(HAYATILAH KISAH INI) :(  
Begitu kelam malam yang suram, hatiku luluh  dalam titisan air mata, Melihat dirimu berjasad kaku, kelopak mataku  mula menangis, Saat terbayang ukiran senyumanmu, dihiasi tirai pelukan  cintamu.  ...  Wahai mutiara insan, Engkau membesar umat dunia, tanpamu manusia binasa  sengketa, Semuanya lapar, dahaga, letih merana.   Dulu... Saatku mula  menangis engkau mengusap kepalaku, Saatku ingin dilayar mimpi kau  biarkan kuterlena disisimu, Sanggup dirimu berjaga malam menemani diriku  ditangisan malam, Tepukan lembutmu menyambung semula mimpi indahku,  Saatku mula mengerti dunia, Engkau mengajarku satu persatu, abjad  terawal hingga terakhir,
 Nombor satu hingga sepuluh, dari ‘alif’ hingga  ke ‘ya’, Dari perkataan ke perkataan, bermula aturan susunan ayat,  Hingga menjadi karangan sempurna, senyuman gembira terukir dibibirmu.           Ketika mana mula menjejak langkah, menhadirkan diri ke alam  persekolahan, Engkau mengejutku agar bersolat, engkau siapkan pakaian  untukku, Sarapan terhidang hasil keringatmu, kulahap semuanya bersama  kesyukuran, Kau iringiku melangkah ke sekolah, memegang tanganku  selembut kasih sayang, Tidak kira panas atau sejuk, terik atau hujan,  kau pegang tanganku dari rumah ke meja kelas, Engkau pergi bersama doa,  tinggalkan aku untuk belajar,  Datang semula menjemputku pulang,  walaupun letih menyaluti tubuhmu.   
Aku temuduga ke alam remaja, sedikit  demi sedikit memahami dunia, Engkau menyokong dari belakang, aku terus  maju kehadapan, Engkau membimbing setia disisiku, aku menyahut setulus  ikhlasku, Tapi kerana sikap berubah, setitik demi setitik hatiku  bertompok hitam,  Aku mula berubah, engkau bimbang akan diriku, aku  langsung tidak mempedulikanmu.   Aku mula terikut rakan, aku mula  tinggalkan rumah, aku mula kehilangan adab, Terjebak dalam kehinaan,  dibelenggu hasutan syaitan, Padahal ketika itu, Engkau menangis siang  dan malam, merapatkan kedua tanganmu, Lantas mengucap kalimah ampun,  dalam doamu kau ampuni aku,  Aku langsung tidak tahu.   Sedang aku  bergembira, memikirkan keindahan perhiasan dunia, Terbaca risalah  rintihan seorang ibu, aku menghayati satu persatu, Makin dibaca makin  sayu, makin dihayati makin pilu, Terasa sesuatu dibenak kalbuku,  terbayang daku raut wajahmu, Wajah suci berkulit bersih, berpakaian  telekung serba putih, 
Dalam mimpiku engkau hadir, melafazkan ucapan di  lorong hatiku.        “Anakku.. ibu merinduimu...ibu amat mengasihimu..   Pulanglah kepangkuanku, rasailah sesuap air tangan ibu, selesalah  tidurmu dalam usapanku, bangunlah bersama suara ibu,   ''Anakku.. ibu  sudah tua, Dari kecil ibu membelaimu, Ibu rindu ucapan sayangmu, ibu  rindu ukiran senyumanmu, Ibu rindu kelembutan tanganmu, ibu rindu suara  manjamu,Kembalilah.. kembalilah kepada ibu..”   Satu malam ibu  dikunjungi jiran, Menolong menyediakan ketupat raya, dihidangi juga  rendang yang kusuka, Engkau jahitkan baju untukku, mengharap kupulang  memakai pakaian baru, Walaupun bertahun-tahun kau ulangi perkara sama,  mengharap aku pulang bersama,
 Walaupun bertimbun baju baru, baju yang  masih berbau wangi, Engkau tetap menjahit baju baru, semata-mata  menunggu kupulang, Jiran menyifatkan anakmu ini jahil, engkau membelaku  seperti ku disisi, Jiran memaki anakmu ini, engkau menafikan semua itu,  Semuanya kerana aku anakmu, yang tidak pernah pulang menjenguk ibu,   Tapi kau pertahankan aku, seperti aku sedang memeluk anggotamu.   Aku  tersedar dari bayangan, ingati semula kayangan indah, Sinaran wajahmu  terangi malam, harum mewangi kelilingi mahligai, Bulan purnama kembali  suram, menambah luka terulit duka, 
Aku ingati kesalahanku, aku sesal  perbuatanku, menjauhi ibu mendekati nafsu, Sudah lama tidak mendengar  suara ibu, suara yang mengejutkan aku, Suara yang memujukku, suara yang  pernah bersyair sebelum tidurku, Sudah lama aku tidak melihat ibu, dari  remaja hingga bekerja,  Apakah ibu sihat, atau ibu sebaliknya.    Perasaan hiba menemani aku, dalam perjalanan pulang menuju ibu, Tidak  terasa perlahan atau laju, juga pandu ataupun tidak, Segalanya kerana ku  merindui ibu, Aku mula mencari halaman di situlah kenangan bersama ibu,  Terpandang kiri dan kanan, aku dikelilingi ingatan lalu, Sawah itu  kuditemani ibu, pohon itu kuditemani ibu, Sungai itu kuditemani ibu,  tiada tempat lain yang tiada ibu, Ibu benar-benar menyayangi diriku.   
Oh, ibu!!!! Aku sudah sampai ke mahligaimu, mahligai yang pernah  kubersemayam di dalamnya, Mahligai yang meninggalkan seribu kenangan  silam, kenangan manja, kenangan pahit, Kenangan manis, kenangan yang  terindah dalam kehidupan, Tapi mengapa? Mengapa ramai yang mengunjungi  ibu? Adakah ada kenduri di sini? Ataupun ibu ingin menyambut  kepulanganku mungkin ibu gembira aku sudah pulang, Aku dekati muka  pintu, tapi aku berasa hairan, mengapa terlalu ramai? Mengapa ada  bulatan manusia? Mengapa ada bacaan Yaasin? Apakah semua ini?  Apa yang  sedang berlaku? Dimanakah ibu?   Kakiku melonjak tiga langkah, mataku  tertumpu satu jasad, hidungku terbau kasturi mewangi, Telingaku  terdengar ayat-ayat Yaasin,lisanku terdiam wajahku pucat, Apa benarkah  yang aku lihat? 
Harapku bukan pada saat ini, Harapku bukan sekarang,  mengapa saat kupulang ini yang terjadi? Satu jasad tidak bernyawa,  dibaluti kafan putih, dikelilingi insan tidak dikenali, Apakah ibu sudah  mati? Apakah ibu tinggalkan aku kini? Apakah ibu tidak berjumpa lagi?  Insan mulia penuh budi.   Ibu mengapa kau tinggalkan aku? Apakah engkau  sudah tidak sudi melihat diriku? Apakah engkau sudah tidak sudi  mendengar suaraku?  Apakah engkau sudah tidak sudi membelai tanganku?   Apakah engkau sudak tidak sudi mengucapkan sayang padaku? Ibu, jawablah  soalanku.            Ibu.. Kini aku sedar akan kasihmu padaku, Perit  hatimu menunggu kupulang, hampir lapan belas tahun ku tinggalkan dirimu,  Tapi aku tidak berdaya, menahan peritnya hatiku menunggu kepulanganmu,   Padahal baru satu purnama kau meninggalkan aku, membiarkan diriku  belayar sendirian.   Ibu.. 
Aku rindu suapan air tanganmu, aku rindu  usapan dikepalaku,  Aku rindu suara lunakmu di awal pagi, aku rindu  lirikkan senyumanmu,   Ibu.. Ketika kecil aku sering menyusahkanmu, Aku  minta mainan, kau carikan untukku, Aku minta pakaian, kau carikan  untukku, Aku minta makanan, kau carikan untukku, Aku minta kasihan, kau  berikan padaku, Aku mintakasih sayang, kau berikan padaku, Berjuta  perkara aku minta padamu, Tetapi aku lupa bahawa engkau juga meminta  kepadaku, Bukan sepuluh, bukan seribu,   Tapi Cuma satu.. iaitu  kejayaan.   Ibu..Dulu kau melahirkan aku, kau menyusui aku, kau  membelaiku,
Kau mengusap dahiku, kau mendidik aku, segalanya terbayang di  langit biru,Kotak cintaku terbang, terbang kesyurga mencari ibu,Cintaku  menyentuh tanganmu ibu, tangan itulah yang membelai diriku,Cintaku  menyentuh lembut bibirmu, bibir itulah yang mencium pipiku,Cintaku  menyentuh kelopak matamu, mata itulah yang menusuk kalbuku,Cintaku  menyentuh sekeping hatimu, hati itulah penawar kehidupanku.   Ibu..  Inilah warkah terakhir buatmu, Inilah risalah terakhir buatmu, Inilah  surat cinta terakhir untukmu,  Akan kusemadikan warkah ini dalam diari  silamku.   Ibu.. maafkan aku..       PesaNan Hana :) -''wahai sahabat...  hargailah bonda kita slagi dia masih di sisi jgn pula menyesal setelah  dia pergi meninggalkan kita-
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan