Selasa, 2 September 2014

ada berani

Boleh tahan dialog ni... Utk yg berani jer

anak: ayah.. adakah hantu itu wujud?
ayah: tak.. hantu tak pernah wujud..
anak: tapi orang gaji kita cakap hantu itu wujud?
ayah: anak, kemas semua barang kamu.
anak: kenapa ayah?
ayah: kita tak ada orang gaji..
anak: OMG!

anak: Mak! kemas barang, kita nak pindah!
mak: pindah? kenapa?
anak: Ayah cakap rumah ni berhantu
mak: Apa? Ayah kamu sbenarnya dah lame meninggal! sbelum kamu lahir lagi
anak: betul ke?
mak: Iya!

anak: Abang! betul ke ayah kita dah
meninggal?
abg: ha'a! sape bagi tau?
anak: mak yang bagi tau!
abg: ha? adik tau tak? mak kita meninggal time lahirkan kamu?
anak: Abis tu siape nak jage adik?
abg: Adek jage lah diri sendiri!
ank: kenapa?
abg: sebab mak kita gugurkan abg! 5 tahun sblum kamu dilahirkan!

Eksperimen kapel & cinta

Exclusive Report : Couple & Cinta

Aim of experiment :
Untuk mengkaji perbezaan antara Couple & Cinta.

Problem statement :
Ramai makhluk hidup yang salah konsep mengenai Couple dan Cinta.

Hypothesis :
Makin ramai yang Couple, makin ramai masuk Neraka.
Makin ramai yang letak Cinta Allah nombor satu, makin ramai masuk Syurga.

Variables:
Constant = Makhluk Hidup Lelaki Ajnabi & Makhluk Hidup Perempuan Ajnabi
Manipulated = kehadiran ikatan sah antara Makhluk Hidup.
Responding = The presence of Dosa & The presence of Pahala

Material :
Makhluk Hidup Lelaki & Makhluk Hidup Perempuan. Makhluk Laknat Syaitan juga.

Experiment’s Procedure :
1. Put Makhluk Hidup Lelaki Ajnabi dan Makhluk Hidup Perempuan Ajnabi dalam keadaan bercinta sesama mereka.
2. Put two of the Makhluk hidup in different condition, kondisi 1 : tiada ikatan sah & kondisi 2 : ada ikatan sah.
3. Observe if there is any Makhluk yang ketiga(Makhluk Laknat Syaitan).
4. Record the observation.

Observation :
Makhluk Hidup Ajnabi yang tiada ikatan sah : There is presence of Dosa and presence of Makluk yang ketiga
Makhluk hidup Ajnabi yang ada ikatan sah : There is presence of Pahala only.

Inference :
#1 Makhluk hidup Ajnabi yang bercinta tiada ikatan yang sah akan dapat DOSA dan adanya kehadiran Makhluk yang ketiga.
#2 Makhluk hidup Ajnabi yang bercinta ada Ikatan yang sah akan dapat Pahala dan Makhluk yang ketiga Nangis teresak-esak.

Conclusion :
#1 Cinta tanpa ikatan yang sah akan membawa ke Neraka. Itulah hubungan Couple.
#2 Cinta dengan ikatan yang sah akan membawa ke Syurga. Itulah hubungan Suami Isteri .

---------------------------------------------------------------------

Conclusion Exclusive :
Aku jawab beberapa persoalan mainstream sempena report exclusive aku

Cinta, Rindu, Suka, Minat, Fall in Love, Crush?
Tidak menjadi satu kesalahan kerana semua itu ialah fitrah semulajadi yang suci.
Anugerah daripada Allah SWT kepada Makhluk Hidup manusia.

Couple?
Dosa, Haram, dan Neraka.
Apa-apa yang mendekatkan diri kita kepada kepada Zina walaupun sekecil langkah Inche Kuman yang kecik tu, maka HARAM.
Couple secara obviousnya membawa kearah Zina maka automatically hukumnya HARAM.

Perbezaan Couple dan Cinta?
Cinta = anugerah Allah yang merupakan fitrah yang suci.
Couple = ialah sebuah fitrah Cinta yang telah dikotori dengan Hawa Nafsu manusia dan cap jari Makhluk Laknat Syaitan yang busuk.

Couple Islamik?
Najis = Kotor selama-lamanya.
Couple = Haram selama-lamanya.
Kalau korang mampu bersihkan & sucikan Najis maka couplelah.

Tapi problemnya Najis tu kotor dan jijik selamanya. Tak mampu nak disucikan.
Same goes to Couple, korang tak mampu nak sucikan atau nak islamikkan selamanya.

Kalau nak sangat, KAHWINLAH!

Adakah tunang boleh?
Syarat tunang = kedua-dua belah pihak bersetuju untuk berkahwin dalam satu masa yang ditetapkan.

So bebudak sekarang fikir yang bila dah setuju sesama mereka maka dikira bertunang.
Betul mereka dah bertunang. Sah tunang mereka. Sah di sisi syariat.

Masalahnya, mereka tak bagitahu dengan parents masing-masing.

Uhukk uhukk,
Dah lah makan minum berak kencing masih ditanggung oleh mak bapak, ada hati nak bertunang tanpa pengetahuan parents -.-

Ini pendapat exclusive aku :
Bagi yang masih dibawah tanggungan ibu bapa dan bertunang tanpa pengetahuan ibu bapa, maka tidak sah hubungan tunang tersebut.

Itu namanya Couple!
Dosa, Haram, dan Neraka. Itu hadiah untuk kau

Not just that,
Walaupun dah bertunang, namun kena ingat.
Korang belum berkahwin lagi!

Jangan nak menggatal ambil gambar bersama dekat-dekat, berdua-duaan.
Tunang bukannya kahwin!

Hanya KAHWIN yang menghalalkan hubungan antara lelaki & perempuan ajnabi.

So?
Kahwinlah. Jangan tunang lama-lama

Adakah merindui atau suka seseorang dosa?
Rindu dan Suka someone ialah Fitrah semulajadi anugerah Allah special untuk makhluk hidup manusia.
Tak salah untuk rindu atau suka someone.

Tapi yang menjadi masalah ialah apabila berlebih-lebihan.
Rindu berlebih-lebihan.
Suka berlebih-lebihan.

Sampaikan gambar jadi wallpaper laptop dan phone.
Sampaikan teringat-ingat setiap masa.

Sehinggakan boleh menjadi DOSA dan HARAM.
HARAM dengan adanya Zina Hati apabila memikirkan orang yang dirindui atau yang disukai.

Conclusion of the Conclusion over the Conclusion :
Letak Cinta Allah paling atas.
Letak Cinta Allah paling tinggi.
Dan letak juga Cinta Nabi di sisi.

Cinta Allah & Cinta Nabi menandingi segala Cinta lain.
Cinta lain = Cinta parents, Cinta suami, Cinta Isteri, Cinta Dota, Cinta Runningman, Cinta couple dan thousands other laa…

Serious talk, If you guys mampu buat those things, hidup korang akan bahagia.

Bahagia dunia.
Bahagia Akhirat.
Bahagia hingga ke Syurga Allah.

Sekian. Moga Allah Redha ;D

Temboro

××Perjalanan ke Temboro××
Alhamdulillah kami sekeluarga berpeluang mghantar adik pulang ke madrasah Pesantren Al Fatah Temboro Jawa Timur..kami berlepas dri klia dua... perghh..serius jauh berjalan ke balai berlepas.. xmcm Lcct n KliA lama...turun di surabaya dgn selamat di jemput pak supir sigget +6281332991479(ni no beliau..kalau nk jalan2 surabaya n nk ke temboro..mmg murah n baik sgt2 juga sempoi n beriman juga karkun)..

kami di bawa berehat dulu di hotel di kawasan surabaya..malam hari kami makan di restoran apong ramawati makan gurami(kaloi) 3 rasa...huhu.. first time makan ikan kaloi mak eloi2..pg esok nya kami di bawa ke ampel untuk menziarahi Maqam Wali dan Daie Bumi Jawa Hazrat Syeikh Sunan Ampel Rah..kemudian begerak je Gersik untuk menziarahi Maqam Sunan Giri rah..sambil2 tu kami shopping kupiah n rida..murah2 kot...

akhir sekali kami menziarahi maqam Sunan Maulana Malik Ibrahim rah..malam tu kami bermalam di Madiun satu kota yg sgt berdekatan dgn Perkampungan Islam Temboro..keesokkan paginya kami pergi ke puncak gunung Temboro yg di panggil Kota Sarangan..masyAllah..sgt2 cantik pemandangan n sejuk seperti di Cameron highland...ada tasik semula jadi dan dunia buah-buahan...kami menaiki bot laju ambil angin sekitar Kota Sarangan di puncak Temboro..makan sate kelinci(arnab) kenangan manis buat kami..bila senja baru lah kami turun ke perkampungan Islam Temboro..berdekatan dgn temboro kami brhnti di kota magetan(pusat barangan Kulit Indonesia)..pelbagai barangan kulit di jual dgn harga yg sgt murah..kami teruskan perjalanan memasuki Perkampungan Islam Temboro dgn hati yg berbunga mekar..dgn harapan dpt ambil istifadah n manfaat Agama spnjg keberadaan kami di sini..kami bermalam di homestay di tepian sawah dgn pmndgn yg sgt cantik kerana Hotel telah penuh...malam itu kami berehat..

seawal jam 3 pagi azan telah kedengaran..bukan subuh tp azan tahjud..masyAllah..dari segenap jalan telah keluar kaum adam dri anak2 sampailah yg peringkat umur tua..tangisan Doa untuk umat kedengaran di penjuru2 Masjid...walaupun hanya kampung tp masjid di temboro ada lebih kurang 15 buah masjid n satu masjid jamik yg sgt besar memuatkan lebih kurang 10 ribu org kerana masjid tak muat semua org lelaki pergi solat sb tu buat masjid banyak walaupun masjid banyak tp semua masjid penuh...masjid kat tempat kita??adusss...tempat dia masjid2 penuh cuma lelaki je..kalau pempuan pun g masjid rasa kne tambah masjid lg..org2 perempuan semua bersolat di rumah2 mereka..solat subuh masyAllah bacaan Imam seperti org arab...masjid padat..

sy ronder2 tgk masjid2 lain sebelum solat sb sni mcm Madinah iqomah nya lambat..masyAllah mmg penuh bro..lepas solat mereka selawat n zikir ramai..kemudian baca yasin..org kampung di temboro baca yasin tiap2 pagi dan khatam Quran 3 ke 5 kali sehari..khatam Quran taw bukan khatam 1 juz atau 1 surah ye..huhu..kmudian ada kuliyah subuh pula..bila waktu pagi mnjelang.. pelajar2 lelaki wanita dari tadika sampailah peringkat takshasus aliy(mcm phd) keluar dari rumah mereka menuju ke tempat pengajian masing2...ada yg kelas di pondok utara..ada yg di pondok selatan..ada yg di trankil..pelajar lelaki ada 10 ribu pelajar dan pelajar wanita ada 6 ribu pelajar..di kampung ini semua wanita berpurdah trmasuk anak2 kecil..makcik2 tua yg ke sawah n ladang tebu pun berpurdah..yg lelaki semua berkupiah..ia bukan peraturan n paksaan tp suasana Agama ini wujud hasil usaha Dakwah Tabligh oleh Mudir Madrasah Almarhum Kiyai Uzairon Thaifur Abdillah rah lepasan Ummul Qura Mekah yg mula buat usaha Dakwah sekitar tahun 70 an..

hasil dari kerja Dakwah ini kampung Temboro kembali kepada kehidupan Madinah Zaman Nabi SAW...di petang hari org2 kampung berkumpul di masjid2 mereka untuk mnjalankan usaha dakwah.. pelajar2 n org kampung boleh menunggang kuda di ptg hari..lepas asar setiap hari ada pengajian Hadis dan tafsir untuk satu kampung..org2 kampung hanya perlu buka radio temboro dari rumah kalau tak dpt ke Masjid..di malam hari pula ada kuliah magrib yg sampaikan oleh Ulama2 secara begilir2 mgikut jadual dan selepas isyak pula pelajar2 di wajibkan belajar Silat,Tomoi dan wingchun sbgai seni mmpertahankan diri..bukan kosong2 tp ada isi..di hujung minggu pelajar di ajar dgn ilmu perubatan Islam ruqyah mcm darussyifa juga pelajar di ajar cara Bekam,akupuntur dan beberapa teknik perubatan Islam Lagi..masyallah...

Bagi yg ingin bersuluk di sediakan tmpt suluk tp suluk yg jaga solat jemaah n di pimpin Ulama Dakwah bukan yg entah dari mne tu..huhu..banyak pelajaran yg kami dpt spnjg berada di sana..sy juga dpt berpeluang bertemu Hazrat Kiyai Nur Tahir lepasan Madina tahun 1973 abang ipar Almarhum Kiyai..minta nasihat beliau..beliau beri nasihat dan byk pekara juga yg kami muzakarahkan..org kampung ini mmg di didik dgn Dakwah Taklim dan Tazkiyah...seperti yg berlaku di Madinah dulu..

semoga ALLAH pilih kami lagi dan lagi untuk ke sini...semoga satu masa kampung kita juga dpt jadi seperti kampung Madinah Zaman Nabi Saw... Allahumma amin..sekian saja nukilan ringkas prjalanan kami..
 (30 poto)

PBL 224 KMS 2014

Laporan Problem Based Learning (PBL) Pensyarah
Unit Kimia Kolej Matrikulasi Selangor
Sem I , Sesi 2014/15

Nama Pensyarah       :  Mohamad Shehdi bin Ragiun
Kumpulan Praktikum  :  SM2K2T4
Tarikh dan Masa Perlaksanaan : 3 Sept 2014 8.30 am
Item
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Sederhana
Setuju
Sangat Setuju
Jumlah
1
2
3
4
5
Kefahaman
0
0
1
13
4
18
Keyakinan
0
0
0
0
18
18
Minat
0
0
0
1
17
18
Kerjasama
0
0
1
0
17
18
·         * 2 pelajar tidak hadir



Refleksi pensyarah ke arah penghasilan ‘Independent Learner’:

Syukur Alhamdulillah saya sangat berpuas hati dengan sesi PBL yang telah saya jalankan sama seperti kelas sebelum ini kerana pelajar  telah dapat menambah pengalaman untuk mencari informasi atau pengetahuan  melalui sumber dari internet dan mendapat jawapan kepada masalah. Selain itu, pelajar juga telah mendapat peluang untuk memperbaiki soft-skill mereka. Pelaksanaan PBL dapat membantu pembelajaran mereka di peringkat yang lebih tinggi iaitu di peringkat universiti. Pengalaman ini tidak dialami pelajar semasa di sekolah

Cadangan Penambahbaikan:

Sesi PBL ini sesuai dilaksanakan sebagai projek / assignmen untuk Penilaian Berterusan (PB) dan sebagai ganti kuiz.

__________________________
   Mohamad Shehdi bin Ragiun

Cap Rasmi :
Tarikh         : 10 September 2014


















ujian

Tak semua apa yang kita inginkan
Terjadi mengikut apa yang kita rencanakan
Cuma apa yang pasti
Teruskan mengatur langkah biarpun kau seorang sepi sendiri

“And whoever turns away from my remembrance – indeed, he’ll have a depressed life & we’ll gather him on the day of resurrection blind.” (20: 124)

Tak semua apa yang kita mahukan
Terlaksana mengikut apa yang kita rencanakan
Cuma apa yang pasti
Hargai apa yang kau punya tanpa perlu bersedih hati

Hamdun bin Ahmad berkata: “ Sikap panik ketika tertimpa musibah hanya dilakukan oleh orang yang menyimpan buruk sangka terhadap Tuhannya.”

Tak semua apa yang kita citakan
Terjadi mengikut apa yang kita rencanakan
Cuma apa yang pasti
Allah sentiasa ada disisi

Dari Abu Hurairah r.a., dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda,
“Tak henti hentinya manusia bertanya tanya, sampai dikatakan, ‘Allah menciptakan makhluk, lalu siapa yang menciptakan Allah?” Barangsiapa yang merasakan keraguan dalam hatinya, maka hendahlah ia berkata, ‘Aku beriman kepada Allah.”
(Hadith Riwayat Muslim, 190)

Tak semua apa yang kita impikan
Terlaksana mengikut apa yang kita rencanakan
Cuma apa yang pasti
Kita bukan selamanya disini

Hadis Riwayat Abu Hurairah r.a., dia berkata ketika turun ayat,
“Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, nescaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu,” kaum muslimin merasa sangat sedih sekali,
lalu Rasulullah s.a.w bersabda, “Janganlah kamu sekalian terlalu bersedih & tetaplah berbuat kebaikan kerana dalam setiap musibah yang menimpa seorang Muslim terdapat penghapusan dosa bahkan dalam bencana kecil yang menimpanya atau kerana sebuah duri yang menusuknya.”
(Hadith Riwayat Muslim, 4671)

Tak semua apa yang kita idamkan
Terjadi mengikut apa yang kita rencanakan
Cuma apa yang pasti
Bukankah kita hamba yang akan selalunya diuji?

“Sesungguhnya besar pahala dengan besarnya ujian. Sesungguhnya jika Allah mencintai sesuatu kamu, Dia akan menguji mereka.” (Riwayat al-Tirmizi)

Tak semua apa yang kita ada
Selamanya kita punya
Sebab itu jangan kecewa
Bila ianya tiada lagi di depan mata
Kerana itu semua
Pinjaman Allah semata-mata
Sebab itu kau & aku jangan kecewa
Kerana Allah akan selalu ada

Ujian itu didikan; manusia terdidik bila dia teruji.
Ujian itu panggilan; manusia terpanggil bila dia teruji.
Ujian itu tanda kecintaan kerana manusia yang dicintai akan selalunya diuji.

satira

Lukisan Pawel Kuczynski sangat sinikal dan satirikal. Komentar masyarakat yang sangat tajam. Ini ialah bahagian ketiga karya beliau. As always very very nice.

Isnin, 1 September 2014

pembuli

Orang yang suka membuli orang lain semata-mata nak nampak hebat, gila-gila, atau happy go lucky di mata orang lain, sebenarnya orang yang paling kasihan atas muka bumi ni....

Kasihan kerana mereka ini kekurangan kasih sayang....oleh itu jiwa mereka memberontak untuk mencari orang yang lemah untuk lepaskan perasaan tu...
Mereka ini selalunya tergolong dalam orang yang "jiwa kacau, kekeliruan identiti, kurang keyakinan diri dan dahagakan perhatian"
Saya biasa berdepan dengan orang macam ni...pengalaman yang lalu mematangkan diri kita...

Bila pembuli sudah dewasa dan tua, mereka selalunya akan rasa malu dengan diri sendiri..
Yang kena buli, ada 2 perkara yang boleh terjadi pada anda di akhirnya...
Jadi orang yang lemah, suka menangis sorang2, pendendam dan rasa diri macam sampah !

ATAU

Jadi orang yang sabar, tabah, berfikiran positif dan pada akhirnya akan melahirkan insan yang mengagumkan dan lebih matang dari rakan sebaya yang lain...
Renung2kan dan selamat beramal....

p/s: Hanya dapat memerhati dari jauh, harap tulisan ni dapat dibaca oleh si dia...
Ustaz ada pesan..."Doa orang yang teraniaya ni mustajab, tapi jangan kita buang masa doakan yang buruk2 pada pembuli tu untuk balas dendam, tapi doa banyak2 untuk diri kita sendiri sebab kamu kena ingat...doa kamu sangat mustajab ketika ini!"