Selasa, 18 November 2014

sebak

Seorang pemuda menaiki kapal terbang dari utara tanah air menuju ke Kuala Lumpur. Dalam penerbangan, dia duduk di sebelah seorang lelaki tua.
Ternyata warga emas yang disapa itu ramah. Mereka berbual-bual, sekadar mengisi masa terluang.

"Pakcik nak pergi Kuala Lumpur jumpa siapa?" Tanya pemuda itu.
"Oh, nak jumpa anak pakcik yang nombor dua", jawabnya.
"Anak pakcik tu kerja apa di sana?"
"Dia doktor", jawab lelaki tua itu lagi.

Mereka terus bercerita. Kata lelaki itu dia mempunyai lima orang anak. Isterinya sudah lama meninggal dunia.
Pemuda itu terus bertanya tentang pekerjaan anak-anaknya yang lain
.
"Anak pakcik yang nombor tiga jadi pensyarah. Yang nombor empat tu pula jurutera. Manakala anak yang bongsu peguam", beritahunya.

Pemuda itu terkesima. Memang hebat pekerjaan anak-anak lelaki itu. Namun, baru dia teringat. Bagaimana pula dengan anak pertamanya? Kerja sebagai apa?
Sambil menghela nafas, pakcik itu menjawab, "Anak pakcik yang sulung cuma seorang petani. Adalah seekar sawah di kampung. Itulah kerjanya"

"Oh, begitu. Maaf ya pakcik. Nampaknya cuma anak pertama kurang menjadi ya? Mungkin pakcik kecewa dengannya", ujar pemuda itu perlahan.
Lelaki tua itu menggeleng kepala sambil tersenyum. Katanya

"Tidak nak. Malah pakcik lebih bangga dengan anak pertama pakcik itu. Kerana dialah yang membantu menampung pelajaran adik-adiknya hingga mereka semua berjaya. Semuanya berkat dari sawah yang dikerjakan".

value in life.
live life positiv

soalan mayat

TEMUDUGA SEBAGAI CALON JENAZAH
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN :
A. Ahli Syurga Dari Awal
B. Ahli Neraka Dari Awal
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A) :
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA :
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA :
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN :
Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA :
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR :
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON :
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI :
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini :
Sabda Rasulullah S.A.W : 'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.'

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
ㅤ ㅤ ㅤ  
 Subhanallah 
 Alhamdulillah 
 Lailahaillallah 
 Allahuakbar 
ㅤ ㅤ  ㅤ  

Share msg ini... kalau anda bukan dari golongan yg kedekut .


Mengaji

Dah tengah malam.
Abah ketuk pintu bilik anak gadisnya.
Anaknya buka pintu. Belum tidur.
Abah: "Buat apa je belum tidur lagi?"
Anak: "Tengah..." (Sambil menunjukkan fonnya)
Abahnya mengangguk faham. Tengah berinternet.
Abah: "Abah nak cakap sikit boleh?"
Anaknya tidak mengangguk, tidak menggeleng. Tadah telinga.
Abah: "Sekarang, kamu umur 20 tahun, kan?"
Anaknya mengangguk.
Abah: "Baiklah. Dengar baik-baik ni. Abah bukan nak berleter. Cuma nak ajak kamu berfikir.
Dalam sehari, ada 24 jam. Ini kira-kira umum abah. Tak exact pun. Orang bekerja habiskan 8 hingga 12 jam sehari kerja. Orang yang belajar macam kamu pula habiskan 6 hingga 7 jam sehari ke kelas. Orang yang sedang berkasih sibuk fikir soal hati pula habiskan lebih 6 jam fikir tentang jodoh dan layan perasaan. Orang yang sibuk dengan internet dan dunia media sosialnya habiskan purata lebih 5 jam sehari untuk scroll, update dan melayan kawan-kawan.


Tolak campur makan, tidur, letih semua, barulah sedar, kita tak peruntukkan masa pun untuk sesuatu yang lebih penting."
Abah menunjukkan jarinya pada senaskhah Al-Quran yang berada di atas almari. Nampak berhabuk sikit. Anaknya berkerut kening.
Abah: "Kalau untuk soal hati dan media sosial boleh kita luang masa dekat 2 jam contohnya, kenapa tidak boleh kita ambil masa 2 jam juga untuk tengok Al-Quran?"
Anak: "Tapi, abah..baca sekejap, mengantuk."
Abah: "Baiklah. Kurangkan lagi. Jadi sejam."
Anak: "Sejam? Lamanya. Seraklah tekak nak baca sampai sejam."
Abah: "Baiklah, setengah jam."
Anak: "15 minit bolehlah."


Abah tersenyum mendengar jawapan anaknya.
Abah: "Suatu hari, bila kamu tersepit dalam hidup, kamu akan mengerti 23 jam 45 minit yang kamu sayang tu, tolak solat 5 waktu, sangat-sangat bergantung kepada 15 minit yang kamu spend untuk Al-Quran tu."
Anak: "Tak faham."
Abah: "Kerja cari rezeki, kena bergantung pada Al-Quran. Belajar, perlu Al-Quran. Jodoh, perlu pada Al-Quran. Berjaya, perlu Al-Quran. Akarnya pada Al-Quran."


Anak: "Hm.."
Abah: "Rosak akarnya, jangan harap batang, dahan, ranting, daun, dan buahnya akan baik. Misalnya, kamu minat soal jodoh sekarang. Andai kamu seorang yang cinta kepada Al-Quran, insya-Allah kamu juga akan jumpa yang persis cinta Al-Quran. Yang baik-baik. Jika kamu jenis tak pentingkan Al-Quran, kamu juga akan jumpa yang sejenis dengan kamu. Kata nak jodoh yang baik-baik. Orang baik, orang yang utamakan Al-Quran."
Anak: "Adoilah."


Abah: "15 minit sehari untuk hafal sepotong ayat Al-Quran. Setahun dapat 365 ayat. 20 tahun lagi dapat? 7300 ayat. Dah boleh jadi hafizah."
Anak: "Kenapa abah cakap ni semua?"
Abah: "Sebab abah tak mampu untuk hidup selama-lamanya nak jaga dan nasihatkan anak yang abah sayang ni. Dulu abah jahil tak kejar Al-Quran. Abah taknak anak abah ikut jejak langkah yang sama."
Anak gadisnya sebak. Peluk ayahnya. Minta maaf. 


Sungguhlah. Lelaki selain ayah sendiri hanya mampu berkata-kata manis, berjanji setia. Namun, ayah berkata-kata untuk lihat anaknya di Syurga.

zina

# APAKAH YANG TERJADI JIKA BERSENTUHAN DENGAN BUKAN MAHRAMNYA???? #
Bagi pasangan lelaki dan perempuan yang sedang pacaran atau bertunangan, inilah alasan dan sebab mengapa anda tak perlu bersentuhan dengan bukan mahram atau pasangan masing-masing di luar sana. Lihat TANDA MERAH dalam gambar di bawah.
Kajian menunjukkan bagian berwarna merah adalah peningkatan suhu yang tinggi di kawasan tersebut. Jadi berpegangan tangan, jantung seorang perempuan akan berdegup kencang karena cinta dan kasih sayang. Sedangkan lelaki berdegup di otak dan kemaluan kerana nafsu semata-mata.
Dari Ma’qil bin Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ رَجُلٍ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ
“Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.” (HR. Thobroni dalam Mu’jam Al Kabir 20: 211. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih).
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda:
لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ مَعَ ذِي مَحْرَمٍ
“Sekali-kali tidak boleh seorang laki-laki bersepi-sepi dengan seorang wanita kecuali wanita itu bersama mahramnya.” (HR. Al-Bukhari no. 1862 dan Muslim no. 3259).
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu , Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda
كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنَ الزِّنَى مُدْرِكٌ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الاِسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلاَمُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ
“Setiap anak Adam telah ditakdirkan bagian untuk berzina dan ini suatu yang pasti terjadi, tidak bisa tidak. Zina kedua mata adalah dengan melihat. Zina kedua telinga dengan mendengar. Zina lisan adalah dengan berbicara. Zina tangan adalah dengan meraba (menyentuh). Zina kaki adalah dengan melangkah. Zina hati adalah dengan menginginkan dan berangan-angan. Lalu kemaluanlah yang nanti akan membenarkan atau mengingkari yang demikian.” (HR. Muslim no. 6925)
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman
قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat’”.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, :
مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ
Tidak pernah aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya terhadap kaum pria daripada fitnah para wanita.[HR Al-Bukhari no 5096]
Setelah kita mengetahui tentang larangan dan bahaya bersentuhan dengan lawan jenis yang bukan mahram berdasarkan hadits di atas
MASIHKAN ANDA BERPACARAN..???
Copas Akh Abdil Muhsin Hari Al-Kadiry
SILAHKAN SHARE semoga bermanfaat..
بَارَكَ اللَّهُ فِيْك

usahawan

8 ciri unik bakal usahawan berjaya

Agaknya bagaimana nak pastikan samada diri anda sesuai jadi usahawan atau tidak. Ramai yang teringin nak jadi usahawan, tapi tak ada keyakinan.
Kalau ada satu pedoman, bagaimana orang lain dapat jadi usahawan dan kemudiannya berjaya dalam perniagaan mereka, tentu akan timbul sedikit keberanian untuk terjun dan jadi usahawan.

Untuk berikan sedikit keyakinan pada kumpulan yang teringin nak jadi usahawan, tapi tak pasti samada sesuai atau tidak jadi usahawan, saya kongsikan sedikit tips di bawah.

Anda boleh lihat keadaan ketika zaman anda bersekolah dulu. Sekolah yang saya maksudkan di sini termasuklah ketika sekolah rendah, sekolah menengah, dan selanjutnya sambung pelajaran ke pusat pengajian tinggi kalau ada.

Maklumat ini saya cedok daripada buku The Millionaire Mind. Buku tersebut membuat kajian bagaimana keadaan mereka yang menjadi jutawan, dari segi cara hidup, persekolahan, pergaulan dan lain-lain seumpamanya. Kita cuma tengok bab sekolah saja kat sini.

Anda sesuai jadi usahawan jika :

1. Pencapaian ketika belajar adalah sederhana saja. Anda bukan jenis yang skor semua A dalam matapelajaran yang diambil ketika bersekolah. Walaupun pulun, disebabkan memang tak ada bakat otak tajam, keputusan anda sedang-sedang saja.

2. Anda rajin ke sekolah. Walaupun anda tak skor semua A, tapi bab pergi sekolah anda tak pernah ponteng. Anda berdisiplin untuk pastikan hadir ke kelas walau apapun yang berlaku.

3. Banyak belajar ketika bersekolah, tapi bukan dari buku teks. Disebabkan anda rajin ke sekolah, maka sudah tentu ada sebab. Biasanya sebab anda ada banyak aktiviti di sekolah. Anda jenis tak duduk diam. Itu semua membuatkan anda banyak belajar berbanding orang lain tentang kehidupan dan pergaulan di sekolah. Walaupun anda tak belajar banyak dari buku teks, persekolahan itu sendiri membuatkan anda banyak belajar.

4. Ramai kawan. Ini salah satu lagi faktor membuatkan anda suka ke sekolah. Anda suka berkawan dan anda punya ramai kawan. Ini juga merupakan ilmu penting yang anda dapat yang tak ada di dalam buku teks. Kawan yang ramai ini juga membuatkan anda ada kemampuan untuk menilai dan mengenali keupayaan orang lain dengan cepat dan mudah.
5. Anda biasa dilabel sebagai :
  • Tak berapa bijak
  • Tak layak masuk sekolah undang-undang
  • Tak layak langsung masuk sekolah perubatan atau kedoktoran
  • Tak layak untuk sambung buat MBA
  • Tak layak untuk naik ke atas berjaya lebih jauh lagi
6. Tahap CGPA hanya dalam lingkungan 2.76 saja. Itu tahap CGPA yang tak boleh dibanggakan sangat. Cukup makan untuk lulus. Biasanya orang kagum jika anda dapat 3 pointer. Walaupun anda berusaha, tapi masih cukup makan juga… tak perlu risau.

7. Anda jujur. Walaupun ada peluang bawa masuk toyol, anda tak buat sebab sikap jujur menghalang. Anda juga disenangi dengan sikap jujur itu. Walaupun hutang kawan sepuluh sen anda akan ingat dan cuba bayar.

8. Anda aktif bersukan. Ini juga salah satu daripada sebab anda tak suka ponteng sekolah. Anda rajin dan suka bersukan. Sifat bersaing tertanam dalam diri anda setiap kali bersukan. Anda bersungguh-sungguh bersukan dan cuba untuk menguasai sukan yang anda masuk.

Ok! cukup setakat itu saja. Apakah anda rasa seperti yang saya tuliskan di atas?

Perhatikan betul-betul. Anda tak perlu bijak dalam pelajaran. Anda tak perlu masuk dalam kumpulan elite dan tak perlu dapat skor tinggi dalam sekolah mahupun ketika di peringkat pengajian tinggi.

Isnin, 17 November 2014

hospital kerajaan

Ini adalah cerita hasil nukilan seorang bekas peguam, Puan Nisah Haji Haron. Kenapa beliau masih memilih perkhidmatan kesihatan kerajaan walhal beliau mampu untuk membiayai kos perubatan beliau di fasiliti swasta. Ini jawapan beliau.

Setelah melalui lima kali proses kehamilan, saya menggunakan khidmat klinik kerajaan dan saya bersalin setiap kali di Hospital Besar Seremban (kini Hospital Tuanku Jaafar Seremban). Hanya sekali dua pada peringkat awal kehamilan, saya buat imbasan untuk menentukan bahawa saya hamil di klinik swasta.

Pada awal tahun 2000, ketika hamil anak pertama, saya pergi juga ke klinik swasta. Sekali lawatan tidak kurang RM30. Kalau buat imbasan, tambah lagi dalam RM40 – RM50. Ini kadar di Seremban, ya. Persoalannya, bukan saya tidak mampu. Namun, di klinik kerajaan, saya boleh mendapatkan khidmat nasihat yang sama dan dibuat imbasan juga (jika temu janji itu dengan doktor) tanpa dikenakan bayaran satu sen pun!

Apabila bersalin di Hospital Besar Seremban pada tahun 2000, saya duduk di hospital selama 3 hari 2 malam. Oleh sebab bersalin normal (SVD), kos untuk tinggal di hospital tidak sampai RM50 sepanjang tempoh tersebut. Saya memilih untuk tinggal di wad kelas 3 pada ketika itu.
Saya masih lagi mendapat soalan “mengapa tidak ke hospital swasta?” ataupun “mengapa tidak duduk di wad kelas satu?”

Jika saya lahirkan anak saya di hospital swasta (kelahiran SVD), pada ketika itu kosnya mencecah RM2,000 (kadar di Seremban, ya). Saya dapat suasana hospital yang (mungkin) lebih aman kerana diberikan bilik seorang satu ataupun berdua, bertiga. Selebihnya, tidak banyak beza pun dengan apa yang saya lalui di bilik bersalin. Jika harus melalui C-Section, kosnya pastilah meningkat berkali-kali ganda.

Ada juga yang tanya, “selesakah bersalin di hospital kerajaan? Tak bersesak-sesak, kena tengking-tengking dengan misi?”

Bagaimana harus saya jawab persoalan ini? Saya akan ke mana-mana tempat yang baharu dengan ‘cawan yang kosong’. Saya tahu saya ke klinik kerajaan yang menawarkan kos perubatan percuma kepada ibu-ibu mengandung. Saya belum pernah diminta satu sen pun daripada pihak klinik walaupun mereka memberi saya ubat dan vitamin. Jadi, tentulah saya tidak diharapkan saya dilayan seperti tuan puteri yang baru turun dari langit. Tentulah, tidak ada hamparan permaidani merah khusus untuk saya.

Ramai orang? Ya, ramai. Jadi kenalah bijak memilih waktu. Kalau mahu pergi sebelah pagi, datanglah awal-awal. Sebelum jam 7.30 pagi setidak-tidaknya, sudah pergi ambil nombor. Jika tidak, pilih untuk datang pada waktu petang. Orang sudah mula reda. Saya akan sediakan bahan bacaan ataupun buku nota untuk mencatat. Pada saya, inilah peluang untuk saya bersendirian dan mempunyai masa khusus untuk membaca sambil menunggu giliran.

Misi marah-marah? Siapa yang tak marah kalau tidak ikut peraturan dan arahan yang telah ditetapkan. Mereka sentiasa cuba untuk menceriakan wajah pada setiap pelanggan. Tetapi, kita juga harus faham bahawa mereka juga manusia yang setiap hari menghadapi rutin kerja sejak awal pagi sehingga lewat petang. Itu belum lagi dicampur dengan karenah pelanggan yang berfikir, dia seorang sahaja yang betul.

Selama hampir 10 tahun mengulang ke klinik kerajaan dan hospital kerajaan, saya dapat melihat perkembangan yang positif dalam usaha mereka memperbaiki perkhidmatan yang disediakan. Menunggu giliran kini, tidaklah terlalu lama seperti awal-awal dahulu.

Untuk kelahiran anak-anak yang lain, saya hanya tinggal sehari di hospital. Ada yang tidak sampai 24 jam pun – sebab anak lahir sebelum subuh dan sudah boleh keluar hospital selepas waktu zuhur. Oleh itu, kos setiap kali bersalin tidak sampai RM30.

Selesa? Tidak ada apa yang harus saya rungutkan. Saya dapat kelan-kenalan baru di katil-katil bersebelahan. Berjumpa dengan golongan marhaen. Ada banyak kisah yang dapat dikongsi dalam pertemuan sesingkat itu. Kalau kita menjadi ibu buat kali pertama, akan ada ibu-ibu yang lebih berpengalaman yang akan sukarela membantu.

Setelah pulang ke rumah, misi atau jururawat di klinik kerajaan tadi akan datang ke rumah tanpa perlu diundang. Mereka akan datang melihat keadaan bayi, keadaan ibu. Sebab itulah, anak saya yang sebelum ini segera dikejarkan ke hospital kerana dikesan mendapat jaundice. Jururawat akan datang setiap hari selama hampir seminggu untuk memastikan bayi benar-benar sihat.

Berapakah kos untuk perkhidmatan ini? PERCUMA.
Jadi, perlukah saya merungut?

Saya fikir, kalau ke hospital/klinik swasta, selangkah sahaja perjalanan untuk bertemu doktor, maka bertaburlah duit di sepanjang jalan…
Terima kasih kepada pihak Klinik Kesihatan Ampangan dan juga pihak Hospital Tuanku Jaafar Seremban atas perkhidmatan cemerlang yang telah diberikan.

Ahad, 16 November 2014

pesbuk


[Kredit]

Sekiranya abad kesembilanbelas dahulu sinonim dengan revolusi perindustrian dan abad keduapuluh dengan peperangan, saya kira abad keduapuluhsatu akan dikenang sebagai zaman yang diledakkan dengan revolusi digital. Perkembangan teknologi digital dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan ini amatlah rancak (dan mengerikan!) sehinggakan terlalu banyak penemuan dan ciptaan baru, sama ada berguna atau pon tidak, telah dihasilkan.

Meskipon tidaklah sama dengan apa yang diramalkan oleh Fujio F. Fujiko di dalam karya agungnya, Doraemon itu! Ahah. 

Dalam tempoh sedekad yang pertama, nama-nama seperti Yahu, Gugel dan Maikerosof menguasai pentas era digital ini. Kemudian di penghujung dekad itu, nama-nama seperti Epal, Mukabuku, Alibaba dan Samsung pula yang mengambil alih. Gugel kekal sebagai antara pemain utama di atas padang revolusi digital ini. 

Dan di dalam banyak-banyak jenama ini, saya kira Mukabuku adalah antara yang paling berpengaruh sekali, terutamanya dalam kalangan anak-anak muda. Memang sukarlah juga untuk saya menemukan siapa-siapa yang tidak mempunyai akaun Mukabukunya sendiri. Cikgu sekolah rendah, penjual nasi lemak, eksekutif bank pelaburan, peguam syariah, jurulatih gimnastik, murid tadika, makcik jiran sebelah rumah... Hampir semuanya mempunyai akaun Mukabuku sendiri!

Pertimbangkan fakta-fakta yang meletupkan minda ini:

  1. Jumlah pengguna Mukabuku secara bulanan kini menyamai jumlah rakyat China (1.35 bilion manusia). 
  2. Secara puratanya, pengguna telefon pintar memeriksa Mukabuku sebanyak EMPAT BELAS KALI sehari. Yang tiada telefon pintar nampaknya lebih pintar di situ.
  3. Pengguna Mukabuku mencari (Baca: Search) sebanyak SATU bilion kali sehari. Apa yang dicari tu bang?
  4. Pengguna biasa menghabiskan sekurang-kurangnya EMPAT PULUH minit sehari dengan Mukabuku. Kalau baca Quran dah boleh habis sejuzuk tu! 
  5. Lebih DUABELAS bilion mesej dihantar melalui Mukabuku. Jika itu ditukarkan kepada zikrullah, entah berapa bilion pahala yang telah berjaya dijana!
  6. Ada kemungkinan besar nenek dan atuk anda juga merupakan pengguna Mukabuku. Lebih 45% daripada pengguna internet berusia 65 tahun ke atas mempunyai akaun Mukabuku mereka sendiri
  7. 47% daripada para pengguna Mukabuku berusia 18-34 tahun akan memeriksa akaun mereka sebaik sahaja bangun daripada tidur. Baca doa bangun tidur lagi bagus!
  8. Menurut suatu kajian, satu daripada tiga orang berasa tidak puas dengan hidupnya setelah melawati Mukabuku. 
  9. Satu pertiga daripada semua kes pendaftaran cerai di Amerika Syarikat pada tahun 2011 mengandungi perkataan 'Mukabuku.' 
  10. Beberapa orang telah mati dibunuh kerana telah membuang kawan (Baca:Unfriend) daripada senarai kawan-kawan Mukabuku mereka. Gila!   
Fuh. Gila kan pengaruh Mukabuku dalam kehidupan seharian kita? 

Tanpa fakta-fakta ini pon kita tahu yang sebenarnya hidup kita amat dipengaruhi oleh Mukabuku. Tanpa kita sedari, kita sudah pon sebenarnya ketagihan Mukabuku. Apa simptom-simptomnya?

Kita berasa amat seronok, teruja hingga ke langit apabila post kita diLIKE oleh orang lain. Sebaliknya, kita berasa tertekan apabila berpeluh-peluh otak kita memikirkan status bombastik untuk ditulis, tetapi jumlah yang mengeLIKE boleh dikira dengan jari.

Kita berasa kechiwa mahu terjun gaung apabila permintaan untuk berkawan (Baca:Friend request) kita ditolak. Apatah lagi apabila yang menolak itu adalah cik adik manis yang sudah menjadi pojaan hati kita sejak sekian lama! Eh.

Kita berasa resah gelisah sekiranya seharian tidak membuka Mukabuku. Rasa macam tak boleh nak hidup apabila kita masuk kampung atau hutan yang tidak mendapat talian internet.

Kita bergaduh, bertekak dan bercakaran dengan rakan-rakan Mukabuku kita untuk sesuatu yang remeh dan temeh. Nasib baik dalam Mukabuku tiada aplikasi tarik rambut. Heh.

Kita percaya bulat-bulat dan segi empat-segi empat segala macam berita dan fakta yang dikongsikan di Mukabuku.

Kita tekan semua pautan dan kita cuba semua permainan yang dikongsikan di Mukabuku.

Kita gemar meng'stalk' orang lain. Espeseli kalau kita minat orang tu. 

Telefon pintar kita hurung ke mana-mana agar tidak terlepas hadpet-hadpet Mukabuku yang terbaru, hatta ketika sedang berurusan di jamban. Erk. 

Hidup kita sehari-hari terasa tidak lengkap tanpa memerika Mukabuku dahulu. Sebelum pergi kerja, sebelum mula bekerja, sebelum siram bunga, sebelum pergi jogging, sebelum segala-galanya.  

Kalau nak luah perasaan, mengomel atau apa-apa sahajalah, kita lebih gemar untuk tulis status Mukabuku daripada beritahu rakan-rakan secara langsung dan berdepan.

Kita rasa tak boleh tidur malam, makan tak kenyang dan berak pon tak puas kalau seharian tak buka laman Mukabuku Angel Pakai Gucci. Eh? Wahahaha. 
[Kredit]
Nah ketahuilah, sekiranya kita mempunya salah satu, salah dua, salah tiga atau salah semua daripada simptom-simptom di atas, kita wajar menggaru kepala kita dalam kerisauan. Kerana kita sebenarnya sudah pon ketagihan Mukabuku. 

Dan yang lebih menakutkan andai kita sebenarnya telah menjadikan Mukabuku sebagai ilah (sembahan) kita! Nastaghfirullah. Nanges.
"Dan kehidupan dunia ini hanyalah senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui."
[al-Ankabut, 29:64]

Ketahuilah, kehidupan ini lebih daripada sekadar memperpanjangkan senarai rakan-rakan di Mukabuku.

Kehidupan ini jauh lebih bermakna daripada bersusah-susah memerah otak memikirkan status yang paling gempak untuk mendapatkan jumlah LIKE terbanyak.

Kehidupan ini jauh lebih berharga daripada kita sibuk berjiddal, bertengkar dan berbalah tentang isu-isu cabang di Mukabuku yang tidak membuahkan amal.

Kehidupan ini jauh lebih mahal daripada keseronokan dan kepuasan yang kita peroleh apabila kita berjaya mengstalk seseorang dan berjaya pula mendedahkan identitinya. 

Kehidupan ini jauh lebih bernilai daripada rasa gusar dan sedih kita, rasa resah dan meroyan kita apabila kita gagal mendaftar masuk ke dalam Mukabuku. 
"Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Tuhan selain Allah sebagai tandingan, yang mereka chentai seperti menchentai Allah."
[al-Baqarah, 2:165]

Tarik nafas.

Jangan biarkan Mukabuku mempengaruhi hidup kita.

Jangan biarkan Mukabuku memporakperandakan kehidupan rumah tangga kita (Ehem!).

Jangan biarkan Mukabuku menentukan sedih gembira suka dukanya kita.

Jangan biarkan Mukabuku mendefinisikan persahabatan kita dengan rakan-rakan kita. 

Dan jangan sesekali biarkan, walau seketika, walau sesaat, untuk Mukabuku menghancurkan hidup kita.

Kata Saidina Ali r.a., "Zuhud itu bukanlah dengan kita tidak memiliki apa-apa. Tapi zuhud itu adalah tidak membiarkan apa-apa memiliki kita." 

Dan oh, kepada para pengguna Instagram, Pengicau, Ask.fm dan lain-lain yang sewaktu dengannya, yang mungkin tersenggih-senggih membaca post ini sambil berkata kepada diri, "Padan muka kau wahai pengguna Mukabuku!", ketahuilah, post ini juga untuk anda.

Aman, tanpa perang.

-gabbana-

Sedikit ironi apabila post ini juga dipromosikan di Mukabuku. Mihmih.