Khamis, 27 Julai 2017

Asnaf

*COPY DARI GP SEBELAH*
~ Masjid nilai berjuta sedang asnaf di depan mata ~

Bismillahirrahmanirrahim...
Pertama sekali, tulisan aku kali ini tidak ditujukan kepada mana-mana masjid secara khusus. Ini ialah pandangan umum aku sebagai seorang makmum dan manusia.

Sepanjang Ramadhan lepas, aku ziarah lebih 30 keluarga asnaf. Keluarga yang benar-benar hidup dalam kesempitan. Hal ini membuka mata aku untuk menulis dan memberi cadangan. Satu cadangan yang pernah aku utarakan tapi dipandang sepi suatu ketika dulu.

Kali ini, aku menulis lagi. Utarakan semula cadangan dan pandangan aku, moga-moga ada yang mempertimbangkannya.

Masjid kita punya dana. Sesetengahnya punya dana yang sangat besar sehingga lebih 20k sebulan hasil derma orang ramai. Setiap Jumaat, masjid yang besar-besar perolehi jumlah kutipan derma mencecah ribuan ringgit.

Aku cadangkan, sisih 10% sebulan dari derma orang ramai untuk beli makanan asas. Beras, sardin, susu budak, gula dan pampers. Mana-mana penduduk setempat yang kesempitan duit untuk beli makanan asas, boleh ambil di masjid.

Jangan rumitkan prosedur. Jangan tengok gaji dan kerja. Bagi saja. Miskin di bandar ni lain macam dugaannya. Kadang kita tengok orang tu pakai kereta, duduk rumah sewa, kita sangka dia ada duit. Sedangkan beras di dapur telah lama habis. Maka peninglah ketua keluarga memikirkan dengan siapa pula perlu dipinjam. Sedang hutang sudah keliling pinggang.

Orang yang terdesak ni, takkan sesekali tamak. Dia akan ambil cukup-cukup untuk kegunaan keluarganya sahaja. Kalau bulan depan dia 'lega' dia tak berbaris untuk ambil bekalan dari masjid lagi. Percayalah!

Malahan, jika dilaksanakan, perasaan malu pasti menusuk kalbu. Yang jarang-jarang ke masjid, mula mendekati masjid kerana rasa malu itu. Kan indah cara dakwah macam ni. Bukan dengan sindiran sinis sehingga orang menjauhi masjid.

Masjid kita, sesetengahnya dana sampai tak tahu nak buat apa. Maka ditukar pagar baru, di'upgrade' tandas-tandas, ditukar karpet baru, di upah penceramah luar yang bayarannya hingga beribu. Sedang asnaf, rumahnya hanya di depan pagar masjid. Telan air liur tengok masjid elok ditukar cat baru. Sedangkan beras secupak di dapur pun hutang dengan kedai runcit.

Tidakkah AJK masjid membuka mata? Perkara ini cukup mudah, tapi memberi manfaat kepada ramai orang.

Mengapa kita tidak mencontohi gereja? Begitu mudah menyalur bantuan tanpa mengira bangsa dan agama. Hanya tinggalkan nama dan no phone sahaja. Ambillah duit dalam kotak itu berapa yang diperlukan. Tidak ditanya kerja, tidak ditanya mengapa. Esoknya pihak gereja call pula, tanya tentang kehidupan. Masih sempit atau sudah lega. Kalau sempit dijemput ke gereja ambil dana lagi. Mudah kan? Jangan pelik lagi kalau ada yang murtad. Itu salah satu punca.

Melainkan dana masjid itu cukup-cukup untuk bayar bil api dan air sahaja. Itu lain cerita, ini kisah masjid yang kaya raya.

Sungguh. Aku cukup kecewa. Sangat kecewa sebenarnya melihat masjid yang gah-gah, tapi asnaf di depan mata. Rela membayar upah penceramah ternama sedang ahli kariah berlapar dahaga.

Mungkin ada ajk masjid dalam friendlist aku. Mohon panjangkan cadangan aku ini. Kalau setiap kampung buat begini, alangkah bagusnya. Si fakir rasa dipeduli, masjid makin didekati.

Sila viralkan hingga sampai ke AJK Masjid/Surau, Pegawai Majlis Agama Negeri dan JAKIM.

Ahad, 23 Julai 2017

Guru ikhlas

" Mak, cikgu minta seringgit. Cikgu nak buat fotostat soalan latih tubi."

" Cikgu kamu ni pun, setiap minggu minta seringgit. Kedekut betul cikgu kamu ni. Setakat seringgit pun minta dengan anak murid lagi.

Sedekah je lah. Sekelas baru 30 orang. Baru RM30. Macam inilah guru zaman sekarang. Bukan macam guru dulu-dulu yang ikhlas mengajar. Guru sekarang semua mata duitan. Tak ikhlas langsung.

Cakap kat cikgu kamu, belajar ikhlaskan niat. Jangan nak jadi mata duitan sangat. Bersedekahlah pada murid-murid," bebel Mak Semah sambil mengambil duit RM1 yang diselit dicelah baju dalam.

Dan si anak, penuh jujur menyampaikan pesan ibu pada guru mulianya. Si guru menarik nafas panjang. Ingin sahaja dipulangkan paku buah keras, tapi dia masih sedar dia merupakan guru.

Dia merenung kembali kehidupan dan perjalanan dia sebagai seorang guru sehari-hari. Dia mengajar 5 kelas yang bakal menduduki peperiksaan. Setiap kelas punya 35 orang murid. 5 kelas bermaksud 175 orang murid.

Saban minggu dia perlu fotostat sejumlah latihan yang bernilai RM1 untuk setiap murid. Kadang jumlah itu lebih dari itu, tapi dia diamkan sahaja. Yang lebih itu anggaplah sedekah.

Tapi kalau nak sedekah untuk 5 kelas, dah RM175 seminggu. Kalau sebulan dah RM700. Lepas dah bayar ansuran Myvi dan bil api air tu.

Malah, setiap hari dia bawa pensel, pemadam dan pembaris tambahan. Untuk diberi pada murid yang selalu sangat hilang semua alat tulis itu. Belum dikira hadiah yang diberi setiap kali murid berjaya menjawab dengan betul.

Dia tak kira semua itu. Semua itu dibeli dengan duit poketnya. Bukan boleh claim walau seringgit. Tak pernah dia berkira, tidak pernah dia merungut derita.

Tapi hari ini, seorang anak didik yang dikasihi datang membawa pesan ibu yang mengguris hati.

Seolah semua tunjuk ajarnya selama ini tidak bererti. Seolah semuanya itu demi duniawi. Seolah dia seorang guru yang langsung tak punya ikhlas dihati.

Setelah bertenang, dia menjawab kepada muridnya,

" Awak pulang nanti, bagitahu emak awak macam ini;

Hari ini, abang TNB datang rumah cikgu membawa resit bil bulanan. Tapi dia tak serahkan pada cikgu, sebaliknya dia berkata,

" Cikgu merupakan guru paling ikhlas di dunia. Maka cikgu tak perlu membayar bil elektrik seumur hidup."

Kemudian datang pula abang Syabas membawa resit bil air, pun begitu katanya pada cikgu.

Yang paling cikgu terkejut, bila cikgu pergi bank untuk bayar ansuran kereta Myvi cikgu, pegawai bank itu berkata,

" Cikgu tak perlu membayar ansuran kereta lagi seumur hidup. Ini kerana semuanya telah dibayar dengan keikhlasan cikgu. Pergilah pilih kereta baru pula, jangan risau, cikgu tak perlu bayar apa-apa."

Hal ini juga berlaku di pasaraya, kedai makan dan segala tempat yang cikgu kunjungi."

Si anak murid mengangguk-angguk kepala tanda faham. Dan cikgu itu tersenyum sahaja melihat gelagat muridnya. Dia berharap, mesejnya itu sampailah kepada si ibu ini.

Mesej yang mudah dan jelas. Kan?

Yang faham tu, fahamlah. Yang tak faham-faham juga, tak perlu susah hati. Pergi kedai beli guli dan main kat tanah. Mainlah dengan gembira, ok

- Ikhlas itu dinilai Allah taala, bukan manusia.

Tunai haji

Berkongsi Tips buat Sahabat2 & Sdramara yg bakal mengerjakan Haji....

*Sajer nak Kongsi Tips haji:*

 *1.* Bawak berus & sabun cap buruh untuk basuh bju dll. Sebab dia tahan kena air. Sabun serbuk di sana kuat boleh reput kain. Di hotel ada servis dobi kena bayar.

*2.* Bawak extension cord. Banyak jasanya berkongsi dgn kawan sebilik untuk caj telefon.
Banyak jasanya nanti di Mina. Bawak juga Internasional adapter.

*3.* Bawak tali ampai. Buat gantung baju dlm bilik. Keringkan baju di bumbung hotel. Ada juga buat ampaian di tangga.

*4.* Bawak ubat panadol dll Banyak gunanya untuk diri sendiri dan kawan2. Terutama di kem Mina.

*5.* Bawak quran kecik yg sendiri punya.Senang nak baca di mana2. Niat nak khatam di Mekah.
Baru ada nostalgia... best.

*6.* Makanan di sana tak pedas..banyak guna sos tomato. Bawa cili sos..kicap...serunding daging, sambal dah siap dibotolkan dll.

*7.* Masa ke Muzdalifah bawa sudu..untuk korek tanah cari batu kecil (untuk melontar)..jangan cari di Mina. Ada yg cari di Mina tapi sukar sebab ramai orang. Kumpul batu bagi lebih sikit masuk siap2 dlm uncang  Lampu suluh kecil jgn lupa. Siap melontar batu lebih dibuang. Haram bawa balik.

*8.* Di dlm Masjidil Haram tidak boleh duduk dekat suami isteri waktu solat..Polis dan pegawai masjid akan arah isteri ke saf lain...jadi jika takut terpisah bila isteri di suruh ke saf lain..janji dgn isteri di luar masjid di satu tempat yg dijanjikan(pilih satu mercu tanda). Jika nak iktikaf bukan waktu solat boleh bersama suami isteri. Elok pi dlm kumpulan rakan sebilik. Jika terpisahpun tak risau.

*9.* Ingat mercu tanda dan bangunan masa ke masjid dll supaya tak sesat. Jika ada telefon lagi baik. Senang nak hubungi.

*10.* Pilih rangkaian telefon yg senang nak top up...spt Zain, Mobile. STC susah sikit. Biasanya TH akan bagi simkad Mobile..kena top up. Jika top up 100Riyal boleh guna Whatsapp untuk whatsapp ahli keluarga.

*11.* Di hotel ada perkhidmatan tel guna kad iTalk lagi jimat jika nak call keluarga di Malaysia. Jika pandai guna line internet hotel buat panggilan video dll.

*12.* Di hotel ada klinik dan perkhidmatan keluar duit TH..boleh keluar duit hari2 yg mampu nak Shooping. Kalau lebih boleh simpan balik.

*13.* Masa Taklimat sebelum flight ada kaunter utk tukar duit Saudi Riyal di TH untuk
duit poket.

*14.* Bila ke masjid pakat kawan2 sebilik siapa gilir2 boleh ambil nasi makanan tgh dan mlm ikut bilangan kawan2 sebilik. Ambil letak di bilik.

*15.* Tok Arab di sana ramai pandai cakap melayu tak perlu risau jika nak beli apa2....jgn takut minta tawar

*16.* Patuh pada arahan TH. Masa pi melontar jangan ikut jalan lain atau turun tangga. Nanti sesat.

*17.* Jika nak beli Al Quran untuk wakaf di Masjid pastikan yg ada tali kuning dicetak di Madinah. Jangan beli yang tali biru..hijau. Jika diletak di masjid akan diambil oleh pekerja masjid. Hanya Al Quran cetakan Madinah dibenarkn diletak didlm masjid.

*18.* Sebelum pergi kena banyak buat solat hajat..solat sunat taubat dll...minta juga dipermudahkan segala urusan. Mudah2an dimaqbulkan.

*Selamat berangkat..... semoga dipermudahkan... mendapat Umrah dan Haji Mabrur...Aamiin*.

Last sekali:

Bila nak guna bilik Barakah jgn rebut2 ye. Jgn malu2.Tanya sapa yg simpan kunci.... he he he

 Cp gp lain..mungkin bermanafaat.

Rm2

Seorang ibu diekori 3 orang anaknya dilihat berjalan menuju ke kedai serbaneka RM2. Sebaik sampai dihadapan kedai, ibu itu berhenti lalu dengan tegas berkata pada anak-anaknya,

" Setiap orang hanya boleh ambil satu sahaja barang kat kedai ini. Tak boleh lebih. Siapa ambil lebih, mama tinggal dia kat kedai ini. Lain kali mama tak bawa dah dia jalan-jalan!"

Tegas si ibu memberi amaran. Bagai ibu tiri pula. Anak-anak mengangguk tanda faham. Orang ramai yang lalu-lalang hanya tersenyum kecil.

Mereka pun tahu, kat kedai RM2 itu godaannya terlalu besar buat anak-anak. Eh jap, bukan buat anak-anak sahaja, malah buat mak mak juga.

Semua barang dirasakan murah yang amat. Yelah, RM2 sahaja. Jadi semua barang dia nak beli. Bila bayar, beratus-ratus rupanya. 😅

Si anak bertiga itu patuh. Setiap seorang hanya pegang satu barang. Adik yang kecil beli mainan. Si abang ngah, beli set papan tulis bersama marker mini, yang sulung pula beli set alat tulis.

Mama?

Berbondong-bondong membawa barang. Bagai askar pulang dari medan perang membawa harta rampasan perang. Nasib baik semua barang itu ringan-ringan. Kalau tidak, terpaksa upah bangla agaknya untuk angkat semua itu.

Ada pasu bunga, ada alas meja, ada replika daun, replika binatang, ada bunga hiasan, ada jam dinding, ada 10 spek mata budak-budak, ada bertimbun alat tulis, ada berpeket-peket gula-gula, ada 'double tape',ada alas kaki, ada botol air, cawan, ada macam-macamlah.

Maka seronoklah anak bertiga itu. Mama mereka melarang mereka ambil lebih dari satu barang, rupanya mama mereka beli berpuluh-puluh barang.

Sebaik sampai di rumah, si abang berkata,

" Mama, pasanglah alas kaki baru tu."

" Tak boleh! Itu untuk kelas mama."

" Mama, abang ngah nak pembaris dan pemadam banyak-banyak yang mama beli tu boleh?"

" Tak boleh! Itu untuk murid mama yang selalu tak bawa dan hilang alat tulis."

Tiba-tiba si adik mengambil spek mata lalu memakainya dan bergaya di depan cermin.

" Adik! Jangan main spek hitam tu. Itu mama beli untuk murid mama buat persembahan sempena Sambutan Bulan Merdeka nanti,"   tegas dan bengkeng sekali mama bersuara.

" Jadi mama beli banyak-banyak tu semuanya untuk kelas mama dan murid mama? Untuk papa tak ada satu benda pun mama beli?

Sampai hati mama lebihkan kelas dan murid sendiri melebihi suami,"  si suami bertanya dengan nada sedih.

Sebenarnya dia cuma mengusik sahaja. Dia dah kenal benar dah perangai isteri yang dikahwini 13 tahun dulu. Rela berhabisan demi sekolah, kelas dan anak-anak didik tercinta.

" Untuk abang ada. Saya belikan cermin kecil. Senang abang bawa ke mana-mana dan cermin diri tu bila terasa gatal nak mengorat perempuan lain," sinis balas si isteri.

" Hahahaha," gelak besar si suami mendengar jawapan isterinya.

Tapi benarlah, kalau ternampak sesiapa yang keluar dari kedai serbaneka atau alat tulis dengan barang berbondong-bondong, kemungkinan besar itu merupakan seorang guru.

Ya, kemungkinan besar itu seorang guru.

Dan kebanyakan dari barangan itu untuk sekolah, kelas atau muridnya.

Dan hari ini, masyarakat terus-menerus menyalahkan guru atas apa jua isu pendidikan.

Senyum sahajalah cikgu. Senyum sahajalah. Kita tidak mampu nak puaskan hati semua orang. Kita tidak mampu menghalang netizen dari menulis pendapat dan pandangan mereka.

Cuma agaknya, bagaimana dan siapa yang mengajar mereka untuk menulis baca itu?

Ya, tulisan kecaman, sindiran dan makian yang mereka tulis itu; agaknya siapa yang ajar ya?

Mungkin bila lahir mereka terus pandai. Ya, kemungkinan itu ada. Bersangka baik-lah. 😌


- Kisah di kedai RM2.

Report card

I came home from work.
Was tired. Sat down on the sofa. Put my feet up.

Wife brought me a glass of water. Son gave me a sheet of paper 📄

English.    17 /100
BM.        35/100
Maths.      40 /100
Physics     37/100
Chemistry 42/100

I lost my temper
😤😤😤😡😡😡

"What is this?
All the time on phone and TV.
How dare you show me such marks?"
😡😡😡

Wife said: "Be patient. Listen...."

I told her:
"Shut up. It's your love and pampering that has spoilt him. He is no good."

Wife said: "Oh. Really?"

I said:
"No one in our family has performed so badly ever."

Son said:
"Dad. I was cleaning the old cupboard and I found this."
 "This is your old school report card."

😂😂😂

Petua daging halal

Bila suruh gunapakai PETUA , dikatakan kolot .
Bila Daging Kambing bercampur Daging Babi , baru nak kecoh .

Ni Abam nak bagi petua Arwah Pak Ngah Abam , seorang Imam Masjid Kariah sewaktu hayatnya .

Petua nak tahu samada Daging , apa saja jenis Binatang itu Sah Cara sembelihan atau tercampur Daging Binatang Haram ie Babi dan Anjing -

Ambil Daging tersebut dan rendam dalam air , Bismillah serta Niat nak tahu .
Jika Daging tersebut tenggelam , maka Halal .
Jika Daging tersebut timbul terapung , maka perlulah was² .

* sila share utk pengetahuan

Sabtu, 22 Julai 2017

Bersara awal

✨k.nor✨:
Safiya@Rozita Abdul Rashid:
TAJUK: PERSARAAN PILIHAN

Soalan Penjawat Awam (Bakal Pesara):

Nama saya Julia Jamali, Saya berumur 45 tahun dan telah berkhidmat selama 18 tahun (dilantik pada 1 Oktober 1999) sebagai Penolong Pegawai Tadbir di Jabatan Kajicuaca. Saya telah memilih skim pencen dan memilih opsyen umur persaraan 60 tahun.

Jika saya ingin bersara pada 1 Disember 2017, bagaimanakah cara untuk saya memohonnya? Apakah faedah-faedah persaraan yang akan saya terima? Betulkah pencen bulanan saya hanya akan dibayar pada umur saya 60 tahun?

Jawapan:

Puan Julia, mengikut Seksyen 12, Akta Pencen 1980 :

Syarat-syarat memohon persaraan pilihan:
- berumur sekurang-kurangnya 40 tahun pada tarikh  kuatkuasa persaraan pilihan;
- berkhidmat sekurang-kurangnya selama 10 tahun dalam perkhidmatan yang boleh diambilkira (tanpa sebarang cuti tanpa gaji, cuti berlebihan atau tempoh yang tidak layak); dan
- mendapat sokongan Ketua Jabatan

Cara memohon?
- hantar surat permohonan kepada Ketua Jabatan
- Permohonan dihantar ke JPA/KWAP melalui perakuan dan sokongan Ketua Jabatan
- Dokumen yang lengkap perlu dikemukakan ke JPA/KWAP dalam tempoh tidak kurang dari 3 bulan daripada tarikh persaraan pilihan (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 tahun 2003)

Faedah-faedah yang bakal diterima setelah diluluskan persaraan pilihan?
1. Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)
    Formula perkiraan
    1/30 x GCR x Gaji (gaji pokok termasuk imbuhan tetap)

2. Ganjaran perkhidmatan (gratuity)
    Formula perkiraan
    7.5% x tempoh perkhidmatan dalam bulan x gaji pokok akhir

Pencen bulanan bila akan dibayar?

- ianya bergantung kepada tarikh lantikan anda

- sekiranya anda dilantik sebelum 12 April 1991, jika anda ingin bersara pilihan, maka pencen bulanan akan mula dibayar

a) pada umur 45 tahun bagi semua anggota/pegawai wanita, anggota polis berpangkat rendah daripada ASP (Inspektor ke bawah), anggota bomba berpangkat rendah, pegawai penjara (bawah dari pangkat penguasa penjara) jururawat lelaki yang bertugas di hospital mental Kerajaan; dan

b) pada umur 50 tahun bagi semua anggota / pegawai lelaki selain jawatan di atas (a).

- sekiranya anda dilantik selepas 12 April 1991, sekiranya anda ingin bersara pilihan, pencen akan mula dibayar kepada anda apabila anda mencapai umur 55 tahun, walaupun opsyen umur persaraan wajib anda adalah pada 60 tahun, anda tetap akan menerima pada umur 55 tahun dan tidak sebelum umur itu.Ini bagi menjawab soalan ke 3 puan di atas. Peraturan ini adalah sepertimana pindaan yang telah dibuat pada tahun 2011 dan masih berkuatkuasa sehingga ke hari ini.

** tiada sebarang konsep persaraan pilihan bagi penjawat awam yang memilih skim KWSP. Anda dikira meletakkan jawatan dan anda hanya layak menuntut caruman majikan dan caruman pekerja/anggota sahaja, tiada sebarang faedah persaraan dan perubatan akan diberikan kepada anda sekeluarga

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

 👆🏻utk yg bercadang nak bersara awal