Isnin, 2 September 2013

doposeng

Ramai orang mengeluh. Kalau sekadar minyak petrol saja yang naik boleh kira lagi, tapi lepas ni pasti harga barang akan juga naik. Gula, tepung, ayam, dan sewaktu dengan nya juga naik.

Janji2 dari mereka yang sebelum ini mahukan jawatan sebagai pemerintah hanya tinggal janji palsu. Ya, janji palsu!

Hilang sudah slogan mereka, iaitu "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" dan "Janji Ditepati". Ohh, lupa, menghadiahkan janji manis sudah sebati.

Wahai, Dato Najib, cubalah kasihan sama rakyat anda yang miskin, cubalah selami apa yang rakyat anda sedang lalui ini, jangan terlalu suka, setiap apa yang anda lakukan untuk rakyat anda akan dipersoalkan.

Teringat masa minyak naik dulu, ada orang berdoa, "ya Allah, Kau timpakan apa yang sepatutnya kepada mereka yang menzalimi kami." Kalau doa orang tu termakbul kali ni, memang 'masak' lah kalian. Fuhh, seriau.

Doa orang yang dizalimi tu makbul Dato' Najib. Semoga Allah membuka hati Dato' untuk memahami apa yang berlaku.

p/s: ini antara hadiah merdeka yang 'best'.

Lebai moden

dari pandangan anda ..mana yang anda rasa anak yang berguna dan yang benar2 membantu..? pilih satu sahaja

a) anak yang gagal dalam pelajaran dan malas sehingga makanpun mak bapak yg bagi(anak bapak)

b) anak yang gagal dalam pelajaran tetapi rajin membantu mak bapak dan menjdi tempat bergantung apabila mereka tua..

c) yang berjaya dlm pelajaran tetapi gagal dlm hidup

d) yang berjaya dalam pelajaran dan berjaya dalam hidup sehingga membanggakan seluruh keturunan..kena pulak anak dapat jadi PM kan? dan berjaya bantu seluruh keluarga di atas dunia ni..tetapi gagal di akhirat

e)anak yang bodoh dan hanya hidup dalam kesederhanaan tetapi mampu menjadi pelindung kedua ibu bapa daripada api neraka di akhirat kelak.

pilih jawapan yang anda rasa suka dan cubalah didik sehingga mereka menjadi seperti yang anda ingin kan .. #share

khaled saed















بِســـــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Prihatin Mesir | Khaled Saed

Khalid adalah pemuda dari Wilayah Iskandariah, Mesir. Semasa hidupnya beliau pernah menyebarkan video salah salah laku polis Mesir di zaman diktator regim Husni Mubarak.

Sebagai balasannya, Khalid dipukul dan diseksa sehingga mati, anda boleh saksikan keadaan wajah Khalid. Kematian Khalid antara pencetus utama berlakunya Revolusi 25 Januari 2011.

Rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat bangun mempertahankan hak Khalid dan menentang anjing-anjing Mubarak yang bertindak kejam dan zalim. Kemuncaknya berlakulah Revolusi 25 Januari sehingga berjaya menggulingkan Mubarak.

Selepas Mubarak jatuh, tentera memerintah selama setahun setengah dalam tempoh peralihan, namun tiada hukuman dikenakan ke pembunuh Khalid dan rakyat yang terkorban ditembak polis Mubarak semasa Revolusi 2011. Hakim membebaskan penjenayah kerana pihak pendakwa raya sengaja tidak mengemukakan bukti yang kukuh.

Semasa Mursi menjadi Presiden, beliau memecat peguam negara dan menggantikan dengan peguam yang baru. Kes-kes jenayah Mubarak dibuka dan dibicarakan semula. Belum selesai penghakiman, Mursi digulingkan, Mubarak dilepaskan, seorang demi seorang penjenayah dilepaskan.

Darah Khalid dan pejuang yang terkorban masih belum terbela, sekarang Regim Mubarak berkuasa kembali dengan sokongan kuat dari tentera, mereka bebas membunuh,menyeksa dan menangkap sesiapa sahaja yang menentang kerajaan haram tentera.

Rakyat bangkit kembali menentang tentera, momentum kebangkitan semakin kuat, 30 Ogos menyaksikan penentangan hebat dari rakyat. Biarpun tentera masih belum mengalah, tetapi kebangkitan rakyat Mesir tidak dapat disekat, regim Mubarak dan Pemerintah Tentera akan tumbang satu masa nanti.

Khalid telah pergi menemui Tuhannya, namun perjuangan Khalid disambung jutaan 'Khalid Saed' yang baru. Begitulah perjuangan menegakkan kebenaran, satu mati sejuta akan bangkit.

Semoga pembunuh Khalid akan terima balasannya satu hari nanti.

Nukilan wartawan Prihatin Mesir.

gelagat

Selamat Malam.. Di KL hampir keseluruhan stesen minyak penuh dengan kenderaan beratur nak isi minyak. Saya kesian melihat nasib rakyat. Baru kelmarin saya sengaja menyaksikan Tanda Putera, sebuah filem sejarah yang sangat hebat. Walaupun mutu karya dari segi beberapa footage yang tak selari dengan zaman, namun jalan ceritanya ada roh, roh perjuangan seorang tokoh hebat, Tun Abd Razak. Ayah saya antara orang yang menyanjungi Tun, kata ayah "Kalau tak kerana Tun (sebagai asbab), walid tak dak nak boleh belajaq sekolah dan kerja tinggi."

Semasa kecil lagi (dlm usia 7 tahun), ayah pernah bawa kami sekeluarga dari Kedah ke KL, kami dibawa menziarahi makam Tun Abd Razak, di sebak wajah ayah ketika itu, saya dapat bayangkan betapa Tun disayangi, bukan hanya ayah, bahkan hampir seluruh rakyat menyayangi Tun hinggakan PAS ketika itu juga sanggup bergabung dengan kerajaan kerana kebijaksanaan dan ketokohan Tun.

Ayah berulang kali bercerita pasal jasa Tun walaupun kami dah banyak kali mendengarnya, dan kami adik beradik dah hafal skrip ayah, apa yang akan ayah cakap pasal Tun. "Tun oghang ceghedik (cerdik dalam loghat Kedah), dia buat IPT utk orang Melayu, dia buat MARA, dia pembangunan rakyat, buka pemikiran rakyat, dia buka Felda utk org melayu, dia pinjam bank dunia bukan untuk merapu macam Mahathir, tapi guna untuk buat Petronas. Mai zaman Mahathir, dia peghabis (habiskan) guna buat benda takdak faedah, memang KLCC tu membanggakan negara, tapi rakyat tak dapat apa, nak masuk jamban KLCC pun kena 2 ringgit. Yang untung org kaya2, org luar, org2 kroni." Marah sungguh ayah kat Mahathir.

Saya menyaksikan ayah sebak bila dia kata, kerana Tun lah dia dapat guna buku teks zaman dia mengaji. Hebat jasamu Tun Abd Razak. Karisma, Rendah Diri, Pencinta Agama dan Bangsa. Semalam beberapa kali saya mengalirkan air mata bila menyaksikan babak Tun. Terus terang, saya rindukan pemimpin seperti beliau sebagaimana saya merindukan Dato Fadzil Noor (Presiden PAS). Saya sanggup berada dalam bendang, basah hujan, dalam hutan semata-mata nak dengar ceramah Dato Fadzil. Kebijaksanaan mereka diguna untuk rakyat. Tapi Allah cepat ambil orang-orang baik macam Tun Abd Razak dan Dato Fadzil Noor.

Nak jadi pemimpin perlu ada roh rakyat, perlu merasai kesusahan rakyat, baru tahu apa yang patut dibuat kepada rakyat. Pengumuman kenaikan minyak pada malam ini saya anggap sebagai satu tindakan yang kurang peka dengan masalah rakyat dan satu tindakan yang tidak praktikal. Dengan alasan mahu memberi BRIM adalah tidak logik sama sekali. Ini kerana BRIM tidak dirasai semua. Ada yang dinafikan hak atas alasan punya gaji tinggi sedangkan kos sara hidup pun tinggi terutama di bandar. Dan ada yang tak dapat kerana masalah birokrasi. Sedangkan dengan kenaikan minyak ini, secara logiknya pun tentu akan mengundang kenaikan barang. Ini bukan teori, memang dah berlaku sebelum ni. Percayalah wahai anak muda, kawan2, p.cik dan m.cik. Kenaikan minyak adalah satu penganiayaan. Ini kerana untung Petronas adalah tinggi dan menidakkan alasan untuk menaikan harga minyak.

Keuntungan minyak dan subsidi yang ditarik balik tu untuk apa? Pembangunan? Pembangunan untuk siapa? Rakyat? Tidak, pembangunan atau projek itu sendiri adalah untuk memenuhkan poket kroni-kroni kerajaan. Walaupun saya muda tapi saya berkawan dengan ramai org2 kuat kerajaan. Saya tahu macammana membina kekayaan dengan kroni ni. Persoalan yang juga mudah, jika minyak boleh naik harga, mengapa getah dan sawit tak naik, kalau naik pun tak sebarapa dan ada turun naik, mengapa?

Saya mewakili diri saya sendiri, orang2 kampung dan bandar yang miskin yang menyokong bantahan ini, (yang tak menyokong tu takpala, kita doakan mereka moga dapat hidayah, dapat lihat kebenaran), saya mewakili semua yang senada dengan saya, untuk menyatakan bantahan kepada tindakan tidak bertimbang rasa kerajaan terhadap kesempitan yang ditanggung oleh rakyat. Saya harapkan kerajaan lebih mengutamakan seperti yang dicanang. Bukan mengambil kesempatan di sebalik kelemahan dan kebangangang rakyat.

AZHAR GHAZALI
(Anak Muda Yang Sedih Melihat Gelagat Pemimpin)

Ahad, 1 September 2013

guruku

"Cikgu yang dulu, cikgu yang sekarang"

Cikgu yang dulu bukanlah yang sekarang,
Dulu disayang sekarang cikgu ditendang,
Dulu dulu dulu cikgu bahagia,
Sekarang cikgu menderita,

Cita cita cikgu menjadi orang berjasa,
Dulu cikgu susah sekarang alhamdulillah,
Bersyukurlah pada Yang Maha Kuasa,
Memberi jalan untuk cikgu semuanya,

Hidup cikgu dulunya seorang pengajar,
Sekarang lebih kepada kuli dan kerani,
Tetapi demi mengejar cita cita paling mulia,
Membantu mendidik anak bangsa,

Sekolah dulu cikgu duduk sekejap saja,
Sekarang terpaksa sampai ke malam,
Tetapi, cikgu tak berputus asa,
Pasti Yang Kuasa memberi jalannya..

2 dalam 1

{DUA} [LEBIH] {BAIK}

Ketika ditanya kepada Allamah Sheikh Hamza Yusuf Hanson hafizahullah adakah 2 kesenangan mengatasi 1 kesusahan?

Maka dijawab Sheikh hafizahullah:

"Benar. Ianya berdalil dari surah al Insyirah.

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(Surah Al Insyirah)

ال yang pertama ialah alim laam MA'RIFAH. maka khusus kesusahan itu. Dan Yusr, yang disebut dalam NAKIRAH (umum).

ال yang kedua di ayat yang seterusnya itu adalah alif laam al A'hdi, iaitu Alif laam pengulangan.

Maka dapat difahami bahawa masalahnya masih sama. kesukaran yang sama. Dan Allah Sambung dengan Yusr yang masih disebut dengan NAKIRAH. Maka kemudahan dan kesenangan kedua ini adalah berbeza dengan Yang pertama.

Oleh itu, Allah menjanjikan bahawa bagi setiap 1 kesusahan, terdapat 2 kemudahan."

Sebagai contoh nak senang faham, jika susah dalam hendak menikah, nanti Allah mudahkan dapat 1 isteri. Kemudian Allah kurniakan isteri yang kedua. 
(ni contoh dari penulis, bukan sheikh hamza) hehe

~Indah hidup jika beriman~

siko

Cerita penceraian aku dgn isteri ni berlaku pd taun lepas . Kitorg da 9 taun kawen , & da ade 2 org anak . Mase tu aku ade dkat office , dapat 1st sms dri isteri . ' Assalam abg , Ina nak mintak cerai dri abg . Harap abg dapat tunaikan . ' Tersentak aku . Knape pulak tibe2 . Aku xblas ap2 sms dri isteri . Jam pulak dah pkul 5 waktu aku bersiap utk ambil isteri balik kje . Sampai ke office die pn dalam roughly pkul 5.30 ptg . Die masuk dalam kereta dan diam . Aku pn mula la bukak suara , ' kita ke tasik titiwangsa nak ? ' . Die jwb ringkas , 'ok ' . Xjauh pn dalam 10 minit dah smpai sebab tempat keje die kat area jalan Ampang . Jalan pn xjem sgat time tu . Kitorg duduk dkat satu pondok . Aku mule bertanye .

Aku : Why so sudden ? Skrg da rase abg xcukup kacak ke ? ( aku cube bergurau )
Ina : Sebenarnye ina da agak letih . Kesihatan abg xpernah baik . Setiap pkul 3 pgi , ina mesti bgun buatkan abg air jus epal utk ubat sakit batu krg abg , tapi xpernah baik . Mlm smlm ina bgun pkul 3 lagi , buatkan air . Smpai ke office plak , pendrive ina rosak , dlam tu ade dokumen yg bos nak , ina dah kne marah . Smpai waktu lunch , ina beli mknn , bihun tu basi plak . Mcm2 hal jdi hari ni . Nak balik tdi , kaki ina terpeleot smpai jatuh kat dpan client . Malu la abg . Ina xcukup tidur , ina nak mintak cerai .

Memang betul . Dah lame tp kesihatan aku xpernah baik . Aku ditakdirkan terkena batu karang . Da mcm kaedah berubat tapi xjugak baik . Da 3 taun . Ubat tradisional . Aku pn xpernah gune alternatif perubatan laser sbb mhal . Jus epal yg aku minum tu cume bole reduce sakit ap yg aku alami ni . Kalau x malam2 aku mesti berdarah jugk la . Financial pulak problem sbb anak aku kne hinggap lelah , so duit byak keluar utk die msuk wad . Aku bgi jawapan utk isteri .

Aku : Abg sbenarnye agak terkedu . Tapi ina da buat keputusan . Abg berkahwin dgn ina bersebab . Klau bukan utk bhagiakan ina , utk spe lagi . Tapi ina xbhagia , abg kne pulangkan balik hak ina . Ina berhak utk lebih bhagia drpd skrg . Abg mintak maaf atas ap yg ina dah lalu ni . Mgkin 3 taun mse abg tgah sakit ni byak buatkan hati ina menangis . Tapi takdir Allah ni abg xboleh tolak . Abg kne truskan jugk kehidupan . Abg tunaikan permintaan ina utk lepaskan ina . Abg redha sbb abg sygkan ina . Ini pn tggungjwb . Tapi mggu dpan abg lafazkan cerai bole ? Lagipn mggu dpan abg outstation , ank2 kite pulak cuti skolah . Takut diorg terkejut pulak bnd yg dtg tiba2 ni . Soal pembahagian anak tu abg xkan berebut . Kite ad 2 anak , abg akan ambil yg sulung , ina ambil yg bongsu . Utk sminggu ni , abg tidur dkat ruang tamu atas sofa . Mgkin anak2 xkan syak sbb abg akan buka tv smpai pgi mse abg tido . Terima kasih atas jagaan ina slame 9 taun ni . Da mcm2 yg kite tempuh . Ina jgn menangis lagi . Air mate ina tu sgat berharga . Bila kita dah xbersama nnt , ina jgn lupe utk tutup suis sterika pgi2 . Lepas ina gosok tudung , ina mesti lupe . Abg xmrah . Kereta kita ni manual , ina dah lame xbwak manual kan ? Esok abg akan hantar utk tuka gearbox auto . Ina boleh pkai kereta , abg pkai moto je pegi kje . Safety first ina , pkai seat belt mse memandu . Ina slalu lupe , tapi abg pkaikan .
Ina : Minggu dpan ? Boleh la , lagipn mse tu cuti skolah , ina akan bwak budak2 balik kg . Ok .

Dalam mse smggu tu , aku tidur dkat luar . Bernyamuk jugk & pnas sbb air cond dkat dlam bilik . Aku jenis tido mati , berpeluh pn lena je tido . Tapi ina tu xpenah lupe utk bgun pagi buatkan aku jus epal utk aku minum , seperti kebiasaan . Da bermcm dvd jugk aku tgk kat rumah tu , walhal xpenah2 tgk dvd slame ni . Cume tau beli je . Tu pn ina yg nak sbb lepak mapley je msti beli satu dvd . Aku dgn die ni xsme taste , mane la aku suke cerita jiwang2 ni . Huhu . Smpailah cukup smggu hari sabtu pagi .

Aku : ina , abg nak cakap sket ni . Dtg dkat abg kejap bole ?
Ina : ye abg , knape ?
Aku : abg da jnji dgn ina abg nak lepaskan ina , abg nak lafazkan cerai .
Ina : hah ? Xboleh abg . Jangan ! Ina sygkan abg . Ina da buat keputusan yg slah . Ina mintak maaf . Kite balik smula ye abg . Ina lupe dgn janji abg , tapi ina xbiase bile abg xde . Org yg boleh fham ina dgn baik cume abg . Ina xkan ulang bnd ni lagi dkat abg . ( Ina menangis . Nasib baik anak2 ad dkat luar rumah , kitorg dkat dapur )
Aku : abg dah lame ampunkan ina . Ina xslah dlam hal ni . Abg pn susah hati bile ina xde . Takdir Allah , tuhan da baikkan hati ina . Abg tipu sunat dkat ina . Sbnrnye abg xde outstation . Abg bgi alasan tu sbb abg nak ina bertenang utk ina fikir balik keputusan ap yg ina dah buat . Abg mintak maaf . Dah 9 taun , abg pn xbiase klau xtgk kecantikan ina waktu pgi tanpa mekap . Abg rase sejuk . Walaupn ina tidur dgn berbagai gaya . Sendawa ina lepas makan , betul2 buat abg tergelak . Lnsung xcover . Tapi tu la , klau ina xnak kat abg ni , abg makin tua makin tampan . Melepas la ina .
Ina : abg niiii . ( ina pn peluk aku ) . Ina shampoo rambut abg nnt nak ? Da slalu rase air tgan ina ni bru la abg xmenggatal .
Aku : Hamboii . Bodek num 1 . Haha .

Alhamdulillah aku dgn ina xjdi bercerai . Takdir Allah hubugn tu slamat dgn masa . Ad care sbnrnye mcm mane aku nak tackle problem ni . Alasan die sbb die letih bgun pgi buat jus epal utk aku . Die kene tau , level die sbgi isteri die terpaksa buat . Aku xpernah pakse , cume aku ni pn org yg susah utk bangun seawal 3 pgi . Huhu . Tapi terpaksa die ni adalah kerja utk Allah . Yelah sbb jge suami kan . Dari hati yg terpakse tu die akan ikhlas . Macam solat . Org yg nak berubah die kne bentuk diri die dgn solat . Die buat dlam keadaan memaksa . Tapi hati ni milik Allah . Lame2 die akan ikhlas & redha . Ikhtiar aku , cume aku berdoa mintak die dilembutkan hati . Standard org perempuan , emosi die ni turun naik . Bile emosi die naik , moral die akan down & marah . Time ni la die kurg sabar . Bile buat keputusan , mmg die akan ikut ape aje yg terlintas . Die akan capai yg mane ade dulu dalam fikiran die . Emosi die xstabil .

Ina ni agak pelupa . Sebenarnye ade helah knp aku bawak die ke tasik titiwangsa dulu mse die mintak cerai . Kat situ mulanya date kitorg dulu . Waktu tu , Ina tersalah dial telefon . Angka cuma lari 1 je dari num yg die nak dial tu . Die cari Ramli mase tu . Aku bile dgar suara perempuan je , ape lagi . Gune kan lah teknik penyamaran . Lagipn suara die ni sedap didengar sbb suara manje . Lagilah aku lentok . Cume die cakap laju je . Kete die tgah problem mase tu sbb xleh nak start ( kete kancil ni da jual , aku beli kete baru ). Aku bgi die troubleshoot . Tapi die xpndai sbb org perempuan kan . Bab2 ni die xlaju . Kesian pn ade sbb dgar suara die dah nak nanges . Lagilah aku xjdi nak menipu , aku ckap aku bukan Ramli . Aku cakap aku dtg nnt , kalau die sudi . Die dah start risau , tapi aku gtau waktu siang ni . Aku xmungkin nak culik die . Klau die ade rase ragu2 , die boleh jarakkan diri 50 meter dri aku & start menjerit klau nampak aku ni meragukan nnt . Niat cume nak tolong . Aku smpai & jumper battery die balik & kete boleh start . Tapi die xjarakkan dri aku pn , die tgk dgn penuh minat & penuh dgn pertanyaan . Aku pn tanye la , ' dalam kete awak ni ade payung berger x ? ' die tnye ' kenape ? ' . Aku jawab , ' kalau ade , sy nak bukak kaunter pertanyaan kat sini ' . Die kate aku perli pulak . Haha . Kete die mmg kemas & superb wangi . Die bukak pintu kete & ambil air twister mase tu bgi dekat aku . Aku balas , ' Aih xkan ni je . Nasik2 xde ke ? Kot ade jamuan ringan nnt , jgn lupe call pulak . Sy ni kuat makan ' . Tu la 1st aku tgk die senyum & gelak . Memang mengekek . ' Aih minah ni . Ade bela ke , ' tanye aku dalam hati . hahaha .

Memang betul . Tiap kali gaduh ni , 1st thing yg aku akan recall , mcm mane aku boleh kenal ina ni & knp mesti aku mule bercinta dgn die dulu . Mase tu da berlalu . Bab ni mmg pentg . Itulah resepi knp aku dgn die bole bertahan smpai 9 taun lamenye . Tapi mate die mmg sgat cantik . Mungkin tu sbb knape aku terpikat dgn die kot . Main2 mate dgn aku , mane aku boleh than . Cair terus . Haha

Sblum kawen dgn ina ni , aku da kaji habis-habisan ape watak die . Tapi mse bercinta tu xnampak . Agak tricky jugk , xkn la xde salah lansung . Makan pn elok je sopan . Macam aku makan dgn permaisuri agong plak . Haha . Tapi mse bercinta dulu ina da terkantoi . Aku tgk tudung die ad sikit terbakar . So aku tanye kenapa . Die kate die nak cepat tdi sbb aku da nak dtg . Dri situ sbenarnye aku tau die seorg yg agak kurg sabar . Die xprepare awal sblum aku nak dtg . Org mcm ni die cpat buat keputusan bila die mrah .

Orgnya sensitif . & die seorg yg simple . Simple tu sbb die suke knekan pkaian yg ringkas . Die xpndai pilih baju . Sluar jeans die pn akak die yg belikan .Die takut pd lipas , so aku agak die seorg yg pengemas . Bwah katil die mesti clear xde brg . Klau x die xsng tido .

Penyayang , tu pn sbb die bela kucing . Waktu kucing die mati dulu , aku ade & die riba mayat kucing tu . Kucing tu dah berdarah2 , tapi die msih boleh riba .

Concern , tu pn sbb die tgk budak2 laki xsolat , lepak2 dkat mapley . Die tanye aku dah solat blom , die risau klau aku xsolat , mcm mane aku nak jge die esok2 .

Family first , mse aku kenal die , die cpat2 bgtau family die yg die tgah berkenalan dgn aku .

Caring , stiap pgi die xkan lupe utk bgi salam dkat aku & die xnak aku kerja lebih mse sbb takut kesihatan aku terabai .

Talkative , klau berckp telefon dgn die , 10 minit pn xcukup utk 1 sesi .

Tabah , die pernah sakit tapi die slalu sedapkan ati kuatkan diri utk family die , xnak family die risau keadaan die .

Terurus , die suke pd bnd yg wangi , die secara natural xade bau yg mengharukan .

Friendly , die seorg yg suke b'kwn tapi kdg2 org suke amek kesempatan pd kebaikan die ni .

Rajin memasak , die suke klau bab2 nak suro aku try makan ni . Tapi die ttap xpndai buat nsik grg . Mee grg ok . Lagipn , die ni jenis yg xmakan nasik .

Cantik , ini yg kdg2 buat aku risau ( jeles memanjang ) . Die ade kacukan korea & die gebu orgnye . Tapi da slmat jdi isteri aku pn . So aku xrisau . She's really a perfect girl to be married .

Ingat bro . Perempuan ni die perlukan perhatian . Kesilapan paling utama , bile ko buat die menangis . Time ni la , cerita yg xde bakal diada2 kan . Sbb die confuse . Org laki ni plak suke buat org perempuan confuse . Bile marah @ kecik ati je diam . Klau yg pnas baran tu , mgkin naik tgan la . Maki2 ke . Ini lansung xgentleman . Alam perkahwinan ni lain . Susah mmg ade , tapi seronok pn ad . Aku kawen dgn ina waktu die msih mude , die bru abes blaja . Pembawakan die agak kebudak-budakan tapi perlahan2 die matang bile da jdi isteri . Byak part yg die akan blaja , secara automatiknye die akan pndai . Contoh , die xpndai gsk baju kemeja dlu sbb die xpernah buat . Aku ajr die gosok , smpai skrg die pndai , baju kemeja aku mmg kemas . Member2 msti tego , ko pkai baju bru ke ni ? Kembg semangkuk sat . Bini pndai jage , mmg tip top lah hasilnye aku ni . Hehehe .

Blanje aku nasik kandar berbuka nnt boleh ? Aku da penat turunkan ko ilmu ni nik . Lauk tambah ye . Haha

~ pengalaman ni diceritakan balik oleh seorg sahabat , kpd aku . Baik sbnrnye utk panduan org lelaki . Secara overall prgi org perempuan lebih kurg sme . Cume tanggungjwb kita utk lebih memahami . Salam Ahad