Ahad, 6 Julai 2025

Shaheed

 Kelmarin, media sosial mula dipenuhi dengan berita kematian Asaf Zamir, salah seorang tentera pengganas Israel. 


Namun yang lebih menggemparkan bukan sekadar kematiannya, tetapi bagaimana dia mati.


Asaf Zamir bukan dibunuh oleh roket jarak jauh, bukan juga dalam pertempuran berskala besar.


Dia dibunuh oleh seorang mujahid, seorang pejuang solo dari Gaza, yang telah lama menanti peluang untuk menebus kembali darah yang tumpah di bumi yang dijajah.


Ya, hanya seorang pejuang, yang selama berminggu-minggu atau mungkin berbulan  bersembunyi di celah-celah runtuhan, bersabar dalam senyap, menanti detik emas yang telah lama dia rancang.


Dan detik itu tiba.


Sebuah kereta kebal Zionis dari Batalion ke-53 sedang melalui kawasannya. 


Dia tidak menunggu lebih lama. 


Peluru berpandu anti-kereta kebal dilancarkan tepat ke arah sasaran.


Letupan besar pun berlaku.


Kereta kebal itu terbakar sepenuhnya. 


Komandernya mati serta-merta, tiga askar lain cedera parah.


Kekecohan pun bermula.


Dalam keadaan panik, tentera Israel menghantar satu pasukan penyelamat lengkap dengan 20 askar, kereta perisai dan dron untuk menyiasat serangan dan menyelamatkan yang cedera.


Tetapi mereka tidak tahu bahawa pejuang itu masih belum pergi.


Pejuang itu masih di situ. 


Menunggu mangsa kedua.


Dan apabila kumpulan penyelamat itu tiba, dia melancarkan satu lagi serangan. 


Kesannya, lebih ramai tentera penjajah terbunuh dan cedera.


Boleh anda bayangkan?


Semua ini dilakukan oleh seorang rijal (lelaki ) sahaja.


Bersenjatakan senapang dan RPG, dia berdepan satu batalion lengkap bersenjata moden dan dia berjaya menghancurkan mereka, satu demi satu, tanpa seorang pun tahu siapa dia dan tiada seorang pun sempat melihat wajahnya.


Inilah kehebatan pejuang “Made in Gaza”.


Berjiwa besar, berstrategi tinggi dan tidak gentar menghadapi maut.


Mereka bukan tentera bergaji, bukan graduan dari akademi ketenteraan Barat.


Tetapi mereka dibina daripada keimanan, sabar dan tekad untuk syahid atau menang.


Mereka bukan seperti “tentera-tentera Arab” yang gah pada uniform tetapi lumpuh di medan jih4d.


Bahkan mereka lebih mulia daripada pasukan tentera Mesir, yang sering dibangga-banggakan tetapi kaku melihat saudara di Gaza disembelih saban hari.

Jumaat, 4 Julai 2025

Pendidikan

 NYALA RASA GURU


Dr Azam ni mantan SISC+ yang terkenal dengan sifat Melaka-nya yang tinggi. Bold dan outspoken. Orang kabo jenis sound tegak je. Reputasi dia ni mendahului tuannya di mana-mana. 


Petang tadi dia hadir ke bumi Pahang untuk satu sesi Bicara Profesional : Nyala Rasa Guru. Dia bertanggungjawab dalam salah satu langkah reformasi non-negotiable - Latihan Guru. Maka perkara utama yang perlu dia address adalah keperluan untuk kembali kepada asas perguruan. 


Soal kepimpinan pentadbir :


"Sibuk nak gi umrah. Lepas umrah, umrah. Benda penting macam kehadiran, enrolmen STEM, pencapaian Bahasa Inggeris, kau tak amik tahu pun." 


Isu pendidikan digital :


"Zaman dah digital, kau mengajar gaya analog. Dua tambah dua kau masih guna biji getah. Budak tu kat Internet memacam dah dia belajar. Bila budak boring, tanak datang sekolah, kau salahkan peperiksaan takde. Amendeeee.."


Kurangkan ceremonial : 


"Tuan-puan jangan risau. Di padang Mahsyar tak disoal isu tak sambut ketua dengan kompang dan gamelan. Budak tak reti membaca tu yang akan disoal." 


"Lepas potluck, potluck. Potluckkkk manjang. Ingat sikit Saidina Umar tak suka perut tu buncit"


Kontroversi PBS


"PBS ni diperkenalkan tahun 2011. Masa tu Fadhlina tengah belajar lagi. Kau punya malas nak faham, orang tu pulak kena terangkan kat Parlimen." 


"Cikgu anak saya tak terangkan langsung pasal result PBD. Pukul 8:30 pagi lepas dia pass result dia cakap encik boleh bawak anak balik dah." 


Sesi petang tadi walau macam kelakar campur tegang, aku rasa (aku harap) jadi ruang untuk semua orang refleks. Dr Azam memang bagus tapi sebenarnya, semua guru patut jadi sebagus dia. Baru kita tak pening kepala mengadap perubahan. Kalau tak semua pun, setidak-tidaknya sebahagian besar. 


Terima kasih Dr Azam. Sampai jumpa lagi dalam wadah yang lain. Teringat kata-kata sahabat di matrikulasi dulu..


"Hidayah ni datang dalam pelbagai bentuk."


Kadang-kadang dia hadir bagaikan petir!

Selasa, 17 Jun 2025

Rafizi

 𝐄𝐏𝐈𝐋𝐎𝐆  𝐂𝐄𝐑𝐈𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐒𝐄𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐔𝐒𝐊 - 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐀𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐅𝐈𝐙𝐈 𝐑𝐀𝐌𝐋𝐈


𝟏𝟔 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓


Hari ini berakhirnya suatu perjalanan diri ini berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Kanan Kepada Menteri Ekonomi (SUSK). Umum sedia maklum YB Dato’ Seri Rafizi Ramli telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi berkuatkuasa 17 Jun 2025. Dengan peletakan jawatan tersebut, saudara Rafizi (beliau lebih mesra disapa sebegini) akan meneruskan khidmatnya sebagai Ahli Parlimen Pandan sehingga tempoh penggal Parlimen kelima belas.


Sejak awal kemunculan sebagai SUSK Menteri Ekonomi, ramai tertanya-tanya bagaimana saya dilantik untuk berkhidmat sebagai SUSK kepada saudara Rafizi. Sepanjang perkhidmatan saya sebagai penjawat awam, tidak pernah terlintas di fikiran, apatah lagi berhasrat untuk bertugas kepada mana-mana menteri. Saya sentiasa menafsirkan pegawai yang berkhidmat di Pejabat Menteri ini mempunyai “liga” yang tersendiri kerana mereka lebih terlatih serta berpengalaman dalam perjalanan urus tadbir pejabat menteri itu sendiri. 


Izinkan saya menyingkap secebis dua kenangan hampir 2 tahun 6 bulan bertugas sebagai SUSK kepada saudara Rafizi dari satu sisi yang berbeza. Pastinya saya tidak menyentuh perkembangan mutakhir ini, terutamanya perihal yang melibatkan sensitiviti politik. Cukuplah sekadar saya ceritakan pengalaman berkhidmat kepada seorang insan yang mencuri tumpuan ramai di persada politik tanah air.


Selepas Pilihanraya Umum ke-15 pada tahun 2022, saya telah menerima panggilan daripada saudara Rafizi sendiri, di mana beliau telah memulakan tugas sebagai Menteri Ekonomi. Pada ketika itu, saya masih bertugas sebagai Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Sudah tentu saya amat terkejut apabila mendapat panggilan itu, di mana kali terakhir kami berurusan secara rasmi adalah pada tahun 2014. Saya bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah (ADO) di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat (PDTHL) dari tahun 2010 sehingga 2014. Saudara Rafizi telah mula dipilih sebagai Ahli Parlimen Pandan pada tahun 2013. Saya telah mengenali beliau sebelum beliau menjadi Ahli Parlimen Pandan lagi di mana beliau turut serta di dalam program-program yang dianjurkan PDTHL di kawasan Parlimen Pandan. Untuk makluman, kawasan pentadbiran Parlimen Pandan terletak di dalam daerah Hulu Langat. Apabila ditawarkan untuk menjadi SUSK, saya telah memohon masa selama tiga hari untuk berfikir sebelum membuat apa-apa keputusan. Selepas tiga hari berlalu, saya tidak memberi apa-apa respon terhadap tawaran beliau sehinggalah Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi yang juga mantan ketua saya di Pentadbiran SUK Selangor menghubungi saya dan memberi masa 3 jam untuk membuat keputusan segera.


Setelah mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak serta memikirkan segala pilihan sedalam-dalamnya, saya telah menghubungi saudara Rafizi dan menyatakan persetujuan untuk menerima tawaran beliau secara bersyarat. Saya memohon pertimbangan beliau untuk memulakan tugas pada 1 Januari 2023 kerana ingin mengambil cuti rehat yang panjang bagi meluangkan masa bersama keluarga sebelum memulakan tugas di Pejabat Menteri Ekonomi. Jawapan saudara Rafizi ketika itu sangat menyenangkan.. “𝘁𝗲𝗿𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘆𝗼𝘂 𝗻𝗮𝗸 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝘂𝗴𝗮𝘀. 𝗖𝘂𝘁𝗶𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗽𝘂𝗮𝘀𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝘁𝘂𝗴𝗮𝘀𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗸𝗮𝗹 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝘁𝗶 𝘆𝗼𝘂 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗻𝗮𝗻𝘁𝗶”.


Semasa melapor diri pada 2 Januari 2023, arahan pertama saudara Rafizi cukup ringkas dan mudah, “𝘆𝗼𝘂 𝗯𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗶𝗸𝗻𝘆𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗴 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶, 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶  𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗵𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶. 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗿𝘁𝗮𝗯𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗲𝘀𝗽𝗲𝗰𝗶𝗮𝗹𝗹𝘆 𝘆𝗼𝘂 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗣𝗧𝗗 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗴 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶, 𝗳𝗶𝗸𝗶𝗿 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗽𝗮. 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗮𝘇𝗶𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗺𝗲𝘄𝗮𝗵 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶. 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗺𝗲𝗺𝗶𝗸𝗶𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝗿𝗲𝗺𝗲𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗮𝗶 𝗽𝗿𝗼𝘁𝗼𝗸𝗼𝗹 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗳𝗼𝗸𝘂𝘀 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘁𝘂𝗴𝗮𝘀 𝗵𝗮𝗸𝗶𝗸𝗶 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻. 𝗧𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻. 𝗪𝗲𝗲𝗸𝗲𝗻𝗱 𝗶𝘀 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝘁𝗶𝗺𝗲 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗳𝗮𝗺𝗶𝗹𝘆. 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗣𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻, 𝘆𝗼𝘂 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝘂𝗴𝗮𝘀𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗽𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸”.


Arahan awal itu sangat memudahkan saya dan para pegawai Kementerian Ekonomi (KE) menyelaraskan tindakan-tindakan yang perlu dibuat. Di awal pentadbiran saudara Rafizi di KE, beberapa kertas penting dan slide presentation disediakan sendiri oleh beliau sehingga menimbulkan kegelisahan dan rasa serba salah di kalangan pegawai KE. Selain itu, pegawai tidak perlu menyediakan nota percakapan dan memberi “briefing” kepada menteri sebelum menghadiri sesuatu mesyuarat. Cukup sekadar menghantar dokumen rujukan sehari sebelum mesyuarat sekiranya ia tidak boleh diakses melalui sistem mesyuarat. Pegawai juga boleh menghantar soft copy secara PDF sahaja kepada beliau bagi membolehkan beliau merujuk dokumen tersebut melalui iPad yang sentiasa bersama beliau. Tujuan beliau hanyalah semata-mata untuk memudahkan para pegawai serta mengelakkan masa terbazir semata-mata untuk “brief” menteri sahaja. Semoleknya masa tersebut digunakan untuk menyiapkan tugasan hakiki pegawai yang lebih utama.


Pada kaca mata saudara Rafizi, pegawai-pegawai kementerian tidak perlu membazirkan masa melayan menteri. Contohnya, beliau tidak mahu tradisi pegawai beramai-ramai menyambut kehadiran menteri di lapangan terbang serta hotel ketika program-program anjuran kementerian. Beliau telah mengarahkan agar tiada lagi sambutan karpet merah sekiranya program tersebut melibatkan beliau sebagai VVIP utama. Namun, adakalanya pegawai masih menyediakan juga karpet merah kerana telah terbiasa dengan persediaan protokol majlis rasmi kerajaan. Saya dan pegawai lain di Pejabat Menteri Ekonomi sangat jarang mengiringi beliau ke mesyuarat yang hanya melibatkan menteri kerana beliau sememangnya tidak gemar norma tersebut dilazimi. Bagi beliau, masa yang ada perlu digunakan sebaiknya untuk para pegawai menyiapkan tugasan hakiki. Ayat beliau yang amat saya ingati, “𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗽𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶-𝗽𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶-𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝗻𝗮𝗸 𝘁𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸 𝗮𝗸𝘂 𝗸𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗼𝗸𝘂𝗺𝗲𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗺𝗲𝗷𝗮 𝗺𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁, 𝗮𝗸𝘂 𝗽𝘂𝗻 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗸𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝘁𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗱𝗼𝗸𝘂𝗺𝗲𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. 𝗕𝗮𝗶𝗸 𝗸𝗮𝘂 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗹𝗮𝗶𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗶 𝗼𝗳𝗳𝗶𝗰𝗲”.


Malah, sekiranya terlibat dengan lawatan rasmi ke luar negara, beliau sebolehnya mengelakkan untuk membawa pegawai dari pejabatnya beramai-ramai. Cukup sekadar seorang dua pegawai Kementerian untuk hadir sama. Sekiranya pegawai Pejabat Menteri turut menjadi rombongan, mereka perlu memberi nilai tambah semasa lawatan tersebut yang boleh memberi kesan positif kepada negara hasil daripada lawatan tersebut. Bukanlah sekadar penumpang yang “makan angin” semata-mata. "𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 𝗽𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗻𝗮𝗸 𝗰𝗵𝗲𝗰𝗸-𝗶𝗻 𝗯𝗲𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗵𝗼𝘁𝗲𝗹 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶, 𝗮𝗸𝘂 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗽𝗲𝗿𝗴𝗶 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. 𝗖𝘂𝗸𝘂𝗽 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝘂𝗿𝘂𝘁 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗽𝘂𝗻 𝗱𝗮𝗵 𝗮𝗱𝗮 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗞𝗲𝗱𝘂𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂 𝗮𝗸𝘂. 𝗕𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗷𝗶𝗺𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗸𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗽𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶-𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝗸𝗲 𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮”, tegas Saudara Rafizi.


Sepanjang menjadi SUSK, kebanyakan hujung minggu saya adalah bersama keluarga kecuali jika ada program rasmi yang tidak dapat dielakkan. Saudara Rafizi seboleh-bolehnya tidak mahu mengambil masa cuti pegawai-pegawai KE di hujung minggu, cukup sekadar memanfaatkan 5 hari bekerja untuk menyelesaikan tugasan kementerian. Saya juga seboleh mungkin mengelak untuk menghubungi beliau semasa cuti kecuali jika terdapat sesuatu perkara yang amat penting yang memerlukan keputusan segera. Beliau juga jarang menghubungi saya ketika weekend atau cuti kerana prinsip beliau amat jelas beliau tidak akan mencuri masa pegawai bersama family.


Malah, ketika beliau mengalami serangan jantung ketika hujung minggu pun beliau menguruskan sendiri urusan kemasukan ke hospital dan hanya menghubungi saya setelah hari bekerja untuk datang bagi urusan-urusan berkaitan dengan “admission” tersebut. Apabila ditanya kenapa tak hubungi sahaja saya untuk urusan kemasukan hospital itu, beliau berkata, “𝘀𝗲𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗜 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝗴𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝘆𝗼𝘂 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗳𝗮𝗺𝗶𝗹𝘆 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗰𝘂𝘁𝗶, 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗜 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘂𝗿𝘂𝘀, 𝗜 𝘂𝗿𝘂𝘀 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶”. Itulah sifat luhur beliau sebagai seorang bos yang tidak mahu menyusahkan pegawai.


Sepanjang berkhidmat bersama saudara Rafizi, saya tidak pernah mencampuri atau turut serta dalam program politik. Pengasingan tugasan rasmi kerajaan politik telah dipisahkan dengan arahan jelas saudara Rafizi kepada pegawai-pegawainya. Beliau juga begitu tidak menggunakan kemudahan Kementerian untuk urusan politik beliau. Semasa berkempen Pilihan Raya Umum di lima negeri pada tahun 2023, beliau langsung tidak menggunakan kemudahan kereta rasmi kerajaan dan segala bayaran kerja lebih masa pemandu serta Pengawal Pengiring Menteri dibayar menggunakan perbelanjaan poket beliau sendiri.


Itulah secebis kisah di sebalik tabir sepanjang perkhidmatan saya sebagai SUSK Menteri Ekonomi. Ada lagi sebahagiannya yang saya simpan sebagai kenang-kenangan sendiri. Mungkin juga saya akan ceritakan semasa saya bersara sebagai pegawai Kerajaan kelak. Rasanya, tidak perlu saya ceritakan dasar-dasar baharu yang telah dibawa oleh saudara Rafizi sebagai Menteri Ekonomi kerana ia telah diulas oleh pihak Kementerian serta pelbagai pihak yang terlibat secara langsung. Semoga perkongsian cebisan pengalaman selama 2 tahun 6 bulan ini memberi perspektif yang tersendiri terhadap budaya dan cara kerja saudara Rafizi yang boleh diteladani oleh seluruh penjawat awam.

 

Buat YB Saudara Rafizi Ramli, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih di atas peluang yang diberikan selama ini. Ternyata saudara seorang ketua yang mudah diurus, tidak banyak kerenah serta tidak mementingkan kemewahan dalam sambutan sebagai menteri. Cukup sekadar diberikan kemudahan yang diperlukan sahaja. Saya doakan agar YB terus diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan, dilindungi, sentiasa diberkati Ilahi, serta dimakbulkan setiap impian dan doa saudara. Pastinya warga kerja Kementerian Ekonomi akan merindui kepimpinan YB yang hadir dengan santun, hemah, cekap dan pintar dalam menggarap idea-idea baru. Tidak dilupakan juga, keputusan-keputusan tuntas dan jelas daripada saudara yang memudahkan urusan Kementerian demi memastikan setiap program yang dirancang memberi impak yang positif kepada rakyat dan negara. 


𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐘𝐁 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐅𝐈𝐙𝐈 𝐑𝐀𝐌𝐋𝐈 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐉𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐂𝐔𝐑𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍

Selasa, 10 Jun 2025

Akhir zaman

 Jangan Kahwini Wanita Yang Menganggap Kepatuhan Boleh Dirunding

Mari kita jelaskan satu perkara:


Wanita moden bukan menolak kepatuhan.


Mereka cuma jenamakan semula.


Sekarang mereka panggilnya:


– “Hormati secara bersama”

– “Keselamatan emosi”

– “Kepimpinan dua hala”


Tetapi maksud sebenar mereka ialah:


“Saya akan ikut pimpinan awak... jika awak ikut semua kehendak saya.”


Mari kita huraikan:


1. “Hormat Perlu Diperoleh” Adalah Penipuan Terbesar Dalam Hubungan Moden

Kita dah biasa dengar:


“Saya akan patuh jika lelaki itu layak.”


Kedengaran wajar, bukan?


Sampai kita sedar:


– Dia yang tentukan bila kamu “layak”

– Dia ubah standard setiap bulan

– Dia sentiasa “menilai”, tapi tak pernah menyerah


Itu bukan kepatuhan.


Itu ketaatan bersyarat berdasarkan prestasi.


Maknanya:


Kalau kamu berhenti “berprestasi”, dia berhenti “mengikut”.


Itu bukan isteri.


Itu kontrak yang ada klausa keluar.


2. Jika Ia Perlu Diperoleh—Ia Juga Boleh Ditarik Balik

Saat kepatuhan bergantung pada hasil kamu?


Kamu bukan lagi pemimpin dia.


Kamu pekerja dia.


Dia tak ikut kebijaksanaan kamu.

Dia menilai keputusan kamu.


– Kamu hilang kerja? Dia tarik hormat.

– Kamu gagal capai sesuatu? Dia soal hala tuju kamu.

– Kamu melalui musim sukar? Tiba-tiba kamu “beracun” dan “mengongkong”.


Kerana kesetiaannya bukan pada misi.


Ia pada masa senang.


Dan bila masa jadi sukar?


Mulut dia jadi lebih tajam.


3. Kepatuhan Bukan Ganjaran—Ia Peranan

Seorang pemimpin tidak tunggu tepukan untuk mula memimpin.


Dia memimpin dulu.


Peranan datang dengan tanggungjawab.


Begitu juga kepatuhan.


Ia bukan sesuatu yang dia beri bila dia rasa selamat.


Ia adalah sesuatu yang dia komited bila dia memilih kamu.


Bukan hanya bila mudah.

Bukan hanya bila dia setuju.

Bukan hanya bila emosinya stabil 100%.


Tetapi bila visi memerlukan ia dilakukan.


4. Kepatuhan Palsu Hanyalah Bayaran Pendahuluan Untuk Pemberontakan

Dia akan pakai gaun pengantin. Kata “Ya.” Tayang cincin.


Dan masa bulan madu, dia akan “berlakon patuh”.


Tapi tunggu hingga kamu menegur dia.


Tunggu kamu kata “Tak boleh.”


Tunggu kamu minta dia padam aplikasi tu, berhenti ikut lelaki tu, ubah sikap tu.


Masa tu kamu akan dengar:


– “Saya bukan hamba awak.”

– “Hormati saya juga.”

– “Awak tak boleh suruh saya ikut suka hati.”


Itu bukan kepatuhan.


Itu godaan bertopengkan taat.


5. Dia Mahu Komitmen Dulu—Agar Dia Boleh Cabar Kamu Kemudian

Ini formula moden:


– Lemah-lembut sampai majlis kahwin.

– Manis mulut sampai anak lahir.

– Diam sampai rumah atas nama dia.


Lepas tu, dia tukar skrip.


Dia bukan mahu lelaki untuk memimpin.


Dia mahu lelaki untuk ikut pelan dia.


Jadi dia berlakon.


Kaut keuntungan.


Dan kemudian kata:


“Saya dah berubah.”


Tidak—dia bukan berubah.


Dia terbongkar.


6. Wanita Yang Benar-Benar Patuh Tak Tunggu Syarat

Kepatuhan sebenar berkata:


“Saya percaya pada pimpinan kamu walaupun saya belum faham sepenuhnya.”


Kepatuhan palsu pula berkata:


“Saya akan ikut... bila saya rasa nak.”


Tapi inilah hakikat yang pedih:


Kamu tak boleh bina empayar dengan wanita yang runding soal taat.


Kerana bila pertempuran memuncak, dan hala tuju jadi kabur—kamu perlukan dia yang berpaut teguh.


Bukan yang menilai-nilai.


Kata Akhir: Jika Kepatuhannya Adalah Alat Rundingan—Kamu Sudah Dalam Perjuangan Kuasa

Wanita moden akan berkata:


“Saya taat... kalau dia layak.”


Tapi bayangkan seorang askar berkata kepada jeneral:


“Saya akan ikut arahan—bila awak buktikan awak betul.”


Atau penumpang berkata kepada juruterbang:


“Saya akan kekal dalam kapal—kalau awak terangkan setiap keputusan.”


Itu bukan kepercayaan.


Itu ketegangan yang menanti meletup.


Dan dalam perkahwinan?


Ketegangan membunuh haluan.


Jadi, inilah peraturannya:


Jangan kahwini wanita yang anggap kepatuhan itu hadiah.


Kerana sebaik sahaja dia fikir dia ada kuasa tawar-menawar?


Dia akan habiskan seluruh perkahwinan membuktikan dialah yang patut memimpin.


Dan visi kamu akan mati di bawah syarat dia.

Upsi

 TAKDIR ALLAH ITU TIDAK PERNAH TERSILAP. SEMUANYA SEMPURNA PADA WAKTUNYA.


Bas itu…

Sepatutnya dipandu oleh abahnya

Tapi malam tu, abahnya tak dapat bawa, sebab kena hantar anak-anak ke KL. 


Maka digantikan dengan pemandu lori yang baru sahaja masuk jadi driver gantian.


Dan malam itu…

Bas itu terbalik.


Di tempat  lain pula, ada seorang pelajar , yang terlambat 10 minit .

Lalu pada malam itu, bas pun berlalu pergi tanpa dia.


Mungkin masa tu dia menangis. 

Rasa kecewa. 

Rasa terkilan sebab tak sempat naik.


Tapi siapa sangka…

10 minit itu sebenarnya yang menyelamatkan nyawa dia.


Bila kita renung balik , kita nampak betapa semua ini bukan kebetulan.


Allah yang atur setiap detik.

Setiap siapa yang naik, siapa yang tak sempat.

Siapa yang bawa, dan siapa yang tak jadi bawa.


Hinggakan siapa yang duduk seat kiri, siapa duduk seat kanan, siapa duduk depan, siapa duduk belakang juga memberi kesan berbeza pada impact pelanggaran.


Namun… ini bukan bermakna mereka yang pergi itu tidak bernasib baik.

Sama sekali tidak.


Sebenarnya, Allah telah pilih mereka.

Kerana itulah hari yang Allah sudah tetapkan sebagai hari pulang mereka.


Hari yang sudah tertulis dalam Lauh Mahfuz bahkan sebelum mereka dilahirkan lagi.


Dan mungkin…

Mereka lah yang pergi dalam keadaan paling tenang.


Ada yang sedang tidur.

Ada yang tidak sempat rasa sakit.


Pulang di usia muda, lalu terselamat dari fitnah dan godaan dunia yang semakin dahsyat ini.


Mungkin itulah sebaik-baik penutup untuk mereka.

Suci. Redha. Terpelihara.


Dan pada pemandu bas gantian malam itu, pasti ada trauma yang menghimpit. 


Mungkin ada teguran dari Tuhan bukan untuk dia semata tapi untuk kita semua pengguna jalan raya yang kadang juga leka atau memandu sesedap rasa.


Dan abah yang sepatutnya bawa, pasti kerana  belum masa dia.

Allah masih beri peluang untuk menambah amal, menebus dosa, dan terus memberi kasih kepada keluarga.


Inilah Qada’ dan Qadar..

Rukun Iman keenam yang kita harus percaya…


Setiap orang yang pergi, yang tinggal, yang tertinggal, semuanya sedang berada dalam takdir terbaik yang Allah pilih untuk mereka.


Ya Allah…

Ampunkan dosa-dosa mereka yang telah pergi.

Tempatkan mereka dalam kalangan hamba yang Engkau kasihi.

Dan kuatkan hati semua keluarga yang sedang merawat luka.


Dunia cuma tempat singgah… 

Bukan tempat tinggal, tapi hamparan mengumpul amal.


#AlFatihah buat semua mangsa tragedi bas ini.

#UPSIMalaysia