Selasa, 3 Mac 2026

Maruah islam

 #PMX

MOHON FAHAM IBRAH KISAH ZAMAN NABI


"Harga Sebuah Maruah: Mengapa Nabi Sanggup Menggerakkan Tentera Hanya Kerana Sekeping Kain?" 


Cuba bayangkan senario ini berlaku di hadapan mata anda pada hari ini.


Maruah agama anda dipijak. Kitab suci anda dihinakan. Kesucian institusi agama diperlekehkan secara terang-terangan oleh golongan pembenci.


Apabila anda dan rakyat bawahan mula marah dan menuntut keadilan, apakah reaksi pertama yang keluar dari mulut para pemimpin atasan?


Mereka akan cepat-cepat meredakan keadaan.

Mereka akan mengeluarkan skrip klise: "Bawa bersabar", "Jangan keruhkan keadaan", "Kita perlu jaga keharmonian kaum", atau "Biarkan pihak berkuasa menyiasat".


Bagi mereka, mempertahankan ego politik dan menjaga hati pihak musuh adalah jauh lebih penting daripada mempertahankan maruah agama sendiri.


Perasaan "cemburu" terhadap agama (Ghayrah) di dalam dada mereka telah lama mati.


Jika anda muak dengan retorik bacul ini, mari kita buka kembali peti kebal lipatan sejarah Islam yang direkodkan di dalam kitab sirah masyhur.


Kira-kira 1,400 tahun yang lalu, Kota Madinah pernah menyaksikan satu tragedi yang menguji erti sebenar "Harga Sebuah Maruah".


Pada waktu itu, terdapat sebuah kabilah Yahudi yang paling angkuh, paling kaya, dan menguasai ekonomi pertukangan emas di Madinah. Nama mereka adalah Bani Qaynuqa'.


Sejarah merekodkan, Bani Qaynuqa' sememangnya telah melanggar Piagam Madinah dengan menunjukkan keangkuhan dan mencabar kekuatan tentera Islam selepas Perang Badar.


Namun, kemuncak kepada kebiadapan mereka yang menjadi pencetus kemarahan umat adalah sebuah tragedi di pasar mereka.


Menurut penceritaan masyhur dalam Sirah Ibnu Hisham, pada suatu hari, seorang wanita Muslimah berjalan masuk ke pasar Bani Qaynuqa' untuk berurusan di sebuah kedai emas.


Melihat wanita Islam itu bersendirian, sekumpulan lelaki Yahudi mula menunjukkan sifat biadap mereka.


Mereka mengganggu, mengejek, dan meminta wanita itu membuka niqabnya.

Wanita itu dengan tegas menolak perbuatan biadap tersebut.


Namun, dasar golongan yang tidak tahu menghormati perjanjian damai, seorang tukang emas Yahudi secara diam-diam telah mengikat hujung kain wanita Muslimah itu ke bahagian atas pakaiannya tanpa disedari.


Apabila wanita itu bangun untuk beredar, kainnya terselak. Auratnya terdedah di tengah-tengah pasar awam!


Serta-merta, pasar itu bergema dengan gelak tawa berdekah-dekah puak Yahudi Bani Qaynuqa' yang seronok melihat maruah seorang wanita Islam diaibkan sedemikian rupa.


Wanita itu menjerit meminta tolong.


Mendengar jeritan itu, seorang pemuda Islam yang kebetulan berada di pasar tersebut tidak berfikir panjang.


Darah jantannya menyirap. Rasa "cemburu" (Ghayrah) terhadap maruah saudara seagamanya membakar jiwa. Dia tidak tunggu polis. Dia tidak tunggu surat amaran.


Pemuda itu terus meluru ke arah tukang emas Yahudi yang biadap itu, bergelut, dan terus memancungnya mati di situ juga!


Melihat rakan mereka dibunuh, puak Yahudi Bani Qaynuqa' bertindak mengeroyok dan membunuh pemuda Islam tersebut sehingga syahid.


Berita pertumpahan darah ini akhirnya sampai ke telinga pemimpin tertinggi umat Islam, Baginda Rasulullah SAW.


Sekarang, renungkan kembali soalan ini. Adakah Nabi SAW bertindak seperti pemimpin politik akhir zaman hari ini?


Adakah Nabi SAW memanggil sidang media dan berkata: "Sabar umat Islam, jangan rosakkan Piagam Madinah. Ini hanyalah kes terpencil. Kita serahkan pada jawatankuasa untuk menyiasat."?


Adakah Nabi takut kehilangan pelabur ekonomi kerana Bani Qaynuqa' menguasai pasaran emas?

TIDAK!


Sama sekali tidak!


Sebaik sahaja Nabi SAW mendengar maruah seorang wanita Islam diaibkan dan darah seorang Muslim ditumpahkan, wajah Baginda berubah.


Nabi SAW tidak bercakap tentang "jaga keharmonian" dengan puak yang telah memijak kepala umat Islam.


Nabi SAW terus menyarung baju perisai, memegang pedang, dan mengarahkan panji perang diserahkan kepada bapa saudara Baginda, Hamzah bin Abdul Muttalib.


Pasukan tentera Islam digerakkan serta-merta!

Mereka berarak mengepung perkampungan dan kubu kuat Bani Qaynuqa'. Kepungan itu bukan sehari dua, tetapi berlarutan selama 15 hari 15 malam.


Puak Yahudi yang angkuh itu akhirnya ketakutan, terputus bekalan, dan menyerah kalah.


Keputusannya? Nabi SAW menghalau seluruh kabilah Bani Qaynuqa' keluar dari bumi Madinah sehelai sepinggang, tanpa sebarang kompromi.


Allahuakbar. Inilah tahap kepimpinan seorang figura agung.


Hanya kerana SATU nyawa dan maruah SATU orang wanita Islam dihina, Nabi SAW sanggup menggerakkan pasukan tentera dan mengepung sebuah bandar.


Bagi Baginda, tiada nilai diplomasi atau keharmonian yang boleh mengatasi kesucian maruah agama.


Tetapi apabila kita melihat senario umat Islam pada hari ini, dada kita menjadi sesak.


Jangankan maruah seorang wanita, malah Al-Quran kitab suci kita dibakar, dipijak, dan nama Tuhan dihina secara terbuka pun, masih ada pemimpin yang tersenyum meminta kita bertenang dan berlapang dada.


Mereka lebih takut dilabel sebagai "ekstremis" oleh musuh, berbanding dilabel sebagai "dayus" di mahkamah Allah kelak.


Penyakit hilang rasa Ghayrah (cemburu agama) inilah yang sedang membunuh umat Islam secara senyap dari dalam.


Subhanallah. Hari ini, apabila kita membaca kembali lipatan sirah yang berdarah ini, kita sepatutnya tersedar bahawa Islam tidak pernah mengajar umatnya menjadi bangsa yang lemah dan menadah pipi apabila disepak.


Nilai sebuah ketamadunan bukan diukur pada betapa tingginya bangunan pencakar langit yang dibina, tetapi ia diukur pada sejauh mana para pemimpinnya sanggup berdiri tegak seperti singa apabila maruah agama dan bangsanya dicabar.


Fikir-fikirkanlah.


___! 

Rabu, 25 Februari 2026

Maruah islam

 Teman tegur dgn sekeras² iman sempena رمضان hari ke 8


Wahai penguasa

Dengar sini

Di mana iman kamu saat kitab suci كلام الله dihina dgn cara dipijak ditapak kaki org kafir لعنة الله؟ 


Org islam yg mati mpertahankan kesucian alQuran... Mati shahid

Ingat tu


Sangat² mguris hati dan melukakan perasaan semua umat islam di Malaysia dan dunia


Menghina AlQuran sama lah seperti mhina Nabi SAW dan الله رب العرش yg agung


Wahai الله

Sempena keberkatan bulan رمضان كريم Kami merafak doa mohon blindung dari Fitnah dan kelicikan penguasa² korup akhir zaman. 


Engkau timpakanlah laknat ke atas penguasa yg bsekongkol dgn org² kafir yg sangat² jelas memusuhi islam dan juga yg bsekongkol dgn dajjal 


يا قهار 

يا جبار 

يا منتقم


امين

امين

امين يا رب العلمين


Lelaki

 Jgn baca siang رمضان

Baca malam² ... Sebelum tido..


Lelaki,seks,cinta dan kuasa. 


Part 1.

Dah lama aku pendam,dan dah lama aku nak luahkan.

Sekarang, setelah berkawan dgn lelaki di social media dan membuat pemerhatian, akhirnya aku tak boleh tahan sebab aku sendiri mnjadi saksi kesemua ni. Kali ni aku akan tulis,dengan rasa penuh keangkuhan pd 99% wanita yg tinggal dlm kebodohan.


Ya, 99% wanita adalah bodoh, perosak bangsa, keji, dan selevel dengan keldai tua. mentality mereka adalah "wanitalah yg sentiasa mangsa, sentiasa ditindas, merekalah yg sentiasa berkorban dan merekalah terpaling suci mulia sorga betapa agung maha lindungan kaabah. Dan lelaki pula adalah semua sama, penindas, perosak wanita dll

 

Mari aku terangkan siapa lelaki.

Lelaki adalah mahkluk yg fitrahnya adalah menakluk, dan memimpin. Musuh mereka adalah segalanya kecuali wanita yg mereka cintai. Mereka keluar setiap hari bekerja seumpama pergi berperang,untuk wanita mereka cintai. Lelaki menzahirkan cinta melalui seks, mereka tenang dengan seks, dan seks membuat mereka rasa diperlukan,diharapkan,dan mereka merasa cinta mereka berbalas. 


Maka dari situ mereka akan lebih mencintai wanita mereka. Kewajipan seorang isteri adalah MELAYANI suaminya. Bukan DILAYANI. Ingat tu 


Jika seks mereka sering ditolak, perempuan yg setaraf keldai tua ni akan anggap itu hak mereka utk menolak, walaupun tanpa alasan. Sebenarnya seks yg ditolak akan buat si lelaki td merasa cintanya ditolak. Merasa dirinya xdiperlukan. Dia akan merasa rendah diri kerana


Manifestasi cintanya dianggap tidak berharga. Bg keldai tua,ini hal kecil. Tapi yelah, dah dasar keldai tua kecik2 xnk mampus, bila lelaki makan luar, pasang scandal atau tergoda denganku, tiba2 si keldai tua umumkan di berita bahawa dia telah dianiaya. Aku menolak feminisme, dan hak samarata jantina. Krn bagi aku, lelaki perlu jd lelaki dan takluklah seluas luasnya muka bumi. 


Lelaki yg terlalu lama ditolak keinginan seksual akhirnya akan berputus asa dan merasa xdiperlukan, lalu mereka mula berputus asa, mereka mula hilang sifat pemimpin dan psikology mereka mula runtuh, lalu mereka tidak lagi menakluk. Sebab itu HANYA DI MALAYSIA BANGSA MAJORITY BERSIKAP SEPERRTI MINORITY. Ditekan dibuli,dijajah sampai tahap dihina pun, lelaki kita hanya mampu melaungkan "pantang berundur kecuali bini panggil".


 Aku menghormati lelaki dan aku meletakkan mereka sbg ciptaan teragung tuhan sbg khalifah muka bumi. Aku tunduk hormat pada mereka yg tidak mengadu dan mengeluh walau sesukar apa utk mereka menyara anak isteri. Aku tunduk dengan penuh hormat pada lelaki yg walaupun dah menghancurkan diri namun sisa kudratnya masih utk anak isteri. 


Ya, seorang ibu bersusah payah mengandung dan membesarkan anak. Namun ada seorang suami dan bapa bekerja setiap hari sampai mati sedangkan hasil kerjanya utk anak isteri, kdg2 aku lihat lelaki pakai 1 baju dan dia jaga bertahun tahun. Aku tamatkan part 1 dengan BEHIND GREAT MAN MUST GREAT WOMAN, BEHIND RUDE GUY, THERE WHO NOT TREATING HIM WELL. 


aku seru dan ajak dgn penuh rasa rendah hati, wahai wanita, kita perlu betulkan semua ni sebab allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubahnya sendiri. Well... 


Cnp

Credit to owner

Islam

 Cnp

Tularkan sepuas² nya.

Sampai #PMX #KPT #UMPSAMalaysia #JAKIM  respon


Pijak al-Quran vs Tarian ‘Menghina’ Agama Hindu


Saya pasti masyarakat Malaysia masih ingat peristiwa beberapa orang penyampai radio yang dikatakan telah melakukan tarian yang menghina agama Hindu di Malaysia.


Semua yang tahu berkaitan isu ini pasti masih ingat berkaitan dengan reaksi masyarakat Hindu Malaysia pada waktu tersebut dan kesan daripada reaksi tersebut kepada penyampai-penyampai radio tersebut.


Sedangkan perbuatan tarian tersebut bukan 100% terbukti bahawa ia dilakukan berkaitan agama Hindu.


Namun, telah berlaku apa yang berlaku.


***


Lihat pula apa yang berlaku dalam kes pijak al-Quran yang heboh sehari dua ini yang merupakan satu tindakan yang terang-terang biadap dan melanggar undang-undang di Malaysia.


Kami umat Islam menuntut tindakan undang-undang yang tegas kepada individu yang tak kenal untung sebegini.


Saya tidak suka untuk bercakap atas dasar bangsa dan warna kulit. Tetapi, ada ketikanya kita terpaksa menyatakan hakikat walaupun ia perit supaya orang yang tidak sedar diri menjadi sedar.


Kalaulah nenek moyang lelaki tersebut kekal di negara asalnya, adakah dia akan hidup bahagia dan selesa sebagaimana hidupnya di Malaysia?


Orang yang tidak reti untuk hormat perlembagaan dan undang-undang negara Malaysia, bolehlah berpindah ke mana-mana negara yang kamu suka.


Kenyataan saya ini hanya terpakai kepada orang yang tidak sedar diri dan bukannya kepada seluruh masyarakat India atau Hindu atau bangsa dan agama sekalipun.


***


Kepada para pemimpin Islam:


Ya, Islam itu agama rahmah. Namun, ia bukan agama yang lemah.


Kalian pasti akan dipertanggungjawabkan atas kuasa dan jawatan yang kamu ada sekarang.


Ingatlah, kalian akan mati dan disoal di hadapan Allah SWT atas amanah ini.

Selasa, 24 Februari 2026

Berbuka

 Padunya coretan seorang AJK Masjid di Taman Sri Gombak yg menyiapkan hidangan berbuka:


*Ramadan Bukan Sekadar Pahala Terawih, Tetapi Kita Jadi Manusia*



4 hari berturut-turut mereka berbuka di masjid.. sampai aku sendiri tak tahan air mata 😢


Ramadhan kali ini Allah bagi aku satu pelajaran yg aku rasa ramai patut baca sampai habis.


Sebagai AJK masjid, setiap petang memang aku ada awal untuk uruskan juadah berbuka. Hari pertama aku perasan satu keluarga kecil suami, isteri dan tiga orang anak.


Datang awal.

Duduk di hujung saf.

Ambil makanan sekadar perlu.

Tak pernah tambah.

Tak pernah berebut.


Aku fikir mungkin musafir.


Hari kedua.. ada lagi.

Hari ketiga.. masih sama.

Masuk hari keempat, hati aku mula tak sedap.


Petang itu aku ambil satu dulang dan duduk sekali dengan mereka.


Aku tegur abang tu perlahan,

“Abang duduk mana?”


Dia senyum. Tapi senyum dia bukan senyum orang tenang. Senyum orang yg sedang menahan sesuatu.


Selesai makan dan solat Maghrib, dia tarik nafas panjang.


“Tuan.. boleh saya minta izin? Kalau boleh kami nak berbuka di sini sepanjang Ramadhan.”


Nada suara dia berubah.


Aku tanya, “Kenapa bang?”


Dia tunduk lama sebelum jawab.


“Saya baru hilang kerja. Kilang tutup dua minggu lepas. Duit simpanan dah habis. Rumah sewa tertunggak. Elektrik dah kena potong. Dalam rumah ada beras sikit je. Nak masak pun tak boleh.”


Isterinya diam. Anak² pula makan bersih satu persatu. Tak ada perangai. Tak ada merengek.


“Tiap hari saya keluar cari kerja. Tapi belum ada rezeki. Saya tak minta duit tuan.. saya cuma minta izin. Biar anak² saya tak tidur lapar.”


Ayat tu tembus terus ke dada aku.


Tiba² anak sulung dia bersuara kecil,

“Abah, tak apa. Kat masjid best. Ramai orang.”


Dia cuba kuatkan ayah dia.


Allahu..


Kita kadang² ambil makanan lebih sebab takut tak cukup.

Kita kadang² komplen lauk tak sedap.

Tapi ada orang datang masjid sebab itu saja tempat yang masih ada lampu dan makanan panas.


Malam itu kami AJK sepakat bantu senyap². Bayarkan elektrik, hulur sedikit belanja dapur dan usahakan kerja melalui kenalan jemaah.


Tapi yg paling aku tak boleh lupa..


Seorang ayah yg sanggup telan ego,

bukan untuk dirinya,

tapi untuk anak²nya.


Ramadhan bukan sekadar tentang pahala terawih.

Ramadhan adalah tentang kita nampak atau tidak orang yg duduk sebelah kita.


Aku nak tanya jujur..


Kalau hari ini Allah cukupkan rezeki kita,

berapa kali kita tengok kiri kanan sebelum ambil makanan?


Dan kalau kita nampak keluarga macam ni di masjid..

adakah kita tegur?

atau kita hanya pandang sekali lalu?


Kalau kau baca sampai sini, aku minta satu je..


Tolong jangan ambil makanan berlebihan waktu berbuka.

Dan kalau ada kemampuan, hulurkan bantuan walau sedikit.


Mungkin bagi kita kecil.

Tapi bagi mereka.. itu maruah yg sedang diselamatkan.


Kalau kau setuju, tinggalkan satu ❤️ di komen.

Dan kalau kau pernah berada di tempat abang ini, tulis “Saya pernah” supaya orang lain tahu, ujian ini benar² wujud.


Semoga Ramadhan kali ini bukan sekadar kita kenyang..

tapi kita jadi manusia.


Sumber - Izrien TPP (Kisah benar untuk iktibar pembaca)

Fb Taman Sri Gombak