Rabu, 30 April 2014

call pray

Husband and wife dialogue:
...........................................
The husband : did you pray ‘Asr prayer ?
The wife : No !
The husband : Why ?
The wife : I just arrived from work and I am a bit tired. I will go to sleep.
The husband : Ok ! Go pray ‘Asr and Maghrib before the Athan for ‘Isha prayer starts.
.....................
The next day, as usual, the husband went on a business trip which would last for days.
He left the house. After few hours he arrived
at his destination.
The wife waited for his call as usual. He didn’t call or inbox her.
She phoned him but no reply! She became irritated and worried about him.
She phoned again and again but no reply !
.......................
After few hours he phoned her.
The wife : are you ok, honey ?!!
The husband : yes, I am ok. Alhamdulillah.
The wife : when did you arrive ?
The husband : four hours now.
The wife : «surprised » : FOUR hours !!! but you didn’t call !!!
The husband : I arrived a bit tired and I went to sleep.
The wife : You could have called me. It wouldn’t have taken more than few minutes.
Didn’t you hear the phone ringing ?
The husband : Yes, I did.
The wife : why didn’t you answer the phone?
Didn’t you care?
The husband : (silent)….. But yesterday you also didn’t care when you heard the Adhan,
a call from ALLAH…

The wife : (silent, and tears in her eyes).
You are right, honey. I am sorry !
The husband : Ask ALLAH subhanahu wa ta’ala to forgive you, not me!

What I want is that we keep our religious duties under the guidance of AHLEBAIT (a.s), so that we can be together in Jannah..
InshaAllah.. via - Knowledge Of The Ahlulbayt a.s

nombor buah

Korang perasan tak?
Kenapa setiap buah-buahan & sayur-sayuran dilekatkan pelekat seperti di dalam gambar.
Apa maksud nombor yang ada di pelekat itu?
Ni adalah perkara asas yang perlu korang tahu apabila membaca label :

1) Jika hanya ada 4 digit nombor pada PLU?
>>bermakna buah tersebut ditanam secara konvensional @ tradisional, dengan penggunaan racun serangga. So.. please make sure, buah-buahan atau sayuran dicuci bersih sebelum dimakan. 4 digit terakhir kod PLU hanyalah penerangan mengenai jenis buah atau sayur. Sebagai contoh, semua jenis pisang akan dilabelkan dengan kod 4011.

2) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor itu bermula dengan “8?
>>ini bermakna produk itu adalah produk GMO, sudah diubah secara genetik (Genetically Modified Organisms). Sebagai contoh, pisang yang mempunyai kod 84011 adalah pisang GMO.

3) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor bermula dengan “9?
>>itu bermakna produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO) jadi ia lebih selamat dimakan.. Sebagai contoh pisang organik, kodnya adalah 94011.

Selamat membelek pelekat!! ekeke

Credit to Salbiah Ismail
 — karo Andik Fauziah Andik Hasbullah lan 3 liyané.

Sabtu, 26 April 2014

Nabi SAW

Ada banyak kejadian dimana Rasulullah S.a.w tahu apa yang diniat atau dirancangkan oleh seseorang, walaupun sama ada ketika itu Baginda S.a.w berada dekat mahupun jauh dari orang tersebut.  Begitulah seorang rasul mendapat berita dari langit sama ada direct dari Allah S.w.t ataupun melalui malaikat Jibrail a.s. Berikut di antara yang sempat saya kumpulkan setakat ini.

Muslihat yang membawa kepada hidayah

Tidak berapa lama setelah Perang Badar, Umair ibnu Wahab al-Jumahy duduk bersama Shafwan ibnu Umayyah di teduhan Ka'abah.  Umair termasuk salah seorang 'Syaitan Quraisy' yang menyakiti Nabi Muhammad S.a.w dan para sahabat ketika mereka masih di Makkah.  Anaknya Wahab ibnu Umair, termasuk salah seorang tawanan Perang Badar.

Sewaktu duduk dengan Shafwan itulah Umair menyebut-nyebut para korban Perang Badar yang tertimbun di telaga tidak bertuan serta musibah yang menimpa mereka. Maka Shafwan berkata, "Demi Allah, pasti akan ada suatu kebaikan dalam hidup setelah kematian mereka."

Umair pun membalasnya, "Demi Allah engkau benar. Demi Allah, kalau aku tidak mempunyai tanggungan hutang yang perlu dilunaskan dan tidak mempunyai keluarga yang ku khuatirkan nafkah hidup mereka jika aku meninggal, nescaya aku telah menunggang unta menuju kepada Muhammad lalu membunuhnya. Tambahan pula, aku ada suatu alasan untuk memerangi mereka, iaitu kerana anakku menjadi tawanan di tangan mereka."

Shafwan lantas memanfaatkan kesempatan ini dengan mengatakan, "Akan ku tanggung hutangmu. Aku akan selesaikan untukmu. Sedangkan keluargamu akan tinggal bersama keluargaku. Aku akan menolong mereka selagi mereka masih hidup. Aku sama sekali tidak keberatan untuk menjaga mereka."

Maka Umair meminta kepadanya, "Kalau begitu, rahsiakanlah kesepakatan kita ini." Shafwan pun membalas, "Aku akan melakukannya."

Selepas itu, Umair menyuruh orang untuk menguruskan pedangnya, sehingga pedang itu diasah sehingga tajam dan diletak racun. Kemudian dia pergi membawa pedang itu sehingga sampai di Madinah.

Pendekkan cerita, Umair pergi bertemu Rasulullah S.a.w. Rasulullah S.a.w bertanya, "apakah yang membawamu ke mari, wahai Umair?"  Umair menjawab, "Aku datang kerana tawanan yang ada di tangan kamu. Aku minta kamu berbuat baik kepadanya."

Rasulullah S.a.w bertanya lagi, "Lantas, bagaimana dengan pedang yang tadi ada di lehermu?" Umair menjawab, "Allah telah menjadikannya termasuk pedang-pedang yang buruk. Maka apakah pedang itu masih berguna bagi kami?"

Rasulullah S.a.w mula mendesaknya, "Jujurlah padaku! Apa yang menyebabkanmu datang ke mari?"  Umair masih juga menjawab, "Aku datang hanya untuk itu."

Tidak ada pilihan lain bagi Rasulullah S.a.w kecuali berkata, "Bahkan engkau telah duduk bersama Shafwan ibnu Umayyah di teduhan Ka'abah. Kamu menyebut-nyebut para korban Quraisy yang dipendam di telaga tidak bertuan. Lalu engkau berkata, "Kalau aku tidak mempunyai tanggungan hutang dan keluarga, nescaya aku pergi untuk membunuh Muhammad." Maka Shafwan bersedia memikul hutangmu dan nafkah keluargamu, agar engkau boleh membunuhku. Demi Allah, mustahil engkau boleh melakukannya."

Umair yang terkejut, hanya boleh berkata, "Aku bersaksi sesungguhnya engkau adalah Rasul Allah. Wahai Rasulullah S.a.w, kami dahulu selalu mendustakan berita langit yang engkau bawa kepada kami. Kami juga mendustakan wahyu yang turun kepadamu. Hanya aku dan Shafwan yang tahu persoalan ini. Oleh itu, demi Allah, aku sedar sesungguhnya hanya Allah lah yang memberitahu persoalan ini kepadamu. Maka segala puji bagi Allah yang telah memberikanku hidayah kepada Islam serta menganugerahkanku aliran air yang sejuk ini."

Selepas itu Umair pulang ke Makkah dan tinggal di sana dengan mendakwah orang ramai kepada Islam. Melaluinya, ramai orang yang masuk Islam. [1]

Anak Abu Huqaiq yang menyembunyikan harta

Meskipun perjanjian telah disepakati, dua orang anak Abu Huqaiq masih menyembunyikan banyak harta. Mereka berdua menyembunyikan kotak penyimpanan minyak wangi yang berisikan harta dan perhiasan milik Huyaiy ibnu Akhtab, yang dulu dibawa ke Khaibar tatkala Bani Nadhir diusir.

Ibnu Ishaq menyatakan, "Rasulullah S.a.w membawa Kinanah ibnu Rabi' yang menyembunyikan harta simpanan Bani Nadhir. Baginda menanyakan tentang harta itu, namun dia menolak untuk memberitahu kepada Baginda S.a.w. Tiba-tiba muncul seorang Yahudi yang berkata, "Aku pernah melihat Kinanah berpusing-pusing di bekas runtuhan bangunan ini setiap pagi."  Maka Rasulullah S.a.w berkata kepada Kinanah, "Bukankah engkau tahu bahawa jika kami menemui harta itu padamu, maka kami akan membunuhmu?"  Kinanah menjawab, "Ya, aku tahu."  Maka Rasulullah S.a.w mengeluarkan perintah, sehingga runtuhan itu digali. Ternyata harta itu memang berada di sana. [2]

Yahudi Bani Nadhir mahu menjatuhkan batu besar ke atas Rasulullah S.a.w

Pada suatu ketika, Rasulullah S.a.w bersama sahabat-sahabatnya berada di dalam rumah orang Bani Nadhir, tiba-tiba ada sekelompok orang Bani Nadhir mahu membuat rancangan jahat terhadap diri Rasulullah S.a.w. Mereka merancang mahu menjatuhkan batu besar dari tempat yang tinggi ke atas Rasulullah S.a.w. Akan tetapi, Rasulullah S.a.w  telah waspada dan mengetahui rancangan busuk mereka itu. Lalu dia segera pergi meninggalkan tempat tersebut, yang segera diikuti oleh para sahabatnya.

Kemudian Rasulullah S.a.w mengirim Muhammad ibnu Maslamah untuk mengatakan kepada mereka, "Keluarlah kalian dari negeriku ini, kalian benar-benar telah bertekad untuk membuat khianat.  [3]

Daging biri-biri yang diracun

Setelah Rasulullah S.a.w berasa tenteram daripada ancaman Khaibar selepas penaklukannya, Zainab binti Harith isteri Salam ibnu Misykam memberinya daging biri-biri panggang. Sebelum itu dia bertanya kepada orang, bahagian manakah yang paling disukai oleh Rasulullah S.a.w.  Telah diberitahu padanya bahawa bahagian yang paling disukai oleh Baginda S.a.w adalah bahagian peha. Maka Zainab meletakkan racun yang sangat banyak pada bahagian peha. Kemudian bahagian-bahagian yang lain juga diletakkan sedikit racun. Selepas itu dia membawakannya kepada Rasulullah S.a.w.

Apabila hidangan itu diletakkan di hadapan Rasulullah S.a.w, baginda terus mengambil bahagian peha. Baginda menguyahnya sekali, tetapi tidak menelannya dan terus memuntahkannya. Kemudian Baginda S.a.w bersabda, "Sesungguhnya tulang kambing ini memberitahuku bahawa dia telah diracun." Selepas itu Baginda S.a.w memanggil Zainab binti Harith untuk mengadap dan dia pun mengakui perbuatannya. Rasulullah S.a.w bertanya, "Apakah yang mendorongmu untuk berbuat demikian?"  Dia menjawab, "Jika kau seorang raja, maka pasti kau akan terus mati. Jika kau seorang nabi, maka kau akan diberi perlindungan oleh Allah."  Maka Rasulullah S.a.w membiarkannya.

Ketika itu Bisyr ibnu Barra' ibnu Ma'rur ada bersama-sama dengan Baginda S.a.w. Dia telah menelan daging, lalu dia terus meninggal dunia. Riwayat-riwayat yang lain ada juga berbeza pendapat, adakah Rasulullah S.a.w membiarkan wanita itu atau membunuhnya. Jika dilihat kembali, pada awalnya Rasulullah S.a.w membiarkannya, namun setelah Bisyr meninggal dunia, Rasulullah S.a.w menghukum bunuh terhadap Zainab binti Harith sebagai Qisas. [4]
Selepas Pembukaan Makkah (Fathu Makkah)

Fadhalah ibnu Umair datang untuk membunuh Rasulullah S.a.w ketika baginda sedang tawaf. Kemudian Rasulullah S.a.w mengkhabarkan kepadanya tentang apa yang terdetik di hatinya, sehingga dia masuk Islam.  [5]

Niat Abdullah ibnu Mas'ud r.a ketika solat bersama Nabi S.a.w

Dari Ibnu Mas'ud r.a berkata, "Pada suatu malam saya solat bersama-sama dengan Nabi S.a.w, kemudian baginda begitu lama sekali di dalam berdiri sehingga timbullah niat buruk saya."  Setelah selesai baginda bertanya, "Niat buruk apakah yang timbul di hatimu?"  Saya menjawab, "Saya niat akan duduk dan meninggalkan solat bersama baginda."  [6]

Dan mungkin ada lagi kisah-kisah lain. Jika anda ada mengetahui kisah-kisah mukjizat Nabi S.a.w yang berkaitan, silakan berkongsi.  :-)


Rujukan:

1 - as-Sirah an-Nabawiyyah , jil 1 - Ibnu Hisyam
2 - ar-Rahiq al-Makhtum, Sirah Nabi , bab 37 - Syeikh Sofiyurahman al-Mubarakfuri
3 - Nuur al-Yaqin - Syeikh Muhammad al-Khudhari Bek
4 - Zaad al-Ma'ad, jil 2 - Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah.  Fathul Bari, Jil 7 - Imam Ibnu Hajar al-Asqalany
5 - ar-Rahiq al-Makhtum, Sirah Nabi - Syeikh Sofiyurahman al-Mubarakfuri
6 - Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sabtu, 19 April 2014

KHAULAH BINTI TSA'LABAH

 Wanita mulia ini bernama Khaulah bintu Malik bin Tsa'labah.
- Seorang Wanita Yang Aduanya Didengar Allah dan Mendapat Jawaban Langsung dari Allah Swt.
- Suatu hari beliau mendapati suaminya Aus bin Shamit dalam masalah yang membuat Suaminya marah, dan Suaminya berkata, “Bagiku engkau ini seperti punggung ibuku!”
- Kemudian Aus keluar setelah mengatakan kalimat tersebut dan duduk bersama orang-orang beberapa lama lalu dia masuk dan menginginkan diriku. Kukatakan kepadanya," Tidak. Demi Dzat Yang jiwa Ku berada dalam genggamanNya. Janganlah engkau mendekatiku. Engkau telah mengucapkan apa yang telah kau ucapkan, sampai Allah memutuskan hukum-Nya dalam permasalahan kita.
- Kemudian Khaulah Pergi menemui Rasulullah, lalu dia menceritakan peristiwa yang menimpa dirinya dengan suaminya.
- Lalu Rasulullah bersabda, “Kami belum pernah mendapatkan perintah berkenaan urusanmu tersebut aku tidak melihat melainkan engkau sudah haram baginya.”
- Kemudian itu wanita mukminah ini mengangkat kedua tangannya ke langit sedangakan dihatinya tersimpan kesedihan dan kesusahan. Pada kedua matanya nampak meneteskan air mata dan semacam ada penyesalan, maka beliau menghadap Yang tiada akan rugi siapapun yang berdoa kepada-Nya. Beliau berdoa, “Ya Allah sesungguhnya aku mengadu kepada-Mu tentang peristiwa yang menimpa diriku.” Tidak bosan2nya Beliau Memanjatkan doa kepada Allah.
- Hingga Akhirnya Turunlah Wahyu Allah, Rasulullah kemudian berkata kepadaku, : Wahai, Khaulah. Allah telah menurunkan firmanNya tentang permasalahanmu dan suamimu."“Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yang mengajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat,...sampai firman Allah: “dan bagi orang-orang kafir ada siksaan yang pedih.” (Al-Mujadillah: 1-4)
- Kemudian Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadaku,"Perintahkan kepadanya, agar ia membebaskan seorang budak".
- Aku berkata,"Demi Allah, wahai Rasulullah. Dia tidak memilki seorang budak".
- Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,"Kalau begitu, hendaklah ia berpuasa selama dua bulan berturut-turut."
- Aku berkata,"Demi Allah, wahai Rasulullah. Dia adalah seorang lelaki tua yang tidak sanggup lagi berpuasa."
- Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam kembali bersabda,"Jika demikian, hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin dengan satu wasaq kurma."
- Aku berkata,"Demi Allah, wahai Rasulullah. Dia tidak memiliki kurma sebanyak itu."
- Akhirnya beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,"Maka kami akan membantunya dengan sekeranjang kurma."
- Aku berkata,"Aku juga, wahai Rasulullah. Aku akan membantunya dengan sekeranjang lagi."
- Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,"Perbuatanmu benar dan bagus. Pergilah dan bersedekahlah untuk suamimu. Dan berwasiatlah dengan anak pamanmu dengan baik," maka aku pun melakukan perintah Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam
- Begitulah sepenggal kisah Seorang Wanita Mulia yang Perkataanya(aduanya) Di dengar Allah Swt. Para sahabat juga mengakui keutamaan dan keberanian wanita mulia ini dalam kebenaran.
- Suatu hari Umar bin al Khaththab keluar bersama orang-orang. Lalu ia melewati seorang wanita tua. Wanita itu meminta ‘Umar untuk berhenti.
- Wanita itu lalu berkata,"Wahai ‘Umar, dulu aku menemuimu saat engkau masih bernama Umair (nama kecil Umar) di pasar 'Ukazh. Engkau menakut-nakuti anak-anak dengan tongkatmu. Hingga hari berlalu dan namamu berganti ‘Umar. Dan masa terus berlalu hingga engkau menjadi seorang Amirul Mu'minin. Maka bertaqwalah kepada Allah terhadap rakyatmu. Dan ketahuilah, barangsiapa yang takut ancaman Allah, dia akan merasakan bahwa siksa Allah itu amat dekat. Dan barangsiapa yang takut terhadap kematian, maka kematian itu pasti tidak akan luput darinya".
- Sadar akan Kemulaiaan Wanita tersebut Umar (Amirul Mukminin) berdiri sambil menundukkan kepalanya dan mendengar setiap perkataannya.
- Mendengar pembicaraan wanitu itu, al Jarud kemudian menimpalinya : “Sungguh engkau telah memperbanyak ucapan terhadap Amirul Mu'minin, wahai wanita".
- Tetapi ‘Umar justru berkata,"Biarkanlah ia! Tidakkah engkau mengenalinya, Wanita ini adalah Khaulah bintu Hakim, isteri Aus bin ash Shamit yang telah Allah dengar ucapannya dari atas langit yang ke tujuh. Maka saya sangat lebih layak untuk mendengar perkataannya."
- Dalam riwayat lain Umar bin Khathab berkata, “Demi Allah sendainya beliau tidak menyudahi nasehatnya kepadaku hingga malam hari, maka aku tidak akan menyudahinya sehingga beliau menyelesaikan hal yang dikehendakinya, kecuali jika telah datang waktu shalat maka aku akan mengerjakan shalat, kemudian kembali mendengarkan sehingga selesai keperluannya.”
- Masha Allah Seorang Umar yang saat itu Menjadi Amirul Mukmiin Tertunduk Mendengar Perkataan dan Nasehat Wanita Mulia Tersebut.
- Semoga Kita Bisa Mengambil Manfaat Dari Kisah Diatas, Jika ada Kesalahan Mohon dikoreksi. 

mandi

kepada yang suka mandi malam....
jom sedut Ilmu
3 WAKTU DILARANG MANDI :
A. 30 Minit Setelah Solat Asar.
B. Setelah Maghrib.
C. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.
Penjelasan :
A. 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.
B. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.
C. Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.
Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.

Jumaat, 18 April 2014

Studi week








pasangan

Buat RENUNGKAN bersama

● ada pasangan yang mati ketika sedang leka berzina .
○ tapi kita masih nak berzina tanpa ambil pengajaran . ● ada pasangan yang kemalangan ketika bercumbu dalam kereta .
○ tapi kita masih nak bercumbu2 tanpa rasa berdosa . ● ada pasangan yang dipanah petir ketika keluar berdeting .
○ tapi kita masih nk berdating walaupun belum kahwin . ● ada yang mati tak sempat nk delete gmbar dedah aurat di FB .
○ tapi kita masih bernafsu upload gambar berbagai gaya di FB .
● ada pasangan yang mati mengejut ketika webcam .
○ tapi kita masih lagi bersuka ria webcam dengan pasangan couple .
● ada pasangan yang mati ketika sedang berdisco menari nari .
○ tapi kita masih lagi nak berkunjung konon melepas tension .
● ada pasangan yang pecah telinga ketika leka bergayut .○ tapi kita masih lagi bersenang lenang nak bergayut lagi .
● ada pasangan yang mati tak sempat nak kembali bertaubat .
○ tapi kita yang masih hidup nie berterusan dalam maksiat