Selasa, 4 Februari 2014

baek :)










































fikir

BANGSAWAN SAMSENG Binasanya sesuatu masyarakat apabila golongan bangsawan diberikan keistimewaan di sisi undang-undang. Mereka merasa diri mereka besar sehingga boleh memaki, memukul, mencedera sesiapa yang mereka suka, mengambil harta dan kedudukan awam dengan sewenangnya serta menghukum orang bawahan sesuka hati. 

Berakhirnya sejarah golongan bangsawan di istana-istana hebat seperti Maharaja China dan raja-raja Eropah adalah disebabkan gagal mengawal diri dan takabur. Undang-undang yang double-standard pula memelihara mereka. Akhirnya rakyat bangun membuang institusi tersebut. Apalah faedahnya jika istana dan institusi raja dalam mana-mana bangsa menjadi tempat 'samseng' menunjukkan kesamsengan terhadap rakyat dan orang awam. Kewujudan golongan kebal seperti itu hanya menimbul kemurkaan Allah dan kemusnahan masyarakat.

Rasulullah s.a.w menyebut: “Wahai manusia! Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri, dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, dilaksanakan hukum ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah anak Muhammad (puteri Rasulullah) itu mencuri, nescaya ku potong tangannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Isnin, 3 Februari 2014

10 gambar

Di bawah adalah 10 gambar peristiwa yang akan membuatkan hati anda tersentuh dan terharu apabila melihatnya:


Gambar tangan Kanak-kanak yang Kelaparan dalam Misi Kemanusiaan.



Pakar bedah jantung selepas berjaya melakukan pemindahan jantung 23 jam lamanya. Pembantunya sedang tidur di penjuru bilik.


Ayah dan Anak ( 1949 vs 2009 ).


Diego Frazao Torquato Berusia 12 Tahun dari Brazil , Bermain Biola di ketika majlis pengkebumian gurunya. Sebelum ini Gurunya Telah Membantunya Keluar dari Kemiskinan dan Kekerasan Melalui Muzik .


Orang Kristian Melindungi umat Muslim Yang Sedang Solat di Tengah – tengah Kebangkitan rakyat di Kaherah , Tahun 2011 di Mesir.


Seorang pemuda yang mengetahui adiknya telah dibunuh.


Hhaing Yu 29 tahun , mengesat wajahnya ketika hujan lebat sambil mengenang rumahnya yang hancur berhampiran ibu negara Myanmar Yangon ( Rangoon ) . Pada bulan Mei 2008 , Difahamkan ribut Nargis melanda Myanmar selatan , mennyebabkan berjuta-juta kehilangan tempat tinggal dan lebih daripada 100,000 nyawa telah melayang.


Terri Gurrola kelihatan sebak bertemu dengan anak perempuannya setelah bertugas di Iraq selama 7 bulan.


Seorang anak menarik ayahnya yang sedang mabuk



Kesetiaan pada tuannya- Seekor anjing ” Leao ” duduk selama dua hari berturut – turut di kubur tuannya yang telah meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Rio de Janiero pada 2011

Bakar perahu


Jika anda ingin cara ekstrim untuk membangkit motivasi paling kuat dalam diri anda adalah dengan membakar kapal anda untuk pulang. Sehingga tidak ada jalan lain kecuali kejayaan. Tidak ada pilihan mundur atau menyerah. Tidak ada pilihan malas atau bersantai-santai. 

Cara ini seperti ini dilakukan oleh Thariq bin Ziyad, saat memotivasi pasukannya agar boleh menaklukan Sepanyol (Andalusia ketika itu). Panglima perang Thariq bin Ziyad bersama tenteranya, berjaya mendarat ke Sepanyol, tiba-tiba Thariq mengambil langkah berani yang hingga sampai kini membuat tercengang para ahli sejarah.

Beliau telah membakar perahu-perahu yang digunakan untuk mengangkut pasukannya itu. Lalu ia berdiri di hadapan bala tentaranya sambil berpidato dengan lantang berwibawa dan tegas. Dalam pidatonya yang penuh semangat, panglima Thariq berkata; “Di mana jalan pulang? Laut berada di belakang kalian. Musuh di hadapan kalian. Sungguh kalian tidak memiliki apa-apa kecuali sikap benar dan sabar.”

Dipendekkan cerita, Thariq bin Ziyad dan pasukannya berjaya menakluk Sepanyol dengan gemilang. Beranikah anda membakar perahu anda sehingga tidak ada jalan lagi kecuali sukses?

Tika anda tidak takut gagal kerana masih ada ‘zon selamat’ yang masih memayungi anda. Ertinya anda belum membakar perahu anda. Anda harus berada dalam situasi dimana anda tidak ada pilihan lain kecuali anda mesti BERJAYA!

Buatlah diri anda dalam terdesak, tidak ada jalan lagi kecuali anda berusaha
dengan hebat, kerja keras, kerja dengan cergas dan pantang menyerah. Antara HIDUP dan MATI. Beranikah anda?

selsema ---> tak perlu ke klinik


[ Rawatan selsema/kahak untuk bayi- secara semulajadi ] Assalamualaikum wbt.. Memandangkan ramai ibu-ibu yang tanya apa nak buat bila anak bawah dua tahun batuk dan selesema, jadi, saya nak kongsi tips yang amat berguna. Sebaik-baiknya, jgn bagi baby makan apa2 ubat. Buat dulu sapuan minyak bawang putih, rawatan stim dan tepukan percussion. Ini ialah cara semulajadi yang sgt sesuai utk bayi. Orang dewasa pun kalau nak buat boleh je. Baru-baru ni baby saya 2 bulan batuk dan selesema, saya cuba cara ni walaupun mula2 tu ragu2 juga, tapi alhamdulillah, mmg BERKESAN.
Mak dan suami sy pun impressed. Berikut, sy kongsi cara2 nya:
1) buat minyak bawang putih. For your info, bawang putih ni antibakteria semulajadi yang sangat bagus. Ambik sebijik bawang putih, cucuk dgn garfu n bakar atas api sampai masak, kemudian letak atas pinggan, buang kulit yg hangit tu dn lenyek2 bwg putih tu dgn myk habbatussauda atau evoo atau vco atau myk masak pn boleh.

2) rawatan stim: cara ni boleh guna air panas letak dalam baldi atau periuk nasi atau steamer apa2. Macam saya, guna air panas dalam baldi je sbb senang tp wap cepat hilang. Dalam air panas tu, titikkan minyak bawang putih tadi. Nak campur dgn minyak habbatussauda' lagi bagus. Then, letak baby atas riba, tiarapkan dan pastikan baby dpt hidu bau wap tadi. Dalam proses ni, lagi kuat baby nangis, lagi bagus sbb kahak lg senang keluar. Untuk yg new born sgt, pastikan muka baby jgn terlalu dekat dgn wap.

3) tepukan percussion Lps dah abis stim dalam 10 minit, tepuk belakang baby dengan cara tgn cupping, macam pegang bola pingpong. PASTIKAN TAK KENA TULANG BELAKANG BABY DAN PASTIKAN BERLAPIK. tepuk di bahgian kiri dan kanan shj. Bukan tengah2. Takut kena tulang belakang. Tepuk dalam 5 minit setiap kiri dan kanan. Tepukan ni untuk keluarkan kahak baby melalui hidung dan najis. Macam anak saya, kahak x banyak keluar ikut hidung tapi najis. Cara nak tau, najis dia warna lain dan lbh likat dp biasa. Kalau keluar hingus, sedut atau lapkan.

4) lap peluh baby dan peluk dia supaya dia tenang. Then, sapu bawang putih tadi kat dada, belakang dada, ubun2 dan tapak kaki. Siap. Hasil perkongsian seorang ibu. Semoga bermanfaat

Ahad, 2 Februari 2014

Sawad bin Qarib

Ketika Umar bin Al-Khattab r.a menyampaikan khutbah kepada orang ramai di atas mimbar Rasulullah S.a.w, tiba-tiba dia mengatakan; "Wahai sekelian manusia, apakah ada di antara kalian yang bernama Sawad bin Qarib?" Namun tidak ada seorang pun memberikan jawaban pada tahun itu. 

Dan ketika tahun berikutnya tiba, Umar dalam khutbahnya bertanya lagi; "Apakah di antara kalian ada Sawad bin Qarib?"  

Lalu kutanyakan," lanjut al-Barra', "Wahai Amirul Mukminin, siapakah Sawad bin Qarib itu?" 

Umar r.a menjawab; "Sesungguhnya Sawad bin Qarib itu memulakan keIslamannya dengan suatu yang aneh." Ketika inilah Sawad  muncul. Umar r.a berkata; "Wahai Sawad, beritahukan kepada kami tentang awal keIslamanmu, bagaimana kejadiannya?"

Sawad r.a menjawab, "Sungguh aku dulu pernah menetap di India dan aku mempunyai seorang kawan dari bangsa jin. Dan pada suatu malam, ketika aku sedang tidur, tiba-tiba jin itu datang dalam tidurku, dan ia berkata kepadaku; "Bangunlah, fahami dan berfikirlah jika engkau memang berakal. Sesungguhnya telah diutus seorang Rasul dari Lu-ai bin Ghalib.

Setelah itu dia bersenandung;

Aku kagum dengan para jin dan upayanya
Menaiki unta diikat dengan talinya
Pergi ke Mekkah untuk mencari petunjuk
Tidaklah jin yang baik itu sama dengan jin yang jahat
Maka, bangkitlah untuk menemui orang pilihan dari Bani Hasyim
dan arahkanlah pandanganmu kepada puncaknya."

Lebih lanjut Sawad berkata, "Lalu ia membangunkan ku dan mengejutkan ku seraya berkata, "Wahai Sawad bin Qarib, sesungguhnya Allah telah mengutus seorang Nabi, bangkit dan pergilah kamu kepadanya, nescaya kamu akan mendapat petunjuk.

Pada malam kedua dan malam ketiga jin itu datang bersenandung lagi.

Seterusnya Sawad bin Qarib menceritakan, "Setelah aku mendengarnya berkali-kali, malam demi malam, maka timbullah dalam hatiku dengan kehendak Allah kecintaan kepada Islam, berkenaan dengan perkara Rasul Allah S.a.w. Kemudian aku ambil pelanaku lalu kuikatkan pada kenderaanku dan menaikinya, dan aku tidak melakukan hal lain sehingga aku mendatangi Rasulullah S.a.w.

Ternyata beliau sedang berada di kota, iaitu Makkah, sedang orang-ramai telah mengelilingi beliau. Setelah Nabi S.a.w melihatku maka beliau berkata; "Selamat datang wahai Sawad bin Qarib, kami telah mengetahui sebab kedatanganmu."

Katanya lagi, "Maka ku katakan; "Ya Rasulullah, aku telah membuat syair, maka dengarkan lah." Maka beliau pun bersabda; "Ucapkanlah wahai Sawad." Lalu ku ucapkan;

"Telah datang kepadaku seorang kawan dari jin di tengah malam pada waktu tidur
Dia bukanlah seorang pendusta, menurut pengalamanku
Tiga malam berturut-turut, setiap malam ia katakan;
Ia telah datang kepadamu, kepadamu seorang Rasul dari Lu-ai bin Ghalib
Aku pun bergegas menyingsingkan kain
Berkenderaan unta yang besar pipinya di tengah padang pasir
Maka, aku bersaksi bahawasanya hanya Allah sebagai Rabb
dan tiada yang lain, dan sesungguhnya engkau telah
diberi kepercayaan kepada setiap yang ghaib.
Dan engkaulah Rasul yang mempunyai jalan paling dekat
kepada Allah, wahai putera orang-orang mulia lagi baik.
Maka, perintahkan kepada kami apa yang engkau bawa, wahai Rasul yang terbaik.
Sekalipun di antara apa yang dibawa itu berkenaan
uban orang-orang yang luhur
jadilah engkau pemberi syafaat bagiku,
pada hari tidak ada lagi yang dapat memberi syafaat kecuali
dirimu, sungguh Sawad bin Qarib sangat memerlukan."

Rasulullah S.a.w pun tersengih sehingga nampak gigi-gigi geraham beliau, lalu bersabda kepadaku, "Beruntunglah engkau wahai Sawad."

Kemudian Umar r.a bertanya kepadanya, "Apakah kawanmu dari jin itu masih juga datang sekarang?" Dia menjawab; "Sejak aku membaca Al-Quran, ia tidak lagi datang. Sungguh, ganti yang baik dari jin ialah Kitab Allah 'Azza wa Jalla."

[Petikan-petikan dari Tafsir Ibnu Katsir, tafsir surah Al-Ahqaaf ayat 29 - 31]