Selasa, 8 September 2020

jawab kimi-A!

 Teknik menjawab kimi- *A*!


*GRACE*


*G*...given data n 

          sketch diagran


*R*...realized...what 

          to find

*A*...analysis....

         concept n 

         formula related

*C*...calculation

*E*...evaluation...

         final answer 

         with correct 

         unit


👆🏻💪🏼💪🏼😎

Ahad, 6 September 2020

kenyang

 "KENYANGKAN"


"Kenyangkan dirimu dgn ilmu supaya kurang selera mu untuk berlaku jahil."


"Kenyangkan dirimu dgn adab supaya kurang selera mu untuk bersikap biadab."


"Kenyangkan dirimu dgn zikir supaya kurang selera mu mengucapkan sesuatu yang sia-sia."


"Kenyangkan dirimu dgn melihat aib diri supaya kurang selera mu menghina orang lain."


"Kenyangkan dirimu dgn bersedekah supaya kurang selera mu bersifat bakhil."


"Kenyangkan dirimu dgn amal kebaikan supaya kurang selera mu melakukan kejahatan."


"Kenyangkan dirimu dgn menolong orang supaya kurang selera mu menyakiti orang."


"Kenyangkan dirimu dgn mengubati diri supaya kurang selera mu meracuni orang."


Pesan seorang Murabbiah ;


Bila kita selalu sakit, maka rajinlah berpuasa. 


Bila kita berwajah gelap, rajinkanlah diri untuk berqiamulai (tahajjud).


Bila kita punya hati yg sempit, maka banyakkan membaca Al-Quran.


Bila kita terlalu susah untuk bahagia, solatlah tepat pada waktunya.


Bila emosi kita sering terganggu, rajinkan berwudhuk dan beristighfar.


Bila kita dalam keadaan stress atau tertekan, seringlah membaca 'La haula wala quwwata illa billah'.


Bila kita merasa rezeki kita teramat sempit, maka perbanyakkanlah bersedekah.


Dan apabila hati dan jiwa kita gelisah, perbanyakkanlah berdoa ..


Jadikan Seluruh Doamu Adalah Istighfar ♥️

VK3

 Kata guruku~•


Talqin buat Akademia.


1. Di sini terbujur kaku. Terbujur kaku tubuh bukan sahaja seorang hamba Allah, tetapi seorang VK3. Bukan DS atau DM mahupun DG. Bukan calang staf. Staf VK3.

*Kata guruku, 'Sulong, Ulung atau Polong?'


2. Di batu nisannya tercacah, Tan Sri Datuk Seri Ir Dr Ts Hj Sipolan bin Sipolan. VK3. Degree di Yuesem, Master di Hahvet, DPhil di Oxport. Chartered Engineer juga. Pingat-pingat kebesaran sekali. Bertaburan. Kelihatan batu nisannya hebat, penuh tulisan, bersaiz lebih besar dari biasa. Cop namanya dulu juga begitu.

*Kata guruku, 'Tidak semua benda yang besar adalah bagus.'


3. Di sisi kubur diletakkan pangkat darjatnya.

Di sebelah kanan, dicacah jawatan-jawatan akademiknya, dari seorang Bagero hingga ke Ketua Bagero. Kemudian menjadi ahli lembaga dan akhirnya menjawat jawatan besar di Kementerian. Cukup berpengalaman, begitu lama dalam 'Pengurusan Tertinggi'.

*Kata guruku, 'Lebih tinggi kedudukan, lebih sakit bila jatuh.'


4. Di sebelah kiri, dicacah pula anugerah-anugerah yang dimenangi, Perkhidmatan Cemerlang, Saintis Muda, Anugerah Kebangsaan, berserta profil Scopus dirinya, dengan jumlah sitasi melebihi 5k dan H-indeks 35.

*Kata guruku, 'Nombor semata-mata yang membutakan mereka yang berhati pendidik. Angka ialah candu kepada mereka yang inginkan perhatian.'


5. Hanya keluarga terdekat sahaja hadir. Isteri menangis meratapi pemergian ahli akademik ulung. Tiada wakil universiti. Tidak ada wakil dari Kementerian. Kawan-kawan kebanyakkannya ahli akademik. Mereka sangat sibuk menulis. Tiada masa untuk ziarah. Tak dapat CPD menziarahi orang ni...

*Kata guruku, 'Tulislah kamu, sebelum kamu dituliskan. Tetapi kau akan ditulis lebih, oleh penulis yang benar (di atas bahu kiri dan kanan), terutamanya bila kau menulis sesuatu yang dangkal.'


6. Ada empat muka asing. Bekas pelajar. Yang pertama Gagal PhD. Ditinggalkan begitu sahaja. Datang untuk memaafkan Profesor VK3. Bukan salahmu Prof VK3. Sudah tersurat. Tesis tugas saya. Penerbitan, kita bersama.

*Kata guruku, 'Jika akademia akhir zaman adalah pengusaha sawah, maka kebanyakkan sawah itu dibajak oleh pelajar dan dibaja oleh staf sokongan.'


7. Yang kedua, pelajar Master. Lulus, dua kali viva. Tesis langsung tak dilihat. Penerbitan sahaja yang dikehendaki. Yang ketiga dan keempat, dua orang pelajar Sarjana Muda. Seorang mengulang kursus yang diajar Prof VK3 dan terpaksa 'extend'. Seorang lagi ialah pelajar di bawah Penasihatan Akademik Prof VK3. Tak pernah sebelum ini jumpa.

*Kata guruku, 'Kejarlah KPI dunia, KPI akhirat berciciran.'


8. Profesor VK3 terlalu hebat untuk ditalkinkan cara biasa. Talkin beliau ialah bacaan 3 Abstrak utama beliau, yang telah diterbitkan sebagai penulis utama dalam jurnal-jurnal yang berimpak faktor tinggi.

*Kata guruku, 'Tiada yang lebih abstrak dari suasana yang sunyi kerana perbuatan yang keji.'


9. Bunga mawar juga tiada. Hanya digantikan dengan kertas tercarik (shredded paper). Sebelum dicarik, kertas-kertas itu sebelumnya dicetakkan di atasnya jurnal-jurnal tulisan si VK3 (kononnya). Kertasnya berwarna warni, 80g dan berbau air wangi, bagi menampakkan lagi gah dan kualiti.

*Kata guruku, 'Ilmu, yang semata-mata ditumpahkan ke atas kertas, dengan tujuan mengkastakan pencari ilmu, keberkatannya sesuai seperti kertas tercarik.'


10. Semua bergerak meninggalkan kubur. Si VK3 tinggal di liang lahad, keseorangan. Harta beliau kini bukanlah jurnal-jurnal yang diterbitkan dan H-indeks; hanya bernilai adalah ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan anak yang soleh. Kesemuanya kau abaikan kerana kau hanya mengejar nombor dan berbangga kepada nombor yang kau perolehi.

*Kata guruku, 'Tulisanmu, tanpa jiwa, tidak akan menziarahimu masa sakit. Kajangmu yang dangkal tidak akan menyentuh hati insan untuk mengenalimu mahupun mendalami apa yang kau tuliskan. Hasil tanpa hati, kertas-kertasmu itu tidak akan berbual denganmu mahupun dengan sesiapa.'


"Berburu di padang datar,

Dapat rusa berbelang kaki,

Berguru kepalang ajar,

Bagaikan bunga kembang tak jadi."

(Usman Awang, 'Guru oh Guru).


-PakDin

21 Zulhijjah 1441 @ 1917 (Menunggu Maghrib)

(Akademia tahun lalu. Tahun ini belum tentu.)


#SimpanDiSini

#selfreminder

#cutnpastefbkakzu

Sabtu, 5 September 2020

niat

 Ikon 2 - Abu Al-Husayn Al-Nuri


Suatu hari Al-Nuri melihat sebuah sampan yang dipenuhi botol arak lalu bertanya kepada orang yang mendayung sampan tersebut. 


"Apa yang terdapat dalam sampai itu?" 

"Botol botol ini milik Khalifah al- Mu'tadid." 


Dengar jawapan itu, Al-Nuri terus naik atas sampan dan pecahkan satu per satu botol tersebut dengan tongkatnya. Sampailah botol terakhir, beliau berhenti. Tidak pecahkan botol terakhir.


Kemudian datang la pegawai keselamatan dan menangkap Al-Nuri lalu dibawa menghadap Khalifah. 


Dalam keadaan marah Khalifah sebagai pemilik botol arak tu pun berkata, 


"Siapa engkau?!" 

"Saya pengawas kerajaan" 


"Siapa yang melantikmu jadi pengawas kerajaan?! " 

"Pihak yang sama yang melantik Khalifah." 


Maksudnya Allah yang lantik. Pada zaman tu pemimpin dilantik bukan dilantik macam sekarang, bukan melalui pilihan raya. Tapi dilantik sebab keturunan. Bila ayah meninggal, anak yang gantikan.  


Bila Khalifah dengar jawapan Al-Nuri, Khalifah tundukkan kepala. 


Kemudian Khalifah angkat kepala dan tanya lagi. 


"Mengapa engkau pecahkan botol botol tersebut?"

"Kerana sayangkan Khalifah. Saya hendak menyelamatkan Khalifah dari murka Allah." 


Khalifah tundukkan kepala lagi. 


Kemudian Khalifah angkat kepala dan tanya lagi. 


"Apabila engkau pecah botol tersebut, mengapa engkau meninggalkan botol terakhir?"


Jawapan Al-Nuri agak panjang. 


"Apabila aku naik ke sampan dan mula pecahkan botol botol itu, aku melakukannya kerana Allah. Pada saat itu aku tidak peduli dengan sesiapapun. Apabila tiba botol terakhir, hati berasa ujub. Aku merasa hebat kerana memiliki keberanian ini. Apabila ujub telah menusuk dalam hati, aku tidak pecahkan botol terakhir itu." 


Bila Khalifah mendengar jawapan Al-Nuri tersebut, beliau pun berkata : 


"Pergilah. Aku lepaskan dirimu. Ubahlah kemungkaran sekehendakmu"


[al-Bidayah wa al-Nihayah 11: 101]

.

.


Siapakah Abu al-Husayn al-Nuri dalam kisah tersebut ? Beliau merupakan seorang tokoh sufi dan zuhud di Baghdad. Nama sebenarnya beliau ialah Ahmad bin Muhammad al-Khurasani al-Baghawi. Beliau menimba ilmu dengan tokoh tokoh besar seperti al-Sari al-Saqati dan Ahmad bin Abi al-Hawari. Beliau juga bersahabat dengan Imam al-Junayd al- Baghdadi.


Pengajaran daripada kisah Al-Nuri. 


1- Pentingnya niat. Contoh dalam menuntut ilmu, bila niat untuk perbaiki diri dengan ilmu tersebut, Allah akan mudahkan.  


2- Tuntut ilmu bukan kerana jawatan dan populariti. 


3- Niat hati boleh berubah. Boleh jadi pada awalnya kerana Allah tapi penghujungnya kerana kepentingan dunia. 


4- Bila terdetik ingin berbuat baik, terus buat.  Jangan tunda tunda.


5- Bersikap sederhana. Jangan terlalu cinta dan benci. Sahabat hari ini boleh menjadi musuh esok hari dan sebaliknya. Jadi usah terlalu terbuka dengan sahabat dan terlalu tertutup kepada musuh.


Rita Mappiare

~Catatan nota Niat Boleh Berubah-Ubah daripada buku IKON RIJAL


🖋https://t.me//pEnA_BeRbIcArA

Jumaat, 4 September 2020

scam

 JADI SCAMMER ADALAH SATU KERJAYA HEBAT  


1. Saya baru terperasan yang menjadi scammer adalah satu kerjaya hebat. Mari kita buat analisisnya. 

 

2. Pertamanya anda tak perlu modal sesen pun untuk pun untuk memulakan scam baru. Semuanya adalah self-sustaining dengan menggunakan duit mangsa. 


3. Anda tak perlu belajar tinggi2 (malah setakat darjah 6 pun sudah cukup). 


4. Anda tak perlu apa2 ilmu kewangan dan pelaburan (kerjanya hanyalah me-rcycle-kan duit).  


5. Anda tak perlu apa2 pengalaman kerja (sebab tu student pun boleh jadi scammer). 


6. Anda boleh cipta identiti baru siap dengan Datoship sekali.  


7. Anda boleh maki hamun semua pakar kewangan yang mengexposekan scam anda. 


8. Anda akan dipuja oleh semua pengikut anda sebagai pemberi rezeki mereka. 


9. Anda boleh dapat gelaran Pakar Ekonomi Asia! 


10. Anda mendapat kepuasan diri kerana dapat memperbodohkan orang yang lebih pandai. 


11. Anda boleh bawa kereta super mewah yang disponsor oleh mangsa. 


12. PULANGANNYA TINGGI MENGGILA (masuk ratusan juta ringgit)!!! 


13. Bila skim itu berkubur, anda boleh selamat dengan kata anda jatuh sakit. 


14. Bila skim itu berkubur, anda selamat kerana Polis tak tangkap. 


15. Bila skim itu berkubur, anda selamat kerana mangsa anda yang kebanyakkannya Melayu amat cepat memaafkan anda. 


16. Selepas setahun dua, anda ulang langkah 2 hingga 15. 


17. Of course, in return, nama anda akan busuk satu Malaysia. 


18. It is also likely that banyak yang anda perlu jawab in the next life. 


19. Amacam? Ada sesiapa yang teringin nak jadi scammer terkini Malaysiakah?


- Azizi Ali