Di  sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang  mengajarkan murid-muridnya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar  & berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin  menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun. 
Sebelum  menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya.  Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk  tadi, ” ada ayat  yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?” 
“Ya,” jawab anak itu singkat.
” Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz
Anak  itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak  tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk) 
“Ya,”  jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar. Ustaz itu  pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya   lebih muda berbanding  murid-muridnya yang ada.
Dia pun cuba bertanya lebih jauh, “kamu hafal surat An-Nahl?” 
Ternyata  anak kecil itu  menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga  kekagumannya semakin bertambah. Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dgn  surah-surah yang lebih panjang. 
“Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?” 
Anak  kecil itu kembali mengiyakan dan  membacanya tanpa sedikitpun  kesalahan. Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, “Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?”
“Ya,” jawabnya dengan jujur. 
Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan, “Subhanallah wa masyaallah,tabarakkallah”
Setelah   hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas  mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya,” Esok, kalau kamu datang  ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapa mu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”. 
Esok  harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama  ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut,  si ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang  alim, kehormat & pandai.
 Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, “Saya  tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak  ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya disebalik anak  kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki.  Dirumah,  saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak  perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal  juz Amma”.
“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.” 
Ibu  mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing  anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan  itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada  mereka,
“Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini,
“Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti”
Itulah  yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan  berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang  hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya.
Sebuah  keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya  seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita  anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan.  Tetapi tentu perkara itu tidak mudah. 
Apatah  lagi membentuk anak-anak itu mencintai & mencintai Al-Qur’an.  Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan  rasa letih dan susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah  mengatakan,”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuataanya sama dengan seribu lelaki.”
Ya,  perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat &  perkasa. Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak,  adalah tidak mudah. Hanya orang – orang  yang punya kemahuan &  motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah  kesolehan diri. Tidak ada yang lain. 
Ibu  si anak cerdas ini,  dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang  mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah  contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum  lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak  wanita. 
Dengan menangggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, seperti sabda Rasulullah saw,  “Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya.  kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama,  nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim).
Perempuan  yang dikenalkan kepada kita dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak  memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap.  Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah   ditumpahkan untuk  mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih  janin.
 Dalam keadaan  kehamilannya yang berat,  ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan  waktu untuk membaca Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang ada  dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan  itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah  anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat  mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.
Semoga dari kisah diatas dapat kita ambil pelajaran & menjadikan teladan
Sumber: Ibu Yang Sekuat Seribu Lelaki | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/ibu-yang-sekuat-seribu-lelaki/#ixzz1JPdvVERP
 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan