Isnin, 27 Julai 2020

menang

Utk kita semua, walau apa bidang diceburi, usah gopoh hingga mengambil kesempatan atas kekhilafan orang lain. Salinglah menghormati..

Pelari Kenya, Abel Mutai, hanya beberapa meter daripad garisan penamat, tetapi keliru dengan papan tanda dan memikirkan dia sudah memenangi perlumbaan dan berhenti.

Seorang pelari Sepanyol, Ivan Fernandez yang berada di belakangnya menyedari apa yang sedang berlaku dan mula berteriak kepada Mutai untuk meneruskan lariannya.  Mutai tidak tahu berbahasa Sepanyol dan tidak faham apa yang disampaikan oleh Ivan. Menyedari apa yang sedang berlaku, Ivan menolak Mutai supaya meneruskan lariannya menuju ke garisan penamat. 

Seorang wartawan bertanya kepada Ivan, "Mengapa kamu melakukan perkara ini padahal kamu boleh menang?" Ivan menjawab, "Impian saya adalah pada suatu hari nanti kita dapat menjalani kehidupan bermasyarakat di mana kita mendorong diri kita dan saling membantu untuk terus berjaya."  Wartawan itu menegaskan, "Tetapi mengapa kamu membiarkan orang Kenya itu menang?"  Ivan menjawab, "Saya tidak membiarkannya menang, dia sudahpun menang. Perlumbaan ini adalah miliknya."

Wartawan itu bertanya lagi, "Tetapi kamu boleh menang!"  Ivan memandangnya dan menjawab: "Tetapi apa erti kemenangan saya? Apa kehormatan pingat yang saya dapat? Apa yang akan difikirkan oleh Ibu saya?" Nilai apa yang kita ajarkan kepada anak-anak dan sejauh mana kita memberi inspirasi kepada orang lain untuk memperolehi kejayaan?

Sebilangan besar daripada kita hanya memanfaatkan kelemahan orang dan bukannya membantu untuk mereka terus berjaya.

 Kredit: Nii Ayikwei

Ahad, 26 Julai 2020

covid penat

Macam ni je la rakyat Malaysia:

1. Anda rasa sudah sgt selamat dan puas hati dengan pencapaian Malaysia mengawal Covid-19. Banyak video iktiraf kita, jadi time for celebration ye tak? Jadi anda pun chill je kemana2 dah tak ikut SOP. Bende kuman ni kan kecik dan x nampak. Bende tak nampak buatpa nak takut ye tak?

2. Berlonggok2lah anda di kedai2 mamak, masuk kedai pun tak isi nama. Kalau isi pun nama ntah apa2 dan nombor ntah apa2. Ada yg tulis takde serupa ulat pun, asalkan conteng. Memang kerja petugas kesihatan marhaen ni untuk trace anda sampai dapat bila ada kes ye tak? Itu memang kerja depa. Buat apa kita peduli?

3. SOP pun ke laut. Atas nama saja. Lif pun semua dah berlonggok je masuk. Distance pun ala kadar.

4. Yang balik dari luar negara, kuarantin bersepah2 di pasaraya, kedai makan dan berjalan merata. 3000 kes langsung tak peduli nak datang balik repeat swab kedua. Tak gaya la balik dari Oversea kene kuarantin ye tak? Nak buatpa swab balik, gerenti takde covid punya.

5. 2 minggu kebelakangan ini, kes2 meningkat semula. Yang lebih menakutkan, walaupun jumlah kes masih rendah, bilangan kluster sudah melebihi 9. Maksudnya di 9 tempat berbeza, 9 kumpulan berbeza yang setiap satunya berpotensi untuk menyebarkan Covid-19 ini. R - naught atau kebolehjangkitan daripada 0.1 dah naik balik hampir mencecah 1.5.

6. Jangan lupa, PKP ni, menjahanamkan negara dalam jangka masa panjang. Nak ke pkp semula? Lingkup ekonomi, ramai yang sengsara tiada punca pendapatan, dan ramai yang di buang kerja. Yang makan gaji mungkin tak terasa sangat, tapi rata2 menghadapi kesukaran. Pembelajaran anak2 pun ke laut, aktiviti keagaamaan pun di sisihkan, dan semua perkara negatif yang ada akibat pkp.

7. 1st wave Covid-19 di Malaysia dulu pun bermula dengan jumlah angka yang rendah, dan sekelip mata ianya meletup dan tersebar di luar kawalan. Apa yang berlaku sekarang adalah ulangan part 2 kepada apa yg telah berlaku. Allah masih belum mengangkat ujian Covid-19 ini daripada kita semua.

8. Bertindak sebelum terlambat. Saya tak mau di kurung semula. Anda nak kene kurung, anda teruskanlah buat chill macam takde apa. Bertanggungjawablah sikit, negara pelungkup, anda dan keluarga anda pun pelungkup juga. Ini sebenarnya peperangan yang memerlukan semua rakyat Malaysia berpadu tenaga dan jiwa. Negara anda perlukan anda. Jangan jadi pengkhianat kepada negara tercinta.

9. Sudah tiba masanya di penjara dan di sebat barang sepuluh sebat dua bagi yang melanggar perintah ni. Kalau tak faham sangat bahasa, itu je cara mengajarnya. Elok2 bagi home quarantine, nak juga di kurung macam lembu di Pusat2 kuarantin. Tahniah, anda telah berjaya mencapai impian anda untuk di layan seperti lembu kembali. Nak kalah perang senang je, keseronokan melampau dan kealpaan akibat di beri kejayaan kecil, akan mengakibatkan musuh menyerang kita tatkala kita leka, dan tersungkurlah kita semua. Kemenangan itu satu ujian, jangan kita lupa.

Ikhlas dari Petugas Kesihatan yang dah penat.

kifarah badan

Dari FB *Haji Mohd Tariq MKamal*
6 Mac 2015

_Kifarah badan_

Ada sorang bapa, blk dr hosp tuanku jaafar mengeluh mengenangkan anaknya yg koma lps jatuh merempit 2 thn lps. Pcik ni brth kat ayah sy, dia dah minta surau kat kg dia bc yaasin dan solat hajat tp Allah blm memakbulkan hasratnya.

Ayah sy ajar dia amalan KIFARAH BADAN dr almarhum syeikh hj ahmad b syeikh hj mohd said. Alhamdulillah berkat amalan ini dan pcik tu yakin, lps diamalkan, anak dia sedar dr koma dan discharge dr hosp 3 hr slps itu.

Cara2nya ialah.
1. Kira umurnya. Jika umurnya 38thn, umurnya ditambah 1 dan diganda 2. Jd umurny. Jd jumlahnya 38+1x2:78.

2. Ambil duit sbyk itu dan dimskkan dlm baju, kain, seluar sblm tido dan diniatkan apa shj. Minta penyembuhan penyakit, lapang dr mslh dll. Tp duit tu mesti kena kulit bdn, jgn diltk dlm poket.

3. Bgn pg, ambil duit tu, simpan. Jgn bercampur dgn duit yg lain.

4. Ulang duit yg sama utk hr ke2&3.

5. Pg hr ke4, beli mknn spt nasi atau buah durian, delima, pisang, hadiahkan kpd jemaah masjid atau surau. Tp pesan kpd ahli keluarga, jgn dimkn mknn tersebut.
Jika xmmp, rm10 pun bole digunakan. Yalah, msg2 punya tahap kewangan.

Ada kemusykilan bole hubungi sy. Sy xnak apa2 blsn, hanya harap tuan puan hadiahkan alfatihah kpd almarhum Syeikh hj ahmad b syeikh hj mohd said krn ilmunya.
Alfatihah

Jumaat, 24 Julai 2020

hina

CORETAN PAGI

HINAAN

Seburuk apapun penilaian orang terhadapmu.. jangan pernah hiraukan nya..
Kerana.. sesungguhnya hidup bukan untuk mendapatkan pujiannya..
Namun mengharapkan Redha ALLAH.

Jika ada yang menilaimu buruk maka.. tersenyumlah dan lupakan perkataannya..
Jika ada yang memandangmu hina..
Maka biarkanlah kerna sesungguhnya kamu indah hanya di mata Sang Pencipta..

Hidup kita bukan tentang mereka..
Atau bagaimana mendapatkan berjuta pujian darinya..
Tapi.. Hidup kita tentang Bagaimana Allah Redha atas apa yang kita lakukan.

Biarkan..
Biarkan saja orang berkata buruk
Kerna.. mereka hanya melihat tanpa mengetahui tentangmu..

Biarkan..
Biarkan saja orang memandang rendah
Kerna.. pandangan mereka tidak bermakna engkau rendah disisi Allah.

Ingatlah.. bahwa semakin besar pohon itu maka.. akan semakin kuat angin yang akan mencuba menerpanya.

Belajarlah dari sebuah pohon.. sekuat apapun angin menerpa.. dia tak pernah membencinya.
Seperti itulah kita.. seburuk apapun penilaian orang terhadap kita. maka.. semakin sayanglah kita padanya.

Teruslah berjalan kepada Allah dengan penuh harapan, walau dengan segala kekurangan dan kelemahan..Sentiasa lah perbaiki diri untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Carilah persahabatan yang boleh mengubah diri dari keburukan kepada kebaikan.

Oleh Hamba Allah yang hina

*TIADA NYATA HANYA ALLAH*

Selasa, 21 Julai 2020

haji

{Haji Luar Biasa Pasca COVID 19: Berita Dari Madinah}

Setakat ini hanya ada 3 orang sahaja rakyat Malaysia yang terpilih melaksanakan haji tahun ini. 2 daripadanya ialah pasangan adik beradik yang sedang menuntut di Madinah dan Riyadh.
.
Semua jemaah haji terpilih berjumlah 10 000 orang tahun ini hanya dibenarkan menunaikan haji ifrad sahaja. 3 000 orang adalah terdiri daripada warga Arab Saudi di kalangan frontlines dan lain-lain. 7 000 orang lagi dibahagi kepada warga luar daripada 160 buah negara.
.
Kini mereka sedang diwajibkan kuarantin diri selama seminggu di rumah masing-masing sebelum pergi ke Mekah Mukarramah. Hanya bakal jemaah yang sihat dan melepasi saringan pemeriksaan COVID 19 sahaja akan dibenarkan meneruskan perjalanan haji mereka. Siapa yang Allah uji tidak sihat ketika itu, visa haji akan dibatalkan.
.
Pada 4 Zulhijjah nanti, jemaah haji akan dikumpulkan di Hotel 4 Points by Sheraton di Mekah sehingga 8 Zulhijjah. Dalam tempoh ini mereka akan melalui pelbagai rangkaian saringan pemeriksaan kesihatan yang ketat oleh pihak Kerajaan Arab Saudi lagi.
.
8 Zulhijjah. Bakal jemaah akan dibawa ke Qarnul Manazil untuk bermiqat dan berniat haji. Maka selepas itu barulah bermula perjalanan sebenar ibadah haji luar biasa mereka.
.
Tahun ini juga semua jemaah haji istimewa ini diwajibkan melakukan nafar awal iaitu keluar dari Mina (setelah selesai melaksanakan kerja haji) pada 12 Zulhijjah. Penempatan mereka di Mina pula merupakan apartmen/hotel yang paling hampir dengan Kompleks Jamrah di Mina (Hotel paling mahal tu🤩).
.
Antara ujian dan nikmat Allah! Dalam keberuntungan dan nikmat tidak ternilai, nyata terlalu banyak ujian dan SOP ketat yang perlu mereka tempuhi penuh sabar untuk menjadi duyufurrahman pilihan Allah tahun ini. Barakallahufikum.
.
Semoga ada rezeki kita semua mengikuti perjalanan jemaah haji paling unik abad ini! Amin!.
.
Ustaz kata yang belum menunaikan haji kena terus azam dan doa sungguh-sungguh Allah rezekikan menjadi tetamu agungNya. Biarlah giliran masih jauh. Doa, terus belajar haji & usaha buat rayuan setiap tahun. Nothing is impossible bila Allah kata Kun Fayakun! Banyak cerita ‘magic’ kawan-kawan haji saya dah dengar. Semua dengan izin Allah jua.
.
Yang dah tunaikan haji, selalulah tanamkan niat dan azam untuk dapat segera kembali ke Tanah Suci Mekah. Ya Allah aku rindu!

* Kawan-kawan boleh share je untuk dipanjangkan manfaatnya ya.