2012, Seorang pelajar 18 tahun dari Malaysia baru buka akaun pelajar di Sydney. Nama dia Christine Jiaxin Lee. Belajar kejuruteraan kimia di University of Sydney.
Sepatutnya akaun pelajar mcm dia cuma ada overdraf $500 atau $1,000. Tapi disebabkan bug dlm sistem Westpac, akaun Christine disetkan kepada overdraf TANPA HAD. Unlimited.
Westpac tak perasan. Christine pun tak perasan. Selama 2 tahun akaun tu diam.
Sehinggalah 2014.
Christine yg ketika itu umur 20 tahun cuba keluarkan duit lebih dari baki dia. Dan ia berjaya. Dia cuba lagi. Berjaya lagi. Dia sedar akaunnya mcm ada duit ajaib yg tak pernah habis.
Bank tak call. Bank tak block. Jadi dia fikir, mungkin ini rezeki?
Dia tak report.
Apa yg dia buat selepas tu buat 1 Australia terkejut.
Dlm masa 11 bulan, dari Julai 2014 hingga April 2015, Christine keluarkan A$4.6 JUTA, lebih kurang RM14 juta ketika itu.
Dan dia berbelanja mcm dlm filem Crazy Rich Asians versi nyata.
Rekod mahkamah menunjukkan dia beli:
- Beg Hermès Birkin kulit buaya harga A$150,000
- Beg2 Hermès lain berpuluh-puluh biji
- Barang kemas Cartier
- Kasut Christian Louboutin
- Baju2 designer berjenama
- Iphone, Ipad, Macbook terbaru
- Dan yang paling kelakar dalam senarai jutaan ringgit tu, ada 1 Dyson vacuum cleaner.
Paling gila, dlm 1 hari saja dia pernah habiskan A$310,000, hampir RM1 juta. Dia shopping di Sydney, di Melbourne, semua butik mewah kenal muka dia.
Dia pindah dari rumah pelajar biasa ke apartment mewah di tgh bandar Sydney. Instagramnya penuh dgn gambar beg mewah, seperti anak org kaya.
Bila kawan tanya mn dpt duit, dia kata dari mak ayah di Malaysia yg kaya.
Sampai April 2015, baru sistem anti-fraud Westpac menjerit. Ada 1 akaun pelajar overdraft A$4.6 juta. Bank terus bekukan akaun & audit.
Baru Westpac sedar, ini bug sistem mereka sejak 2012.
Christine panik. Ketika itu A$3.3 juta sudah habis dibelanjakan. Baki yg tinggal tk ckp.
Westpac hantar peguam, tuntut duit. Christine senyap.
Setahun kemudian, 4 Mei 2016. Christine cuba senyap-senyap lari balik ke Malaysia. Dia sudah beli tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur
Polis New South Wales tahan dia di pintu berlepas. Dia ditgkp dan didakwa atas tuduhan penipuan dan berbelanja hasil jenayah secara sengaja dgn nilai jutaan dolar. Kalau sabit kesalahan, blh masuk penjara bertahu2
Dia dibebaskan dengan ikat jamin yang ketat. Kes dia jadi berita nombor 1 di Australia dan Malaysia. Semua panggil dia "The Million Dollar Student" atau "Westpac's $4.6m Girl".
Semua org ingat dia akan masuk penjara.
Tapi di mahkamah, peguamnya bt hujah yg sgt bijak.
Peguamnya kata: "Anak guam saya td tipu sesiapa. Dia tdk hack bank. Dia tidak palsukan dokumen. Dia cuma tekan butang 'withdraw' di ATM dan di kaunter. Bank yg bg duit tu. Kalau ATM bg duit lebih, adakah itu salah pelanggan? Westpac yg bt silap, bukan dia."
Hujah itu, secara teknikalnya, betul dari segi undang2 jenayah di New South Wales. Untuk sabitkan penipuan, pendakwa mesti buktikan ada niat menipu (deception). Christine cuma keluarkan duit, bank yg luluskan.
Pendakwa pening. Mereka cuba buktikan dia tahu itu bkn duit dia, sebab tu dia lari. Tapi peguam bela kata, dia lari kerana takut, bukan kerana menipu.
Pada November 2017, berlaku plot twist yang tak dijangka.
Pendakwa raya New South Wales gugurkan SEMUA pertuduhan jenayah terhadap Christine Jiaxin Lee. Kes jenayah ditutup. Dia bebas.
Mahkamah kata, ini bkn kes jenayah, ini kes sivil. Bank yg cuai, bank kena tuntut balik cara sivil.
Westpac masih teruskan saman sivil utk dptkan balik A$3.3 juta, tapi dari segi jenayah, Christine sudah bebas dan dibenarkan pulang ke Malaysia.
Kisah Christine Lee jadi pengajaran paling mahal untuk bank2 di Australia. Selepas kes itu, Westpac terpaksa audit semua akaun dan tutup loophole unlimited overdraft yg wujud sejak 2012.
Dan untuk Christine, dia msuk sejarah sbg pelajar Malaysia yang pernah shopping RM14 juta dgn duit bug bank, dan lepas bebas tanpa rekod jenayah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan