Jumaat, 26 Disember 2014

subuh berjemaah

DASHYATNYA WAKTU SUBUH

Solat Subuh berjemaah (bagi lelaki) dan solat pada awal waktu (bagi wanita) merupakan masalah yang mesti diperhatikan dalam kehidupan umat Islam.
Perkara ini diterapkan dalam rangka membangunkan umat Islam.
Persoalannya, bukan masalah dua (2) rakaat atau sekadar bertambahnya kebaikan tetapi lebih dari itu.
Solat Subuh Lambang Disiplin Diri.
Solat Subuh tepat waktu akan membiasakan hidup teratur dalam sehari penuh.
Hidup dengan menuruti aturan yang diinginkanNya, iaitu aturan yang telah Allah terapkan pada alam semesta agar berjalan dengan kaedahNya.
Solat Subuh mengikat kebergantungan umat Muslim pada Tuhannya sejak pagi (sebagai permulaan hari).
Dengan demikian, umat Islam memulakan harinya dengan ketaatan, zikir, solat dan doa.
Solat Subuh menjadikan seluruh umat berada dalam jaminan, penjagaan dan perlindungan Allah sepanjang hari.
Apakah kita beranggapan bahawa masyarakat ideal adalah terdiri dari mereka yang mempunyai jawatan, kuasa, harta dan kemashyuran?
Apakah kita beranggapan bahawa masyarakat ideal adalah masyarakat yang terdiri dari para artis , penyanyi dan pelakon?
Apakah kita beranggapan bahawa masyarakat ideal adalah masyarakat yang terdiri dari para pendidik dari insitiut perguruan tinggi meski mereka orang-orang sekular atau pakar dalam ilmu pengetahuan (walau mereka itu rapuh) atau peniaga dan pemilik gedung yang besar (sekalipun mereka engkar)?
🔊Tidak demikian, saudaraku. Masyarakat ideal yang hakiki adalah mereka yang terdiri dari orang-orang yang menjaga solat Subuh dengan berjemaah!
✔Carilah mereka yang lulus dalam ujian Allah!
Sumber: ms 1301 - Misteri SOLAT SUBUH - Menyingkap 1001 Hikmah Solat Subuh. Edisi Bahasa Malaysia - Dr. Raghib As-Sirjani

Rabu, 24 Disember 2014

Tasik



10 TASIK PALING UNIK | Dalam dunia ini pelbagai perkara unik yang tidak pernah kita ketahui termasuk tasik yang tidak pernah kita kunjungi dan nikmati. Disini GK ingin berkingso pelbagai jenis tasik paling unik di dunia. Jom layan.
1. Schulensmeer Lake (Belgium)

Tasik Schulensmeer di Belgium ini adalah tasik semulajadi serta ditambah dengan buatan manusia dan secara tidak disedari ia berbentuk seperti pistol dengan kepanjangan 2.5 km. Tasik ini terjadi apabila pada tahun 1970an, sebatang lebuhraya yang dibina di kawasan berhampiran menggunakan tanah di sini sehingga kawasan ini akhirnya menjadi tasik yang berbentuk pistol seperti sekarang ini. Tasik ini menjadi tasik rekreasi untuk kapal layar, meluncur air dan aktiviti sukan air yang lain.

2. Horseshoe Bend Lake (Arizona, USA)


Tasik berbentuk ladam kuda yang cantik menghijau dan menyejukkan mata. TasikHorseshoe Bend ini merupakan khazanah Sungai Colorador yang berkelok terletak di kawasan hilir sungai Tasik Powell yang terletak di Kawasan Rekreasi Kebangsaan Glen Canyon di Arizona, USA.

3. Horseshoe Lake (Canada)


Tasik berbentuk ladam kuda ini berasal daripada kelok sungai utama yang membentuk ladam kuda apabila diempang seperti kejadian tasik-tasik ladam kuda yang lain. Tasik yang indah ini terletak di sepanjang Red River, dekat Morris di selatan Manitoba, Canada.

4. Manicouagan Lake (Canada)


Tasik ini merupakan satu daripada tujuh keajaiban di Canada. Ia merupakan tasik empangan hidroelektrik yang berbentuk cincin, terletak di bahagian tengah tanah rendah/lembah Manicouagan di Quebec, Canada. Tasik ini meliputi kawasan seluas 70 kilometer garis pusat dan merupakan tasik yang ditutupi salji sepanjang tahun di mana bahagian tengah cecincin tersebut dipenuhi oleh batuan yang dihakis oleh proses glasieran (glaciation).

5. Peyto Lake (Canada)


Tasik ini terletak di antara Rockies Canada dan berbentuk seperti beruang yang dinamakan Tasik Peyto bersempena mengambil nama Bill Peyto, iaitu orang yang mula-mula menjelajahi kawasan Banff ini. Tasik ini dipenuhi oleh glasier dan jalan mudah untuk sampai ke sana ialah dari kawasan salji Parkway.

6. Eros Lake (India)


Tasik Eros ini berbentuk jantung hati (heart shaped) dan terletak di Puncak Chembra, India dengan ketinggian 1,398 meters di atas paras laut dan keluasan permukaan 1,827 meter persegi. Kawasan ini mempunyai suhu yang nyaman.

7. McKinley Lake (Alaska)


Tasik McKinley ini terletak berhampiran dengan Gunung McKinley, Alaska, iaitu gunung tertinggi di Amerika Utara, dengan ketinggian puncaknya lebih kurang 6,194 meter dari aras laut. Kaki gunung ini lebih rendah daripada Gunung Everest tetapi meliputi kawasan yang lebih luas.

8. Sao Paulo Lake (Brazil)


Ini adalah tasik buatan manusia di kawasan perkampungan nelayan di negeri Sao Paulo, Brazil. Tasik ini berbentuk orang raksaksa yang kelihatan gembira, meliputi kawasan sepanjang 140 meter.

9. Yueyaquan Lake (China)


Tasik adalah oasis yang berbentuk bulan sabit di kawasan padang pasir di China yang terletak di selatan bandar Dunhuang di Jajahan Gansu. Kawasan ini menjadi tarikan pelancongan untuk melihat unta di China.

10. Fisheating Creek (Florida, USA)


Sungai ini mempunyai bentuk aliran yang unik jika dilihat dari udara. Aliran sungai ini berbentuk zig-zag yang merentasi kawasan Cowbone March yang terletak di barat Tasik Okeechobee (The Big O Lake) di Florida, USA.

anak luar nikah

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Tsunami 10













KL 80

keadaan Bandar Kuala Lumpur sekitar tahun 1980-an.







PT3

Wahai pelajar, anda sebenarnya bersaing dgn rakan sebaya anda bukannya dgn ur senior or junior...

begini kisahnya, katakan ada 1000 pelajar menduduki final exam kemudian pihak terlibat (sy tak boleh dedahkan siapa, google sendiri) tetapkan 10% kena dpt A pd peperiksaan berkenaan iaitu melibatkan 10% = 100 pelajar, makanya graf akan berubah samada turun atau naik mengikut pencapaian pelajar, ia akan diturun atau dinaikkan sehingga menepati jumlah 100 pelajar dpt A,

sebagai cth tahun 2030 marks 65 melayakkan 100 dari 1000 pelajar utk dpt A makanya markah utk dpt A bermula dari 65, kalau 2031 marks 85 melayakkan 100 dari 1000 pelajar utk dpt A makanya markah utk dpt A bermula dari 85...

walaupun anda A tapi kualiti tak sama, ia bergantung pd pencapaian pelajar mengikut tahun yg berlainan, dats y perbandingan dgn junior & senior tidak valid... ada byk faktor yg perlu dipertimbgkn, aras kesukaran soalan tidak sama, ada tahun soalan senang, ada tahun soalan susah, ada hots (higher order thinking skill n etc), masakan anda nk bandingkan pipit dgn enggang, tidak adil bukan?

sy tak pasti umum tahu ttg hal ini atau tidak, just nk maklumkan bahawa tidak relevan utk anda membandingkan pencapaian pelajar dari tahun yg berbeda sebab penilaian yg dilakukan keatas mereka sama sekali tidak sama dan sillibus juga berubah ubah... despite this, sy kurang faham ttg konsep pt3, kenapa result merosot teruk, adakah sistem baru ini tidak lagi menggunakan percentage?

Bell shape or normal graph? Skewness to the right? yakni marks utk A telah ditetapkan dan tidak lagi berubah berubah mengikut pencapaian pelajar dan set soalan pd setiap tahun adalah sama aras kesukaran... mana mungkin aras kesukaran yg sama ditetapkn utk stp tahun sedangkan warna rambut pun lain lain... liability against teacher juga boleh diragui, adakah mereka semua membuat penilaian wajar dan adil dlm pemberian marks? adakah mereka berkelayakn?

pasti ada yg bias or ada yg terlalu strict or terlalu pemurah dlm pemberian marks, kalau ada guru yg bermasalah dgn students pasti tidak professional dlm pemberian marks... atau mungkin ada yg dpt markah tinggi walaupun kerja yg dibuat tidak setimpal dgn marks hanya sebab pelajar kesayangan.... sebenarnya byk kemusykilan disini... cuma kesian kalau ada pelajar yg menjadi mangsa ketidakadilan  

niat dan sistem yg nk diperkenalkan ini bagus dan lebih berkualiti, nak hasilkan independent learners cuma kaedah perlaksanaan tu kena dikaji semula dan diperbaiki... tak boleh pandang remeh hal ini... students yg berusaha pasti kecewa bila keputusan tidak memberangsangkan, kita sebagai tenaga pengajar kena pastikan engaging students in the learning process to increases their attention and focus...

kalau dah demotivated macamana nk kekalkan momentum kecemerlangan... memang la kena ajar students accept failure tp kualiti juga perlu dijaga... kurangkan exam oriented itu bagus cuma kena ada kaedah penilaian yg lebih telus dan berterusan... moral of d story : kita nakkan quality, jgn terlalu exam oriented dan hanya kejar grade semata mata... Let's learn, share and enjoy the teaching n learning session!
P/s : sy sebenarnya pelik, sibuk bebenor kebat, hots (higher order thinking skill), ada yg 10A 20A bagai tp ramai remaja sana sini pakai tudung pun tak, couple sana sini, cemerlang apanya kalau suruhan tuhan pun tak boleh nak akur? Tidak lagi menghormati org tua, hilang adap sopan???

Persoalan mike teman jawab dgn soalan juga... Antara ilmu dgn adab... Mana dulu mesti diajar???

banjir 2014

Laporan banjir
Lokasi : SMK Manek Urai
Daripada : cikgu Roslinawati ( guru di smk manek urai)
24/12/2014
04:22 AM
Hati mmg xsng duduk sbb hujan lebat berterusan...
Klu tgk air kawasan sekolah sekarang mmg mcm mimpi...xpercaya air naek setinggi sekarang...
Kpd rakan2 di luar sana...
Sekiranya kami semua dah xblh lg berhubung...tolong dptkan bantuan utk kami keluar ketempat yg lbh slmt...
Ketika ini air masih masuk dgn cpt...
Tingkat satu dah hampir tenggelam
Harap2 air xnaek lagi...

Pukul 4.15...kami ramai2 kt tingkat3 bangunan sekolah xblh tido lena.
Air srmakin naik..tingkat 1 bangunan sekolah dah tenggelam keseluruhannya sekarang....pondok jaga hadapan dah xblh nmpk lagi...
Air hampir cecah lantai pejabat klu air masuk berterusan dlm tempoh terdekat.kami semua yg ada kt sini dlm bahaya.bantuan sukar sampai sbb arus air deras.

4.40 am
K.na pun tadi gesa2 tinggalkan rumah bila bunyi bedil dentum2 minta semua pindah ke kawasan selamat.....
Lgpun air sg melimpah masuk laju melalui saluran parit sebelah rumah murad...xsampai 1jam air dah hampir 1meter masuk dataran tempat perhimpunan....

5.00 am
Jam 5.00 pg ini kami dah mula gerak ke tingkat 4..bangunan sebelah library memandangkan air naik dgn cepat...
Air dah mula menaiki tingkat 2 bangunan sekarang..
Ramai juga mangsa terdiri daripada knk2...
Sukar daptkan bantuan makanan sebab arus deras sungai lebir melimpah masuk kawasan penempatan.
Lokasi kami utk sebarang tindakan pihak luar.

*petikan drp pesanan Wasap beliau.
Disusun oleh : cikgu bazlan, smk manek urai
Jambatan pdg tengku, kenderaan berat je blh lalu.
Allahuakbar...setinggi2 jmbtn pun air naik...pg ni mendadak