Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), memang tidak pernah mengambil iktibar.Adakah mereka tidak tahu bahawa rakyat Malaysia sekarang bukan dungu?
SPR banyak kali menafikan tuntutan Bersih 2.0 dengan mengatakan bahawa tidak wujud pengundi berdaftar lebih dari satu dan sentiasa mengatakan mereka telus.Ternyata cakap-cakap mereka itu adalah cakap-cakap kosong sahaja.Memang sudah menjadi kelaziman SPR memang suka menipu rakyat.
Hasil semakan di website rasmi SPR telah menunjukkan seorang pengundi berdaftar bernama MOHD ISA BIN MAT RANIB ini, memegang kad pengenalan lama bernombor 4786412 namun memiliki dua kad pengenalan baru bernombor 530618106367 dan 330618105173. Beliau juga dilihat memiliki alamat tempat tinggal yang berbeza.
Jelas sekali ini membuktikan bahawa beliau boleh mengundi sebanyak dua kali di dalam pilihanraya. Kerana itulah tuntutan BERSIH 2.0 ketiga menuntut SPR “menggunakan dakwat kekal pada jari setiap pengundi yang sudah mengundi” bagi mengelakkan pengundi-pengundi seperti ini mengundi lebih dari sekali.
Kejadian seperti ini bukan baru dalam SPR.Memang sudah lama.SPR perlukan reformasi bagi mewujudkan demokrasi yang lebih baik.dan sebab itulah ada sebilangan rakyat yang ingin berada dalam demonstrasi aman Bersih 2.0 ini.
Apa pendapat anda mengenai isu ini?Anda boleh mengesahkan perkara ini dengan membuat sendiri semakan ke Laman Web SPR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan