Ahad, 29 Januari 2012

Salleh Majid

Hari ini rasa terpanggil untuk berkongsi hasil pandangan & penulisan salah seorang tokoh ekonomi iaitu Allahyarham Datuk Salleh Majid berkenaanekonomi negara Malaysia sebagai panduan kita bersama. Insyaallah, sangat menarik & bermanfaat untuk dikongsikan bersama….

Ekonomi Negara Malaysia : Daya Saing, Gaji Tinggi, inovatif Dan Kreatif

SAYA tertarik dengan hasrat untuk meningkatkan tahap gaji pekerja kita kepada tahap yang lebih tinggi. Maknanya gaji pekerja kita lebih tinggi daripada sekarang. Ini sesuatu yag sudah lama patut dilakukan.
salleh majid Ekonomi Negara Malaysia Masa Kini : Ikut Kaca Mata Tokoh Ekonomi Allahyarham Datuk Salleh MajidDulu, dalam tahun 1970-an, kedudukan dengan negara-negara seperti Taiwan, Korea Selatan, Singapura lebih kurang sama saja. Kini, selepas 30 tahun, kita sudah jauh ditinggalkan mereka. Gaji pekerja di negara-negara tersebut jauh lebih tinggi daripada kita. Di negara kita daripada 1991 sehingga 2003, dikatakan purata gaji naik hanya 1 peratus sedangkan negara-negara tersebut pada satu masa sama dengan kita naik 10 peratus. Kalau tengok Singapura, menteri mereka gaji paling lumayan. Perdana Menteri mereka gaji berpuluh ganda gaji Presiden Amerika Syarikat. Sebab apa? Sebab orang putih kata,
“kita bagi kacang, kita dapat monyet.”
Yang naik berpuluh kali ganda di negara kita bukan gaji pekerja tapi harga rumah, harga hartanah naik gila-gila. Sebab apa? Bukan orang yang beli rumah nak duduk di rumah itu tetapi nak jadi bahan spekulasi. Masyarakat yang suka spekulasi ini, tahu-tahulah…
Pasaran saham pun orang Melayu mana tahu nak lakukan spekulasi? Naiklah melambung macam Repco dulu sampai RM150 sesaham. Bila tengok tiada isi, tapi orang kejar juga macam nak gila. Bila kita tegur jangan beli, dia balas balik menyembur kita mengatakan apa kita peduli, bukan duit kita. Inilah yang menyebabkan segala-galanya jadi bahan spekulasi.
Macam juga yang jual rumah harga gila-gila.
  • Bila suruh buat rumah murah, semua tak mahu kononnya tak untung.
  • Kementerian Perumahan kita entah buat apa pun tak tahu.
  • Berapa ramai orang yang beli rumah terpedaya. Rosak sana-sini, kopak-kapik dan yang ambil pinjaman rumah tak siap pun beribu. Bila pemaju tak boleh jual rumah, mereka buat pameran. Yang bingung-bingung, tengok ada potongan sikit pun beli. Patut mereka ini dibiarkan saja.
Cuba bayangkan dalam tahun 1978 harga rumah teres dua tingkat di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, suatu kawasan perdana ialah RM60,080. Pada 1989, harganya RM200,000. Sekarang, cuba teka harga rumah yang sama, dinding sama, kawasan kecil sikit lagi batu-bata sama. Kalau tak ada RM600,000, jangan cakap.

Ekonomi Negara Malaysia : Perbezaan Pendapatan Tahun 1970 an VS Pendapatan Rakyat Malaysia Sekarang

  • Gaji akauntan 1978 yang baru mula kerja RM2,000
  • Sekarang gaji mula akauntan pun RM2,000 juga.
ekonomi malaysia masa kini Ekonomi Negara Malaysia Masa Kini : Ikut Kaca Mata Tokoh Ekonomi Allahyarham Datuk Salleh MajidItu sebabnya ramai yang kerja luar negara kerana lebih diiktiraf titik peluh mereka. Lepas itu, bila tiba krisis macam sekarang, ada syarikat ambil kesempatan. Kononnya krisis, jadi kena kurangnya kos, bagi VSS kepada kakitangan supaya boleh ambil anggota yang lebih murah lepas mereka berhenti. Sikap begini memang menjadi lumrah syarikat swasta. Sampai bila pun orang kita tak ke mana.
Kemudian kita berhasrat nak tingkatkan daya saing negara. Satu hajat yang murni.  Sekarang bandingkan negara kita dengan 134 negara lain :
  • Kita duduk nombor 21
  • Dua tahun lepas kita nombor 19
  • Empat tahun dulu kita nombor 16
Maknanya, kita dah jatuh. Laporan Daya Saing Dunia dari Switzerland (World Competitiveness Report) menyatakan orang yang buat bisnes dengan kita beri beberapa faktor yang menjadi penghalang utama. Bukan saya yang kata, tapi boleh laporan ini sendiri. 
  1. Nombor satu penghalang: Perkhidmatan awam yang kurang cekap
  2. Kedua, rasuah.
  3. Ketiga, jenayah dan kecurian (dua orang mengandung mati kena ragut, mat rempit menjadi-jadi, tengah tukar tayar, kena tembak di siang hari).
  4. Keempat, ketidakstabilan dasar (hari ini naik tol, esok tak jadi).
  5. Kelima, tenaga kerja yang kurang terlatih, bukan tak terlatih tapi kurang terlatih. Mana tidaknya, ramai orang Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan sebut saja rakyat mana – kita ada. Malahan ada kawasan yang dia kontrol
Jadi kita tengok jiran kita nombor lima. Rakyat dia satu per sepuluh daripada penduduk kita. Ini menunjukkan yang membuatkan sesebuah negara itu berdaya saing ialah bakat rakyatnya. Jepun, Switzerland, semua tak ada hasil bumi tetapi duduk di atas tangga berdaya saing.
Kita macam-macam hasil bumi ada tetapi bukannya makin naik, tetapi makin menurun.

Ekonomi Negara Malaysia : Produktiviti Perlu Ditingkatkan

ekonomi negara malaysia Ekonomi Negara Malaysia Masa Kini : Ikut Kaca Mata Tokoh Ekonomi Allahyarham Datuk Salleh MajidMacam saya tulis dulu, kalau setiap orang pekerja tambah kerja 10 minit sehari, kalau tiga juta pekerja dah ada 20 juta minit bertambah. Ini tidak – terlekat dengan kesesakan lalu lintas saja berjam-jam. Nak naik pengangkutan awam, tak cukup koc. Bau busuk dan hapak, tak ada hawa dingin, tak cukup line, nak kena hantar pergi stesen. Kalau tinggalkan kereta, hilang radio.
Di mana datangnya inovatif dan kreatif pekerja kalau tidak diberikan latihan? Latihan untuk jadi inovatif dan kreatif tak sama macam pergi kelas biasa. Inovatif dan kreatif guna otak sebelah kanan, logik, matematik dan hujah guna otak sebelah kiri. Jadi macam mana nak digerakkan otak sebelah kanan.
Memadaikah kalau dengan menyuruh jadi inovatif dan kreatif. Kalau dia segan nak baca buku, (rakyat Malaysia baca purata dua halaman setahun), yang ada pengetahuan mana nak dapat ilmu?
Pelatih yang bakal melatih inovasi dan kreativiti sendiri mesti dilatih dahulu. Macam tongkat ali dah bertahun-tahun di hutan kita, orang luar datang buat macam-macam dengannya. Kita yang tidak kreatif. Amang bijih pun boleh jadi bahan perkilangan tapi bank kita akan tolak sebarang permohonan berkaitan perkara-perkara sebegitu. Jadi, satu golongan saja nak jadi kreatif dan inovatif, tak jadi juga.
Bila orang bank kita tak biasa dengan sesuatu yang pelik sikit, bukan dia nak cari pakar dalam bidang pelik tersebut, dia akan senang sahaja tolak permohonan.
Dunia sekarang, dunia pengetahuan. Ekonomi sekarang, ekonomi pengetahuan K-ekonomi. Kita sudah siapkah nak pindah kepada K-ekonomi? Inovatif dan kreatif bukan lagi K-ekonomi tetapi era konsep atau dunia konsep. Di mana kita dengan nanoteknologi misalnya?
DATO’ SALLEH MAJID ialah Felo Utama
Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)
Dikesempatan ini, mari sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham. 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
sumber: beritasemasa.com

Sabtu, 28 Januari 2012

Zuhud la wahai diri.>!

. Walaupun orang itu berusaha mengusirnya berkali-kali, anjing itu tetap mengikutnya.

Selang beberapa ketika, orang itu pun melemparkan tulang-tulang yang dibawanya. Anjing itu terus memakannya dengan rakus. Apabila anjing itu sedang lalai memakan tulang, orang itu berjaya memasuki pintu dengan mudah dan dapat menghadap raja. Demikian cerdas orang itu.

Kisah ini menggambarkan orang yang zuhud. Dia mengosongkan hatinya daripada segala perkara selain daripada Allah. Tulang-tulang yang dibawanya itu adalah seumpama DUNIA dan anjing itu pula adalah ibarat SYAITAN. Dia mencampakkan DUNIA dan memberikannya kepada SYAITAN, sehingga akhirnya dia dapat bertemu Allah yang dilambangkan sebagai raja.

Sebaliknya, sekiranya dia terus mempertahankan tulang-belulang yang dibawanya, pasti dia terus dikejar oleh anjing. Demikian manusia yang cintakan dunia dan tidak mahu melepaskannya, mereka pasti terus digoda syaitan. Justeru, dalam usaha menghindarkan diri daripada pujuk rayu dan tipu daya syaitan, usah hiraukan perihal dunia. Pasti terbuka jalan bertemu Allah, tanpa halangan.

Al-Ghazali berpesan,
“Apabila engkau menjamah makanan, kelazatannya hanya bersifat sementara. Makanan yang berada di dalam perutmu, seterusnya menjadi busuk dan perlu dikeluarkan dalam bentuk kotoran. Oleh yang demikian, dalam mengharapkan keredhaan Allah, usah engkau berlebihan dalam urusan makan dan minum, perkahwinan, tempat tinggal dan segala keperluan, kecuali sekadar yang engkau perlukan demi menegakkan badan dan menjaga dirimu. Itu adalah zuhud yang hakiki.”

simkad vs simcity

Assalamualaikum semua, nampaknya hari ini admin sibuk sikit nak update blog ni, jadi tak banyak entri terbaru.. malam ni ape kata korang baca entri ni dulu! mood santai~ :D

Cerita bermula pada satu pagi yang damai lagi mendamaikan..Ketika ayah sudah siap sarapan, tiba-tiba satu sms berbunyi di meja makan. Barulah si ayah sedar yg anaknya lupa membawa hp ke sekolah. Ayah membaca sms yg dikirim oleh seseorang yg tak bernama. Alangkah terkejutnya ayah bila membaca sms yg tertulis lebih kurang begini.

“hai sayang selamat pagi. Kenapa tak datang rumah baby semalam? Baby tertunggu2 tau. Terus terang, baby x boleh lupakan saat-saat manis bersama malam dulu. Enak sekali! Oh ye, malam ni line clear, sayang blh datang kerumah baby… tak sabar nk tunggu sayang”

Ayah tergamam, lalu memanggil isterinya..”Cuba ko tgk sms ni, tak tau apa nk jadi dgn anak kita ni!” Ibu seakan-akan tak percaya… Dia hampir pengsan membaca sms itu.

Setelah anak pulang dari sekolah si ayah terus menerpa anaknya.

“ko nak ke mana malam ni?”

“kerumah kawan, kami belajar sama. Exam kan dah nk dekat”

“lalu apa maksud sms ni?” si ayah membentak.

“lar… Ni kan sim kad ayah… Hp ayah kan rosak. Semalam ayah sendiri tukar kan sebab nk tunggu sms penting?” jawab anaknya selamba.

si ayah lari… Ibu pulak mengejar dgn penyapu…


p/s : moral of the story, jangan tukar simkad dengan anak..ekeke ^^v hanya gurauan semata-mata :D D

Surah AlKahfi

Surah al-Kahf menimbulkan kesedaran kepada kita tentang apa yang sedang berlaku di dalam diri.
Apa yang kita percaya.
Bagaimana kita memandang dan berfikir. Memandang dan berfikir tentang hakikat kehidupan.
Apakah nilai yang didukung pada menentukan keutamaan dan sikap kita dalam kehidupan seharian.
Menghayati Surah al-Kahf membantu kita memahami diri kita sendiri, sebelum kita memahami mereka di sekitar diri, mengapa kita dan mereka bertindak tanduk sedemikian rupa. Kita tahu apa yang perlu diperbetulkan. Kita jelas apa yang perlu diperbaiki. Ia membantu kita menjadi insan yang lebih baik, insan yang peka dengan MAKNA.
Renungi pilihan-pilihan yang kita buat dalam sehari.
Semasa bertembung antara keperluan-keperluan diri, bagaimanakah kita membuat keutamaan? Antara majlis ilmu dan pertemuan alumni sekolah. Antara buku dan baju. Antara makan dan bersenam. Pertembungan antara dua benda yang saling hukumnya harus. Bagaimanakah kita menentukan pilihan? Ia menterjemahkan NILAI yang dipegang dalam kehidupan.
Nilai akan menentukan antara buku dan baju, mana yang lebih penting dan segera. Mana yang lebih wajar dilakukan pengorbanan untuk mendapatkannya. Mana yang kehilangannya mencetuskan rasa kerugian kepada diri.
Inilah nilai yang ditegur oleh lelaki Mukmin kepada sahabatnya yang Kafir, pemilik dua kebun, dengan sangkaan bahawa kemuliaan diri ialah pada banyaknya harta dan pengikut. Bukan salah membanyakkan harta dan meramaikan pengikut. Namun di situkah kita meletak harga seorang DIRI?
Jika pemilik dua kebun itu menganggap bahawa dirinya lebih mulia kerana kebun, harta dan pasukannya lebih hebat daripada sahabatnya yang mukmin, logik yang dilontarkan ialah, andai kebun, harta dan pasukan itu hilang, maka hilangkah harga dirimu? Hilang makna?
Analoginya, jika seseorang berasa megah menjawab panggilan telefon kerana memakai Iphone 4S, tetapi bersembunyi di belakang dinding semasa menjawab panggilan telefon kerana memakai Nokia 3210, apakah kehilangan telefon bererti hilang harga diri?
Kaya tidak menjadikan kita lebih tinggi harga diri.
Miskin juga tidak menjadikan kita lebih mulia.
Kaya dan miskin boleh menjadi sebab manusia kufur.
Kaya dan miskin juga boleh menjadi sebab manusia bersyukur.
Kaya atau miskin hanya ujian. Bagaimanakah kita menguruskan kekayaan dan kemiskinan, antara syukur dan sabar… di situlah nilai diri kita bertambah dan berkurang. Yakni pada sebuah TAQWA.
Sudah tentu nilai itu, terbit daripada pandangan hidup.
Jika hidup ini ialah diri, daripada diri kepada diri, memenuhi kehendak dan keperluan diri, sebagaimana sempitnya keupayaan diri dan luasnya kemahuan diri, manusia akan tertipu dengan apa yang diri perolehi. Terasa harta yang dikumpul adalah petanda tinggi harga diri. Terasa kekurangan harta sebagai rendahnya nilai pada diri.
Jika hidup ini lebih daripada sekadar diri, bahawa diri itu adalah ciptaan yang ada Pencipta, yang penciptaan ciptaan oleh Pencipta itu ada TUJUAN, maka diri bukan untuk diri, tetapi diri untuk Pencipta diri. Datanglah makna menjadi seorang hamba, yang memperhambakan diri bukan kepada diri, tetapi kepada Pencipta diri. Hidup adalah sebuah kehambaan.
Pandangan itu adalah hasil sebuah iktiqad.
Aqidah yang membantu mendefiniskan siapa diri, siapa Pencipta diri, dan apakah erti kehidupan ini.
Surah al-Kahf melalui kisah Ashaab al-Kahf, kisah pemilik dua kebun, kisah Musa dan hamba Allah yang soleh (Khidir) serta kisah Dzulqarnain, memaparkan muhasabah intensif, menyeluruh, menusuk, merombak, meruntuh, dan membina untuk seorang DIRI, agar hidupnya ada MAKNA.
sumber: www.saifulislam.com

kawen di U

PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?

LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak.

LELAKI : Eh, kenapa?????

PEREMPUAN : Kerana tiga sebab

Satu, awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.

Dua, kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.

Tiga, lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah..

LELAKI : Em..tp sy tetap nak awak. Dh bertahun2 tunggu awk.

PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Salam.

LELAKI : Wslm