Selasa, 10 Februari 2015

Anak

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
اللهم صلى على سيدينا محمد..

KEEGOAN SEORANG BAPA/IBU
Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap
Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.

Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi yang terguris.
Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu pasal surat tu pun takpe fikirnya. Buat kena marah je.
Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik..

Bila matahari semakin hilang cahayanya, baru ibu dan ayah datang mrnjemput.
Dah 8/9 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka excited nak cerita dan bertanya itu dan ini. Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan

Tapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua nak bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pulak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku.
Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu didapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.

Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.

Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.
Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???

Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.

Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat.
Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak
Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah agama dan petangnya pula sekolah kebangsaan. Tidak penatkah mereka?
Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg.

Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah.

* peringatan untuk saya dan anda

malaylish

Berikut kami kongsikan 10 perkataan Bahasa Inggeris yang telah kita sebagai rakyat Malaysia gunakan, dimana maksud sebenarnya jauh panggang dari api. Hehe.
1. Tackle
English : Menangani, Menggasak
Manglish : Mengorat
2. Chop
English : Cincang
Manglish : Rubber stamp
3. Budget
English : Belanjawan
Manglish : Contoh ayat “Bajet laaa..”
4. Action
English : Bertindak
Manglish : Berlagak
5. Blurred
English : Kabur, Samar-samar
Manglish : Bingung
6. Sound
English : Bunyi
Manglish : Marah
7. Slumber
English : Lena
Manglish : Bersahaja
8. Cable
English : Kabel
Manglish : “Orang dalam”
9. Terror
English : Menakutkan
Manglish : Hebat
10. Spender
English : Orang yang berbelanja
Manglish : Seluar dalam

kesian lelaki

Laki telefon,
Laki : Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
Bini : Tak mau bang, bini awak diet...
Laki pun balik rumah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai rumah, tengok bini tarik muka moncong macam cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tidur bilik sebelah....
Bila laki tanya balik,
Laki : Kan tadi awak yang tak mau pesan apa-apa yang oiii....
Bini : memangla orang kata tak mau apa-apa...Tapi belikan jer la apa-apa.... Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....
Laki : Eh, bini aku ni... Yang mana satu ni?
-----------------------------------------------------------------
Laki telefon bini,
Laki :Petang ni awak nak masak apa Yang?
Bini :Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang! Balik kerja ni Abang makan siap-siaplah
Laki pon, balik kerja.. Singgah kedai mamak, Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya. Sampai umah, sendawa bau kamben...Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
Bini : Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
Laki :Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?
----------------------------------------------------------------
Bini : Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah! Bini abang penat tau nak kemas umah semedang, Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke... Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih
Si laki punyala seronok weeiii....Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta... Bila dah siap, kuar bilik... Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
Bini : Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?
----------------------------------------------------------------
Bang, ujung mingguni balik kampung nak?
Abang keja lah yang....
Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,
Pastu abang balik la KL balik
Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,
Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.
Abang bila nak balik ambik kitorang bang?
----------------------------------------------------------------
Bini : Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau,Abang tak kesian bini abang ker...Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer
Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...
Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain
Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir plak..
Bini : Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
kenapa? kenapa? kenapa?????????????
---------------------------------------------------------------
"Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi...."
"Nak bagi pakai baju mana ni Yang...?" <--- laki tanya
"Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu... pakaikan jerlah baju mana-mana pon... bukan ada org nk tengok ponnn...
Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju.... "
"Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg! Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah? kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha..."
Kesian lelaki... alahaii....