Selasa, 18 Oktober 2011

bayi syurga...! Allah lebih menyayangimu..>!!! 2

❤❤❤❤❤¸¸ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤❤❤❤❤




PAPARAN HARIAN METRO HARI INI MENCERITAKAN TENTANG SATU LAGI KES YANG MEMBABITKAN PEMBUNUHAN KEJAM TERHADAP BAYI YANG TIDAK BERDOSA, GARA GARA KESAN DARI "HABUAN" PERCINTAAN YANG HARAM.

HANYA KERANA TEMAN LELAKI TIDAK MAHU MENERIMA "ANAK" YANG BAKAL DILAHIRKAN, SEORANG PELAJAR TINGKATAN 4 NEKAD MENGELAR BAYI PEREMPUAN YANG BARU DI LAHIRKAN SEHINGGA MATI DAN PERUT TERBURAI DI BILIK ASRAMA SEKOLAHNYA.

KEKEJAMAN INI BERLAKU PADA JAM 7.40 PAGI DAN PELAJAR TERSEBUT DIKATAKAN MELAHIRKAN ANAK YANG CUKUP SIFATNYA, SEBELUM DIA MEGELAR BAYI YANG MASIH HIDUP ITU DENGAN MENGGUNAKAN PISAU PEMOTONG SAYUR SEPANJANG 15cm.

MENURUT SAKSI, SEBELUM KEJADIAN INI BERLAKU, PELAJAR TERSEBUT DIKATAKAN GAGAL HADIR KE KELAS SEHINGGA MENIMBULKAN KERISAUAN DALAM KALANGAN GURU2NYA, LANTAS MEREKA MEMERIKSA BILIK ASRAMANYA. SEBAIK SAHAJA TIBA DIBILIK PELAJAR TERSEBUT, GURU ITU TERKEJUT APABILA MENDAPATI MAYAT BAYI PEREMPUAN YANG CUKUP SIFAT BERLUMURAN DARAH DI ATAS LANTAI BERHAMPIRAN DENGAN SUKSPEK.

BAYI TERSEBUT MENERIMA AZAB YANG SANGAT PEDIH OLEH "IBUNYA" SENDIRI APABILA DIDAPATI TERDAPAT 7 KESAN KELARAN PADA BELAKANG TUBUH, LEHER, TANGAN, RUSUK SELAIN PERUT BAYI ITU. KESAN DARI KELARAN ITu, MENYEBABKAN PERUT BAYI YANG TIDAK BERDOSA ITU TERBURAI.

::APA PERASAAN KITA APABILA SABAN HARI KEJADIAN INI SEMAKIN BERLELUASA SEOLAH OLAH TIDAK MENDAPAT PERHATIAAN DARI PIHAK ATASAN. KEBANJIRAN ANAK LUAR NIKAH INI MENUNJUKKAN KITA BERADA DALAM AKHIR ZAMAN, YANG MANA MENUNGGU MASA UNTUK HARI PEMBALASAN.. KEKEJAMAN MANUSIA YANG LEBIH TERUK DARI BINATANG YANG TIDAK MEMPUNYAI AKAL MENUNJUKKAN JAHILNYA MANUSIA PADA ZAMAN INI YANG TIDAK MENGHIRAUKAN HUKUM DAN AZAB DARI ALLAH S.W.T..

::SEMOGA PAPARAN INI DAPAT MEMBERI PERINGATAN DAN MORAL VALUE KEPADA KITA SEMUA AGAR DAPAT MEGHINDARKAN DIRI DARI MELAKUKAN PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR INI::~waallah hu a'lam :')


إِنًّ اْلإِيْمَانَ سِرْبَالٌ يُسَرْبِلُهُ اللهُ مَنْ يَشَاءُ فَإِذَا زَنَى الْعَبْدُ نَزَعَ اللهُ مِنْهُ سِرْبَالَ اْلإِيْمَانِ فَإِنْ تَابَ رَدَّهُ عَلَيْهِ * رواه البيهقى عن أنس
Sesungguhnya iman itu ibarat pakaian yang dipakaikan Allah kepada orang-orang yang dia kehendaki. Maka ketika seorang hamba berzina, Allah mencabut baju iman itu darinya, dan jika dia bertaubat maka Allah akan mengembalikannya pada hamba itu (HR Baihaqi dari Anas)



عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَا مَعْشَرَ الْمُسْلِمِيْنَ اتَّقُوا الزِّنَا فَإِنَّ فِيْهِ سِتَّ خِصَالٍ ثَلاَثَةٌ فِى الدُّنْيَا وَثَلاَثَةٌ فِى الاۤخِرَةِ فَأَمَّا الَّتِى فِى الدُّنْيَا فَذِهَابُ بَهَاءِ الْوَجْهِ وَقْصُر الْعُمُرِ وَدَوَامُ الْفَقْرِ وَأَمَّا الَّتِى فِى اْلاۤخِرَةِ فَسُخْتُ اللهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَسُوْءُ الْحِسَابِ وَعَذَابُ الاۤخِرَةِ٭رواه البيهقى
Dari Nabi SAW bersabda : "Wahai kaum muslimin, takutlah kamu sekalian pada zina sebab didalamnya ada 6 perkara (yang pasti ditetapi), 3 perkara di dunia dan 3 perkara di akhirat. Adapun 3 perkara di dunia adalah hilangnya kewibawaan wajah, pendeknya umur dan kekalnya kefakiran, sedangkan 3 perkara di akhirat adalah murka Allah yang Maha Barakah dan Maha Luhur, jeleknya hisaban dan siksa akhirat" (HR Baihaqi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan