Isnin, 24 Februari 2014

99%

Sebelum berkahwin, bakal isteri akan dimanjakan bagaikan puteri, intan, belian, delima. Tetapi selepas kahwin dan punyai anak? Adakah kasih sayang yang diberikan secara berlebihan itu masih ada? Jom kita baca 5 pendedahan sikap suami selepas kahwin di bawah:


1) 99% lelaki yang beristeri lebih sayang kepada anak daripada kepada isterinya. Hal ini dibuktikan, jika seluar anaknya terlondeh akan segera dibetulkan, tapi seluar isteri yang sudah betul, cepat2 dilondehkan.


Gambar hiasan

2) Hampir 99% lelaki lebih sayang anak daripada isteri. Kerana kanak-kanak adalah "Darah Daging", sedangkan isteri hanyalah "Pengapit Daging".


3) 99% lelaki yang beristeri lebih sayang anak. Kerana kalau anak tidak pakai baju pasti dipakaikan baju, sebaliknya isteri yang sudah pakai baju disuruh buka baju.


4) 99% lelaki yang beristeri lebih perhatian pada anak, kalau anak tertonggeng dibantu untuk boleh berdiri. Cuba kalau isteri, sudah benar-benar berdiri disuruh menonggeng.



5) Hampir 99% lelaki yang beristeri lebih sayang anak. Dibuktikan ketika malam hari, kanak-kanak sedang asyik bermain disuruh tidur. Kalau isteri yang sudah tidur, diajak bermain.

Ahad, 23 Februari 2014

Street Dakwah

Sedikit jawapan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre pada beberapa persoalan yang timbul dengan program Street Dakwah, di Sogo, KL, hari ini:

Kan banyak lagi surau, kenapa nak solat di luar?

Program ini namanya dakwah. Dakwah itu mengajak. Nak mengajak orang solat walau dalam keadaan bagaimana sekalipun. Dalam masa yg sama ia juga pengajaran bahawa solat tak semestinya di surau dan masjid sahaja walau ia tentu terbaik. Jangan sampai kerana surau dikunci, tak jumpa atau tak sempat ke surau, terus dijadikan alasan untuk tinggalkan solat. Semua yang sertai hari ini memang lebih suka solat di masjid dan surau tau. 

Tempat sucikah? Kan mungkin ada kena ludah, anjing dah jalan dsb?

Jawapan:
Kaedahnya, yakin tak hilang dengan yang syak. Asal pada sesuatu tempat itu suci, selagi kita tak yakin ada najis di situ. Sekadar, "mungkin", "rasanya", "biasanya", "pernah", tidak menjadikan ia najis. Walau kita biasa melihat anjing menjilat di lopak air di depan rumah kita sebelum ini, namun kita tidak melihatnya pada lopak hari ini, maka lopak itu masih lagi suci. Syaitan akan suka membisikkan was-was pada kita kerana hendak kita meninggalkan solat atau merasakan solat ini sesuatu yang sangat susah. Street dakwah kali ini menceritakan betapa di mana jua kita boleh solat, selagi kita tak lihat ada najis di situ.

Bukan kena ada lapik ke?

Saya dihulurkan sejadah oleh beberapa sukarelawan Tautan Rahmat. Saya menolaknya. Mengapa? Kerana saya ingin menunjukkan, sejadah bukan syarat untuk solat. Tentu lebih baik solat dengan sejadah. Namun jangan sampai menjadikan ia satu kewajipan. Ingat kata kunci di sini, Street Dakwah!

Bagaimana nak berwudhuk? Boleh tayammum ke?

Kami tunjukkan terlebih dahulu bagaimana untuk berwudhuk dengan menggunakan tak sampai suku botol air mineral yang kecil. Berwudhuk juga boleh dibuat di mana-mana. Maka tak ada alasan untuk meninggalkan solat. Tayammum dibolehkan bila memang tiada air atau ada keuzuran.

Wanita boleh sertai?

Tentu sekali. Islam tak pernah mendiskriminasi wanita. Yang penting tutuplah aurat kalian bukan sahaja ketika masuk waktu solat, bahkan setiap ketika. Mudah saja nak solat, bila pakaian ketika keluar menutup aurat kita dengan sempurna.

insaf

Melihat kepada foto ini pasti akan turut mendatangkan keinsafan kepada mereka yang mempunyai jiwa kemanusiaan. Jika anda mampu melihat foto ini bermakna anda hidup lebih baik dari orang tua ini yang sewajarnya lebih banyak berehat di rumah tetapi sebaliknya masih terus berusaha mencari rezeki demi sesuap nasi.

Apa sangat dengan nilai harga sayur-sayuran ini sekalipun habis kesemuanya. Yang penting dia dapat menukarnya dengan wang untuk membeli barangan yang perlu. Jerih perih dan kepenatan jelas terbayang dari tubuhnya dan wajah yang mencuba menahan terik mentari. Tiadakah perasaan belas di hati kita bila melihat orang tua seperti ini. Bila berkemampuan beli sajalah tanpa menawar dengan niat membantu dan bersedekah. Belilah tanpa mengira beza bangsa dan agama.

Sering orang berasa tertekan dengan masalah kehidupan yang pelbagai. Masalah hubungan kekeluargaan dan sahabat, masalah dengan jiran tetangga, masalah tempat kerja, masalah anak-anak, masalah hutang piutang yang menjerut leher, masalah yang pelbagai dan tanpa henti sehingga seringkali mengundang airmata atas kesakitan jiwa yang tidak tertanggung. Masalah kekal menjadi masalah jika hanya meratap hiba. Masalah tetap ada jalan penyelesaiannya sekalipun mungkin mengambil masa. Bila hidup lebih mewah tapi ditimpa banyak masalah, ketika itu terfikir leih baik hidup miskin asal jiwa tenang dan bahagia. Miskin atau kaya bukan penentu bahagia. Sikap sendiri yang menjadikannya begitu selain kadangkala kita diuji dengan dugaan hebat sebelum diberi kesudahan yang indah.

Moga foto ini mampu meningkatkan rasa syukur di hati kita yang sering mengeluh akan kekurangan kerana sering membanding dengan nasib orang-orang yang lebih baik dari kita. Lihatlah nenek tua ini terus cekal dengan takdir hidupya malah tetap tidak mengalah untuk meneruskan kehidupan dengan positif. Moga foto ini memberi kita banyak pengajaran mengenai erti kesyukuran dan ketabahan. Moga foto ini juga akan merangsang nilai kemanusiaan yang tinggi agar kita sentiasa menanamkan sifat belas. Mereka yang penyayang dan pengasihan akan lebih dirahmati dan hidupnya pasti akan bersulam kebahagiaan.

Rak

Ada yang terpaksa mengendong anak untuk menyusu kerana ingin menyiapkan fail PBS diluar waktu kerja. Guru-guru juga menjadi kerani dan penjaga stor kerana fail-fail PBS. Senyuman guru pun dah tak menjadi kerana PBS.

PBS_Pentaksiran_Sekolah_2 PBS_Pentaksiran_Sekolah_3 PBS_Pentaksiran_Sekolah_1 PBS_Pentaksiran_Sekolah_4
Kita minta kementerian tukar kerjaya guru-guru dari mengajar ke penyusun fail, tak perlu mengajar lagi.
Ada juga yang berkata, selepas ini mungkin ada berita guru meninggal kerana tertimpa fail dan rak PBS.

Alfatehah

Mahama Jehma Meninggal Dunia Ketika Sedang Solat. Rasanya mungkin ramai yang tak mengenali beliau. Untuk pengetahuan Mahama Jehma berusia 50-an merupakan seorang guru atau tenaga pengajar di Sekolah Pondok Gupong, Weng, Thailand. Berita kematiannya mengemparkan banyak pihak dan ramai yang berkongsi di media sosial.

Mahama Jehma Meninggal Dunia Ketika Sedang Solat

Mahama Jehma Meninggal Dunia Ketika Sedang Solat
Ini kerana Mahama Jehma menghembuskan nafas terakhirnya ketika beliau sedang solat. Dikatakan Mahama Jehma meninggal dunia sewaktu rakaat pertama di dalam keadaan Qiam di Masjid Beijing, Rantau Panjang, Kelantan.

Mahama Jehma Meninggal Dunia Ketika Sedang Solat
Mahama Jehma Meninggal Dunia Ketika Sedang Solat
Mahama Jehma Meninggal Dunia Ketika Sedang Solat
Al- Fatihah kepada Allahyarham, sesungguhnya cara kematian beliau amat dicemburui oleh mereka yang beriman… Al-Fatihah
 انّا للہ و انّا الیہ راجعون
ســـــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Sabtu, 22 Februari 2014

takde HAK!

| DOKTOR LELAKI TIADA HAK CAMPUR TANGAN MENYAMBUT KELAHIRAN TERHADAP WANITA BERAGAMA ISLAM - HUKUM SYARAK |

Malaysia negara yang maju. Tiada masalah dalam kepakaran operasi pembedahan dan sebagainya di hospital kerajaan. Masalah yang ingin di'KETENGAH'kan adalah campur tangan daripada doktor lelaki terhadap wanita ISLAM yang melahirkan anak.

Malaysia di promosikan sebagai negara Islam di Asia Tenggara. Tetapi masih rapuh dalam segala sistem perundangan serta perlaksanaan hukum Islam. Tidakkah ini HIPOKRIK?

Bermodalkan alasan 'DARURAT'.

Adakah alasan ini dapat diterima masyarakat yang peka mengenai hukum Syariah Islamiah terhadap sensitiviti yang menimpa kaum wanita yang berhadapan dengan situasi melahirkan anak di Malaysia tanahair sendiri? Sedangkan negara Eropah menghormati hak sensitiviti terhadap penduduknya yang beragama Islam. Ini memalukan dan merendahkan prestasi negara Islam Malaysia terhadap mata-mata luar.

Doktor lelaki TIDAK SEHARUSNYA CAMPUR TANGAN dalam urusan pemeriksaan dan kelahiran anak di hospital kerana ia membatasi hukum Syariat Islamiah yang memberi tempiasan dan tamparan Dayyus kepada pemimpin keluarga wanita. Hal ini disebut di dalam perbincangan para Ulama.

Dimanakah wujudnya DARURAT di dalam MALAYSIA yang serba MAJU??
...................................................................................................................................

Soalan:
Ada suatu perkara yang selama ini mengganggu fikiran saya, dan bagi saya ia telah menjadi perkara yang SERIUS. Saya telah mempunyai empat orang anak, keempat-empat anak saya tersebut lahir melalui perawatan doktor lelaki. Semenjak dari pemeriksaan hinggalah sampai mereka lahir, doktor lelaki itulah yang melaksanakannya.

Yang menjadi kemusykilan saya apakah pemeriksaan bulanan ketika mengandung yang dilakukan oleh doktor lelaki tersebut dengan memegang bahagian-bahagian aurat seperti perut dan sebagainya dikira sebagai darurat. Sedangkan ketika itu isteri saya bukan dalam keadaan sakit tapi dalam keadaan normal. Apakah hukumnya jika kita membiarkan perkara itu terjadi di depan kita sedangkan mungkin kita boleh mencari alternatif lain seperti mencari doktor pakar wanita ataupun bidan?

Daripada,
Keluarga Muslim K. L.

Jawapan & Penjelasan:
Pada diri wanita ada ciri-ciri atau kriteria yang spesifik dan itu tidak dimiliki oleh lelaki, begitu pula sebaliknya. Apabila salah satu pihak meninggalkan kriteria yang telah ditetapkan Allah bererti ia telah meninggalkan fitrah dan merosak kudrat insaniah. Ada beberapa ketentuan dalam syariat Allah sehubungan kriteria yang dimiliki oleh wanita, oleh sebab itu berpegang teguhlah dengan syariat tersebut dan jangan perkenankan lelaki campur tangan dalam urusan dalaman jika tidak ingin dirugikan ataupun kehidupan fizikal dan kejiwaan wanita akan rosak.

[Syariat & Darurat]

Secara syariat, wanita muslimah hendaklah menjaga dirinya dan auratnya dari dilihat orang lain, kerana jika perkara ini terjadi pasti akan menimbulkan fitnah. Secara fitrah baik lelaki ataupun wanita yang bukan muhrim bersentuhan pasti akan menimbulkan berahi dan getaran jiwa yang akan mendatangkan tekanan syahwat baik banyak mahupun sedikit. Inilah namanya nafsu yang pasti ada pada diri seorang lelaki ataupun wanita yang normal.

Wanita mengandung ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bukanlah tergolong dalam keadaan darurat, kerana ketika itu wanita tersebut bukan dalam keadaan sakit. Jika ia bukan dalam keadaan darurat sudah tentu hukumnya berdosa ketika seorang doktor lelaki menyentuh bahagian-bahagian tertentu tubuh wanita tersebut.

Kedudukan darurat dalam Islam adalah jika sesuatu keadaan itu tidak ada pilihan lain, maka secara terpaksa atau harus kita melaksanakan sesuatu yang pada dasarnya bertentangan dengan ketetapan Allah. Umpamanya, memakan daging khinzir hukumnya haram, namun ketika dalam keadaan tidak ada sedikitpun makanan melainkan daging itu sahaja, sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang boleh membawa maut, maka hukumnya menjadi harus memakan daging tersebut sekadar mengelakkan dari mati.

[Pemeriksaan Bulanan]

Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan bulanan, ia bukanlah dalam keadaan darurat, sebab masih ada cara lain atau alternatif lain untuk mencari doktor wanita ataupun bidan yang beragama Islam. Apatah lagi di negara kita sekarang ini mudah didapati doktor wanita, bahkan di hospital dan klinik kerajaan pun kebanyakan yang memeriksa wanita hamil terdiri dari doktor atau bidan wanita.

Mengapa kita mesti mencari doktor lelaki jika hanya sekadar menginginkan kepakaran mereka disaat mengadakan pemeriksaan bulanan. Bahkan doktor wanita yang pakar sakit puan pun telah ramai di negara ini. Maka tidak timbullah istilah ‘darurat’ ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bagi wanita hamil. Kecualilah ketika akan melahirkan, di mana wanita yang akan melahirkan tersebut memerlukan pembedahan dan perhatian yang serius dari ramai pihak. Maka ketika ini barulah boleh dipakai istilah darurat tersebut, kerana wanita yang ingin melahirkan itu tidak terfikir masalah lain, melainkan ingin selamat melahirkan anaknya.

[Aspek Psikologi]

Ditinjau dari aspek psikologi pun proses pemeriksaan bulanan yang dilakukan wanita hamil dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan yang jauh dan negatif dalam hubungan kekeluargaan. Bayangkan saja bagi seorang wanita yang selama ini hanya disentuh oleh suaminya, tentu akan merasa suatu getaran ketika lelaki lain menyentuhi tubuhnya. Rasa kelainan dan getaran inilah yang membenihkan suatu keinginan tertentu kepada yang lain selain suaminya, lebih-lebih lagi ketika mereka

menghadapi masalah atau krisis rumahtangga. Perkara ini sepintas lalu nampaknya macam perkara biasa dan sederhana, namun dalam jangka masa panjang, kesannya sangat membahayakan minda dan jiwa isteri tadi serta suaminya juga. Dalam hal ini bagi doktor lelaki mungkin tidak merasakan apa-apa perasaan terhadap pesakitnya, disebabkan terlalu ramai pesakit yang dirawatnya setiap hari dan ini menjadikannya lali dengan keadaan tersebut. Namun bagi seorang wanita yang normal dan sihat, getaran di jantungnya pasti akan terasa dan getaran inilah yang dinamakan syahwat.

Jika perkara ini terjadi bukanlah bererti setiap wanita yang hamil itu tidak baik atau wanita yang rendah moralnya, malah perkara ini membuktikan kenormalan wanita tersebut. Dalam hal ini kebijaksanaan suami sangat dituntut untuk melaksanakan tuntutan Islam agar isterinya mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor wanita Islam sahaja.

[Menggerakkan Nafsu Syahwat]

Saya ingin membawa contoh yang sama dalam diri seorang lelaki. Bagaimanakah rasanya perasaan seorang lelaki jika bahagian tertentu tubuhnya disentuh oleh doktor wanita dengan nada bahasa yang lemah-lembut dan baik. Sebagai seorang lelaki yang normal, pasti dia akan merasakan getaran di jantungnya, kecualilah jika ketika itu ia betul-betul sakit (dalam keadaan darurat), sehingga tidak ada yang lain difikirkannya melainkan kesembuhan dari sakitnya itu. Begitu juga halnya dengan doktor wanita yang menyentuh pesakit lelaki mungkin merasa lali dengan situasi tersebut disebabkan propesi dan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.

[Keretakan Rumahtangga]

Fahamilah tentang kaedah batas-batas aurat bagi seorang wanita atau lelaki yang bukan muhrim. Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara serius, lama kelamaan akan runtuhlah sendi institusi rumahtangga keluarga muslim. Seandainya seluruh umat Islam tidak mengambil berat tentang perkara ini, bukan saja institusi rumahtangga malah negara pun akan runtuh kerana kejatuhan nilai moral dan agama dalam kehidupan bangsa. Peliharalah diri dan keluarga kita agar kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat serta terhindar dari seksa api neraka.

-Copied-

Kondangan mifta