Selasa, 23 Mei 2017

Kanser

Ustazah zaimah Ibrahim:
Berat hendak saya kongsikan hal ini. Namun demi semua wanita yang dikasihi, saya gagahkan mencatat. Ini adalah hal antara hidup dan mati.

Perhatikan angka-angka ini:
S - 33 tahun - kanser payudara
M - 32 tahun - kanser payudara
M - 35 tahun - kanser servik
E - 33 tahun - kanser kelenjar
Z - 44 tahun - kanser hati & servik
M - 40 tahun - kanser payudara & tulang

Catatan di atas adalah senarai rakan dan saudara yang dekat dalam hidup saya. Ditakdirkan mereka telah diduga serangan kanser. Mereka ini bekerjaya, mempunyai keluarga, ada suami dan anak-anak.

Satu hal penting perlu dicatat - mereka juga tidak culas membuat ujian kesihatan setiap enam bulan atau setahun sekali.

Daripada enam sahabat saya ini, dua orang sedang berjuang,  mengharapkan sokongan untuk sembuh. Empat yang lain sudah pergi dulu daripada kita yang bakal menyusuli mereka.

Intipati tulisan ini sebenarnya hendak beritahu, semakin ramai wanita Malaysia mendapat kanser ketika usia muda. Mengapa?

Kata doktor, pemakanan dan corak pemakanan adalah antara punca kanser. Turut menyumbang ialah stres bekerja, kemurungan dan tidak ada masa merehatkan fikiran.

Kanser ini jahat, lagi kita murung lagi cepat selnya membiak.
Sepuluh peratus lagi punca kanser ialah kerana faktor keturunan.

Kerap membuat pemeriksaan ulangan setiap enam bulan atau setahun sekali, bukan boleh dipercayai seratus peratus.

Kanser boleh membiak dari Tahap 1 ke Tahap 3, hanya dalam tempoh seminggu. Menjelang hari ke lapan, kanser sudah terus ke Tahap 4!

Kawan, jika sayang sahabat wanita kita, jangan beratkan fikiran mereka. Mudahkan tugas mereka, tolong ringankan stres dia. Sumbangan itu walau nampak sikit namun besar impaknya. Tolonglah.

Nasihat kepada golongan suami, tolonglah ringankan stres isteri.
Anak-anak pula, tolong jangan serabutkan fikiran mak.
Kawan-kawan perempuan, jangan pentingkan diri sendiri dan sesakkan fikiran kawan lain dengan hal remeh-temeh.

Stres adalah punca kemurungan. Apabila murung, sel kenser akan bangkit bermaharajalela!

Terima kasih Drzubaidi HjAhmad. Komen Dr menginspirasikan tulisan ini. Kita tidak mahu lebih ramai lagi wanita menderita kanser pada usia muda.

#PRIDE #LindaMohdNor
#cancerfighter

Sharekan dgn rakan2 wanita lain & suami agar mereka lebih alert dgn penyakit maut ni.

Ahad, 21 Mei 2017

Menteri

KISAH 3 ORANG MENTERI DAN POKOK BUAH

Diceritakan oleh SYEIKH ALI SOLEH MUHAMMAD ALI JABER

Guru Tahfiz Masjid an-Nabawi,

tentang kisah tiga menteri dan seorang Raja.

Pada suatu hari Raja memanggil tiga orang menteri tersebut, maka baginda memberi tiga karung guni.

Berkata Raja, “Pergi panjat pokok dan memetik buah di pokok tersebut sehingga penuh guni masing-masing".

Maka terpinga-pingalah ketiga-tiga menteri tersebut, kenapa seorang menteri diberi arahan sebegitu?

Disebabkan arahan khalifah maka mereka pun melakukan apa yang disuruh.

Menteri A merupakan menteri yang jujur dan amanah, maka beliau pun bersungguh-sungguh panjat pokok buah tersebut dan mencari buah yang paling baik dan berkualiti dan memenuhi karung guni yang di beri oleh raja.

Menteri B merupakan menteri yang kadang-kadang amanah, kadang-kadang tidak

Beliau beramanah mengikut situasi yang dihadapi

Imamnya tidak sekukuh menteri A.

Maka dia panjat dan sampai separuh pokok...

Terfikir dia, “buat apa aku berusaha ambil yang elok-elok, cukup la sekadar mengutip buah yang jatuh di bawah,

Cukup sekadar penuh buah dengan karung guni sudah cukup"

Lalu menteri tu pun turun dan mengutip buah yang bercampur ada yang baik dan ada yang busuk.

Menteri C seorang yang sungguh tidak amanah, beliau hanya mementingkan diri sendiri.

Beliau berfikir “ Buat apa aku susah-susah, akukan menteri...ini bukan kerja aku, baik aku kutip batu je cukup, janji penuh karung guni nie,

Lagi pun raja mana ada masa untuk melihat isi dalam karung ini’.

Lalu beliau pun mengutip batu dan memenuhi karung guninya.

Sampai masanya, mereka bertiga menghadap raja.

Benar-benar telahan Menteri C, raja tidak melihat karung guni tersebut.

Namun Raja yang bijak mempunyai cara yang lebih bijak.

Baginda mengarah pengawal memasukkan ketiga-tiga menteri ke dalam penjara.

Dan mengarahkan makanan yang hanya boleh di makan, apa yang ada dalam karung mereka.

Maka mereka menghadapi situasi berbeza:

Menteri A, sudah tertentu mempunyai bekalan mencukupi dan dapat menikmati buah yang lazat dan berkualiti.

Menteri B, terpaksa memilih buah yang baik, kadang terpaksa mengikat perut untuk mencukupi bekalan makanan.

Menteri C. Inna lillahi......itu jawapan yang mampu diberi

Mari kita ambil pengajaran cerita ini dalam kehidupan kita,

Bayangkan Allah SWT telah mengarah kita supaya mengutip amalan dengan amanah dan bertujuan untuk mencari redhaNya,

Watak menteri mana yang kita pilih, Menteri A, Menteri B atau Menteri C ????

Dan penjara itu seumpama Kubur.

Di situlah tempat perhentian kita, tempat yang kita semua kena melalui.

Di dalam suasana yang sempit dan gelap itu adakah amalan kita mampu membantu kita.?

Atau kita ini hanya menteri C sahaja?

Marilah kita sama2 renungi dan ambil Pengajaran dari kisah ini.

~ Semoga bermanfaat ~

Muallim

Antara info penting:
*KALAM MURABBI*
Oleh : Prof. Dato' Dr. Abdul Halim Tamuri
( Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor )

1- Cuba sedaya upaya utk solat jemaah bersama pelajar.

2- Jika kita mendidik anak murid kita dengan bersungguh-sungguh nescaya Insya-Allah Allah akan balas anak kita mendapat guru yg bersungguh-sungguh mendidiknya..

3 - Didiklah anak sendiri menghargai guru,nescaya kita sebagai guru akan dihargai.

4 - Personaliti Guru :
      - sahsiah unggul
      - sentiasa bermotivasi sms p&p ( suara @ mimik muka dll )
      - Gunakan IT sebagai menarik minat pelajar tetapi jangan salah gunakannya  salah gunakannya ( contohnya jgn kedekut nk add pelajar sbg friends dlm fb )
      - kepelbagain kaedah mengikut subjek
      - kuasai ilmu @ subjek yg diajar ( muraja'ah, membaca dll)

5- Konsep 5 M dlm Pendidikan Islam :
Mudarris ( sebagai guru cemerlang )
   - Muaddib (sebagai  role model )
   - Murabbi ( sebagai penyayang )
   - Mursyid ( sebagai pemimpin )
   - Mu'allim ( sebagai Da'ie )

*Himpunan Pendidik Islam Malaysia 5.0*
*Guru Pembentuk Generasi Rabbani*

Jumaat, 19 Mei 2017

Bola

Hukum dan Dhawabit Menonton Dan Bermain Bola Sepak

1: Hukum bermain bola adalah harus secara umumnya apabila terlibat dengan unsur unsur haram berdasarkan qaedah ibahah asliah.

2: Hukum menutup aurat adalah wajib ketika bermain. Masalah penutupan paha ada masalah khilaf dikalangan ulama begitu juga dengan penutupan lutut.

Pandangan jumhur adalah terkuat  iaitu penutupan paha adalah wajib. Namun undang undang bola yang sekarang tidak mengizinkan penutupan aurat penuh yang menjadikan mazhab Maliki  sebagai penyelamat di dalam isu ini di atas nama umum al balwa di dalam isu khilafiah maka tidak ada pilihan kepada pemain pemain bola  muslim melainkan bertaqlid kepada mazhab Maliki yang manyatakan paha tidak aurat walaupun pandangan untuk lemah pada pandangan saya.

3: Menjadi kewajipan kepada pemain bola sepak muslim mendirikan solat agar tidak termasuk di dalam golongan yang lalai.

4: Wajib ke atas pihak pengurusan stafium menyediakan tempat solat dan berwuduk di stadium untuk pemain pemain bola dan penonton penonton bola bagi mendirikan solat kerana termasuk di dalam mengagungkan Syiar Allah.

5: Perlu para penonton menjaga etika pencamburan bebas sehingga tidak berlaku pencabulan atau sentuhan syahwat dikalangan penonton lelaki dan wanita.

5: Hukum sorakan adalah harus selagi tidak mempunyai cacian atau kata kata lucah dikalangan penonton kerana sorakan distadium tidak menganggu ketenteraman awam.

6: Para penonton wajib menjaga akhlak dan adab serta tidak melakukan kerosakan atau pencerobohan distadium.

7: Sifat musafir penonton penonton ke perlawanan bola adalah safar harus tidak mengambil safar ibadah. Diharuskan mereka melakukan solat jamak dan qasar dan perkara perkara yang diharuskan ketika musafiir.

8 Maka dengan sifat safar yang harus inj maka perbanyakkanlah zikir agar menjadikan perjalanan mendapat pahala.

9: Pemain bola yang menjaringkan gol digalakan menyebut alhamdulilah tanpa perlu sujud syukur dalam keadaan memakai seluar pendek . Sekiranya nereka sujud sykur mudahan tidak mengapa.

10: Jadikan pertandingan bola untuk membina sukan negara bukannya untuk menjadikan rasis dikalangan penyokong  tanpa wujud kesalahan menyokong pasukan masing masing .

11:  Kepatuhan kepada peraturan peraturan adalah wajib dipatuhi sekiranya menjaga keselamatan awam dan etika awam. Penjualan tiket haram adalah terlarang  disisi Syarak kerana ia adalah satu penipuan.

Mudah mudahan panduan ini mampu untuk membina sukan patuh Syariah. Sekiranya tepat maka ia datang daripada Allah sekiranya terdapat kesalahan maka ia daripada kelemahan  diri ini.

Al Faqir ila Allah
Fauwaz Fadzil
*viralkal perkara bermanfaat*

Rabu, 17 Mei 2017

Jaya

Nak berjaya ,

Jangan tunggu orang.
Jangan ikut orang.
Jangan harap pada orang.

Berdiri sendiri.

Kalau rasa nak tanya, tanya.
Kalau tak faham, belajar sampai faham.
Kalau tak tahu, jangan buat buat tahu.

Jangan takut nak minta penjelasan. Jangan segan nak suruh orang fahamkan.

Kita kat dunia ni, konsepnya belajar.

Biar penat, malu, sakit dan susah. Itu semua jatuh bangun dalam kehidupan.

Perkara biasa. Semua orang pernah rasa benda yang sama.

Cuma yang berbeza, cara kita untuk menghadapinya.

Semua orang ada masalah,
Semua orang pernah rasa kehilangan, semua orang pernah rasa sakit nya gagal dan kalah.

Tapi.. Itulah yang menunjukkan kuatnya kita.

🌸☁️️ semoga berbaloi semua pengorbanan di dunia,

Agar bahagia nanti di taman taman syurga. ☁️🌸