Isnin, 25 Julai 2016

Petua mengandung

๐Ÿ๐Ÿ3 PETUA CEPAT DAPAT ANAK ๐Ÿ๐Ÿ

๐Ÿ‚Bagi yang susah nak dapat anak(mengandung) mungkin anda boleh cuba petua ini.

☘Begini petuanya :

๐ŸƒAmbil segenggam kacang hijau.
Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).

๐ŸƒTutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)

๐ŸƒBila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)

๐ŸƒRebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.

๐ŸƒApabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).

๐ŸƒMinum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.

๐ŸƒMenurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.

๐ŸƒKepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepat menimang cahaya mata. Sekian. :)

Us Hassan
Darul Muallij

Tiada ulasan:

Catat Ulasan