Jerald F. Dirks
Jerald F. Dirks , ialah seorang paderi yang pernah dinamakan sebagai Ketua Dewan Gereja Metodis. Kini pemegang Bachelor of Arts (BA) dan Master of Divinity (M Div) dari Universiti Harvard. Beliau juga berkelulusan Master of Arts (MA) dan Doctor of Psychology (Psy D) dari Universti Denver, Amerika Syarikat. Kini beliau menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.
Dibesarkan di dalam lingkungan masyarakat beragama Kristian Metodis, membuatkan Jerald terbiasa dengan bunyi dentingan lonceng yang mengalun dari sebuah bangunan Gereja Kristian Metodis yang jaraknya hanya dua blok dari rumahnya. Bunyi lonceng yang bergema setiap pagi minggu ini menjadi tanda bagi seluruh anggota keluarganya agar segera menghadiri upacara keagamaan yang diadakan di gereja.
Tidak hanya dalam upacara ibadah sahaja, mereka juga terlibat aktif di dalam setiap kegiatan yang dianjurkan oleh pihak Gereja. Jadi tidak menghairankan Jerald mengikut serta dalam kegiatan yang diadakan oleh pihak gereja sejak dari beliau kecil lagi. Beliau mengikuti pelajaran khusus selama dua minggu yang diadakan oleh pihak gereja setiap bulan Jun. Para peserta mendapat pengajaran mengenai Bible selama mengikuti pelajaran khusus ini.
''Saya mengikuti pelajaran khusus ini sehingga memasuki tahun kelapan, selain upacara keagamaan setiap pagi ahad dan belajar agama setiap hujung minggu,'' kata muallaf kelahiran Kansas pada tahun 1950 ini. Diantara pelajar yang belajar pengajian ini, Jerald adalah pelajar yang paling menonjol. Tidak pernah sekalipun dia tidak hadir ke kelas. Dan dalam menghafal ayat-ayat Bible, beliau sering mendapatkan penghargaan.
Tempat kelahiran Jerald, Kansas
Penglibatan Jerald dalam setiap kegiatan yang dianjurkan oleh komuniti Gereja Metodis terus berlaku sehingga beliau memasuki Sekolah Menengah. Diantaranya beliau terlibat secara aktif di dalam organisasi pemuda Kristian Metodis. Beliau juga kerap memberi khutbah dalam upacara keagamaan setiap hujung minggu yang khusus diadakan untuk anak muda seusianya.
Khutbah yang beliau sampaikan telah menarik minat komuniti Kristian Metodis di tempat lain. Ramai gereja yang menjemput beliau untuk memberikan khutbah di gereja. Sejak itu, Jerald bercita-cita untuk menjadi seorang paderi.
Ketika melanjutkan pengajian di Universiti Harvard, Jerald tidak mensia-siakan kesempatan demi menjayakan cita-citanya itu. Beliau memasuki kelas perbandingan agama yang diajar oleh Wilfred Cantwell Smith untuk dua semester. Di dalam kelas perbandingan agama ini, Jerald mengambil bidang khusus dalam mempelajari dan mengkaji agama Islam.
Wilfred Cantwell Smith
Sebenarnya Jerald lebih tertarik untuk mempelajari agama Budha dan Hindu. Dibandingkan dengan Islam, menurut beliau, agama Kristian dan Islam ini tidak ada persamaan sama sekali.
Tetapi untuk memenuhi tuntutan piawaian kelulusan akademik, Jerald diwajibkan untuk membuat kajian mengenai konsep wahyu di dalam Al-Quran. Beliau mula membaca pelbagai buku dan sumber-sumber mengenai Islam, yang sebahagian besar pembacaanya ditulis oleh penulis bukan Islam. Beliau juga membaca dua Al-Quran terjemahan bahasa Inggeris dalam dua versi yang berbeza.
Pihak Harvard memberikan penghargaan Hollis Scholar kepada Jerald di atas kajiannya. Sebuah penghargaan tertinggi untuk para mahasiswa jurusan Teologi Universiti Harvard.
Untuk mencapai cita-citanya, Jerald rela mengisi musim cutinya dengan bekerja sebagai seorang paderi muda di sebuah Gereja Metodis terbesar di negara Uncle Sam tersebut. Pada waktu itulah beliau berjaya mendapat pengiktirafan dari pihak Gereja Metodis Amerika untuk menjadi seorang pengkhutbah .
Setelah lulus dari Harvard College pada tahun 1971, Jerald terus menyambung pelajarannya di Harvard Divinity School. Beliau mengambil jurusan teologi dan dibiayai oleh Gereja Metodis Amerika. Selama beliau disana dalam mempelajari bidang teologi, Jerald juga mengikuti program perintis di Hospital Peter Bent Brigham di Boston.
Harvard Divinity School
Beliau menamatkan pengajiannya di Harvard Divinity Schoolpada tahun 1974 dan memperoleh gelaran Master di bidang teologi. Selepas mendapat gelaran master teologi, beliau sempat menghabiskan cuti musim panasnya dengan menjadi paderi di dua buah Gereja Metodis Amerika yang terletak di pinggir Kansas.
Aktivitinya sebagai seorang paderi tidak hanya terbatas di dalam gereja saja. Beliau mula bergerak ke skop yang lebih luas di dalam usaha dakwahnya, seperti sekolah, pejabat, dan lain-lain.
Meninggalkan Aktiviti Gereja
Pelbagai usaha dakwah yang dilakukannya tidak memberikan kesan yang positif terhadap kehidupan masyarakat di sekelilingnya. Beliau menyaksikan bagaimana turunnya moral masyarakat di Amerika di tengah-tengah kehidupann beragama. Bahkan keadaan sama juga terjadi di dalam lingkungan gereja.
''Dua dari sepuluh pasangan di Amerika selalu berakhir dengan perceraian, masalah sosial di sekolah dan di jalanan semakin meningkat, tidak ada lagi rasa tanggungjawab dan disiplin di kalangan anak muda. Malah yang lebih mengejutkan ada diantara paderi Kristian yang terlibat di dalam skandal seks dan kewangan. Masyarakat Amerika sedang menuju kepada kehancuran moral,'' paparnya.
Melihat kenyataan ini, Jerald mengambil keputusan untuk menyendiri dan tidak lagi menjalankan aktivitinya memberikan khutbah kepada para jemaah. Beliau mula beralih untuk terlibat aktif di dalam kajian yang dilakukan oleh isterinya. Kajian mengenai sejarah kuda Arab ini membuatkan beliau dan isterinya mempunyai banyak hubungan dengan warga Amerika berketurunan Muslim Arab. Salah satunya adalah dengan Jamal.
Babak Pergaulan Dengan Arab Muslim
Pertemuan Jerald dengan lelaki Arab-Amerika ini berlaku pada musim panas pada tahun 1991. Pada awalnya sekadar berhubung melalui panggilan telepon, kemudian berterusan sehinggakan Jamal berkunjung ke rumah Jerald. Pada kunjungan kali pertama ini, Jamal menterjemahkan beberapa sumber dari bahasa Arab ke Inggeris. Jerald dan isterinya amat berterima kasih di atas pertolongan Jamal.
Ketika waktu solat asar tiba, Jamal meminta izin untuk menggunakan tandas dan meminjam surat khabar untuk digunakan sebagai alas solat. Apa yang diminta oleh Jamal itu diambilkan oleh Jerald. Ini pertama kalinya beliau melihat gerakan solat di dalam agama Islam.
Jamal dan isterinya berkunjung ke rumah mereka seminggu sekali. Jerald sebenarnya terkejut dengan keikhlasan Jamal dan isterinya untuk membantu beliau.
''Selama berada di rumah kami, tidak pernah sekalipun dia memberikan komen mengenai agama Kristian. Jamal juga tidak pernah menyampaikan ajaran Islam kepada kami. Yang dia lakukan adalah memberikan contoh kelakuannya di depan kami, seperti bercakap dengan suara serendah mungkin jika ada diantara kami yang bertanya mengenai agamanya. Ini yang membuat kami kagum,'' kata Jerald.
''Selama berada di rumah kami, tidak pernah sekalipun dia memberikan komen mengenai agama Kristian. Jamal juga tidak pernah menyampaikan ajaran Islam kepada kami. Yang dia lakukan adalah memberikan contoh kelakuannya di depan kami, seperti bercakap dengan suara serendah mungkin jika ada diantara kami yang bertanya mengenai agamanya. Ini yang membuat kami kagum,'' kata Jerald.
Dari perkenalannya dengan Jamal dan keluarganya, Jerald mendapat banyak pengetahuan baru. Jamal telah menunjukkan kepadanya disiplin melalui solat yang dilaksanakannya. Selain pelajaran moral dan etika yang diperlihatkan oleh Jamal dalam urusan perniagaan dan sosialnya serta cara Jamal berkomunikasi dengan kedua anaknya. ''Begitu juga apa yang dilakukan oleh isterinya telah menjadi contoh bagi isteriku.'' tambah Jerald.
Dari Jamal, beliau dapat mengetahui tentang sejarah Arab dan peradaban Islam, kisah-kisah dan perilaku Nabi Muhammad, serta ayat-ayat Al-Quran dan makna yang terkandung di dalamnya. Setidaknya Jerald meluangkan lebih kurang 30 minit setiap kali Jmal datang ke rumahnya untuk berbincang mengenai Islam. Dari situ Jerald mengakui dirinya mulai mengenali apa itu Islam.
Contoh yang baik membuatkan ramai tertarik dengan islam
Melalui Jamal, Jerald sekeluarga diperkenalkan kepada keluarga Arab lainnya. Diantaranya keluarga Wael dan keluarga Khalid. Jerald sentiasa berinteraksi dengan komuniti Arab Amerika ini. Dari interaksi tersebut, Jerald mendapat pengetahuan tentang ajaran Islam yang selama ini tidak diketahuinya semasa berinteraksi dengan komuniti masyarakat Kristian. Di dalam komoniti islam, Jerald dapat merasakan persaudaraan dan toleransi yang wujud di dalamnya.
Pada Disember 1992, Jerald menyoal dirinya sendiri, ''Aku adalah seorang penganut Kristian, tetapi kenapa Aku bergaul dan berinteraksi dengan komuniti masyarakat Muslim Arab?.'' Sebuah komuniti masyarakat yang menurutnya menyanjung tinggi nilai-nilai moral dan etika, serta menunjukkan sikap saling menghargai pasangan hidup masing-masing, anggota keluarga mahupun sesama masyarakat sekitarnya. Keadaan ini hampir tidak wujud di dalam masyarakat Amerika.
Kejadian Yang Tak Diduga
Untuk menjawab keraguannya itu, Jerald memutuskan untuk mempelajari lebih mendalam tentang ajaran Islam melalui kitab suci Al-Quran. Dalam perjalanannya mempelajari Al-Quran, Jerald menjumpai nilai-nilai yang sesuai dengan kata hati kecilnya yang selama ini tidak pernah dijumpainya di dalam ajaran Kristian yang dianutinya.
Walaupun demikian, perkara tersebut tidaklah membuatnya untuk terus memeluk Islam. Beliau merasa belum bersedia untuk meninggalakan identitinya sebagai seorang Kristian selama hampir 43 tahun lamanya dan bertukar kepada identiti baru sebagai seorang muslim.
Walaupun begitu, beliau memutuskan untuk berkunjung ke Timur Tengah bersama isterinya pada awal tahun 1993. Ditakdirkan, ketika jerald berseorangan menikmati makanan di sebuah restoran, Jerald melihat pemilik restoran, Mahmoud sedang membaca Al-Quran terjemahan bahasa Inggeris. Tanpa berkata-kata, Mahmoud melontarkan senyum ke arah Jerald.
Selepas itu berlakulah kejadian yang tidak diduga olehnya. Isteri Mahmoud, Iman, iaitu seorang Muslim Amerika, datang ke arah mejanya sambil membawa makanan yang telah dipesan. Iman memberitahu kepada Jerald bahawa buku yang dibaca oleh suaminya adalah Al-Quran. Tidak berhenti itu, Iman juga bertanya adakah Jerald seorang muslim sama seperti dirinya. Pertanyaan tersebut di jawab dengan satu perkatan: Tidak.
Namun ketika Iman menghampiri mejanya untuk memberikan bil, tanpa disadari Jerald meminta maaf atas sikapnya tadi, beliau berkata: ''Saya takut untuk menjawab pertanyaan anda tadi. Namun jika anda bertanya kepada saya adakah saya percayakan Tuhan itu hanya satu, maka jawapan saya adalah ya. Jika anda bertanya adakah saya percaya bahawa Muhammad adalah salah satu utusan Tuhan, maka jawapan saya tetap sama, ya.'' Mendengar jawapan tersebut, Iman hanya berkata: ''Tidak apa, mungkin ia memakan masa yang lama untuk mebina kepercayaan yang benar-benar kuat.''
Ikut Berpuasa Dan Solat
Ketika memasuki minggu kelima pengembaraannya di Timur Tengah iaitu pada bulan Ramadhan yang jatuh pada bulan Mac tahun 1993, untuk kali pertamanya Jerald dan isterinya berpuasa untuk menghormati masyarakat di sekitarnya. Pada bulan Ramadhan itu juga, Jerald mula terikut-ikut melaksanakan solat lima waktu bersama-sama dengan temannya yang Muslim dan kenalan barunya yang berasal dari Timur Tengah.
Kunjungan ke Amman memberikan sejuta makna kepada Jerald
Ketika berakhirnya pengembaraan beliau menjelajah kawasan Timur Tengah, hidayah akhirnya datang. Peristiwa penting di dalam hidup Jerald ini berlaku ketika beliau diajak oleh seorang rakannya untuk mengunjungi Amman, ibukota Jordan.
Ketika Jerald sedang melintas jalan di pusat bandar Amman, tiba-tiba seseorag lelaki tua datang menghampirinya dan mengucapkan, Salam Alaikum dan mengulurkan tangannya untuk bersalaman, serta melontarkan pertanyaan adakah Jerald seorang Muslim?. Sapaan salam dalam ajaran Islam itu membuatnya kaku. Jerald juga tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan kepada orang tua tersebut bahawa dirinya bukanlah seorang Muslim. Lebih-lebih lagi rakan yang bersamanya juga tidak pandai berbahasa Arab.
Mengikrarkan Keislaman
Ketika itu Jerald merasa dirinya berada di tengah laluan yang sukar untuk diungkapkan. Beliau hanya mempunyai dua pilihan, iaitu berkata N'am yang bermaksud ya atau berkata La yang bermaksud tidak. Hanya Jerald yang mampu menentukan pilihan tersebut, sekarang atau tidak sama sekali.
Setelah berfikir agak lama dan memohon petunjuk dari Allah, Jerald menjawab dengan perkataan N'am. Sejak peristiwa tersebut, Jerald rasmi menyatakan dirinya telah memeluk Islam. Hidayah tersebut juga datang kepada isterinya.
Selepas kepulangannya ke Amerika, salah seorang saudaranya yang juga merupakan seorang paderi telah memberitahu jerald yang beliau begitu tertarik terhadap ajaran Islam. Dihadapan Jerald, saudaranyanya berhenti menjadi paderi Metodis dan mengucapkan dua kalimah syahadah.
Kini hari-hari Jerald dihabiskan di dalam bidang penulisan dan menjelajah keserata dunia untuk memberikan ceramah tentang Islam dan hubungan antara Islam dan Kristian. Beliau juga kerap diundang di dalam program Islam di kaca-kaca televisyen.
Salah satu hasil karyanya yang menjadi best seller adalah "The Cross and the Crescent: An Interfaith Dialogue between Christianity and Islam".
He holds a Master's degree in Divinity from Harvard University and a Doctorate in Psychology from the University of Denver.
Author of "The Cross and the Crescent: An Interfaith Dialogue between Christianity and Islam" (2001), and "Abraham: The Friend of God" (2002).
He has published over 60 articles in the field of clinical psychology, and over 150 articles on Arabian horses.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan