Sabtu, 11 Julai 2015

Mawar agama

Rasa sentap baca ni..
Nasihat dari the real Imam Muda. Ustaz Zakuan
a.k.a Ibnu Batoota yang dah merantau ke segenap
pelosok dunia berdakwah walaupun umurnya
masih remaja.
------
Nasihat beliau buat semua Muslimat:-
"Adakah muslimah-muslimah zaman sekarang
sudah hilang semangat jihadnya? 😥
Sudah hilang kekuatan hati? 😣
Sudah hilang ketabahannya? 😱
Bukan aku nak suruh perempuan-perempuan Islam jadi ganas, 😠
cuma aku terfikir bila terbaca kisah-kisah sahabiah, 😔
mereka lemah lembut tapi sangat kental, 💪  hati sekuat besi waja, 👍
👆  tak mudah cair dengan lelaki ajnabi (bukan mahram), 👊
tak meleleh-leleh bila cakap pasal cinta, 😍
tak tergedik-gedik bila lelaki cuit. 😘
Maka aku pun mengambil langkah
untuk jadikan facebook ku sebagai malaikat maut bagi kaum Hawa, 😁
untuk mentarbiah hati mereka agar kuat,
kental dan tabah! 😄
Kalau hari-hari aku bagi status meleleh-leleh, cinta kerana Allah, 😌
lelaki soleh untuk perempuan solehah, 👐
cinta itu fitrah, ❤
carilah suami soleh dan benda-benda leleh yg lain... 😍
"Muslimah yang terhasil nanti macam mana?" 👀
Walaupun ( di fb & realiti ) bertudung, berpurdah,
bertudung labuh, ikut usrah, ikut masturat;
Tapi cuit sikit, dah tergedik-gedik... 😳  🙌
Ngurat sikit, dah sangkut.... 😔  🙏
Ajak couple sikit, terus setuju... 😪  👫
Lepas tu, putus cinta,meleleh2... 😭
Ada masalah sikit, doa nak mati.. 😞
Kena marah dengan mak/ayah sikit, buat status cakap tak pernah bahagia... 😰
Exam failed, kata taknak hidup lagi... 😨
Pakwe tak mesej sehari,
di status penuh dengan kata-kata rindu. 😖
Pakwe marah sikit, buat status meleleh macam haram... 💁
Fikir secara waras, adakah ini sifat wanita yang ditarbiah oleh Rasulullah SAW ketika zaman Baginda SAW? ❓ ❔ ❓
Nama Saidatina Fatimah, Aisyah, Khadijah,
Safiyyah, Ummu Salamah, Ummu Habibah,
Sumayyah, Ummu Darda', Masyitah, Balqis, Maryam 💛
dan ramai lagi diagung-agungkan kalian. 👏
Tapi apa kalian kenal siapa mereka? 🙇  Bagaimana hebat dan kentalnya hati mereka? 💜
Ikut sikap dan akhlak mereka? 💓
Memang akal kalian senipis rambut, tapi kalian bukan BODOH... 🙇
Aku datang sebagai pengetuk 🔨  kepala kalian untuk bangun dari tidur, 💤  untuk sedarkan kalian supaya jangan jadi bodoh, 🙇  jangan jadi hamba lelaki, 👦  jangan jadi hamba cinta 💏  haram, jangan jadi perempuan murahan, 💃  jangan kapel free2 👫  macam bohsia, jangan dok bermanja dengan lelaki macam perempuan tiada harga... 🙅
Nabi SAW telah bersabda mafhumnya (aukamaqaal), jika seorang lelaki mendapat wanita solehah sebagai isteri, maka separuh agamanya telah
sempurna... 💝  Apa kalian sedar 'kesolehahan' kalian itu harganya
separuh dari agama? 👑
note: "Ada mata dan telinga kan semua?" 👀  👂
Ya Allah, jadikan lah aku seorang muslimah seperti mawar agama 🌹  yang tidak mudah disentuh. 👋  Bunga idaman agama 💐  yang memperjuangkan kebenaran agamaMu.. Aku mahu
kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran. 🌸  Jadikan aku wanita solehah, wanita mukminah~ Ameen, In shaa Allah  ☺
Perkongsian kepada sahabat wanita..😁 ✌

Jumaat, 10 Julai 2015

PAS


Penerangan yg byk menafaat utk di kongsi kpd yg bukan Islam maupun ahli yg masih kelabu asap

✨ Dari FB Fais Al-Hajari : ✨

Beberapa hari lepas, aku didatangi seorg cust tionghua utk berbekam. Sesambik bekam tu ada gak la kami borak2 skit.
Tiba2 dia bukak citer, "i rasa kecewa la dgn PAS.."
Aku tanya balik, "kenapa?"
Dia balas, "ya lor..kita sudah hampir capai kemenangan di Putrajaya. Alih2 PAS sudah buat hal. Sudah x ngam sama DAP n PKR. And then mereka sudah buang professional dr dalam PAS... So i am really2 disappointed la.."

Aku senyum. "The thing is bro, it is not us who brought the end of pakatan rakyat".
Cust aku tu pelik. "Ya meh?"
"Ye la. Skang sy nak tanya you, u kawan dgn sorg muslim. Tiba satu masa korg nak pergi satu tempat sama2 dan u mcm nak cepat walhal kalau lambat sikit pun, it is still okey actually. Alih2 member u tu nak solat dulu sbb dah masuk waktu solat. Adakah u akan marah dia atau halau dia whatsoever?"
"No la..he can pray what. Time can wait meh.." jawab cust aku tu.

"Sebab apa u boleh benarkan dia sembahyang?"
"Ya la..dia punya agama meh. Xkan la i x kasi dia sembahyang. X kacau i pun. Mmg la i mau cepat tp no rushing ma..."

Aku senyum lg. "Mcm tu gak dgn PAS. Kami cuma nak laksanakan apa yg agama kami wajibkan iaitu hukum hudud. Itu pun cuma kat kelantan. DAP xde wakil kat kelantan. And kami x kata pun kami nak tinggalkan perjuangan dgn Pakatan Rakyat bila kami nak laksana hudud. Even dah ada treaty pun antara PAS n DAP yg kata each individual party dalam PR berhak stick to their root of cause. But in the end, DAP yg tuduh PAS khianat padahal DAP sendiri khianat dgn treaty tu.

Can u scold ppl for sticking wt their purpose of living as long as it is not proven to be unbeneficial? No, right?"
Dia tanya lg, "then how about kajang move?"

Aku jawab, "do u know that PAS is actually the saviour of kerajaan pakatan rakyat kat selangor? Kalau la PAS ikut plan DAP n PKR letak nama kak wan je, the sultan will never agree dan benda ni boleh mewujudkan masalah perlembagaan kat Selangor mcm yg jd kat Perak dulu. Worst still, we will create a rucus between us n sultan as a result. Mcm mana sultan ni relevan atau x relevan pun, sultan still satu benda yg besar dalam masyarakat melayu. Kita mess dgn sultan, melayu akan rejek kita habis! So bila TGHH letak nama Azmin, sultan ada choice utk pilih org yg dia suka utk jd MB dan kita terselamat dr terjebak dlm pergaduhan dgn sultan."

Aku jawab lg, "remember when DAP is almost ceased to exist by ROS? Siapa yg offer pimpinan DAP utk guna emblem parti mereka supaya pimpinan Dap dpt masuk PRU kalau2 DAP diharamkan? Ya..

PAS yg hulur tangan nak tolong.
Siapa yg bagi?
- Mujahid?
- Khalid?
- Nooo..
TGHH yg benarkan.

"Pasal professional disingkirkan tu x betul pun. No such thing as professional lawan ulama. Dalam ajk PAS Pusat pun ada beberapa org professional. Political sec TGHH pun seorg professional. Aviation expert lg. Dalam muslimat kami skang ni 5 je ustazah. The rest are pros. So lebih tepat masa muktamar tu ialah pertembungan antara ahli PAS yg setia pada PAS dan presiden serta MSU melawan ahli PAS yg lebih DAP dr DAP atau lebih PKR dr PKR."

Aku sambung balik, "so jangan kecewa dgn PAS. Patutnya u hats off pada mereka kerana mereka cuba kekalkan essence mereka. Essence PAS ialah Islam. An entity if lose their essence, that entity is better off dead. Am i right?"

Cust aku tu terdiam. "Betul la u cakap sir..very good la u. Thank you for those input. So those media are just a bunch of crap la to say at least.."

Dalam hati aku kata, "haaa...tau xpeee..."
Kesimpulan citer ni ialah sebenarnya jika kita mahu, sebagai ahli atau pimpinan kita boleh je bg penerangan jika ada pihak yg pertikai PAS. Xde la bila ada org cina dok pulangkan kipas PAS, dok pakat post dalam FB belaka sambil buat muka jengkel "kita yg nak semua ni kannn..." atau lebih teruk, kita lak yg jd tukang tambah perisa.
Jadilah ahli PAS sejati yg faham perjuangan, bukannya jd b..... yg hanya tahu bergayut di dahanan sambil menjerit2 kepada unggas di tanah.

#Istiqamah_Hingga_Kemenangan

Rabu, 8 Julai 2015

Kulaan raya

Assalamu'alaikum, istimewa untuk kulaan ....👍😎😅😅😂

Pantun banjar sekadar selingan..
Wadai kiping, kalakatar,
gegatas balungan hayam,
kad raya kulir menghantar,
sms gin jadiam...

 Maulah katupat awan Misha
wan kalikir mambakar lamang
cukupkah sabulan puasa
ngaleh mangganti'e pang

Bunga kekwa si bunga raya
di pagi hari disirami ambun
baapik-apik babelanja raya
imbah raya hutang batimbun

Handak bakamih takantut juga
takantut babau biji tiwadak
hari raya nih kaya apa
bulik kakampung ka kadak?

Uyuhh mahadang sampai taguring
hayam Jagau dimasak cabai
umak takurihing, ayah takujihing
anak cucu bulikan baimbai

Bejarau kakanakan babukah-bukahan
tasipak wadai ulahan paninian
marista angahnya kadak tahagaan
dansanak kulaan sama-sama barelaan

 Tulak baraya ka rumah Timah
disurongi katupat dalam idang
amun sudi bailanganlah ka rumah
katupat randang siap tahidang

Tulak ka kadai tahaga kulaan,
bertapeh hanyar kadak bergigik,
jom pang kita barilaan,
kolukok kadak tahaga lagik...

Tulak sakolah basango dodol,
tahaga upeh diulah kurita,
ramadhan talah syawal mancangol,
takurang talabih barilaanlah kita ...

Nabeez

Apa tu air nabeez?
Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma / kismis (raisins). Kurma atau kismis di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginyer.

Sumber mengatakan: air nabeez nie kegemaran rasullah s.a.w. Nabi akan rendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) + minum air rendaman kurma tu diwaktu pagi. Air tu nabi minum & buah kurma yg dah lembik tu, nabi telan sekali.

Talk about infused water. Org barat baru sekarang paham dan baru nak popularkan kaedah infuse water nie. Nabi kita dah buat lama dah.

Dari segi kesihatan tubuh badan, kurma telah dibuktikan sebagai:-
1. pemberi & pemulih tenaga (ini antara sebab kita disunatkkan memakan kurma sebaik berbuka puasa)
2. tinggi kandungan fiber ~ mengelakkan kolestrol jahat dari terkumpul di dalam badan. Sangat bagus dalam mengelakkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit)
3. pemberi zat besi yang sangat bagus.
4. kaya pottassium ~ penting dalam penjagaan jantung & menstabilkan tekanan darah

Khasiat air nabeez
Air nabeez nie adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan2 toksin dari badan. Dalam ertikata lain ~ sebagai detox.

Disebabkan air nabeez nie tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik & meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.

Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin.

Juga bagus untuk pesakit Arthritis & pesakit Gout ~ kerana air nabeez membantu menuetralkan kadungan urik asid di kalangan pesakit Gout.

Cara membuat air nabeez
Rendam beberapa butir kurma (seelok2nyer bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air / gelas. Seelok2nyer dibuat waktu petang / malam, dan pastikan jug air / gelas tu bertutup. Keesokkan paginyer (dalam 8-12 jam selepas direndam), air tu bole diminum & buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja.

Kurma yang elok digunakan adalah kurma ajwa. Tapi kalo takde kurma ajwa ~ sebarang kurma lain pun boleh.

Air nabeez tu boleh diminum begitu sahaja / boleh dikisar sebelum diminum.

Kalau nak buat air nabeez menggunakan kismis, pun boleh jugak. Caranyer ambil segenggam kismis dan direndam dalam air jugak. Dibiarkan semalaman jugak.

Kalau nak minum air nabeez pagi, siapkan petang / malam. Kalau nak minum air nabeez di waktu malam, rendam kurma / kismis di waktu pagi.

Pantang larang dalam membuat air nabeez
Hanya gunakan salah satu daripada buah2an pada satu2 masa. Tak boleh campurkan kurma & kismis untuk membuat air nabeez. Maksudnyer ~ kena buat dalam 2 bekas yang berasingan kalau nak minum nabeez kurma dan nabeez kismis.

Air nabeez nie kalo disimpan di dalam peti ais ~ boleh tahan 1 ~ 2 hari.

Tapi dilarang meminum air rendaman kurma / kismis yang sudah memasuki 2~3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma / kismis yang dibiarkan melebihi 2~3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula & air rendaman kismis / kurma itu sedang dalam proses menjadi arak & haram diminum.

Oleh itu, adalah lebih baik air nabeez nie dibuat fresh daily.

Air nabeez nie nanti boleh diubahsuai & ditambah dengan susu / yogurt untuk dijadikan smoothie jugak.

Selasa, 7 Julai 2015

Cukup

Petani dan mata air ajaib...
Alkisah, seorang petani menemui sebuah mata air ajaib. Mata air itu boleh mengeluarkan kepingan wang emas yang tak terhingga banyaknya. Mata air itu boleh membuat si petani menjadi kaya raya seberapapun yang diinginkannya, sebab mata air wang emas itu hanya akan berhenti bila si petani mengucapkan perkataan “cukup”. Seketika si petani terpana melihat kepingan wang emas berjatuhan di depan matanya.
Diambilnya beberapa baldi untuk menampung wang percuma itu. Setelah semuanya penuh, dibawanya ke pondok kecilnyanya untuk disimpan disana. Pancuran wang terus mengalir sementara si petani terus mengisi semua karungnya, seluruh tempayannya, bahkan mengisi penuh rumahnya.
Masih kurang! Dia menggali sebuah lubang besar untuk menimbun emasnya. Belum cukup, dia membiarkan mata air itu terus mengalirkan wang emas hingga akhirnya petani itu mati tertimbus bersama ketamakannya kerana dia tak pernah boleh berkata cukup.
Perkataan yang paling sukar diucapkan oleh manusia kemungkinan adalah perkataan “cukup”. Bilakah kita boleh berkata cukup? Hampir semua pegawai merasakan gajinya belum boleh dikatakan sepadan dengan kerja kerasnya.
Peniaga hampir selalu merasakan keuntungan perniagaanya masih di bawah target. Isteri mengeluh suaminya kurang beri perhatian padanya. Suami berpendapat isterinya kurang mengerti kehendaknya. Anak-anak menganggap orang tuanya kurang murah hati.
Semua merasa kurang dan kurang. Bilakah kita boleh berkata cukup?
Cukup bukanlah pasal berapa jumlahnya. Cukup adalah persoalan kepuasan hati. Cukup hanya boleh diucapkan oleh orang yang boleh bersyukur. Tak perlu takut berkata cukup.
Mengucapkan perkataan cukup bukan bererti kita berhenti berusaha dan berkerja. “Cukup” jangan diertikan sebagai keadaan berpuas hati.
Mengucapkan perkataan cukup membuat kita melihat apa yang telah kita terima, bukan apa yang belum kita dapatkan. Jangan biarkan kerakusan manusia membuat kita sukar berperkataan cukup. Belajarlah mencukupkan diri dengan apa yang ada pada diri kita hari ini, maka kita akan menjadi manusia yang berbahagia.
Belajarlah untuk mengucapkan perkataan “Cukup” .
...

Luahan

Pagiku.....laju melangkah menuju kuliah, ilmu didada ingin diluah, moga pljrku mendapat ilmu berkah...IKHLAS aku melangkah....

Dhuhaku....aku memohon kpd ilahi, semoga rezeki utk ku lbh diberkati, dlm niat suci mendidik ank bangsaku nanti....IKHLAS aku mengharapi..

Tengahariku.....kalut langkah menuju tutoran, menerang kembali isi kandungan, yg td pljr kuliahku hny berdiam, ku kira faham, bl ditanya terkulat2 memberi jawapan...IKHLAS aku menerangkan....

Petangku.....masih gagah meneruskan langkah kaki
, menuju makmal memantapkan teori, walau penat mendidik dr tadi, aku tetap gagahi demi mencurah ilmu buat pljr ku lg...

Senggang waktuku....sgt bermakna...soalan kuiz perlu ditaksir, soalan tugasan perlu diteliti, RPS perlu dilengkapi, byk lg urusan rasmi perlu dihadapi...

Senggang waktuku.....sgt bermakna....kuiz perlu ditanda, tugasan perlu dibaca, lab report perlu disemak segera, lenguh tgn ku menanda jwpn tak seberapa, namun takkan mampu mematah iltizam yg ada..

Dr pg hingga ptg.....segala aktiviti utk merancang kecemerlangan pljr tersayang, walau kerapnya pljr tak ikut apa yg dibincang....soalan ditnya, dijawabnya sebarang....

Namun.....kami PENSYARAH MATRIK berikrar....kami akn terus mendidik pljr tanpa jemu dn cekal, utk mencapai kejayaan kekal, utk menjadi insan yg berakal, semoga berkekalan dunia dn akhirat...amin!!!

Isnin, 6 Julai 2015

Syurga

Kisah Benar
Kisah Suami Kerja Kontrak 3 Bulan Tanpa Gaji Namun Diajak Isteri Ke Kedai Perabot Ini Kerana... # KisahBenar
==============================
=====================
Jawapan isteri yang membuatkan suami menangis...
Assalamualaikum, kisah ini menceritakan suami yang bekerja secara kontrak dan sudah 3 bulan ditunda gajinya. Isterinya pada suatu hari mengajak beliau ke ekspo perabot dan hiasan dalaman rumah. Semuanya akan diceritakan menerusi perbualan di bawah:
"Abang, kita pergi kedai hiasan dalaman rumah, boleh?"
Isteri memandangku penuh pengharapan. Aku senyum kelat. Mengangguk tidak. Menggeleng tidak.
Tapi, belum sempat aku berikan jawapan dia dah pergi.
Dia tak tahu, dah 3 bulan gajiku tak berbayar. Entah apa masalahnya dengan syarikat tempat kerjaku. Masalah kemelesetan ekonomi agaknya. Aku bukannya kerja tetap pun situ. Ambil upah kontrak saja. Kerja aku, pikul simen, bawa paip besar-besar tu ke rumah-rumah. Kadang-kadang, aku jadi buruh binaan sandaran. Semua kerja berat, aku buat.
Bukan demi perut aku. Tapi, demi keluarga kecil aku ini. Anak baru dua orang. Dekat 10 tahun dah aku nikah. Isteri tak kerja. Suri rumah sepenuh masa.
Rumah ni pun rumah pusaka arwah nenek isteri. Duduk menumpang di tanah famili. Aku harta apa pun tiada. Harapkan kereta Proton Saga first model tu saja. Tu pun dah nak roboh kalau bawa lebih 100 km/j.
"Jom."
Anak-anak pun dah siap. Isteriku senyum manja.
Kami ke kedai pameran perabot dan hiasan dalaman yang besar dekat area sini. Ada ekspo rupanya.
Aku tengok isteriku dan anak-anak happy sangat. Pergi dari satu pameran ke satu pameran. Dari satu galeri ke satu galeri. Display ke display. Dari pameran ruang tamu ke ruangan dapur.
Aku tengok dan tanya harga.
"Ribu. Belas ribu. Puluh ribu."
Isteriku pimpin tanganku dan anak-anak. Sepanjang pameran, dia senyum saja. Hairannya, tak pula dia suruh aku beli.
Sampai di ruangan galeri dapur, dia berhenti lama. Aku tahu, dia mengimpikan dapur luas seperti itu. Ada kabinet, lengkap dengan ketuhar, dapur masak dan hood. Barangan dapur serba lengkap. Wanita mana yang tidak suka?
Dia memegang erat sedikit genggaman tanganku. Aku tahu, dia mahu.
"Abang, jom. Kita balik. Dah puas tengok."
Aku terkebil-kebil. Menuruti saja langkahnya ke kereta uzurku.
Dalam kereta, isteriku tak lepaskan tanganku. Aku sengaja bertanya,
"Awak nak dapur macam tadi, ya?"
Dia jawab,
"Nak sangat. Tapi..."
Aku mencelah.
"Tapi?"
Dia meletakkan kepalanya di bahuku.
"Tapi, biarlah. Syukur dengan dapur rumah kita. Syukur dapat makan dan minum apa adanya. Bukan dapur yang saya ingini, tapi abang dan anak-anak ada di sisi. Masa makan, ceria dan gelak sekali. Gurau senda dengan famili. Meja kecil, senang nak capai dan hulur lauk. Senang nak suap suami dan anak-anak makan. Dapur yang bahagia."
Aku terdiam. Senyum paksa.
"Abang tahu impian awak.."
Isteriku cepat-cepat genggam erat lagi. Kali ini lenganku jadi mangsa.
"Abang jangan fikir macam-macam. Saya ajak abang datang sini, supaya keinginan mata saya untuk lihat semua tadi, pudar setelah dah lihat. Tak terbayang-bayang dah. Tengok dan lupakan.
Mencintai tidak bermakna perlu memiliki. Suka, tak bermakna nak beli.
Semua barangan mewah tadi, dari ruang tamu sampai ke dapur, dari pagar rumah sampailah rumah mewah, saya impikan abang dan anak-anak ada bersama dalam rumah tu dengan kelengkapan tu semua.
Indah sangat ada segalanya. Bahagia sangat.
Tapi saya bayangkan bukan indah di dunia, bang. Saya bayangkan mahligai di Syurga ada lebih dari semua tadi. Segalanya ada belaka.
Apa guna jika ada semuanya, tapi abang dan anak-anak tidak turut serta? Itu bukan bahagia maknanya pada saya.
Abang, susah kita sekarang, semua yang kita lalui sekarang ini adalah harga yang sedang kita bayar untuk mahligai di akhirat kelak. Makin kita sabar dan tenang lalui pahit-maung, suka duka masih bersama, insya-Allah.
Syurga jadi milik kita jua.
Bang, 'syurga' bagi setiap orang tidak sama. Ada orang makan kek yang harga mahal barulah dia terasa bahagia.
Tapi, saya dan anak-anak, makan biskut tawar pun sudah terasa nikmat bahagianya.
Abang, anak-anak. Syurga saya."
Aku terkesima dengan kata-kata isteriku. Berhenti seketika di bahu jalan. Aku cakap dengan dia nak check tayar. Macam tak sedap saja drive. Padahal, aku tunduk tengok tayar, nangis sendirian...
Masuk balik kereta. Senyum.
"Depan sana ada air jambu asam boi. Semua nak tak?"
Isteri dan anak-anak serentak jawab, "Nak!"