Khamis, 4 April 2013

rIBA hARAM

Jangan sekali-kali gunakan agama untuk memutarbelitkan peraturan dan perundangan yang ditetapkan agama Islam termasuk dalam soal jual beli serta pinjaman yang apa yang dikatakan sebagai pinjaman kaedah secara Islam itu.

Mana tidaknya pinjaman yang dikatakan sebagai pinjaman mengikut garis panduan kaedah Islam banyak sudah diselewengkan maksud pinjaman itu sendiri. Yang paling menyedihkan kita nama Islam digunakan secara berleluasa oleh institusi kewangan yang mengaku bahawa pinjaman yang mereka uruskan itu adalah secara Islam tetapi pada halnya tidak langsung mengikut apa yang Islam mahukan.

Ini adalah boleh diketegorikan sebagai penipuan dan mencemarkan agama Islam itu sendiri kerana mana mungkin kaedah secara Islam ini menindas sesiapa juga yang berurusan untuk membuat pinjaman secara Islam.

Pertama, apabila kita hendak meminjam membeli rumah atau pun kereta dengan cara Islam kononnya, tetapi mengapa bunga atau faedah yang dikenakan terlalu tinggi hingga kadangkala mencecah lebih daripada sekali ganda harga asalnya. Katakanlah kita ingin membeli sebuah rumah teres berharga RM150.000.00 tetapi mengapa apabila dibuat pinjaman selama 15 tahun atau 20 tahun harganya naik mendadak menjadi RM400.000.00 semasa perjanjian jual beli itu? Tidakkah ini satu penginayaan dan ada unsur-unsur penindasan kepada pelanggan? Alasan diatas mengikut tempuh masa harga pasaran dimasa 15 tahun atau 20 tahun akan datang tidak memuaskan pembeli. Hal ini kerana kita tidak dapat ramalkan apa yang akan berlaku didalam tempoh itu dan agama melarang keras mereka yang melakukan riba sebegitu rupa.

Kedua mengapa kalau kita terlewat bayar beberapa hari sahaja sudah dikenakan denda dan bunganya pula akan meningkat mencecah ratusan ringgit lagi dan apabila kita tidak menjelaskan bunga terlewat bayar tersebut maka bisinglah Pegawai-Pegawai Bank yang menghubungi kita dengan bermacam-macam ugutan. Adakah kaedah Islam melakukan zalim saperti ini? 

Ketiga apakah bezanya pinjaman secara kaedah Islam yang disusun atur oleh bijak pandai Pegawai Kewangan yang mengaku dirinya Muslim sejati dengan secara kaedah konvensional yang berpandukan secara pinjaman ala Yahudi. Saya pendapat. Kedua-duanya lebih kurang seakan-akan sama sahaja dan hanya adanya perjanjian jual beli itu sahaja yang membezakan mereka tetapi dari segi penindasan dan kezaliman terhadap pelanggan tetap ada- penipuan yang begitu terancang.

Tidak ada gunanya belajar bidang agama yang ada kaitannya dengan kewangan kaedah Islam di pusat pengajian tinggi apabila balik dari Mesir atau seumpamanya dan berkerja diinstitusi kewangan yang masih menggunakan sistem riba yang dilaknati oleh Allah itu. Dalam hal sebegini mana perginya Alim Ulama? Tidakkah ini juga tanggungjawab mereka memberikan penjelasan dan bukannya memberikan alasan mencari jalan untuk kepentingan majikan seolah-olah cuba bagi menghalalkan riba itu yang boleh mengelirukan umat? Di mana Islamnya?

Dalam agama jangan sekali-kali kita memandai-mandai menghalalkan yang haram kerana ditakuti akan menjadi kemurkaan Allah yang akhirnya akan hilang punca, hilang nikmat agama dan hilang segalanya serta tiada tempat orang saperti ini diakhirat kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan