Jumaat, 17 Mac 2017

Guru

🌼 🇿 🇦 🇮 🇿 🇷 🌼:
10 Nasihat berguna daripada seorang  guru utk sahabatnya..

1. Beri hak murid untuk makan pada waktu rehat dan balik pada waktunya. Usah tahan walaupun apa jua alasan.

2. Setiap awal pagi, guru yang masuk kelas masa pertama, ambil 2 minit tanya solat subuh. Beri pujian pada yang solat (jangan layan murid yang provok kawan dia) dan minta serta doakan yang tidak solat agar qada nanti semasa waktu rehat.

3. Guru yang mengajar waktu akhir, ingatkan murid agar bersolat zuhur. Beritahu mereka Allah sayang semua hamba- hambanya. Kalau solat lagi Allah sayang.

4. Kalau ada perhimpunan pagi, beri kata- kata semangat/ motivasi kepada murid. Usah rosakkan 'mood' murid yang ramai hanya kerana kesalahan 2-3 orang dengan membaca 'talkin'. Rosak mood murid.

5. Jaga aib murid. Jangan tularkan di bilik guru, kantin. Tak pasal-pasal guru lain menyampuk akhirnya jadi mengumpat!

6. 'Cover page' kertas soalan dah macam soalan spm/ universiti terutama tahun 1, 2, 3. Siap ada lencana bagai. Bincang dengan pentadbir wujudkan semula cover soalan yang menarik seperti zaman mereka. Ada gambar kartun, cendawan bunga. (Yang ini memang win!)

7. Waktu rehat, sediakan 'tools' untuk mereka guna. Boleh gantikan aktiviti meronda dan berlumba lari mereka tiap- tiap hari. Catur, dam ular, buku cerita, bermain batu seremban dll.

8. Sediakan siap-siap pensel dan kertas kajang. Pensel untuk kes pensel tak ada. Kertas untuk kes buku tertinggal. Jadi balik rumah tinggal tampal semula. Tak guna beri 'warning' siapkan di rumah. Nanti kena cikgu semula sebab murid lupa nak siapkan juga.

9. Kalau murid datang cakap hilang duit, tak payah cakap banyak, sedekah la seringgit dua. Dia datang pada kita sebab Allah yang hantar.

10. Sebelum keluar kelas, tinggalkan doa buat murid- murid. Biar murid tahu kita hanya garang semasa mengajar tetapi sebelum habis kelas kita guru yang penyayang.

Untuk ingatan dan idea berguna buat sahabat dalam arena pendidikan.

Banyak dapat ilmu bila berbual dengan orang lama. Betullah, orang lama kalau dah berbual memang 'syok' melayan!...sekarang sedang berusaha untuk ikuti 10 tips di atas... insya Allah

Selasa, 14 Mac 2017

10 sifat isteri

10 Sifat Wanita Yang Mendatangkan Rezeki Bagi Suami.

Banyak suami yang mungkin tidak tahu bahwa rezekinya dengan izin Allah mengalir lancar atas peranan isteri. Memang tidak dapat dilihat dengan kasar mata, namun biasa djjelaskan secara spiritual bahawa 10 sifat isteri ini MEMBANTU mendatangkan rezeki bagi suaminya.

1. Isteri yang pandai Bersyukur.
2. Isteri yang Tawakal kepada Allah.
3. Isteri yang Baik Agamanya.
4. Isteri yang banyak Beristighfar
5. Isteri yang gemar Silaturahim.
6. Isteri yang suka Bersedekah.
7. Isteri yang Bertaqwa.
8. Isteri yang selalu Mendoakan Suaminya.
9. Isteri yang gemar Solat Dhuha.
10. Isteri yang Taat dan Melayani suaminya
...Untuk yg sudah berkeluarga ..Semoga menjadi kel yang SAMAWA...Aamiin

Sb

*Dalam Memburu, Kita Diburu*



Di dalam kita memburu, kita diburu

Banyak orang yang tidak tahu

Ada yang tahu tidak terasa diburu

Kerana itu dia juga adakalanya lupa yang dia diburu

Manusia memburu sambil diburu

Memburu harta, memburu nama, memburu takhta

Memburu wanita, dan memburu apa sahaja yang bersifat dunia

Di dalam memburu dia diburu

Dia diburu oleh Atid merekod kesalahannya

Merakamkan di dalam fail segala bentuk dosa-dosanya

Sehalus apa pun dan di tempat mana pun semua dapat direkodnya

Selepas itu Allah perintahkan SB-Nya

menangkap hamba-Nya yang sedang memburu itu

SB itu Malaikal Maut namanya

Tidak ada seorang pun yang lepas dari tangkapannya

Adakalanya manusia itu ditangkap di istana

Adakalanya ditangkap di pejabatnya

Tidak kurang juga ditangkap di rumahnya dan di jalan-jalan  raya

Waktu dia memburu  wanita di situ juga dia kena

SB Tuhan menangkap pemburu-pemburu dunia di merata-rata

Setelah ditangkap direman di lokap Alam Barzakh namanya

Di sana disoal siasat kerja-kerjanya oleh SB-SB yang lain pula

Munkar dan Nakir namanya dengan bengisnya

SB-SB pemerintah pun kena reman di sana juga

Kalau tidak betul menjawab kena lanyak dan belasah dengan marahnya

Remuk-redamlah tulang-tulang manusia dibuatnya

Wahai manusia termasuklah saya

Ingatlah kita sedang diburu waktu kita sedang memburu

Buruan kita belum tentu dapat kita tangkap

Tapi kita yang menjadi buruan pasti kena tangkap





Hasil Nukilan

Abuya Sohibuzzaman Fata At-Tamimi

Selepas Asar

18.5.97 (10 Muharram 1418)

Isnin, 13 Mac 2017

Kurma busuk

REZEKI KURMA BUSUK

Jika tiba-tiba rasa 'down' sekejap dengan bisnes, saya selalu akan ingat kembali akan Abdul Rahman bin Auf dengan kisah kurma busuknya.

Kata Rasulullah saw, Abdul Rahman bin Auf r.a akan masuk surga akhir sekali kerana terlalu kaya.
Ini kerana orang yang paling kaya akan dihisab paling lama.

Maka mendengarkan ini, Abdul Rahman bin Auf r.a pun ligat kepala otaknya berfikir, bagaimana agar boleh jadi miskin balik supaya dapat masuk syurga awal.

Selepas Perang Tabuk, kurma di Madinah yang ditinggalkan sahabat menjadi busuk. Lalu harganya jatuh. Abdul Rahman bin Auf r.a pun menjual semua hartanya, kemudian memborong semua kurma busuk milik sahabat r.hum tadi  dengan harga kurma bagus.

Kesemuanya bersyukur..Alhamdulillah..kurma yang dikhuatiri tidak laku, tiba-tiba laku keras! Diborong semuanya oleh Abdul Rahman bin Auf.

Sahabat gembira.
Abdul Rahman bin Auf r.a pun gembira.
Semua happy!

Sahabat lain gembira sebab ada sales.
Abdul Rahman bin Auf r.a pula gembira sebab...
jatuh miskin!

MasyaAllah..hebat kan?
Cuba kalau kita?
Bisnes goyang sikit, pakat teriak tak tentu arah dah.

Abdul Rahman bin Auf r.a berasa sangat lega, sebab tahu akan bakal masuk surga dulu.
Ye lah, sebab sudah miskin.

Namun.. Subhanallah..perancangan Allah itu memang paling terbaik.
Tiba-tiba, datang utusan dari Yaman membawa berita, Raja Yaman mencari kurma busuk.

Rupa-rupanya, di Yaman sedang berjangkit wabak penyakit menular, dan ubat yang boleh menyembuhkannya adalah KURMA BUSUK!

Utusan Raja Yaman berniat memborong semua kurma Abdul Rahman bin Auf r.a dengan harga 10 kali ganda harga kurma biasa.

Allahuakbar..

Jadi..yang beri rezeki itu datangnya dari kurma yang bagus atau kurma yang busuk?

ALLAH swt lah yang Memberi Rezeki.

Ibrah dari kisah ini sangat special buat saya sebab ia buat saya sangat YAKIN bahawa rezeki itu totally dari Allah. Bukan sebab bisnes kita itu sudah cukup bagus atau produk kita yang terbaik yang akan beri kita sales yang banyak.

Kadang-kadang, KEYAKINAN dalam hati kita itu yang belum cukup kuat dan bulat...

We plan,
but Allah has also planned everything for us.
If something goes wrong, it went wrong for a good reason.

Semoga kisah ini dapat menyuntik kembali semangat dalam diri sahabat yang sedang diuji perniagaannya..❤

Copy n Paste....

Neraka

*FB Ainizal Abdul Latif*
_13 Mac 2016_

*Menu Paling Dasyat.*
=================

Minggu lepas, seharian tekak saya kembang ketika mahu makan. Kepala masih lagi membayangkan menu dasyat yang tidak pernah terjangkau di fikiran.

" Adoi, kenapa masih teringat-ingat ni.." rungut saya ketika mulut mahu menyuap makanan.

Hebat benar penangan dari penerangan *ustaz Baharuddin Ayudin* sewaktu kelas tadabbur di *#SematQuran* minggu  yang lalu.

"Bagaimana keadaan nanah pekat yang bercampur darah dan lendir dari badan manusia?"

Masing-masing berkerut muka. Ada yang palingkan muka ke bawah , ke belakang dan seolahnya mahu termuntah.

Ustaz menyambung..

"Itulah 'dessert' untuk ahli neraka!"

"Jika, di dunia kita ada menu makanan yang lengkap, begitulah menu kita di dalam neraka. Ada makanan, siap  dengan minuman dan 'dessert'."

Gulpp! Allahuakbar! Kami terkedu.

"Bagaimana Allah terangkan keadaan 'dessert' itu?" Tanya ustaz,

*Ibrahim : 16* - _Di belakangnya disediakan neraka Jahannam, dan ia akan diberi minum dari air danur ( nanah bercampur darah yang keluar dari tubuh ahli neraka)._

*Ibrahim : 17* - _Ia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya (kerana busuknya), dan ia didatangi (penderitaan) maut dari segala arah, sedang ia tidak pula mati (supaya terlepas dari azab seksa itu); dan selain dari itu, ada lagi azab seksa yang lebih berat._

" Mari kita lihat makanannya pula" sambung ustaz,

*Al-Ghashiyah : 6* - _Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,_

*Al-Ghashiyah : 7* - _Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun._

*As-Saffat : 63* - _Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat)._

*As-Saffat : 64* - _Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar (kerak) neraka yang marak menjulang;_

Saya membayangkan, secara teorinya buah yang subur dan sedap itu pasti lah terhasil daripada tanah subur. Namun, jika buah buah zaqqum itu terhasil dari kerak neraka, bagaimana keadaan buahnya?

Seperti boleh membaca fikiran saya ketika itu tiba-tiba ustaz kembali bertanya,

" Tahu tak bagaimana keadaan buah zaqqum itu?"

*As-Saffat : 65* - _Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan;_

*As-Saffat : 66* - _Maka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi perut darinya._

Astaghfirullah. Seperti kepala syaitan!

"Akhir sekali, mari kita lihat apakah minuman yang dihidang untuk mereka pula"

*Al-Kahf : 29* - _....dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu...._

*Al- Waqiah : 54* - _Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,_

*Al-Waqiah : 55* - _Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas._

"Cukup lengkaplah menu makanan, minuman, dan 'dessert' yang sangat dasyat disediakan oleh Allah untuk ahli neraka. Dan lebih menyedihkan, ahli neraka tetap memakan dan meminumnya berulang-ulang selama mana ia disana walau azab untuk menelannya, sehingga tercabut nyawa"

Kadangkala ancaman seperti ini perlu di hadam oleh kita, supaya hati-hati yang keras ini dapat dilembutkan semula. Benarlah, cukuplah kematian sebagai peritangan. Namun, kita leka dan tidak sedar. _Astaghfirullah._
😭

Ahad, 12 Mac 2017

Peribahasa

*Kesilapan Simpulan Bahasa Yang Ramai Tidak Sedari*

_Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi._

1. *HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI*

Pembetulan : _HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI_

Keterangan :
Tahukah anda tiada Pagar Makan Padi tetapi Pegar yang makan Padi, kesalahan yang didapati dari perkataan rumi diambil daripada jawi. Kesalahan kita sendiri. Tidak masuk akal jika pagar yang memakan padi, betul tak?

Perlu di ingat dari dulu sampai sekarang mana ada pesawah pagarkan bendang mereka baik di Malaysia, Indonesia, China, India, Turkey, Jepun mahu pun Indo China, Thailand atau Myanmar.

Pegar adalah sejenis burung yang digunakan untuk menghalau burung lain.
 
2. *MELEPASKAN BATUK DI TANGGA*

Pembetulan : _MELEPASKAN BATOK DI TANGGA_

Keterangan :
Adalah tidak masuk akal jika Batuk iaitu ‘cough’ dilepaskan di tangga. Apa signifikasinya dengan maksud simpulan bahasa itu sendiri? Jadi sebenarnya adalah Batok.

Batok sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu
dekat tempayan. Orang dahulu jarang yang berkasut. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan untuk membasuh kaki.

“Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tidak tinggalkan macam tu sahaja dekat tangga selepas digunakan. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.

3. *MATA KERANJANG*

Pembetulan : _MATA KE RANJANG_

Keterangan :
Menurut buku “Bahasa menunjukkan bangsa ” hasil karya Alif Danya Musyi, seorang penulis daripada Indonesia menyatakan bukan Mata Keranjang tetapi "MATA KE RANJANG" pisahkan "ke" dengan "ranjang" yang membawa maksud seseorang lelaki yang melihat perempuan sehingga mahu ke ranjang atau seks.

4. *MERAH PADAM*

Pembetulan : _MERAH PADMA_

Keterangan :
Sebenarnya bukan merah padam tetapi MERAH PADMA iaitu sejenis bunga teratai yang berwarna merah kemerahan (nama lain kepada “Teratai Merah”).

Kiranya kalau kita malu muka kita jadi merah seperti merah bunga Padma jika kita malu kepada si Jejaka/Gadis.

5. *MENJOLOK MATA*

Pembetulan : _MENCOLOK MATA_

Keterangan :
Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati atau memberi malu. (Kamus Dewan)

Menjolok mata pula bermakna menusuk sesuatu dengan galah dan lain-lain, menusuk ke dalam lubang dan lain-lain. (Kamus Dewan)

6. *SALING TAK TUMPAH*

Pembetulan : _SALIN TAK TUMPAH_

Keterangan :
SALIN TAK TUMPAH bermaksud dua orang yang serupa benar. (Kamus dewan edisi ke4)

Jadi bersesuaianlah perkataan SALIN berbanding perkataan SALING maksud kata yang menunjukkan perbuatan dilakukan oleh dua pihak secara berbalas-balasan.

Jumaat, 10 Mac 2017

Suami tua

*ISTERI KERAP MEMARAHI SUAMI MEMPERCEPATKAN PENUAAN SUAMI*

Al-kisah, Imam Asy-Syafi'i adalah generasi tabi'it tabi'in atau generasi kedua setelah generasi sahabat Rasulullah SAW.

Imam Asy-Syafi'i terkenal sebagai ulama' mujtahid fiqh. Suatu ketika beliau sedang berijtihad, beliau menghadapi masalah utk menentukan ukuran 1 sho' = 4 mud, kerana waktu itu ukuran 1 mud bersamaan dgn 1 cakupan kedua telapak tangan. Ini dirasakan tidak adil kerana cakupan tangan orang yg besar ukuran mud menjadi banyak, sedangkan orang yg cakupan tangannya kecil maka ukuran mud menjadi sedikit.

Kemudian Imam Asy-Syafi'i berinisiatif pergi ke kota Madinah utk bertemu dgn orang yg paling tua, kerana mungkin orang yg paling tua di sana pernah bertemu (semasa hidupnya) dgn Rasulullah SAW.

Setelah menemui seorang tua, Imam Asy-Syafi'i bertanya, "Pak Cik berumur berapa tahun?

Pak Cik menjawab, "Umurku 75 tahun."

Imam Asy-Syafi'i bertanya lagi, "Adakah Pak Cik pernah bertemu dgn Rasulullah?"

Pak Cik menjawab, "Oh tidak, cuba kamu bertanya kpd bapaku."

Imam Asy-Syafi'i pun menemui bapanya kemudian bertanya, "Umur Pak Cik berapa tahun?"

Bapa Pak Cik itu menjawab, "Umurku 100 tahun."

Lalu Imam Asy-Syafi'i bertanya lagi, "Adakah Pak Cik pernah bertemu dgn Rasulullah?"

Bapa Pak Cik itu menjawab,

"Oh tidak, cuba kamu bertanya kpd bapaku."

Lalu Imam Asy-Syafi'i menemui seorang tua dan beliau bertanya, "Umur datuk berapa tahun?"

Datuk itu menjawab, "Umurku 125 tahun."

Imam Asy-Syafi'i terus bertanya, "Adakah datuk pernah bertemu dgn Rasulullah?"

Datuk itu menjawab, "Ya, aku pernah bertemu dgn Rasulullah SAW."

Singkatan cerita, akhirnya Imam Asy-Syafi'i dapat menyelesaikan masalah ukuran 1 mud sesuai dgn ukuran Rasulullah selepas mendapatkan penjelasan orang tua itu sebagaimana yg kita fahami sekarang.

Drp pengembaraan menemui 3 orang tua itu (anak, bapa dan datuk) ada sesuatu yg mengagumkan. Akhirnya Imam Asy-Syafi'i memberanikan diri bertanya kpd orang tua yg pernah bertemu dgn Rasulullah SAW, "Maaf datuk, kenapa datuk nampak lebih muda dan cergas drp anak datuk dan kenapa anak datuk nampak lebih muda dan cergas drp cucu datuk?"

Orang tua itu dgn tersenyum menjawab, "Cucuku itu selalu dimarahi oleh isterinya, anakku terkadang dimarahi oleh isterinya, sedangkan aku tidak pernah dimarahi oleh isteriku."

Ternyata, isteri menjadi punca mempercepatkan penuaan suami, bahkan mempercepatkan kematian suaminya. Sebaliknya isteri yg bersifat lemah lembut membuatkan suami awet muda dan memanjangkan usia suami. Subhanallah..

اللَّهُمَّ إنِّي أّعُوذُ بِكَ من زَوْجٍ تُشَيِّبُنِي قَبْلَ المَشِيبِ

"Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung drp-Mu drp pasangan yg menjadikanku tua (beruban) sebelum waktunya."