
Kematian  adik Saiful Syazani Saiful  Sopfidee telah menggemparkan Negara.  Pembawaan carita oleh media telah  mengejutkan semua pihak termasuk saya  yang menjadi mangsa kepada  penceritaan media berkenaan isu tersebut.  Peristiwa berlaku apabila  seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan  telah mendera seorang  pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan  kematian pelajar tersebut. 
Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,
“Selepas  memukul kepala, suspek  dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan  mangsa serta menolaknya  dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca  utama murid itu mengalami  pendarahan dalam kepala dan komplikasi  jantung” – harian metro- (boleh  baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )
“Saiful  Syazani meninggal dunia selepas  tiga hari dilaporkan koma, akibat  dibelasah guru yang juga seorang  warden di sekolah agama persendirian  selepas disyaki mencuri RM7 di  asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis  lalu itu, mangsa diikat kedua-dua  tangan pada tingkap dan dibelasah  bertalu-talu sebelum dihempas ke  dinding hingga menyebabkannya  mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -
Setelah  kita mengikuti kes tersebut  melalui media yagn membuat liputan, maka  kita telah menghukum dengan  rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat  perbuatan guru tersebut.
Namun  disana, saya masih curiga akan  kisah yang berlaku. Dengan izin dan  kesempatan yang diberikan Allah,  telah menggerakkan hati saya dan  pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry )  melawat tempat kejadian dan rumah  arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana  atas kerja rasmi GAMIS dan  berkesempatan menziarahi rumah arwah.
CERITA SEBENAR
Setibanya  kami di sekolah berkenaan,  ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru  agama yang dituduh  ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh  ukhwah. Kami terus  dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih  kurang 6km dari sekolah  berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar  telah mencerikan kisah  sebanar kejadian.
 “  adik saiful(arwah) merupakan  seorang yang mesra dengan orang. Dia agak  aktif disekolah dan pernah  menjadi Johan pertandingan azan PASTI  peringkat negeri Perlis(gambar  hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke  darjah 1, dia tinggal diasrama.  Namun timbul beberapa kes disiplin  sepanjang adik ni tinggal diasrama  hinggalah pada kemuncaknya dia  didapati mencuri wang rakannya berjumlah  RM7. Maka dia telah dipanggil  oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan  warden asrama ke bilik warden.  Ustaz telah bertanya kepada adik saiful  tentang kecurian wang  rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa  pertanyaan diajukan,  ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan  adik saiful dibahagian  hadapan, bukan belakang.  Namun sepanjang berada  dibilik warden  tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku  sebagimana yang  dilaporkan.
“  adik saiful(arwah) merupakan  seorang yang mesra dengan orang. Dia agak  aktif disekolah dan pernah  menjadi Johan pertandingan azan PASTI  peringkat negeri Perlis(gambar  hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke  darjah 1, dia tinggal diasrama.  Namun timbul beberapa kes disiplin  sepanjang adik ni tinggal diasrama  hinggalah pada kemuncaknya dia  didapati mencuri wang rakannya berjumlah  RM7. Maka dia telah dipanggil  oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan  warden asrama ke bilik warden.  Ustaz telah bertanya kepada adik saiful  tentang kecurian wang  rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa  pertanyaan diajukan,  ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan  adik saiful dibahagian  hadapan, bukan belakang.  Namun sepanjang berada  dibilik warden  tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku  sebagimana yang  dilaporkan.Sebaliknya  ikatan tangan tersebut dibuka  setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan  mengurung adik saiful dalam  bilik berkenaan. Setelah 2 jam  ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y  telah membuka bilik  berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring  diatas toto sambil  menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful  terkena sawan dan  kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan  penyakit  yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke  hospital  Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit  kerana banjir  melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik  saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus  dimasukkan ke wad ICU. 
Pada  malam kejadian itu juga ustaz h  telah menemui ayah angkat adik saiful  dan memohon maaf atas kesilapan  dia mengurung arwah selama 2 jam.  Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia  terkejut dengan berita bahawa  adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia  terus menunaikan solat hajat”.
Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.”
Begitulah  cerita sebenar kejadian  kematian adik saiful yang telah diceritakan  oleh rakan baik ustaz h.  Kami terus pening kerana banyak percanggahan  maklumat yang dibaca  melalui media sebelum daripada itu. Kami terus  sampai kerumah Abang  Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami  disambut mesra oleh abang  zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan  ketentuanNya. Adik saiful  tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak  umur 2 tahun setengah,  setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya  setelah kematian ibu adik  saiful. “ dia seorang yang berani dan tak  takut apa yang orang kata.  Dia memang keras dan keberanian dia tak  padan dengan umur dia” cerita  abang zamri.
 Setelah  setengah jam berbual dengan  abang zamri, kami pun memohon izin untuk  pulang. GAMIS sempat  menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri  atas musibah yang  menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga  tabah dan sabar  menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri,  senyum tanda terima  kasih )
Setelah  setengah jam berbual dengan  abang zamri, kami pun memohon izin untuk  pulang. GAMIS sempat  menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri  atas musibah yang  menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga  tabah dan sabar  menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri,  senyum tanda terima  kasih ) Semasa  perjalan pulang, ustaz waqar  sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau  turut mengaitkan kes ini telah  menjadi suatu isu politik kepartian  kerana sekolah berkenaan adalah  dibawah parti PAS. Maka sebab itu,  pelbagai cerita pelik yang timbul.  Saya rasakan apa yang diceritakan  oleh ustaz w adalah benar setelah  melihat laporanforensik yang  diberitakan bahawa punca kematian adik  saiful adalah kerana kekurangan  oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka  pelbagai kemungkinan boleh  berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan  LEBAM akibat pukulan yang  berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media.  Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen.
Kami  juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful  dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan  hanya pejabat,  bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi  persoalan yang timbul  disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja  yang mengetahui  kebenarannya. (gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian  ) 
Apa  yang sangat menyedihkan ialah  apabila masyarakat telah ‘menghukum  mati’ peribadi ustaz berkenaan yang  hanya dituduh dan ditohmah oleh  media yang sanga berat sebelah. Yang  lebih teruk lagi bila politikus  menjadikan isu ini sebagai senjata  politik hingga mendesak sekolah  agama berkenaan ditutup.
GAMIS bukan  membela tindakan ustaz  bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah  keadilan mesti diberikan  kepada mereka yang terlibat. Media jangan  cepat mnghukum hingga  masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang  sangat negatif kepada  sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar  jangan libatkan politik  yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah  yang menentukan siapa  yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan  agar keadialan diberikan  kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang  sepatutunya kepada yang  zalim.
rombongan GAMIS kerumah arwah adik saiful, bergambar bersama abang zamrikredit 2: GAMIS
 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan