Isnin, 7 September 2015

masuk U

8 TIPS berharga untuk mereka yang memasuki Universiti Tempatan.
1) Kalau anda biasa melihat filem seperti
Kuliyah Cinta, Cinta Fotokopi atau Dunia Baru.

Percayalah bahawa filem tersebut hanya imaginasi pelajar universiti yang kuat berangan tentang cinta di dalam kelas.
Realitinya di universiti tidaklah sebegitu.
2) Makanan di kafe universiti kadangkala lagi teruk daripada makanan di kantin sekolah,
kerana rasa dan penampilannya yang kurang hensem untuk dilihat.
Dan kadangkala harganya tidak berpatutan.
3) Wifi adalah isu yang paling sensitif di universiti.
Kelajuan capaian internet di kampus,
adalah salah satu ujian terbaik untuk menguji nafsu amarah.
Oleh itu,
pada setiap tahun isu tentang penambah baikan wifi adalah manifesto wajib bagi setiap kali pilihanraya kampus.
4) Kolej atau kediaman siswa anda bukanlah hotel lima bintang,
kalau anda bernasib baik kolej anda mempunyai beranda.
Kalau anda tidak bernasib baik,
bilik hanya akan memiliki sebuah tingkap dan sebuah pintu sebagai saluran pernafasan.
5) Mempunyai kenderaan sendiri adalah satu kebahagian yang tidak boleh diucapkan.
Hal ini kerana anda tidak perlu merempuh manusia untuk berebut menaiki bas dan terhindar daripada di maki oleh pemandu bas yang kaki maki.
Mohon jangan bermimpi untuk membawa basikal,
Malaysia panas bro!
Takut banjir peluh satu badan sebelum sampai kelas.
6) Jangan terlalu optimistik untuk mendapat 4.0 CGPA di universiti.
Jika anda dapat,
hal ini bermakna anda adalah robot yang diprogramkan dan sangat sesuai untuk dipanggil "Pelik".
Mohon berhenti berharap.
7) Di universiti anda akan selalu terlepas kelas atau sengaja melepaskan kelas.
Dan alasan yang paling popular adalah
" TERTIDUR" atau "HUJAN".
Realitinya anda malas dan kadangkala terlalu penat kerana tidur lewat melayan Midnight Movie di wayang.
Kalau yang lebih teruk sampai peperiksaan pun terlepas.
8) Ini adalah yang paling penting.
CARI AWEK atau PAKWE!
(Bakal Suami atau Isteri)
Universiti adalah persekitaran yang paling menggalakan anda untuk mencari pasangan super duper sesuai.
Selalulah berpersatuan atau mengikuti program universiti,
anda pasti akan menjumpainya disana.
Kalau masih berdegil,
nanti anda akan menyesal dan menangis tak berlagu apabila telah bergraduasi tetapi masih menjadi "Loner".
Yang menjadi lagi parah apabila,
anda akan mendapat kad jemputan perkahwinan tanpa henti selepas bergraduasi.
Dan news feed FB anda akan penuh dengan gambar calon-calon yang anda pernah Crush, akan disarungkan cincin oleh orang lain.
Pada ketika itu, baru kau tau erti penyesalan!
Kah kah kah.





Sebenarnya ada tips yang ke-9.

Iaitu:


9) Berada di universiti adalah syurga.

Hal ini kerana selalunya anda akan diberi elaun daripada JPA atau pinjaman daripada PTPTN.

Percayalah, selepas tamat belajar anda akan mendapat gaji yg ciput dan mungkin dibelenggu dengan pengangguran.

Baru anda sedar,
menjadi pelajar ini hidup serba ada.

Ubat belajar kimi-A!

Kisah dari seorang sahabat di Uni Madinah. Aku yang uni di Jordan ni pun terasa panas dan pedasnya. Jazakallah sheikh. T.T

--
"Semua tutup buku dan simpan dalam beg. Saya cuma mahu sebatang pen dan meja yang kosong!"

Pelajar-pelajar terpinga.

"Hari ini kita ada ujian."

"Syeikh! Kami tak tahu pun hari ini ada ujian." Beberapa pelajar mengangkat suara.

"Hatta saya juga tidak tahu hari ini ada ujian." Balas syeikh selamba dan yakin.

Kertas diedarkan kepada setiap pelajar.

"Dengar, tulis, dan jawab semua soalan." Kami diam dan menumpukan perhatian.

"Lagi 20 minit saya akan kutip kertas. Siap atau tidak bukan masalah saya."

MasyaAllah. Kami belum ulangkaji. Yang belajar dalam kelas belum faham sepenuhnya. Apa lagi yang melekat di kepala. Teramat sikit.
Kebanyakan pelajar hanya diam dan menoleh kiri kanan. Memang tidak boleh jawab!

Kekeliruan dengan apa yang sedang berlaku membuatkan beberapa pelajar menzahirkan protes.

"Mengapa tidak beritahu dahulu nak buat ujian."

"Mana kami ingat apa yang syeikh ajar"

Tidak kurang pelajar yang risau markah mereka akan hilang begitu sahaja.

"Berapa markah ujian ini syeikh?" Soalan berulang-ulang walaupun syeikh sudah nyatakan bahawa dia tidak akan jawab.

Kertas dikutip. Kami pasrah. Mahu dikorek dalam otak sudah tidak jumpa.

Selesai kertas dikutip, syeikh ingin melangkah keluar. Pelajar-pelajar masih tidak berpuas hati. Ditanya lagi syeikh itu dan ini.
Wajah syeikh berubah.

"Inilah kamu! Inilah penuntut ilmu!"
Satu kelas tersentak dan diam.

"Dimana hafazan kamu? Dimana ulangkaji kamu? Apa selama ini ilmu hanya bercampakan diudara tanpa mengisi minda kamu? Apa kamu mahu esok ujian baru malamnya kamu ingin membaca?"

"Kamu bertanya berapa markah? Berapa markah? Sampai bila ilmu yang kalian belajar ini bermatlamatkan markah? Sampai bila? Hanya untuk ujian. Tidak kamu hafal, simpan dan terjemahkan
dalam kehidupan? Bukankah itu tujuan kamu ke sini?"

"Sungguh zaman telah berbeza. Hari ini semua terlalu mudah. Semua dalam internet. Sofware-sofware kitab yang berlambak. Menyebabkan kamu tidak berminat untuk bersungguh-sungguh menjaganya."

"Kamu akan balik ke negara kamu dan jadi ulama'. Apakah kamu mahu ilmu kamu hanya pada internet dan sofware? Terputus bekalan elektrik, terputus segala ilmu kamu. Begitu?"

Subhanallah. Terputus segala kata. Bagaikan batu besar menghempap kepala. Pengajaran penuh makna.
#peringatanbersama :')
Dalam belajar hanya ada 2 perkara.

Pertama: Ikhlas (ia adalah tujuan). Ikhlas kerana Allah , menuntut ilmu untuk menjadi hambaNya.

Kedua: Ittiba ' dengan sunnah rasulullah (ia adalah jalan)

Belajarlah untuk memenuhi tujuan hidup, bukan untuk memenuhi keperluan hidup.

Ilmu itu adalah ketibaan makna pada jiwa, bukan pada akal semata-mata

.. Pesanan buat penuntut ilmu

Ilmu itu sifatnya cahaya. Cahaya Allah itu sifatnya menolak untuk berada dalam hati yang dipenuhi maksiat.

..Stress dalam menuntut ilmu

Menuntut ilmu sepatutnya tiada tekanan kerana matlamat kita adalah Allah.

Stress adalah fitrah. Allah kurniakan stress untuk kita lebih maju kehadapan. Stress ibarat geseran dalam hukum fizik, dengan geseran, kita akan dapat berdiri tegak. jika tiada geseran, kita tidak mampu berdiri, badan kita akan meluncur.

..Bagaimana menangani stress?

Ingat! Untuk tenang mesti ingat Allah.

Belajar dengan niat kerana Allah, menjadi hamba dan khalifahnya!

Apabila belajar kerana Allah, kekuatan akan hadir secara luar biasa!

Kekuatan dan ketabahan akan hadir kerana harapanmu dalam belajar adalah agar Allah bantu.

.. Kita Bukannya Robot

Elakkan menjadi robot hanya tumpahkan ilmu ke kertas jawapan peperiksaan seperti fungsi pendrive yang paste folder ke laptop.

Jenis ini akan lebih cenderung untuk copy ilmu semata-mata, tetapi tiada ruh yang mengiringi ilmu tersebut.

.. Study smart vs study hard

Allah tidak menilai Effect, tetapi Allah menilai Effort!

Allah tidak menilai kamu dean`s list atau tidak tetapi yang Allah lihat adalah usaha kamu.

Allah tidak ciptakan manusia bodoh, tetapi Allah cipta kebijaksanaan yang berbeza.

Hidup adalah untuk complete each other,  bukan to compete with others.

Nak compete biarlah bertempat.

Rajin2 kan diri untuk belajar dan terus belajar.
Ilmu yang ada kongsi dengan kawan2 insya Allah Allah akan permudahkan Untuk kita pula.
Kawan minta tolong ajar, jangan bagi alasan. Cuba jugak sbb ia proses utk belajar.

Saja share sebab belajar sini agak susah .. ☺🙊

Ahad, 6 September 2015

Qurban

Utk peringatan bersama tentang ibadah Korban....Soalan: Apa hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban dengan memberi daging binatang qurban tersebut sebagai upah?
Ustaz Azhar Idrus:
Ini banyak sangat yang terjadi, dah macam lumrah, sebab ramai yang tidak tahu hukum. Hukumnya HARAM kita memberi upah penyembelih dan juga tukang lapah, dengan daging qurban yang disembelih itu, malah dengan seurat bulu binatang qurban itu pun tidak boleh!
Saidina Ali r.a berkata, "Nabi s.a.w pernah menyuruh aku korban seekor unta milik Baginda kemudian sedekahkan daging, kulit dan apa yang di atas belakang unta-unta itu serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri." (Hadis Riwayat Muslim).
Adakah sah qurban itu?
Ibadah qurban itu sah, tetapi perbuatan memberi upah itu yang haram.
Jadi, macamana nak upah mereka?
Nak bagi upah boleh, upah dengan duit. Tetapi, kita boleh beri daging kepada mereka sedikit dari bahagian kita sebagai sedekah atau hadiah sepertimana yang kita beri kepada orang-orang lain, asalkan bukan niat upah.
Habis tu kesalahan yang lepas-lepas macamana?
Bagi sesiapa yang telah mengambil upah selama ini, maka wajib dia bertaubat dan wajib ganti balik dengan jumlah daging yang dia telah diambil sebagai upah.
Sebab itu kita kena belajar ilmu agama. Jangan belajar ilmu dunia saja. Ibadah qurban itu sunat sahaja, tetapi bila kita hendak buat ibadah qurban, belajar hukum mengenainya itu adalah WAJIB.
^ __ ^
** Mungkin ramai yang tidak tahu tentang perkara ini. Sila SHARE agar semua kawan-kawan kita juga dapat manfaat...

Sabtu, 5 September 2015

Jenazah

Bismilla..

Share dari group lain...

Dah bertahun2 isteri saya mengurus & memandi jenazah prrempuan. Secara purata 8 jenazah diurus mandi pd stiap bulan.

Soalan yg kerap saya tnya kpd isteri saya ialah:

1. Muda @ tua.
2. Dimana (taman @ kpg).
3. Sakit apa.
4. Mati bila.
5. Mati dimana.
6. Anak berapa org.
6. Agak2 berapa umur anak yg sulong.

Semua ini menjadi penanda aras/ bancian kpd saya apa punca mati, bgaimana si mati diurus jaga sebelum - selepas mati & sikap waris kpd si mati.

Berdasarkan umur & bilangan iaitu 8 org yg mati dlm seminggu :

1. Bawah 55 an hampir 70 %  mati krna barah.

2. Atas 56 an hampir 30 % mati krna kencing manis, buah pinggang, jantung, tua dll.

90 % keadaan jenazah yg mati di KAMPUNG terurus bersih krna ada org2 tua tempatan yg selalu tunggu berada disisi si sakit hingga disaat mati, ada pengetahuan apa perlu dibuat ke atas jenazah sebaik shj mati & kebetulan ada talian saudara.

60% keadaan jenazah yg mati warga taman d TAMAN PERUMAHAN terbiar keseorangan, semua sendi tulang 4 kerat keras menyebabkan sukar semasa mandi,  kurang terurus bersih krna tiada org2 tua sebaliknya majoriti warga taman generasi muda yg siang malam kerja, tidak ingat mati, renggang jiran, renggang surau/masjid, tidak pernah hadapi suasana kematian, tidak tahu nak buat apa ke atas jenazah sebaik berlaku kematian & langsung tiada keperluan barangan asas utk jenazah. Walaupun disuruh & diminta, anak2 takut nak urus mandi jenazah ibu bapa sendiri.

Sekarang ini telah ada waris "TIDAK SUKA" bawa balik, urus, mandi & kapan jenazah di rumah. Mrreka lbh suka segalanya dibuat dimasjid @ sekiranya mati dihospital mereka lbh suka segalanya dibuat di hospital.

Lebih tragis ada waris terlepas cakap "tidak mahu menyusahkan" rumah. Jadi mereka mahu semua urusan di hospital @ masjid/surau & terus ke kubur.

Bg jenazah yg sakit lama sebelum mati, jenazah ini lbh tidak terurus, berbau menyesak hidung, kulit mengelupas & banyak luka.

Kesimpulannya :

- Keadaan jenazah memberi gambaran siapa warisnya.

- Ingat kembali bgaimana kita jaga urus ibubapa kita semasa mereka sakit & bgaimana kita urus jenazah mrreka sbaik saja mereka mati.

- Lbh tragis bgaimana anak2 kita nanti akan jaga urus semasa kita sakit & selepas kita digelar jenazah.

- Bacaan Quran, solat, doa & semuanya boleh di upah krna anak2 kita BERJAYA, KAYA tp HANYA DOA DARI ANAK YG SOLEH diterima di sisi Allah swt wlaupun anak kita hanya seorang tukang sapu.

Sekadar renungan...

Nasihat guru pensyarah

TIPS UNTUK KITA SEBAGAI GURU....GEMBIRA SELALU......RUGI KALAU TAK BACA.....
Tips untuk tidak terlalu menjeruk rasa apabila setiap perkara tidak berjalan seperti yang dirancang antaranya ialah ...

1) Jangan jadi perfectionist sangat.
Kena terima hakikat ada perkara yang kita boleh kawal dan ada perkara yang kita kena biarkan ia berlaku apabila ia di luar kawalan kita. Kalau semua perkara sempurna, kita tak perlu buat post-moterm dan ia akan menjadikan kita manusia yang lebih sombong, bongkak dan mendabik dada. Setiap kelemahan itu mengingatkan kita bahawa kita adalah manusia biasa yang banyak kelemahan.

2) Terima keadaan seadanya.
Elakkan diri daripada meletakkan beberapa kriteria 'expectations' seperti apabila beri pelajar kerja sekolah, kita expect semua pelajar buat. Apabila kita masuk kelas, kita expect semua pelajar bawa buku. Apabila kita buat program, kita expect ada orang akan recognize kita. Apabila kita telah berusaha mengajar, kita expect keputusan pelajar akan memuaskan hati kita. Apabila kita berbuat baik, kita expect semua orang boleh terima kita. Itu semua akan menjadi punca kita kecewa.

3) Memahami atmosfera sekolah.
Sentiasa update dengan apa yang berlaku dalam sekolah. Ops Sikap ke, Teknik Menjawab Soalan ke, Ujian Lisan sedang berlangsung ke, atau apa-apa event yang sedang dijalankan dan bakal dijalankan dalam bulan itu. Perhatikan sekeliling, kenal pasti ragam setiap guru yang akan menjadi rakan sekerja kita. Belajar do n don't s berdasarkan perwatakan mereka.

4) Perbanyakkan masa melihat diri
Instead of joining beberapa guru lain untuk bercakap tentang si polan b si polan yang parking kereta ikut sesedap hati, atau si polan bt si polan yang menengking rakan sekerjanya di depan pelajar, atau si polan b si polan yang lambat hantar kertas soalan sehingga kena marah dengan PA pejabat, atau CC pejabat yang mengawal harta sekolah macam harta dia sendiri, atau PK Pentadbiran yang lebih berkuasa dari Pengetua.... Adalah lebih baik kita tumpukan ke atas apa yang kita buat. Usah masuk campur kumpulan yang mengumpat pentadbir mahupun mengumpat rakan sekerja sendiri. Juga, usah terpengaruh dengan kelazeran mereka berkata-kata dengan kosa kata yang buruk. Sudah terlalu ramai manusia begitu di atas muka bumi ini dan usahlah kita menjadi punca bertambah bilangannya. Hidup dengan baik, sudahkan kerja anda dengan baik, berkawan dengan semua orang namun tidak sampai terpengaruh dengan mereka. Bentuk identiti, sifat dan tanggapan manusia lain terhadap anda melalui sifat anda yang tersendiri.

5) Dibenci tanpa sebab atau tidak diketahui punca adalah perkara biasa.
Bagaimana baik atau halus sekali pun budi pekerti kita, akan ada manusia lain yang membenci kita tanpa sebab. Mungkin kerana mereka cemburu dengan kelebihan kita, atau kerana ada orang lain yang cemburu kemudian bercerita kepada orang lain lagi dengan cerita tokok tambah, atau mereka nampak sesuatu dan membuat andaian buruk tanpa bertanya. Mungkin juga berpunca daripada spekulasi yang ditimbulkan oleh pelajar kita.

6) Berkerjalah dengan gembira.
Setiap kesusahan, kepayahan, penat lelah, air mata, keringat yang kita curahkan hendaklah dinikmati selagi mampu. Pandanglah ia sebagai cabaran yang perlu kita hadapi. Terima hakikat kadang-kala kita melepasi ujian-ujian tersebut dengan sangat cemerlang. Namun kebanyakan daripadanya akan buat kita jatuh, tersungkur dan patah semangat. Apabila ia terjadi, sentiasalah bangkit dengan harapan baru untuk melihat di sebalik setiap penderitaan itu, ada padanya hikmah. Tentunya kita manusia biasa yang banyak perkara yang apabila diberi peluang ke dua, kita ingin lakukan dengan lebih baik. Keinginan itu yang akan mengikat kita dari melangkah ke hadapan. Berpegang kepada perkara yang dah berlalu adakalanya sangat menyakitkan.
Lepaskanlah. Dan berjalan teruslah. Akan hadir lagi banyak peluang di hadapan untuk kita buktikan diri kita sebagai manusia yang boleh menggalas tanggungjawab. Hadapilah hari-hari mendatang dengan semangat yang baru dan minda yang positif. Moga darinya akan datang kebaikan yang banyak.
😄😄😝

Jumaat, 4 September 2015

Dhuha

BAB 31 : Hutang Dhuha

Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi kepada anda adalah ilmu tentang solat dhuha. Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah dinegaranya.

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”. Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah sebenarnya. Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah. Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “ Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah? Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu” (HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah. Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini. Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya. Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar? Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang dhuha kita pada Allah setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah. Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini. Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampakan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.
Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil ( melalui pencuri) duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar? Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang- hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms kepada ustaz :

“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”
Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui menyeru orang lain juga untuk berdhuha. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran sesetengah antara kalian. Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha. Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha. Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar –pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap diantara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha. Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga memnpunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini. Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha penulis.

Bab 31: Hutang Dhuha

❤️Apa yang saya belajar dari bab ini adalah tentang…

❤️Manifestasikan cara bersyukur kita kepada Allah kerana diberi kesihatan anggota badan dan nikmat lain melalui bersolat dhuha

❤️Sudah berapa banyakkah hutang dhuha kita selama kita hidup ini?

❤️Dengan berdhuha, pintu rezeki kita pasti dibuka seluasnya
Jom mengajak orang semua mendirikan solat dhuha setiap hari..biiznillah.