... biar cukup bilangan atom... xboleh lebih dan tak boleh kurang.
kedudukan = (ikatan ganda dua jika ada) juga kena betul