Sabtu, 4 Julai 2015

Matrik

.KEHIDUPAN DI MATRIKULASI...
Disebabkan my sister Syada Hassan memutuskan utk keluar matrik disebabkan dia tak dapat teruskan dgn aliran sains (suppose dia ambil aliran selain sains),, maka telah keluar bermacam2 cerita tentang matrik yg aku dgr fom my sister Liyana Hassan.. so let me story mory sikit pasal pengalaman aku dekat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS)..
1. Pada pendapat aku,, matrik adalah tempat yang paling sesuai utk org yg malas nk belajar (mcm aku) atau jenis yg belajar last minit.. Di matrik kita tak payah belajar pun,, sbb terlalu sibuk dengan tutorial assignment bla3.. secara tak langsung kita belajar..
2. Every second in your life is very precious.. Kalau kau sia2kan walaupun satu saat,, seriously lebih baik keja balik masa kau yg tgh berlari2 tu.. Tp tak bermakna kau x boleh nk beriadah outing bagai.. pandai2 la manage masa ye anak2..
3. kepada adik2 yg sedang berusaha gigih dgn kehidupan matrik,, kalau awk dgr ad org cakap matrik x menjamin masa depan.. sila PEKAKKAN TELINGA awak.. thts true.. sbb sijil matrik x bernilai pun.. awk mmg kena teruskan sampai degree.. tp make sure result awk ok,, then baru awk boleh buat keputusan yg terbaik utk degree awk..
4. Pasal kawan,, ini pun satu masalah.. Aku bersyukur sgt dpt roomate Najjah Azhar hidayu & sue
yg best sgt & kitaorg rapat sgt2.. dgn classmates aku biasa2 je.. tq kpd Jannah Razak maizurah mazlan & habsah ansah sbb sentiasa bersama dlm kuliah.. haha.. Dik.. kalau awk takde kawan,, carilah kawan.. jgn biarkan diri awak keseorangan.. kat matrik mmg takde life,, kalau awk sorg hidup awk kesunyian ye adik2.. setahun kat matrik terasa lamaaaaa sangat.. jangan salahkan orang kalau awk takde kawan.. org tu macam tu macam ni.. awk dh 18 thn sepatutnya awk yg bersikap matang dengan menyesuaikan diri dengan suasana baru..
Sekarang aku sambung belajar dalam course alam sekitar di UPM Serdang (pilihan pertama dalam senarai UPU),, perkara penting yg ak paling nk adalah belajar macam kat matrik.. Percayalah,, takde tempat syurga belajar selain drpd matrik.. Bila dh habis belajar,, pengalaman belajar kat matrik tu yg paling kita ingt & kita nk pengalaman tu lagi (maybe sbb aku bukan kaki study kot)..
Lagi satu,, kalau orang cakap matrik membazir masa,, then abaikan itu orang.. Dia yang ada masalah nak sesuaikan diri dekat matrik.. samada Allah tak permudahkan urusan dia sbb bnyk sgt merungut kot atau allah yg bnyk mempermudahkan urusan aku (alhamdulillah).. huhu.. believe me.. aku dapat sambung degree dekat universiti & kursus yg jadi pilihan pertama aku.. dan aku dapat pengalaman yang ak tak dapat dekat tempat lain selain matrik..
so kpd adik2 yg

Jumaat, 3 Julai 2015

Info

Mutiara kata:

Botol... 🍶🍶

1. Kalau diisi air mineral, harganya RM1...💰

2. Kalau diisi jus buah, harganya RM8...💰💰

3. Kalau diisi Madu Yaman, harganya RM200...💰💰💰

4. Kalau diisi minyak wangi odd, harganya RM1000.💰💰💰💰💰

5. Kalau diisi air longkang, ianya akan dibuang dalam tong sampah kerana langsung tiada harga dan tiada siapa yg suka.💸💸

Botol yg sama tetapi harganya berbeza sebab apa yang terisi di dalamnya adalah berbeza...

Begitu juga kita...kita semua sama...kita .semua manusia...yang membezakan kita antara satu sama lain adalah IMAN & AMAL yang ada dalam diri kita...yang akan menyebabkan kita berharga di sisi ALLAH atau kita dipandang hina oleh ALLAH lalu dibuang ke dalam neraka...

Renungan untuk hari ini...
Nilai Duit.......💲💲💲

-💲Duit ..  tak boleh bawa mati tapi tak ada duit rasa nak mati.
-💲 Duit .. tak   boleh beli kasih sayang tapi kasih sayang boleh melayang bila tak ada duit.
- 💲Duit .. tak boleh beli tidur tapi tak ada duit tidur pun tak lena.
- 💲Duit .. tak boleh beli kesihatan tapi utk sihat perlukan duit.
- 💲Duit .. tak boleh beli kebijaksanaan tapi utk dapatkan ilmu perlukan duit.
- 💲Duit .. Orang bodoh nampak cerdik bila ada duit tapi orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit.
- 💲Duit .. bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit.

💲D-don't.
💲U-use.
💲I-intelligence.
💲T-the wrong way.

Kata orang-orang bijak pandai, jika :
                                                   
1.   🌹Ingin bahagia. -  Sembahyang awal waktu
2.   🌹Ingin sihat  -  Berpuasa
3.   🌹Ingin dipermudahkan urusan - Bacalah Al-Quran
4.   🌹Ingin wajah berseri  -  Jaga sembahyang Tahjud
5.   🌹Ingin kaya  -  Sembahyang Dhuha
6.  🌹Dihimpit masalah  - Beristghfarlah
7.  🌹Berdukacita. -  Berdoalah
8.  🌹Mahukan keberkatan  -  Berselawatlah.

Yg membaca, tak untung
Yg brcakap, pun tak untung
Yg mndengar, pun tak untung
Yg untung, orang yang mempratikkannya, insyaAllah.

Mari kita amalkan😃
" DUIT "
D - DOA
U - USAHA
 I  - ISTIQAMAH
T - TAWAKAL
BACALAH KEJAP.. TAK DOSA PUN.. DAPAT PAHALA FREE LAGI :)
🌴Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat."
Rasulullah S.A.W bersabda "Sebarkan Walaupun
Daripada Sepotong Ayatku ;)
Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika sarakatul maut..
Assalamualaikum.
5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:
1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.
2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
4. Dalam kitab juga ada melarang  kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.
Cara senang utk dptkan pahala
walaupun slps mati .
..Pasang kipas di surau/masjid
wlaupun 1 , setiap kali org guna ,anda dpt pahala walau slps mati .
🚑 Derma kerusi roda di
hospital . Setiap kali psakit guna , anda akn dpt pahala .
👔 Beri baju kpd org , setiap kali org pakai , anda dpt pahala
🍲 Beri makanan kpd org , anda dpt pahala selagi makanan itu mnjadi darah dagingnya .
📖 Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka
mengamalkan pahala anda tetap ada .
📩 Kongsi mesej ini kpd orang
ramai ... Walaupun 1 tolong
kongsikan kpd org, anda akan dpt pahala sbb anda telah brdakwah utk sampaikan ilmu.
InsyaAllah yg penting keikhlasan kerana Allah semata2 😊..
7 kalimat yg harus di biasakan..
🍀1.Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu.
🌹2.Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.
🍀3.Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.
🌹4.InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.
🍀5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.
 🌹6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.
🍀7.Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.
Ada 2 pilihan utk anda :
👉1.Biarkn sja text ini tanpa bermanfaat utk org lain.
👉2.Anda sebarkan kepada semua kenalan anda.
Amiiin ya rabbal alamin
Semoga bermanfaat.
Amin....
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
 ٍ
Hantar ke semua contact . Anda akan membuat beribu , malah berjuta-juta org berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W

Ceritera

Ada satu cerita, PM Singapura pergi ke Thailand, dia makan malam dengan Raja Siam.

Mula-mula mereka makan udang, PM Singapura tanya kat Raja Siam lepas makan
udang, apa orang Thailand buat dengan kulitudang?

Raja Siam jawab: "Kami tak buat apa, kami buang aje."

PM Singapore: "Ooo kat Singapura , kami kitar
semula kulit udang jadi keropok udang, lepas
tu kami eksport ke Thailand."

Lepas tu diorang makan limau pulak. PM Singapura tanya lagi" Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?"

Raja Siam jawab "Kami tak buat apa, kami buang aje"

PM Singapura: "Ooo kat Singapura, kami recycle kulit limau jadi jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand".

Akhir sekali, mereka makan chewing gum, seperti biasa PM Singapura pun tanya "Apa
orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?"

Raja Siam jawab "Kami tak buat apa, kami buang aje"

PM Singapura: "Ooo kat Singapura, lepas makan chewing gum, kami recycle jadi kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand"

Raja Siam pula tanya: "Apa orang Singapura buat dengan kondom selepas digunakan?"

PM Singapura jawab, " Kami tak buat apa, kami buang aje."

Raja Siam: "Ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadi chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapura"

Erk! muka PM Singapore jadi merah padam dan sebaik saja PM Singapura balik ke negaranya, dia terus haramkan chewing gum di Singapura, sampai sekarang!
Itulah kisahnya, kenapa chewing gum diharamkan di Singapura.😂😂😂

suami isteri

Seorang kawan saya baru kahwin jumpa seorang alim. Ustaz tanya macam mana perkahwinan kamu?
Alhamdulillah ustaz. Isteri saya seorang yang taat. Baik sangat. Isteri idaman. Semua dia buat di rumah. Makan minum, pakaian, rumah semuanya terurus. Semuanya cantik. Di jaga saya baik-baik. Saya tak sempat buat apa-apa. Dia rajin sangat.. untung tak saya ustaz?
Jawab ustaz tadi. Isteri kamu yang untung. Dia bakal ahli syurga tinggi. Dia hebat. Dia tunaikan semua hak kamu. Dari cerita kamu. Kamu rugi sebab kamu tak dapat khidmat kepada isteri kamu. Sepatutnya berlumba khidmat. Berlumba siapkan sahur. Berlumba bangun awal tahajud. Berlumba buat baik.
Perkahwinan ialah berlumba memberi. Bersama-sama buat semua perkara. Saling bertolak ansur. Berlumba beri nasihat. Berlumba kata saya salah. Berlumba kata i love u. Berlumba gembirakan pasangan kerana Allah.
Jika asyik orang berkhidmat pada kita. Periksalah mungkin kita semakin jauh dari kebaikan dan hati yang bersih. Jika kita sibuk bekhidmat itulah jalan Nabi saw dan sahabat. Orang suka khidmat dapat kasih sayang Allah-ebit lew

sekufu

Aku seorang perempuan ada Master, Tunang aku seorang lelaki, diploma jer.. masa aku nk decide untuk terima dia..aku punyalah istikharah sgt2.. sebab aku takut x sekufu bagai.. coz taraf pendidikan yg berbeza.. family aku plk agak senang berbanding family dia. aku selalu berdoa..ya Allah.. kurniakanlah aku seorang suami yang kaya dunia dan kaya akhirat,yg baik, yg lemah lembut terhadap org tua, kanak2 & wanita..yg x panas baran dan x merokok..yang solat berjemaah 5 waktu di msjid..dan byk lgi la ciri2 yg aku spesifik kan..
jadi aku selalu fikir..kenapa aku x dpt laki yg kaya? yg berpelajaran tinggi? mcm dlm doa aku.. dia x kaya dunia, tp kaya budi pekerti..wlwpun dia bukan seorang ustaz mahupun imam di masjid2. dia x merokok juga, solat di masjid sekiranya tiada apa2 halangan. dia x alim pun, x suka bersosial sgt, tp gila bola.
dalam tempoh istikharah aku tu..mcm2 telah berlaku..mungkin Allah nk tunjuk kat aku..aku jumpa sepasang suami isteri , dua2 doktor, gaji besar, rumah besar.. tapi belum dikurniakan cahaya mata..
lagi..aku jumpa sepasang suami isteri, dua2 orang ada master dan kuat agama, aku naik kereta dgn dwg nk pergi ke satu destinasi..dlm perjalanan,suami dia suruh isteri dia tengok GPS, tapi isteri dia tersilap tengok.. jadi kami tersalah jln, pstu terus suami dia marah2 isteri dia n ckp ""tengok GPS pun x reti"" .. luluh hati aku.. aku fhm perasaan isteri dia masa tu..
lagi.. pernah dulu ada beberapa org yg nk melamar aku..boleh dikatakan kebanyakannya ustaz2, baik & x merokok, dwg agak mencari kesempurnaan,nk yg cantik, yg lemah lembut ayu sopan, pandai masak pandai menjahit pndai segala-galanya...aku tahu dwg layak untuk mencari kesempurnaan kerana diri dwg mmg baik. mgkin aku yg x cukup baik, sbb tu la aku x berjodoh dgn dwg..
dan byk lagi peristiwa2 lain yg terjadi pada aku dlm tempoh istikharah tu.. lalu aku buat kesimpulan..pasangan yg berpangkat dan berada, diuji dgn ketiadaan anak, pasangan yg sama2 educated pun, klw suami x boleh nk hormat isteri (paling kurg depan org lain) pun buat apa.. nak mencari kesempurnaan? like ustaz2 ke imam2 ke.. diri aku sndiri pun byk kekurangan, layak ke aku nk cari yg perfect.. cintailah kekurangan pasangan kita,,inshaAllah di situlah bahagia..
SEKUFU?? apakah sebenarnya maksud sekufu dalam Islam? adakah sama pada kekayaan? sama pada taraf pendidikan? sama pada pangkat dan darjat keturunan??
aku bermuhasabah sendiri.. kalaulah sekufu itu pada harta kekayaan, mana mungkin Allah mentakdirkan Rasulullah berkahwin dgn Khadijah, bukankah Khadijah seorang yg hartawan pada ketika itu? sedang Rasulullah hanya pekerjanya yg x punya harta? kalaulah sekufu itu pada pangkat keturunan, mana mungkin Rasulullah mengahwinkan Zaid bin Harithah yang berpangkat hamba sahaya dgn Zainab Binti Jahsy yang merdeka . sungguh SEKUFU dalam Islam itu diukur pada keimanan, keperibadian dan keislaman seseorang..bukan pada selainnya yang berunsurkan material dan fizikal..
lalu..aku katakan kepada Tuhan ku..:
""Ya Allah..sekiranya dia baik bg ku, permudahkanlah urusan perkahwinan kami, sekiranya tidak, maka jauhkan lah dia dariku, ya Allah , ketahuilah, aku menerimanya hanya kerana-Mu..aku ingin berkahwin dengannya demi menjaga kehormatan ku, dan menjauhi larangan-Mu, berkatilah perhubungan ini ya Allah.."""

Khamis, 2 Julai 2015

Ikrar

IKRAR Pelajar Matriks..
Pagiku untuk Kuiz.. Petangku untuk assignment.. Malamku untuk lab report.. Rehatku tiada makna.. Tidurku tak akan lena.. Pejamnya mata dikala subuh menjelma.. Celiknya mata dikala Dhuha pun tiba.. Bergegas ke Dewan Kuliah takkan sempatku bersiram.. Bertahlilku semasa lecturer berbicara.. Balik dinihari.. Tiada rehatku kecap.. Letihku dapat.. Namun Kami PELAJAR MATRIKS.. berjanji akan mencapai 4Flat and 10Marks KOKO.. walaupun x dapat main coc semasa hujung minggu dek lab report yg bertambun..
#matric life😑

Rabu, 1 Julai 2015

Tegur sentap

Macam mana kita nak tegur atau nasihat seseorang TANPA kita buat dia terasa hati, tersinggung, atau lain2?

---

1. Rumah korang pernah blackout tak? Atau kalau orang Johor cakap "takde karen"?

Masa korang lama bergelap tu, tiba2 lampu hidup.. Apa berlaku? Mesti mata korang SAKIT kan?

Tapi lama-lama korang akan rasa okay..

bahkan korang rasa GEMBIRA sebab ada orang hidupkan lampu..

Macam tu juga nasihat dan peringatan.. Ia ibarat cahaya atau lampu..

Orang yang kita nak tegur tu memang dalam kegelapan pun..

Kalau kita bagi dia cahaya tiba2, memang dia akan sakit untuk MULA-MULA..

Dia akan terasa hati, tersinggung, etc..

Walaupun korang dah sampaikan dengan nada paling halus dan merdu bak buluh perindu..

Mereka akan tetap terasa hati.. Sebab mereka dalam gelap..

tapi lama-lama....

percayalah dia akan HARGAI korang sungguh2.. Betul..



2. Lagi satu, letak dalam mindset..

Kita nak tegur dan nasihat orang ni, JANGAN terlalu fikir dia akan kecik hati la, terasa hati la, apa la..

nanti akhirnya korang pun tak nasihat dan tak tegur dia sampai masing2 mati..

DAN......

korang bayangkan...

Baru je korang nak melangkah masuk Syurga... Tiba-tiba kawan korang yang dulu masa kat dunia korang baru nak tegur tapi tak jadi sebab nak jaga hati mereka,

mereka tuntut pada Allah.. Mereka kata,

"ya Allah.. kat dunia James Bond tak pernah tegur aku untuk solat lima waktu.. Dia solat sendiri je..

ya Allah.. kat dunia Joyah tak pernah tegur aku untuk tutup aurat.. dia pakai tudung labuh dan purdah sendiri-sendiri je..

ya Allah.. kat dunia Jeman langsung tak nak ingatkan aku pasal solat, zikir semua tu.. WALAUPUN dia adik beradik KANDUNG aku ya Allah.. "

Masa tu korang nak jawab apa pada Allah?

Korang nak cakap yang korang nak jaga hati mereka ni depan Allah?