Isnin, 13 Mei 2013

mulia

Dimuhasabah oleh Allah secara terus pagi ini.

Saya melihat dari jauh seorang lelaki tua berbaju sangat lusuh berketayap berbangsa Melayu atau India Muslim saya kira. Beliau membuka plastik sampah yang telah diikat yang kami letakkan di luar rumah. Saya hanya memerhati beliau dari jauh dari dalam rumah.

Beliau memilih-milih sampah dan mengasingkan di dalam kotak-kotak atas basikal beliau ini. Yang kertas diletakkan setempat, yang botol plastik setempat, tin air setempat. Setelah selesai, beliau mengikat semula plastik sampah tersebut dan meninggalkannya dengan baik.

Setelah beliau selesai, saya memanggil beliau dan menyerahkan sejumlah besar surat khabar lama yang tersimpan di rumah ini kepada beliau. Beliau tersenyum gembira dan mengucapkan terima kasih.

 Saya pasti beliau akan menjual kertas, botol plastik dan tin itu dan hasil duit itu digunakan untuk meneruskan hidup dan mungkin menanggung keluarga beliau juga.

Ada orang mencari rezeki halal dengan mengutip dan mengasingkan sampah. Ada orang mencari rezeki dengan rasuah. Bezanya, yang menjual sampah mungkin dipandang hina disisi manusia dan yang hidup dengan rasuah dalam diam diangkat dan disanjung manusia. Tetapi disisi Allah hanya Dia yang tahu siapa yang lebih mulia.

Bersyukurlah dengan nikmat hidup dan rezeki yang Allah kurniakan. Bersyukur dan jadilah manusia yang mulia disisi Allah. Pakcik ini entah-entah jauh 1000 kali lebih mulia dari saya disisi Allah. Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan