Ahad, 31 Ogos 2025

Kuasa الله

 KEAJAIBAN GAZA!




:

Seorang pakar ketenteraan British berkata ada satu kuasa tersembunyi. Sambungan peperangan ini mustahil hanya kerana pejuang Hamas.”


Seorang pakar ketenteraan Amerika pula berkata:


“Amerika dan negara-negara Eropah telah membekalkan senjata kepada Israel, dan jumlah senjata yang dihantar itu sudah cukup untuk memusnahkan kawasan sepuluh kali ganda lebih besar daripada Gaza — bersamaan dengan enam bom nuklear, cukup untuk membakar bumi dan menjadikannya tidak layak didiami sama sekali.


Langit Gaza penuh sesak dengan pesawat pengintip dari pelbagai jenis: Israel, Amerika, Britain, Perancis, dan Jerman. Semuanya merakam setiap pergerakan di permukaan bumi dengan ketepatan yang profesional.”


Namun yang menghairankan, kata beliau:

“Bagaimana mungkin para pejuang itu keluar, menghancurkan kenderaan tentera, membunuh, menembak tepat, memasang bahan letupan, dan melakukan serangan hendap yang telah menghancurkan hampir sepertiga kenderaan tentera serta menyebabkan ribuan maut dan cedera — sedangkan semua pesawat itu hanya berjaya mengesan sebahagian kecil sahaja daripada mereka?”


Seorang lagi menambah:

“Luas Semenanjung Gaza hanya 365 km², dengan kawasan perumahan padat merangkumi 75% daripadanya. Tentera udara telah membedil dengan puluhan ribu peluru berpandu, bom, dan peluru artileri dari darat dan laut; selain itu terdapat dron, jet pejuang F-15 dan F-35, serta helikopter Apache. Tiada satu pun senjata yang tidak digunakan secara besar-besaran dan berlebihan.


Namun saya menonton video kanak-kanak Gaza bermain dengan roket yang tidak meletup!”


Dan seorang lagi berkata:

“Wahai sahabatku, ini adalah satu keajaiban. Ada para pejuang yang kita tidak nampak. Inilah perlindungan Ilahi. Lihatlah bagaimana seorang pejuang mendekati kenderaan, meletakkan bom dengan kekuatan dan tekad yang menakutkan. Dia bertempur dengan semangat yang tidak tergoyah dan pasti berjaya.


Lihat juga bagaimana kanak-kanak bermain dengan roket tanpa rasa takut. Jika perkara itu berlaku di negara kami atau mana-mana negara maju, pasti akan dipanggil batalion khas pemusnah bom, bersama pasukan jurutera dan pakar letupan.

Ceritakan kepadaku, siapakah yang melindungi kanak-kanak itu? Ia adalah takdir dan rahmat Allah. Para pejuang juga berjaya menukar arah sebahagian roket tersebut dan menghancurkan banyak kenderaan musuh dalam satu serangan hendap.”


Beliau menutup kata-katanya:

“Ini bukan manusia biasa seperti kita. Dari mana mereka mendapat latihan sehebat ini?”


Israel kini telah menjerat dirinya sendiri dalam peperangan yang tidak mampu dimenanginya. Ia akan memerlukan berdekad-dekad untuk membina kembali tenteranya — baik dari segi sumber manusia, psikologi, mahupun semangat juang. Dan itu tidak akan pernah menyamai keberanian dan legenda para pejuang Gaza.

Selasa, 26 Ogos 2025

Dr. Abdul Rahman Al-Sumait, da

 ⸻Pendakwah Ba’lawi yang 11 juta orang Afrika masuk Islam di tangan beliau .


📖 Dr. Abdul Rahman Al-Sumait رحمه الله berkata:


Aku pernah mendengar tentang sebuah kampung yang belum pernah sampai Islam kepadanya. Maka aku memutuskan untuk pergi ke sana. Lalu para pengiringku berkata kepadaku:

“Engkau tidak akan mampu! Antara kita dengan kampung itu ada sebuah sungai yang penuh dengan buaya!”


Maka aku menjawab dengan penuh keyakinan:

“Bawalah aku ke sana, dan aku yang akan bertanggungjawab.”


Katanya: Kami pun menaiki perahu, dan buaya-buaya mengelilingi kami, hingga akhirnya kami sampai ke kampung itu. Penduduknya sangat terkejut melihat kedatangan kami, lalu mereka bertanya dengan penuh kehairanan:

“Bagaimana kalian boleh sampai ke sini!?”


Kami menjawab:

“Allah telah memelihara kami kerana kami datang untuk menyampaikan agama-Nya.”


Kemudian kami duduk menerangkan tentang Islam. Lalu ketua kampung itu berkata kepadaku:

“Kami tidak akan masuk Islam kecuali dengan satu syarat!”


Maka aku bertanya:

“Apakah syarat itu?”

Dia menjawab:

“Hujan telah terputus daripada kami sejak bertahun-tahun, maka berdoalah kepada Tuhanmu agar Dia menurunkan hujan ke atas kami.”


Aku berkata:

“Baik, tetapi kumpulkanlah seluruh penduduk kampung.”


Maka mereka pun berkumpul. Lalu aku berwudhu’, kemudian aku berdiri solat. Aku sujud dengan sujud yang sangat lama, menangis dengan tangisan yang amat kuat, sambil berdoa:

🔹 “Ya Allah, janganlah Engkau hinakan agama Abdul Rahman disebabkan dosa Abdul Rahman.”


Aku terus berdoa dan merayu sehingga aku mendengar bunyi guruh. Maka aku pun mengangkat kepalaku, dan hujan pun turun setelah beberapa jam aku bersujud.


Maka tidak ada seorang pun dari penduduk kampung itu melainkan mereka semua mengucapkan syahadah:

✨ “Kami bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah.”


Aku pun memuji Allah dan bertakbir, dan itulah antara peristiwa paling menakjubkan yang aku pernah lihat sepanjang hidup dakwahku.



🌹 Moga Allah merahmati da’i besar, Dr. Abdul Rahman Al-Sumait, da


n menempatkannya di syurga-Nya yang luas.

Isnin, 25 Ogos 2025

Balasan

 Pengaturan Allah dalam menghancurkan golongan zalim… sungguh menakjubkan dan penuh hikmah.


Firaun ditenggelamkan — padahal laut itu dulu diantara jalannya.


Namrud ditamatkan — hanya dengan seekor nyamuk.


Qarun ditelan bumi — bersama harta yang dibanggakannya.


Abrahah dihujani batu — oleh burung kecil, bukan tentera manusia.


Ahzab dikalahkan — hanya dengan tiupan angin yang tak kelihatan.


▪️ Allah tidak perlukan senjata besar untuk menumbangkan kezaliman.

Dia hanya menggerakkan sesuatu yang biasa, seperti air, serangga, tanah, angin untuk menghancurkan kebatilan yang angkuh.


Dan sesungguhnya, kita akan menyaksikan pula kisah kejatuhan mereka yang zalim di zaman ini… tidak lama lagi. Insya Allah.


"Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai terhadap apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim."

(Surah Ibrahim: 42)

Ahad, 24 Ogos 2025

Is3

 🌹Suami yg sabar dgn karenah isteri akan diberikan ganjaran yg besar  oleh Allah swt 

🌹Kisah beberapa tetamu yg menjamu selera dirumah Nabi Yunus A.S. mereka. melihat isteri Nabi  YUNUS SANGAT MENYAKITI HATI Nabi Yunus tetapi N.Yunus  tetap bersabar.

🌹Layan isteri kita dgn kasih sayang dan sabar

🌹Nabi  Yunus berkata kpd tetamunya. Jangan  kamu rasa kagum  dgn kesabaran aku ini.

Aku pernah berdoa kpd Allah swt supaya   Aku berbahagia, diakhirat nanti.

Allah  menjawab, Kahwinlah dgn wanita tersebut dan engkau  akan berbahagia diakhirat nanti. 

Sebab itu aku  berkahwin dgnnya dan bersabar dgn ujian Allah swt.

🌹Awas dan berhati hati  dgn mereka  yg  panas baran samaada isteri@suami

🌹Isteri isteri Rasulullah saw adalah sangat taat kpd Baginda Rasulullah saw sebab mereka sedar bahawa Rasulullah saw adalah manusia yg  terbaik dariada orang lain didunia ini

🌹Hargai pasangan masing masing kerana itu adalah anugerah Allah swt kpd kita.

Allah swt Maha Bijaksana menentukan jodoh kita.


🕋🕋🕋

Tasbih Kafarah 

Surah Al Asr

Isnin, 11 Ogos 2025

KRONOLOGI Kes kematian Zara Qairina


ASYIKIN ASMIN

11 AUG 2025


[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina.


KISAH Zara Qairina mendapat liputan meluas, sama ada daripada media arus perdana mahupun warga maya, khususnya selepas jenazahnya dikeluarkan semula 23 hari selepas dikebumikan menerusi proses gali semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol Lama, di Sipitang.


Jasad remaja itu kemudiannya menjalani proses bedah siasat sebelum dikebumikan semula di lokasi yang sama. Berikut adalah sedikit perkongsian kronologi bermulanya kes kematian Zara Qairina; sebuah kisah yang menyentuh hati orang ramai dan menimbulkan tuntutan agar kebenaran di sebalik tragedi yang menimpa pelajar Tingkatan Satu itu dapat didedahkan.


16 Julai 2025


Jam 3 pagi


-Zara Qairina ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran bangunan asrama perempuan (tingkat tiga).


-Kejadian berlaku ketika kebanyakan pelajar lain masih berjaga.


-Tiada jeritan, tiada saksi, dan tiada kamera CCTV disahkan di lokasi


Jam 8.16 pagi


-Polis menerima laporan berkaitan penemuan pelajar tersebut.


-Laporan menyatakan mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.


-Kecederaan dalaman dilaporkan sangat serius.


-Waris dimaklumkan Zara koma, dengan kaki dan tangan patah.


17 Julai 2025 


-Waris membuat keputusan menghentikan bantuan hayat selepas doktor sahkan tiada lagi fungsi otak.


-Laporan polis rasmi dibuat oleh waris kedua yang tiba dari Kuala Lumpur.


-Jenazah Zara disolatkan dan dikebumikan di kampung halaman di Kampung Kalamauh Mesapol, Sipitang.


18 Julai 


-Pemergian Zara mulai tular di media sosial yang turut mendakwa ada kaitan buli.


-Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam hantaran di FB menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap insiden buli yang didakwa berlaku


-Menteri KPM, Fadhlina Sidek dalam hantaran di FB memaklumkan siasatan masih dijalankan oleh pihak polis


-Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun mengesahkan kejadian.


20 Julai 2025 


-Waris hadir ke IPD Papar untuk membuat laporan tambahan mengenai tindakan pengetua menghalang laporan awal.


-Waris juga menghantar surat rasmi kepada pihak sekolah menuntut penjelasan kejadian


21 Julai 2025 


– Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco pendidikan, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif telah menziarah Noraidah di kediamannya di Kampung Kalamauh Mesapol, Sipitang.


-Noraidah dalam pada itu mahu tiada sebarang perkara disembunyikan dalam siasatan berhubung insiden yang menimpa Zara Qairina.


24 Julai 2025


-Gelombang solidariti terhadap Zara Qairina menggunakan tanda pagar #JusticeForZara.


-Solidariti itu susulan pendedahan daripada individu yang mendakwa sebagai ahli keluarga Allahyarham Zara Qairina dan hantaran melalui FB telah dikongsikan oleh pengguna media sosial.


25 Julai 2025 


-KPM beri jaminan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan kepada hasil siasatan polis berhubung kematian Zara Qairina.


26 Julai 2025


– KPM sekali lagi beri jaminan bahawa siasatan berhubung kematian Zara Qairina dijalankan secara telus dan adil.


 29 Julai 2025


-Bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan, Datin Rosnih Nasir menafikan sebarang pembabitannya dalam insiden kematian seorang pelajar perempuan yang terjatuh dari bangunan asrama sekolah itu, baru-baru ini.


30 Julai 2025


-Noraidah buat satu laporan polis tambahan di Balai Polis Sipitang memohon agar pihak polis menyiasat kes kematian Zara secara teliti.


31 Julai 2025


-Sidang media Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun menyatakan 60 orang telah dipanggil untuk memberi keterangan.


– Polis Sabah tidak menolak kemungkinan wujud unsur buli dalam kes Zara Qairina 


1 Ogos 2025


-Peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri mewakili Noraidah Lamat dedahkan tiada bedah siasat dilakukan terhadap jenazah  Zara Qairina selepas disahkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu.


2 Ogos 2025


-Kenyataan media pasukan peguam bahawa Noraidah ibu kepada Zara Qairina tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan kaitkan VVIP.


3 Ogos 2025


-Kenyataan media pasukan peguam bahawa Noraidah buat satu lagi laporan polis di Balai Polis Sipitang berhubung wujud kesan lebam pada belakang badan Zara Qairina semasa mandikan jenazah pada 17 Julai lalu.


-Kenyataan media pasukan peguam memaklumkan bahawa pakaian dan barang peribadi Zara Qairina belum diambil pihak polis.


-Peguam sahkan rakaman suara perbualan Zara Qairina bersama ibunya tular.


4 Ogos 2025


-Satu lagi rakaman suara tular juga perbualan Zara Qairina dan ibunya disahkan peguam sebagai sah.


-Kenyataan media Jabatan Peguam Negara sudah terima laporan penuh siasatan awal daripada PDRM.


5 Ogos 2025


-Pasukan peguam dakwa laporan penuh siasatan PDRM terdapat kelemahan dan pincang.


-Pasukan peguam mohon supaya dikembalikan kertas siasatan untuk siasatan dibuka semula, meminta pegawai penyiasat dari Bukit Aman yang berpengalaman, kubur Zara Qairina digali semula untuk dibedah siasat bagi menentukan punca kematian.


-Peguam sahkan satu lagi rakaman perbualan tular antara Zara Qairina dan ibu tular di media sosia.


-Peguam mohon tiga perkara dalam surat yang dihantar kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar.


6 Ogos 2025


-Kenyataan media pasukan peguam nafi dakwaan Zara Qairina dimasukkan ke dalam mesin basuh dan ia hanya satu spekulasi.


-Penyebaran senarai nama dan gambar pelajar sekolah satu kesalahan jenayah.


-Kenyataan media ACG berhubung penularan kandungan berkaitan kanak-kanak melibatkan kes Zara Qairina di media sosial.


7 Ogos 2025


-Kenyataan media pasukan peguam berhubung kenyataan Jabatan Peguam Negara telah kembalikan semula laporan penuh siasatan kepada polis.


-Noraidah serahkan telefon bimbit dan kad SIM di Balai Polis Karamunsing.


8 Ogos 2025


-ACG arah gali kubur Zara Qairina.


-Himpunan solidariti Zara Qairina diadakan di Sandakan, Lahad Datu dan Tawau


9 Ogos 2025


-Permohonan gali kubur dilakukan di IPD Papar dengan perintah Majistret.


-Permohonan dibenarkan jam 3 petang.


-Proses gali kubur bermula jam 5.30 petang.


-Selesai gali kubur dan jenazah dibawa terus ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu pada jam 7.30 malam.


-Sebaik tiba, jasad dilakukan CT Scan.


-Himpunan solidariti Zara Qairina diadakan di Papar.


-Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Pendidikan dan Agama Datuk Mohd Arifin Mohd Arif nafi anaknya terlibat dalam kes Zara Qairina.


10 Ogos 2025


-Proses bedah siasat bermula jam 11 pagi


-Selesai bedah siasat jam 7.30 malam dan jenazah dibawa terus ke Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol Lama, Sipitang, untuk dikebumikan semula.


-MCMC keluarkan kenyataan media sedang jalankan siasatan penyebaran kandungan di media sosial berhubung kematian Zara Qairina.


-Himpunan solidariti Zara Qairina diadakan di Labuan, Putatan, Sipitang.


-Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah titah semua masjid dan surau di Pahang laksanakan solat hajat khas untuk Allahyarhamah Zara Qairina.


– Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Pendidikan dan Agama Datuk Mohd Arifin Mohd Arif arah semua masjid dan surau seluruh Sabah adakan smajlis tahlil dan doa untuk Allahyarhamah Zara Qairina.


11 Ogos 2025


-Jenazah Zara Qairina selesai dikebumi pada jam 1.15 pagi.


– Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina seperti mana yang tular di media sosial. 


– Peguam turut menjelaskan mungkin akan mohon inkues bagi kes kematian Zara Qairina.