Sabtu, 21 Disember 2013

taman cinta

Yang kaya terus menambah kekayaan. Sedangkan yang miskin terus dihimpit penderitaan. Apabila jurang pendapatan antara si kaya dan si miskin makin luas maka timbullah hasad pada diri si miskin dan takbur dalam hati si kaya. Lalu hasad dan takbur pun ‘bertempur’.
Akibatnya, runtuhlah persaudaraan, suburlah persengketaan. Jika dalam organisasi, hilanglah ukhuwah. Jika dalam masyarakat, meningkatlah jenayah.  

“Aku layak menikmati kekayaan ini kerana usaha ku,” kata si kaya.  
“Tapi kau kaya dengan bantuan keringat ku, “ balas si miskin.
Aku yang sejak tadi terus memerhati. Dialog maraton antara si kaya dan si miskin. Taman indah lokasi pertemuan itu ‘terbakar’. Dialog itu meresahkan. Ah, aku jadi rindu pada pertemuan si miskin yang sabar dan si kaya yang syukur… walaupun bukan di sebuah taman.    
“Aku mampu. Aku boleh menukar kereta ku. Tahun hadapan aku akan beli beberapa lagi daripada model terbaru.”
“Kau lihat satu-satunya motosikal cabuk ku. Tahun hadapan ia akan menjadi besi buruk. Di mana simpati dan empati mu?”
Aku diusik untuk berfikir. Pertembungan rasa antara si kaya dan si miskin bukan baru. Ia sudah lama berlaku dalam sejarah peradaban manusia. Dan ia juga turut terjadi dalam sejarah kehidupan Rasulullah dan para sahabatnya. Terbayang semula kisah pengaduan si miskin kepada Rasulullah SWW:

Pada suatu hari, serombongan fakir miskin daripada golongan Muhajirin datang mengeluh kepada Rasulullah SAW, lalu berkata: “Ya Rasulullah! Orang kaya mengaut dan membolot semua pahala sehingga mereka mencapai darjat yang paling tinggi.”

Lantas Rasulullah SAW bertanya: “Mengapa kamu berkata demikian?” Ujar mereka: “Mereka menunaikan solat seperti kami bersolat, mereka pun berpuasa seperti kami berpuasa, mereka bersedekah sedangkan kami tidak bersedekah, dan mereka pula memerdekakan hamba, pada hal kami tidak memiliki kemampuan untuk berbuat demikian.”

Selepas mendengar keluhan golongan fakir miskin tadi, Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah aku ajarkan kepada kamu amal perbuatan yang dapat mengejar dan mengatasi mereka dan tidak ada seorang pun yang lebih utama daripada kamu, kecuali orang yang berbuat seperti perbuatan kamu itu?” Jawab mereka dengan bersemangat: “Sudah tentulah, Ya Rasulullah. Kemudian Nabi SAW berkata lagi: “Bacalah Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar sebanyak 33 kali sesudah selesai solat kamu. 

Selepas menerima pesanan Rasulullah SAW, mereka pun pulang ke rumah masing-masing dan terus melaksanakannya. Tidak lama kemudian, golongan fakir miskin pun datang kembali menghadap Rasulullah SAW sambil merintih: “Ya Rasulullah! Saudara kami orang kaya mendengar dan melihat perbuatan kami, lalu mereka pun berbuat seperti perbuatan kami. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Kurnia Allah SWT diberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.” (Riwayat Bukhari) 

Subhanallah, satu kesah yang hebat. Pertembungan antara sahabat yang kaya dan miskin ketika itu bukan kerana hasad dan takbur. Namun kerana ibadah dan jihad. Perlumbaan untuk sama-sama merebut cinta Allah. Si miskin ‘cemburu’ kerana si kaya dapat merebut lebih banyak pahala. Sedangkan si kaya bukan sahaja tidak takbur, malah terus bersaing dengan si miskin dalam memburu.

“Wahai si miskin…, “ laung ku sambil melambai tangan memanggil. Si miskin pun datang, “ada apa tuan hamba? Apakah ada harta untuk diberikan pada hamba?”
“Tidak ada harta. Cuma aku akan ceritakan jalan untuk mendapat pahala.”
Si miskin mencemikkan mukanya.

“Kalahkan si kaya itu dengan sabar mu!”
Si miskin terus memasamkan muka.
“Pergi ke masjid, pergi ke tempat-tempat yang baik,  buatlah kebajikan dengan motosikal mu.  InsyaAllah, motosikal cabuk yang membuat kerja kebaikan dan kebajikan lebih baik di sisi Allah berbanding kereta besar yang membesarkan ego tuannya.”       

“Aku benci pada si kaya yang licik memanipulasi dan mengeksploitasi kaum marhaen seperti kami. Dia mengaut isi, sisa kuah dicampakkan kepada kami. Aku benci pada nepotisme dan kronisme dalam skala mikro dan makro.”

Subhanallah. Si miskin ini bukan orang sembarangan. Dia seorang pejuang rupanya. Tetapi dia pejuang yang marah. 
“Aku boleh kaya kalau rela jadi pembodek. Tapi aku ingin jadi pejuang seperti Che Guevara, tapi bukan sisi komunisnya. Musuh ku sama. Semua kapitalis, jenama agama atau nasionalis!”
“Abu Zaar RA sahabat Rasulullah, juga penentang tegar kemewahan dan pembaziran. Bukan kerana hasad, tetapi kerana jihad. Tegurannya tajam, atas kebimbangannya bahana kekayaan yang boleh merosakkan agama dan cinta Allah.”

“Tuan hamba, lihat sahaja Sang Kapitalis itu… bila terguris sedikit sahaja daripada keuntungannya, kami yang di bawah ini akan jadi mangsanya. Pendapatan kami yang memang sudah sedikit itu yang dikurangkannya.”
“Carilah ketenangan, bukan kesenangan… kualiti jiwa mu bukan kuantiti harta mu,” pujuk ku.  
“Ini sudah takdir. Begitu nasihat tuan hamba?”

“Jangan miskin jiwa, walaupun terpaksa miskin harta. Berjuanglah menentang kemiskinan tetapi jangan hasad kepada si kaya,” balas ku perlahan.
“Rumah kami sempit dan terhimpit sedangkan Si kaya itu terus mengumpul harta dan menambah bilangan tanah.”

“Biarlah. Fikirkan keluasan kubur mu. Jangan disempitkan oleh dosa mu. Luaskan kuburan dengan zikir dan Al Quran.”
Si miskin itu menggeleng-gelengkan kepala. Lalu berlalu dengan berkata, “lawan tetap lawan!
“Duhai Si kaya…” laung ku. Kali ini memanggil si kaya. Dia menoleh angkuh.
“Kau memanggil aku?” jeritnya dari jauh.

Aku mengangguk.
“Apa yang kau mahu? Minta sedekah? Minta derma?” tanya si kaya sebaik sahaja bertemu muka.

“Aku hanya ingin berbicara…” ujar ku pendek.
“Bicara yang produktif sahaja. Aku kesempitan waktu untuk cakap-cakap kosong. Banyak temu janji ku dengan atasan.”

“Aku hanya ingin sembang-sembang tentang kasih sayang dan persaudaraan.”
“Kau dengar cakap ku… Aku kaya kerana usaha ku. Aku ternama kerana pernah susah. Marhaen itu malas dan suka memberontak. Layak mereka miskin dan terhina. Aku tak perlu kasih sayang mereka, yang aku perlu hanya keringat mereka. Itu pun aku membayarnya!”   
“Kekayaan bukan anugerah tapi amanah. Untuk memberi lebih banyak bukan untuk terus menambah dan menambah.”

“Salahkah aku menambah harta? Salahkah aku jadi kaya? Semuanya halal.”
“Halal itu dihisab. Memang tidak salah tetapi fitnah harta sangat berbahaya. ”
“Aku juga faham agama. Aku juga menambah ibadat. Aku juga mencari pahala dengan solat sunat, sering berpuasa, melaksanakan umrah dan berzikir…  ”
“Bagaimana usaha mencari pahala dengan harta mu?”
“Aku pilih ibadah yang tidak pakai modal. Itu lebih menjimatkan. Pahala pun dapat. Duit pun selamat. Solat, puasa, zikir… ”

“Kalahkan si miskin itu dengan ibadat yang mereka tidak mampu buat!”
“Apa dia?”
“Beribadah dengan harta mu… Keluarkan zakat, sedekah, wakaf, tambah gaji pekerja-pekerja mu, bantuan kewangan kepada orang yang memerlukan. Kata Imam Ghazzali itulah ibadah yang utama bagi orang kaya selepas ibadah-ibadah wajibnya. ”
“Tapi ingat aku selalu mengerjakan umrah. Itu pun pakai duit juga…”
“Mari ku ceritakan kesah ini…”

Lalu aku pun bercerita:
“Seorang lelaki bertemu seorang ahli sufi terkenal, Bisyr bin Al Harits untuk mengucapkan selamat berpisah kerana dia hendak mengerjakan ibadah haji buat kali kedua. Dia berkata, “Aku berniat pergi haji. Adakah sesuatu yang hendak engkau sampaikan kepada ku untuk aku lakukan?”

“Berapa banyak wang yang kau siapkan untuk bekalan?” tanya Bisyr.
“Dua ribu dirham.”
“Apa tujuan engkau mengerjakan haji kali ini? Apakah kerana zuhud terhadap dunia atau untuk melepaskan kerinduan kepada Baitullah atau untuk mencari keredaan Allah?”
“Demi mencari keredaan Allah,” jawab lelaki itu tegas.

“Sekiranya engkau dapat meraih keredaan Allah, sedangkan engkau tetap tinggal di rumah mu dengan menginfakkan dua ribu dirham  itu, apakah engkau bersedia untuk melakukannya?” tanya Bisyr.

“Ya.”
“Kalau begitu pergilah dan infakkan wang dua ribu dirham itu untuk menolong sepuluh golongan manusia; seorang yang terbeban oleh hutangnya, lalu engkau bayar hutangnya; seorang miskin, lalu engkau baiki tahap hidupnya; seorang mempunyai keluarga yang ramai anak; seorang penjaga anak yatim , lalu kau gembira anak yatim yang diasuhnya…”


Bisyr menyambung lagi, “Sekiranya hati engkau cukup kuat untuk memberi wang itu kepada seorang sahaja di kalangan mereka, maka berikanlah! Sesungguhnya, perbuatan engkau memberi kegembiraan di hati orang Muslim dengan menolongnya menghadapi penderitaan, membantunya keluar dari kesusahannya dan menolong orang yang lemah, adalah jauh lebih utama daripada ibadah haji seratus kali (setelah haji pertama yang diwajibkan seumur hidup.)”
Biyr bin Harits menambah lagi, “sekarang engkau pergilah dan infakkanlah wang dua ribu dirham itu sepertimana yang aku cadangkan. Atau jika tidak, luahkan sahaja isi hati mu sekarang…”
Lelaki itu termenung  sebentar lalu berkata, “Wahai Abu Nashr (gelaran Bisyru Al Harit), niat untuk ku mengerjakan haji lebih kuat dalam hati daripada semua amalan yang kau ucapkan itu!”

Mendengar jawapan itu, Bisyr tersenyum dan berkata, “Memang, apabila harta diperoleh melalui perniagaan yang kotor atau syubhah, maka hati akan tertarik untuk memenuhi keinginan hawa nafsu dengan menampakkan dan menonjolkan amal-amal soleh (agar diketahui oleh orang ramai). Padahal Allah telah bersumpah demi dirinya sendiri, bahawa Dia tidak akan menerima selain amalan orang-orang yang bertakwa.”
Mendengar cerita itu Si kaya itu menggeleng-gelengkan kepala. Enggan. Lalu dengan keras dia berkata, “Harta ku adalah milik ku dan keluarga ku!” Dan Si kaya yang Takbur dan Si miskin yang hasad pun terus bertempur…

Apakah taman cinta itu akan terus terbakar?

Jumaat, 20 Disember 2013

Komet ISON

Sedikit Perkongsian Ilmu...
Harap sabar membacanya...

PERUBAHAN KUTUB BUMI MENURUT HADIS DAN SAINS

Mesir sedang mengalami musim salji pertama dalam sejarah selepas 112 tahun manakala Vietnam juga mengalami jatuhan salji yang tidak begitu berat berbanding Mesir. Kehadiran salji di beberpaa tempat di Vietnam menarik ramai penduduk seluruh Vietnam ke kawasan terlibat untuk melihat fenomena bersejarah itu sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas selam
berjam-jam seperti dilaporkan Al Jazeera.


Penjelasan tentang fenomena itu boleh dirungkai dengan membaca artikel di bawah.

PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH

Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari. Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar
35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakinketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.


Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.


Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas.


Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013. Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!
Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah. Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam. Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. 


Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir. Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku.

Khatulistiwa berada di Antartika Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi
akan "flip" di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan. Semasa pergerakan " flip" peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis.


Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi lautakan ditenggelami air. Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan
tenggelam terus. Begitu juga Australia barat. Apabila berlaku "flip" pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat
melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan "sun spot".


Manakala "flip" juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi,letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu. Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku. Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku? Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015. Hanya Allah yang Maha Mengetahui keranasemuanya adalah perencanaan Ilahi. 


Sama ada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang lain yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman.
Terdapat sabdaan Rasulullah saw dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Sama ada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.
Sabda Rasulullah S.A.W "


“.. antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya
menerangi langit dan menyebabkan tenggelamnya kawasan pantai ”
Kata Saidina Ali RA Saidina Ali K.A.W mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), "Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga  abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap
abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. 


Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang- orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".

Antara fakta Komet ISON ialah:
1. ISON digelar “ Komet abad ini”
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013.
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7. ISON adalah komet yang paling mudah dilihat oleh ramai orang.
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10. Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014.


Artikel ini ditulis bukan untuk menggempar dan menakutkan. Apa yang bakal terjadi akan tetap terjadi. Semoga setelah membaca artikel ini, saudara- saudari serta anak-anak ku bertambah kesedaran dan keinsafan. Bertambah taat pada Allah. Bertambah akan amalan agama. Di waktu yang sama terus peka dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji fenomena perubahan kutub ini.-


Harakatul Muqawamatul Islamiyyah...

Terima kasih kerana sabar mmbaca..tepat jangkaan ku.malaysia akan jd iklim Mediterranean. Sbb akhir zaman

Khamis, 19 Disember 2013

Manipulative skills

Manipulative skills in chemistry internal assessment

Manipulative skills are assessed summatively. This means that one overall mark will be given. The skills
assessed should cover most of the two-year course, and the mark given should reflect the student’s general
ability near the end of the course. This mark is not an average nor does it relate to a given investigation. It is
important therefore that the scheme of work sets the students a variety of tasks and that they carry out a
range of different techniques. The examples below are suggestions to aid assessment of manipulative skills
and are not considered to be a prescribed list.
Note: No supporting evidence is required for moderation of manipulative skills.
Aspect 1: Following instructions
The student:
reads/listens to instructions before asking for help
only starts the investigation after having read/listened to all the instructions
is able to follow a sequence of several written or verbal instructions with little
assistance.

Aspect 2: Carrying out techniques
Measuring volume
The student:
uses a suitable cylinder/pipette/burette size
does not overfill cylinder/pipette/burette
places his/her eyes at the height of the meniscus.

Measuring mass
The student:
handles the balance appropriately when transporting it
adjusts the balance to zero before starting
uses a suitable container for the substance to be measured.

Measuring temperature
The student:
leaves his/her thermometer in a safe place when it is not in use
refrains from touching the sides of the container with the thermometer when
measuring the temperature of a liquid
leaves the thermometer in the liquid when measuring the temperature of that liquid.

(Vacuum) filtering
The student:
folds/places the filter paper correctly
uses equipment/filter paper of adequate size
adds a reasonable amount of liquid to the funnel.

Making solutions
The student:
uses a funnel to add the solid to the volumetric flask
washes the container containing the solid several times and adds the water to the
volumetric flask
carefully adds water to the mark.

Titration
The student:
makes one trial before taking measurements
takes at least three measurements
takes care towards the end of the titration.

Assembling equipment
The student:
ensures that different parts are clamped safely together without forcing the glass
uses anti-bumping granules for boiling liquid
chooses the correct size/shape of flasks
places the thermometer at an adequate height
connects the cooling water adequately.

Collection of gas
The student:
takes care that the assembly is airtight
takes care that the equipment does not contain air before starting.

Setting up electrical circuits
The student:
connects up a circuit without help
connects the ammeter in series and the voltmeter in parallel
connects the positive side of the ammeter/voltmeter to the positive side of the power
supply
uses a suitable scale.

Aspect 3: Working safely
The student:
always wears safety clothing appropriate to the task, such as eye protection, lab
coats and gloves
pays proper attention to written or verbal safety instructions and hazard symbols
lights and uses the Bunsen burner safely
places flammable substances far away from flames
takes care, when heating, that the test tube does not point at other students
takes care that the test-tube holders are not in the flame
ensures that solutions are not heated to complete dryness
places hot equipment on heat mats
uses the fume cupboard for all poisonous volatile liquids
washes his/her hands after using toxic substances in the laboratory
takes care not to mix spatulas for different chemicals, or caps off different bottles
leaves glassware on solid surfaces and ensures that glassware cannot be knocked or
roll off the surface
reports when equipment has been broken
avoids wasting chemicals
cleans spilled chemicals or broken glassware immediately
washes and tidies up the equipment after use
disposes of chemicals in a suitable manner

shows awareness of the impact of chemicals on the environment.

Rabu, 18 Disember 2013

samar2




Motivasi diri

Kekadang kita rasa kita dah tewas...kita dah kalah...kita dah tak mampu lagi nak melawan dugaan dan rintangan seorang diri.... Cabaran demi cabaran datang bagaikan ombak laut di pantai... Terasa diri ini bagaikan dipukul dan dihentam bertubi-tubi... Sakit bukan kepalang...Luka penuh dibadan ..Tidak mampu lagi disembunyikan...Masih mampukah aku berdiri?? ....

Ituler contoh satu luahan hati mengikut gaya novelis artistik akustik yang mistik lagi bistik....he he... Penuh jiwang di situ... sorry..not in this belog wokeh... Belog ni sempoi je ayat dia... tapi nak citer benda yang sama... Pernah tak korang mengalami sindrom hampir putus asa? Sindrom rasa down giler lah...Bukan sindrom down yer... Itu bukak kamus lain... Sindrom di mana kita rasa hampir putus haid..oh...silap lagi...putus asa yer..maafkan saya.... Putus harapan.... dengan kata lain... I'M GIVE UP?

Well....dengan bangganya aku nak ceritakan kisah seorang marhaen yang hampir putus asa tapi dengan tetibanya dia kembali berjaya dalam kehidupannya.... Well.. masih banyak kene tempuhi.. tapi stakat nie... dia mampu mengalahkan keputus asa an itu dengan jayanya...alhamdulillah... Ok...sila baca dengan sabar dan penuh penghayatan yer... cerita benar nie... Cerita seorang yang hampir putus asa dalam perjuangannya dalam pengajian Kung fu Master nyer.......

Bermula al-kisah marhaen nie...dengan penuh azamnya dia menyambung pengajian Kung fu Master nya secara full-time... aliran pencak seni yang bernama.... hahahahihihihihuhuhu (wallahualam... dirahsiakan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan). Maka bermula lah perjuangannya yang kebiasaannya memakan masa selama dua tahun... Memendekkan cerita... bermula tahun pertama pengajian...takde masalah... Ok ajer.. belajar jurus tu...jurus nie... lipat sana..lipat sini..golek sinun..golek sinan... Tapi bila masuk tahun kedua...timbul satu persatu masalahnya...

Bermula dengan masalah tempat belajarnya terbakar.. lepas tu ketiadaan duit nak bayar yuran belajar... diejek sebab dia nie di copkan bengap dan lambat pick up...... sifunya pulak tak pedulikan hal dia..lantak pi hang la nak berjaya ke tak...asalkan sifu dapat duit sumbat perut lapor ..hilangkan dahaga tekak..buncitkan perut sampai boroi...... maka ketensenan dia makin ketara apabila satu schoolnya tidak mampu menolongnya... Maka terpaksa la si marhaen ni berdiri sekangkang kera.. sekangkang kangkung tang trang tong tang bersendirian tadak orang amek tahu... keciwa campor lonely beb... bertahun-tahun memendam rasa..stress makin bercambah macam cendawan tumbuh lepas hujan beb... kalo simpan lama-lama boleh jadi gila beb..ooOooOOoo gila.... haa...kan dah gila tu...

Maka itu ler perkara yang terpaksa dihadapi si marhaen nie... Tapi cinta kepada ilmu kung fu punya pasal... stress dan tensen dihadapi dengan penuh sabar... Maka diusaha kan lagilah dengan satu tujuan... nak grad je dari skolah kung fu nie... tapi stress dan putus asa punyer sindrom dh makin berselaput kat dalam hati si marhaen... Dah mula bertanya kat diri sendiri... Apa yang aku buat?? Apa pekdahnya belajor kung fu ni?? Buang masa tol!! Baik balik jual ais kacang..dapat jugak duit kan macam citer Rock oOo Rimba Bara tu...Haa..tu la soklan shetonirrojim yang dah start keluar bila keputus asaan makin banyak tertimbul dalam sanubari jiwa si marhaen...

Diusahakan jugak kerana ingat mak ayah..hantaq jauh-jauh ..guna duit tabung hantar si marhaen ni belajor kung fu.. dalam keterpaksaan nie.. di try jugak sikit demi sikit... tapi tetap tak pass jugak.. ape ke bengap diri nie??? tu ler soklan terdetik di hati si marhaen...Si marhaen sudah mula menunjukkan sifat berputus asa... Tapi hati masih mampu bertahan dari buat keje bodoh seperti menggantung diri, mencekik tulang ayam, melolong tengah-tengah malam, atau membasuh gigi guna berus jamban (gila)...Masih mengeluh nasib diri kepada Allah yang Maha Mendengar..."Ya Allah..bantulah daku...bantulah daku.."

Dalam hati si marhaen berperang menanggung seksa sakit hati tu...Maka secara tak perasannya berbulan-bulan membawa hati yang lagha tu tanpa progress dalam pengajiannya... Kekadang terfikir jugak dalam benak si marhaen..."Tak grad dah aku nie...takpelah..mungkin setakat nie jer rezeki aku.."

Hampir setahun si marhaen cuma hanyut dalam peperangan jiwanya... melawan kata hati dari berputus asa... Dicuba jugak dengan sedaya upaya mempelajari seni beladiri yang diminatinya nie..tapi apakan daya.. halangan tu lebih besar  berdiri di depannya... Mungkin berkat kuasa doa dan tawakkal... berkat doa mak ayah lat kampung nun jauh di sana... berkat masih cekal dan sabar melawan ujian dan dugaan..berlaku perubahan angin dalam sekolah itu... sifunya berpindah dan si marhaen pun terpaksa belajar sendiri!! Lagi la pening... Ni ubah angin makin teruk nie... aaaargh!! Dalam keadaan pening yang melampau...tetiba teringat pesanan ayahnya... "Bila stuck, buntu dalam memikirkan sesuatu...kosongkan minda..tenangkan jiwa.. ingat Allah.. hanya Dia Maha Berkuasa atas sesuatu..."
Maka ditenangkan dirinya ...bertafakur sejenak di bawah aliran air terjun... sambil mendengar kicauan burung cot cet cot cet.. Woi..bising la! ha ha.. tetiba....desiran daun ditiup angin.. segala bunyi-bunyian alam menenangkan hatinya yang berkecamuk serabut gila tu... Dilihatnya air mengalir... daun kering berpusar ditiup angin... melihat arnab melompat-lompat mencari makanan...ikan berenang-renang bersama-sama.... tenang...sungguh tenang....

Dengan jiwa yang lebih tenang...si marhaen baru dapat berfikir secara waras... apa punca sebenar si marhaen ni tak lulus lulus? Basic semua dah diajar sifunya yang dulu...cuma bergantung pada diri sendiri sahaja untuk menghabiskan apa yang diajarnya... so.. apa masalahnya?? Di mana kurangnya aku?? Timbul soklan cepumas si marhaen kepada diri sendiri....

Dengan pertolongan Allah, Si marhaen mendapat petunjuk dan semangat baru dari dua sebab...sokongan moral keluarga serta kawannya... dan dari sepotong ayat dari sebuah buku yang tak dibeli pon...tapi sekadar dibaca secara tak langsung ketika jenjalan pi shopping! Yes... itulah titik tolak terbuka pintu hati si marhaen meneruskan perjuangannya... Si marhaen berubah kerana hanya sepotong ayat dari buku motivasi yang dia sendiri tak hingat tajuk nya apa! Cantik sungguh cara pertolongan Allah...Kata-kata dari buku itu... lebih kurang begini le kot..
"Apakah masalah paling besar bagi orang yang gagal? Masalah paling besar mereka yang gagal ialah... DIRI MEREKA SENDIRI.. Selalu anggap masalah itu bukan berpunca dari diri.. salah si sipulan..salah keadaan..salah sinun..malah salahkan diri sendiri!! Orang berjaya tiada masalah.. Kerana mereka mendefinisikan masalah sebagai cabaran... Tiada lagi menuding jari kepada sesape... Kerana cabaran hanya boleh diatasi dengan hanya semudah membuat tindakan secara praktikal dan tersusun dengan kebergantungannya hanya kepada diri kita sendiri.. RANCANG..USAHA..DAN TERUS USAHA DENGAN YAKIN DAN AZAM YANG TINGGI..... It's all depend to YOU!! Be confident dan maju ke depan.. biaq la slow macam kura-kura.. biaq pi apa orang kata.. biaq pi sumer tu.. Believe in yourself!!"

Haa...dengan ditokok tambah secupak dua gantang... macam tu ler lebih kurang ayat dalam buku tu... hihi..Bermula hari itu...Si marhaen seperti orang baru... berlatih tidak kenal jemu..tak kenal penat lelah siang dan malam.. bila jatuh bangkit lagi..bila rebah terus berdiri...bila tergelincir..bangun kembali! Usaha...usaha...dan terus berusaha... Kawan ejek...PEDULIKAN! dikata lembap dan bengap ... PEDULIKAN! None in the history lahir-lahir je boleh berkung fu.. Bruce Lee dulu penah kene belasah sebelum popular... Newton penah dicop gila sebelum orang kenal kecerdikan dia.. even orang arab dulu cemuh dan caci Rasulullah s.a.w sebelum mengakui sifat peribadi yang tiada cacat cela dalam diri Rasulullah kita..Tetapkan fokus ..fokus...dan terus fokus... selagi kudrat masih ada.. akan diguna sampai lebam.. sampai ajal.. Learn from history..and make our life be a history in future...

Maka suatu hari.. ada pertandingan kung fu antara rakan-rakan seperjuangan... siapa dapat top 10..baru kira lulus... Jikalau sebelum ni aku asyik kalah 1st round...2nd round...kali ni akan aku usaha yang terbaik dengan azam baru...yakin pada diri!..kata si marhaen..

 Dan siapa sangka...si marhaen bukan saje dapat top 10...malah dia dapat johan pertandingan tanpa luka sikit pon... berkat usaha berterusan..dan doa bertawakkal... semua rakan terkejut... sebengap-bengap si marhaen pon... kalau yakin pada diri seyakin-yakinnya... dia mampu! Bila ditanya wartawan... macam mana dia boleh berjaya? Dijawab... "Terima kasih sifu... terima kasih rakan-rakan.. tanpa ada saya tidak berdiri di sini.. "..Sesungguhnya sifat rendah diri dan bersyukur adalah lebih baik...

Alhamdulillah... Aku nak cerita kat sini.. selagi kita ada kudrat...selagi kita masih mampu berdiri...selagi hayat dikandung badan...kita jangan berputus asa.... Usaha sampai lebam! Usaha sampai ke lubang cacing... Sebab kekadang kita tak tahu di mana penghujungnya..di mana batasan dia... Selagi kita ada harapan..selagi tu lah kita maju ke depan...

Dalam citer nie...titik tolak perubahan bukan sebab sifu dia tak pandai.. bukan sebab sekolah tu tak pandai....bukan sebab baca ayat dalam buku... tapi kita sendiri... Kalau kita mampu ubah diri kita..kita mampu buat apa sahaja yang kita mahu.. Yakin pada diri.. usaha dan tawakkal dengan penuh istiqamah... jangan sekali-kali tergelincir dari landasan ajaran agama...Insya Allah kita mampu lakukan...

Satu lagi dari cerita nie...bukan semua jalan penuh liku..bukan semua jalan yang kita tempuh tu senang dan simple... kekadang akan ada susahnya...kekadang akan ada senangnya... tapi itu semua ada hikmahnya... ada baiknya untuk kita mendatang... Si marhaen pernah bagitau aku... susah senang...jalan berliku dalam pembelajarannya mengejar seni kung fu tu..hampir 2 kali ganda masanya nak sampai ke tahap tu berbanding orang lain..adalah pengajaran dan pengalaman paling bermakna dalam hidupnya... banyak kebaikkannya dan banyak sungguh manfaatnya...

Siapa sangka... jalan berliku itulah jalan terbaik buat dirinya....mematangkan dirinya dan menjadikan dirinya seorang yang lebih baik..bukan sahaj dalam seni kung fu..tapi juga kehidupan sebagai seorang hamba Allah di muka bumi... kejayaan dari kesusahan lebih manis dan dihargai...Selagi kita masih belum sampai ke penghujung...selagi itulah usaha dan tawakkal diteruskan... Selagi aku masih mampu berdiri....:)
P/S: Learn from history..and make our life be the best history in future...original dari Bro Wacana..:)
Cerita diolah untuk kesesuaian semua... hehehe

Isnin, 16 Disember 2013

mahdi

ntuk pertama kalinya setelah ratusan tahun, Salji turun di Vietnam hari ini....!!! Dilaporkan, beberapa daerah di Laos, Vietnam dan juga Selatan China telah mula dibasahi hujan salji. Beberapa lokasi di sekitar Provinsi Lao-Chai dan Ha Giang, Vietnam telah dipenuhi salji tebal. Ia telah mengakibatkan kesesakan lalulintas kerana rakyat tidak menyangka bahawa salji akan turun disitu pada tahun ini.

Masihkah kita ingat tentang Hadis Baginda Nabi SAWAW yang telah diriwayatkan oleh banyak rawi ? Mafhumnya... "Akan datang kepada kalian kelak satu kaum yang mana di dalam kaum itu ada seorang pemimpin bergelar Al-Mahdi. Sesungguhnya tatkala kalian mendengarkannya, wajiblah datang kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji." Hadis Hasan dengan rawi mutawatir.

Apakah tidak lama lagi Malaysia juga akan merasai nikmat (atau bala? peringatan?) salji ini?? Adakah salji juga akan turun di negara kita dan Indonesia tak lama lagi?? Jika ya, maka ketahuilah.... mungkin-mungkin itu petanda datangnya Al-Mahdi buat zaman ini. Allahumma Amiin... Labbaika Ya Mahdi....

Sebarkan info ini nescaya ia bermanfaat buat semua umat Islam !