Hari ini saya akan menjadi orang kaya, bahkan lebih kaya daripada Allah SWT sendiri!”
Sungguh   aneh kata-kata lelaki itu kerana  selama ini, dia terkenal sebagai   orang yang alim dan warak. Orang ramai  tertanya-tanya, apa sudah jadi   dengan lelaki ini? Kalau hendak berlawak  pun, janganlah sampai membenci   kebenaran, menyukai fitnah dan  mengatakan dia lebih kaya daripada   Allah. Kata-kata itu boleh  menyesatkan akidah. Orang ramai yang berada   di pasar itu mula  memarahinya.
Tetapi   lelaki warak dan berjanggut  panjang itu tidak memperdulikannya. Dia   terus berceloteh tanpa ada  tanda-tanda mahu berhenti. Tidak lama   kemudian, datanglah askar  kerajaan. Lelaki tersebut ditangkap lalu   dibawa ke istana Khalifah Harun  Al-Rasyid.
“Hah,   kamu Abu Nawas!” kata khalifah  sebaik melihat lelaki tersebut diheret   oleh tentera ke hadapan baginda.  Abu Nawas mengangguk dan tersenyum   sahaja. “Benarkah engkau kata begitu,  hai Abu Nawas?” tanya Khalifah   Harun Al-Rasyid yang memang kenal benar  dengan Abu Nawas. “Benar   tuanku.” “Kenapa? Sudah kafirkah engkau ini?”  sergah khalifah. “Tidak   tuanku. Saya masih Islam. Tapi saya rasa tuanku  juga seperti saya.   Tuanku pasti membenci yang benar dan haq.”
Khalifah   Harun Al-Rasyid tercengang.  “Hah!? Sudah gilakah engkau ini wahai Abu   Nawas?” baginda meninggikan  suaranya kerana marah. “Jangan  terburu-buru  tuanku. Dengarlah dahulu  keterangan saya.” balas Abu  Nawas.  “Keterangan apa yang engkau hendak  dakwahkan? Sebagai Muslim,  aku  membela kebenaran, bukan membencinya!”  ucap khalifah, geram.
“Tuanku,   apabila orang membaca talkin,  saya selalu mendengar ucapan bahawa  mati  itu benar dan neraka itu juga  benar. Nah, siapakah orangnya yang  tidak  membenci mati dan neraka yang  benar itu? Tidakkah tuanku juga   membencinya seperti saya?” soal Abu  Nawas semula.
Khalifah   terdiam. “Cerdik pula engkau  ini. Tapi apa pula maksud engkau   menyenangi fitnah?” “Barangkali tuanku  terlupa bahawa di dalam Al-Quran   ada menyebut, harta benda dan anak-anak  kita adalah fitnah. Padahal   tuanku sangat menyenangi harta dan  anak-anak tuanku seperti saya juga.   Bukankah begitu, tuanku?”
 “Itu   memang betul, tetapi kenapa engkau  berkata begitu di tengah-tengah   pasar hingga orang ramai menjadi kacau?”  tanya khalifah yang masih   belum faham dengan tindakan Abu Nawas.  “Supaya dengan cara begitu saya   akan ditangkap dan kemudian dihadapkan  kepada tuanku seperti sekarang   ini” jawab Abu Nawas yang memang terkenal  dengan loyar buruknya. “Apa   perlunya engkau menghadap aku?”  “Supaya mendapat hadiah dari tuanku…”   jawab Abu Nawas sambil tersengih.  “Cis dasar orang cerdik!” kata   khalifah lalu tergelak.
 Nota:   Nama sebenar Abu  Nawas ialah Abu Nuwas Al-Hasan bin Hani Al-Hakimi   (750-810). Beliau  lahir di Ahraz, Parsi dan merupakan salah seorang   penyair yang terkenal  di zamannya. Abu Nawas sebenarnya seorang yang   warak, bagaimanapun  beliau suka berjenaka dan pandai loyar buruk.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan