Ahad, 20 Oktober 2024

Tahfiz

 Dalam 50 orang pelajar. Selalunya 10 orang sahaja yang perform. Separuh dari baki tu pula adalah dari level pertengahan. Selebihnya tu tukang habiskan masa sahaja di Madrasah. Cuma sekurang-kurangnya dia bergaul dengan circle yang baik-baik.


Kenapa perkara ni berlaku?


Pertama, niat ibubapa dan pelajar tidak jelas. Anak yang bermasalah di rumah atau di sekolah lama dihantar ke madrasah untuk hafal al-Quran. Dengan cara itu nak anak jadi baik.


Niat begitu tidak jelas, madrasah adalah tempat pelajar yang "dah bersedia untuk hafal al-Quran". Bukan tempat baiki akhlak pelajar yang ada masalah akhlak buruk.


Kedua, madrasah jadi tempat simpan anak kerana ibubapa berpisah atau bercerai. Jadinya anak tersebut tiada penjagaan rapi, akhirnya anak itu dihantar ke madrasah.


Ketiga, anak-anak yang umur tingkatan 2, tapi masih baca iqra'. Kekadang tertanya. Tingkatan 2 masih iqra', apa yang ibubapa usahakan terhadap al-Quran anak itu dari umur 7 tahun hingga 13 tahun? Sudah tentu, pengabaian pendidikan agama telah berlaku di rumah.


Keempat, anak hanya nak solat, nak tahajud, nak baca al-Quran hanya di madrasah. Apabila cuti, ibuapa tiada masa dan kuasa untuk pantau anak. HANFON diberi kepada anak. Anak habiskan masa cuti dengan game, youtube, tiktok dan menonton cerita jelek. Balik madrasah, macam budak dungu yang tak faham nak kena buat apa di madrasah.


Kelima, guru tidak boleh lagi bertegas. Mula-mula daftar, "ustaz buat lah apa sahaja untuk didik anak saya. Kalau perlu rotan, rotanlah dia." Lepas anak dirotan, ibubapa tadi buat report polis. Guru yang kena hadap. Maka dari sini guru berpendirian, dari masuk penjara. Elok jangan rotan dan ikut engkaulah nak jadi apa. 


Keenam, YURAN PENGAJIAN TAK BAYAR, TAPI IBUBAPA PERGI MELANCONG MERATA. Anak makan hasil dari yuran anak orang lain.😄 

Yang ni saya sentuh next time.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan