Ini sebagai perkongsian:
Sy bc ni dari fb seorang guru bernama maznah mukhtar.
"Sebagai seorang isteri , ibu, guru, menantu, sahabat dan jiran...cuti sekolah amat dinanti untuk melunaskan 1001 tugasan, janji, rehlah, ziarah, walimah,..
Railah tuntutan nubari dan sukma..agar bahagia meniti sepanjang masa..
Saya teringat kisah beberapa bulan lepas apabila menziarahi seseorang di wad psikitri tingkat 5 HUSM...
Wad ini dipagar dan dikawal penuh rapi..
Pelbagai ragam sempat saya perhatikan..
Ada yang asyik makan..ada yang asyik melaram..ada yang kuat bersembang..ada yang bersyarah sorang-sorang..
Tiba-tiba ada seorang pesakit
menepuk belakang saya ..
Meminta sebatang pen dan kertas untuk menulis..
Katanya..dia seorang cikgu.
Saya ingin mengujinya...
Sekolah mana..
Dijawabnya SMK....
Mengajar subjek apa..
Dijawabnya Matematik...
Panjang perbualan saya melayaninya dengan sarat perasaan ingin tahu mengapa dan bagaimana 'cikgu'tu boleh berada di wad istimewa tu.
Katanya dulu..dia meraih banyak kejayaan dan kejuaraan dalam peningkatan akademik dan kokurikulum..
Daripada 10 pelajar dapat 8A PMR..pengetua tekan supaya dapat 20 orang dan seterusnya..
Pagi mengajar..petang kelas tambahan..malam kelas intensif..hari minggu kelas pecutan...
Dia kurang rehat..keluarga terabai..kesihatan terganggu...rumahtangga haru biru .fikiran celaru..
Di padang..dia lincah dan aktif..
Juara bola jaring zon..kemudian ditekan supaya naik jadi juara PPD..kemudian juara negeri...
Bila berhadapan dengan tugasan menimbun, harapan menggunung, tekanan melambung..kesihatan mula menurun, jiwa murung, fikiran kosong, penampilan diri merudum....
Maka..akhirnya...di sini tempat yang selesa dan selamat baginya...
Katanya...sekarang..saya tenang....fikiran jadi lapang..
tak perlu penat mengajar..tak perlu key-in markah..tak perlu bergegas berpenat siang malam.pagi petang...tak perlu melompat-lompat di padang..tak perlu berlorat-lorat menyiap tugasan,,tak perlu siap lesson plan..saya bahagia...saya bahagia..
Cikgu ini mempunyai 3 orang anak dan 4 orang cucu...
Ya Allah, Ya Aziz..Ya 'Alim...
Berhari-hari saya terkenang nasib cikgu ini..
Saya sering menitipkan doa agar sahabat sejawatan ini..walaupun saya tidak kenali...akan dikurniakan kesejahteraan minda dan kesihatan akal fikiran serta ketenangan jiwa...
Saya selalu pahatkan dalam doa agar tugasan sebagai guru ini akan sentiasa direnjis rahmat Ilahi ...sebagai murabbi, mudarris, muallim, muaddib, & mursyid..
Dan doa saya agar segala amanah dan tanggungjawab yang dipikul dapat dilunaskan dengan sebaiknya seiring tugas ini sebagai khalifah Allah di dunia fana ini..serta dihitung sebagai dana hakiki untuk menghuni Jannah abadi..
In sya ALLAH. AMIIN.".......titipan khas buat insan2 brglar guru
Just sharing.......
Sakit jiwa itu pelbagai puncanya. Salah satu adalah tekanan yang menggila dari pihak yang mementingkan dirinya yang tidak pula melihat jauh adakah pelajar yang dihasilkan itu betul-betul mencapai kualiti manusia yang sepatutnya. Kalau hasilnya sangat baik tentulah pelajar kita menjadi hebat di mata dunia, imej negara naik, kita pun tumpang jadi hebat dan merasai nikmat darinya. Tapi adakah itu realitinya? Kita selalu membuat definisi dan kriteria kualiti dan kehebatan mengikut selera kita sendiri untuk memudahkan diri kita dan kumpulan kita.
Sampai ke manakah kita?
Silap gaya kita akan terjun ke neraka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan