Aku, Belajar & Puasa
Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan 1432H. Selamat berpuasa di bulan Ramadhan alMubarak di KMS-hehdi. Kehidupan seharian selama ini sudah tentunya akan menjadi luar biasa?. Jika sebelum puasa pensyarah dan pelajar bangun pagi awal hampir-hampir azan subuh, maka di bulan puasa, kita akan bangun lebih awal untuk mencari keberkatan sahur. Kesan dari itu, para pelajar tidak seharusnya berjaga malam untuk belajar sehingga pukul 12 tengah malam atau 2 pagi kerana sudah tentu menjejaskan kesihatan dan kewarasan ketika belajar keesokan harinya. Kena lak minggu pertama bulan puasa ada UPS I PST, PDT dan akaun
Nasihat sifu adalah, korbankan semua kebiasaan itu. Atur jadual belajar sendiri yang baru khas untuk Ramadhan alMubarak. Kepada anak didik, banyakkan amalan sunat dan doa untuk kecemerlangan diri sendiri, ibu bapa, ahli keluarga lain (adik dan abang-kakak, & pakcik makcik) serta pensyarah yang membimbing anda. Lebih baik lagi jika anda juga mendoakan kejayaan rakan sebilik dan seluruh pelajar matrikulasi seluruh negara (seperti nasihat Fadhillah Kamsah).
Sifu nasihatkan supaya pembelajaran di sebelah malam diawalkan, seawal selepas tarawih barangkali. Baca beberapa helai muka surat al-Quran untuk pahala disamping mendapat berkat untuk ulangkaji malam itu. Ulangkajilah pembelajaran dengan bersyukur ke atas ilmu yang dipelajari sehingga kita faham. Hormati kedua ibubapa sentiasa di rumah dan di luar rumah, serta pensyarah. Yang penting <Tutor buat sendiri> bukannya tiru jawapan roommate atau pun gewe. huhu
Di kuliah, bilik tutor dan makmal jangan sesekali berbuat perkara yang menyebabkan pensyarah menjadi hilang S A B A R!!!. Pensyarah juga berpuasa seperti anda maka sayugia itu bantulah diri anda dan pensyarah anda untuk mendapat pahala puasa dengan sempurna. Komunikasi dengan pensyarah mestilah penuh hikmah, dan pohonlah keberkatan ilmu dari pensyarah yang mengajar sekerap mungkin sepanjang sebulan anda belajar di bulan puasa.
DOA ORANG YANG BERPUASA LEBIH MAKBUL. APATALAH LAGI JIKA DOA ITU DARI PENSYARAH ANDA SENDIRI. DOA ORANG YANG BERPUASA DAN BERDAKWAH ADALAH MUSTAJAB, INSYA ALLAH. Tetapi ingat, Doa akan dikabulkan Allah BERGANTUNG atas usaha individu itu sendiri juga. Jangan pula pelajar dan pensyarah tersalah tafsir. Doa, usaha dan ikhtiar mestilah selari. Nak faham pasal ni, kenalah soal-jawab dengan ustaz / ustazah atau imam atau ulama yang berilmu. Sifu hanya menyampaikan setakat sekelumit ilmu di dada. Wallahualam.
Pesanan akhir, belajarlah lebih bersungguh-sungguh bulan puasa ini, walaupun di siang hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan