Isnin, 18 September 2017

Iktibar

Tenggelamnya Bahtera Bangsa
==========================

Oleh Cikgu Asmadi Abdul Samad

Paparan masa pada google maps menunjukkan kelewatan selama 30 minit untuk jarak sejauh 1KM.

Kenderaan masih berpusu-pusu masuk ke Jalan Datok Keramat Hujung. Mungkin mereka juga seperti kami suami isteri ingin melihat sendiri kawasan berlakunya tragedi menyayat hati tempoh hari.

Suasana semakin sesak apabila kenderaan semakin menghampiri kawasan Pusat Tahfiz Darul Quran. Dari jarak 100 meter kami sudah boleh melihat bangunan Pusat Tahfiz yang terbakar. Serentak dengan itu rasa sayu dan pilu menyelinap masuk ke dalam hati mengenangkan apa yang dilalui oleh anak-anak di sini.

Dalam kenderaan yang bergerak perlahan itu kami tidak putus-putus bersembang mengenai apa yang berlaku. Perihal kondisi rumah-rumah di kawasan ini yang berhimpit antara satu sama lain, jalan yang sempit dan berbukit-bukit pada kami mungkin menyukarkan usaha menyelamat sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

Tertanya-tanya juga apa puncanya yang menyebabkan anak-anak di pusat tahfiz ini dikhianati sebegini.

Kalau diikutkan, pusat-pusat pendidikan tahfiz sebegini amatlah dipandang tinggi oleh masyarakat. Mereka berusaha memelihara Al-Quran dan melahirkan golongan alim ulama yang akhirnya membimbing masyarakat. Dan tak kurang juga waktu ini pusat-pusat tahfiz telah mampu melahirkan golongan profesional huffaz yang menjadi contoh kepada masyarakat.

Namun akhirnya kelompok yang dipandang tinggi dengan nilai kebaikan dan dipelihara dari segenap segi ini juga tidak terlepas dari menerima akibat dari kepincangan sosial yang berlaku. Ia mengingatkan kepada kami tentang satu perumpamaan yang disebut oleh Nabi Saw dalam satu hadis,

"Perumpamaan orang yang berpegang dengan hukum-hukum Allah dan yang melanggarnya itu bagaikan kaum yang sama-sama menaiki kapal, sebahagian ada yang di atas dan sebahagian ada yang di bawah, orang-orang yang berada di bawah apabila ingin mengambil air mereka mesti melalui orang-orang yang berada di atas, lalu orang-orang yang di bawah itu berkata,  Seandainya kita lubangi (kapal ini) untuk memenuhi keperluan kita maka kita tidak akan mengganggu orang-orang yang ada di atas kita!  Maka jika orang-orang yang di atas itu membiarkan kemahuan mereka yang di bawah, akan tenggelamlah semuanya, dan jika mereka menahan tangan orang-orang, yang di bawah, maka akan selamat, dan selamatlah semuanya.  (HR. Bukhari)."

Sahabat-sahabat yang saya muliakan,
Bagi kami, tragedi ini adalah contoh realistik kepada penterjemahan hadis yang disebutkan di atas. Kepincangan yang sedang berlaku dalam struktur sosial kita hari ini akhirnya memberi kesan kepada semua yang berada di dalam lingkungannya tidak kira sehebat mana seseorang atau sesebuah institusi itu dipelihara.

Kita hidup di bahtera yang sama. Kita mungkin kelompok orang yang berada di bahagian atas bahtera. Kita terlupa untuk menjenguk, melihat dan mengambil berat kelompok -kelompok yang menghuni di bahagian bawah bahtera.

Kita hidup dalm bahtera yang sama. Kita pandai tetapi kita membiarkan kelompok di bawah terus berada dalam kebodohan. Kita bahagia dengan kebaikan yang kita lakukan hingga kita lupa mencegah keburukan yang mereka kerjakan.

Kita hidup dalam bahtera yang sama. Namun kita tidak mampu menegur anak-anak yang sedang merosakkan diri sendiri, tidak mampu mendekati anak-anak nakal yang kadang-kala menjadi mangsa kepincangan keluarga apatah lagi membimbing anak-anak yang tergelincir dalam memilih jalan hidupnya.

Perlahan kami meninggalkan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, membawa bersama teguran dari Allah swt yang amat dalam. Amal kebaikan dalam mengajak manusia ke arah kebaikan harus dirancakkan sekaligus usaha-usaha menyelematkan anak-anak pewaris masa depan kita ini mesti digerakkan.

Beraksilah kita dalam apa jua platform, wasilah , jemaah atau NGO, surau, masjid, persatuan penduduk atau berdasarkan hobi dan minat seperti kelab berbasikal, kompang, seni lakon atau seni mempertahankan diri, sepakatkan usaha menegakkan kebaikan, satukan usaha mencegah kemungkaran. Inilah yang harus kita mulakan dan budayakan.

Saya bimbang suatu hari nanti jika ibubapa sudah tidak mampu menegur si anak, para guru sudah dihalang dari menegur si murid, para ulama sudah dikunci mulut dan tangannya, maka persiapkan lahad buat bangsa ini kerana itu barangkali petanda bahawa bahtera umat ini akan tenggelam bersama semua yang berada di dalamnya.

Bobrok

On being a Photojournalist #20 - Catatan peribadi

Sepanjang saya bekerja di dalam bidang kewartawan, saya berpeluang berjumpa hampir semua lapisan masyarakat. Banyak juga yang saya belajar dari pengalaman tersebut.

Hari ini, saya tidak bercadang untuk menulis mengenai fotografi. Saya cuma ingin meluahkan isi hati. Kenapa di page fotografi? Kenapa bukan di wall peribadi?

Kerana pengalaman saya sebagai wartawan foto yang menjadikan pemikiran saya begini.

Terima kasih kerana menjadikan status FB personal saya `viral’ sehingga pagi ini. Tapi, kalau `viral’ je tanpa kita dapat fikirkan dan muhasabah diri dari kata-kata itu, tak guna juga…kan?
Status tersebut melambangkan kekecewaan saya pada yang terjadi di dalam masyarakat pada hari ini. Oleh kerana ramai yang kongsi, saya anggap ramai juga yang kecewa dan sependapat dengan saya.

Siapa itu MASYARAKAT?
Masyarakat itu, kita la. Setiap seorang dari kita adalah masyarakat. Kita berkumpul membentuk masyarakat. So, apa jadi dengan kita/masyarakat hari ini? HURU HARA..!!

KENAPA?
Kerana kita lari dari agama. Simple!
Agama? Bukan kita lari dari ISLAM ke? BUKAN..!! Kita lari dari agama….! Mana ada agama yg menggalakan penganutnya buat jahat bos..!! Jadi ini bukan isu ISLAM sahaja… cuma, saya sebagai umat Islam, saya gunapakai pendekatan Islam je la….tu pun tau sikit2.
Saya tak berani nak huraikan point saya secara Islamik kerana ilmu agama saya cetek.. takut nanti ada pula pakar2 yg bertanya `apa kelayakan awak?’…

Ada 2 tragedi baru-baru ini.
1: Pusat tahfiz dibakar dan ramai anak-anak terkorban.
2: Jenayah dilakukan oleh anak-anak bawah umur & dipercayai di bawah pengaruh dadah.

Salah siapa? Salah kita la sebagai masyarakat..!! Jangan Lari..!! Dari YDPA sampai la ke kita orang bawahan … semua bertanggungjawab. Kita memilih pendekatan hidup yang kurang tepat.

Contoh:
Sejak kebelakangan ini, saya banyak rasa kecewa dgn corak kepimpinan yang ada. PEMIMPIN? SIAPA?
Secara umumnya, saya kata `org besar’ la… ~`Org besar negara’ `org besar negeri’ `org besar politik’ `org besar agama’ `org besar korporat’….

Saya bertanya kpd sebilangan kawan-kawan saya,
1: Secara peribadi, kau suka kawan dgn org pandai atau org baik?
Jawapan: 90% jawab suka kawan dgn org baik.

2: Jika kita tubuh kumpulan, siapa kita nak lantik jadi ketua? Org pandai atau org baik?
Jawapan: 90% mahukan orang pandai.

Secara peribadi semua mau yang baik, tetapi bila kita bermasyarakat, pemikiran kita berubah kepada set pemikiran yg lain.

Ertikata lain, kita melebihkan ilmu berbanding akhlak. Baik je tapi bodoh buat apa? Baik tapi susah buat apa? Baik je tapi tak kaya buat apa? Jangan sentap ek?? Melihat dunia sekarang, kadang2 saya pun terfikir begitu…

Sedar atau tidak, itulah cara kita memilih pemimpin…. ORG PANDAI..! sampai lupa tentang pilihan peribadi kita iaitu AKHLAK.

“ Aku menghormati seseorang kerana adabnya, bukan kerana ilmunya. Sebab Iblis lagi berilmu dari manusia..tapi akhlak hanya dimiliki para Nabi” - Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani. (Ini copy & paste tau..!)

Mungkin sebab itu, kita kecewa dgn pemimpin kita kot….tapi, salah kita juga.

PEMIMPIN
Hari ini pemimpin kita, kalau menipu, selamba…!! Sekejap Derma, Sekejap duit parti, sekejap tak tau.. Sekejap org Bota, sekejap Ponorogo…!! macam2..
Tu tak kira yg tayang tetek pakai towel di khalayak ramai…. Video 3gp toksah cerita la…

Inilah teladan yg kita dapat dari kepimpinan hari ini. Hasilnya, `ala diorg makan lebih, apa salahnya aku makan sikit jugak.”… Makanya masyarakat menerima budaya WANG….!! biasa kan?

Ada juga agamawan kita yang taksub dengan kecerlangan akademik hingga lupa tugas mereka. Semua nak dapat title Dr PhD aka pakar..! Ada juga yg sehingga menempelak dgn kata2 `apa kelayakan awak?’ bila ada yg mempertikaikan hujah2 mereka.

Menteri2 moden ni lagi laa…. oleh kerana terlalu moden dan menghormati hak asasi manusia. maka ada juga yang ingin mencadangkan supaya `ibubapa yg merotan anak dianggap jenayah’….. siapa la yang cadangkan tu?
ada la dikalangan kita juga kan?

Menuju negara maju katanya…

Sapa laa yg pilih mereka ni? Salah siapa? Kita jugakkkk… yg penting nak PRU nanti dpt RM50 ngan kain batik…

SEKOLAH
Ni lagi satu hal, kebanyakan generasi ibubapa sekarang ni adalah Gen-X….. dulu guru-guru sekolah dipandang tinggi oleh ibubapa kita…. Inilah `Lilin yg membakar diri menerangi anak bangsa’….tapi tu dulu..!! Masa kita kecik2 dulu..
Guru sekarang?….mcm kerani pun ada, tak habis2 dengan kertas kerja, tugasan itu ini….
Fokus utk mengajar dah lari sebab tugasan2 lain..

Key-in data la, KBAT la, itu ini laa…. Cikgu penat, anak murid lagi la penat…. tak dibuat, kena menjawab pulak nanti.
Dapat murid zaman moden ni, (anak2 kita la) mcm2 perangai jugak. Dimarah tak boleh, dirotan, kena saman…
Buntu cikgu nak cuba mendisiplinkn anak kita & jadikan mereka manusia...

Keluar pula pekeliling KPM mengatakan sebarang PENDERAAN FIZIKAL & MENTAL TIDAK DIBENARKAN…
Bersoraklah cikgu..!! senang kerja aku…! Anak kau, pandai2 kau la…!

Kononnya nak ikut, negara maju…. Sweden la, Jepun la, Finland la…. Saya tak pernah sampai…tak tau pun module pendidikan di sana…tapi, bila tengok dokumentari, negara2 ni takde pulak KBAT sekolah rendah…
Kat negara Scandinavia, budak2 sekolah main je…exam pun takde… Kat jepun lagi la mental…. hari-hari budak2 kecik ni cuci tandas, sapu lantai, kutip sampah bagai….. kalau kita, berkoyan surat saman dah…..

Malaysia - KBAT: Hasil budak cerdik kononnya
Jepun - cuci toilet/ kerja sosial : Hasilnya….disiplin

Salah siapa? Siapa yg cadangkan? adala dikalangan kita cerdik pandai, moden, high class yg ada cable besar tu…

KITA / Masyarakat
Ada sapa2 pernah kena rotan sebab makcik jiran kita report kelakuan buruk kita? Saya pernah la jugak.
Dulu, masyarakat kita mementingkan semangat `kekitaan’… Anak aku, anak kau juga…. Baik utk kau, baik utk aku juga….

Sekarang zaman moden…. kita amalkan sikap `keakuan’… kau, kau, aku, aku… Jangan jaga tepi kain orang…
Jaga anak kau, anak aku aku tau la….

Ini sikap kita sekarang….tuailah hasilnya…. yang bakar tu bukan anak aku pun…apadehal..!!

Sebagai masyarakat, kita lupa kepentingan akhlak kerana kesibukan kita mengejar ilmu, pangkat, dunia. Berlaku jujur la dengan diri sendiri. Mungkin sudah sampai masanya kita berubah. Sama2la kita jaga satu sama lain.

Saya bukan penulis atau pakai motivasi, jadi faham2 je la kalau point dan bahasa tunggang langgang.

My point is….. Yg terkorban tu adalah anak2 kita,…..yang buat jenayah tu pun anak2 kita… Sampai bila kita nak menidakkan perkara ni? Ini masalah negara. Ini masalah masyarakat. Ini masalah kita. Kita adalah masyarakat, kita adalah negara. Kita bertanggungjawab mencoraknya.

Kepada pemimpin, agamawan, cerdik pandai….kami letakkan amanah kepada anda menjadi wakil kami supaya kami jadi lebih baik. Berlaku jujur la.

Kepada yang membaca, sama2 kita renungkan kembali perjalanan hidup kita. Sama-sama kita berubah untuk kebaikan.

Harap jangan sentap, harap jangan kecam. Ai hati tisu, hanya Saxxt tempat mengadu… hehe.
Take a chill pill please.

Ahad, 17 September 2017

Fitrah


Kalau dulu budak2 bergaduh bile ade yg nangis semua takut dan lari dan stop gaduh siap nyesal lg...
*Sekarang gaduh, buli, dendam sampai mati dan membunuh..!!!*

Kalau dlu budak2 nk hisap rokok menyorok dlm semak belukar takutnya org dewasa marah dan tegur...
*Sekarang hisap rokok kat food court atau stesen bas atau depan sekolah siap baju sekolah lagi..!!!*

Zaman dulu budak2 tak berani keluar malam lebih dari waktu Isyak..
*Sekarang tak balik rumah pun ibubapa relax jer...!!!*

Zaman dulu habis kuat nakal anak pompuan tak pakai tudung jer keluar rumah...anak lelaki mungkin seluar pendek ke hulu ke hilir...
*zaman sekarang anak pompuan pakaian macam telanjang dengan ketat dan nipis dedah dana sini..anak laki pulak tak reti pun tukar pakai seluar panjang bila tamu datang...mak bapak relax jer senyum..!!*

Inilah hasil didikan kita..tepuklah tangan untuk diri sendiri kerana menghasilkan generasi sampah...

*Sebab apa????*

Sebab kemalasan kita ibubapa menuntut ilmu agama mnyebabkan kita tak mampu mendidik zuriat sendiri....!!!

Sikap kita ibubapa terlalu sambil lewa dalam bab pendidikan agama anak2..bagai melepas batuk di tangga..!!!

Sedarlah wahai sekalian ibubapa/penjaga...

*Kata Saiyidina Umar Al-Khattab:*
Jika kalian tidak memberi didikan agama secukupnya kepada anak2 kalian..maka tunggulah saatnya mereka menjadi anak derhaka!!!!

Dan hari ni kita melihat 1 demi 1 natijah yang berlaku kepada anak cucu zuriat keturunan kita yang melakukan berbagai perkara yang tidak boleh diterima akal sihat sehingga sanggup menjadi PEMBUNUH/PEMBULI/PERAGUT/PENYAMUN/PEROGOL DAN LAIN2 JENAYAH melampau pada usia yang masih sangat muda...!

Sedarlah wahai sekalian ibubapa...kembalilah kepada agama..kembalilah kepada fitrah manusia yakni HIDUP BERAGAMA.

Wallahuaalam

Sabtu, 16 September 2017

Tahfiz

Berhampiran Maahad Tahfiz Ittifaqiah adanya Taman Tasik Keramat. Di sinilah tempat pasangan muda bermadu kasih di bawah langit gelap, tidak kurang juga ada yang hidu gam dan hisap dadah.

Ia juga menjadi tempat lepak orang muda dikala malam, terutama hujung minggu. Ada beberapa buah gerai makanan sekitar tasik. Ya, mereka nampak remaja yang sedang bermaksiat ini, namun tidak ditegur.

Dah nama pelajar tahfiz, takkanlah nampak remaja sebaya mereka hisap dadah, mereka biarkan sahaja. Lalu mereka tegur. Namun teguran itu akhirnya membawa kepada tragedi yang lebih besar. Sungguh! Aku tak tahu betapa remuknya hati ini.

Semalam, aku sedapkan hati dengan teori Tahfiz dibakar oleh orang upahan Ahlong. Mereka tak puas hati dengan PPIM, mahu bakar bangunan berkenaan, namun tersalah. Nampak juga rasionalnya.

Sebentar tadi, polis sebutkan ia angkara remaja belasan tahun, hati ini seperti dihiris pisau yang tajam. Generasi apa yang telah kita lahirkan hari ini?

Saya jangka kes buli hingga mati di UPNM dahulu sudah tragis dan kejam, rupa-rupanya kes ini lebih dahsyat! Manusia membunuh manusia dengan membakarnya hingga rentung!

Sebagai manusia yang waras, jangan sekali-kali cepat menuding jari kepada ibubapa pesalah. Boleh sahaja sebut mak ayah pandai lahirkan anak, tak pantau mereka, sibuk bekerja, anak jadi syaitan! Elok kau pakai kondom masa berjimak dahulu dari lahirkan zuriat seperti ini!

Persoalannya, betul ke semua kesalahan terletak kepada ibubapa pelaku? Sudah ke kita kaji bagaimana rumah mereka? Adakah ia rumah yang selesa untuk didiami, atau tempat yang sempit untuk didiami.

Bagaimana pula dengan pendapatan isi rumah? Pekerjaan ibubapa mereka? Tahap pendidikan?

Boleh jadi remaja ini sertai kumpulan-kumpulan gengster di ibukota. Cara mereka mengatur strategi untuk membakar itu terlihat profesional. Seolah-olah, ada mastermind yang mengajar mereka semua ini.

Suka untuk saya katakan, remaja yang membunuh ini juga adalah mangsa. Mangsa bagi kepincangan yang berlaku dalam negara. Baik ekonomi, kos sara hidup yang tinggi, kurangnya skil mendidik anak-anak, tak tahu hala tuju hidup serta pembangunan material tidak disertai dengan membangunan insan.

Saya risau sekali bilamana wajah-wajah mereka tular di whatsapp dan facebook. IC mereka didedahkan, alamat rumah mereka terpampang sana sini. Bukankah semua ini akan membuatkan keluarga mereka tidak selamat?

Boleh jadi ada masyarakat yang cari alamat berkenaan, kemudian belasah mak ayah mereka. Boleh jadi juga balas dendam berlaku, dibakar pula rumah remaja ini.

Akhirnya, ia berbalik kepada kita semua. Masyarakat yang tak pedulikan hal orang lain. Nampak budak couple, raba sana sini, comolot, tangkap gambar mereka, viralkan. Netizen sambung maki-maki.

Nampak remaja yang berpeleseran lewat malam, rempit basikal atau motor, maki sahaja yang kita tahu. Tiada inisiatif untuk menyantuni, bahkan untuk membantu. Percayalah, ada sebab mereka jadi macam tu.

Kita tinggal kawasan rumah flat. Hari-hari kita nampak budak hidu gam dan hisap dadah. Mula-mula rasa marah juga, lama-lama ia jadi kebiasaan. Kita terima ia dengan menganggap ini kebiasaan anak muda di tempat ini.

Tuding jari kepada orang lain memang mudah, yang sukarnya adalah untuk menerima hakikat yang membunuh itu juga berpunca dari kita sendiri.

Kita tu boleh jadi rakannya, jirannya, pemimpin setempat, penduduk sekitar, menteri, penggubal dasar, ustaz, ustazah, guru hinggalah Perdana Menteri.

Jika hal semacam ini tak mampu untuk menyedarkan kita betapa teruknya generasi yang telah kita bina dari sistem yang sedia ada, maka jangan pelik ia akan berulang kembali.

Ketika itu, kita akan nampak betapa bodohnya kita tak belajar dari pengalaman, tak berbuat apa-apa untuk membina generasi baru dalam negara, hanya pandai beri komen, lebih sudu dari kuah!

Sungguh, negara ini sudah layak untuk digelar sebagai #NegaraMurai!

Bak kata Tuan Fdaus Ahmad, "Tuhan ambil anak-anak tahfiz dan tinggalkan kita anak-anak hisap syabu. Padan muka kita!"

Brother Fairuz
Tukang Ceramah Budak Sekolah

Jumaat, 15 September 2017

Asrama


Ibu ayah yang anaknya belajar diasrama.
Berikut satu tips mudah yang boleh diamalkan jika berlaku kebakaran mengejut:
1. Ajarkan anak-anak supaya sebelum tidur, sediakan sebotol besar air minuman (kegunaan Dua dalam satu).
Jika kebakaran berlaku dan sukar mendapatkan bantuan, tuangkan air itu ke tuala/kain pelikat/sarung/atau Kain selimut. Tutup kepala dan badan dengan Kain itu dan terus lari sepantas mungkin untuk tinggalkan tempat itu. Insya Allah paling teruk pun melecur bahagian bawah.
Kalau air Ada lebih sikit, basahkan juga bahagian kaki seluar. Takut disambar api ketika berlari keluar.

Tips ini juga Terpakai  di bilik tidur.

Tahfiz

Assalamualaikum

Rentetan tragedi Maahad Tahfiz baru ini izinkan saya utk meluahkan rasa sebagai seorang ayah yg menghantar anaknya  ke Mahaad Tahfiz.

ini adalah berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh ramai pihak mengenai kejadian tersebut.  TPM mengatakan jangan gadaikan  keselamatan utk akhirat...  ada celebriti yang begitu lantang  marah dengan mudir dan pengurusan tahfiz...  ada figura ternama yg minta semua tahfiz tdk di daftar ditutup serta merta... ramai pula yg mempertikaikan ibubapa tdk mementingkan aspek keselamatan....

sebenarnya saya juga tdk tahu banyak mengenai tahfiz sebelum saya menghantar anak saya ke tahfiz  3 tahun yang lalu. Naufal seawal usia 9 tahun telah menyatakan minat utk masuk tahfiz... tanpa melengahkan masa kami mengambil ķeputusan utk menghentikan sekolah akademiknya (wlpn dia cemerlang dlm akademik) dan mencari tahfiz yang sesuai.... baru kami sedar bukan senang mencari tahfiz....

1. kalau yang berdaftar biasanya akan hanya menerima pelajar 13 tahun ke atas
2. kalau yang cantik dan lengkap dan di kelolakan oleh ustaz selebriti biasanya mahal dan di luar kemampuan kami dan agak jauh dari rumah..

akhirnya kami ketemu sebuah tahfiz yang baru di buka di pinggir ttdijaya.... rumah corner lot yang serba kurang.... tapi saya berbincang denga  isteti mengambil keputusan utk hantar juga...   bukan tidak terdetik apa yang akan berlaku jika ada kebakaran kerana tdk ada pintu kecemasan......  tetapi seperti ibubapa lain yg menghantar anak le tahfiz.... kami bukan menyerahkan anak  kepada tahfiz tetapi mewakafkan anak ini utk Islam dan yakin Allah mempunyai perancangan yang baik utknya...
 tapi  tahukah berapa kali kami pernah menangis bila menghantarnya pulang lepas bercuti..... dapatkah aku lihat wajah ini lagi ya Allah....

Tahun lepas kami mengambil keputusan utk menukarkan tahfiz lain dan tidak berasrama... ulang alik dari pkl 7.30 pagi ke 9mlm... Hari pertama meghantar naufal ke tahfiz, kebakaran berlaku di tahfiz memusnahkan sebuah bilik... alhamdulillah semua pelajar berada di surau utk solat maghrib...
tapi kani tidak berputus asa dan meneruskan juga kerana menghantar anak ke tahfiz ujiannya bukan sedikit.

kami bukan lah bercita cita utk menjadikan dia imam masjidil haram atau pun imam masjid shah alam sekali pun.... seperti ingatan saya pada Naufal  selalu... naufal boleh jadi apa pun yg naufal hendak apabila besar.... dari seorang doktor kepada peniaga minyak attar di sudut masjid. tetapi akhlak naufal kena akhlak Al quran...

Mungkin ramai yang tidak tahu kebanyakan tahfiz mengenakan bayaran antara rm200 ke rm400 sebulan. ini termasuklah sewa , gaji guru.. gaji warden.. makan 4 kali sehari.. tempat tinggal dsbnya...  congak la sendiri kalau cukup.

Biasanya pusat tahfiz akan cari sendiri dana bagi menampung lebihan perbelanjaan mereka. nak mengharapkan pusat zakat..  baitulmal.... mmphh macam2 syarat dan kelulusan.

nak mengharapkan koporat ada yg mengenakan syarat hanya yg ada aliran agama dan akademik yg dapat bantuan.  belum lagi yg meminta kertas kerja dan kelulusan dsbnya...

Tahfiz dipandang sepi...  anak2 tahfiz pula... seringkali dikata sejuk mata memandang....  jemputan ke majlis kenduri tahlil.. cukur jambul.. rumah baru dsnnya... dapat rm5 atau 10 seoarang.. itu lah fungsi tahfiz di tengah2 masyarakat kita..  tapi tahukah anda banyak mana zaman k anak2 dan remaja yang telah mereka korbankan untuk terus menjadi pewaris naskah   mukjizat ini?

Dengan izin Allah.. mereka la yang akan memimpin kita sebenarnya....

kami yg inginkan  anak2 menjadi tahfiz  faham benar tentang keperluan keselamatan tetapi adakah kami mempunyai pilihan?

kami bukan menghantar anak ke yamaha muzik... kumon atau montesorri berjenama utk kani demand itu dan ini dari pihak tahfiz... kami faham benar dengan kekangan kewangan tahfiz... sekali lagi kami berserah pada Allah..

apabila sesuatu berlaku pada tahfiz kena begitu mudah menyalahkan ibubapa dan ustaz tahfiz....  bukannya ustaz2 tu yang buat marketing supaya kami daftar....  kami yang mencari dan redho menghantar... kami yang memilih jalan itu....  bagi kami ustaz tahfiz banyak berkorban utk mendidik jiwa2 kecil ini...  kami terhutang budi...

sehingga kini menghantar naufal setiap pagi ... saya akan menciumnya dan memandang dalam matanya....  hati saya siapa yang tahu....

kalau kerajaan ikhlas menolong kenapa tidak adakan aliran tahfiz di sekolah2 terpilih... tahfiiz tanpa akademik! ada bran?

kenapa tidak mudahkan proses perlesenan... kenapa campur adukan politik dengan sekolah tahfiz? jangan bimbang serban putih ini tidak mengugat ....

kenapa tidak ada menteri yang bangun mengatakan tahfiz akan di bantu ... dibinakan bangunan dan di selaraskan di bawah kem pendidikan....

kenapa tidak ada suara2 utk memartabatkan institusi tahfiz....  berdiri gah seperti srkolah chung hwa.... pin hwa.... hin hwa... kwang hwa (go visit this schools in klang)...

sampai bila kita hendak melihat tahfiz... menumpang disurau... rumah2 kedai..... rumah2 corner yg di ubahsuai.... dan rumah2 banglo usang yang tak tahu bilakah pendawaiannya pernah diselenggara kali terakhir....? ustaz2nya memandu van burok membawa anak2 ini ke kenduri sana sini....  sampai bila...

berapa banyak nyawa lagi?

saya pohon sekali lagi ......

jangan komen jika tidak tahu apa yang dialami oleh institusi pendidikan tahfiz..

jangan salahkan mudir atau pengurusan tahfiz. mereka telah banyak berkorban....

jangan kata ibubapa tidak peduli. kami punya kekangan kewangan juga untuk memilih tahfiz yg bertilam empuk dan spinkler sana sini.

Bantu la anak2 tahfiz... kita tidak tahu siapa di antara mereka yang akan solat dan talkinkan kita nanti...

Maafkan sata jika terkasar bahasa dan doakan Naufal.......

Wallahualam & Selamat Hari Malaysia

Sheik Amir Hussien

Firedrill

Azmieyna:
Satu perkongsian untuk kita renungi...

Assalamualaikum.

Saya berkesempatan melawat pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Hujung. Setakat jam 8.00pm 14 Ogos, 24 adik2 telah kembali ke pangkuan ilahi.

Bila baca news, macam2 cerita yg diterima. Cuma ada beberapa perkara yg netizen sentuh saya nak betulkan. Ini berdasarkan pemerhatian saya sahaja.

1. Pusat tahfiz ni bukanlah pusat tahfiz yang dhaif seperti kebanyakan pusat tahfiz di pedalaman. Ini pusat tahfiz yang agak maju. Bangunan yang terbakar tu seperti bangunan asrama yg elok. Bangunan konkrit.  (ada sebuah asrama PICOM yg lebih kurang sama binaan mcm pusat tahfiz ni). Jadi ada tohmahan sekolah tahfiz membunuh adalah tidak benar. Ini sebuah bangunan standard asrama sekolah dan layout plan sdg menunggu kelulusan bomba.

2. Punca kebakaran bukanlah lintar pintas. Pendawaian baru dan disahkan suruhanjaya tenaga. Ada kemungkinan dari perkara lain. Pihak bomba mengesahkan api yg marak dalam masa yg sgt singkat tidak menampakkan punca dari Litar pintas. (Berita Harian, 14 Ogos). Pihak polis dan bomba sedang menyiasat punca kebakaran. Tak perlu buat kesimpulan khianat dan sebagainya.

3. Menteri2 pun keluar mcm2 statement. Antaranya tiada kelulusan M&E (TS Noh Omar) & tiada ciri2 keselamatan (DS Tengku Adnan). Saya harap tiada lagi statement yang tidak wajar dari pak2 menteri buat masa ini. Statement2 ini seperti melepaskan batuk di tangga. Buat masa ini, biarlah keluarkan statement yg baik utk menjaga hati ibubapa mangsa yg terlibat.

Saya menyokong statement dari menteri KKLW Dato Ismail Sabri. Giat MARA akan menjalankan audit menyeluruh ke pusat2 tahfiz dan membantu secara percuma utk pendawaian. Ini langkah yg amat baik dan statement yg sgt bertanggungjawab dari seorang menteri yg dipilih rakyat.

4. Kepada netizen. Jgn dicemuh pengurusan dan pengetua pusat tahfiz. Ada yang meminta pengetua bertanggungjawab atas kematian anak2 ini dan tidak hanya berserah pada takdir.

Kita tidak berada di pihak mereka. Mereka mengadakan pusat tahfiz ini bukan sebagai business. Kebanyakan pusat tahfiz ini bukan saja dihuni oleh anak2 yg ingin mendalami pengajian AlQuran tetapi juga oleh anak2 yatim yg ingin tumpang berteduh.

Ya mungkin ada setengah pusat tahfiz dimanipulasi oleh pihak tertentu tetapi bukan kesemuanya.

5. Ambil iktibar dari kejadian ini. Mungkin ada pusat tahfiz di sekeliling kita yg memerlukan bantuan. Jumpa pihak pengurusan dan hulurkan bantuan dan derma. Sekalipun bukan wang ringgit, mungkin keringat dan pengalaman kita diperlukan. Jangan asyik salahkan mana2 pihak.

6. Yang ada anak2 di sekolah tahfiz, minta pihak sekolah adakan fire drill di waktu malam. Buat secara mengejut. Kalau boleh, libatkan pihak bomba.

7. Juga ingatkan anak anak di asrama, tentang bahaya electrical overloads. Pekakas elektrik seperti sterika, periuk nasi, cerek air antara yg mempunyai nilai watt yg tinggi dan tidak sesuai digunakan serentak pada satu2 outlet socket elektrik. Begitu juga anak anak di asrama agar jangan terlalu kreatif dgn memasak menggunakan sterika. Atau memasak air menggunakan baldi dan tangkal pemanas sahaja.

8. Kepada pihak bomba, boleh adakan audit di sekolah sekolah tahfiz untuk elakkan kejadian ini berulang. Adakan lawatan ke sekolah tahfiz dan sekolah2 berasrama bagi memudahkan pematuhan spesifikasi dan kelulusan di buat.

9. Akhir kalam, marilah kita sama sama sedekahkan alfatihah kepada mangsa yang terlibat. Anak2 ini adalah anak syurga. Mereka meninggal dalam perjalanan menuntut ilmu Allah. Mereka meninggal ketika Alquran di dalam hati mereka.

Alfatihah

Sekian

Ir Khairie
M&E Engineer