Sabtu, 5 Mac 2016

Spm

Result telah berada dalam tanganku. Kecewa. SPM hancus. Lebur.
Aku tak hiraukan rakan-rakan lain, start motor balik rumah. Perasaan dalam dada bercampur baur. Antara sedih, kecewa, marah, rasa terhina, rasa rendah diri, rasa meluat dengan yang dapat tinggi, rasa cemburu dengan yang dapat pujian.
Hati sakit.
Terbayangkan reaksi mak dan ayah di rumah. Ah. Tak jadi baliklah. Balik pun hanya akan dimarahi. Hanya dileteri. Bingit telinga semata.
Ke tasik berdekatan. Sangka aku, tak ada orang di situ. Park motor tepi tasik. Duduk tepi tasik. Sambil campak batu-batu kecil biar melantun di permukaan air tasik.
Sedang aku duduk melayan perasaan, sapa seseorang dari belakang. Aku menoleh. Seorang pakcik tua. Peminta sedekah. Dengan baju kotor, berbau hapak busuk. Aku tak ada mood nak layan.
"Dik, ada 2 ringgit tak?"
Aku diam. Sekali lagi dia cuba meminta. Kali ini aku berang.
"La, aku tak ada duitlah! Ko tak nampak ke aku tengah takde mood ni! Dahlah result SPM aku macam bangang, nak layan kau pula!"
Pakcik tua itu jadi mangsa keadaan. Marahku tidak terkawal. Tapi, dia tak beralih. Duduk pula di sebelahku.
"Tak ada duit, tak mengapa, dik."
Aku diam. Aku sajalah yang beralih. Getus hati ini. Jelik dengan orang tua ni. Bangun, duduk atas motor. Ready nak blah.
"Dulu, pakcik pelajar cemerlang. Antara yang terbaik SPM di sekolah."
Aku mematikan langkahku. Tidak jadi pergi.
"Pakcik bangga dengan keputusan pakcik. Pakcik dapat masuk universiti yang pakcik mahu. Berjaya hinggalah habis universiti. Dapat kerja yang baik. Dapat nikah dengan orang pakcik nak."
Aku diam lagi.
"Tapi, kau tahu apa jadi lepas tu? Allah tarik semuanya. Suatu hari, berlaku kemalangan. Pakcik koma dua bulan. Anak pakcik meninggal. Bila pakcik sedar, isteri pakcik salahkan pakcik. Salahkan pakcik yang bawa laju kereta. Tak dapat terima kenyataan. Tak lama, isteri pergi tinggalkan pakcik. Kami berpisah. Pakcik tak keruan. Hilang pedoman. Kerja pakcik terjejas. Pergi kerja, tak pergi kerja. Akhirnya, pakcik kena buang kerja. Dah 10 tahun berlalu. Inilah pakcik sekarang."
Aku berkerut kening. Seraya bertanya.
"Kenapa tak kerja balik? Bukan tak boleh apply kerja lain."
Pakcik itu senyum kambing.
"Kerja. Sudah cukup pakcik kerja untuk manusia.
Sekarang, pakcik nak kerja untuk Tuhan.
Kau tahu, oleh kerana terlalu selesa hidup ini terlalu lancar, Allah berikan segalanya yang diingini dulu, pakcik tidak ikatkan diri dengan Allah. Pakcik tak kenal erti syukur. Pakcik cuma tahu, semua yang pakcik miliki adalah atas usaha keras pakcik sendiri. Pakcik deserves kejayaan sebab pakcik berikan yang terbaik untuk dapatkannya.
Tapi, pakcik lupa.
Lupa kejayaan itu bukan segalanya. Allah adalah segalanya. Allah berikan kejayaan bukan untuk Dia kau lupakan. Tapi, agar semakin Dia kau kenali. Kau makin cari Dia. Kau makin sujud menyembah-Nya. Kau semakin sedar kau tak punya apa-apa. Semua Dia pinjamkan saja.
Tapi pakcik. Dulu, pakcik tak cari Dia. Makin berkerjaya, makin sibuk. Masjid cuma solat Jumaat saja. Balik kerja, penat. Mana mungkin nak bangun solat malam? Pakcik cuma fikir, nak tambah saiz rumah. Nak penuhi kehendak anak dan isteri tersayang. Mana ada nak sedekah? Duit memang berkira.
Kehendak Allah? Pakcik abaikan."
Aku diam.
"Tapi, aku gagal. Bukan berjaya macam pakcik."
Pakcik tersenyum.
"Gagal itulah yang buat kau jadi manusia. Jadi hamba. Bermula dari bawah. Bersifat tanah, tidak bersifat langit. Kau tahu erti berada di pandangan orang hina. Kau rasa derita. Kau tak buta dengan kejayaan sementara dunia.
Kau sendiri tahu punca kegagalan. Bukan sebab kau bodoh. Tapi, kau sendiri sama macam pakcik dulu. Tak ingat Tuhan.
Kalau kau ingat Allah, kau tak akan malas. Kau tak akan sanggup guris luka hati ibu bapa yang berharap.
Kau tahu tak, walaupun kau tak nampak dengan mata kepala kau sendiri, mak kau sebenarnya menitiskan air mata dalam diam kerana kau?
Gagal kerana tidak berusaha amat besar bezanya dengan gagal setelah berusaha.
Dalam kubur, lebih ramai yang bersedih. Gagal berusaha ketika di dunia. Berusaha untuk jadi orang yang beriman."
Aku terkedu. Teringat mak aya
h di rumah. Rasa bersalah menggamit hati.
"Kenapa pakcik jadi pengemis?"
Pakcik senyum.
"Aku dah pernah berjaya depan manusia. Sekarang, aku nak berjaya depan Tuhan pula. Jalan hidup kita berbeza.
Dik, jangan sampai kau kehilangan segala-galanya seperti pakcik.
Lebih penting, jangan sampai kau kehilangan perhatian Allah. Tidak Allah hiraukan lagi. Ada sebabnya Dia uji.
Pasti ada."
Aku sebak. Tak semena aku meluru mendakap pakcik tua itu. Busuk pun busuklah. Air mata menitis jua. Minta maaf dengannya. Aku keluarkan semua duit dalam wallet, berikan pada pakcik. Pakcik senyum. Kembalikan semua duit aku.
"Pakcik cuma nak dua ringgit."
Dia senyum dan berlalu.
Aku hidupkan motor. Berlalu dari situ. Aku nak balik minta maaf. Aku nak mulakan hidup baru. Gagal di SPM. STPM masih ada.
Gagal terbesar dalam hidup adalah gagal berusaha. Gagal di dunia adalah gagal serahkan jiwa dan raga sepenuhnya pada Dia.

Alarm exora

Assalam, baru balik dari SC Lon G auto, check och, tukar bateri dan minyak CVT, alhamdulillah semuanya ok,

SERVICE ADVISOR EN ALIF BAGI SATU TIPS KESELAMATAN YG ADA PADA KUNCI ALARM EXORA,

ALARM EXORA ADA KUNCI KESELAMATAN YANG MANA KITA BOLEH SETKAN APABILA KITA BUKA ALARM UNTUK UNLOCK KALI PERTAMA KERETA, HANYA KUNCI BAHAGIAN PEMANDU SAHAJA YANG AKAN TERBUKA DAN APABILA DITEKAN KALI KEDUA UNLOCK BARU LAIN2 PINTU UNLOCK, INI BAGUS UNTUK KESELAMATAN.

UNTUK SET HANYA PERLU TEKAN BUTTON UNLOCK DAN LOCK SERENTAK HINGGA LAMPU DOUBLE SIGNAL PADA PANEL METER MENYALA DAN SISTEM INI AKAN BERFUNGSI DAN UNTUK KEMBALI PADA SISTEM ASAL GUNAKAN LANGKAH YG SAMA JUGA.

UNTUK UNLOCK DARI DALAM PUN GUNAKAN PERKARA SAMA JUGA PADA BUTTON DIPINTU PEMANDU, KALI PERTAMA TEKAN PINTU PEMANDU SAHAJA YG TERBUKA DAN TEKAN KALI KEDUA BARU LAIN2 PINTU AKAN UNLOCK.

MUNGKIN TUAN2 SEMUA DAH TAHU PERKARA INI.

JUST SHARING.👍

Jumaat, 4 Mac 2016

Wasap

Assalamualaikum
PERNAHKAH ANDA TERFIKIR KENAPA KITA DIPERTEMUKAN DI DALAM GROUP INI..??

ALLAH mempertemukan kita untuk satu alasan..

entah untuk memberi atau menerima..

entah untuk belajar atau mengajarkan..

entah untuk bercerita atau mendengarkan..

entah untuk sesaat atau selamanya..

entah akan menjadi bahagian terpenting atau hanya sekadarnya..

semunya tidak ada yang sia2 kerana Allah yang mempertemukan..

hidup kita saling mengisi, bersinggungan..

boleh jadi kehadiran kita adalah jawapan atas do'a2 saudara ataupun sahabat kita sebagaimana mereka pun adalah jawapan atas do'a 2 kita..

jika sudah menjadi takdir Allah, meskipun dengan jarak beribu-ribu kilometer, kita tetap akan dipertemukan, dalam satu ikatan bernama "SAUDARA" @ "PERSAHABATAN"..

di sini, selalu membuat aku ingin tetap tinggal, di dalam hati dan do'a2 saudara atau sahabat..

sampai detik ini kita hebat..saling mendorong, saling mendo'akan dan saling menguatkan antara satu sama lain..

semoga Allah melindungi kita dari hati yang hitam, cemburu, benci, iri hati, dengki dan buruk sangka..ingatlah...setiap langkah ada detik..kerana hembusan nafas kita tidak tahu berakhir bile?..

mudah2an kita semua akan jadi satu family dan sahabat selama lamanya.

Khamis, 3 Mac 2016

Banduan akhir

Renungan nasib seorang banduan akhir..  jenayah membawa padah..

Tazkirah : "Taubat Banduan Akhir" by Ustaz Wadi Annuar .

Antara manusia yg tahu bila dia akan MATI ialah, Banduan Akhir.

-ada satu kes, dinamakan sebagai "Banduan Akhir".
-banduan akhir ialah banduan yg melakukan jenayah yg berat mengalami proses kehakiman kadangkala 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dgn hukuman gantung oleh Hakim.
-kalau hukuman gantung itu dibacakan pd hari Isnin, maka gantung hingga mati dilakukan oleh semua banduan akhir beragama Islam pd hari Jumaat.
-apabila seorg banduan akhir dihukum gantung sehingga mati, maka namanya diketika itu akan menjadi banduan akhir dan biliknya akan diasingkan.
-nama biliknya "Sel akhir".
-katankanlah Hakim jatuhkan hukuman hari Isnin, ketika itu baki kehidupan harinya ialah Selasa, Rabu & Khamis sahaja.
-waktu Hakim baca : "maka ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati yg akan dilaksanakan pd hari Jumaat ini diantara jam 6 pagi hingga jam 7 pagi."
-ianya mesti prosedurnya begitu.
-kalau hukumana dibaca hari Ahad, jumaat dijatuhkan hukuman.
-kalau Rabu, maka baki kehidupannya sehari sahaja lagi.
-org yg namanya banduan akhir ini, selesai Hakim membaca keputusan..,lutut dia dah tak boleh berdiri dah.
-sbb apa tuan²? Sbb dia masih boleh bernafas 3 hari sahaja. Dia hanya boleh bernafas 4 hari sahaja.
-air mata sudah berlinangan sejak dari Mahkamah lagi.
-Balik ke penjara, warden akan suruh asingkan barang² dan mesti dipindahkan ke sel belakang sekali seorg².

-Diketika itu, kita akan tengok bagaimana banduan akhir menghabiskan kehidupannya.
-sentiasa membaca Al-Quran.
-bila ustaz Agama yg pergi disitu, majlis percakapan & nasihat itu akan dipenuhi dgn tangisan air mata.
"Saya banyak dosa ustaz"
"Saya tinggalkan tanggungjawab saya."
"Saya tinggalkan tanggungjawab saya pada ibu & ayah saya ustaz".
-pergilah waktu mana pun, kita akan tengok banduan akhir ini berdiri di depan Allah... sembahyang.
-Solatnya panjang, zikirnya banyak. Quraannya banyak mengadu pd Allah SWT.
-kenapa? Sbb dia tahu umur dia lagi 3 hari, lagi 2 hari.

Tuan² dirahmati Allah, bila sampai hari Khamis, esok jumaat pagi dia akan digantung.
-malam itu kita nak tidur lagi tuan²? Tak tidur dah.
-manusia yg tahu ajal nya , dia dh tak boleh tidur dah tuan².
-sbb itu diantara rahmat Allah yg Besar adalah MERAHSIAKAN kematian kita supaya kita boleh makan, supaya kita boleh tidur, supaya kita boleh bermain dan sebagainya.
-kalau dia tahu lagi sebulan ajal nya, nescaya sebelum sebulan lagi dia dah tak akan bermain lagi.
-tapi Allah SWT merahsiakan kematian itu sebagai BUKTI dan RAHMAT Allah kpd saya dan kita semua.
-bandua akhir ini, walaupun dibuka rahsia kematian oleh Allah, maka dia jauh lebih beruntung drpd kita semua.
-sbb dia tau untuk bertaubat bila.
-dia boleh bertaubat , Alhamdulillah.
-majoriti manusia yg dibawa menghadap Allah TIDAK sempat bertaubat pd Allah SWT.
-tak tau bila nak mati.

-maka baduan akhir ini pd malam jumaat, Alhamdulillah dia beruntung utk mengaku dihadapan Allah.
"YaAllah aku berdosa dihadapan Mu yaAllah. Aku mengaku bahawa selama ini aku melakukan kesalahan kpdMu yaAllah! YaAllah ampunilah dosa aku yaAllah!!".
-maka datang drpd seluruh KEIKHLASAN dihimpunkan di dlm hatinya menghadap Allah. Untung dia.
-Esok pagi @ malam itu, banduan akhir ini akn diberi pilihan utk memilih makanan yg tidak melebihi lebih kurang RM 7.50 .
-dia diberi pilihan boleh pilih sama ada Char kuew teow kah, nasi ayam penyetkah, cucur udang kah maka dia akn diberikan pilihan boleh pilih.
-tuan² banduan akhir nak order apa? Kebanyakan banduan akhir TIDAK lagi akan memesan apa² makanan lagi. Dah tak lalu makan dah.
-sbb esok hari bila dia bangun, bukannya bangun pun bahkan malam itu adalah malam yg dia tak akan tidur.
-selalunya kes banduan akhir ini esok dia bangun selapas dia solat subuh, hukumannya MESTI diantara jam 6 hingga 7 pagi.

-maka BENARLAH apa yg Allah sebut, dia sendiri tak tahu bila dia akan mati.
-walaupun harinya dia akan tahu, tetapi minit ke berapa, saat ke berapa nyawa dia akan keluar dia tak tahu.
-itu Rahs
ia Allah.
-ya ..benar. Dia disarungkan tali di lehernya pd jam 6.47pagi contohnya tapi dia tak tahu saat ke berapa dia akan kehabisan nyawa.
-Esok paginya, banduan akhir akan diberi peluang utk bercakap dgn ahli keluarganya.
-tuan² bagi peluang bercakap dgn ahli keluarga tak ada ungkapan yg akan keluar. Hanya peluk dan nangis, peluk dan nangis. Dah tak boleh bercakap dah.
-nak cakap apa pun dah tak boleh. Nak cakap apa lagi??.
-nak suruh jaga pokok bunga yg ayah tanam?
-Tak ada apa yg boleh dipesan diketika itu. Yg boleh keluar hanya 2 perkataan sahaja ;
"Maafkan ayah...Maafkan ayah".
-bila peluk isteri ,, "Maafkan abg, Maafkan abg". Itu sahaja.
-nak kemaafan sahaja disaat² akhir ini.
-Kemudian, dia akan dibawa ke situ lalu digantung.

ALLAH merahsiakan kematian itu utk saya dan kita semua agar sentiasa melakukan persiapan utk bertemu dgn Allah SWT.
Wallahua'lam.

Jawa

SIJIL PELAJARAN JAWA MALAYSIA 2015
KOD: 3753/1

Kertas 1
Aneka Pilihan
November/Disember

1. Aku orak........ lung-ngo kondangan,awak ku orak penak ,njalok ngapuro ney

A) Mering-ngis
B) Sendulur
C) Sidho
D) Mumpong

2. Melaku-melaku............... batu , deleng nger kui dhelok mambang wae

A) Kesikut
B) Meringis
C) Kesandong
D) Tibo

3. Sak urung nge turu arek...sikel , men resik nang kasor

A) Medang
B) Mangan
C) Wisoh
D) Senen-ni

4. Angger ngeleh ........... nge muni , geles madang

A) Wetan
B) Wedang
C) Weteng
D) Walah-walah

5. Weroh batir lawas di celok key , seng apik nek ............

A) Undang
B) Njerit
C) Semaor
D) Alon Omong nge

6. ........................ngerasak-key bocah kui , wes di kandani wira wiri

A) Ayem banget
B) Ujak-key
C) Bung-ngah
D) Pegel

7. .................. Adhan , semaor nang jero ati

A) Risik
B) Mangan
C) Adhos
D) Kerung-ngu

8. Ojo ................ angger wes sogeh, sogeh kui gor sediluk ,

A) Merawat
B) Mentayan
C) Mumpung
D) Mentolo

9. Aku weroh bibik ku ........... nang ondo wing-ngi ,tak rewang-ngi tang-ngi , melas sey

A) Turu
B) Tibo
C) Teles
D) Telek

10. Kodok kui ...................seko duwor tekan ngisor , kaget menowo , men ujak key waei ,

A) Melaku
B) Mencolot
C) Modhar
D) Mencopot

11. Abot kui Njalok ............ngowo, wes tuo melas, ojo ndelok key waei.

A) Rewang
B) Di Rewang-ngi
C) Ujak
D) Ujak-Key

12. .......................sego seng akeh, iki dihino mantu ney teko ngowo putu ney kabeh

A) Ngodok
B) Ngelewet
C) Ayem-ayem
D) Ngolek

13. Ngakon...................orak gelem ,awak ei mambu kui , peliket seko kebon mau

A) Arip
B) Turu
C) Alom
D) Adhos

14. ...................pak ngerti wong kui apik ? seko sandangan ney ke ? omongan-ney ?

A) Kapan
B) Angger
C) Kepre ei
D) Owalah

15. Kabare ? Aku Alhamdulillah.............iso dholan-dholan iki

A) Meriyang
B) Waras
C) Ambrok
D) Modhar

16. ...........ku mumet , mau isuk orak mangan , kerain-nan!.

A) Entek
B) Sikel
C) Raei
D) Endas

17. Njalok...................angger abot , ojo di gawe dewe, mengko sakit kabeh awak ei.

A) Idhu
B) Ndelok-key
C) Santet
D) Rewang-ngi

18. Mee kari ne John enak, mangan sak ............. orak cukup.

A) wajan
B) kawah
C) talam
D) mangkok.

19. Aku arek mboco buku la, ngaleh sitik usah ................. aku.

A) Metengi
D) Medangi
C) Ngerewangi
D) Ngeladeni

20. Mamat orak iso lungo iki bengi, seng wedo rak ............. de'e mentu omah.

A) kae
B) wesoh
C) ngeliwet
D) gelem.

KERTAS SOALAN TAMAT.....😄😄😄 slmt mencuba