Selasa, 26 Ogos 2014

Imarah masjid

( IMARAH MASJID )

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ
وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن
وَالَاهُ

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ الله عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "إِنَّ لِلْمَسَاجِدِ أَوْتَادًا الْمَلَائِكَةُ جُلَسَاؤُهُمْ إِنْ غَابُوا يَفْتَقِدُونَهُمْ وَإِنْ مَرِضُوا عَادُوهُمْ وَإِنْ كَانُوا فِي حَاجَةٍ أَعَانُوهُمْ"، وَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "جَلِيسُ الْمَسْجِدِ عَلَى ثَلَاثِ خِصَالٍ أَخٍ مُسْتَفَادٍ أَوْ كَلِمَةٍ مُحْكَمَةٍ أَوْ رَحْمَةٍ مُنْتَظَرَةٍ".

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu , daripada Nabi Sallallahu 'alaihi wassalam bersabda: “Sesungguhnya bagi masjid-masjid itu terdapat pasak-pasaknya (iaitulah orang-orang yang mengimarahkan masjid), para malaikat duduk bersama dengan mereka. jika mereka tidak datang ke masjid, para malaikat akan mencari mereka, jika mereka sakit, para malaikat akan menziarahi mereka, jika mereka ada keperluan, para malaikat akan membantu mereka.” Sabda Nabi Sallallahu 'alaihi wassalam lagi: “Orang yang duduk di dalam masjid berada dalam tiga keadaan: Saudara yang memperolehi faedah (mendapat kawan yang baik), atau memperolehi perkataan yang berhikmah (dari mendengar bacaan al-Quran atau majlis ilmu), atau rahmat yang ditunggu (terdiri dari doa para malaikat). (Dikeluarkan oleh Ahmad 2/418, bil: 9414. Al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman 3/85, bil: 2955 )

INTISARI :

1- Pengimarah masjid adalah tonggak kejayaan program-program masjid.

2- Mereka disukai oleh para malaikat dan didoakan rahmat dan pengampunan Allah.

3- Perkara yang menguntungkan pengimarah masjid :

a- Bertemankan orang baik dan soleh
b- Tuturkata yang berhikmah
C- Rahmat Allah.
d- Doa para malaikat.

Sahabat-sahabat semua jom imarahkan masjid...

Ya allah kurniakan kami kekuatan utk mengimarahkan masjid-masjid.
Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah iman
yang teguh, hati yang su
ci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang sakinah. Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat ,agar
kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan akhirat…anugerahkan kami keberkatan ilmu ini... amen.

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ, والْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , والعفو منكم
أخوكم محمد حذري هاشم البنداني

Semoga kita semua termasuk orang-orang yang suka mengimarahkan masjid-masjid.

Berhijrah itu manis.

Berhijrah itu manis. Mahu cuba?
Ia akan menjadi manis bila niatkan kerana Allahutaala.
Wallahi manis sampai jadi penagih-manisan-hijrah.
Tapi...
Seringkali orang sekeliling kita memandang pelik ke atas penghijrahan kita, kan?


Dari bidang 45'-- kita improve bidang 55'.
Dari nampak lengan-- kita improve pakai sarung tangan.
Dari nampak kaki-- kita improve pakai sarung kaki.
Biarkan mereka, wahai sahabat.
Jangan salahkan mereka kerana memerli.
Jangan bencikan mereka kerana memperendahkan kita.
Mereka hadir-- KERANA izinnya Allah.
Mungkin sedih dan rasa tersisih itu ada.
Mungkin juga rasa nak terjatuh, muka tersembam ke tanah dan malu untuk bangkit semula.
Tapi tolak pe "rasa" an itu ke tepi.
Bangkit dan terus kuat.
Allah yang berkehendak untuk kita berhijrah.
Allah yang berkehendak untuk letakkan cahaya iman ke dalam hati kita.
Mana mungkin kita mahu sia siakan bergitu saja?
Tak akan ada seorang pun yang mampu halang Nurnya Allah untuk sampai ke hati seseorang hamba itu, ya sahabat.
Maka beruntunglah kamu yang Allah hadirkan cahaya itu ke dalam hati mu.
Uji tanda peduli.
Mana mungkin Allah tinggalkan kita seorang diri, kan? Allah sayang kita lebih dari seorang mak sayangkan anaknya.
Mana mungkin seorang anak kecil yang baru bertatih dibiarkan maknya berjalan sendirian, kan?
Teruskan lah kawan.


Jangan lah pandang belakang.
Bumi Allah perlukan pemuda yang imannya umpama keluli.
Pemuda yang cantik akhlak nya.
Pemuda yang menyebarkan wangian Laailahaillallah.
Bila lagi mahu bangkit,
kalau bukan sekarang, kan?
Bila lagi nak bantu kawan kawan yang lain,
kalau bukan waktu ini, kan?
Lemparkan saja senyuman pada mereka.
Mungkin mereka belum rasa lagi manisnya penghijrahan itu.
Sentiasa berfikiran positif. 


Sentiasa bersangka baik dengan dugaan yg kita dapat.
Cukuplah tu bersuka ria.
Jadilah Hamba yang taat.
Jadilah Ummat yang bersyukur.
Buat lah apaaa saja, asal yang Allah redha, asal yang Nabi saw bangga.
Moga Allah berkati usia kita sahabat ^__^
INSYA'ALLAH kau pasti dapat merasai KEMANISAN dalam PENGHIJRAHAN itu sahabat 

Solat berjemaah

Seorang buta pernah menemui Nabi SAW dan berkata: "Wahai Rasulullah, saya tidak memiliki seseorang yang akan menuntunku (membawaku) ke masjid." Lalu dia meminta keringanan kepada Rasulullah SAW untuk solat di rumah. Ketika sahabat itu berpaling, beliau (Rasulullah) kembali bertanya: "Apakah engkau mendengar panggilan solat (azzan)?" Lelaki itu menjawab: "Benar." Beliau bersabda: "Penuhilah seruan tersebut (hadiri jemaah solat)."(Sahih Muslim)Abdullah ibn Mas'ud pula diriwayatkan telah berkata: 

"Kami dahulu berpendapat, bahawa tidaklah seseorang yang tidak menghadiri solat (jemaah) melainkan ia seorang munafik yang telah jelas kemunafikannya, atau kalaulah ia sakit, maka ia berjalan dengan cara dipapah diantara dua orang hingga ia hadiri solat." Rasulullah SAW telah mengajari kami sunnah-sunnah petunjuk, dan diantara sunnah petunjuk adalah solat wajib di masjid yang kerananya dikumandangkan adzan.(Sahih Muslim)Berdasarkan hadis-hadis di atas, telah jelaslah kepada kita akan kepentingan mendirikan solat fardu secara berjemaah.

Pencerahan

1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.

5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.

8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lbh teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "

9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.

10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Jika anda benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh menerangi hari seseorang.

syawal 1435H :)



































Ahad, 24 Ogos 2014

madu asli

Cara Mengetahui Keaslian Madu Lebah:

1)Madu asli tidak diserang oleh semut tetapi jika madu asli yang dicampur gula akan diserang pasukan semut.

2)Madu yang betul-betul asli tidak akan beku jika diletakkan di dalam peti sejuk.

3)Madu asli tidak akan putus-putus jika dituangkan ke dalam bekas.

4)Tuangkan sedikit madu ke dalam bekas kemudian campurkan dengan sedikit air dan goyangkan bekas perlahan-lahan.Jika madu asli,ia akan membentuk seperti sarang lebah dan tidak mempunyai rekahan.

5)Tuang madu ke dalam bekas atau tapak tangan.Madu asli akan membentuk bulatan.

6)Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu.Madu asli akan membuatkan telur ayam tersebut masak.

7)Titiskan setitis madu ke atas kertas.Madu asli akan membentuk bulat dan tidak diserap oleh kertas.

lama

KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun. 
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2003. Dan sebelah lagi
pada 1 January 2004. Wah...tahan sampai 2 tahun kan ? 

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke. 

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama',
Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat. 
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa... 

PAKAIAN. 
Nak tahan lama
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach. 
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach. 
Jangan bawa mandi kat beach. 
Gantung bila disimpan. 
Cuci guna air jeram/hujan. 
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!. 
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER...
BAJU SENDIRI SIMPAN. 

KERETA
Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk. 
jangan bagi abuk masuk. jangan bagi wap air masuk.
bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca bismillallah dan doa 
Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah. ..

UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan
jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi 
bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah). 

ROKOK 
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah... ...!!!!, letak atas meja dan pandang saja.
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat
hahaaa.... 

TIDUR 
Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang. 

HUBUNGAN 
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan, 
Jujur dan ikhlas je!!!!

Last word:
SELAMAT BERTAHAN LAMA...
............ ...sentiasa terbuka dan rasional.