Isnin, 2 Januari 2017

Barbaric

Di Barat, golongan akademik baru sahaja mengenali istilah “Intellectual Barbarism” ini. Namun dalam dunia Islam, istilah ini telah lama dibahaskan secara tidak langsung. Dunia Islam lebih awal menyedari bahaya penyakit “Intellectual Barbarism” ini. Apa itu “Intellectual Barbarism”?

Jika dalam dunia Islam, Adab itu lebih tinggi nilainya berbanding ilmu. Ini kerana dengan melalui adab lah menunjukkan seseorang itu berilmu atau tidak. Jika seseorang itu kelihatan berilmu tetapi tidak beradab, maka inilah yang diistilahkan oleh Barat sebagai “Intellectual Barbarism”.

Tokoh terkehadapan di Malaysia yang membahaskan penyakit ini ialah al-Marhum Prof Dr Uthman el-Muhammady, seorang ulama tersohor dari Kelantan. Beliau begitu gusar melihat dunia keilmuan di Malaysia. Manusia kehilangan adab. Menurut beliau, penyakit ini hanya boleh diubati dengan ilmu Akhlak Islamiyyah atau lebih dikenali sebagai ilmu Tasawwuf. Sebenarnya “Intellectual Barbarism” ini memiliki beberapa peringkat.

“Intellectual Barbarism” boleh berlaku ke atas seseorang itu seawal peringkat menuntut ilmu lagi. Sebagai penuntut ilmu, seseorang yang tiada adab belajar adalah dikategorikan sebagai “Intellectual Barbarism”. Sebagai contoh, bagi memudahkan faham, hal ini boleh dihurai melalui disiplin mempelajari ilmu hadis kerana masyarakat kita amat meminati akan ilmu ini. 

Kita bermusafir menuntut ilmu ke oversea bagi mencari seorang guru yang alim. Namun apabila guru yang alim ini membacakan hadis-hadis, kita yang baru mengenali sedikit ilmu hadis celapak menuduh, “Ini tidak Sahih!!!”. Aneh. Kita yang hendak menuntut ilmu, tetapi bertindak “mengajar” guru yang lebih alim itu. 

Sedangkan guru yang lebih alim itu lebih luas hafalan ilmunya manakala kita masih belum menjumpai hadis-hadis tersebut. Dalam tradisi pengajian Islam, murid begini layak dihalau serta-merta dari majlis kerana tiada adab.

Seterusnya, “Intellectual Barbarism” sebenarnya lebih banyak berlaku kepada mereka yang dilihat telah berjaya dalam dunia akademik. Sikap sombong tak tentu hala dengan sedikit ilmu yang dimiliki adalah satu bentuk “Intellectual Barbarism”. 

Sebagai contoh, apabila telah berjaya dalam dunia akademik, seseorang yang berpenyakit “Intellectual Barbarism” itu cenderung untuk berasa “Akulah paling arif dan betul” sehingga bertindak di luar adab keilmuan dengan memperlekehkan pandangan ahli akademik lain. Malah pandangan tokoh agung juga diperlekeh oleh “orang baru” dalam dunia akademik ini.

Bagi memudahkan faham, masyarakat kita suka mengulas hukum-hakam Islam tanpa mempunyai ilmu Fiqh terlebih dahulu. Baru setahun dua mendapatkan sijil-sijil dari universiti, itu pun dalam keadaan tiada adab belajar, sudah mula memperlekehkan fatwa-fatwa Imam muktabar. 

Kita berbangga-bangga dengan sedikit ilmu kita lalu mengelirukan masyarakat awam melalui ceramah, forum atau Kuliyyah. Sudah menjadi lumrah, seseorang yang tidak meiliki adab belajar, pastinya akan biadap dan sombong dengan ilmu yang dimilikinya ketika dia telah “berjaya”. Ikutlah resmi padi, makin berisi makin tunduk.

Ibnu Jawi 

Selasa, 27 Disember 2016

2017

PERTIMBANGAN UNTUK 2017 ________________________________

1. MENGENAI PENDAPATAN : Jangan sekali-kali bergantung kepada satu lorong pendapatan. Buat pelaburan atau mulakan perniagaan untuk mewujudkan lorong kedua, ketiga mahupun keempat. _________________________________

2. MENGENAI PERBELANJAAN : Jika anda kerap membeli perkara yang anda tidak perlu, kelak anda akan terpaksa menjual sesuatu yang anda perlu.

________________________________

3. MENGENAI TABUNGAN : Jangan simpan apa yang tinggal selepas perbelanjaan, tetapi berbelanja apa yang tinggal selepas menyimpan. ________________________________

4. DALAM MENGAMBIL RISIKO : Jangan sekali-kali menguji kedalaman sungai dengan kedua-dua kaki. ________________________________

5. DALAM PELABURAN: Jangan letakkan semua telur dalam satu bakul. Hati-hati dengan skim cepat kayap! Cari pelaburan yang sah di sisi undang-undang.
________________________________

6. JANGKAAN: Kejujuran sangat mahal harganya. Jadi jangan mengharapkannya daripada orang yang kuat gebang!

________________________________

7. Masa lalu adalah kertas buangan, masa ini adalah suratkhabar dan masa depan adalah kertas soalan. Keluarlah dari masa lalu anda, kawal masa kini dan selamatkan masa depan anda. Ingatlah perubahan yang kita buat hari ini mungkin akan mengubah haluan kehidupan kita buat selamanya.
________________________________

8. Apabila perkara-perkara buruk berlaku dalam hidup anda, anda sebenarnya mempunyai tiga pilihan. Samada anda boleh membiarkan ia menentukan perjalanan kehidupan anda atau membiarkan ia memusnahkan anda atau anda boleh menjadikan ia sebagai motivasi untuk menguatkan diri anda!

_______________________________

9. Mata kita terletak di hadapan kerana itu ia adalah lebih penting untuk melihat ke hadapan daripada memandang ke belakang kepada perkara yang telah berlalu.

_______________________________

10. Kita menggunakan pensil semasa kita muda, tetapi kini kita menggunakan pen. Anda tahu kenapa? Kerana kesilapan di zaman kanak-kanak dengan mudah boleh dipadamkan, tidak seperti sekarang.

_______________________________

11. Kita tak semestinya menempuh jalan yang ramai orang lalu. Kita boleh buat jalan kita sendiri. Mana tahu di hujung jalan sana ada emas yang menanti. Apa yang penting ialah kita telah meninggalkan jejak!

Selamat menjalani tahun 2017.

Semoga ketenangan, kemakmuran, kesejahteraan dan kemakmuran menjadi milik anda!

Isnin, 26 Disember 2016

Abahh

*ABAH DAN BAJU SEKOLAH HUTANG😔*

Seminggu dua nak buka sekolah ni teringat zaman kecik dulu sewaktu arwah abah masih hidup ... masa nilah abah akan naik motor ke sana ke mari pergi jumpa sedara mara yang senang sikit untuk pinjam duit beli baju sekolah kami adik beradik. Kadang2 abah pinjam dengan kawan2 abah, tokey kedai tempat abah sarapan pagi2 dan mcm2 orang lagilah.

Abah tak pernah bagi tahu dia berhutang sana sini untuk beli keperluan sekolah adik beradik. Tapi kami tahu ... kami faham. Dan kesusahan itu menjadikan kami berusaha habis-habisan untuk berikan result yang bagus untuk abah.

Tapi zaman dulu kasut sekolah boleh pakai lama ... lambat pulak ketat .. budak2 sekolah sekarang ni setahun sampai dua tiga kali tukar kasut ... cepat betul membesar ... hehehe ...

Pernah satu masa sewaktu darjah 4 nak masuk darjah 5 abah balik lewat malam dalam hujan. Tak dengar pulak bunyi enjin motosikal abah. Tahu2 pintu dah diketuk dan terdengar suara abah memangggil. Mak dan adik2 dah tidur. Masa tu saya yang bukak pintu. Abah kesejukan terketar-ketar. Abah berikan saya baju sekolah dan buku2 keperluan sesi persekolahan yang baru.

Tak ada apa2 yang keluar dari mulut abah melainkan dia mintak saya buatkan teh panas satu.
Malam tu berlalu begitu sajalah tanpa apa2 perbincangan.
Sehinggalah saya balik dari luar negara selepas habis belajar bertahun kemudian, satu malam sewaktu musim hujan seperti sekarang nilah abah mula bukak cerita ...

"Kau ingat tak abang .. masa kau kecik dulu satu masa tu abah balik tengah malam dalam hujan lebat, kau bukakkan pintu dan abah bawa balik buku-buku dan pakaian sekolah baru untuk kau dan adik-adik ... ingat tak?" Abah tanya ...

Saya hanya senyum dan mengangguk sambil teruja nak dengar cerita abah ...
" Sebenarnya masa tu abah baru balik dari cari duit cuba untuk pinjam duit dengan sedara mara kita untuk belikan kau dan adik2 baju sekolah dan buku ... tapi tak dapat ... "

" Akhirnya abah jumpa kawan lama abah satu masa dulu diapun susah jugak bukan orang senang ... tapi senang sikitlah dari kita ... Dialah yang berikan abah pinjam duit RM100 utk belikan buku2. Pakaian sekolah tu pun abah hutang dengan tuan kedai... dia bagi hurtang sebab dia tahu anak2 abah semua pandai2 belajar ."

Masa tu tanpa sedar air mata saya sudah laju keluar. Bibir tak boleh berkata-kata ... terkedu. Hati rasa sangat sebak. Abah terus berbicara ...

"Malam tu motor abah rosak .... abah tolak motor dari Kota Bharu balik ke Pasir Puteh dalam gelap sebab kedai dah tutup dan abah tak ada duit nak baiki motor. Abah tolak motor tu dalam hujan bercahayakan langit dan lampu kenderaan lain sejauh hampir 50km. "

" Sekarang abang dah balik dari luar negara ... abang dah berjaya ... abang kerja bagus2 .. abang bantulah orang macam abah yg ramai kat luar sana ... abang jadilah orang baik-baik...

jangan kedekut dengan rezeki yg Allah bagi pinjam ... abah tak ada harta nak bagi kat kau dan adik-adik. Abah hanya ada kasih sayang dan ilmu yang abah mampu berikan sekadarnya ... "

Dan pesanan itulah yang sentiasa tengiang-ngiang di telinga ini setiap kali nak masuk musim bukak sekolah.
Ya Allahh .. rindunya kat abah malam ni ... Terima kasih abah kerana membimbing hati ini dari kecik hingga sekarang walaupun jasadmu telah tiada ... kau tetap membimbing hati ini ..

Semoga Allah satukan hati-hati kita keluarga besar thirdforce untuk terus istiqamah dalam perjuangan membina bangsa yang prihatin dan saling bantu membantu ini.

Jommm jadi orang baik-baik.

Khamis, 22 Disember 2016

ilmu

Kalam Ulama':
Belajar Zaman Dulu VS Zaman Sekarang

✒Zaman Dulu, sanggup tak tidur sebab menuntut ilmu.
Zaman Sekarang, sanggup tak belajar kerana banyak tidur.

✒Zaman Dulu, sanggup berjalan jauh demi ilmu.
Zaman Sekarang, belajar jauh-jauh sebab nak berjalan-jalan.

✒Zaman Dulu, masalah fiqh ditanya kpd Ulama'.
Zaman Sekarang, masalah fiqh dibincang dan didebat dlm group whatsApp.

✒Zaman Dulu, takut nak keluarkan fatwa.
Zaman Sekarang, semua orang mengaku jadi mufti dan sesuka hati menghukum orang dan mengeluarkan fatwa.

✒Zaman Dulu, belajar 20 tahun masih berasa jahil.
Zaman Sekarang, belajar 2 jam dalam encik google dah mengaku alim.

✒Zaman Dulu, belajar sebab nak mengenal Allah.
Zaman Sekarang, belajar sebab nak dikenali dan dipuji orang.

✒Zaman Dulu, Tok Guru masuk kelas tanpa bawa kitab kerana alimnya,
Zaman Sekarang, anak murid yang tak bawa buku sebab malasnya.

Sekadar Muhasabah.🍃🍂

Sebar²kan, agar yang lain turut mendapat faedah. 🍃🍂

Isnin, 19 Disember 2016

Lembu sado

Akhi Syahmi:
JUDI LEMBU SADO DI EKSPO MAHA 2016?
Saya ditanya oleh seorang peserta berkenaan satu pertandingan meneka berat seekor lembu Sado yang diadakan di Ekspo MAHA yang berlansgung di MAEPS ketika ini. Semua peserta yang ingin menyertai dikehendaki membayar :-
1 tekaan : RM 10
3 tekaan : RM 20

Pemenang akan mendapat hadiah wang tunai RM 20,000 atau seekor lembu bernilai RM 20,000.

Jawapan saya

Saya mengambil info dari seorang peserta yang tentunya tahu maklumat pertandingan ini. Berdasarkan info yang diberi, pertandingan itu adalah jelas sebuah perjudian. Ia mempunyai ciri judi yang didefinisi oleh Ulama seperti al-baijuri adalah :-

هو كل لعب تردد بين غرم وغنم
Ertin: Suatu pertandigan yang mana peserta terdedah untuk sama ada kerugian atau meraih untung. (Hashiah Al-Baijuri, jil2, hlm521)

Selain itu, ia juga terbina di atas bayaran untuk menang secara nasib (game of luck or pure chance), walaupuan tekaan itu mempunyai sedikit elemen usaha, namun ia tetap punyai elemen 'nasib' yang besar.

Ia turut punyai elemen judi yang seterusnya iaitu 'Zero sum game' iaitu pemenang akan ambil keuntungan dari mereka yang kalah.

Ia masih pada hukum judi walaupun jika penganjur berkata bahawa duit yuran yang dibayar peserta itu akan disalurkan kepada kegunaan lain hatta ke Palestin sekalipun, setiap bayaran dikenakan bagi menyertai pertandingan secara rela paksa & berpeluang menang lebih besar secara nasib, pertandingan itu akan tetap menjadi judi.

Ia masih menjadi judi, hatta hadiah disumbang dari pihak ketiga yang tidak menyertainya. Ia tetap menjadi judi bagi semua peserta yang menyertainya dengan bayaran yuran tertentu dan berpeluang pula menang lebih banyak untung jika tekaan tepat atau kalah wang penyertaan jika tekaan mereka salah.

ADA PIHAK YANG HARUSKAN ?

Saya juga difahamkan terdapat pihak yang mengharuskan atas hujjah hadiah sponsor dari pihak ketiga. Namun kelihatan pihak yang memberi hukum harus telah terkeliru. Perlu faham bahawa terdapat dua jenis judi, setiap satu punyai syarat yang sedikit berbeza dari yang lain, dua jenis itu adalah :-

1. Suatu pertandingan yang ada yuran dan hadiah pemenang diambil dari wang terkumpul peserta. Namun syarat pertandingan jenis ini adalah pertandingan berdasarkan usaha yang jelas seperti sukan futsal, badminton etc. yang mana kepakaran dan latihan sebagai penentu pemenang. Justeru, pertandingan dari jenis ini, jika terdapat hadiah dari pihak ketiga yang tidak menyertai, ia akan mengubah hukum pertandingan kepada harus. Kategori ini, tidak terpakai kepada teka berat lembu sado yang mana pemenang berasaskan nasib hasil tekaan bukan usaha fizikal.

2. Suatu pertandingan yang ada yuran dan pemenang ditentukan dengan nasib. Judi dari jenis yang ni, hadiah sponsor pihak ketiga tidak mengubah status judi. Menggunakan hasil kutipan yuran kepada maslahat pihak tertentu yang lain juga tidak mampu menjadikan pertandingan itu sebagai harus.

Masalah teka lembu sado masih tersangkut pada jenis kedua. Namun kelihatan mereka keliru sehingga tercampur-campur jenis lalu tersalah menghukum harus.

JIKA DAH MENANG ?

Justeru itu, sesiapa yang menenanginya haram mengunakan wang kemenangan itu dan mesti menyerahkannya kepada faqir miskin. Faqir miskin HALAL mengambilnya disebabkan ia telah menjadi neutral kembali ke atas diri mereka kerana mereka punyai sebab diiktiraf syara' untuk menerima wang sebegitu. Pembersihan cara ini juga datang dari sabdaan Nabi saw
من قال لصاحبه تعال أقامرك فليتصدق
Erti : sesiapa yang berkata saudaranya, "mari aku bertaruh denganmu" maka (jika menang) wajiblah dia menyedeqahkan (wang kemenangan itu). (Al-Bukhari dan Muslim)

Bagi penganjur, ketahuilah judi itu HARAM hukumnya dan jangalah mana-mana syarikat menganjurkan pertandingan yang serupa dengannya.

Ia hanya TIDAK JUDI jika peserta masuk meneka secara percuma tanpa bayaran.
Atau, peserta tidak diwajibkan membayar, terpulang sesiapa ingin membayar sebagai sedeqah atau tidak bayar, namun semua masih boleh sertai, barulah ia TIDAK JUDI juga.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID

Ahad, 18 Disember 2016

Suami isteri

*SUAMI YANG MENCIUM BAU SURGA*

*"Saya Terima NikahNya...Binti...Dengan Mas Kawin...Dibayar Tunai."*

Singkat,Padat & Jelas.

Tapi Tahukan Makna *“Perjanjian atau Ikrar”* Tersebut???
Itu Tersurat.
Tetapi...
Apa Pula Yang Tersirat???

Yang Tersirat Ialah...

ErtiNya :

*”Maka Aku Tanggung Dosa²Nya Si Dia (Perempuan Yang Ia Jadikan Isteri) Dari Ayah & IbuNya.*
*Dosa Apa Sahaja Yang Telah Dia Lakukan.*
*Dari Tidak Menutup Aurat Hingga Ia Meninggalkan Solat.*
*Semua Yang Berhubungan Dengan Si Dia (Perempuan Yang Ia Jadikan Istri).*
*Aku Tanggung & Bukan Lagi Orang TuaNya Yang Menanggung.*
*Serta Akan Aku Tanggung Semua Dosa² Calon Anak²Ku juga Secara Sedar...*
*SekiraNya Aku Gagal & Aku Lepas Tangan Dalam Menunaikan Tanggungjawab...*
*Maka...*
*Aku Fasik & Aku Tahu Bahawa Nerakalah TempatKu...*
*Kerana...*
*AkhirNya Isteri & Anak²Ku Yang Akan Menarik Aku Masuk Kedalam Neraka Jahanam & Malaikat Malik Akan Melibas Aku Hingga Pecah Hancur BadanKu.*
*Akad Nikah ini...*
*Bukan Sahaja Perjanjian Aku Dengan Si Istri & Si Ibu-bapa Isteri...*
*Tetapi...*
*Ini Adalah Perjanjian Terus Kepada ALLAH SWT.*
*Jika Aku GAGAL (Si Suami)???*
*Maka...*
*Aku Adalah Suami Yang Fasik,Ingkar & Aku Rela Masuk Neraka.*
*Aku Rela Malaikat MenyiksaKu Hingga Hancur TubuhKu”.*

(HR.Muslim)

Duhai Para Istri...
Begitu BeratNya Pengorbanan SuamiMu TerhadapMu.

Kerana Saat Ijab Terucap...
*Arsy Allah SWT* Bergoncang Kerana BeratNya Perjanjian Yang Dibuat OlehNya Didepan *ALLAH SWT* Dengan Disaksikan Oleh Para Malaikat & Manusia.
Maka...
Andai Sahaja Engkau Menghisap Darah & Nanah Dari Hidung SuamiMu...
Maka...
Itu pun...
Belum Cukup Untuk Menebus Semua Pengorbanan SuamiMu TerhadapMu.

Semoga...
Ini Untuk Pengalaman Yang Sudah Bernikah Mau pun...
Yang Belum.

Subhan Alloh...

BeratNya Beban Yang Ditanggung Oleh Suami.
Bukankah Untuk Meringankan TanggungjawabNya Itu Bererti :
Seorang Isteri Harus Patuh Kepada Suami Dalam Menjalankan Perintah ALLAH SWT & Menjauhi LaranganNya???
Juga...
Mendidik Putera-puteri Kita Nanti...
Agar Mengerti Tentang Agama & Tanggungjawab.

Semoga Kita Semua Menjadi Orang² Tua Yang Dapat Memberikan Yang Terbaik Untuk Anak² Kita Kelak...
Dengan Agama & Cinta Kasih Sehingga Tercipta Keluarga Kecil Yang Sakinah,Mawaddah & Warahmah

Jumaat, 16 Disember 2016

MLM

Assalamualaikum wbt

sahabat sahabat FB  saya, kita hidup biarlah saling ingat mengingati....kalau saya salah tolong nasihatkan saya...begitulah juga orang lain. Hari ini banyak sangat skim cepat kaya,skim piramid lah, skim cabang daun lah,MLM lah dan macam macam skim cepat kaya. Sasaran mereka sehingga sampai ke golongan profesional termasuk professor USM, kampus kejuruteraan Nibong Tebal.Saya pun biasa kena tapi tak banyak. Saya sangat bernasib baik atas nasihat boss saya yang sangat perihatin dalam hal skim cepat kaya.

Saya bertemu secara kebetulan dengan kawan sekolah saya yang sebaya umur dengan saya, kalau dia tak tengur mungkin tak kenal, terlalu daif pakaiannya, dia mendapat ijazah Mechanical engineering dari USM dan master dari Sheffield University dalam bidang yang sama, bekerja dari Engineer sampai jadi Manager. Jumpa saya pun nak sembunyi kepala takut ahlong nampak...gara gara skim cepat kaya Platinum Lanes Sdn. Bhd. (PLSB) di kulim, beliau jatuh muflis. Ramai yang kena kat kampung saya dan ada yang muflis sehingga ada yang meninggal , tinggal baju dan kain saja. Kawan lama saya nie ajak saya kerumahnya dan saya pun ikut,  jauh masuk pendalaman mahang dekat sempadan kedah perak....kemudian sampailah rumah dia yang amat daif seperti reman ayam bersama 6 orang anak dan isteri.

Disini kami bersembang kisah kisah suka duka ketika di sekolah. Akhir sampailah cerita  dia macam mana sampai boleh jadi begini. Suatu ketika gaji dia dah mencecah 16k sebulan, dia hantar keluar negara untuk latihan dan dinaikkan pangkat sampai jadi manager. Dia terpengaruh dengan skim cepat kaya dimana kulim merupakan sarang skim cepat kaya, macam macam skim cepat kaya ada seperti Skim 120, Skim 350, Platinum Lanes Sdn. Bhd. (PLSB), penternakan cacing Kulim Worm Sdn. Bhd. dan skim penternakan burung walit, Aeroswift Consultancy Sdn. Bhd.

 Dia keluarkan hampir 300k wang simpanan untuk melabur dalam PLSB, dapat pulangan tapi tak ambil,...nak tambah pelaburan...untung lagi...tak ambil juga untung untuk tambah pelaburan. Kemudian kerana untung, buat pinjaman bank 500k berdasarkan gajinya dia memang layak buat pinjaman sebanyak itu. Dia jadi pula penjamin kepada sahabat karibnya untuk buat pinjaman 300k untuk pelaburan itu. Oleh kerana pada mulanya untung, dia berhenti kerja dan jadi agen skim cepat kaya ini. Oleh kerana wang simpanan dah tak ada, pinjaman wang dah tak boleh buat dah di bank, dia menjangkakan pelaburan dia mendapat untung RM30 juta dalam 3 bulan lagi pada masa itu, dia buat pinjaman pula  dengan Ahlong 100k. Tak sampai sebulan Bank Negara serbu, habis pelaburan hangus.

Kerja pun dah berhenti, duit rumah dah tak terbayar, hutang bank lagi, jadi penjamin lagi dan Ahlong hampir setiap petang datang rumah minta duit. Lepas dua tahun dia diistihar bankrap....nak kerja kilang kena buka akaun bank.jadi kilang tak boleh terima sebagai pekerja kepada orang bankrap..oleh kerana bankrap akaun bank tak boleh buka....nak berniaga Ahlong dok cari....rumah ini merupakan ke 23 dah dia cari tempat perlindungan. Hutang Ahlong saja sampai kini dah jadi RM7 juta termasuk bunga dengan buah sekali. Mana nak korek duit.

Habis harta benda kena lelong termasuk sebiji banglo yang habis bayar. Dia bernasib baik isteri dapat bekerja dengan gaji RM1300 sebulan....lepaslah untuk duit anak sekolah dan nasi berlauk telor. Katanya menyesal sejuta kali menyesal. Kini dia mengidap pula sakit jantung, darah tinggi dan buah pinggang. Saya kasihan anaknya yang pandai belajar disekolah. Saya nasihat agar isterinya balik rumah ibu mertuanya manakala dia pandai pandailah cari makan cuma jangan terjebak dengan pengedaran dadah.

Cari lah rezeki halal. Ini bagi memastikan pelajaran anak anak tidak terjejas dan isterinya setuju balik rumah emaknya. Saya lampir cerita ini sebagai pengajaran kepada diri saya dan kawan kawan FB saya agar apa yang berlaku pada kawan sekolah saya ini tidak terjadi pada kita. Tiada pelaburan yang menjanjikan keuntungan berjuta juta ringgit dalam masa yang singkat. Ini semua penipuan dan karut marut. Apa yang terjadi pada dia ......tidak berulang pada

orang lain dan iktibar pada kita semua. Semoga Allah melindungi kita semua dan jadilah kita semua sebagai orang yang sentiasa bersyukur atas nikmat pemberiannya walaupun tak berjuta juta.ringgit....

C&P rakan Fb