Rabu, 3 April 2013

Ustaz Rujhan


Dia seorang pendakwah yang versatil. Kuliah dan tazkirahnya bersepadu antara ilmu, kisah, madah dan gurauan yang berhikmah. Mendengar kata-katanya membuat kita berfikir, ketawa dan menangis.
Paling saya ingat, kuliahnya tentang mati. Saya tidak pernah  jemu walaupun telah  mendengarnya berkali-kali. Peristiwa yang paling saya ingati ialah apabila kami sama-sama mengendalikan satu program latihan di Janda Baik, Pahang.

“Ustaz, tolong sambung ceramah saya. Tangan saya menggeletar, fikiran saya melayang, hati berdebar-debar,” ujarnya sebaik memberi salam dan menerpa ke bilik penginapan saya yang hanya bersebelahan dewan kuliah.

Saya yang sedang tidur terjaga dan terus menyambung kuliahnya. Seingat saya tentang ‘Bahaya Dosa’. Sejak itu dia sering uzur. Ajakan saya untuk dia dan keluarga menetap di KL ditolak dengan baik. Dia memilih untuk tinggal di kampung halamannya, satu daerah terpencil di negeri Pahang. Saya memahami tindakannya. Sebagai anak yang sangat taat, dia memilih untuk tinggal berdekatan dengan ibu-bapanya.

Sejak itu dia sekali-skala sahaja bersama saya menjalankan program latihan. Kebanyakan masanya dihabiskan berdakwah di Pahang. Paling saya terhibur apabila mendengar kuliahnya dalam radio Malaysia Pahang. Intonasi suara, lenggang lenggok bahasanya serta butiran fakta ceramah semakin meningkat. Dalam hati, saya bangga punya sahabat sepertinya.

Namun, suatu yang saya tidak pernah lupa, dia akan mengirim ikan patin masak tempoyak setiap kali berkesempatan. Sungguh lazat ditambah dengan sambal kering hitam belimbing. Semua masakan cara kampung. Bukan sedikit, kadangkala sampai penuh bekaS besar yang dikirimnya.

“Ustaz Rujhan, buat susah-susah sahaja, “ begitu kata saya apabila menelefonnya semula sebaik kirimannya sampai.

“Ana tahu, ustaz dan isteri ustaz tentu suka…” jawabnya pendek.

Beberapa bulan berlalu… kami sibuk dengan tugas masing-masing. Tugas kami menyebabkan jarang-jarang kami berada di rumah. Apatah lagi sahabat, isteri dan anak-anak sendiri pun sering berenggang. Dia sering bergerak sendirian. Secara solo dia berdakwah ke sana ke mari. Pergi sebelum Subuh, pulang jauh-jauh malam.

Paling saya inginkan dia menjadi seorang penulis. Dia punya bakat yang besar. Hafalannya mantap. Cuma, mungkin kerana kekangan masa dan tenaga, dia terpaksa memilih untuk berceramah berbanding menulis.

“Dah ada rangkanya. Banyak sudah poin-poin penting, “katanya.

“Apa lagi… tulislah. Jangan tunggu masa lapang ustaz, lapangkan masa,” nasihat saya sebagai seorang abang.

Tiba-tiba saya mendengar dia diserang ‘serangan jantung’ kali pertama. Saya terkejut. Rupa-rupanya rasa gementar, tangan yang menggeletar tahun-tahun yang lalu itu mungkin simptom awal pada serangan jantung.  Ah, sayang sungguh, saya tidak sempat meluang masa untuk kembara menziarahinya kerana saya sendiri mengalami sakit akibat koyaknya otok dua belah  bahu, kiri dan kanan. Saya tidak dapat memandu kerana otot leher selalu diserang ‘frozen shoulder’. Ayah pula sakit-sakit ditambah kerja menulis dan mengendalikan latihan.

“Dia diserang strok kali pertama di bulan Ramadan ketika membaca Al Quran,” begitu yang saya dengar daripada rakan-rakan yang berulang menziarahi. Saya terkilan. Terasa ‘berhutang’ kepadanya. Saya tidak mahu menelefonnya, saya ingin menziarahnya. Bila? Nantilah… bisik hati memberi alasan. Kali kedua dia diserang strok, waktu itu saya sedang bersedia untuk membuat pembedahan (ditangguhkan sementara hingga kini atas sebab-sebab teknikal). Namun kali ini saya bertuah…

“Ustaz, apa khabar… rindu sangat dengan ustaz,” ujarnya beberapa lama selepas ‘kebah’ daripada serangan strok yang kedua.

“Ya Allah, ana pun rindu,” ujar saya. Mudah-mudahan rindu kami kerana Allah.

“Ana nak bersama ustaz semula. Sudah rindu untuk ikut modul dan berkongsi ilmu serta pengalaman,” katanya.

“Ustaz datanglah. Ana sering uzur,” balas saya.

Kami berbual agak lama. Terlalu lama, ulas isteri saya. Kami sama-sama keberatan untuk menamatkan panggilan. Dia bertanya pelbagai perkara. Berkongsi bermacam-macam rasa.

“Bagaimana ustaz membahagikan masa?”

Itulah antara soalan yang masih saya ingat. Walaupun dia selalu bertanya, tetapi diam-diam saya akui bahawa sayalah hakikatnya banyak belajar daripadanya. Belajar bersantai dalam memberi kuliah. Belajar mengadun antara fakta, cerita dan gurauan dalam batas dakwah dan tarbiah.

Tengah Jumaat itu, saya di utara. Selepas memberi kuliah secara ‘maraton’ seawal jam 8 pagi sehingga 12.30 tengah hari, saya kembali ke dalam kereta dengan kepala yang berdenyut-denyut. Bagi meredakannya saya bawa berselawat setelah menelan ubat.

“Ustaz, tahu tentang strok?” kata sahabat di sebelah yang membantu saya memandu kereta.

“Tahu kenapa?” saya menjawab biasa-biasa.

“Ustaz Rujhan, sahabat ustaz telah meninggal sebentar tadi akibat serangan strok,” katanya perlahan.

Innalillah wa inna ilaihi rajiun… saya terkejut. Saya terdiam seketika. Setelah membaca surah Al-Fatehah saya buka kembali SMS terakhir yang dikirimnya 3 minggu yang lalu. Menerusi SMS itu memohon maaf dan menyatakan keuzuran kerana belum dapat bertemu. Jika tidak jadual kuliah dan kursus yang telah siap diatur, mahu sahaja saya memecut ke Pahang untuk menziarahi jenazahnya. Namun apakan daya, masih dua program yang perlu diisi di utara dan tiga program lagi menanti di bahagian tengah dan selatan.

Akhirnya, setelah kira-kira dua minggu selepas dikebumikan saya di sini… di bawah pohon rendang di sisi pusaranya yang masih merah dan basah. Bersama-sama beberapa orang sahabat terapat, saya bertahlil. Walaupun bumi berbahang dipanah mentari, namun hati menjadi dingin dibelai kenangan-kenangan indah yang mengiringi pemergiannya.

“Detik pemergiannya pada penghulu segala hari, hari Jumaat.”

“Jemaah masjid penuh berganda ketika solat jenazahnya.”

“Allahyarham masih memberi kuliah Subuh di masjid berhampiran pada hari diserang strok.”

“Ketika pusaranya digali, tercium bau yang wangi.”

“Sebaik jenazah dikebumikan, hujan turun dengan lebatnya!”

“Dia sangat suka bersedekah walaupun ketika susah.”

“Di akhir-akhir hayatnya dia banyak berzikir, bertahajud dan duha.”

Begitulah yang saya dengar berita-berita dan kisah yang melingkari detik kematiannya. Orang yang telah mati akan disebut namanya mengikut  amalannya ketika hidup. Sungguh penceramah yang hebat apabila menyentuh tentang kematian itu pun telah mati… Terbayang anak isteri yang menangis kesedihan dengan pemergian suami seperti yang sering dibayangkannya… Terbayang detik-detik dahsyat ‘Sakaratul Maut’ yang sentiasa diperingatkannya. Kini segala-galanya telah dialaminya sendiri.

“Ustaz semua, makanlah… sengaja saya masak ikan patin gulai tempoyak pada tengah hari ini. Ustaz Rujhan dulu selalu menghidangkan ustaz-ustaz masakan ini. Sekarang saya sebagai isteri nak menyambung amalan arwah suami saya…” kata isterinya menjemput kami makan. Selepas makan, kami kumpulkan semua anak Allahyarham. Tazkirah, kata semangat dan kisah-kisah kebaikan ayah mereka kami imbau satu persatu. Mudah-mudahan anak-anak yatim ini menjadi ‘orang besar’ mengikut jejak anak-anak yatim yang hebat seperti Rasulullah SAW, Imam Safie, Imam Bukhari, Imam Hanbali dan lain-lain.

Sungguh saya benar-benar terharu. Allah Maha Mengetahui hikmah di sebalik kesedihan ini. Dia yang jarang ada di rumah itu akhirnya telah tiada buat selama-lamanya.

“Ustaz, tunjuk ajar saya untuk menulis…”

Masih terngiang-ngiang permintaan terakhirnya. Begitu tawaduknya, pada hal dia telah pun menulis dengan begitu baik dalam sebuah majalah yang semakin meningkat edarannya. Apalah ertinya keindahan sebuah tulisan dibandingkan dengan keindahan sebuah kematian? Saya cemburu, terlalu cemburu… mengenangkan bagaimana dia melakarkan sebuah kehidupan yang penuh perjuangan. Dia berdakwah, sehingga Subuh yang terakhir.

Benarlah seperti yang sering diungkapkan… cara mati seseorang akan ditentukan bagaimana cara hidupnya. Semoga Allahyarham Ustaz Rujhan bin Hj Razali, anak kepada seorang Tok Imam, adik kepada seorang murabbi, suami kepada seorang isteri yang tabah itu… di tempatkan di kalangan para solehin, diampunkan, dikasihani dan diredai Allah! Amin.

Pergilah dulu sahabat ku, aku dan kami semua, pasti menyusul mu nanti.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

table map Organic 'CHem-is-try' di pusat sumber KMS

ada laptop ada internet 3G... boleh tanya pakcik Google jawapan organik

selamat studi sis

lebih baik belajar berkumpulan dan lantik seorang ketua

mana pelakon nie?... opsss... hanya roh yang ada... jasad sedang ketiduran di asrama

yang terbaek 4 orang 1 kumpulan

lagi terror... wat trivia organik... sapa cepat dia menang... 

peta minda adalah cara terbaek nak belajar memahami konsep kimi-'A' organik

Lagi ramai lagi bagus.... ada bagus juga

boleh guna untuk sumer pelajar PST Sains... PDT IV... pelajar akaun dan PDT II  tengok aje la... :)

table map teman

sedia membantu masalah organik In Shaa Allah :)

meja kopitiam pun teman letak utk konsep belajar independant learner

sebagai menghargai pelajar teman yg dikasihi

Selasa, 2 April 2013

Rasain



flying hut photo manipulationAssalaamu'alaikum. Pepatah lama ada menyebut, "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Ianya masih relevan sehingga kini dan mungkin untuk selamanya. Begitu juga dengan pepatah"tak kenal maka tak cinta". Kedua-dua pepatah ini berkait rapat dengan tajuk yang akan dibincangkan sekarang.

- Apabila kita tidak mengalami sendiri suatu penyakit yang ditanggung oleh orang lain, maka kita tidak akan faham bagaimana tahap seksa/kesakitan yang ditanggungnya. Kerana itulah adakalanya sensitiviti kita untuk bersimpati terhadap seseorang pesakit mungkin tidak seberapa, kerana kita mungkin fikir ianya hanya sakit yang ringan, sedangkan yang menanggungnya mungkin teramat sakit, dan begitulah sebaliknya.

Kerana itulah, untuk lebih memahami walaupun tidak sepenuhnya, tentang bagaimana perasaan si pesakit, kita perlu bergaul dan mendengar sendiri luahan-luahan pesakit (sama ada secara berdepan atau melalui penulisan dsbnya). 

- Seorang guru agama, yang tidak mempunyai banyak pengalaman bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mungkin tidak memahami perasaan dan pola pemikiran banyak golongan. Jika dari kecilnya hingga saat dia bergelar Guru Agama , hanya bergaul dengan manusia-manusia yang hampir sama dengan kategorinya saja, maka sudah tentu sukar untuk dia memahami perasaan dan pemikiran manusia kategori lain. Itulah yang boleh menimbulkan salah faham dan lemah pendekatan untuk berdakwah atau menarik orang lain untuk minat pada agama.

Kerana itulah Guru Agama seperti Ustaz Azhar Idrus ada keistimewaan dalam memahami pelbagai lapisan masyarakat, kerana mempunyai pengalaman bergaul dari kalangan manusia-manusia yang nakal dan berbuat banyak maksiat, hinggalah kepada kalangan manusia-manusia yang baik dan kuat beriman. Ini bukan nak 'jack' UAI, tetapi sebagai contoh sahaja :D.  Dengan pengalaman-pengalaman tersebut, mudahlah untuk 'tackle' dan dakwah mana-mana golongan pun dengan lebih berhikmah dan lebih memahami perasaan, kehendak dan minat mereka. Kerana seorang manusia yang jahat sekali pun, masih ada ruang untuk dia berubah, jika betul cara 'tackle'nya insyaAllah.

Dan kalau kita perhatikan Sirah Nabi Muhammad S.a.w pun, baginda mempunyai banyak pengalaman dengan pelbagai lapisan masyarakat, dari rakyat bawahan hinggalah kepada pemimpin atasan. Sejak kecil dia dihantar ke kawasan lembah bersama dengan golongan pengembala, kemudian pernah juga merantau untuk berdagang bersama bapa saudaranya Abi Thalib, mempunyai saudara-mara yang berpengaruh dalam kuasa pentadbiran di Mekkah dan bermacam-macam lagi. 

- Begitu juga dalam hal ekonomi. Seseorang yang tidak mengalami sendiri menjadi miskin (dari sudut harta benda), terutamanya setelah dia dewasa atau tua, tidak akan faham perasaan dan susah-payahnya golongan miskin, lebih-lebih lagi golongan miskin yang berada di celah-celah pembangunan pesat dan ramai orang kaya di sekelilingnya. Jika hanya dia mempunyai pengalaman menjadi anak orang miskin sewaktu dia kecil dulu, kemudian berubah menjadi kaya apabila meningkat dewasa (mungkin kerana sudah berpelajaran tinggi), ianya masih tidak sama.

Miskin sewaktu kecil atau kanak-kanak, dari segi psikologinya amat berbeza dengan miskin ketika dewasa dan seterusnya. Ketika kanak-kanak, biasanya pemikiran masih lagi belum matang dan tidak merenung jauh. Kanak-kanak juga masih berada dalam suasana bermain dan belajar di sekolah. Apabila meningkat remaja pula, cita-cita dan impian mula dipasang dan berusaha untuk mencapainya. Dimana semua peringkat usia tadi masih memberikan harapan kepadanya untuk menjadi kaya atau melepaskan diri dari kepompong kemiskinan suatu hari nanti.

Tetapi orang miskin dewasa dan tua, bagaimana lagi untuk menyimpan harapan setelah peluangnya makin tipis, tubuh badannya makin lemah, semangat pun makin kurang dan seumpamanya. Tambah lagi jika dia tinggal di celah-celah ramai orang yang kaya-raya di sekelilingnya. Akan bertambah lah perasaan rendah diri dan serba kurangnya, merasa seperti tersepit dan dihimpit.

Sedangkan ramai juga orang kaya yang sudah kaya dari kecilnya kerana ibubapanya adalah orang kaya. Dan tak kurang juga yang mendapat rezeki melimpah-ruah dalam waktu yang singkat, dan juga mempunyai pekerjaan yang tidak terlalu susah tetapi gaji sangat besar. Orang-orang seperti ini lagi payah nak faham jiwa orang-orang miskin. (walaupun tidak semuanya begitu)

Maka untuk lebih memahami lagi perasaan orang-orang dewasa dan tua yang miskin, cubalah wahai orang-orang kaya, kamu lalui hidup sebagai orang miskin, setahun pun mungkin dah cukup untuk kamu faham. Lagi pun, ada kalangan orang-orang kaya yang menganggap bahawa orang-orang miskin adalah golongan yang malas berusaha, suka mengharapkan subsidi dan meminta sedekah semata. 

- Dalam hal karier/pekerjaan pula, seorang polis mungkin tidak faham jiwa seorang mekanik, seorang kontraktor mungkin tidak faham jiwa seorang nelayan, seorang doktor mungkin tidak faham jiwa seorang petani, dan sebagainya lah, jika masing-masing tidak saling mengenali dan berkongsi rasa.

Dan begitulah seterusnya dalam hal-hal seperti hubungan kasih sayang, perbezaaan agama, bangsa dan budaya, faktor umur, politik, geografi dan lain-lain lagi .......



Kesimpulan

Kerana itulah, maka sebaiknya kita berusaha untuk saling faham-memahami antara satu sama lain. Cuba untuk kenal-mengenali sesama manusia (selagi tidak melanggar batas-batas syara' dan dalam keadaan terkawal), dari usia masih muda.  Yang penting mesti ada hati yang benar-benar ikhlas dan prihatin.   Jika kita sudah dewasa dan tua, dan masih kurang pengalaman mengenai hal ini, mungkin hati kita sudah agak keras untuk memahamkan diri (terutamanya apabila kita merasakan bahawa kita sudah tahu segalanya).

"Hai manusia, sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. " [Surah Al-Hujuraat : ayat 49]

Seorang yang bergelar pemimpin lagi penting untuk memahami lebih banyak jiwa dan perasaan manusia lain, agar rakyatnya mendapat keadilan yang sepatutnya dan tidak tertekan dan dizalimi (akibat salah faham, tidak faham dan buat-buat tak faham).  

Sebagai contoh, jika pemimpin sebuah negara mahukan rakyatnya kurang/tidak mencuri, merompak, meragut, pecah rumah dan seumpamanya, maka selain dari laksanakan Hukum Hudud yang wajib kamu laksanakan, cuba lah ikhtiar agar agihan pendapatan dan harta-benda di dalam negara ini seimbang (balance). Bukannya dengan membiarkan yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin. Kaji semula sistem pembahagian gaji dan pendapatan bulanan/harian agar jurang perbezaannya tidak terlalu besar.   Jagalah kebajikan rakyat dengan seadil-adilnya. Bacalah kisah-kisah seperti kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz sebagai motivasi.

Dan untuk contoh-contoh lain, Lu pikir la sendiri!  ;) 


p/s:  Maaf jika penyampaian tulisan ini lintang pukang. Perlukan kepada pengamatan mendalam dan imaginasi  yang lebih untuk memahaminya :D

Ekori


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sejak kebelakangan ni banyak kes jenayah berlaku di mana pemandu yang kebiasaannya memandu berseorangan di ekori oleh penjenayah. Penjenayah akan mengekori rapat dengan memberi lampu dan sebagainya.
Ini ada satu kes terbaru di mana seorang wanita yang memandu berseorang diekori oleh keretayang mencurigakan.. Pengalaman sebenar diekori kereta penjenayah ini dialami oleh Nur Farina bt Abdullah.

Gambar Hiasan
Kisah berlaku pada 20/3/2013 pada jam antara 2:00- 2:30 petang dalam perjalanan dari Nilai 3 nak balik Bangi ikut jalan shortcut Bukit Mahkota.
Saya ke nilai nak beli langsir, abis semua saya pun nak balik umah di bangi sorg2 dlm keta, sampai satu jalan tu saya perasan ada keta merc atau bmw dgn no wnw 8558 atau wnw 8588 ( tgh gelabah no keta pun ingat2 lupa) dia bg lampu kat saya, so saya slow ler keta sbb keta saya pintu tak rapat atau tangki minyak x rapat, tp saya tgk semua ok2 jer, so saya buat tak tahu dan dia bg lampu lagi, so saya slow dan ketepi skit keta sbb ingat dia nak potong saya, tp saya slow dia pun slow blkg saya…hati mula rasa x sedap, jalan mmg xde satu kereta pun sbb jalan tu mmg lenggang. bila saya tgj mcm tu saya terus syak keta tu nak buat jahat. terus saya pecut keta dan saya tgk dia ikut saya.
Sampai roundabout saya saja pusing2 2 3 kali kat situ dia pun ikut juga sambil bg lampu, saya terus pecut dan call suami, suami suruh terus pergi balai polis yg berdekatan, balai yg dekat adalah balai polis bandar seri putra bangi, so saya tgk keta tu ikut juga saya dan saya terus ke balai polis dan parking depan balai dan saya tgk keta tu terus jalan x ikut sama berhenti.
Saya masuk balai dan buat report dgn polis, bila saya ckp no keta polis tu tanyta keta merc atau bmw puan? saya ckp antara dua tu saya xleh nak cam sbb tgh takut… pastu polis tu senyum2 seolah2 mmg ada kes keta tu follow keta orang lain…polis tu ckp mmg kat situ kes samun keta mewah byk jadi sbb jalan tu lenggang dan sunyi.
Jadi tak digalakkan sangat kalau sorg2 lalu jalan tu sbb jalan tu agak bahaya…dia ckp saya amik tindakan yang bijak sbb terus ke balai polis sbb kalau saya terus balik umah mbe dia akan target umah saya jugak
Jadi kawan2 perempuan tlg lah hati2 kalau jadi mcm apa yg saya alami hari ini… kalau ada yg mencurigakan terus bwk keta g balai polis. minta polis antar kita balik supaya org yg jahat tu xkan ikut kita, so kurang2 dia x tau mana umah kita… skrg nie mcm2 taktik org jahat nie…
Jadi ari nie saya balik diantar oleh pakcik polis, dia ckp kalau saya berhenti keta dan turun keta td mesti dah kena samun, atau rogol atau bunuh atau culik sbb jalan nilai bukit mahkota tu mmg sunyi sangat2…
Buat semua kawan2 sila hati2 ya… ingat… kalau ada apa2 terus bwk keta dan pergi balai polis! ini adalah apa yg jadi pada saya hari ini..
#Alhamdulillah, tindakan bijak wanita ni dapat mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.. Mohon sebarkan kepada teman-teman anda agar tiada lagi yang menjadi mangsa.

Isnin, 1 April 2013

Giant mind map organik

MK 1 : C=C
MK 2 : C6H6 
MK 3 : R-X
MK 4 : R-OH & C6H5OH
MK 6 : C=O & HC=O

MK 7 : COOH

MK 7 : NH2
MK 5 xde mind map... sebagai kawalan

lab table map

2 pelajar teman khusyuk berbincang... boleh conteng lagi atas giant mind map teman tu
COOH

C=C

C6H6


R-X

NH2

R-OH

Phenol

C=O

CHO