Di antara pengajaran yang paling agung tatkala Rasulullah s.a.w dan kaum  Muslimin menghadapi peperangan Badar adalah pertolongan Allah s.w.t.
Syeikh  Safiyurrahman al-Mubarakfury di dalam Sirah Ar-Rahiq al-Makhtum   menyatakan, kemenangan besar yang diperolehi adalah daripada bantuan dan  pertolongan secara ghaib kepada umat Islam.
Selain itu, ia  membawa peringatan bahawa kaum Muslimin tidak terpesona  dan tertipu  dengan keberanian dan kejaguhan mereka yang akan menjebakkan mereka  dalam perasaan angkuh dan sombong.
Antara pertolongan yang  diceritakan oleh Abu Dawud al-Mazini, beliau berkata: “Aku sedang  mengikuti (mengekori) untuk menyerang lelaki Musyrik untuk membunuhnya.  Tiba-tiba kepalanya jatuh sebelum pedangku sampai kepadanya. Maka  tahulah aku bahawa dia dibunuh oleh orang lain.”
Ibnu Abbas  meriwayatkan bahawa: “Ketika seorang lelaki dari kalangan tentera Islam  mengasak hebat seorang Musyrik di hadapannya tiba-tiba dia terdengar  bunyi pukulan rotan di atasnya serta suara seorang pahlawan yang  berkata: “Ayuh maju wahai Hayzum!”
Kemudian dia datang kepada  Rasulullah s.a.w menceritakan apa yang disaksikannya, lantas Baginda  bersabda: “Kamu benar, itulah bantuan yang datang dari langit ketiga.”
Dalam  riwayat lain pula, oleh Ibnu Sa’ad menyebutkan daripada Ikrimah: “Pada  hari itu (perang Badar) ada kepala orang Quraisy yang gugur tanpa  diketahui siapa yang memenggalnya dan ada tangan yang terpelanting tanpa  diketahui siapa yang mencantasnya.”
Di samping itu, ada kaum  Muslimin yang turut dibantu Allah s.w.t. Pada hari peperangan itu,  pedang seorang sahabat Nabi Ukasyah bin Mihsan al-Asadiy telah putus.  Lalu dia datang kepada Rasulullah s.a.w. Baginda memberikannya sebatang  kayu yang biasa dibuat sebagai penggaru unta perang.
Baginda  berkata: “Gunakan ini untuk berperang wahai Ukasyah”. Apabila diambilnya  kayu itu daripada Rasulullah s.a.w, Ukasyah melibas-libaskannya.  Tiba-tiba ia bertukar  menjadi sebilah pedang yang panjang, kuat dan  berwarna putih. Lalu dia gunakan pedang itu untuk berjuang sehingga  diberikan kemenangan kepada umat Islam.
Demikianlah pertolongan  Allah s.w.t. Dari segi kekuatan persenjataan dan kelengkapan umat Islam  ketika itu memang tidak dapat menandingi kekuatan musuh yang sangat  hebat.
Justeru,  pertolongan Allah s.w.t ini telah melahirkan pahlawan yang hebat ketika  peperangan Badar. Misalnya apa yang berlaku kepada Muawwidh bin Afra’.
Diceritakan  oleh Muadh bin Amru: “Aku melihat Abu Jahal (ketika perang) dalam satu  kepungan di rimbunan pokok. Maka aku pahatkan cita-cita untuk  mendapatkan Abu Jahal, lalu apabila ruang terbuka segera aku menyerbunya  dan melibasnya dengan satu libasan yang memutuskan separuh betisnya.”
Beliau  berkata: “Ketika itu, anak Abu Jahal iaitu Ikrimah menetakku di  bahagian bahu, sehingga terputus sebelah tanganku. Lalu tanganku itu  berjuntaian dengan kulit di sisiku. Aku tidak menghiraukan apa yang  terjadi dan terus berperang.
“Tatkala semakin sukar  pergerakanku, maka aku letakkan kakiku di atas tanganku (yang hampir  putus), kemudian aku pijak-pijak hingga tertanggal. Kemudian Muawwidh  bin Afra datang kepada Abu Jahal dan melibasnya hingga kaku dan  membiarkannya tinggal nyawa-nyawa ikan. Kemudian Muawwidh terus berjuang  hingga terbunuh.”
Demikianlah semangat Badar yang perlu  diteladani kepada pelajar matrik yang nak pekser PSPM II yang bakal menjelang tidak lama lagi.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan